Monday, March 27, 2017

Isteri Tak Pandai Masak, Kena 'Terer' 3 Bab Ini!


Apabila isteri tak pandai memasak, ia semacam satu kekurangan sebab orang tua selalu pesan inilah perkara yang mampu menambat hati suami.

Isteri

Tapi, tak mengapalah kalau dah tahu diri tak pandai memasak, jadi isteri kenalah ada kelebihan lain untuk menutup kekurangan diri.

Antaranya macam kemahiran di bawah ni.

1. Pandai jaga anak dan urus rumah tangga

Kalau di rumah, anak terjaga, bersih, makan cukup, cukup susu, mandi tepat masa. Ada masa terluang ajar anak membaca dan mengaji pula.

Rumah juga sentiasa bersih, kemas walaupun ada anak kecil. Bila suami masuk rasa tenang saja. Tak berserabut dengan mainan dan surat khabar di lantai atau kain baju tak berlipat atas sofa.

Kalau dah ada sebahagian ciri ibu mithali, takkan suami komplen lagi kan.

2. Penampilan menarik

Isteri cantik dan pandai jaga badan suami mana tak sayang. Dah tentu asyik nak melekat saja.

Tapi bukanlah makna isteri harus sentiasa mekap mampan, cukuplah sekadar nampak elok, kemas dan manis di mata suami walau pun duduk di rumah. Jangan berhias waktu nak pergi kerja saja.

3. Layanan batin mantap

Ini boleh jadi kelebihan yang paling boleh mengaburi suami dengan kekurangan yang ada. Tak pandai masak tapi layanan di kamar untuk suami mantap!

Tak pernah menolak malah mempelawa pula. Bila suami puas bab ini rasanya anda sudah menawan hatinya.

Apapun seharusnya seiring dengan peningkatan usia kita kena baiki kekurangan. Walau tak minat, tiada masa tapi berusahalah untuk belajar memasak.

Takkan sampai tua, nak makan kedai kot!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: vanillakismis

4 comments

  1. Bukan mudah jadi isteri... Nnt saya share pasAl suami plak.. boleh??? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. kadang2 orang pandang rendah dengan tugas2 isteri, realitinya bukan mudah jadi isteri yang terbaik.

      Kalau cik dah share pasal suami jangan lupa tag saya, saya pun nak baca juga

      Delete
  2. no 3 paling win sekali...

    no 3 sering diabaikan setelah ada ramai anak..

    no. 3 ramai yang tak nak jika asyik sibuk dengan dunia luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab isteri anggap no3 tak penting walhal part ni paling bahaya dunia rumah tangga hehe

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon