Friday, April 13, 2018

80,000 Malaikat Iringi Ayat Kursi

80,000 Malaikat Iringi Ayat Kursi

Tidak semena-mena syaitan dan iblis tiba-tiba menjadi kelam kabut, tidak keruan seolah-olah diganggu sesuatu yang amat menakutkan namun, iblis dan syaitan tidak tahu apa yang menyebabkan mereka menjadi begitu.

80,000 Malaikat Iringi Ayat Kursi

Mereka terus huru-hara tanpa sebab sehinggakan ketua mereka memerintahkan seluruh iblis dan syaitan menjelajah ke setiap pelusuk langit dan bumi mencari apa yang menyebabkan keadaan tidak menyenangkan itu.

Syaitan dan iblis kepanasan seperti berada di tepi unggun api tetapi tiada apa-apa berhampiran mereka.

Dalam pencarian itu, akhirnya iblis dan syaitan menemui puncanya.

Rupa-rupanya Allah telah menurunkan ayat Kursi menerusi wahyu kepada Rasulullah SAW di Madinah.

Bahang ayat Kursi, penghulu kepada segala ayat dalam Al-Qur'an menyebabkan iblis dan syaitan menjadi kelam kabut kepanasan.

Jibrail a.s. yang diperintahkan Allah membawa ayat ini untuk diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, telah diiringi oleh 80,000 malaikat dan dalam riwayat lain mengatakan 40,000 malaikat mengiringinya.

Bayangkan, betapa ramainya malaikat yang mengiringi ayat Kursi ketika hendak diturunkan kepada Baginda, membuktikan bahawa ayat Kursi bukan sebarangan ayat.

Persoalannya, kenapa iblis dan syaitan menggelabah dan huru-hara apabila Allah SWT menurunkan ayat Kursi?

Ayat Kursi adalah pendinding kepada iblis dan syaitan apabila dibaca dan diamalkan.

Ayat Kursi sangat agung kerana iblis dan syaitan akan terbakar jika dibacakan ayat ini dan ia merupakan senjata utama melawan iblis dan syaitan.

Makna Ayat Kursi

Allah, tidak ada tuhan lain yang patut disembah melainkan Allah. Dia tuhan yang hidup dan berdiri sendiri.

Dia tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur, baginya apa yang ada di langit dan bumi.

Tidak ada yang sanggup (berupaya) memberi syafaat (pertolongan) melainkan dengan izinNya jua.

Dia mengetahui semua yang telah berlaku dan akan berlaku.

Tidak ada (makhluk) yang dapat (mempunyai) pengetahuanNya kecuali dengan kehendakNya.

Kuasa pemerintahanNya meliputi seluruh langit dan bumi.

Tidak ada kesulitan bagiNya untuk memelihara keduanya (langit dan bumi) dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Adil.

Amalan ayat Kursi

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Sesiapa membaca ayat Kursi selepas tiap kali solat fardu, nescaya Allah mengurniakan mereka hati orang-orang yang bersyukur, amalan orang siddikin, pahala para nabi dan menghampirkan ke atasnya rahmat dengan limpah kurnia Allah yang mana tiadalah yang menghalangnya daripada memasuki Syurga selepas mati."

Ayat Kursi juga mempunyai pelbagai khasiat antaranya dapat menyembuhkan orang tidak siuman.

Caranya adalah dengan membaca ayat Kursi sebanyak 11 kali pada kepala orang tersebut sambil menghembuskan nafas ke kepalanya seberapa banyak yang boleh.

Sekiranya ada hajat yang penting, bacalah ayat Kursi 100 kali pada waktu tengah malam selepas menunaikan solat hajat dan memohon kepada Allah SWT, mudah-mudahan dikabulkan.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Perogol Kepanasan Selepas Baca Ayat Kursi!

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, April 12, 2018

Ketawa Lebih 20 Minit Boleh Menyebabkan Kematian!

Ketawa Lebih 20 Minit Boleh Menyebabkan Kematian!

Ketawa yang kuat secara berdekeh-dekah seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali sehari kerana ternyata ia memberi kesan yang baik kepada individu dari aspek kesihatan dan emosi mereka.

Ketawa Lebih 20 Minit Boleh Menyebabkan Kematian!

Namun, tahukah anda, ketawa yang keterlaluan boleh menyebabkan kematian.

Terdapat beberapa kes orang mati akibat ketawa yang masih lagi menjadi tanda tanya dan tidak ada penjelasan yang munasabah.

Apa yang pasti, semua mangsa yang mati ketawa berlaku selepas mereka ketawa tanpa henti lebih daripada 20 minit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


-SENTIASAPANAS.COM

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

Inilah album muzik terpenting, paling berpengaruh dan juga pioneer yang memulakan era Hair Metal sekitar awal 1980an dahulu.

Sepuluh album ini ketika itu begitu berpengaruh dan menular ke seluruh dunia dengan attitude dan pembawaan yang sungguh berlainan.

Penampilan Hair Metal berasal dari gabungan metal dan rock yang berambut panjang, menggerbang, berseluar sendat, leather jacket dan memakai mekap, merupakan trend band ketika itu.

Dan inilah 10 Album Kumpulan Hair Metal sepanjang zaman paling berpengaruh dengan jualan album tahap melampau terjual ketika itu.

1. Van Halen
Van Halen (1978)

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

Eddie Van Halen adalah pelopor muzik rock ketika itu kerana revolusi gitar dan permainan solo dalam setiap lagu-lagunya cukup mendominasi kekuatan dan kehebatan band.

Album ini terjual 10 juta diseluruh dunia dan merupakan pencetus awal Hair Metal walaupun ketika itu Van Halen bukanlah band hair metal yang sebenar.

Cuma cetusan yang dimulakan oleh Van Halen yang membawa pembaharuan pada muzik genre ini.

2. Motley Crue
Too Fast For Love (1981)

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

Band LA metal ini juga salah satu permulaan era hair metal yang ukup berpengaruh.

Gaya dan attitude kumpulan band ini menggabungkan muzik ala KISS dan Aerosmith.

Album ini telah diiktiraf sebagai first hair metal record ever untuk tahun 80an yang memulakan kumpulan hair metal.

3. Def Leppard
Pyromania (1983)

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

Dibawah produser Mutt Lange (ACIPC, Foreigner, Bryan Adams), album ini adalah album megabucks yang menduduki tangga kedua jualannya selepas Michael Jackson Thriller di USA pada tahun 1983.

Pengaruh mereka begitu luas kerana terdapat ramai band-band seakan Def Leppard seperti Warrant, Winger dan banyak lagi.

Kejayan besar Def Leppard ialah pada tahun 1987 melalui album 'Photograph'.

Tahun 80an adalah era pop rock dan kumpulan Def Leppard adalah antara band tersohor ketika itu.

4. Van Halen 1984 (1983)

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

Dikeluarkan pada tahun baru 1984, MCMLXXXIV, telah menjulang kembali nama Van Halen di persada seni.

Muzik ciptaan Van Halen dan juga gabungan rock n' roll frontmannya iaitu David Lee Roth telah memecahkan tembok radio-friendly kerana sebelum ini lagu rock sukar mendapat tempat di radio.

10 juta album telah terjual dan salah satu album paling laris dan terbaik dari mereka.

5. Ratt
Out Of The Cellar (1983)

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

Kenalan rapat pada band Motley Crue telah memberi nafas baru kepada hair metal ini.

Mencetuskan pop bersama metal dan juga pengaruh Aerosmith telah membuka jalan kepada banyak band lain dalam sejarah dunia rock.

Era 80an dipelopori sepenuhnya oleh mereka yang digunakan sebaiknya oleh kumpulan hebat ini.

6. Stryper
The Yellow & Black Attack (1984)

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

Band ini menggunakan etika white metal movement dan seangkatan dengan LA metal yang lain seperti Ratt, Motley Crue dan Poison.

Namun, arah tuju mereka berlainan sedikit dengan membawakan mesej-mesej keagamaan di dalam setiap lagu.

Menurut mereka, ia adalah untuk melindungi anak-anak kristian daripada 'evil metal' yang ketika itu sedang menular.

Namun, cetusan mereka menjadi kerana album ini terjual berjuta-juta unit ketika itu.

7. Bon Jovi
Slippery When Wet (1986)

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

Hair metal sebenarnya adalah dari melodic strand dari heavy metal yang sebenar.

Namun, Jon dan Richie telah mengadunkan pop dan metal untuk meluaskan kepelbagaian irama.

Lagu-lagu dalam album ini seperti You Give Love a Bad Name, Wanted Dead or Alive dan Never Say Goodbye adalah sentuhan irama cowboy dan ballad.

Album ini juga merupakan salah satu album yang mencorakkan hair metal dengan kepelbagaian yang berlainan.

8. Tesla
Mechanical Resonance (1986)

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

Band ini juga adalah salah satu revolusi dalam irama hair metal yang membawa pembaharuan dan standard dalam irama rock.

Mereka berjaya mengubah persepsi dan imej hair metal dengan menitikberatkan muzik itu sendiri.

9. Guns N Roses
Appetite For Destruction (1987)

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

Band ini sememangnya paling superb jika dibandingkan dengan band-band yang lain dengan pembawaan, attitude dan antara pansy-rock yang berpengaruh.

Dengan petikan gitar Slash hinggalah liriknya yang mendalam dari AXI, album ini adalah antara yang paling laris.

Album ini juga telah mengubah persepsi setiap hair metal dengan kepelbagaian dan ekperimentasi irama mereka.

10. Poison
Open Up And Say Ahh! (1988)

10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

Menggabungkan power ballad dan pencetus awal dalam menggabungkan hair metal, Every Rose Has It's Thorn, menguasai keseluruhan carta di AS mengalahkan band-band lain.

Dengan kemunculan Poison, bermulalah power ballad menguasai menguasai dunia dengan pengaruh mereka.

Album ini merupakan salah satu album hair metal yang mendominasi ballad ke arah dunia rock yang lebih bertenaga.

Semoga terhibur..

BACA INI JUGA:



-SENTIASAPANAS.COM

Keunikan Suku Kaum Rikbatsa Bertelinga Kayu

Keunikan Suku Kaum Rikbatsa Bertelinga Kayu

Suku Rikbatsa yang tinggal dalam daerah Amazon di Brazil sangat terkenal sebagai kaum yang memiliki keunikan tersendiri, bertelinga kayu!

Keunikan Suku Kaum Rikbatsa Bertelinga Kayu

Telinga mereka dilebarkan dengan menindik dan memasukkan kayu bulat yang besar untuk melebarkan lubang telinga.

Semakin besar lubang telinga dan semakin besar bulatan kayu yang digunakan, kian tinggi darjat mereka.

Keunikan Suku Kaum Rikbatsa Bertelinga Kayu

Anda berani?

BACA INI JUGA: Keunikan Suku Kaum Karen, Leher Panjang Sebagai Lambang Kecantikan

-SENTIASAPANAS.COM

Asal-usul Suku Bajau Di Sabah

Asal-usul Suku Bajau Di Sabah

Sabah memiliki pelbagai suku kaum dan penduduknya yang dikenali sebagai bumiputera terdiri daripada sekurang-kurangnya 31 kaum yang menutur lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek.

Asal-usul Suku Bajau Di Sabah
Suku Bajau Laut.

Suku kaum Bajau adalah salah satu daripada etnik terbesar di Sabah selepas suku Kaum Dusun dan Murut.

Menurut bancian, suku Bajau berjumlah lebih kurang 343,178 orang diseluruh negeri Di Bawah Bayu.

Daripada beberapa hipotesis pengkaji Barat dan tempatan mendapati bahawa, sejarah kehidupan etnik Bajau sangat panjang dan antara yang paling unik pernah ditemui.

Siapa sebenarnya suku kaum Bajau?

Bajau adalah merujuk kepada sebuah etnik atau anak negeri yang mendiami Sabah sejak lebih kurang 900 tahun lalu.

Bajau mendapat namanya daripada gabungan dua imbuhan, 'Ba' dan kata dasar 'Jau' yang bermaksud jauh.

Istilah 'bajau' dikatakan lahir daripada masyarakat etnik itu sendiri di mana kebanyakan mereka tinggal berjauhan antara satu sama lain.

Walaupun saling berjauhan dan terpisah lama, apabila bertemu, suku ini dikatakan tetap saling kenal-mengenali kerana masing-masing berasal dari kumpulan yang sama.

Istilah Bajau dipercayai lahir daripada sebutan orang Tausug atau Suluk yang bermaksud 'Melayu'.

Dakwaan ini bersandarkan kepada satu peristiwa dimana sebua rombongan dari Johor telah datang ke Filipina dan disambut oleh orang Sulu.

Apabila ditanya tujuan kedatangan mereka, maka jawapan yang diberikan adalah mereka datang dari 'jauh'.

Perkataan 'jauh' membawa maksud 'Melayu' bagi orang Sulu, maka dari situ lahirlah satu istilah "Ta'u Melayu" yang bermaksud 'orang jauh' dan daripada kata dasar 'jauh' inilah bermulanya panggilan 'Bajau'.

Namun begitu, ada sesetengah kaum Bajau tidak suka dipanggil dengan sebutan 'Bajau' tetapi mahu digelar 'Sama' atau 'Samal'.

Perkataan 'Sama' lahir daripada panggilan yang digunakan oleh orang Tausug atau Suluk, berkahwin dengan orang suruhan Sultan SUlu, berasal dari Pulau Samal, dimana orang-orang Sama atau Samal ramai menduduki kawasan ini.

Sejarah bagaimana Bajau mendapat namanya tidak habis disitu.

Daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa, asal-usul nama Bajau turut berkait rapat dengan perkataan Bugis iaitu 'waju' yang bererti bergerak secara berkumpulan.

Bagaimanapun, sebutan itu lama-kelamaan berubah menjadi 'Bajo' dan ia kekal menjadi sebutan orang-orang Bugis sehingga ke hari ini.

Selain itu, orang Bugis turut memanggil etnik ini dengan nama 'Bajos' atau Badjoos' pada sekitar abad ke 17, manakala dikalangan penulis dan pengkaji Barat pula, Bajau popular dengan gelaran Bajau-Sama.

Bajau-Sama

Bajau-Sama sebenarnya merujuk kepada penggunaan bahasa yang sama. Sebagai contoh, hasil dokumentasi menjelaskan bahawa suku kaum Bajau banyak mendiami kawasan pantai barat dan pantai timur Sabah.

Kawasan pantai barat adalah termasuk daerah Kota Belud, Kota Marudu, Tuaran, Kudat, Papar dan Pitas.

Manakala kawasan pantai timur meliputi daerah Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Justeru, kaum Bajau dipantai timur barat disebut sebagai Bajau Kota Belud, Bajau Kudat, Bajau Papar, Bajau Putatan, Bajau Kota Marudu dan Bajau Pitas.

Sementara Bajau yang menetap dipantai timur pula digelar sebagai Bajau Semporna, Bajau Kubang, Bajau Balangingi, Bajau Banaran, Bajau Laminusa, Bajau Sibutu, Bajau Simunul, Bajau Kagayan, Bajau Ubian dan Bajau Laut.

Setiap suku Bajau memiliki dialek berbeza dan terpisah oleh kedudukan geografi.

Walapun begitu, keseluruhan masyarakat Bajau didapati menggunakan bahasa standard disebut 'Sama' yang boleh difahami oleh sesama mereka.

Bajau Kota Belud

Asal-usul Suku Bajau Di Sabah
Suku Bajau Kota Belud.

Ironinya, persamaan diantara suku Bajau disetiap daerah di Sabah tidak merangkumi semua aspek.

Ini kerana Bajau Sama di bahagian pantai barat khususnya di Kota Belud adalah berlainan dengan Bajau dipantai timur terutamanya di Semporna, khasnya daripada segi makanan, pakaian tradisonal, budaya hidup dan adat resam.

Sebagai contoh, masyarakat Bajau Sama yang berasal dari daerah Kota Belud dan Tuaran umumnya dikenali sebagai 'koboi timur' kerana kemahiran mereka menunggang kuda.

Selain itu, kebanyakan mereka juga terlibat dalam pertanian dan sebahagian lain bekerja sebagai nelayan dipesisiran pantai barat.

Ada yang mengatakan bahawa Bajau Kota Belud adalah pakar dalam pembuatan parang dan pedang yang bermutu tinggi.

Berbeza dengan masyarakat Bajau dipantai timur Sabah khususnya di Semporna, mereka lebih terkenal sebagai nelayan dan penyelam yang sangat handal.

Bajau Laut Semporna juga mendapat gelaran istimewa seperti 'sea gypsies', 'panglima laut', pelaut dan pelayar terunggul.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Istilah Kaum Suluk (Tausug)

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, April 11, 2018

'Nebraska' Kisah Pembunuhan Kejam Yang Diabadikan Dalam Lagu Bruce Springsteen

'Nebraska' Kisah Pembunuhan Kejam Yang Diabadikan Dalam Lagu Bruce Springsteen

Charles Starweather merupakan seorang remaja yang tidak menghabiskan alam persekolahannya dan bersama-sama dengan teman wanitanya, Carill Ann Fugate, yang baru berusia 14 tahun, mereka telah melakukan pembunuhan kejam terhadap 11 orang mangsa yang berlaku antara Disember 1957 sehingga Januari 1958 di Nebraska, Amerika Syarikat.

'Nebraska' Kisah Pembunuhan Kejam Yang Diabadikan Dalam Lagu Bruce Springsteen

Pasangan kejam ini berjaya diberkas dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Charles dijatuhi hukuman mati manakala kekasihnya Carill, dipenjarakan selama 17 tahun.

Kisah pembunuhan kejam ini telah diabadikan dalam sebuah lagu berjudul 'Nebraska' nyanyian Bruce Springsteen yang diterbitkan pada tahun 1982.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Tragedi Pembunuhan Kejam Sempena Hari Kekasih

-SENTIASAPANAS.COM

Dr. Christiaan Barnard Pakar Bedah Pemindahan Jantung Pertama Di Dunia

Dr. Christiaan Barnard Pakar Bedah Pemindahan Jantung Pertama Di Dunia

Pada 3 Disember 1967, di bilik bedah Hospital Groote Schuur di Cape Town, Afrika Selatan, Christiaan Barnard menjalankan pembedahan pemindahan jantung pertama di dunia apabila memindahkan jantung Denise Darvall, 25, yang maut akibat kemalangan jalan raya kepada Louis Washkansky, 55.

Dr Barnard Pakar Bedah Pemindahan Jantung Pertama Di Dunia

“Pemindahan jantung bukan perkara besar dalam pembedahan. Hakikat yang lebih penting adalah saya bersedia mengambil risiko. Falsafah saya ialah risiko terbesar dalam hidup adalah tidak mengambil risiko.” – Christiaan Barnard

Kehidupan peribadi

Christiaan Neethling Barnard dilahirkan pada 8 November 1922 di sebuah kampung di Beaufort West di Afrika Selatan dan dibesarkan dalam keadaan miskin bersama empat lagi adik beradiknya yang lain.

Bagaimanapun, salah seorang adik beradiknya meninggal dunia akibat masalah jantung ketika berusia 5 tahun.

Selepas tamat Sekolah Tinggi Beaufort West pada tahun 1940, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di University of Cape Town Medical School, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) pada 1953.

Dengan harapan untuk mengejar kepentingan penyelidikan dan mendapat kemahiran baru serta pengalaman, beliau mendaftar University of Minnesota Medical School in 1955.

Selepas dua tahun pengajian, beliau dianugerahkan ijazah kedoktoran dan kembali ke negara asalnya untuk memulakan kerjaya sebagai pakar bedah jantung.

Karier awal

Pada tahun 1956, beliau menerima biasiswa dua tahun untuk latihan pasca siswazah dalam pembedahan kardiotorasik (jantung) di Universiti Minnesota, Minneapolis, Amerika Syarikat (AS) di bawah pakar jantung, Walt Lillehei.

Pada tahun 1958, beliau menerima Ijazah Sarjana Sains Pembedahan dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah pada tahun sama.

Christiaan Barnard menyifatkan tempoh dua tahun yang dihabiskan di AS adalah yang paling menarik dalam hidupnya.

Sekembalinya di Afrika Selatan pada tahun 1958, beliau dilantik sebagai pakar bedah kardiotorasik di Hospital Groote Schuur, dan mewujudkan unit jantung pertama di hospital itu.

Selama beberapa tahun selepas itu, beliau kerap dinaikkan pangkat dan terkenal sebagai seorang pakar bedah terbaik yang banyak menyumbang kepada rawatan penyakit jantung.

Pemindahan jantung pertama di dunia

Selepas lebih 10 tahun menjalankan pembedahan jantung, Christiaan Barnard bersedia menerima cabaran yang lebih besar iaitu pemindahan jantung manusia.

Seorang pesakit Louis Washkansky yang mengalami masalah jantung bersetuju untuk menjalani pembedahan pemindahan jantung selepas menemui penderma yang sesuai.

Pembedahan pemindahan jantung pertama di dunia dilakukan pada 3 Disember 1967 dalam satu operasi yang dibantu adiknya Marius Barnard.

Pembedahan mengambil masa selama sembilan jam bersama pasukan yang terdiri daripada 30 orang doktor pakar dan pembantu perubatan.

Kejayaan pembedahan itu diraikan di seluruh dunia dan beliau mendapat perhatian media serta menjadi terkenal pada ketika itu.

Daripada tahun 1967 hingga 1973, beliau telah melakukan 10 pemindahan orthotopic dan Barnard juga merupakan orang pertama yang melakukan pemindahan jantung heterotopic.

Sebanyak 49 pemindahan jantung heterotopic dilakukan di Cape Town antara tahun 1975 dan 1984.

Kematian

Antara buku tulisan Christiaan Barnard:

  • The Donor
  • Your Healthy Heart
  • The Best Medicine
  • 50 Ways to a Healthy Heart
  • Body Machine


Persaraan dan kematian Christiaan Barnard bersara sebagai Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotorasik di Cape Town pada tahun 1983 selepas menghidap artritis reumatoid (gangguan keradangan kronik yang menjejaskan banyak sendi) di bahagian tangan, yang sekali gus menamatkan kariernya.

Christiaan Barnard meninggal dunia pada 2 September 2001, semasa bercuti di Paphos, Cyprus.

Laporan awal menunjukkan beliau meninggal dunia akibat serangan jantung, tetapi hasil bedah siasat menyatakan kematiannya adalah disebabkan serangan asma yang teruk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Pekerjaan Yang Memerlukan Tahap IQ Tinggi

sumber: sinarharian

Hindari Berhubungan Intim Suami Isteri Tanpa Komunikasi Yang Baik

Hindari Berhubungan Intim Suami Isteri Tanpa Komunikasi Yang Baik

Kerap kali pasangan suami isteri yang telah berkahwin dalam tempoh yang lama hanya berkomunikasi sekadar bertegur sapa secara kasual tanpa benar-benar saling berbicara dari hati ke hati.

Seks tanpa komunikasi

Dan berapa kerapkah dan bila kali terakhir anda benar-benar berbicara dan berkomunikasi dengan pasangan anda?

Menceritakan aktiviti ketika berada di pejabat, perkembangan anak, atau sekadar membahas isu umum yang terjadi di lingkungan sekitar boleh sahaja untuk dijadikan sebagai bahan perbualan dengan pasangan.

Kualiti komunikasi antara pasangan turut mempengaruhi kunci keharmonian sesebuah rumahtangga yang paling menyeronokkan, tidak lain dan tidak bukan melalui hubungan seksual.

“Jadual kerja yang padat sering tidak memberikan ruang kepada pasangan untuk bertemu dan berbincang hangat.

"Tak sedikit pasangan suami isteri yang baru bertemu di atas ranjang dengan keadaan tubuh yang sudah terlalu letih untuk melakukan apa-apa selain daripada tidur,” kata Paul Hokemever, PhD., seorang perunding perkahwinan dan keluarga dari New York, AS.

Menurut Hokemever, kualiti hubungan yang baik memerlukan tahap keintiman yang hangat antara pasangan.

Keadaan ini boleh juga terjadi apabila suami isteri tersebut dikatakan memiliki komunikasi yang baik antara satu sama lain.

Oleh kerana itu, dia menyarankan untuk suami isteri agar meluangkan waktu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mereka masuk tidur untuk bercakap soal kegiatan harian dan sebagainya.

Hokemever mengatakan bahawa, salah satu daripada “penyakit” yang menyebabkan hubungan seksual suami isteri menjadi begitu hambar adalah kerana hilangnya komunikasi yang hangat antara pasangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Mengapa Ada Pasangan Suka 'Hubungan Intim' Cara Ganas?

sumber: lelakisihat

Asal-usul Gelaran 'Uncle Sam' Amerika Syarikat

Asal-usul Gelaran 'Uncle Sam' Amerika Syarikat

Uncle Sam (inisial US) adalah watak kebangsaan UNTUK kerajaan Amerika atau Amerika Syarikat yang pada umumnya menurut legenda, telah digunakan semasa Perang 1812 dan kononnya dinamakan untuk seorang individu bernama Samuel Wilson.

Asal-usul Gelaran Uncle Sam Amerika Syarikat

Sejak awal abad ke-19, Uncle Sam telah menjadi simbol popular kerajaan AS dalam budaya Amerika dan manifestasi emosi patriotik.

Rujukan pertama kepada Uncle Sam dalam kesusasteraan rasmi (berbeza dengan surat khabar) adalah dalam buku pada tahun 1816 bertajuk, The Adventures of Uncle Sam, in Search After His Lost Honor oleh Frederick Augustus Fidfaddy, Esq.

Rujukan lain adalah ketika Perang Revolusi Amerika: Uncle Sam disebut seawal tahun 1775, dalam lirik asal "Yankee Doodle", walaupun tidak jelas sama ada rujukan ini adalah kepada Uncle Sam sebagai metafora untuk Amerika Syarikat atau kepada orang sebenar bernama Sam.

Lirik ini secara keseluruhan meraikan usaha ketenteraan negara muda (AS) ketika mengepung tentera British di Boston.

Stanza ke-13 itu ialah:
Old Uncle Sam come there to change,
Some pancakes and some onions,
For 'lasses cakes, to carry home,
To give his wife and young ones.

Asal-usul

Asal-usul Gelaran Uncle Sam Amerika Syarikat
Columbia.

Pengenalan ikon paling awal di Amerika Syarikat adalah sebagai seorang wanita bernama Columbia, yang mula-mula muncul pada tahun 1738 (pra-Amerika Syarikat) dan kadang-kadang dikaitkan dengan simbol wanita lain, Lady Liberty.

Dengan tercetusnya Perang Revolusi Amerika, Brother Jonathan dan Uncle Sam akhirnya muncul selepas Perang 1812.

Columbia muncul bersama-sama Brother Jonathan atau Uncle Sam, tetapi fungsinya merosot sebagai watak kebangsaan yang memihak kepada Liberty, dan ditinggalkan sebaik sahaja menjadi maskot Columbia Pictures pada tahun 1920-an.

Asal-usul Gelaran Uncle Sam Amerika Syarikat
Lady Liberty.

Menurut sebuah artikel pada tahun 1893, Uncle Sam adalah nama lain untuk Brother Jonathan:

Apabila kita bertemu dengannya dalam politik, kita memanggilnya Uncle Sam; apabila kita berjumpa dengannya dalam masyarakat, kita memanggilnya sebagai Brother Jonathan. Di sini Uncle Sam alias Brother Jonathan telah melakukan banyak aduan yang kuat, hampir tidak melakukan apa-apa.

Jurnal 24 Mac 1810 oleh Isaac Mayo menyatakan:

Berat ditambat berdiri di pelabuhan, melewati Sandy Hook, di mana terdapat dua rumah bercahaya, dan diletakkan di laut, hari pertama dan kedua keluar laut yang paling berbahaya, oh saya boleh naik ke pantai di sini, saya bersumpah bahawa Uncle Sam, seperti yang mereka gelar dia, pasti akan selamanya telah kehilangan jasa sekurang-kurangnya seorang pelaut.

Evolusi

Asal usul sebenar watak Uncle Sam tidak jelas, tetapi legenda yang popular ialah nama "Uncle Sam" berasal dari Samuel Wilson, pembungkus daging dari Troy, New York yang membekalkan bekalan makanan untuk tentera Amerika semasa Perang 1812.

Ada satu keperluan pada masa itu untuk kontraktor menulis nama mereka pada kotak luar bungkusan makanan dan dari mana asal lokasi mereka menghantarnya.

Bungkusan Samuel Wilson dilabel "E.A - AS."

Apabila seseorang bertanya apa yang dimaksudkan pada tulisan itu, seorang bergurau dengan berkata, "Elbert Anderson dan Uncle Sam" merujuk kepada Wilson, walaupun "AS" sebenarnya adalah untuk Amerika Syarikat.

Keraguan telah dibangkitkan mengenai keaslian cerita ini, kerana ia tidak muncul dalam bentuk cetakan sehingga 1842.

Di samping itu, sebutan paling awal merujuk kepada Uncle Sam adalah metafora dari tahun 1810, menjelaskan kontrak Samuel Wilson dengan kerajaan.

Seawal tahun 1835, Brother Jonathan memberi rujukan kepada Uncle Sam, yang menyatakan bahawa: Brother Jonathan adalah negara AS itu sendiri, manakala Uncle Sam adalah kerajaan dan kuasa.

Pada tahun 1850-an, nama Brother Jonathan dan Uncle Sam digunakan secara silih berganti, begitu juga, penampilan kedua-duanya digunakan untuk personaliti yang berbeza-beza.

Sebagai contoh, gambaran Uncle Sam pada tahun 1860 menunjukkan dia kelihatan seperti Benjamin Franklin, manakala gambaran zaman dahulu, Brother Jonathan kelihatan seperti versi moden Uncle Sam.

Imej paling terkenal Uncle Sam pertama kali dicipta oleh James Montgomery Flagg semasa Perang Dunia I, diilhamkan oleh poster pengambilan tentera British yang menunjukkan Lord Kitchener dalam bentuk yang sama.

Seorang lelaki kulit putih tua dengan rambut putih, memakai topi dengan bintang berwarna putih yang ditayangkan secara terbuka buat kali pertama, di majalah Leslie's Weekly pada 6 Julai 1916, dengan kapsyen "What Are You Doing for Preparedness?"

Lebih daripada empat juta salinan imej ini dicetak antara tahun 1917 dan 1918, juga digunakan secara meluas semasa Perang Dunia II, di mana Amerika Syarikat digelar "Samland" oleh agensi perisikan Jerman Abwehr.

Terdapat dua tugu peringatan untuk Uncle Sam, yang kedua-duanya memperingati kehidupan Samuel Wilson: Patung Memorial Uncle Sam di Arlington, Massachusetts, tempat kelahirannya; dan sebuah tugu peringatan berhampiran kediamannya di Riverfront Park, Troy, New York.

Asal-usul Gelaran 'Uncle Sam' Amerika Syarikat

Rumah Samuel Wilson masih boleh dikunjungi di Mason, New Hampshire yang meninggal pada 31 Julai 1854, ketika berusia 87 tahun dan dikebumikan di Oakwood Cemetery, Troy, New York.

Pada tahun 1989, "Uncle Sam Day" menjadi rasmi.

Resolusi bersama Kongres yang ditetapkan pada 13 September 1989 sebagai "Hari Uncle Sam" merupakan ulang tahun Samuel Wilson.

Pada tahun 2015, syarikat sejarah keluarga MyHeritage membuat kajian susur galur keluarga Uncle Sam dan mendakwa telah berjaya mengesan keluarga saudaranya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah 'Made In China', Bermula Dengan Perang Dingin Kepada Persaingan Produk

-SENTIASAPANAS.COM

Sambutan Hari Parkinson Sedunia, World Parkinson's Day

Sambutan Hari Parkinson Sedunia, World Parkinson's Day

Sambutan Hari Parkinson Sedunia, World Parkinson's Day disambut pada 11 April setiap tahun bertujuan menyedarkan masyarakat dunia tentang penyakit Parkinson serta kesannya terhadap individu, keluarga dan masyarakat.

Sambutan Hari Parkinson Sedunia, World Parkinson's Day

Ramai menganggap penyakit Parkinson sebagai penyakit biasa yang hanya dihidapi oleh golongan tua tetapi sebenarnya, individu semuda usia 23 tahun boleh menghidap penyakit Parkinson dan ia pernah berlaku di Malaysia.

Kira-kira 6 juta manusia di seluruh dunia menghidap Parkinson dan ketika ini masih tiada penawar bagi menyembuhkan penyakit tersebut dan rawatan yang ada sekarang, cuma untuk mengawal simptom berkenaan agar pesakit dapat menjalani hidup dengan lebih baik dan sempurna.

Penyakit Parkinson bukannya sejenis penyakit berjangkit. Ia adalah keadaan di mana daya kawalan otot seseorang merosot dengan teruk sehinggakan penghidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.

Malangnya, kesedaran mengenai penyakit itu di kalangan rakyat Malaysia masih rendah sekali gus menyumbang kepada diagnosis lewat atau tidak lengkap dan sikap itu membuatkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk kerana tidak mendapat ubat dan rawatan lebih awal.

Parkinson merupakan salah satu daripada penyakit paling kurang diketahui di Malaysia dan tanggapan umum bahawa ia hanya menyerang golongan warga emas adalah salah.

Usia, kaum dan jantina tidak menjadi penghalang kepada Parkinson untuk menyerang seseorang dan antara 5 hingga 10 peratus daripada pesakit menunjukkan simptom-simptom sebelum usia 40 tahun.

Pengesanan awal adalah penting bagi memastikan pesakit menerima terapi secukupnya bagi menyekat penyakit itu daripada terus merebak.

4 Tanda dan Simptom utama Parkinson
  1. Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)
  2. Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan – Rigidity)
  3. Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
  4. Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.

Simptom awal mungkin tidak jelas. Apabila penyakit bertambah serius simptom ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian.

Setakat ini tiada pemeriksaan makmal untuk diagnosa penyakit ini.

Komplikasi

Fizikal
  • Jatuh
  • Pening /Ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
  • Sembelit
  • Kesukaran penelanan (dysphagia)
  • Kesukaran pertuturan (dysarthria)
  • Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
  • Kudis tekanan
  • Turun berat badan

Psiakiatri
  • Masalah emosi seperti:
  • kemurungan
  • keresahan

Fungsi otak terjejas seperti:
  • Ingatan
  • Proses pemikiran
  • Kewarasan membuat keputusan
  • Pertimbangan
  • Tanggapan / persepsi
  • Masalah tidur

Sosial
  • Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga

Rawatan

1. Rawatan Bukan Ubat-ubatan

Pengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti:
  • Doktor
  • Jururawat
  • Jurupulih anggota
  • Jurupulih bahasa dan pertuturan
  • Pakar psikologi/psiakatri
  • Pegawai farmasi
  • Pegawai kebajikan perubatan

Ia juga melibatkan pendidikan pesakit dan keluarga, perkhidmatan kumpulan sokongan dan amalan cara hidup sihat (senaman dan pemakanan)

2. Rawatan Ubat-ubatan

Tiada rawatan untuk Penyakit Parkinson. Ubat-ubatan (dan pembedahan untuk kes tertentu) hanya boleh melegakan simptom.

Pencegahan

Punca sebenar tidak diketahui.

Rehabilitasi

Rehabilitasi melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang adalah penting untuk pengendalian penyakit ini.

Kumpulan Sokongan
  • Malaysian Parkinson’s Disease Association (www.mpda.org.my)
  • Parkinson’s Disease Society (www.parkinsons.org.uk)
  • National Parkinson Foundation (www.parkinson.org)
  • Drug Science (www.drugscience.org/parkinsons)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myhealth