Friday, April 28, 2017

Asal-usul Dan Sejarah Muzik Jazz

Loading...

Muzik jazz yang dianggap sebagai muzik orang kaya sebenarnya berasal dari masyarakat kulit hitam yang hidup tertindas.

Muzik+Jazz

Tradisi genre muzik jazz dikatakan mula berkembang pada tahun 1868 di New Orleans, tempat lahirnya muzik jazz. Bandar New Orleans diduduki oleh pelbagai bangsa dari Eropah, keturunan Afrika dan orang asli.

Di situlah "melting pot" atau periuk tempat segala budaya bercampur. Muzik Afrika dimain menggunakan alat muzik Eropah abad 19 seperti drum, trumpet, piano, gitar, flute, accordion, saxophone violin dan banjo.

Namun, kerana dianggap menentang kerajaan dan banyak kejadian jenayah, pada tahun 1917, hampir semua pusat hiburan di New Orleans ditutup. Muzik Jazz lalu berkembang keluar dari kota New Orleans.

Pemuzik jazz yang berasal dari New Orleans membawa muzik jazz menelusuri sungai Mississippi, terus ke utara hingga sampai di Detroit.

Pada tahun 1920-an, muzik jazz telah berkembang di New York, Cichago, Memphis dan kota-kota besar di Amerika Syarikat.

Proses kelahiran jazz telah memperlihatkan bahawa jazz sangat berkaitan dengan kelangsungan hidup dan ekspresi kehidupan manusia.

Asal-usul perkataan “jazz” berasal dari sebuah istilah vulgar yang digunakan untuk aksi seksual. Sebahagian irama dalam muzik jazz pernah diertikan dengan rumah-rumah pelacuran dan wanita-wanita dengan reputasi yang kurang baik.

Pada mulanya, muzik jazz lahir melalui pengaruh Blues kemudian Rag Time mula dikenali, yang pada waktu itu dimainkan melalui piano di bar-bar. Blues dan Rag Time kemudiannya berkembang menjadi Boogie Woogie.

Irama-irama tersebut selain merambah pada jalurnya sendiri, juga berkembang menelusuri perjalanan muzik jazz.

Blues dan Jazz terawal

Field Holler yang ertinya "teriakan atau jeritan ladang" dari hamba abdi yang berkerja diladang milik keturunan Eropah di negeri-negeri selatan Amerika Syarikat pada abad 18 dan 19.

Muzik jazz bersifat spiritual, kesedihan, mengenai perhambaan dan sebagai mesej rahsia kepada hamba yang berhasrat melarikan diri ke negeri-negeri utara yang tidak mengamalkan perhambaan.

Melodi muzik jazz adalah dari keturunan nenek moyang mereka yang ditangkap di Afrika dan dijual sebagai hamba di Amerika pada abad 1500-1800.

Ia berdasar scale pentatonic gaya etnik afrika dan dari sinilah ia menjadi muzik Blues (ertinya "sedih" bukan "biru" yang itu) dan jazz juga R&B.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: rockofplanetearth | yupazq

1 comments so far

Tak tahu pun sejarah muzic Jazz.. apa yg tahu, mmg kebiasaan menjadi pilihan gaya hidup org2 yg berada kan.. thanks sharing SP

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon