Monday, February 18, 2019

SBDJ Siri 20: Memburu Raja Pukau

SBDJ Siri 20: Memburu Raja Pukau

Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan orang asli. Bah Lanjut tidak membantah dengan keputusan yang di buat oleh datuk itu. Kami meredah hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah berada di pucuk tualang bercabang lima.

Siri SBDJ 15

Malam itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan melompat ke halaman dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah datuk itu.

Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk yang baunya cukup wangi.

Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu dan abunya datuk isikan dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok.

Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok.

Dia memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak datang mengacau anak dara di tempatnya.

Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk. Dia yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya.

"Itu cara kebetulan saja tok batin," kata datuk.

"Kita tak percaya, awak memang handal."

"Terpulanglah pada tok batin sendiri," jawab datuk sambil tersenyum lalu merapati Bah Lanjut.

Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu menghampiri saya.

"Ke mana?" balas saya agak ragu.

Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan.

Akhirnya, saya juga melompat turun ke halaman. Saya renung muka Bah Lanjut mengajukan pertanyaan.

"Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap," jawapan itu bukan saja ditujukan oleh datuk pada Bah Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya.

Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang berburu tebal itu.

Sebelum panas terik mencengkam perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat makhluk ganjil menghilangkan diri.

Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh di muka dengan tapak tangan.

Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudah pun duduk bersila sambil membentangkan kain hitam atas tanah.

Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Datuk bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali.

"Kita masuk," kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak cemas.

"Ini kerja mati," kata saya.

Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu menjentik telinga saya.

"Kau jangan banyak kere­nah."

Cukup lembut nada suaranya memukul gendang telinga saya, tetapi mempunyai kesan yang amat pahit bagi diri saya.

"Sediakan mancis," datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada saya.

Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu.

Akhimya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan kawasan itu di dinding oleh batu pejal. Disudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain.

"Kita berada betul-betul di tengah antara dua gunung," beritahu datuk pada saya.

Bah Lanjut angguk kepala. Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua.

Menurut datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam kebanyakan gua di Malaysia.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam menyusur perlahan-Iahan pada akar-akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu.

Ular itu terus bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.

"Pedulikan," kata datuk bila melihat air muka saya berubah.

Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok di celah-celah batu besar.

Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang.

Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun-daun kayu yang di bawanya.

Gerak-geri makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, sama ada cara dia duduk dan mematah dahan-dahan kayu yang berpucuk hijau.

Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira-kira lapan kaki.

Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet.

Ketiga-tiga makhluk ganjil itu terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut.

Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu.

Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat cepat datuk mengelak.

"lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini," kata datuk pada saya yang secara mendadak menghampirinya.

Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.

"Apa yang harus kita buat," datang pertanyaan dari Bah Lanjut.

"Kita halau saja dari sini," jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut.

Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal.

Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itupun lari masuk ke dalam perut gua.

Bila saya lihat ke atas, terdapat berpuluh-puluh ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung.

"Dia akan meninggalkan tempat ini terus," datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya.

"Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membalas dendam," sambung datuk sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut.

Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja-Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk tersebut.

Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut agama Islam.

Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan musuh selalu membaca ayat-ayat al Quran.

Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Islam Perak.

Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya me­nganut agama Islam.

Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di datangi oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang.

Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui tapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang.

Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya.

"Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang-orang di sini mesti berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia holeh membawa anak dara lari ke hutan," begitulah datuk memberitahu beberapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan tentang makhluk ganjil itu.

Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang mahukan tempat yang dingin.

Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut dan binatang ganjil itu sesat ke dalam hutan besar di Pahang.

Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya dan datuk menginap di rumah Dukun Nong.

Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Cameron Highlands lagi sekali untuk mencari seorang saudagar sutera dari Thai­land yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglow.

Datuk mencari saudagar itu bersama dengan pasukan keselamatan.

Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga ditemui.

Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis.

Di situ datuk hanya menemui beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain yang dipercayai kepunyaan saudara tersebut.

Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil tersebut. Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis dan datuk tidak mahu ikut dalam usaha selanjutnya.

Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus membatalkan rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu.

Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda-tanya hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan.

Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan pengalamannya ketika mencari saudagar yang hilang itu dan dukun juga bersetuju dengan pendapat datuk.

Menurut firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas dendam terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya.

Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran dalam hutan negeri Pahang.

Tempat persinggahan yang paling di sukainya ialah di sekitar kawasan sejuk.

Tetapi dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan dirinya dari bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan.

Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu-ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan).

Walau bagaimanapun, sejak kehilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika itu, cerita mengenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi.

Pengalaman-pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi bahan yang cukup menarik untuk diceritakan pada nenek.

Dan nenek hanya ketawa senang mendengar keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki suaminya.

Tetapi nenek memang tidak mengharapkan salah seorang daripada cucunya mengikut jejak langkah suaminya.

Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang berat dan sukar. Tidak mudah untuk diikuti oleh anak cucunya yang akan hidup dalam dunia yang serba maju ini.

"Kau jangan ikut macam datuk kau," kata nenek sambil merenung wajah datuk yang duduk disisinya.

Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali-kali. Sepasang mata datuk merenung ke arah pintu jalan.

"Ada motosikal masuk ke mari tu," datuk segera bangun.

Sebelum melangkah ke tanah, dia merenung muka nenek sambil berkata, "Kerana cucu kita, tak boleh ikut macam kita?"

"Sudah."

"Sudah bagaimana?" balas datuk lagi.

"Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan diri dari semua perbuatan yang dilarang oleh agama."

"Jadi, awak fikir cuma kita tak boleh buat semuanya tu?"

"Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, berjudi, berjahat dengan perempuan, terpisah dari dunia kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila sudah ke bandar boleh menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka tunaikan dengan sempurna," begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal tersebut.

Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah halaman.

Lelaki yang memakai songkok hitam menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya kenaI. Mat Pie namanya, orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk saya.

Dia adalah anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan nama A.P. kemudian ditukar menjadi Home Guard atas H.G.

Dia sudah membunuh lima anggota komunis di Tanah Empat Ratus yang sekarang telah dijadikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira-kira 8 kilometer dari pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit.

Mat Pie kawan karib Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping.

Mat Pie sudah pun meninggal dunia, anak cucunya masih ada lagi di Kampung Bruas.

"Apa hajatnya?" tanya datuk pada Mat Pie.

Mat Pie memperkenalkan kawannya pada datuk. Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahan lombong bijih di tempatnya.

Orang itu namanya Kulub Maidin dan lebih di kenali dengan nama Din Kerani di tempatnya.

Datuk pun mempersilakan kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat kopi.

Tidak sampai lima minit bercakap, nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada mereka.

Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani meminta pertolongan datuk untuk mencegah kejadian pukau yang kian menjadi-jadi di tempatnya, malah kegiatan gerombolan pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di sekitar Batu Gajah.

"Perkara yang benar-benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang-orang kita yang susah," Din Kerani memberitahu datuk.

Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah di masuki oleh pencuri dengan menggunakan ilmu pukau yang melakukan kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya tidak sama.

"Habis apa yang patut saya buat'?" soal datuk.

"Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalau dapat pihak awak menghalang kejadian dari itu dari berlaku di tempat kami sudah cukup."

"Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai seminggu berada di rumah."

"Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba," sanggah Mat Pie.

Saya lihat, muka datuk tidak begitu gembira. Dia termenung panjang.

"Begini saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang," cukup cepat datuk membuat keputusan.

Din Kerani tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi keledek rebus.

"Tinggalkan alamat rumah awak pada saya," datuk bersuara pada Din Kerani.

Mat Pie segera mengeluarkan pensil dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas.

Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, "Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang dia mencarinya."

"Betul juga," Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie.

Dia melukiskan rajah masuk ke rumahnya. Bila selesai kertas itu diserahkan pada datuk.

Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan Din Kerani dengan tenang.

"Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?" soal datuk.

"Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu ke darat, hujung jalan tu rumah saya," Din Kerani memberikan penerangan.

Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk mengiringi mereka hingga ke muka jalan raya.

Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din Kerani terus bercakap dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiri pun tidak tahu.

Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah sambil melukiskan rajah-rajah di atas sekeping kertas.

Dia memanggil saya menghampirinya. Dia menyuruh saya melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur dengan permintaannya.

"Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan peroleh laba, kalau pergi Khamis, perjalanan bahaya, kita akan kerugian," datuk memberitahu saya, sambil memberi petua bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan.

Lepas itu, datuk membaca sesuatu sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara.

Barang yang di minta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ketepi. Dia sandarkan badan ke dinding.

"Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang," rungut datuk.

Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu.

"Kenapa pula?"

"Saya sudah malas dengan kerja ini."

"Orang minta tolong, mestilah ditolong."

"Saya faham, tapi..." datuk tidak meneruskan kata-kata itu.

Dia bangun lalu pergi ke ruang tengah. Perasaan datuk saya lihat tidak tenteram malam itu.

Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya.

Kenapa datuk mesti menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain.
Timbul pertanyaan dalam diri saya.

Anehnya, pertanyaan itu tidak saya kemukakan pada diri datuk. Saya takut menerima akibat darinya.

Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu. Dia terus naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di situ.

"Kenapa tok?" tanya saya. Datuk renung muka saya.

"Perkara ini berat," jawabnya.

"Sebab?"

"Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk kerja pukaunya," nada suara datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat.

"Walau bagaimanapun, kita mesti menolong orang ini," tambahnya dengan rasa penuh keyakinan sambil mengepalkan penumbuk.

Saya tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik tidur.

Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya.

Dua hari berada di rumah Din Kerani, seluruh kawasan kampung itu sudah dijalaninya.

Datuk sudah memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi embun.

Hampir separuh dari penduduk kampung itu sudah di lawannya bercakap ketika berjemaah di surau.

Menurut datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan kerjasama orang ramai, tanpa kerjasama kejayaan agak sukar diperolehi.

Masuk malam yang ketiga bermalam di rumah Din Kerani, sebuah rumah telah di pukau.

Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah itu.

Datuk hanya menemui sekeping daun dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang seri rumah.

Datuk ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas untuknya.

Alasan datuk memerlukan pondok itu ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja membenteras kejadian pukau. Permintaan datuk ditunaikan.

Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din Kerani.

"Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin", kata datuk pada Din Kerani pada suatu senja.

Datuk berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya sebelum kumpulan itu dihancurkan.

Pada malam yang keempat, datuk sudah bersedia. Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain selipang berwarna merah terpampang di dada.

Datuk duduk bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk menghadapi sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding.

Dia menyuruh saya menaruh kemenyan dalam tempat bara yang yang terletak dihadapannya.

Dalam masa tidak sampai lima minit, ruang pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan, macam bau bangkai.

"Orang ini menggunakan tengkorak manusia yang mati di bunuh. Tengkorak itu sudah disalai ke api hingga mengecut jadi sebesar putik kelapa," datuk memberi tahu saya.

Saya angguk kepala. Kain putih saya lihat bergerak-gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ.

Saya perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai, hidungnya pesek mempunyai sepasang mata yang tajam agak jauh ke dalam letaknya.

Orangnya kelihatan seperti orang yang berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang lima kaki.

"Sudah jangan lihat," jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya.

Saya lihat tangannya tidak apa-apa. Tetapi muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh-peluh halus.

"Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dulu menjadi S.C.", ujar datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding.

Kain itu di lipatkannya. Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang.

"Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak silap kali ini mereka akan memukau rumah ketua kampung," tambah datuk.

Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibu jarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa bimbangnya untuk berhadapan dengan ketua kampulan pukau itu.

Menurut hematnya, kalau silap langkah datuk akan menanggung malu yang cukup besar.

Tidak ada jalan lain, datuk terpaksa menghubungi isterinya orang bunian dengan perantaran kuasa ghaib.

Datuk memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam sekilap mata saya, saya lihat di tapak tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek.

"Kita akan menolong orang di sini," kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya. Dia bangun, berjalan dalam ruang pondok.

"Ketua pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan satu keluarga di tengah padang dan tidak mengambil barang-barang di rumah," tambah datuk lagi.

"Kenapa jadi begitu tok?"

"Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah itu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan rumah itu kononnya bersedia menangkap ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya, berita itu sampai ke telinganya dan dia menguji."

"Siapa yang handaI dalam hal ni tok?"

"Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu."

Penerangan datuk itu memberikan satu kepuasan pada diri saya.

Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan dekat sekolah Tanjung Tualang.

Dari perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju ke rumah ketua kampung.
Jam ketika itu sudah pukul dua subuh.

Saya dengan datuk memperhatikan gerak-geri manusia bertiga itu dengan penuh minat.

Sampai di rumah ketua kampung, ketiga-tiga manusia itu mengelilingi rumah ketua kampung sebanyak tujuh kali.

Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus itu terus memuja tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna hitam-hitaman.

Lepas itu dia membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak.

Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih-buih dan bergerak-gerak.

Serentak dengan itu seluruh kawasan berbau busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat.

"Pukaunya sudah menjadi," bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya.

Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.

Tamat siri 20/284

BACA: SBDJ Siri 19: Diresapi Semangat Monyet
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

7 Jenis Makanan Menyeimbangkan Hormon Dalam Tubuh

7 Jenis Makanan Menyeimbangkan Hormon Dalam Tubuh

Tahukah anda bahawa makanan yang kita makan setiap hari turut berperanan dalam menyeimbangkan kadar hormon di dalam tubuh. Makanan sebenarnya berfungsi dalam mengawal mood, tenaga, pencernaan, metabolisme dan ghairah seksual anda.

Makanan tinggi Hormon

Di bawah ini ada beberapa jenis makanan yang dapat membantu menyeimbangkan kadar hormon di dalam tubuh.

1. Ubi

Tahukah anda bahawa karbohidrat kompleks bukan hanya baik bagi pencernaan dan metabolisme tubuh, tetapi juga dapat membantu menjaga kesihatan rahim wanita secara keseluruhan.

Makanan seperti ubi, beras merah dan quinoa dapat membantu menjaga kadar gula darah tetap stabil dan mencegah terjadinya peningkatan kadar insulin, yang berfungsi menjadikan rahim wanita lebih sihat.

Makanlah sekitar 50-70 gram karbohidrat kompleks setiap harinya.

2. Sayuran Cruciferous

Sayur Kale
Sayur Kale.

Sayuran cruciferous seperti kale, bunga kobis dan Brussels sprout dapat membantu hati memetabolisme esterogen, hormon wanita, yang berfungsi untuk mengatur perjalanan haid dan menjaga kadar hormon ini tetap stabil.

Brussels sprout.

Akan tetapi, pengambilan terlalu banyak serat juga boleh menyebabkan gangguan pencernaan, kerana itu makanlah sayuran sebanyak 1 cup setiap hari.

3. Ikan Salmon

Anda memang tidak perlu makan ikan salmon setiap harinya, tetapi pastikan pengambilannya seminggu sekali.

Salmon mengandungi omega 3 yang dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kadar trigliserida.

Salmon juga memiliki zat anti radang yang dapat membuatkan kulit tampak bersih serta membuat tulang dan gigi lebih sihat dan kuat.

4. Avocado

Selain mengandungi banyak zat baik seperti omega 3, avocado juga mengandungi vitamin E, K, dan C; yang dapat menyeimbangkan kadar hormon estrogen.

Bagi kecantikan, lemak sihat di dalam avocado dapat membuatkan sel kulit tetap sihat dan lembab sepanjang hari.

Dos harian yang dianjurkan adalah setengah biji avocado.

5. Kacang Almond (Badam)

Kacang almond juga mengandungi lemak sihat, banyak protein, serat dan pelbagai vitamin penting.

Kacang almond juga dapat membantu mengawal kadar gula darah, menurunkan tekanan darah, menurunkan kadar kolesterol dan membuatkan anda merasa kenyang lebih lama.

Ini kerana almond akan meningkatkan kadar hormon kolesistokinin, yang berfungsi untuk membuatkan anda merasa kenyang.

Makanlah sekitar 11 biji almond setiap hari.

6. Extra Virgin Olive Oil

Minyak zaitun mengandungi lemak sihat dan omega 9, serta mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidan.

Minyak zaitun dapat membantu mengawal kadar gula darah, menurunkan tekanan darah dan menurunkan risiko terjadinya gangguan jantung serta diabetes.

Sebuah kajian menemukan bahawa diet yang terdiri dari minyak zaitun dapat mempercepat metabolisme sel-sel lemak.

Dianjurkan untuk makan sekitar 5 sudu teh minyak zaitun setiap hari.

7. Yogurt

Bakteria baik di dalam yogurt (probiotik) dapat menjaga kesihatan usus dengan menyeimbangkan kadar hormon estrogen, tiroid dan fitoestrogen.

Hal ini sangat penting bila anda sedang memasuki masa menopause atau bila mengalami gejala premenstrual.

Selain itu, bakteria baik (Lactobacillus) juga dapat membantu mengatasi perut kembung, diare, sembelit dan pelbagai gangguan pencernaan lain.

Jika anda tidak dapat minum susu lembu dan produknya, probiotik boleh diperolehi melalui makanan seperti kimchi dan sup miso.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: dokter

GTS 300 HPE Model ‘Terhebat’ Vespa

GTS 300 HPE Model ‘Terhebat’ Vespa

Piaggio telah mengumumkan butiran terperinci untuk model Vespa 2019 iaitu Vespa GTS 300 HPE, model dengan enjin paling berkuasa buatan Piaggio yang mampu menghasilkan kuasa 23.5bhp. Model vespa ini juga dihasilkan dalam pelbagai warna iaitu biru, kuning, hijau dan kelabu.

Model terhebat Vespa

Model GTS untuk tahun 2019 kini mempunyai lima model yang terdiri daripada Vespa GTS, GTS Touring, GTS Super, GTS SuperSport dan Vespa GTS SuperTech dengan rangkaian terbaru yang mempunyai ciri-ciri kedudukan tunggangan yang lebih baik dan peningkatan teknologi yang terkini.

Selain itu, model ini juga tersedia dengan enjin HPE silinder tunggal ‘i-get’ 278 cc serta peningkatan kuasa sehingga 12 peratus berbanding motosikal yang berkapasiti lebih besar.

Ianya turut menerima penggayaan yang terkini pada bahagian badan motosikal termasuk bahagian handle, krom baru dan motif sarang lebah pada bahagian sisinya, dalam usaha untuk memastikan Vespa klasik kelihatan moden.

Tiada harga ditetapkan tetapi sebagai perbandingan, model GTS Super 300 ABS dijual pada harga RM29,000.

Kemungkinan besar ianya bakal dipasarkan sekitar harga ini bergantung kepada model yang anda pilih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

10 Restoran Makanan Segera Paling Popular Di Dunia

10 Restoran Makanan Segera Paling Popular Di Dunia

Rangkaian restoran makanan segera adalah sekumpulan restoran yang terletak di lokasi yang berbeza di seluruh negara yang dikendalikan syarikat sama ada oleh perjanjian francais atau di bawah pemilikan korporat bersama.

Biasanya restoran rangkaian ini mempunyai trademark tersendiri seperti logo, menu utama dan juga pelan pemasaran.

Rangkaian restoran makanan segera sangat popular dan kebanyakannya mudah ditemui berdekatan dengan pusat membeli-belah, kawasan pelancongan dan kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuhraya.

Berikut adalah senarai 10 rangkaian makanan segera terbesar dan paling popular di dunia.

1. Subway

Subway shop

Subway adalah rangkaian francais restoran makanan segera terbesar di dunia yang kebanyakannya menjual roti sandwich jenis sandwich kapal selam atau lebih dikenali sebagai sub.

Sandwich ini merupakan menu yang sihat terdiri daripada pelbagai jenis roti, inti dan juga salad. Syarikat Subway ini dimiliki dan dikendalikan oleh Doctors Associates Inc.

Subway adalah rangkaian restoran terbesar dan paling cepat berkembang di dunia dengan mempunyai 44,882 restoran di 112 negara.

Restoran makanan segera Subway yang terletak di seluruh Amerika Syarikat sahaja mempunyai kira-kira 26,646 cawangan.

Subway juga merupakan pengendali terbesar di dunia yang ibu pejabatnya terletak di Milford, Connecticut.

2. McDonald's

McDonald's ialah sebuah restoran yang diasaskan pada tahun 1940 oleh Richard dan Maurice McDonald sebagai sebuah restoran barbeku.

Pada tahun 1948, McDonald's menyusun semula perniagaan tersebut sebagai restoran makanan segera yang menjadikan hamburger sebagai menu utama.

Pada tahun 1953, Mcdonald's telah membuka francais pertama di Phoenix, Arizona.

Pada masa ini McDonald's merupakan rangkaian restoran kedua terbesar di dunia yang terdapat di 119 buah negara dan mempunyai sebanyak 36,615 buah cawangan.

McDonald's menjual pelbagai produk yang terdiri dari burger, ayam, kentang, bubur, pencuci mulut, ais krim dan minuman ringan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BBC pada tahun 2012, McDonald's merupakan majikan swasta kedua terbesar di belakang Walmart dengan jumlah pekerja sebanya 1.5 juta orang.

3. Starbucks

Starbucks adalah sebuah rangkaian kedai kopi berasal dari Amerika dan ditubuhkan pada tahun 1971 di Seattle, Washington.

Starbucks menghidangkan menu utamanya iaitu espresso, kopi, jus, pelbagai jenis latte, pencuci mulut dan teh.

Starbucks mula menjana keuntungan dan berkembang pada awal 1980-an, mempunyai 23,769 buah cawangan di seluruh dunia.

4. KFC

Kentucky Fried Chicken yang lebih dikenali sebagai KFC adalah sebuah rangkaian restoran makanan segera berasal dari Amerika. KFC mempunyai menu utama mereka iaitu ayam goreng yang sedap dan ranggup.

KFC adalah rangkaian restoran segera terbesar yang ibu pejabatnya terletak di Louisville, Kentucky.

Sehingga Disember 2015, KFC telah beroperasi di 123 negara dengan mempunyai lebih kurang 20,000 cawangan.

KFC merupakan satu jenama yang sangat besar dan merupakan syarikat restoran yang memiliki rantaian restoran segera yang lain seperti Taco Bell dan Pizza Hut.

KFC diasaskan oleh Colonel Harland Sanders iaitu seorang usahawan yang mengharungi pelbagai liku-liku hidup yang bermula dengan hanya menjual ayam goreng di pinggir jalan Corbin, Kentucky.

KFC pada mulanya hanya menjual produk berasaskan ayam sebelum menambah menu mereka pada tahun 1990-an seperti salad, kentang goreng, minuman ringan, burger ayam, coleslaw dan pencuci mulut.

5. Burger King

Burger King adalah restoran makanan segera yang menyajikan hamburger, mempunyai ibu pejabat yang terletak di Miami Dade County, Florida.

Burger King ditubuhkan pada tahun 1953 dan dikenali sebagai Insta-Burger King di Jacksonville, Florida.

Menu Burger King telah bertambah dari masa ke semasa dengan menawarkan pelbagai jenis burger, produk tenusu, soda, kentang goreng dan pelbagai jenis produk.

Pada 30 September 2016 Burger King dianggarkan mempunyai 15,243 cawangan di 100 buah negara.

Hampir separuh cawangan itu terdapat di Amerika Syarikat dan 99.5% bukan sahaja dikendalikan secara persendirian tetapi juga dimiliki secara persendirian.

Di bawah ini merupakan kedudukan seterusnya dari tempat ke 6 hingga 10 rangkaian restoran makanan segera terbesar di dunia.

6. Pizza Hut mempunyai 13,728 lokasi.

7. Dunkin' Donuts mempunyai 11,300 lokasi.

8. Domino's Pizza mempunyai 10,988 lokasi.

9. Baskin-Robbin s mempunyai 7,300 lokasi.

10. Hunt Brothers Pizza mempunyai 7,300 lokasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Khasiat Gula Kabung Selain Rasanya Yang Enak

Khasiat Gula Kabung Selain Rasanya Yang Enak

Manisan Gula Kabung dibuat dari nira atau tuak pokok kabung dan seakan-akan sama dengan gula melaka, gula pokok nipah dan gula pokok tar, semuanya dalam kategori pokok palma kerana boleh menghasilkan tuak atau nira mengikut proses tertentu.

Khasiat Gula Kabung

Pokok kabung juga dipanggil pokok enau, pokok aren dan pokok kantau (kantor). Nira pokok kabung dihasilkan dari tangkai atau tandan bunga jantan dan kaedah atau cara untuk menghasilkan nira kabung, hampir sama cara mendapatkan nira nipah.

Air nira yang ingin dibuat gula kabung biasanya dimasak menggunakan kawah kerana mudah untuk mengacau.

Mengacau semasa memasak gula kabung sama seperti mengacau membuat dodol, cuma bezanya adalah masa untuk mengacau gula kabung lebih singkat.

Air nira kabung yang dimasak perlu dikacau sehingga pekat dan berwarna coklat kmerahan. Setelah betul-betul pekat ia perlu segera dimasukkan ke dalam acuan daun mengkuang yang berbentuk bulat untuk dikeraskan. Proses pengerasan hanya kira-kira 5 minit selepas diambil dari kawah.

Keenakan gula kabung memang tiada tandingannya kerana rasa manisan itu berbeza dengan gula biasa yang diperbuat daripada tebu.

Rasa gula yang enak dan tidak terlalu manis menjadikan gula kabung menjadi pilihan di dalam masakan tradisional seperti dodol, kuih-muih atau dijadikan manisan untuk minuman.

Khasiat Gula Kabung

Gula kabung boleh menggantikan gula biasa atau gula tebu kerana mengandungi kandungan glukosa yang lebih rendah berbanding gula pasir.

Selain itu gula kabung kaya dengan Vitamin C, Thiamine, Nicotinic acid, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat protein.

Memandangkan kandungan zat galian dan nutrisinya yang tinggi, maka gula kabung amat sesuai bagi pengidap diabetes, lelah atau asma, anemia atau kurang darah, mereda panas pankreas, membantu pertumbuhan gigi dan tulang, menghalang kegemukan dan baik untuk proses pembesaran kanak-kanak.

POKOK KABUNG

Pokok kabung, sejenis pokok palma juga dikenali sebagai pokok Enau atau nama saintifiknya 'Arenga Pinnata', mungkin agak pelik berbanding pokok daripada spesies palma yang lain.

Mengikut kata orang tua, pokok kabung yang tumbuh di tepi paya atau di tepi sungai, mempunyai kualiti air nira yang sederhana berbanding yang tumbuh di kawasan caruk, lembah mahu pun di kaki bukit yang mempunyai kualiti yang tinggi.

Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah dibahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.

Malah dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.

Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.

Pokok kabung, mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula kabung dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan sepadan dengan 'pujukan' yang diberikan.

Pastikan air nira kabung tersebut bewarna jernih, jika warna agak kemerahan, air nira tersebut tidak berkualiti.

BUNGA JANTAN

Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh 'dipujuk' untuk mengeluarkan niranya.

Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira meskipun dipujuk seperti tandan bunga jantan.

Kerja 'memujuk' mengikut istilah yang digunakan pemungut nira, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara bersopan, memang berlaku berdasarkan pengalaman sejak bertahun-tahun lamanya.

Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya. Selepas itu, ia perlu 'dipujuk' dengan mengetuk-ngetuk batang tandan itu ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.

Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan.

Ketukan pula hendaklah dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar.

CARA MENGHASILKAN GULA KABUNG

Sigai yag diperbuat dari buluh, pengikat mayang kabung dari akar rotan seni, tabung buluh serta parang yang tajam akan digunakan untuk mengambil nira kabung.

Parang yang tumpul akan menyebabkan mayang yang dipotong bergerigi dan kualiti air nira akan terjejas.

Setelah itu, mayang kabung dilenturkan sedikit demi sedikit. Ianya akan diikat dengan rotan sebelum proses memotong mayang. Seterusnya, air nira ditakung ke dalam tabung buluh yang sepanjang 3 kaki.

Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit daun manggis/kulit manggis untuk mencegah air nira daripada menjadi masam. Ada juga yang menggunakan akar laru untuk mencegah air nira menjadi masam.

DUA KALI SEHARI

Air nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 5 liter sehari.

Gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis.

GULA KABUNG

Proses memasak memakan masa yang agak lama. Dapur kayu digunakan bagi menjaga kualiti, mengekalkan ketradisionalan dan membangkitkan aroma bau gula kabung tersebut.

Gula kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman.

Antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, kuih keria, dodol, pulut kacau@wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol, perapan daging atau ikan, juga enak apabila dicampurkan bersama kopi O.

Gula kabung yang siap dimasak, dibiarkan keras dan kemudian akan dibungkus dengan pucuk daun kabung yang dikeringkan.

Rasanya mungkin agak sama seperti gula melaka, cuma gula kabung terhasil dari air nira pokok kabung, manakala gula melaka dari air nira pohon kelapa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, February 16, 2019

3 Cara Yang Betul Untuk Puaskan Isteri Di Kamar

3 Cara Yang Betul Untuk Puaskan Isteri Di Kamar

Pertama, anda perlu faham bahawa perempuan adalah berbeza dari lelaki. Wanita adalah insan yang penuh dengan emosi dan mereka tidak akan cepat terangsang apabila hanya melihat lelaki bogel di hadapan mereka.

Puaskan Isteri Di Kamar
Gambar hiasan.

Jadi, untuk merangsang isteri sehingga klimaks, anda perlu rangsang dia secara emosi, kemudian fizikal dan terakhir masukkan dia ke dalam mood untuk bersetubuh.

Berikut adalah tiga langkah untuk merangsang isteri anda dengan pantas.

1. Rangsang perasaan isteri

Bermain cinta dengan isteri anda seperti anda dukung dia ke tempat tidur atau anda beri dia hadiah atau anda bermain sms lucah sepanjang hari atau sentiasa bersikap romantis dengan isteri anda.

Apabila isteri anda terbit perasaan sayang atau rasa cinta yang meluap-luap pada anda, dia pasti tidak sabar untuk adakan hubungan seks dengan anda.

2. Cumbuan (foreplay)

Tidak perlu tergesa-gesa, sebaliknya ambil masa untuk mencium isteri anda dengan manja dan penuh kasih sayang.

Gunakan tangan untuk meraba-raba seluruh badan isteri anda.

Bermain tarik tali dengan isteri anda seperti mencium dan dalam masa yang sama rangsang dengan kata-kata lucah.

Perhatikan reaksi isteri anda dan jika dia sudah bernafas laju dan seperti sudah terangsang, anda teruskan pada langkah ketiga.

3. Bermain di klitoris

Apabila pasangan anda seperti sudah terangsang dan vagina dia mulai basah, anda rangsang klitoris pasangan anda.

Gunakan lidah untuk merangsang kerana permukaan lidah adalah lembut dan ia pasti akan memberi sensasi yang bagus pada pasangan anda.

Percayalah, selepas beberapa minit isteri anda pasti akan klimaks untuk kali pertama dan anda boleh teruskan hubungan dengan bersetubuh pula.

Satu kelebihan apabila isteri anda datang klimaks sebelum anda menyetubuhinya adalah dia akan cepat terangsang untuk klimaks seterusnya kerana mood dia sangat inginkan seks.

Anda juga akan puas apabila zakar anda di rangsang hebat oleh vagina isteri anda yang sedang tenggelam dalam lautan nafsu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Mahu Hidup Lebih Sihat, Rawat Usus Anda Terlebih Dahulu

Mahu Hidup Lebih Sihat, Rawat Usus Anda Terlebih Dahulu

Pernahkah anda mengalami gangguan emosi atau mudah marah dengan orang lain kerana lapar atau mengalami cirit-birit yang disebabkan oleh tekanan. Semua ini adalah petanda sistem pencernaan manusia mampu mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi.

Usus sihat

Menyayangi dan menjaga kesihatan sistem penghadaman amatlah penting bagi mengelak masalah pencernaan selain mengukuhkan sistem imun badan.

Selain memainkan dua peranan utama iaitu membantu penyerapan nutrien makanan serta menyingkirkan agen memudaratkan iaitu toksin, alergen dan mikroorganisma bahaya.

Pencernaan yang sihat turut mempengaruhi emosi, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhannya.

Sistem penghadaman juga digelar 'otak kedua' oleh pakar perubatan, mempunyai sistem saraf berautonomi, iaitu sistem saraf enterik yang memiliki lebih banyak neurotransmitter berbanding otak.

Neurotransmiter, sistem penghadaman menghasilkan 95 peratus serotonin, iaitu hormon yang mempengaruhi emosi dan digunakan juga dalam proses penghadaman.

Sayangi usus hindari penyakit kronik

Saluran gastrousus adalah keajaiban fisiologi secara sendirinya dan memainkan peranan penting melindungi sistem imun kita.

Saluran GI menghasilkan lebih 100 trilion sel mikrob, termasuk bakteria sistem penghadaman yang kebanyakannya menghuni dalam usus besar atau kolon.

Kajian pakar penyelidik dari Harvard School of Public Health di Amerika Syarikat mendapati bakteria dalam sistem penghadaman menghasilkan bahan kimia yang membenarkan sel imun dalam kolon berkembang dan berfungsi dengan cekap.

National Health Services di United Kingdom pula menganggarkan, 40 peratus daripada semua orang pernah mengalami sekurang-kurangnya satu masalah gastrousus, sama ada cirit-birit, sembelit atau kembung perut.

Kegagalan memantau kesihatan sistem penghadaman bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, bahkan menjurus kepada penyakit kronik hingga mengancam nyawa.

Antara lima penyebab kematian

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati dalam tempoh sehingga Disember 2013, penyakit berkaitan sistem penghadaman antara lima penyebab utama kematian di hospital swasta dan awam Malaysia. Serangan ini juga antara enam punca utama pesakit dimasukkan ke hospital.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, daripada menunggu sehingga terkena masalah kesihatan sebelum mengambil tindakan, lebih baik jika anda mengambil langkah aktif mempertingkatkan kesihatan sistem penghadaman.

Selain mengurangkan risiko masalah penghadaman pada masa akan datang, sistem penghadaman sihat penting bagi membolehkan seseorang menikmati hidup dengan sempurna.

Daripada pemprosesan bahan toksik seperti alkohol dan dadah kepada produk hasilan yang selamat, menghasilkan amonia toksik untuk menghalang karsinogen berbahaya daripada diserap ke dalam aliran darah, "organ-organ detoks" yang terbina dalam badan manusia seperti hati, usus dan buah pinggang, semua ini menunjukkan bahawa badan kita sememangnya lengkap untuk menghapuskan toksin.

Oleh itu, organ-organ ini mesti dijaga untuk berfungsi secara optimum.

Bagi menyokong bekalan glutathione dalam hati, peptida antioksidan semula jadi yang penting untuk fungsi imun badan dan mengawal keradangan, makan lebih banyak makanan yang kaya dengan sulfur seperti bawang putih, brokoli, kubis, bawang dan kubis bunga.

Banyakkan bersenam

Buah pinggang memainkan peranan penting bagi menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dalam badan.

Untuk buah pinggang berfungsi dengan baik, pastikan anda kekal terhidrat. Elakkan makanan tinggi kandungan garam, gula dan lemak.

Tekanan darah tinggi adalah antara punca utama penyakit buah pinggang. Justeru penting membuat pemeriksaan tekanan darah secara kerap dan elakkan meminum terlalu banyak alkohol dan hentikan amalan merokok.

Banyakkan bersenam bagi mengurangkan tekanan darah tinggi dan pada masa sama, mengekalkan berat badan yang sihat.

Jangan ketepikan kepentingan sayur dan buah-buahan kerana kajian membuktikan sajian berserat tinggi mengurangkan risiko kanser kolon, kencing manis jenis 2, sakit jantung dan strok.

Amalan ini juga melancarkan proses penghadaman dan mencegah sembelit. Serat menstabilkan tahap glukosa darah kerana ia memperlahankan penyerapan glukosa dalam usus kecil.

Serat juga mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Sumber serat termasuk oat, gandum, kacang-kacangan, biji-bijian, kacang dal, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Probiotik mempromosikan pemulihan sistem penghadaman

Sistem penghadaman adalah sarang kepada 100 trilion bakteria, secara kolektif dikenali sebagai microbiome. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam sistem penghadaman penting bagi kesihatan pencernaan.

Kita boleh meningkatkan jumlah bakteria baik dengan mengambil probiotik yang didapati dalam minuman susu berkultur dan makanan yang difermentasi.

Pilihan yogurt, minuman susu berkultur, kefir, sauerkraut (jeruk kubis), tempe dan kimchi lebih baik. Probiotik terbukti secara klinikal melegakan cirit-birit dan simptom Sindrom Usus Rengsa (IBS).

Apabila mencari makanan probiotik, pastikan memilih minuman susu kultur yang mengandungi kultur 'hidup dan aktif'.

Ini bermakna minuman itu tidak dirawat haba atau tidak melalui rawatan haba selepas dikulturkan kerana proses berkenaan akan membunuh semua bakteria bermanfaat.

Seperti yang dijelaskan konsep teknikal 'sampah masuk, sampah keluar' atau akronimnya, GIGO, kita adalah apa yang kita makan. Diet seimbang adalah cara paling tepat dan cepat bagi merangsang prestasi sistem penghadaman.

Detoks yang sihat, diet yang betul dan amalan mengambil probiotik adalah strategi terbaik untuk sistem penghadaman lebih sihat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Misteri Artifak Firaun Seiras Michael Jackson

Misteri Artifak Firaun Seiras Michael Jackson

Michael Jackson terkenal bukan sahaja di Amerika Syarikat, malah di seluruh dunia. Lagu beliau yang enak didengar serta tarian 'Moon Dance' beliau memang sangat mengasyikkan. Lebih kurang sedekad lalu, dunia dikejutkan dengan pemergian beliau yang ternyata memberikan kesan kepada ramai.

Artifak Firaun Michael Jackson

Artikel kali ini adalah tentang sebuah arca atau artifak daripada zaman Mesir purba yang kelihatan seperti Michael Jackson, terutamanya pada bahagian hidung.

Muzium di Chicago Yang Mempamerkan Arca 'Michael Jackson'

Tidak semua muzium di dunia ini mempunyai pameran artifak daripada Mesir purba. Field Museum of Natural History di Chicago adalah antara beberapa muzium yang berkesempatan mempamerkan koleksi tersebut.

Muzium ini kaya dengan koleksi artifak seperti mumia daripada benua Amerika, dan hasil tangan unik seperti arca gangsa Dewa Mesir iaitu Bastet. Menurut pakar arkaelogi, arca ini mungkin menyimpan mumia kucing di dalamnya.

Antara artifak tulen yang lain di muzium tersebut adalah arca seorang wanita yang diperbuat daripada batu kapur yang mempunyai mata menonjol, pipi bertulang dan dengan hidup yang patah atau hancur.

Sekali pandang, arca tersebut kelihatan seolah-olah Michael Jackson.

Apabila Raja Pop itu meninggal dunia pada tahun 2009, peminat-peminat beliau dilaporkan mula melawati muzium tersebut hanya untuk melihat hasil seni berkenaan.

Arca berkenaan sebenarnya telah berada dalam pameran muzium berkenaan sejak sekurang-sekurangnya 20 tahun sebelum pemergian Michael Jackson, namun gagal menarik perhatian orang ramai.

Menurut pegawai di muzium itu, peminat ikon muzik pop dari serata dunia telah datang ke muzium berkenaan semata-mata untuk melihat patung tanpa kepala tersebut dan membandingkannya dengan rupa Michael Jackson.

Sedikit Maklumat Tentang Arca 'Michael Jackson'

Artifak tersebut sebenarnya telah dibeli dan dibawa dari Kaherah pada penghujung kurun ke-19 walau bagaimanapun, ia hanya dipamerkan pada 1988 di Muzium Chicago.

Maklumat tentang arca berkenaan tidak diketahui, namun para arkaeologi bersependapat bahawa ianya adalah produk pada era Kerajaan Baru Mesir, yang menguasai kawasan tersebut antara 1550 BC hingga 1050 BC.

Ini bermaksud arca tersebut berkemungkinan besar telah dihasilkan ketika Mesir dibawah pemerintahan seorang raja muda iaitu Firaun Tutankhamun, atau mungkin juga pada zaman Firaun Ramesses II, walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan yang mana satu.

Populariti arca ini terus berlarutan sehingga bertahun-tahun selepas kematian Michael Jackson, dan ramai pengunjung muzium hadir semata-mata untuk melihat patung tersebut.

Arca tersebut yang berketinggian 10 inci dan lebar 13.7 inci dipamerkan di belakang sebuah skrin gelas bagi melindunginya.

Pendapat Tentang Hidung Arca 'Michael Jackson' Yang Hilang/Hancur

Orang ramai sangat terpesona dengan persamaan hidung arca tersebut dengan Raja Pop dunia itu.

Pakar arkaeologi mempunyai beberapa penerangan tentang apa yang telah terjadi kepada hidung patung wanita berkenaan.

Kebanyakan patung-patung purba dari Mesir, Greece dan Rom kehilangan hidung dan bahagian-bahagian badan lain yang menonjol. Banyak pendapat mengatakan bahawa kehilangan ini adalah disengajakan atas sebab bekaitan agama.

Sama ada perkara ini benar atau tidak, kita tidak dapat pastikan namun, secara logiknya, artifak purba ini telah dihasilkan sejak beribu tahun lalu, dan mungkin berlaku kecualian dalam pengendaliannya yang menyebabkan kehilangan beberapa bahagian arca termasuklah bahagian hidung.

Pada ketika arkaeologi masih lagi sebuah bidang baharu, tidak semua mereka yang terlibat dalam bidang ini berhati-hati dalam melakukan kerja mereka.

Alatan yang diguna bagi tujuan cari gali artifak berharga juga tidak sesuai untuk digunakan. Pasti berlaku kerosakan atau kecualian semasa pengendalian barangan antik berkenaan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Hakim Bongkar Rahsia Badan Kehakiman Tipu Duit Rakyat

Hakim Bongkar Rahsia Badan Kehakiman Tipu Duit Rakyat

Dalam satu tuduhan mengemparkan, Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mendakwa bahawa terdapat hakim-hakim tertentu yang membantu pihak swasta untuk menipu duit rakyat.

Istana Kehakiman

Beliau menyebut tentang perkara itu dalam satu afidavit sokongan terhadap permohonan peguam Sangeet Kaur Deo hari ini untuk mengisytiharkan bahawa ketua hakim negara gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti badan kehakiman berhubung dua kejadian campurtangan dalam badan berkenaan.

Hamid mendakwa cara penipuan itu dilakukan melalui penama politik yang memeterai kontrak dengan kerajaan.

Sebaik kerajaan membatalkan kontrak, beliau mendakwa, pihak swasta akan mengheret kerajaan ke mahkamah untuk menuntut pampasan.

"Saya akan memberikan contoh. Kerajaan akan membuat kontrak dengan seorang penama politik tanpa hasrat untuk menghormatinya.

"Selanjutnya kerajaan akan menamatkan kontrak dan penama akan menyaman kerajaan untuk melanggar kontrak.

"Kerajaan boleh merekodkan penghakiman persetujuan yang menerima liabiliti dan bersetuju untuk menilai ganti rugi.

"Modus operandi ini terus berlaku untuk menafikan tuntutan palsu oleh tuntutan palsu," katanya.

Hamid yang masih berkhidmat sebagai seorang hakim, berulang kali menegaskan perlunya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat perkara ini.

Dalam usaha untuk menggagalkan kes-kes seperti itu, hakim tersebut berkata bahawa beliau membuat jurisprudens supaya perjanjian yang tidak adil dengan kerajaan, yang akan menyebabkan kontrak tidak dapat dilaksanakan berdasarkan kepentingan dasar awam.

"Modus operandi ini bukan sahaja haram tetapi juga tidak berperlembagaan.

"Untuk menangkap tindakan-tindakan ini, saya membangunkan perundangan yang berkaitan dengan penipuan ke atas memasuki perjanjian terma tidak adil dengan kerajaan.

"Ini akan membuat kontrak tidak dapat dikuatkuasakan berdasarkan dasar awam. Doktrin ini dikembangkan dan disebut dalam beberapa kes," katanya.

Hamid mendakwa bahawa hakim kanan tertentu yang dirujuknya sebagai "ARLC" pernah cuba memalukannya selepas jurisprudens beliau menghalang hakim itu membantu penama ahli politik tertentu.

“Banyak penghakiman saya mengenai perkara-perkara komersial yang menyokong kerajaan telah diabaikan oleh hakim-hakim tertinggi.

“Sebabnya ialah parti-parti swasta yang secara langsung menjadi alat ahli politik mencipta kontrak dengan kerajaan untuk menipu dana awam. Mahkamah tertinggi dianggap bersimpati kepada mereka,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mk