Thursday, July 23, 2020

10 Selebriti Instagram Dengan Bayaran Pengiklanan Paling Mahal Di Dunia

10 Selebriti Instagram Dengan Bayaran Pengiklanan Paling Mahal Di Dunia

BBC News melaporkan, pelakon aksi Hollywood, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock dinobatkan sebagai selebriti paling bernilai tinggi di Instagram (IG), berdasarkan penilaian laman sosial Hopper HQ.

10 Instagram Selebriti

Berikut adalah kedudukan terkini pada tahun 2020 senarai selebriti yang meraih pendapatan tertinggi di media sosial Instagram, berdasarkan bayaran bagi setiap hantaran di IG.

1. Dwayne Johnson atau The Rock (pelakon)
  • Jumlah pengikut IG: 188 juta
  • Bayaran setiap hantaran (posting): AS$1 juta (RM4.25 juta)

2. Kylie Jenner (ahli perniagaan, bintang realiti televisyen)
  • Jumlah pengikut IG: 183 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$986,000 (RM4.19 juta)

3. Cristiano Ronaldo (pemain bola sepak)
  • Jumlah pengikut IG: 228 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$889,000 (RM3.78 juta)

4. Kim Kardashian (ahli perniagaan, bintang realiti televisyen)
  • Jumlah pengikut di IG: 178 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$858,000 (RM3.64 juta)

5. Ariana Grande (pelakon, penyanyi)
  • Jumlah pengikut di IG: 193 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$853,000 (RM3.62 juta)

6. Selena Gomez (pelakon, penyanyi)
  • Jumlah pengikut di IG: 182 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$854,000 AS$ (RM3.63 juta)

7. Beyonce Knowles (pelakon, penyanyi)
  • Jumlah pengikut: 149 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$770,000 (RM3.27 juta)

8. Justin Bieber (penyanyi)
  • Jumlah pengikut: 140 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$ 747,000 AS$ (RM3.17 juta)

9. Neymar da Silva Santos Junior (penyanyi, pelakon)
  • Jumlah pengikut: 139 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$704,000 (RM2.9 juta)

10. Taylor Swift (penyanyi, pelakon)
  • Jumlah pengikut: 136 juta
  • Bayaran setiap hantaran: AS$722,000 (RM3 juta)

Jadi, jika anda mahu mempromosikan sesuatu produk dengan menggunakan khidmat selebriti diatas, pastikan akaun bank anda memiliki sekurang-kurang RM3 juta untuk membayar bagi satu posting oleh mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Cara Pakai Topeng Muka Yang Betul Menurut Pakar Kesihatan

Cara Pakai Topeng Muka Yang Betul Menurut Pakar Kesihatan

Dengan berlakunya penyebaran wabak Coronavirus yang kini merebak ke seluruh dunia, seorang pakar dari World Health Organization (WHO) Collaboration Centre, Seto Wing Hong tampil memberitahu cara yang betul untuk memakai 'face mask' ataupun topeng muka.

Pakai topeng muka

Dalam satu video yang dikongsikan oleh Bloomberg di laman Facebook QuickTake by Bloomberg, Wing Hong mendemonstrasikan cara pemakaian tersebut dengan beberapa langkah penting yang perlu diambil.

Ini langkah-langkah yang telah dikongsikan doktor tersebut dalam video dibawah;

1. Anda mestilah mempunyai topeng muka yang betul. (Sambil menunjukkan topeng yang ada di tangannya sebagai topeng yang betul)

"Ia berwarna biru di luar kerana ia kalis air. Dan ia mempunyai bahagian berwarna putih yang menyerap. Jadi jika saya batuk, ia akan menyerap," katanya.

2. Kemudian, anda perlu memakainya begini. Dengan bahagian yang berwarna biru di hadapan dan bahagian berwarna putih berada di dalam (menghadap mulut).

3. Pastikan 'strip' di bahagian paling atas menutup bahagian hidung dan menarik bahagian bawah topeng sehingga menutup dagu.

Ini katanya adalah bagi mengelakkan topeng terbuka ketika sedang menggunakannya.

4. Membuang face mask yang telah dipakai juga adalah sangat penting menurutnya.

"Bila anda memakai topeng, anda harus ingat ia adalah kotor. Jadi bila anda ingin mengalihkan atau membuangnya, jangan sentuh topeng tersebut," jelasnya.



Beliau juga mengingatkan penonton agar membasuh tangan selepas membuang face mask yang telah dipakai.

Bagi anda yang masih mengalami masalah untuk mengikuti cara pemakaian face mask yang betul, di bawah ini juga ada disediakan langkah-langkah yang telah disediakan oleh laman Facebook Public Health Malaysia.

Cara pakai topeng muka

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Kasih Anak Kepada Ibu Yang Di Jangkiti Covid-19

Kasih Anak Kepada Ibu Yang Di Jangkiti Covid-19

Seorang anak lelaki, Jihad Al- Suwaiti, sanggup memanjat dan duduk ditepi tingkap sebuah hospital demi mahu memastikan ibunya yang dijangkiti COVID-19, mendapat penjagaan dan perhatian sebaik mungkin, menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Jihad Al- Suwaiti

Lelaki berusia 30 tahun dari Hebron, Palestin, itu dilaporkan berada di situ selama berjam-jam setiap hari, sehinggalah ibunya, Rasma Salama, menghembuskan nafas terakhir, Khamis lalu (16/7/2020).

"Dia memanjat saluran paip untuk membolehkan dia memantau ibunya yang di tempat di tingkat dua hospital ini.

"Dia menghabiskan hampir keseluruhan harinya di situ, memerhatikan keadaan ibunya dari luar tingkap, sebelum turun apabila yakin ibunya sudah tidur lena," kata seorang pegawai hospital seperti yang dilaporkan portal berita Al Araby.

Jihad Al- Suwaiti

Abang Jihad, Rasmi, memberitahu media, biarpun dilarang berbuat demikian oleh pihak hospital atas faktor keselamatan, adiknya itu tetap berdegil.

"Jihad anak bongsu dan memang rapat dengan ibu, apatah lagi selepas kematian bapa kami 15 tahun lalu.

"Ibu menghidap leukimia dan disahkan dijangkiti COVID-19 beberapa minggu lalu. Ketika dimaklumkan tentang kematian ibu, Jihad marah dan tidak percaya.

"Tetapi kini dia nampaknya sudah boleh terima kenyataan," ujar Rasmi.

Saksikan video di YouTube.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Cara Ukur Kadar Garis Kemiskinan Di Malaysia Tidak Tepat

Cara Ukur Kadar Garis Kemiskinan Di Malaysia Tidak Tepat

Malaysia perlu melaksanakan polisi ketelusan data, serta memastikan mikrodata dari sumber yang tidak diketahui mudah diakses oleh golongan penyelidik, kata Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Philip Alston.

Kemiskinan di Malaysia

Dalam laporan yang diterbitkan PBB, Alston berkata, kerajaan juga perlu menilai kembali garis kemiskinan, selari dengan standard antarabangsa dan memasukkan populasi bukan warga negara yang terdedah dalam kumpulan itu.

Ia merupakan dua daripada sembilan cadangan beliau untuk rujukan Malaysia dalam usaha menyelesaikan beberapa masalah yang membelenggu negara ini, terutamanya mengenai kemiskinan tegar dan pengurusan warga asing.

"Malaysia telah mencapai kejayaan luar biasa dari segi pertumbuhan ekonomi, dan melakukan usaha yang hebat untuk mengurangkan kemiskinan tegar. Tidak lama lagi Malaysia akan berada dalam kategori negara maju.

"Tetapi, kaedah rasminya dalam menilai kemiskinan tegar, telah menghasilkan kadar kemiskinan negara pada paras 0.4 peratus, paras terendah di dunia.

"Kerajaan lepas (Pakatan Harapan) telah berjanji akan menilai semula kadar ini, tetapi Kerajaan kini (Perikatan Nasional) mengatakan kadar itu adalah tepat," katanya dalam laporan itu.

Alston, yang mengadakan lawatan ke Malaysia antara 13 hingga 23 Ogos tahun 2019 lepas berkata, ia merupakan sesuatu yang sangat membimbangkan kerana garisan itu bukan sahaja tidak tepat, dan dianggap tidak tepat dari peringkat global.

Pelapor khas itu berkata, garis sebenar kemiskinan di Malaysia sangat rendah, iaitu sekitar RM980 sebulan untuk empat orang ahli dalam satu keluarga, atau sekitar RM8 sehari.

"Penggunaan garis kemiskinan yang tidak realistik hanya memberikan gambaran yang lebih kabur mengenai jutaan rakyat, baik yang tinggal di kawasan bandar, mahupun di kawasan pedalaman.

"Menafikan skala garis kemiskinan yang tepat akan memburukkan masalah sedia ada, dengan memberi justifikasi kepada usaha yang lebih konklusif untuk menyelesaikan isu itu," katanya lagi.

GARIS KEMISKINAN MALAYSIA PERLU PERUBAHAN

Masihkah anda ingat 1977? Mungkin tidak, kerana kebanyakan daripada generasi kini lahir selepas tahun tersebut.

Waktu itu, pendapatan negara kasar (GNI – Gross National Income) perkapita sekadar RM200 sebulan, dan pendapatan garis kemiskinan (PLI –poverty line income) yang ditetapkan oleh kerajaan hanya sekitar RM50 seorang.

Semenjak itu, Malaysia bertambah maju dan PNK perkapita kini melebihi RM3,800 sebulan namun, ukuran PLI meningkat sedikit sahaja, kepada RM245 (RM980 untuk empat orang sekeluarga) berbanding kenaikan PNK.

Maka tidak hairanlah, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak lain menyarankan, kajian ukuran PLI ini perlu dikaji semula seiring dengan perubahan masa dan piawaian antarabangsa.

Apa pun ukuran yang dipakai, tidak boleh dinafikan Malaysia telah berjaya dalam usaha menangani kemiskinan.

Penurunan ketara tahap kemiskinan kepada kurang daripada satu peratus sekarang berbanding separuh rakyat Malaysia pada 1970 dengan menggunakan ukuran PLI kini meletakkan Malaysia antara negara yang terbaik dunia dalam menangani isu kemiskinan.

Akan tetapi, sudah tiba masanya nilai PLI ini ditingkatkan, malah garis kemiskinan mutlak perlu lebih dinamik.

Bukan setakat keperluan asas

PLI dan indeks kemiskinan pelbagai dimensi (MPI – Multidimensional Poverty Index) jika digunakan secara bersama mampu menilai kemakmuran dan pembangunan yang dicapai negara secara inklusif, dengan syarat kedua-dua ukuran ini diperbetulkan bagi mencerminkan realiti sebenar Malaysia.

Suatu tanggapan salah umum jika garis kemiskinan mutlak hanya dirujuk kepada keperluan asas hidup dan nutrisi minimum.

Miskin atau tidak bukan hanya bergantung pada ikhtiar hidup, ia juga merangkumi keperluan untuk hidup secara sihat, berdaya, bermaruah dan bermakna dalam masyarakat.

Maka sebab itulah hampir setiap negara merombak ukuran kemiskinan mereka seiring pembangunan dan peningkatan taraf hidup masing-masing.

Pendapatan isi rumah RM2,550 sebulan

Konsep ini dihuraikan dengan jelas dalam panduan metodologi Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Eropah yang dirujuk Malaysia dalam penetapan PLI, yang menyatakan, "kadar ukuran mutlak, iaitu sebakul barang keperluan isi rumah, perlu memperlihatkan keadaan semasa seiring keperluan rakyat."

Contoh terkini ialah Mexico, di mana pendapatan negara kasarnya agak serupa dengan Malaysia.

Pada 2018, panel berautonomi yang merangka garis kemiskinan Mexico telah meningkatkan nilai ukuran kemiskinannya.

Apa ukuran yang wajar bagi Malaysia? Ini terpulang kepada rakyat Malaysia sendiri, bersandarkan kepada nilai hidup dan aspirasi negara, dengan merujuk kepada negara-negara lain yang berjaya mencapai status pendapatan sederhana-tinggi atau pendapatan tinggi.

Kajian Martin Ravallion juga menunjukkan bahawa negara berpendapatan hampir serupa dengan Malaysia telah menetapkan garis kemiskinannya pada anggaran RM2,550 sebulan bagi empat orang sekeluarga, iaitu hampir tiga kali ganda PLI Malaysia sekarang.

Jika Malaysia menggunakan PLI ini, kadar kemiskinan negara akan berangka sekitar 15 peratus, hampir menyamai peratusan dalam laporan UNSR, manakala ukuran yang menggunakan nilai relatif Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menunjukkan kadar kemiskinan negara ialah pada 17 peratus.

MPI yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 juga terlalu rendah dan tidak selari dengan kemajuan Malaysia.

MPI Malaysia merangkumi ukuran kewangan PLI dan bukan kewangan, dengan dimensi kemiskinan seperti pendidikan, kesihatan dan taraf hidup.

Namun, jika diambil kira aspek bukan kewangan ini sekalipun, MPI Malaysia masih mencatat kadar kemiskinan pada kurang satu peratus.

Wakil Bank Dunia sewaktu Kongres Statistik Dunia di Kuala Lumpur sebelum ini mengemukakan hasil kajian terkini agar MPI alternatif digunakan di Malaysia.

Kaedah alternatif ini masih bersandarkan ukuran multidimensi, tetapi standard hidup merujuk kepada negara berpendapatan tinggi-sederhana.

Ukuran alternatif tersebut mencatatkan kadar kemiskinan multidimensi Malaysia bersamaan dengan 19 peratus.

Ia membuktikan bukan sahaja terdapat kelompok-kelompok tersisih yang dilanda kemiskinan, malah kadar kemiskinan sebenarnya lebih tinggi dikalangan beberapa komuniti lain yang berisiko dihimpit kemiskinan.

Kebanyakan mereka ini 'terselindung dari segi statistik' kerana Tinjauan Pendapatan Isi Rumah (HIS – Household Income Survey) yang digunakan sebagai asas kiraan kemiskinan tidak mengambil kira penempatan Orang Asli, pekerja asing dan orang pelarian.

HIS juga tidak merekodkan status orang kelainan upaya, malah cara sampelnya diambil mengetepikan ukuran kemiskinan dalam kalangan orang asal yang berada di Sabah dan Sarawak (Bumiputera bukan Melayu), walhal mereka jauh lebih miskin berbanding orang Melayu.

Kerajaan mempunyai sumber teknikal dan kewangan yang mencukupi untuk memperbetulkan HIS agar perbandingan tepat diperoleh.

Masanya sudah tiba, kerana tanpa maklumat ini, ianya akan menghalang perancangan serta pelaksanaan dasar yang dapat membantu warga Malaysia keluar dari belenggu kemiskinan.

PLI dan MPI perlu dikaji semula agar ukurannya selaras dengan kemajuan negara, dan ini akan menjadi panduan bagi memperkukuh gerak kerja untuk membasmi kemiskinan terutama terhadap golongan B40.

Keberanian politik dan kemampuan komunikasi yang baik diperlukan untuk meningkatkan garis ukur kemiskinan Malaysia.

Akan timbul pihak yang mendakwa tahap kemiskinan telah meningkat, namun ini adalah benar.

Hakikatnya, rakyat Malaysia kini mengharapkan kehidupan yang lebih bermakna dan kerajaan yang lebih peka dengan keperluan rakyat dalam perkembangan ekonomi semasa.

Sebagai rakyat, sudah tentulah mereka juga ingin berkongsi nikmat kekayaan negara.

[Kemaskini]

RM2,208: HAD PENDAPATAN KEMISKINAN

Kajian semula terhadap had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional dibuat bagi mendapat gambaran mengenai perbelanjaan dan keperluan penduduk Malaysia dengan lebih tepat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata usaha penambahbaikan kaedah pengukuran kemiskinan itu bermula daripada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11) pada 18 Oktober 2018.

Bertitik tolak dari itu katanya, kerajaan telah mengkaji semula metodologi penetapan PGK supaya ia lebih menggambarkan corak perbelanjaan dan keperluan serta demografi semasa isi rumah, seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh negara sejak tahun berkenaan.

"Kajian ini telah dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dengan kerjasama DOSM, Kementerian Kesihatan, dan beberapa kementerian serta agensi yang berkaitan bermula Mac 2019 sehingga Jun 2020.

"Hasil daripada kajian semula yang dijalankan, metodologi penetapan PGK telah ditambahbaik dalam tiga aspek iaitu konsep penetapan PGK makanan yang diperkemaskan daripada 'minimum' kepada 'optimum minimum'.

"Ia dengan mengambil kira peningkatan kualiti item bakul makanan berdasarkan Piramid Makanan 2020 dan kumpulan makanan Panduan Diet Malaysia (PDM) 2020 selaras dengan aktiviti fizikal harian dan kehidupan yang sihat.

"Sebagai contoh, susu pekat manis yang dimasukkan dalam bakul makanan sebelum ini telah ditukarkan kepada susu tepung yang lebih sihat," katanya.

Mengulas lanjut Mustapa berkata, bagi PGK bukan makanan pula, keperluan kumpulan isi rumah berpendapatan 20 peratus terendah (B20) yang dikenal pasti telah bertambah dari 106 kepada 146 item.

Ini bermakna katanya, 40 item yang dahulunya tidak dianggap sebagai keperluan asas kepada kumpulan B20, kini telah dimasukkan ke dalam senarai terbabit.

"Selain itu, perubahan corak perbelanjaan isi rumah, harga barangan dan perkhidmatan semasa pada tahun 2019 berbanding tahun 2005 juga diambilkira."

Mustapa berkata, selain menggunakan PGK, kerajaan turut menggunakan beberapa kaedah lain dalam mengukur kemiskinan rakyat.

Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kaedah pengukuran kemiskinan berasaskan pelbagai dimensi yang menekankan aspek-aspek peningkatan kualiti hidup seperti aspek kesihatan, pendidikan, perumahan, taraf hidup, akses kepada maklumat, dan juga pendapatan bulanan isi rumah.

"Usaha menambahbaik kaedah pengukuran kemiskinan ini adalah manifestasi kesungguhan, keprihatinan dan ketelusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

"Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan termasuk Kerajaan Negeri perlu mengambil maklum PGK 2019 dalam merancang dasar dan program mereka serta mengkaji semula dasar berkaitan pembasmian kemiskinan dan bantuan sosial termasuk semakan semula kumpulan sasar di bawah seliaan dan tanggungjawab mereka dalam masa lima bulan akan datang.

"Berpandukan statistik yang tepat, kerajaan akan dapat menggubal dasar dan strategi serta merangka program yang lebih sesuai, dinamik dan pragmatik untuk setiap kumpulan sasar terutamanya golongan miskin. Ini termasuklah dalam menyediakan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), 2021-2025 yang akan dibentangkan awal tahun 2021 depan," katanya.

Jabatan Perangkaan Malaysia menerusi laporannya mengumumkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) keseluruhan nasional adalah sebanyak RM2,208 sebulan bagi satu isi rumah pada tahun 2019.

Angka itu adalah nilai PGK baharu yang diperolehi setelah Kerajaan mengkaji semula metodologi pengiraannya.

Mustapa berkata, metodologi pengiraan PGK itu kali terakhir dikemaskini pada tahun 2005 dan PGK pada tahun 2016 adalah sebanyak RM980 sebulan bagi satu isi rumah.

"Berdasarkan PGK baharu ini, kadar kemiskinan adalah 5.6 peratus (405, 441 isi rumah) bagi tahun 2019. Kadar kemiskinan pada tahun 2016 adalah 0.4 peratus (24,700 isi rumah) yang diukur berdasarkan metodologi PGK 2005.

"Sekiranya metodologi PGK 2019 digunakan untuk mengukur kadar kemiskinan pada tahun 2016, peratusannya adalah 7.6 peratus (525, 743 isi rumah)," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Wednesday, July 22, 2020

Wanita Hanya Sedar Dirinya Hamil Sejam Sebelum Lahirkan Anak!

Wanita Hanya Sedar Dirinya Hamil Sejam Sebelum Lahirkan Anak!

Kisah pelik tapi benar apabila seorang wanita di Jawa Barat, Indonesia, heboh diperkatakan di media sosial selepas dia mendakwa hanya hamil selama sejam sebelum melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat.

Tak sedar mengandung
Heni Nuraeni.

Bayi dinamakan Lingga Cipta Radeva seberat 3.4 kilogram itu dilahirkan Heni Nuraeni, 28, dari Desa Mandalasari, Kecamatan Puspahiang, kabupaten Tasikmalaya pada Sabtu lalu (18/7/2020).

Wanita yang mempunyai anak berusia 10 tahun dan 19 bulan itu mendakwa dia tidak menyedari dirinya hamil sepanjang sembilan bulan lalu, malah dia sedang mengalami menstruasi sebelum proses kelahiran terbabit.

Kisah luar biasa itu turut dikongsi oleh pengguna Taufik Romdoni di Facebook.

"Inilah tanda kebesaran ALLAH SWT yang telah menganugerahkan seorang bayi lelaki kepada sepasang suami isteri dengan proses kehamilan hanya selama 60 minit.

"Bahkan ia dilahirkan dalam keadaan menstruasi. Semoga menjadi anak yang soleh dan beriman. Amin," menurut Taufik pada kapsyen video ibu dan bayi terbabit.

Sementara itu, Heni juga berkongsi cerita tentang detik kelahiran anak ketiganya itu.

"Saya mengalami sakit perut pada bahagian kanan. Ia mengeras dan berlaku gerakan secara tidak teratur. Perut saya rasa seperti memulas selang sejam kemudian.

"Ibu bapa saya segera memanggil bidan sebelum melahirkan bayi tersebut secara normal," katanya.

Jelas Heni, dia tidak mengalami pertambahan berat badan dan kitaran haidnya juga teratur sepanjang tempoh sembilan bulan.

Kehamilan Kriptik

Dalam dunia perubatan, keadaan wanita yang tidak menyedari dirinya hamil digelar sebagai kehamilan Kriptik yang disebabkan oleh kadar hormon gonadotrofin korion manusia (hCG) yang rendah dalam darah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Bahaya Letak Face Mask Di Bawah Dagu, Jangan Lakukan!

Bahaya Letak Face Mask Di Bawah Dagu, Jangan Lakukan!

Topeng muka ataupun face mask kini hampir menjadi perkara yang wajib ada bersama kita ketika ini terutamanya apabila keluar dari rumah dan berada di tempat awam, demi untuk kebaikan kepada nyawa masing-masing dalam usaha berterusan mencegah bahaya Covid-19.

Face Mask Di Bawah Dagu

Walaupun masih ada sebilangan kecil yang enggan mematuhi saranan tersebut namun sebahagian besar masyarakat kita dilihat sudah terbiasa dengan pemakaian pelitup muka di musim penularan COVID-19.

Bagaiamanapun, tahukah anda pemakaian penutup muka bukan sahaja mempunyai caranya yang betul namun turut mempunyai 'pantang larang' seperti yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham di akaun media sosialnya.

Dalam kiriman itu Dr Noor Hisham menasihati mereka yang gemar menurunkan topeng muka ke bahagian dagu ketika melakukan aktiviti seperti makan dan minum yang memerlukan mereka membuka face mask tersebut.

"Sama ada anda memakai pelitup muka dengan betul atau alihkan kesemuanya," tulis beliau sambil berkongsikan poster yang menerangkan kenapa topeng muka tidak boleh diturunkan ke bahagian dagu.

Poster tersebut yang bertajuk, "Jangan Turunkan Topeng Muka Anda Ke Bahagian Dagu" itu menceritakan dengan ringkas kenapa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan.

Topeng muka yang diturunkan terutama yang berada di bahagian dalam akan tercemar kerana bersentuhan dengan bahagian tekak yang telah terdedah.

Ia akan bertambah teruk apabila bahagian dalaman topeng muka yang bersentuhan itu dinaikkan kembali dan menutupi bahagian mulut dan hidung.

Anda boleh fikirkan sendiri bagaimana kedua-dua bahagian hidung dan mulut boleh dijangkiti virus, kuman dan bakteria yang telah melekat di topeng muka tadi.

Jadi, kepada anda yang sering menurunkan topeng muka sebelum ini, mungkin pesanan daripada ketua pengarah kesihatan ini akan mengubah cara pemakaian face mask anda.

Abaikan saranan yang telah diberikan oleh pakar ini dan jadikan pemakaian topeng muka anda hanya sia-sia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Saturday, July 18, 2020

Suku Kulung, Pemburu Madu Lebah Di Lokasi Paling Ekstrem Di Dunia

Suku Kulung, Pemburu Madu Lebah Di Lokasi Paling Ekstrem Di Dunia

Selain memiliki keindahan panorama alam yang sungguh memukau mata memandang, di Gunung Himalaya sebenarnya terkumpul hasil madu paling besar di dunia, yang terletak dibanjaran yang memasak gunung tertinggi di bumi.

Suku Kulung Pemburu Madu

Di Nepal, memburu madu di kaki gunung Himalaya merupakan salah satu cara untuk mencari pendapatan yang dilakukan oleh suku kaum Kulung, dilakukan setiap dua tahun sekali.

Apa yang menarik tentang suku Kulung, mereka adalah satu-satunya kaum di Nepal yang sanggup menggadai nyawa memanjat tebing Himalaya yang tinggi menjulang ke langit, mendaki dinding curam untuk mendapatkan madu dari sarang-sarang lebah yang tergantung di atasnya.

Tradisi Ratusan Tahun

Umpama menatang nyawa sendiri, tradisi mengumpul madu di tebing Himalaya ini sebenarnya sudah dilakukan sejak ratusan tahun dahulu.

Menurut kaum Kulung, pemburuan madu dengan cara sebegini merupakan aktiviti turun-temurun dari nenek moyang mereka.

Dalam proses untuk mendapatkan madu, kaum Kulung masih menggunakan kaedah tradisional iaitu dengan berpaut pada tali lalu menjolok sarang lebah menggunakan batang buluh yang dipanggil 'tangos'.

Menceroboh sarang lebah paling besar di dunia ini bukanlah perkara mudah, kerana mereka bukan sahaja berhadapan risiko terjatuh dari tebing yang tinggi, malah berdepan bahaya disengat jutaan lebah yang boleh membawa maut.

Oleh itu, mereka terlebih dahulu akan mengumpul daun-daun kering kemudian membakarnya. Asap daripada pembakaran daun kering akan menyebabkan lebah lari meninggalkan sarangnya.

Maka, pada waktu inilah para pemburu madu yang ekstrim ini mencuri hasilnya.

Pelancongan

Dan kerana kepakaran memburu madu yang dimiliki kaum Kulung, mereka dijadikan sebagai sebahagian daripada inisiatif pihak pemerintah Nepal untuk menarik pelancong ke negara itu.

Teknik dan kaedah pemburuan madu yang berbahaya ini dijual sebagai tontonan eksotik kepada pelancong dengan bayaran mencecah USD1,000.

Malah, hasil buruan madu turut dieksport ke negara China, Jepun dan Korea secara besar-besaran.

Madu dari pergunungan Himalaya ini sering digunakan sebagai bahan di dalam ubat-ubatan tradisional di China dan Jepun.

Bagi kaum Kulung pula, hasil buruan madu akan dibahagikan sama rata kepada penduduk kampung.

Kebiasaannya, pada musim luruh mereka mampu menghasilkan kira-kira 200 liter madu, manakala pada musim bunga pula boleh mencapai sehingga 800 liter madu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Thursday, July 16, 2020

Fakta Kenapa Harga Rumah Di Malaysia Bukan Mampu Milik!

Fakta Kenapa Harga Rumah Di Malaysia Bukan Mampu Milik!

Tulisan kali ini adalah merupakan rumusan daripada laporan yang telah dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah Nasional, menerusi satu kajian yang dilakukan menggunakan data dari tahun 2000 hingga 2014, di mana laporan ini diterbitkan.

Rumah Di Malaysia Bukan Mampu Milik

Kami harap dengan rumusan ini, akan membantu anda memahami dengan lebih jelas daripada perspektif seorang warganegara atau bakal pembeli rumah khasnya, situasi yang sedang membelenggu negara kita.

Kadar pemilikan rumah di Malaysia

Sebenarnya, kadar pemilikan kediaman di negara kita berada pada tahap yang tinggi - melebihi negara seperti Australia, UK dan Amerika Syarikat.

Bagi tahun 2010, sebanyak 72.5% rakyat negara kita memiliki kediaman sendiri sama ada secara sah atau tidak sah.

Tidak sah ini bermaksud rumah yang didirikan secara setinggan atau dikawasan-kawasan terlarang.

Jadi, jangan tertipu dengan angka yang tinggi itu pula ya. Angka yang tinggi itu sebenarnya banyak dibantu oleh pemilikan di kawasan luar bandar dan setinggan.

Bagi masyarakat urban atau bandar, kadar pemilikan kediaman sendiri jauh lebih rendah berbanding angka yang disebutkan.

Purata pemilik kediaman sendiri di kawasan luar bandar adalah 81.2% sementara bagi kawasan bandar hanyalah 69.1%.

Singapura mencatatkan peratusan tertinggi, dengan 87.2% warga mereka memiliki kediaman, Australia 68.1%, UK 67.4% dan Amerika Syarikat 66.5%.

Kenaikan harga dari tahun ke tahun

Sejak dari tahun 2000 sehinggalah tahun 2014, dapat dilihat wujud kenaikan yang konsisten apabila dibandingkan nilai kediaman yang dijual secara purata dan kenaikannya pula agak melampau, dengan tahun 2009 hingga 2014 menjadi tempoh di mana kenaikan tertinggi dicatatkan.

Dalam tempoh 3 tahun sahaja dari 2012 hingga 2014, berlaku kenaikan purata harga jualan kediaman daripada RM248,514 kepada RM331,888. Gila kan? Bagaimana kenaikan gaji kita mampu mengejar angka sebegitu?

Antara negeri paling terjejas teruk disebabkan kenaikan harga melampau ini adalah Sabah, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang dan Perlis.

Pembeli di Sabah menerima kesan paling buruk, apabila semua jenis kediaman yang dijual di dalam tempoh 14 tahun dari tahun 2000 hingga 2014, mengalami kenaikan 3 kali ganda harga jualan dalam tempoh tersebut, jauh meninggalkan Kuala Lumpur dan Selangor, yang dikatakan memiliki nilai kediaman lebih tinggi.

Kediaman Di Malaysia Memang Tidak Mampu Milik!

Ini adalah persoalan yang seringkali diperdebatkan. Benarkah rakyat Malaysia benar-benar tidak mampu menjadi pemilik rumah?

Statistiknya, purata pendapatan penduduk negara kita dengan kenaikan nilai hartanah sebenarnya seiring, jadi apabila kita hanya melihat angka, tidak ada masalah untuk seorang rakyat Malaysia memiliki kediaman.

Bagaimanapun, perbandingan purata pendapatan dengan purata harga kediaman saja tidak mampu menjelaskan realiti sebenar yang dihadapi masyarakat.

Jadi, KRI menggunakan indikator yang dinamakan sebagai indikator median pelbagai bagi mengenalpasti beza sebenar di antara pendapatan dengan nilai rumah yang dijual.

Formulanya jelas, sekiranya harga rumah berada pada kadar 3 kali median pendapatan purata rakyat Malaysia, ini menandakan harga rumah memang benar-benar seiring dengan purata pendapatan.

Simulasi yang dijalankan pihak KRI mendapati wujud trend keseimbangan pada dua-dua faktor yang dibandingkan, akan menandakan dalam pasaran negara kita kedudukan indikator kemampuan pembeli mesti seimbang 3 kali nilai median purata pendapatan tahunan kita iaitu RM4,585 sebulan, bagi tahun 2014.

Dengan menggunakan angka tersebut, amat jelas sekali harga kediaman di negara kita berada di luar kemampuan majoriti masyarakat.

Realiti Sebenar Nilai Hartanah Kediaman di Malaysia

Data yang diperolehi sejak tahun 2000 menunjukkan masyarakat kita tidak pernah mengalami situasi di mana harga jualan kediaman seiring dengan 3 kali jumlah median pendapatan penduduk.

Pada tahun 2000, mediannya adalah RM24,558 tetapi harga purata ketika itu RM100,000.

Bermula pada tahun 2009, angka ini semakin melebar dengan nilai median RM43,512 tetapi purata harga kediaman sudah mencecah RM149,000.

Pada tahun terakhir data dipungut, indikatornya sudah terlalu jauh untuk dikejar dengan nilai purata kediaman mencecah RM242,000 sementara pendapatan pula hanya berada pada tahap RM55,020.

Ini bermakna sejak tahun 2000, indikator harga kediaman mestilah berada pada kadar 3 kali ganda nilai median pendapatan tahunan tidak pernah tercapai, dengan angka 4 kali ganda pendapatan diperlukan hanya untuk menyaingi kenaikan harga rumah yang mendadak.

Negeri Paling Terjejas

Dengan menggunakan indikator 3 kali median pendapatan tahunan sebagai penanda aras, KRI berjaya mengkategorikan semua negeri di Malaysia kepada empat kumpulan berbeza;

Kumpulan pertama adalah negeri yang mana nilai indikator yang dicatatkan melebihi 5 kali ganda perbezaan median pendapatan dengan nilai harga kediaman.

Negeri paling teruk terjejas adalah Terengganu kerana secara puratanya pendapatan masyarakat negeri itu jauh lebih rendah berbanding negeri lain, walaupun harga kediaman di sana antara yang paling rendah.

Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah menemani Terengganu, dengan kesemua negeri mencatatkan keperluan untuk mempunyai 5 kali nilai median, hanya untuk membeli kediaman.

Kumpulan kedua adalah negeri yang mencatatakan skor 4.1 ke 5.0 dari segi indikatornya.

Secara puratanya, negara kita mencatatkan skor 4.4, yang menandakan sukarnya rakyat negara kita untuk membeli kediaman berikutan purata pendapatan yang tak seiring.

Pahang, Kelantan, Perak, Perlis dan Johor berada dalam kelompok ini.

Kumpulan ketiga adalah negeri yang mencatatkan indikator 3.1 ke 4.0 di mana harga jualan kediaman ditakrifkan sebagai tidak mampu dimiliki secara moderat.

Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kedah tergolong dalam kumpulan ini walapun secara amnya, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kedah mempunyai harga kediaman antara yang rendah di negara kita.

Hanya satu negeri saja diisytiharkan mempunyai median pendapatan dan median harga kediaman yang seiring, iaitu Melaka.

Melaka mencatatkan skor 3.0 betul-betul di atas penanda aras, menunjukkan hanya di Melaka harga jualan kediamannya benar-benar mencerminkan kemampuan sebenar pembeli.

Pemaju kediaman di Melaka juga harus dipuji kerana berjaya menawarkan kediaman-kediaman yang benar-benar bersifat mampu milik.

Jadi kami harap artikel ini dapat menjawab persoalan anda, adakah kediaman di Malaysia dijual pada harga tidak masuk akal?

Jawapannya ya. Hanya Melaka saja menawarkan kediaman pada harga yang layak dikatakan berpatutan mengikut kemampuan poket orang kita. Tahniah Melaka!

Oleh itu, jika ada pak menteri atau kononnya pakar ekonomi cuba mempertikaikan data diatas, sila gam mulutnya kerana dia sedang berbohong.

Dan agak menarik juga untuk dibincangkan, suatu ketika dahulu majalah Mastika pernah menyiasat masalah ini dan jawapannya tidaklah begitu mengejutkan.

Rasuah, antara faktor utama kenapa harga rumah di Malaysia dijual terlalu mahal.

Macamana nak benteras kalau sistem pemerintahan kita juga dikelilingi rasuah. Sampai kiamat masalah ini tidak akan pernah selesai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

15 Kesalahan Al-Jazeera Ketika Cuba Fitnah Malaysia

15 Kesalahan Al-Jazeera Ketika Cuba Fitnah Malaysia

Laporan Locked Up In Malaysia Lockdown oleh Al Jazeera yang tular sebelum ini sememangnya menimbulkan kritikan hebat daripada orang ramai terutamanya rakyat tempatan, malah turut mendapat perhatian daripada pihak berwajib dan berkuasa yang mempersoalkan laporan tersebut di mana kebanyakan fakta yang dilaporkan dikatakan tidak tepat.

Locked Up In Malaysia Lockdown

Tidak mahu tuduhan dan laporan tidak tepat terhadap Malaysia terus berlaku, personaliti media sosial, Dustin Pfundheller yang sebelum ini dikenali melalui page Facebook Other Side of The Truth akhirnya tampil menggariskan 15 perkara yang menurutnya salah mengenai laporan Al Jazeera itu.

Dustin yang juga merupakan seorang pengamal perubatan sebelum ini pernah tular dengan videonya How Malaysian Did The Impossible yang menceritakan bagaimana negara kita berjaya melakukan sesuatu yang hampir mustahil untuk dilakukan dalam mengawal penularan wabak COVID-19.

Berbeza dengan dua videonya sebelum ini yang menceritakan bagaimana Malaysia mengekang penularan wabak berbahaya itu, Dustin kali ini menjelaskan dengan lanjut ulasannya mengenai video yang diterbitkan Al Jazeera itu.

"Ianya sangat mengecewakan terlalu banyak kesilapan yang dilakukan dalam satu video oleh syarikat yang besar.

"Banyak perkara yang Malaysia sebagai negara lakukan untuk memerangi COVID-19 adalah salah menurut Al Jazeera," tulisnya di Facebook.

Antara perkara yang menjadi tumpuan Dustin dalam ulasannya kali ini adalah menjelaskan beberapa berbangkit yang dilaporkan dalam dokumentari tersebut, seperti bagaimana Al Jazeera memilih jalan cerita yang dimahukan mereka bagi menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk.

Laporan tersebut menurut Dustin juga beberapa kali seperti keliru dengan terma pendatang asing secara haram dan juga yang memasuki negara ini dengan sah selain tidak memahami isu dan usaha sebenar kerajaan dalam memerangi COVID-19 ketika ini.

Beliau dalam videonya itu turut mengkritik tindakan Al Jazeera yang menutup ruangan komen mereka untuk laporan tersebut, sekali gus tidak memberikan peluang kepada sesiapa pun untuk menyatakan kebenaran.

Tonton video dibawah.

BACA INI JUGA:



sumber: thevocket