Monday, December 10, 2018

'Sendirian Di Ofis Jam 8.30 Malam, Kerusi Bergerak Sendiri'

'Sendirian Di Ofis Jam 8.30 Malam, Kerusi Bergerak Sendiri'

Rakaman video seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zain, kononnya mengalami gangguan mistik telah menarik perhatian ramai setelah ia ditularkan rakannya di laman Twitter. Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan, PU NASIR PASIR @NasirPasir, yang dilihat sedang bekerja sendirian di pejabat, berjaya merakam kerusi kosong di belakangnya bergerak.

Misteri kerusi bergerak sendiri

Ketika dihubungi, Zain mengakui lelaki dalam video itu adalah dirinya dan kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu.

Jelasnya lagi, dia bertindak membuat rakaman video kerana berasa tidak sedap hati sewaktu bersendirian di pejabat sekitar pukul 8.30 malam.

"Sebenarnya ada orang pernah cerita pasal gangguan di pejabat ni. Tapi itu kali pertama saya kena sendiri.

"Saya rasa tak sedap hati, mula-mula saya letak cermin tapi asyik jatuh, jadi saya letakkan kamera pula.

"Tak perasan pun waktu ia berlaku, dalam perjalanan balik, saya tonton semula video tu dan baru perasan kerusi bergerak sendiri," katanya.

Menurut Zain, pengalaman menyeramkan itu turut membuatkan dia serik untuk bekerja sehingga lewat malam, lebih-lebih lagi jika dia bersendirian.

Malah, dia juga menolak tanggapan segelintir pihak yang menganggap dia menyunting video berkenaan untuk tujuan yang tidak masuk akal.

"Memang serik nak kerja malam lepas ni, kalau seorang diri saya cuba elakkan. Tapi ada sesetengah hal melibatkan kerja saya, ia hanya boleh dilakukan di pejabat sahaja.

"Ada juga yang bergurau cakap saya edit video tu sebagai alasan untuk pulang kerja awal. Saya pun tak ada niat nak viralkan, kawan saya yang share di Twitter," katanya lagi.

Dalam pada itu, video berkenaan yang dimuat naik pada Selasa lalu menerima hampir 15,000 ulang kicau (retweet) malah, perkongsian oleh @NasirPasir itu turut dihujani dengan komen orang ramai.

Seram kan!

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Skandal 1MDB Sejarah Atau Tidak?

Skandal 1MDB Sejarah Atau Tidak?

Pakar sejarah dilihat berbeza pandangan berhubung sama ada skandal 1MDB yang menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa boleh dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia, selepas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kesilapan itu perlu dipelajari supaya tidak diulangi generasi masa depan.

Skandal 1MDB

Dr Sumit K Mandal yang merupakan pensyarah Kajian Budaya dan Sejarah Sosial di University of Nottingham Malaysia menjangkakan sejarawan pada masa hadapan akan menganggap 1MDB sebagai sesuatu yang penting.

Jelasnya, hal itu kerana 1MDB memberi gambaran kepada situasi semasa negara ketika skandal berkenaan berlaku.

“1MDB bukan hanya penyalahgunaan wang negara tetapi ia berkaitan dengan krisis kepemimpinan politik yang berdampak kepada seluruh negara.

“Sejarawan masa depan tentu saja akan menganggap 1MDB sesuatu yang penting sebagai sebuah cerminan kepada kedudukan politik, ekonomi, dan masyarakat Malaysia dalam tempoh tertentu,” katanya.

Persoalan sama ada skandal 1MDB boleh dianggap sejarah atau tidak, timbul susulan kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszle Malik di Dewan Rakyat yang memberi jaminan skandal 1MDB akan dimasukkan dalam "sejarah Malaysia".

Untuk rekod, Maszlee tidak menyebut secara spesifik "sejarah" yang dimaksudkan adalah subjek atau silibus yang diajar di sekolah. Pegawainya pula mendakwa laporan media berhubung perkara itu "tidak tepat".

Perlu genap 30 tahun

Bagaimanapun, Maszlee membuat kenyataan itu ketika mewakili kementeriannya menjawab soalan yang ditimbulkan Anggota Parlimen Pontian Ahmad Maslan berhubung subjek sejarah yang diajar di sekolah dan konteks sejarah secara umum.

Sementara itu, diminta pandangan sekiranya 1MDB dimasukkan dalam subjek Sejarah, Sumit menjelaskan bahawa kaitan skandal itu dengan perkembangan dunia merupakan faktor yang perlu diambil kira.

“Yang patut dimasukkan dalam bahagian mata pelajaran Sejarah bukan 1MDB dengan sendirinya tetapi semua proses berkaitan.

“Kita boleh bertanya apakah dapat kita memahami tentang kedudukan politik, ekonomi dan masyarakat Malaysia melalui 1MDB?

"Apakah perkembangan pada tahap dunia yang telah membolehkan keadaan ini muncul,” kata pensyarah di University of Nottingham Malaysia itu.

Bagaimanapun, pengarang buku teks sejarah tingkatan tiga dan lima, Prof Ramlah Adam tidak bersetuju skandal 1MDB dimasukkan ke silibus pengajaran kerana ia "merupakan isu semasa".

Memberi contoh, Ramlah berkata pengharaman Umno pada 1988 antara peristiwa yang sudah genap 30 tahun dan boleh dianggap sejarah.

“Sejarah ada prosesnya, (ia perlulah merupakan) perkara berlaku waktu dulu, bukan isu semasa.

"Sejarah yang ditulis itu perkara yang sudah berlaku 30 tahun lalu, ikut arkib negara punya prosedur.

"Kalau pada hari ini, cerita (pengharaman Umno pada) 1988 baru boleh buka fail di arkib negara, itu pun sama ada jabatan kerajaan, kementerian hantar fail-fail itu kepada arkib negara,” katanya.

Selain itu, Ramlah juga menyifatkan kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang membawa kepada pertukaran kerajaan buat kali pertama merupakan peristiwa yang boleh dianggap sejarah setelah genap 30 tahun.

Bekas profesor Universiti Malaya itu turut menegaskan agar kepentingan negara dan manfaat kepada pelajar perlu diambil kira.

“Apabila ia melibatkan kepentingan negara, maka kita kena jaga kepentingan negara. Kepentingan masyarakat dan orang muda. Kita kena bagi fakta yang menyatupadukan mereka (pelajar).

“Contohnya, kita cerita dalam buku teks pasal kemerdekaan, pembentukan Malaysia, pembangunan Malaysia, jadi ia meliputi rakyat negara ini,” katanya yang juga merupakan bekas anggota pertubuhan pendesak hak Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Semai benci pada pemimpin

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Teo Kok Seong pula berharap agar isu 1MDB tidak diberi penekanan kepada pelajar.

Katanya, jika ia berlaku maka ia akan menyemai rasa benci kepada pemimpin negara.

“1MDB itu tak ada kepentingan sejarah, kalau kita nak angkat 1MDB, kita nak angkat rasuah, ada saluran lain yang boleh mengangkat topik rasuah dalam isu integriti.

“Sekiranya berlaku, kita nak sampaikan isyarat apa pada pelajar kita?

"Adakah kita nak pelajar kita benci kepada pemimpin negara yang pasti ada jasa kepada negara walaupun dalam keadaan tersungkur dengan kesilapan sendiri,” katanya.

Skandal yang melibatkan bekas perdana menteri dan bekas menteri kewangan Najib Razak itu sering dikaitkan sebagai antara faktor kekalahan BN pada PRU 9 Mei 2018 lalu.

September 2018 lalu, Najib mengaku tidak bersalah berhubung 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) melibatkan jumlah lebih RM4.3 bilion.

Anggota parlimen Pekan itu juga berdepan tuduhan membabitkan RM2.282 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau.

Selain Najib, bekas ketua setiausaha negara Irwan Serigar dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, serta empat individu lain turut berdepan pertuduhan mahkamah berhubung skandal berkenaan.

Hanya masa akan menentukan.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Panduan Membeli Produk Dari Alibaba Untuk Elak Penipuan

Panduan Membeli Produk Dari Alibaba Untuk Elak Penipuan

Alibaba merupakan laman web e-commerce terbesar di dunia yang memiliki direktori yang komprehensif yang menggabungkan ramai pembekal dari Asia dengan pembeli di serata dunia dan terdapat berjuta-juta produk yang ditawarkan di dalam laman web ini. Mari saya terangkan cara selamat beli produk dari Alibaba.

Panduan Membeli Produk Alibaba

Mudah saja nak beli dari Alibaba, anda hanya perlu taip produk di kotak Search ataupun browse di bahagian kategori. Contohnya jika anda nak cari kasut, taip saja kasut dan pasti akan keluar beribu pembekal kasut.

Terdapat beberapa perkara harus diambilkira apabila mencari barang dalam Alibaba. Mari kita lihat contoh barang iaitu kasut kasual yang dicari dalam Alibaba.

Harga Seunit

Perkara yang pertama sekali kita biasa nak tahu adalah harga. Contohnya; harga sepasang kasut adalah USD5-6 FOB (Free On Board) yang bermaksud penjual akan menanggung kos berkaitan penghantaran produk ke pelabuhan. Pembeli hanya membayar kos sebenar penghantaran produk dari pelabuhan sehingga destinasi.

Kuantiti Pesanan Minimum (MOQ)

MOQ ataupun Minimum Order Quantity adalah jumlah pesanan minimum yang sanggup diterima pengilang.

Namun begitu, ada juga pengilang yang boleh diajak berunding untuk menurunkan MOQ. Anda boleh cuba.

Kaedah Pembayaran

Setelah anda tahu harga dan MOQ, seterusnya anda perlu tahu tentang kaedah pembayaran. Terdapat beberapa cara pembayaran dan setiapnya memiliki kelebihan dan keburukan.

1. Upront TT (Bank Transfer)

Risiko kepada pembeli sangat tinggi. Di sini pembekal akan menerima pembayaran sebelum pengeluaran produk dimulakan.

Kaedah ini sangat berisiko untuk pembeli dan biasanya tidak digalakkan terutama bagi pembelian pertama kali lebih-lebih lagi bila berurusan dengan pembekal yang tidak dikenali.

Sekiranya anda ditipu, peluang untuk mendapatkan kembali wang anda sangat tipis.

2. Letter of Credit

Cara pembayaran ini selamat dan adil untuk kedua pihak. Akan tetapi kaedah ini rumit dan biasanya hanya syarikat besar yang menggunakannya.

3. Western Union

Risiko tinggi di pihak pembeli. Ia merupakan kaedah pembayaran yang sangat berisiko dan tidak digalakkan. Kaedah ini boleh digunakan jika anda pernah berurusniaga atau kenal dengan pembekal.

4. Paypal

Cara ini selamat. Paypal sangat popular digunakan kerana ia mudah, risiko rendah dan ada perlindungan.

Walaupun ia popular di kalangan pembeli, ia tidak popular bagi pembekal kerana kerumitan untuk mengeluarkan wang dan cukai tinggi.

5. Escrow

Escrow sangat selamat digunakan dan melindungi pembeli dan pembekal. Apabila menggunakan Escrow, wang pembeli akan ditahan oleh pihak ketiga dan hanya akan dibayar kepada pembekal setelah pembeli mengesahkan penerimaan barang.

Membeli dari Alibaba adalah selamat namun antara masalah yang timbul di dalam mencari pembekal:

1. Orang tengah

Di dalam Alibaba terdapat beriru-ribu pembekal/pengilang dan tidak semua pengilang itu adalah pengilang sebenar.

Ada orang tengah yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga produk pengilang sebenar dan ia boleh melambatkan proses pembelian.

2. Scammer

Orang tengah mungkin hanya menambahkan kos anda dengan meletakkan caj yang lebih tinggi. Scammer pula mengambil kesemua wang anda tanpa belas kasihan.

Walaupun Alibaba telah berusaha membuang scammer dari laman web mereka, anda perlu sentiasa berhati-hati kerana mungkin ada pembekal yang tidak jujur.

3. Kualiti

Banyak produk yang diiklankan sebagai berkualiti dan premium. Namun hakikatnya kualiti yang dikatakan itu berkualiti tidak seperti yang kita harapkan.

Oleh itu bagi mengelakkan diri daripada ditipu, antara langkah yang perlu anda ambil adalah:

1. Pembekal yang sah atau verified supplier

Alibaba memiliki program pengesahan tersendiri yang melibatkan level tertentu. Anda perlu pilih pembekal yang disahkan saja. Adalah lebih baik untuk memilih pembekal yang mempunyai level Gold Membership.

2. Tanya soalan dan follow up

Sentiasa bertanya soalan dan follow up dengan pembekal yang telah anda senaraipendekkan. Tanya lesen perniagaan dan nombor telefon. Minta gambar kilang dan juga sampel produk. Jangan segan dan takut untuk bertanya apa saja yang timbul di fikiran.

3. Minta sampel

Sebelum anda membuat pembelian sebenar, anda perlu minta sampel terlebih dahulu supaya anda dapat tengok dengan mata sendiri kualiti barang sebenar. Jika anda rasa pembekal menimbulkan banyak keraguan seeloknya jangan beli.

Apabila anda ingin hantar email kepada pembekal, antara perkara yang perlu ditanya adalah:

1. MOQ

Jika MOQ terlalu tinggi anda boleh cuba bertanya jika dapat dikurangkan.

2. Sampel

Anda perlu minta sampel supaya dapat lihat contoh produk. Ada sampel yang perlu dibayar dan ada yang percuma.

3. Harga Pengeluaran

Paling penting adalah berapa harga produk seunit. Biasanya di dalam Alibaba, pembekal meletakkan harga seunit di dalam lingkungan seperti $2-5.

4. Tempoh pengeluaran

Anda perlu tanya berapa lama kilang ambil masa untuk siapkan satu-satu order.

5. Kaedah Pembayaran

Anda dah tahu cara selamat beli produk dari Alibaba.

Semoga anda berjaya!

BACA INI JUGA:

sumber: sambalserai

Kisah Tersirat Dalam Filem Mission Impossible

Kisah Tersirat Dalam Filem Mission Impossible

Bila kita menonton siri televisyen lama atau siri filem Mission Impossible, banyak perkara kita boleh ingat. Bagi yang meminati siri televisyen, kita sentiasa menantikan ‘plot twist’ yang membantu IMF merosakkan rancangan penjahat pada minggu tersebut.

Kisah Tersirat Filem Mission Impossible

Bagi siri filem pula yang dibintangi Tom Cruise, kita pasti takkan lupa aksi-aksi yang mendebarkan dalam filem tersebut dari bergayut di Burj Khalifa (Mission Impossible – Ghost Protocol) sampailah bergayut pada pesawat Airbus A400 (Mission Impossible – Rogue Nation).

Tapi di sebalik semua ini, terdapat banyak tema dan persoalan di sebalik Mission Impossible.

1. PROPAGANDA JADI BAHAN HIBURAN

Kisah Tersirat Filem Mission Impossible

Barisan pelakon utama Mission Impossible termasuk pelakon yang memegang watak ketua unit IMF, Peter Graves (Jim Phelps).

Bukanlah sesuatu yang asing bagi mana-mana negara maju dan berpengaruh terutama kuasa-kuasa besar mempromosikan nilai-nilai dan propaganda mereka kepada orang di luar sana.

Dan Amerika Syarikat tidak terkecuali melakukannya untuk menunjukkan prestij mereka sebagai kuasa besar dunia dan kononnya polis dunia dalam memerangi ancaman keganasan.

Bukan sikit filem atau siri televisyen mereka menampilkan tema ini termasuklah Mission Impossible.

Kebanyakan episod dalam siri televisyen sebenarnya diinspirasikan daripada operasi-operasi sebenar yang dijalankan Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Contoh paling mudah, satu episod iaitu The Brothers dari siri televisyen tersebut mengambil inspirasi daripada Operasi Ajax.

Operasi Ajax ialah satu operasi rahsia yang dirancang CIA dan Perkhidmatan Perisikan Rahsia (SIS/MI6) yang diketuai cucu Theodore Roosevelt, Kermit Roosevelt Jr untuk menggulingkan Perdana Menteri Iran pada ketika itu, Mohammad Mossadegh antara 15-19 Ogos 1953.

Motif operasi ialah bagi negara blok Barat mendapatkan semula tempat mereka dalam industri minyak Iran dan mengukuhkan kuasa Shah Iran, Mohammad Reza Pahlavi.

Namun operasi ini hampir berakhir dengan kegagalan berikutan tindakan Mossadegh yang mencium plot rampasan kuasa ke atasnya dan mengarahkan semua individu terlibat dalam plot tersebut termasuk individu yang bakal menggantikan beliau dalam kerajaan baru, Jeneral Fazlollah Zahedi ditahan.

Shah Iran sendiri terpaksa melarikan diri ke Rome, Itali atas alasan ‘mahu bercuti seketika’.

Namun, Zahedi yang mendapat sokongan tentera menggerakkan tentera dan rakyat yang anti-komunis, di samping bantuan halus daripada CIA berjaya menggulingkan Mossadegh.

Dan apabila Shah Iran mendapat tahu kejayaan operasi tersebut, baginda bertitah, “Aku tahu mereka menyayangi aku.”

Selepas kerajaan baru pimpinan Zahedi dibentuk, baginda pulang ke Iran diiringi Pengarah CIA, Allen Dulles.

Dan ini menjadi inspirasi episod Mission Impossible ini berdasarkan taklimat seorang pegawai tidak dikenali kepada Jim Phelps:

“Good morning, Mr. Phelps. The man you’re looking at is King Selim III of Qamadan, a good friend of the West. Unknown to the world, the king has been imprisoned somewhere for over six months by his younger brother, Prince Samandal.

"With the king in his power, Samandal now controls the huge oil royalties which are Qamadan’s main source of revenue.

"Your mission, Jim, should you decide to accept it, is to rescue King Selim and restore him to his throne.”

(Babak pembukaan episod The Brothers, Mission Impossible, 14 Disember 1969).

2. PENGKHIANATAN

Kisah Tersirat Filem Mission Impossible

Dalam siri filem Mission Impossible, pengkhianatan bukanlah sesuatu yang baru dihadapi protagonis Ethan Hunt (Tom Cruise).

Dalam setiap filem, elemen ini tidak akan terlepas sebagai asas kepada plot penceritaan atau menambah elemen pada watak filem tersebut.

Senarai pengkhianatan dalam siri ini:

a) Mission Impossible (1996)

Hunt dikhianati mentornya sendiri, Jim Phelps (Jon Voight) dan isterinya, Claire (Emmanuele Beart) dan dijadikan kambing hitam untuk pembunuhan rakan sepasukan IMF.

Phelps mengkhianati IMF kerana bosan dengan cara hidupnya dan melihat peluang menjual maklumat perisikan sebagai dana persaraannya.

b) Mission Impossible 2 (2000)

Sean Ambrose (Dougray Scott), seorang lagi ejen IMF mengkhianati organisasi tersebut dengan menggunakan identiti Hunt untuk membawa masuk saintis Vladimir Nekhorvich (Rade Sherbedgia) bagi mendapatkan akses kepada senjata biologi, Chimera dan penawarnya, Bellerophon.

Ambrose turut mempunyai motif sama seperti Phelps iaitu menggunakan Chimera sebagai peluang menjadi kaya dalam sekelip mata menerusi pengambilalihan saham syarikat yang menghasilkan virus tersebut, Biocyte.

c) Mission Impossible III (2006)

Hunt dikhianati oleh rakan baiknya dalam IMF, Pengarah Operasi IMF, John Musgrave (Billy Crudup).

Musgrave bekerjasama dengan pengedar senjata yang juga sasaran utama agensi tersebut, Owen Davian (Philip Seymour Hoffman) dengan mendedahkan identiti Lindsay Farris (Keri Russell) sebagai ejen yang menyamar dan membantu Davian melarikan diri semasa dibawa ke penjara.

Musgrave turut membantu pengedar senjata tersebut menculik isteri Hunt, Julia Meade (Michelle Monaghan).

Motif Musgrave dalam filem ini lebih kepada ideologi iaitu mengembalikan semula hegemoni Amerika Syarikat dalam melawan keganasan dan mengubah mana-mana kerajaan/rejim yang tidak sehaluan dengan pentadbiran Uncle Sam.

d) Mission Impossible: Ghost Protocol (2011)

Penasihat nuklear Rusia merangkap suspek utama IMF, Kurt Hendricks (Michael Nyqvist) mengkhianati Rusia dengan meletupkan Kremlin dan menjadikan pasukan IMF pimpinan Hunt sebagai kambing hitam dalam insiden tersebut.

Hendricks mencuri beg taktikal nuklear, kod pelancaran peluru berpandu dan akses kepada satelit taktikal Rusia untuk melancarkan peluru berpandu nuklear ke atas Amerika Syarikat.

Motif Hendricks ialah mahu melihat perang nuklear sebagai satu cara memaksa evolusi manusia ke satu tahap yang lebih tinggi dan melihatnya sebahagian daripada orde alam.

e) Mission Impossible – Rogue Nation (2015)

Solomon Lane (Sean Harris), seorang bekas perisik MI6 mengambil alih projek Syndicate yang diinspirasikan oleh bekas ketuanya, Atlee dan menjadikan organisasi tersebut versi gelap IMF.

Lane mengkhianati negaranya sendiri kerana merasakan terlalu banyak darah orang yang tidak berdosa ditumpahkan demi menjayakan agenda negara-negara masing.

Dengan Syndicate, inilah peluangnya untuk menjatuhkan negara-negara demokratik dan membentuk orde dunia baru.

Lane mengkhianati negaranya sendiri kerana merasakan Britain dan negara-negara Barat menumpahkan darah orang tak bersalah atas sebab sia-sia.

Pengkhianatan bukanlah satu perkara asing dalam dunia perisikan dan motif bagi mereka yang melakukannya juga berbeza-beza.

Ada yang melakukannya atas sebab wang atau ideologi tetapi ada juga yang melakukannya kerana dipaksa.

Anda pasti mengenali Maurice Dejean yang dipaksa menjadi aset Soviet Union untuk mengelak hubungan sulitnya dengan seorang pelakon wanita Rusia didedahkan kepada umum.

Begitu juga dengan kisah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Siddiq Ghouse yang ditahan polis kerana disyaki menjadi aset Soviet Union.

Menurut salah seorang kenalan Siddiq, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, motif Siddiq lebih kepada kebendaan berbanding ideologi.

3. ANTI-IMF (ANTI-BARAT)

Kisah Tersirat Filem Mission Impossible

Antara operasi Syndicate ialah cubaan bunuh ke atas Kanselor Austria oleh Ilsa Faust (Rebecca Ferguson) dan dalam filem Mission Impossible – Rogue Nation, kita diperkenalkan kepada Syndicate.

Berbeza dengan National Crime Syndicate yang lebih memfokuskan kepada aktiviti jenayah domestik dan didominasi oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap dalam siri televisyen, Syndicate pada asalnya ditubuhkan untuk menjadi alat perisikan Britain dalam memerangi keganasan.

Tetapi selepas diambil alih oleh Lane, organisasi tersebut fokus kepada aktiviti keganasan sehingga menarik perhatian IMF pada akhir babak Mission Impossible – Ghost Protocol dan Rogue Nation.

Dan memandangkan Syndicate dianggotai oleh perisik dan mempunyai modus operandi seperti mana-mana agensi perisikan lain, mereka turut menggunakan pendekatan sama seperti IMF.

Tidak hairanlah apabila Hunt memperkenalkan kewujudan organisasi tersebut kepada Benji Dunn (Simon Pegg), Dunn menganggapnya versi gelap IMF.

Tanpa disedari, kisah Syndicate ini mirip kepada pembentukan beberapa kumpulan yang dibiayai pihak perisikan asing seperti yang direkodkan dalam sejarah.

Pada tahun 1970-an dan 1980-an, CIA membiayai kumpulan mujahidin yang berjuang melawan pendudukan Rusia di Afghanistan menerusi Operasi Cyclone.

CIA memilih membiayai kumpulan tersebut berbanding kumpulan lain yang melawan tentera Soviet ketika itu kerana kumpulan ini mendapat sokongan Presiden Pakistan ketika itu, Zia-ul-Haq.

Berdasarkan rekod, operasi tersebut merupakan operasi paling lama dan paling lama yang pernah dijalankan agensi tersebut.

Pembiayaan operasi pada mulanya hanyalah mencecah kos $20-$30 juta dolar pada tahun 1980, namun kos tersebut meningkat kepada $630 juta pada tahun 1987.

Walaupun Rusia sudah keluar dari Afghanistan, CIA terus membiayai kumpulan tersebut apabila perang saudara di Afghanistan tercetus pada 1989 antara kelompok mujahidin dengan kumpulan pimpinan yang dipimpin Mohammad Najibullah.

Sesetengah pejuang yang dipimpin Osama bin Laden kemudian berpecah dan membentuk kumpulan yang menjadi mimpi ngeri Amerika untuk dekad seterusnya, Al-Qaeda.

Pada tahun 1950-an dan 1960-an, selepas Fidel Castro berjaya merampas kuasa di Cuba, Presiden Dwight D. Eisenhower yang bimbang dengan hala tuju kerajaan pimpinannya, mula merancang untuk menjatuhkan individu paling berkuasa di Cuba ketika itu.

Eisenhower menyalurkan dana $13.1 juta dolar kepada CIA untuk merancang operasi tersebut.

Pelan rampasan kuasa tersebut hanya akan ditentukan oleh pengganti Eisenhower, John F. Kennedy sama ada diteruskan atau sebaliknya.

Sementara Kennedy mempertimbangkan pro dan kontra operasi tersebut, CIA mula melatih, memberi senjata api dan memberi dana kepada kumpulan militan anti-Castro termasuk berlatih di Miami, Louisiana, Panama dan Guatemala.

Kennedy akhirnya membenarkan operasi pada 4 April 1961 dan seperti semua sedia maklum, serangan yang dilancarkan militan anti-Castro di Bay of Pigs berakhir dengan kegagalan berikutan keengganan Kennedy menyokong militan dengan serangan udara dan serangan dari laut.

Walaupun ada sesetengah mereka meneruskan perjuangan melawan Castro, sebahagian lagi menyimpan rasa tidak puas hati terhadap Kennedy dan berharap JFK dibunuh seperti yang diceritakan seorang bekas pegawai perisikan kepada Bob Baer dalam satu episod dokumentari penyiasatan, Tracking Oswald.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Sunday, December 09, 2018

Kenali 6 Versi Spider-Man Dalam Filem ‘Spider-Man: Into The Verse’

Kenali 6 Versi Spider-Man Dalam Filem ‘Spider-Man: Into The Verse’

Siapa tak kenal dengan karakter Spider-Man yang menjadi ikon syarikat komik gergasi dunia, Marvel, watak ikonik yang dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko ini menjadi antara ikon paling popular pernah diperkenalkan.

Spider-Man Into The Verse

Maka tak hairanlah pelbagai variasi karakter Spider-Man menerusi komik, animasi, siri TV dan juga filem telah diperkenalkan kepada peminat.

Kebiasaannya kita hanya melihat watak Peter Parker yang menjadi Spider-Man di dalam filem, tapi tahukah anda bahawa di dalam komik dan juga beberapa siri animasi terdapat pelbagai variasi karakter yang menjadi Spider-Man dengan universe berbeza?

Itulah yang bakal kita tonton di dalam filem terbaru ‘Spider-Man: Into The Spider-Verse’.

Filem terbaru ini dipersembahkan kepada penonton di dalam bentuk animasi komputer berdasarkan karakter Miles Morales yang menjadi Spider-Man.

Menariknya di dalam filem ini terdapat lima lagi Spider-Man daripada ‘Spider-Verse’ berbeza turut melakukan kemunculan.

Jom kita lihat kesemua ‘Spider-people’ yang muncul di dalam filem ini berdasarkam trailernya.

1. PETER PARKER – SPIDER-MAN

PETER PARKER – SPIDER-MAN

Spider-Man yang telah kita kenal sejak zaman-berzaman ini turut muncul di dalam filem ‘Spider-Man: Into The Verse’.

Menerusi filem ini, Peter kelihatan sebagai seorang lelaki dewasa yang mungkin dalam usia 40-an.

Karakter ini juga dipercayai datang dari kesinambungan ‘Spider-Man 3’ yang dilakonkan oleh Tobey Maguire dahulu.

2. MILES MORALES – ULTIMATE SPIDER-MAN

MILES MORALES

Karakter utama di dalam filem ‘Spider-Man: Into The Verse’, Miles Morales merupakan seorang remaja yang mempunyai cita-cita tinggi dan mengidolakan Spider-Man.

Sebagai protagonis, filem ini membawa pengembaraan Miles dalam mencari identiti barunya sebagai seorang superhero.

3. GWEN STACY AKA SPIDER-GWEN

GWEN STACY AKA SPIDER-GWEN

Pernah tak anda bayangkan bagaimana jika bekas teman wanita Spider-Man iaitu Gwen Stacy digigit oleh labah-labah beradioaktif? Well, this is the answer!

Berdepan dengan pelbagai dugaan semasa membesar membuatkan Gwen ingin menggunakan kuasanya ke arah kebaikan.

4. 1930S PETER PARKER – SPIDER-MAN NOIR

1930S PETER PARKER – SPIDER-MAN NOIR

Pada tahun 2009, Marvel telah mengeluarkan beberapa siri komik menggunakan karakter popular mereka di dalam versi zaman 1930-an dengan genre noir.

Spider-Man Noir yang hidup pada era tersebut tampil dengan pakaian berbeza iaitu dengan kot labuh dan bertopi.

Karakter ini juga pernah muncul di dalam permainan video PlayStation dan juga diabadikan dalam bentuk figura Hasbro.

5. PENI PARKER AKA SP//DR

PENI PARKER AKA SP//DR

Menerusi realiti Peni Parker, makcik dan pakciknya merupakan saintis yang membina sebuah sut cybernatics dikenali sebagai SP//dr.

Bapanya pula meninggal dunia ketika melakukan ujian ke atas sut tersebut.

Pada usia sembilan tahun, Peni menjadi seorang kanak-kanak berani yang mempertahankan dunianya daripada pelbagai ancaman musuh.

6. PETER PORKER – SPIDER-HAM

PETER PORKER – SPIDER-HAM

Ini pula versi parodi Spider-Man yang dibayangkan wujud dalam dunia sebenar!

Peter Poker dilahirkan sebagai seekor labah-labah namun selepas terdedah kepada sinaran radioaktif dari saintis, dia telah berubah menjadi separuh khinzir dan separuh labah-labah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Makanlah Bayam Jika Ingin Bebas Jerawat, Cantik Dan Sihat

Makanlah Bayam Jika Ingin Bebas Jerawat, Cantik Dan Sihat

Khasiat sayur-sayuran memang diakui dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan namun, alasan pahit dan tidak enak menjadikan ramai yang membenci sumber penting ini untuk diamalkan dalam diet seharian.

Bayam Hijau Merah

Bayam adalah antara sayur-sayuran yang kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi, kalium serta beta karotena.

Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya adalah melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim.

Anda ingin tahu khasiat sayur bayam ini? Jom semak di bawah ini.

1. Anti-Kanser

Sayur bayam sekurang-kurangnya mempunyai 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser.

Kajian mendapati bahawa ekstrak sayur bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit dan juga mengurangkan kanser payudara, ovari dan prostat.

2. Menguatkan Tulang

Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang.

Selain Vitamin K, sayur bayam juga mengandungi kandungan pembina tulang seperti kalsium dan magnesium yang berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

3. Menjaga Kesihatan Jantung

Vitamin A dan C bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu kolesterol daripada melekat dan terbentuk dalam sayuran darah.

Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

4. Mengelakkan Tekanan Mental

Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan hanya memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari ia mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

5. Menguatkan Penglihatan

Zat yang terkandung dalam sayur bayam seperti lutein dan zeaxanthin juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan bertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran ultra ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

6. Penambah Darah

Bayam yang telah dimasak juga merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana pada ketika itu, wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

7. Menjaga Bayi Dalam Kandungan

Khasiat bayam juga dikatakan dapat membantu perkembangan saraf dan menghindarkan daripada berlakunya bibir sumbing pada bayi di dalam kandungan.

Malah, Vitamin A yang ada pada sayur bayam amat diperlukan bagi pembentukan sel paru-paru bayi dalam kandungan.

MANFAAT SAYUR BAYAM UNTUK KECANTIKAN

1. Menyembuhkan Jerawat

Sayur bayam terbukti efektif membersihkan jerawat dan menjaga kesehatan kulit kerana ia mengandungi Vitamin A dan Vitamin C di dalamnya yang berfungsi sebagai antioksidan yang melawan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat.

2. Sebagai Pelindungan Dari Sinar UV

Kandungan Vitamin B dalam sayur bayam akan melindungi kulit dari sinar ultra violet, sekali gus mengelak daripada kulit rosak akibat sinar matahari dan juga kanser kulit.

4. Memperbaiki Struktur Kulit

Bayam merupakan sumber vitamin A dan vitamin C yang cukup tinggi. Vitamin A berfungsi untuk mencerahkan warna kulit dan manakala Vitamin C berperanan penting dalam memperbaiki sel-sel kulit.

Amalkan makan sayur bayam setiap hari untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri-seri.

Info Ekstra!

Tahukah anda, bayam yang dimasak terlalu lama atau dihangatkan kembali akan mengeluarkan racun.
Kandungan nitrat yang terdapat di dalam bayam mampu menjadi racun yang boleh membawa kepada kanser.

Seeloknya, bayam yang digunakan untuk memasak adalah daripada bayam yang segar dan bukannya bayam yang sudah lama disimpan di dalam peti sejuk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

10 Operasi Rahsia KGB Paling Menggerunkan Dalam Sejarah Perisikan

10 Operasi Rahsia KGB Paling Menggerunkan Dalam Sejarah Perisikan

Kebanyakan rahsia perisikan KGB diketahui umum atas jasa seorang juru arkib KGB, Kolonel Vasili Mitrokhin yang berkhidmat dengan agensi tersebut selama 30 tahun sebelum berpaling tadah dan berpindah ke Britain.

Operasi Rahsia KGB Paling Menggerunkan

Dia kemudiannya menyerahkan lebih 25 ribu dokumen arkib KGB kepada Perkhidmatan Perisikan Rahsia (SIS) atau lebih popular sebagai MI-6.

Di sini, kami akan menceritakan serba sedikit sesetengah operasi KGB yang menakutkan atau dalam sesetengah kes, melucukan.

1. SERANGAN KE ATAS INFRASTRUKTUR AMERIKA

Operasi Rahsia KGB Paling Menggerunkan
Empangan Hungry Horse.

Bukanlah satu perkara asing bagi mana-mana kuasa asing yang berperang atau bertegang urat untuk mensabotaj kemudahan atau infrastruktur yang dimiliki musuh dengan niat mencetuskan huru-hara, menjejaskan ekonomi atau melemahkan pertahanan yang dimiliki.

Bagi KGB, menerusi dokumen arkib antara tahun 1959 sehingga 1972, mereka mensasarkan empangan hidroelektrik, lebih spesifik Empangan Hungry Horse dan Empangan Flathead di Montana.

Dalam dokumen tersebut, serangan dibuat bagi mengganggu bekalan elektrik di seluruh New York dan apabila gangguan bekalan elektrik berlaku, ejen-ejen ini akan memasang bom pada jeti dan gudang-gudang sepanjang Pelabuhan New York dan meletupkan bom-bom tersebut.

Apabila itu berlaku, ini akan menjejaskan kegiatan eksport dan import yang berlaku di pelabuhan tersebut, secara keseluruhan menjejaskan kegiatan perdagangan Amerika Syarikat di sebelah pantai timur.

Pada masa sama, KGB yang beroperasi dari Kedutaan Soviet di Kanada turut merancang Operasi Cedar, satu operasi mensabotaj sambungan paip minyak antara Kanada dengan Amerika Syarikat dan menyerang pelantar-pelantar minyak di situ.

Operasi yang dirancang selama satu dekad itu bertujuan mensabotaj bekalan minyak Amerika Syarikat.

2. ALPHA GROUP

Operasi Rahsia KGB Paling Menggerunkan

Pada tahun 1985, empat diplomat Soviet diculik satu kumpulan radikal yang mempunyai kaitan dengan Hizbullah di Beirut.

Motif penculikan ialah mendesak pihak Soviet menghentikan segala bentuk sokongan kepada Syria semasa Perang Saudara Lubnan meletus.

Selepas keempat-empat diplomat diculik dan dijadikan tebusan, penculik menghantar gambar tebusan diacu dengan senjata api ke pejabat media.

Dalam mesej mereka, kumpulan penculik mendesak pihak Soviet menghentikan semua bentuk serangan ke atas militan yang disokong Iran di utara Lubnan atau semua tebusan akan dibunuh.

Pada mulanya, Soviet Union mahu berunding dengan kumpulan pengganas tersebut bagi membebaskan semua tebusan dengan selamat.

Namun, apabila tuntutan kumpulan tersebut tidak dilayan, seorang tebusan dibunuh dua hari selepas tuntutan mereka dibuat.

KGB yang menyiasat kumpulan ini mengenalpasti semua ahli kumpulan tersebut dan mula menjadikan sanak-saudara dan rakan-taulan ahli kumpulan itu sebagai tebusan.

Dan sebagai tindak balas kepada pembunuhan diplomat tersebut, Alpha Group, sebuah unit khas dalam KGB memotong testikel salah seorang tebusan dan menghantar testikel tersebut kepada kumpulan pengganas tersebut sebelum tebusan itu dibunuh.

Mesej dari KGB amat jelas, sekiranya kumpulan tersebut berterusan menahan tiga diplomat Soviet, maka mereka tidak akan menjamin keselamatan ahli keluarga dan rakan-rakan yang dijadikan tebusan oleh Alpha Group.

Tidak lama selepas mesej tersebut dihantar, ketiga-tiga diplomat berkenaan dibebaskan dalam keadaan selamat dan berdasarkan rekod, tidak ada lagi sebarang cubaan menculik atau membunuh kakitangan diplomatik Rusia selama 20 tahun sebelum insiden penculikan dan pembunuhan empat kakitangan Kedutaan Rusia di Iraq pada 2006. Namun, ramai mempersoalkan versi cerita ini.

Satu versi kisah pembebasan tiga diplomat tersebut disebabkan rundingan diplomatik berterusan yang dijalankan pemimpin Hizbullah, Ayatollah Muhammad Hussein Fadlallah yang merayu kepada Raja Jordan, Raja Hussein bin Talal, pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan pemimpin-pemimpin Iran yang mempunyai pengaruh ke atas kumpulan tersebut.

3. SKANDAL SEKS

Operasi Rahsia KGB Paling Menggerunkan

Satu lumrah dalam kalangan agensi perisikan ialah menggunakan wanita sebagai umpan untuk memerangkap atau menukar seseorang sebagai aset kepada agensi tersebut.

KGB tidak terkecuali menggunakan taktik sama untuk mendapat akses maklumat sulit atau sebagai pelobi untuk pihak Soviet.

Selepas Parti Komunis Indonesia (PKI) berjaya berkuasa di Indonesia dengan bantuan Presiden Sukarno, pihak Soviet mahu memastikan sokongan Indonesia kepada Soviet terus berkekalan.

Dan mereka ada cara tersendiri untuk melakukannya iaitu memanipulasi sikap kaki perempuan yang dimiliki Sukarno.

Semasa beliau mengadakan lawatan ke Moscow, KGB mengumpulkan beberapa orang wanita cantik, meminta mereka memakai pakaian pramugari dan menghantar mereka ke bilik penginapan beliau.

Tak perlu cerita apa berlaku dalam bilik tetapi yang pasti, adegan panas Sukarno bersama kumpulan wanita tersebut dirakam sepanjang malam oleh KGB.

Pihak Soviet menyangka dengan mengugut Sukarno tentang video tidak sepatutnya ini, mereka bakal mendapat sokongan berterusan dari Jakarta.

Tetapi sebaliknya, beliau langsung tidak ambil pusing tentang video itu dan bertanya sama ada pihak KGB mempunyai salinan video tersebut dan Sukarno bukanlah orang pertama yang terkena perangkap sebegini.

Pada tahun 1957, pihak KGB menggunakan seorang lelaki kacak untuk menggoda seorang wartawan berkaliber dari Amerika Syarikat, Joseph Alsop.

Bila KGB cuba mengugut Alsop dengan gambar-gambar Alsop dalam situasi yang tidak sepatutnya, Alsop sama sekali tidak berpaling tadah, sebaliknya terus berhubung dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan menceritakan apa yang berlaku.

Pada tahun 1960, seorang wartawan Daily Telegraph bernama Jeremy Wolfenden turut mengalami nasib sama apabila pihak KGB mempunyai gambar beliau meliwat seorang lelaki.

Wolfenden segera melaporkan insiden tersebut di Kedutaan Britain dan mereka meminta beliau menjadi ejen talam dua muka.

Akibat daripada tekanan sebagai ejen talam dua muka, Wolfenden menjadi kaki botol dan meninggal dunia pada usia 31 tahun.

Pada tahun 1958, seorang diplomat Perancis bernama Maurice Dejean diperangkap menggunakan taktik sama, bezanya ramai pihak terlibat dalam usaha menjadikan Dejean aset kepada Soviet Union termasuk Presiden Nikita Khrushchev.

Lebih 100 individu terlibat termasuk seorang pelakon Rusia terkenal yang dijadikan umpan untuk menggoda Dejean.

Untuk mengelak rahsia hubungan terlarang tersebut didedahkan pada khalayak umum terutama isterinya, Dejean menjadi aset Soviet dan mendedahkan semua rahsia Perancis kepada mereka.

Namun, pengkhianatan Dejean dapat dihidu Presiden Perancis pada ketika itu, Jeneral Charles De Gaulle dan pada tahun 1964, beliau dipecat dari semua jawatan dalam Republik Kelima.

Diceritakan, semasa De Gaulle memecat Dejean, De Gaulle enggan berjabat tangan dengan orang yang dianggap sahabat dan pernah berjuang bersamanya semasa Perang Dunia Kedua.

4. PENGGODAM

Pada era 80-an, KGB sentiasa mencari peluang mencuri maklumat sulit pihak Barat melalui dua perintis Internet, ARPANET dan MILNET. Atas sebab itu, KGB merekrut seorang penggodam Jerman bernama Markus Hess.

Hess menggodam lebih 400 komputer dari Universiti Bremen, Jerman, adakalanya komputer di pangkalan tentera yang jauh seperti Jepun.

Selain menggodam komputer pangkalan, Hess turut menggodam komputer Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan Pentagon. Pada mulanya, operasi tersebut berjalan lancar dan tidak diketahui sesiapa pun.

Namun semuanya berubah apabila seorang ahli astronomi dan pentadbir sistem, Clifford Stoll berjaya mengesan aktiviti penggodaman tersebut bila mahu memperbetulkan kesalahan perakaunan 75 sen pada sistem komputernya.

Stoll menjejak penggodam tersebut selama 10 bulan sebelum melaporkan aktiviti tersebut kepada pihak berkuasa daripada pihak tentera sehinggalah CIA.

Dengan kerjasama pihak berkuasa Jerman Barat, mereka melancarkan operasi memerangkap Hess dengan meletakkan fail palsu berkenaan Makmal Lawrence Berkley.

Bila Hess cuba mengakses fail tersebut, mereka menjejaki aktiviti penggodaman tersebut kembali ke rumah beliau di Hannover.

Pihak berkuasa segera menyerbu rumah tersebut dan menahan Hess atas tuduhan menggodam.

Tidak lama selepas itu, timbul pendedahan bahawa beliau sebenarnya diupah KGB dan menjual maklumat sulit dan sensitif Amerika Syarikat kepada pihak Soviet.

Akibatnya, Hess dibicarakan atas tuduhan merisik dan dipenjarakan selama tiga tahun sebelum dibebaskan lebih awal.

5. RYAN

Pada tahun 80-an, pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev mendapat laporan pihak Amerika Syarikat berpotensi melancarkan serangan nuklear pada bila-bila masa.

Lalu pihak KGB melancarkan operasi perisikan paling mahal dalam sejarah iaitu Operasi Ryan pada tahun 1981.

Tujuan pelancaran Operasi Ryan ialah membantu pihak Soviet bersiap sedia sekiranya pihak Amerika melancarkan serangan nuklear.

Dengan menggunakan satelit COSMOS, KGB mengambil gambar pangkalan-pangkalan tentera Amerika sepanjang masa, memantau penggunaan radar Amerika, memantau pergerakan tentera dan rakyat Amerika, mengawasi negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan cuba memintas panggilan telefon di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah.

Selain itu, Operasi Ryan turut menyediakan jaringan perisik seandainya pihak Amerika mengisytiharkan perang ke atas Soviet. Namun operasi ini terpaksa dikurangkan skalanya pada tahun 1984.

6. ‘PROKSI’ BANK

Pihak Soviet semakin terdesak untuk mendapat akses kepada maklumat sulit dan sensitif yang dimiliki pihak Amerika Syarikat.

Pada pertengahan 1970-an, timbul satu cadangan untuk membeli tiga buah bank di utara California secara rahsia untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Ketiga-tiga bank ini dipilih kerana ketiga-tiganya pernah memberi pinjaman kewangan kepada syarikat-syarikat teknologi pada ketika itu termasuk yang mempunyai kontrak dengan pihak tentera.

Operasi rahsia itu dilancarkan dengan mengupah seorang ahli perniagaan Singapura bernama Amos Dawe yang akan bertindak sebagai proksi KGB dengan membeli ketiga-tiga bank tersebut menggunakan dana yang disediakan pihak Soviet untuk mengelak operasi tersebut diketahui pihak Amerika Syarikat.

Namun, operasi tersebut gagal berikutan kejayaan pihak CIA menghidu plot tersebut.

Antara perkara yang menimbulkan tanda amaran di Langley ialah asal-usul duit yang digunakan untuk membiayai pembelian tersebut.

Berdasarkan laporan, Amos Dawe mendapat kredit sebanyak 50 juta dolar dari Bank Norodny, sebuah bank Soviet yang mempunyai cawangan di Singapura.

7. PANDORA

Pihak Soviet sememangnya mengetahui situasi perkauman yang semakin panas di Amerika Syarikat pada tahun 60-an terutama Pergerakan Hak Sivil yang mencetuskan situasi tegang di seluruh negara.

Berikutan itu, mereka melancarkan Operasi Pandora dengan tujuan melaga-lagakan komuniti-komuniti Amerika Syarikat untuk saling bergaduh antara satu sama lain sehingga mencetuskan situasi huru-hara dalam negara.

KGB mula menulis beberapa lembaran iklan yang dikatakan berasal dari Liga Pertahanan Yahudi (Jewish Defense League/JDL), sebuah pertubuhan yang diklasifikasikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Lembaran tersebut menyatakan orang kulit hitam memusuhi Yahudi dan akan merompak serta merosakkan premis-premis perniagaan yang dimiliki orang Yahudi di New York.

Dalam lembaran sama, pihak KGB turut mendesak orang ramai untuk bangkit dan memerangi perosak kulit hitam ini.

Lembaran tersebut kemudian dihantar kepada semua kumpulan militan kulit hitam dengan tujuan menimbulkan suasana tegang.

Pada masa sama, KGB turut menghantar surat-surat palsu mendesak kumpulan-kumpulan militan ini menyerang JDL atas alasan organisasi tersebut menyerang dan mensasarkan orang kulit hitam di Amerika.

KGB turut merancang mengebom sebuah kolej kulit hitam di mana KGB akan membuat panggilan tidak bernama pada semua kumpulan militan.

Panggilan yang dibuat ini akan menyatakan bahawa JDL bertanggungjawab atas serangan tersebut.

8. CUBAAN BUNUH JOSIP BROZ TITO

Operasi Rahsia KGB Paling Menggerunkan

Tito sememangnya seorang komunis tetapi Tito juga seorang negarawan bagi Yugoslavia dan berani menuntut hak bagi Yugoslavia walaupun itu bermakna mencetuskan kemarahan Joseph Stalin.

Pada tahun 1948, beliau memutuskan hubungan dengan Stalin dan membebaskan Yugoslavia daripada cengkaman Soviet Union, satu perkara yang menimbulkan kemarahan Stalin.

Sebagai tindak balas, Stalin menghantar sekumpulan ejen sama yang membunuh Leon Trotsky untuk melakukan perkara sama pada Tito.

Tito menjadi sasaran Stalin kerana mahu bebas dari cengkaman Soviet Union dan tidak bergantung kepada sesiapa sama ada dengan Soviet atau blok Barat. Bagaimanapun, cubaan bunuh yang dilakukan gagal dan membuatkan beliau merasa kecewa.

Stalin bertambah berang apabila Tito memberi amaran melalui satu surat kepada beliau, “Berhenti hantar orang untuk membunuh saya. Kami sudah berjaya menangkap lima daripadanya, seorang dengan bom dan seorang lagi dengan selaras raifal. Jika engkau berterusan menghantar pembunuh, saya akan menghantar seseorang ke Moscow dan aku tak perlukan orang kedua untuk melakukannya.”

Berikutan itu, KGB cuba menggunakan taktik lain untuk membunuh Tito seperti mengubahsuai bakteria untuk membunuh semua hadirin kecuali ejen yang dihantar dan serangan gas beracun dari kotak barang kemas.

Bagaimanapun, semua plot tersebut tidak pernah dilaksanakan dan ianya berakhir dengan kematian Stalin pada 1953.

Pemimpin-pemimpin selepas Stalin membatalkan plot tersebut dan memanggil ejen-ejen tersebut kembali ke Moscow.

9. HOTEL VIRU

Operasi Rahsia KGB Paling Menggerunkan

Pada tahun 70-an, situasi ekonomi Soviet Union semakin merudum dan ini memaksa mereka membuka pintu kepada aktiviti pelancongan.

Aktiviti pelancongan dilihat boleh merancakkan semula kegiatan ekonomi negara tersebut namun bagi KGB, ini juga sesuai untuk mereka mengintip rakyat asing.

Pada tahun 1972, KGB mula beroperasi di Hotel Viru, Estonia di mana mereka meletakkan alat pendengar dan perakam pada hampir keseluruhan struktur hotel dari ruang tamu sehinggalah bilik air.

Hotel tersebut dipilih berikutan ia menjadi tumpuan ahli perniagaan asing sebagai tempat penginapan mereka.

Hotel Viru mempunyai 22 tingkat tetapi mempunyai tingkat ke-23 di mana tingkat tersebut meletakkan ejen-ejen bertugas dan peralatan pengawasan yang digunakan.

KGB berterusan mengawasi hotel ini sehinggalah pada tahun 1991, tahun di mana Tirai Besi berakhir.

10. PEMBIAYAAN AKTIVITI KEGANASAN

Pembiayaan aktiviti keganasan dan militan oleh kerajaan asing bukanlah sesuatu yang asing dan boleh dilihat kesannya dalam lipatan sejarah.

Apabila Yasser Arafat menjadi pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), beliau mula menjalin pakatan dengan KGB. Hasil daripada pakatan ini ialah pihak KGB melatih secara rahsia pejuang-pejuang Palestin.

Selain menyediakan latihan, KGB turut menghantar senjata api untuk digunakan pejuang-pejuang PLO walaupun wujud sekatan pembelian senjata di wilayah tersebut.

Pada ketika itulah, PLO mula melakukan aktiviti keganasan dan pada tahun 1969 sahaja, lebih 80 insiden rampasan kapal terbang di seluruh dunia.

Ketua perisikan asing bagi KGB, Alexander Sakharovsky mendakwa insiden-insiden rampasan kapal terbang yang dilakukan organisasi tersebut ialah satu kebanggaan kerana ia muncul daripada ideanya sendiri.

Sakharovsky melihat aktiviti keganasan sebagai satu lagi pilihan senjata dalam gudang Soviet Union dalam menghadapi ancaman blok Barat yang dipimpin Amerika Syarikat.

KGB turut membiayai sebuah lagi kumpulan pejuang Palestin, Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP).

Kepimpinan organisasi tersebut berpecah kepada dua kumpulan berikutan tindakan pengasasnya, Dr George Habash yang menolak pendekatan keganasan yang dipilih timbalan pengerusi merangkap ketua operasi asing, Dr Wadi Haddad.

Haddad merupakan ejen Soviet yang aktif pada ketika itu di mana beliau mempunyai nama panggilan ‘NATSIONALIST’ dan mempunyai hubungan rapat dengan Ilich Ramirez Sanchez (Carlos the Jackal).

Semasa Haddad memimpin PFLP, beliau melakukan banyak aktiviti rampasan kapal terbang. Salah satu insiden rampasan kapal terbang yang dilakukan PFLP ialah insiden rampasan empat pesawat di Dawson’s Field yang membawa kepada perang saudara di Jordan antara September 1970 hingga Julai 1971.

KGB turut bertanggungjawab memberi 100 mesingan, raifal automatik, pistol dan peluru kepada Tentera Republik Ireland (IRA) pada tahun 1972.

Kumpulan militan ini bertanggungjawab atas beberapa siri keganasan di Ireland Utara di mana era tersebut dikenali sebagai Troubles.

Soviet Union dan KGB mula memberi fokus kepada mereka berikutan pendirian mereka cenderung ke arah fahaman Marxisme dan mahu menjadikan Ireland sebagai sebuah negara komunis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Saturday, December 08, 2018

Asal-usul Bangsa Melayu

Asal-usul Bangsa Melayu

Persoalan tentang siapakah Melayu dan dari manakah asal usulnya sering kali menjadi perdebatan ramai. Ada yang berpendapat bahawa bangsa Melayu itu sendiri tidak wujud, namun antara teori ilmiah tentang asal nama 'Melayu' ialah daripada nama 'Sungai Melayu', sebagaimana yang tertulis di dalam Sejarah Jambi.

Asal-usul Bangsa Melayu

Istilah Melayu juga pernah dicatatkan oleh pengembara Cina pada 644-645 masihi dan para sejarahwan bersepakat bahawa perkataan 'Mo-Lo-Yu' di dalam catatan tersebut ialah nisbah kepada kerajaan Jambi dan Sriwijaya.

Melayu dikatakan terlahir daripada perkahwinan campur antara "penduduk tempatan" dengan saudagar-saudagar Cina, India, Arab dan Siam yang singgah di Semenanjung Tanah Melayu untuk berdagang semasa zaman kemahsyuran empayar-empayar di Tanah Melayu.

Spekulasi tentang siapakah "penduduk tempatan" inilah yang kerap kali menjadi bahan perdebatan antara ahli akademik, pakar sejarah dan ahli politik.

MELAYU BUKAN BANGSA

Melayu sebenarnya bukanlah satu bangsa yang hanya wujud di Malaysia tetapi orang Melayu telah wujud sekian lama di Kepulauan Melayu (Malay Archipelago).

Kepulauan yang terletak di antara Lautan India dan Lautan Pasifik ini mengunjur sejauh 4,000 batu dari timur ke barat dan 1,300 batu dari utara ke selatan dan merupakan kepulauan yang terbesar di dunia.

Kepulauan Melayu dibentuk oleh beribu-ribu buah pulau kecil dan pulau-pulau besar seperti Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina dan termasuk juga Semenanjung Malaysia.

Sebelum berlakunya banjir besar yang menenggelamkan Pentas Sunda dan tamadunnya lebih kurang 10,000 tahun yang lalu, kumpulan pulau yang terletak di atas Pentas Sunda dipercayai bersambung sebagai satu tanah besar yang memudahkan pergerakan dan interaksi manusia di atasnya.

Akibat daripada kejadian banjir besar ini, sebahagian penduduk di Pentas Sunda terpaksa berhijrah dan mereka ini dipercayai telah memulakan penempatan baharu di Asia Timur dan Kepulauan Pasifik.

Teori Out of Taiwan oleh Peter Bellwood menyatakan bahawa penutur bahasa Austronesia telah berhijrah keluar dari Taiwan dan bergerak ke arah Asia Tenggara sekitar 10,000 tahun dahulu dan membawa bersama mereka teknologi penanaman padi. Memandangkan bahasa Melayu merupakan salah satu cabang bahasa Austronesia, maka orang Melayu juga dianggap sebagai berasal dari Taiwan.

Kepercayaan bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan atau selatan negara China juga dipercayai timbul daripada pemahaman bahawa penduduk terawal di Asia Tenggara adalah berasal daripada kumpulan manusia yang bergerak keluar dari selatan China ke Taiwan dan seterusnya ke Asia Tenggara (arah pergerakan utara ke selatan).

POPULASI LEBIH AWAL

Walau bagaimanapun, kepercayaan yang bertapak sekian lama ini telah berjaya digugat apabila bukti daripada kajian DNA menunjukkan pergerakan manusia di Asia dan Asia Tenggara adalah sebaliknya.

Kajian menggunakan Single Nucleotide Polymorphisms (SNPs) yang telah diterbitkan dalam majalah Science yang bertajuk, Mapping Human Genetic Diversity in Asia pada tahun 2009 menunjukkan bahawa Asia Tenggara adalah lokasi terawal kemasukan manusia dari Afrika ke Asia.

Dalam kajian ini, sebanyak 50 peratus haplotype yang ditemui (kumpulan SNPs pada satu kromosom yang diwariskan bersama-sama dipanggil haplotype) dalam populasi Asia Timur hanya terdapat dalam populasi di Asia Tenggara.

Ini menunjukkan bahawa Asia Tenggara merupakan sumber utama bagi takungan genetik populasi di Asia Timur seperti China dan Taiwan. Bukti ini seterusnya menyokong bahawa pergerakan manusia di Asia adalah dari arah selatan ke utara.

Analisis filogenetik menggunakan penanda SNPs telah meletakkan Orang Asli Semang dan orang Melayu pada cabang yang lebih awal berbanding populasi di Asia Timur yang secara langsung menunjukkan bahawa Orang Asli Semang dan Melayu adalah satu populasi yang lebih "awal" berbanding populasi di China dan Taiwan.

Selain bukti daripada kajian menggunakan SNPs, penjujukan penuh DNA mitokondria juga telah membuktikan bahawa Orang Asli di Semenanjung Malaysia (Semang) adalah berasal daripada kumpulan manusia moden terawal yang bergerak keluar dari benua Afrika.

Pergerakan ini berlaku lebih kurang 60,000-75,000 tahun dahulu melalui jalan darat di sepanjang pesisir pantai melalui India ke Asia Tenggara dan seterusnya ke Australasia (Tajuk penerbitan: Single, rapid coastal settlement of Asia revealed by analysis of complete mitochondrial genome; Science 2005).

Pada zaman ini, kemungkinan besar laluan ke arah utara terhalang oleh cuaca yang ekstrem, bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan kawasan gurun. Laluan pantai yang lebih landai dan cuaca yang kurang ekstrem mungkin antara faktor kenapa kumpulan manusia yang bergerak ke arah selatan berjaya tiba di Asia Tenggara.

Kajian serupa yang dilakukan ke atas 10 sub-etnik Melayu (Kelantan, Bugis, Banjar, Jawa, Acheh, Minang, Mendeleng, Rawa, Champa dan Pattani) menggunakan DNA mitokondria menunjukkan sejumlah orang Melayu juga mempunyai DNA mitokondria yang berusia hampir 60,000 tahun (Nur Haslindawaty Abd Rashid, tesis PhD, 2013) dan turut berkongsi haplogroup (kumpulan DNA mitokondria) yang sama dengan Orang Asli.

Penemuan ini membuktikan bahawa orang Melayu juga berasal daripada kumpulan manusia yang bergerak keluar dari Afrika lebih kurang 60,000-75,000 tahun dahulu yang kemudiannya menjadi penghuni terawal di Kepulauan Melayu.

Kajian menggunakan pelbagai jenis penanda DNA telah membuktikan bahawa kesemua sub-etnik Melayu mempunyai persamaan genetik yang sangat tinggi (Edinur et al, 2009; NurWaliyuddin et al., 2014).

Penemuan ini telah mengukuhkan lagi kepercayaan tentang asal usul dan hubung kait antara populasi awal di Kepulauan Melayu. Kesemua sub-etnik Melayu ini ternyata berasal dari susur galur yang sama dan berkongsi keturunan yang sama.

Namun demikian, pada hari ini, mereka telah dipisahkan oleh sempadan geografi dan politik dan hasilnya mereka terlihat sebagai populasi yang berbeza.

Pemisahan ini walau bagaimapun tidak dapat menafikan hubungan mereka yang telah dibuktikan secara genetik, sama seperti hakikat kewujudan mereka di Kepulauan Melayu sejak 60,000 tahun dahulu.

KITAB 'PERMATA YANG HILANG'

Menurut catatan Ibnu Yusof dalam kitab "Permata Yang Hilang" mengisahkan bahawa permulaan keturunan Melayu adalah hasil perkahwinan Siti Keturah dengan Nabi Ibrahim AS.

Perkahwinan ini berlaku selepas kematian isteri Nabi Ibrahim bernama Siti Sarah. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 2128 SM dan wafat pada 1953SM.

Sebahagian anak-anak hasil daripada perkahwinan tersebut telah berhijrah ke Timur ke wilayah yang dikenali hari ini sebagai Tasik Tonle Sap, lembah Sungai Mekong. Di sinilah lahirnya satu bangsa dikenali Malai atau bangsa gunung.

Tetapi lama kelamaan perkataan Malai digantikan dengan Melayu kerana “ME” adalah perbuatan dan “LAYU” adalah melembutkan besi, tembaga, perak dan emas ke dalam bentuk acuan yang diperlukan dalam kehidupan seperti pembuatan anting-anting, periuk dan sebagainya.

Bangsa ini amat mahir dalam pertukangan besi, tembaga, perak dan emas. Ini disebabkan permulaan kerajaan pertama iaitu Dinasti Kaundiya adalah hasil perdagangan barangan tersebut telah membentuk empayar Funan pada 100 SM.

Kerajaan Funan ini merupakan kerajaan Melayu pertama dan empayarnya sehingga ke Segenting Kra.

Kewujudan amalan dan fahaman kepercayaan yang dibawa oleh golongan yang dihalau oleh Nabi Musa a.s. semasa berlakunya peristiwa Lembu Sapi, telah berhijrah ke Timur merentasi India sekitar tahun 1447 SM.

Sebahagian golongan ini tinggal di India dan sebahagian lagi tinggal di Funan lalu membentuk agama Hindu. Akibatnya, agama tauhid mulai dilupakan.

Kejatuhan kerajaan Funan telah menyebabkan ramai orang Melayu berhijrah keluar akibat serangan dan tekanan daripada kerajaan Dinasti Lavo dan Champa.

Kebangkitan kerajaan Langka­suka yang menggantikan kerajaan Funan telah membawa satu perubahan kepada bangsa Melayu.

Langkasuka yang meliputi wilayah Setul hinggalah Rudung (Ranong, Thailand) dan Pulau Dua (Kawthoung), Myanmar. Kejatuhan Langkasuka akhirnya digantikan dengan kerajaan Srivijaya pada abad keenam Masihi.

Kerajaan Kedah Tua dan Kelantan merupakan tempat persinggahan dalam perdagangan China dan India.

Walaupun agama Islam dikembangkan tetapi masih minoriti, berbanding masyarakat Melayu yang masih menganut agama Hindu dan Buddha.

Penguasaan empayar Srivijaya semakin lemah menjelang kurun ke-11 Masihi. Keadaan ini menyebabkan Kerajaan Kedah Tua membebaskan diri apabila rajanya memeluk Islam dan menamakan dirinya Sultan Mudzafar Shah 1 yang membentuk Kesultanan Kedah pada 1176 Masihi. Ini diikuti kerajaan Kelantan Lama memeluk Islam.

Bahasa Jawi telah menggantikan bahasa Kenawi yang telah digunakan sejak 3,000 sebelum Masihi lagi.

Gelombang kedatangan Islam kedua paling besar dan memberi impak kepada perubahan agama dalam kalangan masyarakat Melayu.

Contoh, misi ekspedisi Laksamana Cheng Ho yang membawa 80,000 buah kapal. Muhammad Ma Ho diberikan gelaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He.

Contoh lain, perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dan juga pertolongan Cek Ko Po yang menubuhkan kerajaan Islam Demak seterusnya meruntuhkan kerajaan Majapahit. Keruntuhan kerajaan Majapahit menyebabkan pengislaman beramai-ramai rakyat Pulau Jawa, Sumatera dan Kalimantan.

Pengislaman kerajaan Melaka berlaku setelah satu peristiwa solat berjemaah di pantai Melaka oleh ketiga-tiga negara iaitu pedagang India Muslim, rombongan Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam dan pedagang Arab Muslim.

Kejadian ini telah mengubah pandangan dan perspektif Parameswara yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Ini merupakan salah satu perubahan ke atas masyarakat Melayu keseluruhannya dari agama Hindu Buddha kepada Islam.

PENTINGKAH KETURUNAN?

Mungkin bagi sesetengah pihak, pengetahuan tentang sejarah dan asal usul sesuatu bangsa tidak penting. Kenapa kita perlu bersusah payah memahami kejadian yang berlaku beribu-ribu tahun dahulu?

Adakah perjalanan dan pengalaman yang dilalui oleh nenek moyang kita masih relevan untuk dipelajari?

Harus diingat, pandangan kita tentang sejarah sebenarnya membentuk pandangan kita tentang masa hadapan.

Gagal menghayati sejarah bermakna kita gagal menghargai dan menghormati usaha keras nenek moyang kita, sedangkan hasil darinya kita nikmati hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

10 Video Paling Popular Di Youtube Malaysia 2018

10 Video Paling Popular Di Youtube Malaysia 2018

Sepanjang tahun 2018 kita menyaksikan kemunculan banyak video viral yang menjadi perhatian ramai.vDi Youtube misalnya, banyak video yang meraih tontonan tinggi turut menjadi trending di laman itu.

Youtube 2018

Sebagai rangkuman untuk tahun penuh kegembiraan, tangis dan tawa ini, komuniti video dalam talian itu mengumumkan senarai Video Paling Trending di Youtube Malaysia dan Video Muzik Paling Trending di Youtube Malaysia.

Ayuh kita ikuti senarai penuh di bawah.

Video Paling Trending di Youtube Malaysia 2018:
  1. #AJL32 Syamel 7 Ernie Zakri - Aku Cinta
  2. Gaya Raya Paling Ori - Filem Pendek Astro Raya 2018
  3. Hantu Kak Limah (Tayangan Perdana) (HD) Di Pawagam Mulai 9 Ogos
  4. Srikandi Cintaku - Dato' Awie & Mus May (Ost. Hantu Kak Limah)
  5. Dugaan Puasa
  6. Kugiran Masdo - Bunga
  7. Sedap budak ni nyanyi, berdiri bulu roma kalau dengar
  8. Maya Karin muntah darah di set MeleTOP? Syamsul Yusof & Nasir Bilal Khan
  9. Motif Viral: Awek Manja Nak Cendol Pun Tak Tahu Kenapa Dia Viral
  10. #AME2018 Persembahan Ruffedge padu ubat rindu - Bila Rindu, Lemas, Tipah Tertipu, Khayalan.

Video Muzik Paling Trending di Youtube Malaysia 2018:
  1. Siti badriah - Lagi Syantik (Official Music Video Nagaswari) #music
  2. Sufian Suhaimi - Di Matamu (Official Music Video with Lyric)
  3. Ben Ladin - Hikayat Ben Ladin (Official Lyric Music Video)
  4. Ismail Izani - Luar Biasa ft. Alif (Official MV)
  5. Blackpink - Ddu Du Ddu Du M/V
  6. Floor 88 - Aqilah (Official Music Video)
  7. Maroon 5 - Girls Like You ft. Cardi B
  8. Deen Assalam - cover by Sabyan
  9. Ghea Youbi - Gak Ada Waktu beib (Official Music Video)
  10. Jay Chou - Waiting For You MV.

Selain senarai untuk Malaysia, laman Youtube turut menerbitkan senarai video peringkat global yang paling popular di negara ini.

Top Trending Video:
  1. To Our Daughter
  2. Real Life Trick Shots 2 - Dude Perfect
  3. We broke up
  4. Walmart yodeling kid
  5. Do You Hear "Yanny" or "Laurel" (SOLVED with SCIENCE)
  6. Portugal v Spain - 2018 FIFA World Cup Russia - Match 3
  7. Build Swimming Pool Around Underground House
  8. Cobra Kai Ep 1 - Ace Degenarate - The Karate Kid Saga Continues
  9. Behan Bhai Ki School Life - Amit Bhadana
  10. NGUOI TRONG GIANG HO PHAN 6 - LAM CHAN KHANG - FULL 4K - TRUYEN NHAN QUAN NHI CA - PHIM CA NHAC 2018

10 Muzik Video Global Paling Top di Youtube Malaysia:
  1. Te Bote Remix - casper, Nio Garcia, Darell, Nicky Jam, bad Bunny, Ozuna - Video Official
  2. Nicky Jam x J. Balvib - X (EQUSI) - Video Official
  3. Maroon 5 - Girls Like You ft. Cardi B
  4. Daddy Yankee - Dura (Video Official)
  5. Ozuna x Romeo Santos - El Farsante (Remix) Official Video
  6. Becky G, Natti Natasha - Sin Pijama (Official Video)
  7. El Chombo - Dame Tu Cosita feat. Cutty Ranks (Official Video)
  8. Drake - God's Plan
  9. Reik - Me Niego ft. Ozuna, Wisin (Video Official)
  10. Vaina Loca - Ozuna x Manuel Turizo (Video Official).

Semoga terhibur.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar