Thursday, December 13, 2018

Siapa Yang Wajib Makan Vitamin C Setiap Hari?

Siapa Yang Wajib Makan Vitamin C Setiap Hari?

Terdapat pelbagai sumber semulajadi yang mampu membekalkan Vitamin C kepada badan seperti buah-buahan dan juga sayur-sayuran contohnya, buah jambu batu, oren, tembikai, kiwi, mangga, tomato dan lain lain.

Makan Vitamin C

Sekurang-kurangnya kita perlu makan 4 jenis buah-buahan sehari untuk mendapatkan vitamin C yang mencukupi kepada tubuh.

Untuk pengetahuan anda, kuantiti pengambilan vitamin C setiap individu adalah berbeza kerana banyak faktor yang menyebabkan keperluan Vitamin C berbeza kepada individu.

Antara faktor yang membezakan kuantiti keperluan vitamin c sehari ialah:
  • Berat badan.
  • Umur.
  • Jantina.
  • Gaya hidup.
  • Kadar metabolisme.
  • Tahap kesihatan.
  • Ibu mengandung.
  • Perokok.
  • Tekanan perasaan/stres.
  • Perubahan emosi.

Berapa banyak Vitamin C yang diperlukan oleh seseorang setiap hari?

"Keperluan minimum Vitamin C bagi individu dewasa menurut RDA adalah 60mg/hari."

Terdapat banyak pendapat mengenai jumlah sebenar Vitamin C yang diperlukan oleh seorang individu setiap hari. Ianya antara 250mg hingga 1000gram sehari.

Jadual di bawah merupakan kuantiti pengambilan dos Vitamin C sehari yang dicadangkan untuk individu normal oleh National Institute of Health (NIH).

Dos Vitamin C

Pengambilan Vitamin C dalam dos yang melebihi 2000mg adalah tidak digalakkan kerana badan tidak mampu menyimpan vitamin dalam kuantiti yang banyak sekali gus dan Vitamin C mudah terhapus.

Pengambilan yang berlebihan juga akan memberi kesan sampingan kepada badan seperti cirit birit atau sakit perut.

SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN C DALAM DOS YANG BANYAK?

1. PEROKOK TEGAR

Asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat dan Vitamin C amat diperlukan untuk membersihkab darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang.

2 . INDIVIDU YANG HIDUP DI KALANGAN PEROKOK

Kajian menunjukkan perokok pasif (seperti kebanyakan kita) memerlukan lebih banyak vitamin C.

3. PESAKIT KENCING MANIS

Pesakit kencing manis memerlukan Vitamin C untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah darah daripada menjadi keras bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

4. INDIVIDU YANG ALERGIK/ASMA

Vitamin C mampu meningkatkan antibodi tubuh. Selain itu dapat mengurangkan keradangan kulit dan mampu melembabkan kulit kering.

5. INDIVIDU YANG MEMPUNYAI ANTIBODI YANG LEMAH.

Badan yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah memerlukan Vitamin C yang banyak untuk melawan jangkitan kuman dan bakteria.

6 . MENJALANI PEMBEDAHAN

Untuk cepat baik dan memulihkan luka serta melawan jangkitan kuman.

7. MENGALAMI 'STRESS' FIZIKAL ATAU MENTAL

Vitamin C juga akan hilang akibat 'stres'.

8. WARGA TUA

Warga tua amat menerlukan Vitamin C terutamanya jika juga mengambil ubat-ubatan lain.

9. MENGANDUNG ATAU MENYUSUKAN ANAK

Vitamin C banyak disalurkan kepada anak untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi.

10. MENGAMBIL PIL PERANCANG/ ANTIBIOTIK/PAINKILLER

Ubat-ubatan ini boleh menyerap serta memusnahkan Vitamin C.

11. MENGAMBIL ALKOHOL

Alkohol akan memusnahkan vitamin C.

Kesimpulan

Kita perlu mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C amat diperlukan untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh.

Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sihatitusunnah

Akhirnya Terbongkar Tabung Haji Dirompak!

Akhirnya Terbongkar Tabung Haji Dirompak!

Berita buruk yang sangat luar biasa mengenai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak memeranjatkan lagi kerana sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara daripada BN pada 9 Mei 2018 lalu, satu demi satu skandal kewangan terbongkar.

Skandal Tabung Haji

Semakin hari apa yang ditakuti semakin menjadi kenyataan iaitu dibawah telunjuk bekas perdana menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, kerosakan berlaku secara sistematik dan meluas.

1MDB, Felda, FGV dan sekarang Tabung Haji (TH) dan daripada apa yang kita dengar, senarai ini akan menjadi lebih panjang.

Felda tenat kerana Mohd Najib, atas nasihat konco-konconya yang tamak, menjual harta Felda dengan melakukan tawaran awam permulaan (IPO) melalui Felda Global Ventures Berhad (FGV) pada tahun 2012.

Tujuan tersiratnya adalah mengumpul dana untuk pilihan raya umum 2013 bagi pihak BN sambil mengisi kocek konco, kawan dan rakan.

Ladang dan aset Felda yang dulunya digunakan untuk menjana pendapatan tambahan bagi membantu peneroka ketika harga kelapa sawit dan getah jatuh dipindahkan kepada FGV.

Oleh sebab kaedah korporat yang tidak lestari serta penyelewengan oleh pengurusan, harga saham FGV jatuh merudum – daripada harga IPO RM4.55 kepada 77 sen sekarang – dan ia gagal menjana pendapatan tambahan untuk Felda.

Akibat manipulasi korporat melalui FGV inilah Felda mengalami kerugian besar dan hilang kemampuan untuk membantu peneroka ketika harga kelapa sawit dan getah jatuh. Sebaliknya Felda kini terpaksa menjalani proses pembersihan dan pembinaan semula.

Giliran Tabung Haji

Sekarang giliran TH pula. Apa lagi hendak kita katakan apabila tabung simpanan untuk mengerjakan haji dan memperkukuhkan ekonomi umat Islam pun dinodai, diperkosa depan umat Islam yang asyik bercakaran.

Buat sekian lama kita mendengar berita dan dakwaan mengenai penyelewengan dan pelanggaran urus tadbir dalam TH, khususnya apabila orang kesayangan keluarga Najib, Abdul Azeez Abdul Rahim, dilantik menjadi pengerusi pada bulan Julai 2013.

Tetapi semuanya dinafikan dan orang yang membuat pendedahan, 5 waktu secara berjemaah dikutuk dan dikenakan tindakan.

Media massa arus perdana turut bersubahat menghebahkan yang salah dan membenamkan yang benar. Ularmak-ularmak tersohor di Malaysia mendiamkan diri. Takut dibuang kerja.

Daripada kenyataan media Dr Mujahid Yusof, menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 10 Disember 2018, kita dapati sebaik saja Abdul Azeez menerajui TH, pelanggaran urus tadbir mula berlaku.

Dasar duit tunai adalah raja (cash is king) atau lebih tepat amalan menggunakan duit tunai bagi membeli undi mula diamalkan dengan membelakangkan undang-undang tubuh TH sendiri.

Hibah (dividen) diisytihar dan dibayar walaupun tidak memenuhi syarat. Sejak tahun 2014 hingga tahun kewangan 2017, hibah dibayar walaupun dua syarat wajib tidak dipenuhi.

Dua syarat wajib itu adalah (1) aset (harta) tidak boleh kurang daripada liabiliti (hutang) dan (2) ada keuntungan yang boleh diagihkan.

Inilah yang diingatkan oleh Zeti Akhtar Aziz ketika beliau menjadi gabenor Bank Negara.

Dalam surat kepada pengurusan TH pada tahun 2015, Zeti memberi ingatan bahawa TH tidak lagi boleh membayar hibah kerana hutangnya melebihi harta. Masa itu nisbahnya adalah 98 sen harta bagi setiap RM1 hutang.

Namun begitu, bukan saja peringatan sukarela beliau itu tidak dihiraukan sebaliknya disanggah oleh para penyokong dan penggilap apel Najib seperti ketua pemuda Umno sekarang, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Kewangan TH

Akaun tahun kewangan 2017 TH yang dibentangkan di Parlimen pada 10 Disember 2018 menunjukkan, aset keseluruhan TH sebanyak RM70.3 bilion manakala liabiliti (hutang/tanggungan) RM74.4 bilion. Ini bermakna TH mengalami defisit (kekurangan) RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.

Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, pengisytiharan dan pembayaran hibah bagi tahun 2017 (yang dibuat Februari lalu) melanggar Akta Tabung Haji 1995.

Najib Razak, Bapa Penyamun Malaysia, ketika mengalu-alukan pengisytiharan hibah itu dilaporkan berkata bahawa, kecekapan pengurusan TH membolehkan kadar yang lebih tinggi dibayar.

Kata Mujahid, “TH telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dan ia tidak mengikut akta kerana asetnya kurang daripada liabiliti.”

“Berdasarkan keadaan semasa TH ketika ini, pelan pemulihan secara menyeluruh perlu dilakukan bagi memulihkan penyata kira-kira TH,” tambah beliau.

Inilah yang dilakukan oleh ahli lembaga pengarah dan pengurusan baru TH yang dilantik oleh kerajaan PH mulai Julai lalu.

Banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mengembalikan TH ke landasan kewangan dan pengurusan haji yang betul dan lestari.

Pemerhatian

Izinkan saya membuat pemerhatian ringkas. Rasanya amat sesuai bagi kerajaan dan pengurusan TH membaca balik dokumen dan sejarah TH mulai 1963. Ada dua tujuan utama TH ketika itu.

Pertama mengurus pengerjaan haji oleh orang Islam Malaysia dan kedua memudah serta menggalakkan orang Islam menabung.

Pertama, saya tidak pasti apa peranan subsidi haji dan kegiatan pelaburan TH. Apakah kaitan penunaian haji dengan subsidi kalau kewajipan haji adalah ke atas orang yang mampu sahaja?

Kedua, mengenai kegiatan pelaburan yang nampaknya menjadi keutamaan dan kegilaan (obsession) pengurusan TH. Adakah ini matlamat TH?

Harus ada perbezaan di antara menabung untuk mengerjakan haji dengan melabur. Serentak itu, kita tidak mahu orang Islam menabung sekadar untuk melayakkan diri mendapat subsidi.

Justeru itu, isu subsidi haji dan pelaburan ini wajib dikaji semula dan difahami di segi agama dan perniagaan.

Adakah TH agensi perniagaan yang matlamatnya keuntungan atau agensi pengurusan haji dan penabungan?

Pelan pemulihan

Menurut Dr Mujahid, lembaga pengarah TH telah mencadangkan rancangan pemulihan yang membabitkan penubuhan sebuah badan khas – special purpose vehicle atau SPV.

SPV ini akan ambil alih, memulih dan maksimumkan nilai harta TH yang sekarang rendah prestasinya. Dengan itu beban hutang TH dapat dikurangkan atau dimansuhkan terus.

Kata Dr Mujahid, pelan itu telah diteliti dan diberi sepenuh sokongan oleh kabinet. Selaras dengan itu, kerajaan telah bersetuju meletakkan TH dibawah pengawasan Bank Negara.

“Bagi memastikan pelan jangka masa panjang yang mapan, kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH bawah pengawasan Bank Negara Malaysia secara pentadbiran bermula 1 Januari 2019,” kata Dr Mujahid.

Pengampu

Dulu lain sekarang lain. Sewaktu TH diasaskan pada tahun 1963, niatnya suci dan orang yang dilantik bagi menguruskannya terdiri daripada orang yang berkepakaran dan amanah. Bukan jenis cium tangan.

Masa itu perdana menteri, almarhum Tunku Abdul Rahman Putera, tidak berpura-pura tunjuk alim. Orang Islam pun belum tergila-gila berjubah macam orang Arab. Tetapi mereka ikhlas dan amanah.

Kesimpulannya, dalam kita berusaha memulihkan TH, kita hendaklah kembali ke pangkal jalan bagi memahami dan menghayati tujuan asal penubuhannya.

Kita perlu memastikan sama ada melabur, membuat keuntungan, membayar hibah dan memberi subsidi adalah sebahagian daripadanya.

TH rosak kerana melantik orang yang tidak amanah dan tidak berpengetahuan atau juga kerana terlalu mengejar keuntungan seolah-olah ia adalah badan perniagaan.

Mulai sekarang, lebih baik kita pagar sawah bendang kita daripada asyik marahkan pegar.

Memang tabiat semula jadi burung pegar makan padi. Kalau kita harapkan pegar menjaga padi, memang bodohlah kita.

*Penulis adalah A KADIR JASIN, penasihat media perdana menteri dan pemimpin pusat BERSATU.

Bagaimana kerugian TH Disembunyikan?

Bekas pengerusi Tabung Haji (TH) Abdul Azeez Abdul Rahim mempertikaikan kenyataan menteri agama Mujahid Yusof yang menyebut badan berkanun itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

Mujahid, berdasarkan laporan juruaudit bebas PriceWaterhouseCoopers (PWC), semalam berkata TH mempunyai aset RM70.3 bilion dan liabiliti RM74.4 bilion, menjadikan jumlah defisit RM4.1 bilion pada 2017.

Azeez memetik laporan sebuah lagi syarikat audit bebas Ernst & Young (E&Y) yang dilantik pada era BN.

Katanya, aset TH sepatutnya berjumlah RM74.7 bilion dan liabiliti RM74.4 bilion pada penghujung tahun 2017. Justeru, kata Aziz, lebihan RM373 juta telah dicatatkan.

Bagaimanapun, dari mana datangnya perbezaan lebih RM4 bilion antara kedua-dua laporan ini?

Perkara ini dijelaskan oleh semakan kedudukan kewangan oleh PWC yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurut PWC, semakan itu mendapati terdapat kerugian RM4.258 bilion dalam bentuk ekuiti, yang sebelum ini disembunyikan melalui perakaunan kreatif.

Manipulasi had ambang

Menurut standard laporan kewangan, sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan.

Bagaimanapun, menurut PWC, Tabung Haji menetapkan had ambang ( threshold) 70 peratus untuk tempoh 24 bulan. Angka itu diubah dua kali pada 2017, kepada 85 dan 90 peratus.

PWC berkata jika had ambang ditetapkan pada 70 peratus, TH patut mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.313 billon.

Jika pada 85 dan 90 peratus pula, kerugian patut diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171 juta dan RM1 juta sahaja.

PWC berkata penyembunyian kerugian ini bertujuan menunjukkan jumlah keuntungan yang cukup untuk membayar dividen pada 2012. Akta Tabung Haji 1995 tidak membenarkan pengagihan dividen ketika rugi.

PWC berkata jika standard biasa dipakai (had ambang 20 peratus untuk tempoh 12 bulan), jumlah kerugian penuh ekuiti adalah sebanyak RM4.258 bilion.

Selain menyembunyikan kerugian, PWC juga mendapati TH menjual saham-sahamnya untuk melaporkan keuntungan tetapi kemudian membeli semula dengan tambahan kos pembrokeran.

Anak syarikat TH pula dilapor mengisytiharkan dividen yang tinggi tetapi tidak membuat bayaran penuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

6 Pakaian Seragam Tentera Paling Pelik Di Dunia

6 Pakaian Seragam Tentera Paling Pelik Di Dunia

Perarakan tentera dianggap sebagai peristiwa penting yang digunakan oleh mana-mana tentera untuk menunjukkan keupayaan dan kemahiran mereka dan semasa perarakan ini, mereka memakai pakaian seragam khas dan berbaris dalam formasi yang menarik perhatian penonton.

Acara-acara ini merupakan peluang yang baik untuk menunjukkan sejarah dan budaya negara tertentu. Pakaian tentera adalah sejenis pakaian seragam bagi memudahkan pengenalan dan pengecaman.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting tentang pakaian seragam mana-mana pasukan tentera adalah ia kelihatan tegas dan gagah.
Akan tetapi, terdapat beberapa pasukan tentera dengan pakaian seragam yang sangat unik dan pelik.

1. Hussar bersayap

Pakaian Seragam Tentera Pelik Hussar

Pada tahun 1570-an, Raja Stephen Bathory telah memperkenalkan hussar (ahli kelas berkuda ringan, yang berasal dari Eropah Tengah semasa abad ke-15 dan ke-16) ke dalam ketenteraan Poland-Lithuania.

Hussar menggunakan senjata seperti tukul perang, szabla saber dan satu atau dua pistol wheellock dalam sarung pelana.

Pakaian seragam ini sangat berbeza dan unik berbanding pakaian tentera biasa kerana mempunyai sayap. Ia merupakan rangka kayu yang dipasangkan pada bahu tentera berkuda dan dilengkapi dengan bulu.

2. French Foreign Legion Pioneers

Pakaian Seragam Tentera Pelik

French Foreign Legion Pioneers adalah sayap perkhidmatan tentera dalam pasukan ketenteraan Perancis yang ditubuhkan pada tahun 1831 dan dikhaskan untuk warga asing yang mahu berkhidmat sebagai tentera Perancis.

Perkataan "sapper" atau "pioneer" bermakna tentera yang terlibat dalam misi kejuruteraan tentera, dicirikan oleh janggut yang lebat, apron kulit dan kapak.

3. Swiss Guard

Pakaian Seragam Tentera Pelik Swiss Guard

Sekali pandang anda mungkin beranggapan mereka ini adalah badut atau pekerja di tapak pesta, namun sebenarnya mereka ini adalah tentera-tentera yang bertanggungjawab untuk melindungi Pope.

Pakaian seragam ini sangat menarik dan unik kerana warna tradisional Medici biru, merah dan kuning, kolar putih serta sarung tangan. Ia dicipta oleh Jules Repond pada tahun 1914.

Pope Francis berkata, "di sebalik setiap pakaian seragam, terdapat orang yang sebenar: dengan keluarga dan tanah air, dengan keperibadian dan kepekaan, dengan hasrat dan rancangan hidup."

4. Sut Ghillie penembak tepat

Pakaian Seragam Tentera Pelik  Sut Ghillie

Sut ghillie adalah sejenis pakaian yang menjadikan tentera kelihatan seperti longgokan dedaunan yang sangat berat yang digunakan oleh penembak tepat atau jurugambar alam sebagai cara untuk menyembunyikan diri mereka dari musuh atau sasaran yang ingin mereka buru

Melihatkan tentera memakai sut ini sudah dirasakan seperti beban, namun ia belum cukup dahsyat. Suhu di dalam sut ini boleh mencapai 50°C.

5. Evzones

Pakaian Seragam Tentera Pelik Evzones

Nampak seperti penari, tetapi ia adalah pakaian seragam Evzones. Evzones adalah nama bagi infantri ringan dan unit gunung Tentera Yunani.

Kini, nama ini diberikan kepada Pengawal Presiden. Mereka juga dikenali sebagai Tsoliades dan mempunyai pakaian seragam yang sangat unik.

Item luar biasa dalam pakaian terkenal ini dikenali sebagai fustanella iaitu skirt putih dan juga dilengkapi dengan pom-pom pada kasut mereka.

6. Pengawal Diraja Korea Selatan

Pakaian Seragam Tentera Pelik Korea

Melihatkan pakaian seragam ini membuatkan anda rasa seperti di zaman silam. Pengawal Diraja Korea Selatan adalah antara salah satu unit paling berani di seluruh dunia kerana mereka mampu menangani misi yang tersangat kompleks.

Pakaian seragam mereka kelihatan seperti zaman dinasti lama, yang terdiri daripada jubah kuning, seluar putih dan topi yang tinggi, pakaian seragam unik yang membuatkan mereka terkenal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, December 12, 2018

Hypercar 'Bugatti Divo' Limited Edition Berharga RM24 Juta!

Hypercar 'Bugatti Divo' Limited Edition Berharga RM24 Juta!

Bugatti Divo, salah satu hypercar yang paling dinanti-nantikan akhirnya membuat penampilan sulungnya pada pameran Pebble Beach. Direka untuk menghidupkan semula tradisi pembuatan mesin, Bugatti Divo mempunyai reka bentuk unik yang berkongsi sedikit dengan Chiron.

Bugatti Divo

Banyak perubahan gaya yang menumpukan perhatian kepada peningkatan aerodinamik dan Bugatti berkata pengubahsuaian tersebut telah menghasilkan tambahan 90 kg downforce.

Bermula di hadapan, Bugatti Divo dilengkapi dengan fascia baru yang menampilkan pengambilan udara yang lebih besar dan spoiler depan yang lebih lebar. Perubahan ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan membantu sistem penyejukan.

Brek hadapan pula disejukkan oleh empat sumber udara bebas di setiap sisi kenderaan iaitu aliran udara dari kawasan tekanan tinggi di atas bumper depan, bahagian atas sayap depan, satu salur di radiator depan dan pembias di hadapan tayar.

Pereka bahkan memberi perhatian khusus kepada bumbung dan menciptanya sedemikian rupa sehingga ia menjadi saluran udara utama, digabungkan dengan penutup enjin yang direka khas, memastikan jumlah udara yang sangat tinggi masuk ke dalam petak enjin untuk menyejukkan enjin 8.0 liter W16.

Perubahan gaya utama lain termasuk lampu baru dan kelongsong bampar belakang yang lebih besar yang direka untuk menampung sistem ekzos empat saluran.

Pereka juga memasang skirt sisi aerodinamik, sirip tengah dan spoiler belakang baru yang juga berfungsi sebagai brek udara.

Spoiler belakang yang anda lihat itu adalah 23 peratus lebih lebar daripada Chiron dan Bugatti mengatakan ini secara signifikan meningkatkan prestasi downforce dan pemberhentian.

Di hahagian enjin, ia adalah susunan penggerak W16 8.0-liter quad-turbo yang terus menghasilkan 1,500 PS (1,103 kW / 1,479 hp).

Bugatti berkata, Divo tidak akan mempunyai mod kelajuan tertinggi dan akan terhad kepada 380 km/h (236 mph).

Walaupun kelajuan tertinggi ‘rendah’ ​​ akan mengecewakan peminat Bugatti, Divo sedang diposisikan sebagai model yang berorientasikan prestasi yang tidak hanya akan berjalan pantas dalam garis lurus.

Seperti yang dijelaskan oleh Bugatti, mereka mahu kereta menjadi “lebih tajam, lebih lincah dan lebih dinamik.”

Untuk mencapai matlamat ini, para jurutera melaras jajaran camber dan membuat beberapa semakan kepada penggantungan dan sistem stereng.

Bugatti Divo juga beratnya 35 kg kurang daripada Chiron, hasil dariapda roda yang lebih ringan dan penutup intercooler serat karbon baru.

Bugatti Divo

Langkah-langkah penjimatan tambahan termasuk penggunaan bahan penebat yang kurang, pemasangan sistem audio yang lebih ringan dan penghapusan ruang penyimpanan di konsol pusat dan panel pintu. Keistimewaan model ini juga dapat dilihat di bahagian kabin.

Kereta ini mempunyai interior dua nada dengan pelapis Divo Grey Alcantara dan Divo Racing Blue. Di bahagian lain, terdapat trim serat karbon eksklusif dan aksen logam kelabu “anodized glass”.

Pemandu juga akan menemui armrests yang lebih besar dan sokongan betis serta stereng dengan shifters yang lebih lebar.

Kereta ini dinamakan sempena pemandu perlumbaan Perancis Albert Divo dan pengeluarannya akan dihadkan kepada 40 unit.

Harganya? RM24 JUTA!

BACA INI JUGA:

sumber: mekanika

Cara Menanam Pokok Goji

Cara Menanam Pokok Goji

Pohon Gojiberry atau Goji mudah ditanam di Malaysia dan hasil pemerhatian menunjukkan bahawa tanaman super food ini sudah banyak tumbuh di Malaysia, terutamanya di Pulau Pinang, sejak era kehadiran Inggeris dahulu lagi.

Goji fruit

Namun pokok Goji tidak mendapat perhatian kerana ramai orang tidak tahu atau sedar tentang manfaatnya untuk kesihatan. Maka, pohon ini menjadi asing terpinggir sehingga menghadapai kepupusan/langka.

Pokok Gojiberry mengambil masa sekitar 4 tahun untuk mula mengeluarkan buahnya yang berwarna merah dan sekiranya ada yang berminat, lebih baik mula tanam dari sekarang.

CARA-CARA MENANAM POKOK GOJI

Dipermudahkan, bahan penting yang diperlukan untuk semaian ialah:
  • Peat soil; tanah kompos sabut kelapa yang telah di adun, ada di jual di nursery anak-anak pokok.
  • Pasu bunga plastik, memadai yang kecil.
  • 2 biji buah Gojiberry yang kering.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Goji Berry

1. Penyediaan Biji-Biji Semaian

Biji Gojiberry tersebut di rendam dalam air terlebih dahulu selama lebih kurang 3-5 jam. Apabila buah goji tersebut mengembang, maka pecahkan untuk di ambil biji-biji di dalamnya sebagai benih.

1 biji buah Gojiberry mengandungi lebih kurang 10–60 biji untuk benih semaian. Basuh biji-biji benih tersebut dengan teliti.

2. Semaian

Kemudian taburkan rata-rata biji-biji benih tersebut ke dalam pasu bunga plastik yang telah diisikan dengan peat soil.

Selesai, taburkan sedikit peat soil lagi ke atas biji-biji benih tersebut (lebih kurang 0.5cm) sekadar menutupi.

3. Siraman

Kemudian, siram (spray) dengan air sekadar melembabkan peat soil, dilakukan 2 kali sehari dan dilakukan dengan teliti agar, apabila tunas-tunas baru mula tumbuh bercambah, tidak mudah rosak.

4. Tunas Baru

Dalam masa 1-2 minggu kemudian, tunas-tunas baru anak pokok akan mula tumbuh membesar.

5. Menukar Wadah

Dalam masa 1-2 bulan, pohon-pohon kecil akan membesar. Pilih yang sihat dan sebanyak mana yang dikehendaki untuk dijadikan tanaman di rumah sendiri. Alihkan ke dalam pasu/polibag yang lebih besar untuk setiap pokok.

Pokok Goji

Pohon-pohon hendaklah diawasi dari sebarang serangan serangga atau kulat. Sekiranya terdapat serangan, minta nasihat dari penjual pokok dimana-mana nursery berdekatan tentang racun apa yang baik untuk menangganinya.

Sekian, selamat mencuba.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

5 Tuhan Yang Disembah Pengikut Ajaran Sesat Di Seluruh Dunia

5 Tuhan Yang Disembah Pengikut Ajaran Sesat Di Seluruh Dunia

Apabila sesuatu kepercayaan atau agama itu sudah berakar umbi sekian lama, sehingga berjaya membentuk satu atau dua generasi yang mewarisi kepercayaan ibu bapa mereka, memang amat sukar untuk mereka keluar daripada terus-menerus mempercayai apa yang telah mereka yakini.

Berikut adalah lima tuhan yang disembah pengikut ajarans esat di seluruh dunia, yang dapat kami kongsikan kepada anda.

1. Diego Maradona

Tuhan Maradona

Gerakan menyembah pemain bolasepak legenda Argentina memang wujud dan bukannya sekadar dongeng.

Gerakan yang dinamakan sebagai 'Iglesia Maradoniana' merupakan sebuah kepercayaan yang menjadikan Diego Maradona sebagai ikutan.

Ditubuhkan pada tahun 1998 sempena hari kelahiran ke 38 Diego, bermula dengan tiga orang kawan karib, kepercayaan ini berkembang kepada 200 orang ribu setakat ini.

Kepercayaan pengikut mereka juga unik dan semuanya mestilah mengangkat Diego Maradona sebagai fokus. Nama tengah mereka haruslah ditukar kepada 'Diego', anak pertama mereka harus dinamakan 'Diego' dan mereka tidak boleh berkata yang tidak baik terhadap Diego.

Perayaan Krismas mereka disambut setiap 29 Oktober dan mereka menggunakan sistem kalendar sendiri yang bermula pada hari kelahiran Diego Maradona.

2. UFO

Sembah UFO

Tahukah anda memang ada kelompok-kelompok manusia di dunia yang menyembah UFO? Bukan satu atau dua kepercayaan yang meletakkan UFO dan makhluk asing sebagai 'Pencipta' mereka, bahkan wujud banyak sebenarnya kepercayaan serupa.

Dengan nama seperti Komuniti Aetherius, Heaven's Gate, Universal Church of the New World Comforter dan banyak lagi jenis kepercayaan, kebanyakannya meletakkan kepercayaan bahawa kita semua dicipta oleh makhluk asing atau sebenarnya makhluk asing.

Cabang kepercayaan terbesar yang percaya konsep ketuhanan ini adalah sebuah gerakan yang bernama Raelism, diasaskan pada tahun 1974 oleh seorang lelaki bernama Claude Vorilhon.

Pengikut gerakan ini dikatakan berada di seluruh dunia, mempopularkan konsep kepercayaan unik mereka dan dianggarkan seramai 100,000 orang semuanya.

3. Punggung wanita yang besar

Punggung wanita

Ya, kami tidak bergurau. Memang ada kepercayaan yang menjadikan punggung wanita yang besar sesuatu yang disembah! Gerakan yang dinamakan sebagai The Church of Adonitology merupakan sebuah gerakan kepercayaan baru, hanya bermula pada tahun 2012-2013 selepas seorang individu yang menamakan dirinya sebagai 'Prophet Adonis; mengaku didatangi 'malaikat' yang memintanya memulakan agama baru menyembah punggung besar wanita.

Selain daripada permintaan itu, 'malaikat' tersebut juga meminta beliau menulis kitab bagi rujukan pengikut mereka yang dinamakan The Book of Adonai.

Dikatakan pengikut-pengikut mereka sangat meminati penyanyi Nicky Minaj disebabkan wanita itu mempunyai punggung yang mereka rasakan sesuai untuk disembah.

4. Motorsikal

Sembah Motorsikal

Di India, sebuah motorsikal berjenama Royal Enfield berkuasa 350cc disembah oleh penduduk-penduduk di daerah Jodhpur, kerana mereka percaya sesiapa yang tidak datang meminta restu motorsikal itu setiap hari akan menerima nasib malang.

Motorsikal model 'Bullet' itu digelarkan penduduk sebagai 'Bullet Baba' dan kisah bagaimana penduduk di sana menyembah motorsikal ini agak menarik.

Pemilik asalnya, seorang lelaki bernama Om Banna, anak kepada ketua kampung mereka mati dalam kemalangan melibatkan motorsikal tersebut selepas melanggar sebatang pokok.

Pihak polis menunda motorsikal tersebut balik ke balai namun keesokannya menemui motorsikal itu telah kembali ke kawasan kemalangan.

Kali kedua pihak polis menunda motorsikal itu kembali, kejadian sama berulang lagi, jadi penduduk di situ menganggap ada kuasa mistik yang menyebabkan kejadian itu berulang.

Mereka mula mendirikan tugu untuk motorsikal tersebut di kawasan berlakunya kemalangan dan terus mengamalkan kepercayaan mereka sehingga ke hari ini.

5. Vladimir Putin

Vladimir Putin dianggap tuhan

Bagi sekumpulan komuniti yang tinggal di Bolshaya Yelnia, Russia, beliau adalah jelmaan semula Paul the Apostle.

Ditubuhkan pada tahun 2007 oleh seorang wanita bernama Svetlana Frolova, beliau mengatakan beliau menerima mesej daripada Tuhan yang menerangkan kepadanya berkenaan penjelmaan-penjelmaan Vladimir Putin sebelum itu.

Selain daripada Paul the Apostle, Putin juga dipercayai mereka sebagai Putera Vladimir of Rus yang mengasaskan Gereja Ortodoks Russia satu millenia sebelum ini.

Vladimir Putin menolak pelawaan mereka untuk dijadikan sembahan namun tidak ada yang dapat menghalang mereka daripada percaya bahawa Vladimir Putin adalah individu yang ditugaskan menyediakan mereka untuk kelahiran semula Jesus Christ.

Untuk rekod, tidak ada lagi pemimpin Russia yang disembah seperti beliau sebelum ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, December 11, 2018

Sejarah Bagaimana Argentina Menghapuskan Tradisi Keturunan Afrika

Sejarah Bagaimana Argentina Menghapuskan Tradisi Keturunan Afrika

Lebih sepuluh juta warga kulit hitam Afrika dipaksa meninggalkan tanah asal mereka bermula abad ke 16 sehingga abad ke 19, bagi menjadi pekerja di kawasan pertanian dan perladangan dalam kawasan yang namakan 'New World' atau 'dunia baru.

Afro-argentina

Insiden itu bukan saja mencatatkan sejarah menjadi salah satu migrasi terbesar dalam sejarah peradaban manusia, malahan turut sama menimbulkan salah satu tragedi terbesar yang berlaku pernah disaksikan dunia.

Berjuta-juta warga Afrika ini tiba di Brazil, sehinggakan ketika ini hampir separuh populasi Brazil sebenarnya dikatakan berasal dari Afrika.

Pengenalan budaya Afrika dapat dilihat dalam kehidupan warga Brazil daripada segi muzik, tarian, makanan dan pelbagai lagi aspek lain.

Walaupun begitu, timbul persoalan penting, bagaimana pula dengan Argentina yang berjiran dengan Brazil?

Menurut rekod sejarah, Argentina turut sama menerima kemasukan warga Afrika ke negara mereka namun pada ketika ini kesannya tidak dapat dilihat langsung, seperti tidak pernah berlaku. Mengapa?

Kemasukan pendatang Afrika seawal abad ke 16

Afro-argentina-abad-16

Menurut catatan sejarah, warga Afrika telah datang ke Argentina seawal abad ke 16 di satu daerah yang ketika itu bernama Rio de la Plata, salah satu kawasannya adalah Buenos Aires sekarang, untuk bekerja dalam bidang pertanian atau menjadi pembantu rumah untuk golongan wanita mereka.

Komuniti Afrika terus mendiami Argentina sehingga awal abad ke 19 dalam kelompok besar di kawasan Santiago del Estero, Catamarca, Salta dan Cordoba.

Di Buenos Aires sendiri, warga Afrika merangkumi hampir satu per tiga jumlah penduduk dalam satu kajian ketika itu.

Sistem perhambaan dihapuskan di Argentina pada tahun 1813 namun terus diamalkan sehingga 1853 dan hanya selepas itu, jumlah komuniti Afrika di Argentina mula berkurangan sedikit demi sedikit.

Dijadikan perisai hidup dalam peperangan

Askar-afrikaperang-paraguay

Pengkaji sejarah mengatakan salah satu sebab utama komuniti Afrika di Argentina mengalami penurunan mendadak adalah disebabkan perang yang berlaku dengan Paraguay pada tahun 1865 sehingga 1870.

Warga Afrika ketika itu ditugaskan menjadi barisan paling hadapan sekali dalam tentera Argentina yang menjadi punca ramai yang terkorban.

Wabak penyakit yang melanda Buenos Aires pada tahun 1871 turut sama menyumbang kepada kematian ramai warga Afrika yang telah menetap di Argentina sekian lama.

Perang yang mengorbankan ramai lelaki warga Afrika menyebabkan jumlah wanita Afrika yang tinggal mula memilih untuk bersama dengan warga asal Argentina berkulit putih.

Bagi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu, mereka memilih untuk berhijrah ke Brazil atau Uruguay, yang dipercayai lebih sesuai bagi komuniti kulit hitam Afrika.

Hujah penghapusan etnik

Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak pengkaji sejarah lain, mereka mempunyai pandangan berbeza; memang wujud sebenarnya perancangan teliti dilakukan oleh Domingo Faustina Sarmiento, Presiden Argentina daripada tahun 1868 sehingga 1874 yang mahu menghapuskan komuniti kulit hitam Afrika di Argentina.

Atas matlamat itu, beberapa langkah sengaja diambil seperti memaksa warga lelaki Afrika menyertai pasukan tentera serta proses pemindahan komuniti Afrika ke kawasan tertentu agar wabak penyakit merebak di kalangan mereka, seterusnya menyebabkan kematian akibat ketiadaaan sistem kesihatan sempurna.

Pendapat ini disokong melalui penemuan catatan dalam buku diari Sarmiento yang menyatakan kebimbangan beliau berkenaan jumlah warga Afrika di Amerika Syarikat, serta menyifatkan perhambaan sebagai satu bentuk taktik penjajah dalam memecah belahkan penduduk asal Argentina.

Penghapusan etnik dan budaya yang membunuh secara senyap

Menjelang tahun 1895, jumlah komuniti warga Afrika menjadi terlalu sedikit sehinggakan mereka tidak lagi didaftarkan dalam konsensus kebangsaan Argentina.

Realitinya walaupun dilihat sengaja disisihkan, sehingga kini masih ada sedikit warga Argentina berketurunan Afrika berkulit hitam terus menetap di sana.

AfricaVive, NGO di Argentina yang memperjuangkan hak warga kulit hitam mengatakan hampir 1 juta warga Argentina sebenarnya berketurunan Afrika.

Namun informasi itu tidak kelihatan dalam sistem pentadbiran dan pendidikan Argentina, berikutan tidak ada langsung pengiktirafan atau maklumat berkenaan mereka kerana semuanya termasuklah warga berketurunan Afrika sendiri, kini diklasifikasikan berkulit putih.

Bagi generasi muda pula, mereka dihimpit rasa malu mengaku keturunan asal mereka, menjadikan mereka lebih selesa mengaku diri mereka warga Argentina berkulit putih.

Ini menyebabkan pewaris keturunan Afrika mula tidak mengenali susur galur keturunan mereka yang sebenarnya banyak memainkan peranan dalam sejarah negara mereka sendiri, kerana ketiadaan lagi catatan berkenaan nenek moyang mereka dalam buku-buku sejarah untuk diingati dan dipelajari.

Budaya asli kini jadi milik orang lain

Budaya Argentina

Ketika ini, Argentina mempunyai jumlah populasi seramai 41 juta orang dengan 97 peratus daripadanya dikategorikan sebagai berkulit putih, menjadikan Argentina negara paling dominan warga kulit putih berbanding jiran-jirannya yang lain.

Ironinya, tarian tango yang terkenal di seluruh dunia sebagai salah satu simbol masyarakat Argentina sebenarnya datang daripada komuniti kulit hitam Argentina yang mendiami kawasan sekitar Rio de la Plata, melalui bukti kewujudan lukisan lama memaparkan pasangan kulit hitam sedang menari tarian tango di kawasan sekitar itu.

Dalam satu perspektif lain, penghapusan elemen dan budaya Afrika daripada sejarah Argentina sebenarnya boleh dikatakan menjadi bukti kejayaan kerajaan Argentina sebelum ini meletakkan diri mereka sebagai sebuah sambungan kesatuan negara-negara Eropah di Amerika Latin, yang mahu memperjuangkan dominasi masyarakat kulit putih.

Kini, jarang sekali kedengaran kisah penyertaan warga Afrika yang datang ke Argentina lama dahulu bersama mempertahankan Argentina dalam peperangan, membina sejarah dan serta bekerja keras membangunkan negara.

Ini kerana semuanya telah hampir berjaya dilenyapkan dalam mengejar identiti yang meminggirkan satu kumpulan etnik yang tidak dihargai jasa dan pengorbanan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Bagaimana Umat Islam Boleh Bersatu Dengan Tali-tali Allah?

Bagaimana Umat Islam Boleh Bersatu Dengan Tali-tali Allah?

Allah telah menyediakan satu kaedah yang khusus untuk bersatu padu melalui firman-Nya yang bermaksud, “Berpeganglah kamu dengan tali-tali Allah dan jangan kamu berpecah belah.” (Ali Imran: 103)

Umat Islam Bersatu

Dapat difahami dari ayat ini, kalau umat Islam mahu bersatu, mereka perlu berpegang pada tali Allah. Kita perlu diikat kepada Allah yang Esa. Tetapi, apakah tali Allah itu?

Ada ulama yang mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai syariat Allah. Maknanya kita umat Islam perlu sama-sama menerima dan mengamalkan segala hukum hakam Allah sama ada yang wajib, yang sunat, yang haram, yang makruh dan yang harus (mubah). Dengan itu hati kita akan terikat di antara satu sama lain.

Ada juga ulama yang mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai rasa cinta dan rasa takut kepada Allah. Kalau semua umat Islam sama-sama dapat rasa cinta dan rasa takut kepada Allah, nescaya hati-hati mereka akan sama-sama terikat kepada Allah yang Esa dan mereka akan berkasih sayang dan bersatu padu di antara satu sama lain.

Dalam pada itu perpaduan manusia ada dua bentuk. Ada perpaduan yang berbentuk sementara dan ada perpaduan yang kekal.

Perpaduan yang berbentuk sementara seperti kita menghadapi musuh yang sama. Bila musuh sudah tidak ada, kita berpecah semula. Atau kita sama-sama menghadapi sesuatu musibah. Bila musibah sudah tidak ada, kita berpecah.

Atau kita sama-sama keluar negara. Semasa di luar negara kita berpadu kerana kita berada di negara orang dan semuanya berbeza dengan adat resam kita. Tetapi setelah kembali ke tanah air, kita berpecah.

Hanya ada satu bentuk perpaduan yang kekal iaitu perpaduan yang disebabkan kerana Allah.

Allah itu kekal dan sesiapa yang berkasih sayang dan bersatu padu kerana Allah maka kasih sayang dan perpaduan yang dicapai itu akan turut kekal sampai bila-bila.

Dalam Islam segala sesuatu ada rukunnya, maka rukun bersatu itu boleh dibahagi kepada 5 bahagian:

1. Bersatu Aqidah

Keyakinan dan pegangan kita mesti tepat sebagaimana yang dikehendaki dalam iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah, iaitu meyakini enam rukun Iman dengan sebenarnya.

Yakin kepada ALLAH dan semua sifat-sifat-Nya yang wajib, mustahil serta yang jaiz bagi ALLAH. Yakin kepada 10 malaikat sebagaimana yang diceritakan dalam Al Quran. Yakin kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Yakin kepada 25 Rasul yang disebutkan dalam Al Quran. Yakin kepada hari akhirat dan yakin kepada qada' dan qadar, semuanya datang dari ALLAH Taala.

Kalau ada yang beriktiqad atau beraqidah selain Ahlus Sunnah Wal Jamaah sudah pasti tertolak, sepertimana yang telah dijelaskan dalam hadis Baginda Rasulullah SAW.

“Bahawasanya bani Israel telah berfirqah sebanyak 72 firqah dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya akan masuk Neraka kecuali satu.”

Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya, “Siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab, ”Yang satu itu ialah orang yang berpegang sebagai peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, lihat Sahih Tirmizi, juz 10, awal surat 109)

2. Bersatu dalam bersyariat

Bersatu syariat itu ialah bersatu dalam menerima dan melaksanakan hukum-hukum ALLAH, iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.

Dalam kegiatan hidup kita sehari-hari, kita tidak dapat melepaskan diri dari salah satu hukum tersebut melalui kerja apa pun baik kerja yang kecil mahupun kerja yang besar.

Mari kita dalami takrif rukun-rukun tersebut:

Wajib: Dilaksanakan mendapat pahala dan ditinggalkan berdosa, maka dalam hal ini wajib dilaksanakan.

Sunat: Dilaksanakan diberi ganjaran pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa, maka kedudukannya eloklah dilaksanakan.

Haram: Dilaksanakan berdosa dan ditinggalkan mendapat pahala, maka kedudukannya wajib ditinggalkan.

Makruh: Jika dilaksanakan(larangannya) tidak berdosa (tapi ALLAH benci) dan jika ditinggalkan mendapat pahala, maka kedudukannya elok ditinggalkan.

Harus: Suatu perbuatan yang kedudukannya tidak berdosa dan tidak mendapat pahala jika dilaksanakan atau ditinggalkan, maka perbuatan tersebut boleh dilaksanakan dan boleh ditinggalkan, sesuai pilihan hati.

Walau bagaimanapun, dalam Islam perbuatan yang harus itu, dapat memberi manfaat kepada kita atau dengan kata lain dapat menjadi ibadah dan mendapat pahala kalau kita laksanakan dengan mematuhi lima syarat:

Niat yang benar dan tepat (kerana ALLAH), perbuatan yang dilaksanakan itu dibolehkan oleh syariat (tidak bertentangan dengan syariat), pelaksanaannya mengikuti syariat, natijahnya (hasilnya) mesti betul (untuk tujuan meninggikan syiar Islam dan tidak bercanggah dengan syariat) tidak meninggalkan atau mengabaikan ibadah yang asas (yang terkandung dalam fardhu ain).

Jadi, bila kita diperintahkan bersatu dalam syariat, bererti kita diperintahkan menerima segala ketetapan lima hukum tersebut.

Menerima di sini maksudnya memahami, mengamalkan dan memperjuangkannya. Maksudnya yang lebih jelas ialah perbuatan yang wajib dan sunat itu hendaklah difahami, diyakini, diamalkan dan diperjuangkan.

Semua perbuatan yang haram dan makruh hendaklah difahami, diyakini dan ditinggalkan serta diperjuangkan untuk menghapuskannya. Dan selanjutnya semua perbuatan yang harus, difahami, diusahakan serta digalakkan supaya menjadi ibadah.

Supaya lebih jelas lagi, perhatikan contoh berikut ini:

Hal-hal yang berhubungan dengan akidah, ibadah, akhlak, jihad, tarbiah, siasah (politik) dan lain-lain adalah perbuatan wajib, maka umat Islam harus menerimanya sebagai hukum wajib serta berusaha memahami, mengamalkan dan memperjuangkannya supaya ditegakkan secara bersama-sama dan bersungguh-sungguh.

Sebaliknya, hal-hal yang berhubungan dengan arak, zina, korupsi, judi, buka aurat, pergaulan bebas, riba dan lain-lain adalah perbuatan haram, maka seluruh umat Islam harus bersama-sama meyakininya sebagai hukum haram dan berusaha meninggalkannya serta memperjuangkannya supaya tidak diamalkan oleh masyarakat dan berusaha menghapuskannya secara bersama-sama dan bersungguh-sungguh.

Apabila yang wajib dan sunat, sama-sama diterima, lalu diamalkan umat Islam, maka di situlah kita bersatu.

Begitu juga kalau yang haram dan makruh, sama-sama diterima, lalu dijauhkan oleh umat Islam, maka di situlah kita bersatu.

3. Bersatu dalam berakhlak

Bersama-sama berusaha memiliki akhlak yang baik. Mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam segala hal, seperti cara makan, pakaian, sifat sabarnya, ikhlasnya, tawadhuknya, zuhudnya, dermawannya, pemaafnya, bicaranya, bergaulnya, kebersihannya, ibadahnya dan lain-lain yang menjadi sunnah hidupnya.

Di samping itu hendaklah kita bersama-sama berusaha membuang semua akhlak yang buruk dan keji seperti sombong, bakhil, penakut, cinta dunia, pemarah, hasad dengki, keluh-kesah dan mazmumah lain yang bersarang dalam hati manusia.

Jika ini dapat dilaksanakan umat Islam, maka kita akan bersatu, begitulah sebaliknya.

4. Bersatu dalam Perkara-perkara Khilafiah

Bersikap terbuka, lapang dada dan tegang rasa dalam masalah khilafiah. Hendaklah kita fahami bahawa Islam memperboleh dan membenarkan adanya perbezaan pendapat dalam masalah furu'iyah tanpa mengganggu atau merosak persoalan asas (pokok) Islam itu sendiri.

Nabi SAW pernah bersabda, bermaksud, “Perbezaan pendapat di antara umatku adalah mendatangkan rahmat.“ (Riwayat A1 Baihaqi)

Dalam hadis yang lain dari Ibnu Abbas bermaksud, “Perbezaan di antara sahabatku bagi kamu adalah suatu rahmat.“ (Ehya’)

Kerana itu sikap kita terhadap hal-hal khilafiah hendaklah sama-sama kita terima dan jangan dijadikan isu sensitif dan sebab persengketaan.

5. Bersatu Dalam Menilai Kawan Dan Lawan

Islam telah menetapkan siapakah kawan dan lawan, sahabat dan musuh. Maka hendaklah kita sama-sama dapat mengenalinya.

Yang menjadi musuh sama-sama kita jadikan sebagai musuh dan menolaknya tanpa ragu sedikitpun.

Kawan dan sahabat hendaklah kita jadikan sebagai sahabat dan sama-sama menerima sebagai sahabat, bergaul dengannya, mempertautkan kasih sayang dengannya serta bermuafakat dalam urusan agama.

Sekiranya ada pihak yang mencuba untuk menghancurkannya, harus kita pertahankan.

Dalam Al Quran ALLAH menjelaskan kepada kita siapa musuh dan siapa sahabat atau saudara kita sebagai orang mukmin.

Firman ALLAH tentang musuh: “Dan tidak akan redha oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani itu selama-lamanya kepada kamu hingga kamu mengikuti millah (cara hidup) mereka.“ (Al Baqarah: 120)

Firman ALLAH tentang sahabat dan saudara: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara satu sama lain, oleh kerana itu berusahalah mendamaikan kedua saudaramu yang bertikai dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat.“ (A1 Hujuraat: 10)

Demikianlah pengertian dan konsep bersatu dalam lslam. Dengan konsep itu Islam memanggil dan menyeru seluruh bani insan bernaung di bawahnya tanpa melihat bangsa, warna kulit, bahasa, keturunan, daerah, negara dan perbezaan lahiriah lain yang palsu, yang direka oleh manusia untuk mempertahankan statusnya yang bersifat sementara itu.

Walaupun pada lahirnya ada perbezaan bangsa, bahasa dan warna kulit di antara manusia itu, tapi apa yang ALLAH jadikan itu semata-mata mempunyai hikmah yang amat besar untak manusia itu sendiri, iaitu untuk tujuan saling kenal-mengenal.

Firman ALLAH: “Hai manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal dan mengadakan hubungan." (Al Hujuraat: 13)

Islam menyatukan seluruh manusia sedunia di bawah namanya dengan lima ikatan yang kukuh dan sejati sambil membebaskan mereka dari segala kungkungan keduniaan yang sempit dan pura-pura.

Kalau semua umat Islam menerima konsep itu serta mempraktikkannya, maka itulah kekuatan hakiki yang menjamin kejayaan perjuangan yang sedang kita usahakan dan lalui ini.

Sudahkah Bersatu?

Dalam soal aqidah, dalam satu jamaah, atau parti, ada yang berpegang sebenar-benar Ahlus Sunnah Wal Jamaah, ada yang sekadar mengaku Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sebenarnya tidak begitu, ada yang beraqidah syiah, muktazilah, mujassimah dan lain-lain.

Dimana bersatunya? Sedangkan yang dijamin selamat oleh Rasulullah SAW, dari 73 firqah itu hanya Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Dalam soal syariat pula, bersatu yang dimaksudkan di sini ialah bersama-sama dalam menerima hukum-hukum ALLAH.

Itu bererti kalaupun berada dalam satu organisasi atau persatuan kalau masih berbeza atau tidak sama-sama menerima hukum-hukum ALLAH yang wajib dan sunat serta menolak yang haram dan makruh, maka hakikatnya belum bersatu.

Contohnya menutup aurat hukumnya wajib. Kalau dalam satu persatuan itu ada anggotanya yang tidak menutup aurat dan yang lain menutup aurat, maka di antara anggota-anggotanya masih dianggap belum bersatu.

Riba hukumnya haram. Kalau masih ada anggotanya makan riba atau pun mendukung institusi riba dengan memberikan riba, sementara yang lainnya tidak makan riba atau menentang riba, maka anggota-anggotanya masih dianggap belum bersatu. Demikian juga dengan persoalan-persoalan yang lain.

Berdasarkan contoh di atas, jelaslah kepada kita bahawa umat Islam yang ada hari ini belum lagi bersatu termasuk anggota atau mereka yang menjadi anggota organisasi atau badan politik, kebajikan sampai badan dakwah sekalipun masih belum bersatu, walaupun berada di dalam satu wadah.

Kita dapat melihat sekarang ini mereka sama-sama tidak sembahyang, masih menerima fahaman sekular, tidak menutup aurat, terlibat dengan sistem ekonomi riba, terlibat dengan perzinaan, arak, judi, pergaulan bebas dan segala macam maksiat.

Secara tidak langsung mereka itu menentang ALLAH walaupun kadang-kadang lidahnya berbicara tentang Islam.

Sesama Islam mereka juga bermusuhan, sebaliknya dengan musuh mereka saling menolong dan bersahabat baik. Musuh dianggap kawan dan kawan dianggap musuh. Kebaikan dianggap kejahatan dan kejahatan dianggap baik. Ini hakikat.

Kalau pun kelihatan mereka itu bersatu tetapi mereka itu bersatu adalah sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH dalam Al Quran:

"...mereka itu sebahagian di antara sebahagian yang lain saling membantu menyuruh membuat kemungkaran dan melarang dari berbuat ma'ruf..." (At Taubah: 67)

Ataupun bersatu seperti yang digambarkan oleh ayat Al Quran: "Kamu lihat mereka itu bersatu padu, tetapi hati mereka berpecah belah." (Al Hasyr: 14)

Bergabung bukannya bersatu

Itulah hakikatnya yang terjadi sekarang ini, bahawa sesungguhnya umat Islam belum lagi bersatu secara mutlak. Apa yang terjadi ialah perpecahan di segala aspek hingga timbul peperangan dan pertumpahan darah.

Kalau kita lihat keadaan umat hari ini, bagaikan mustahil untuk bersatu. Ramai yang mengajak "bersatu", hakikatnya mengajak bergabung, bukan bersatu.

Kumpulan A di ajak bergabung dengan kumpulan B. Kalau sekadar itu belum bersatu lagi, mengikut definisi Islam. Kerana bersatu itu mesti berpegang pada tali Allah (rukun-rukun bersatu).

Namun, Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa umat ini boleh bersatu. Baginda mulakan dengan mengajak umat ini mengenal Allah, mencintai Allah. Mereka beraqidah dengan aqidah yang benar.

Kemudian, Rasul ajarkan peraturan syariat, sama-sama mereka tegakkan. Lalu Rasul menunjukkan contoh dan akhlak yang mulia, mereka mencontohi baginda. Rasul ingatkan agar berlapang dada, jangan berkrisis dalam perkara khilaf dan remeh temeh, mereka taat.

Dan Rasul mengenalkan mereka siapa kawan dan siapa musuh, mereka berukhwah dengan kawan bagaikan adik beradik, dan mereka bermusuh dengan musuh, kerana musuh-musuh itu adalah musuh Allah. Maka, Rasulullah berjaya.

Insyaa-Allah kita juga akan berjaya jika kita mengikut apa yang telah ditunjukkan Rasulullah SAW.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: FB

16 Jenis Manusia 'Beracun' Yang Anda Patut Jauhi

16 Jenis Manusia 'Beracun' Yang Anda Patut Jauhi

Macam mana nak tahu samada anda ini, jenis manusia beracun? Atau lebih tepat lagi, macam mana nak tahu perangai anda sebenarnya, di mata orang lain? Cara paling mudah adalah dengan melihat perangai kawan-kawan rapat yang anda sering bertemu dan melepak bersama.

Kawan buruk perangai

Kalau majoriti kawan-kawan yang sering anda jumpa adalah dari kalangan manusia beracun, maka ada kemungkinan besar, anda juga masuk dalam kategori manusia beracun. Oleh itu, amat penting untuk anda tapis, dengan siapa kawan-kawan yang boleh dijadikan kawan rapat.

Berkawan dengan semua orang boleh, memang tak ada masalah tapi, kawan rapat perlu dipilih dengan teliti.

Kawan rapat yang saya maksudkan di sini, ialah kawan-kawan yang anda sering berjumpa dan habiskan masa bersama. Pastikan mereka jenis manusia baik yang mendatangkan manfaat untuk keselamatan anda dunia dan akhirat.

Cuba semak semua kawan-kawan yang anda banyak habiskan masa bersama selama ini. Ada tak mereka punyai salah satu atau lebih dari 16 sikap buruk yang beracun.

Berikut saya senaraikan jenis kawan-kawan yang elok untuk anda jauhkan diri. Kalau kuat, boleh nasihatkan agar mereka berubah. Tapi kalau tak kuat, pastikan supaya mereka tak jadi kawan rapat sangat.

1. Sentiasa bersangka buruk

Orang yang tak pernah nak fikir pasal benda baik akan berakhir dengan apa yang dia fikirkan. Semua yang berlaku disekelilingnya akan ditafsirkan secara negatif. Orang macam ini biasanya mati cepat, hidup tertekan dan sentiasa menyusahkan orang lain.

2. Tidak bertimbang rasa

Orang yang bertimbang rasa biasanya dapat menyelami perasaan orang lain. Segala tindakannya dipertimbangkan terlebih dahulu berdasarkan keadaan yang bersesuaian.

Orang yang tak bertimbang rasa tak ada langsung kemahiran menyelami perasan orang lain. Dia kasar tak kira tempat.

Jauhkan diri anda dari berkawan rapat dengan orang macam ini sebab dia hanya menjauhkan rezeki dan peluang anda untuk berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

3. Ambil banyak masa anda dengan sia-sia

Ada orang ambil banyak masa anda, tetapi masa yang anda berikan pada mereka tidak sia-sia. Anda dapat ilmu, manfaat kebendaan dan lain-lain yang diperlukan setiap kali anda habiskan masa dengan mereka. Orang macam ini memang terbaik untuk dijadikan kawan rapat.

Ada orang yang akan habiskan banyak masa anda, tapi kesemuanya hanyalah sia-sia sahaja. Buang masa dengan perkara tak berfaedah, duduk berjam-jam mengata sana sini, buat ulasan politik negara dan kritik semua orang.

Kalau tak cerita pasal orang, dia akan mengeluh ketidakadilan hidup yang dialaminya dan macam-macam lagi. Tak payah nak rapat dengan manusia beracun macam ni.

4. Sentiasa ada krisis dan konflik dengan orang lain

Setiap kali jumpa, ada saja krisis baru dengan orang yang lain. Itu tandanya dia yang bermasalah dan bukannya orang lain.

Tapi biasalah, dia akan tuduh semua orang lain punya masalah dan tak pernah nak mengaku masalah diri sendiri. Tak payah berkawan rapat dengan orang macam ni.

5. Sering pusing cakap

Orang yang suka pusing cakap bukan susanh sangat nak dikesan. Mereka jenis yang tak pernah mengaku silap. Jika ternyata salah pun, masih nak pusing sana sini untuk dibetulkan. Bukan pusing cakap saja, mereka juga suka berbohong. Letih kawan dengan orang macam ini.

6. Sentiasa mengkritik anda

Setiap kali jumpa dia akan kritik anda dengan bermacam sudut negatif. Hampir tak ada apa satupun yang anda ada dan yang anda buat boleh dipujinya.

Jika benarpun anda memang terlalu lemah sebegitu, kritik 100% tidak akan membantu anda untuk maju.

Kritik yang keterlaluan sepanjang masa juga menunjukkan orang tersebut memandang rendah dan tidak hormat pada anda. Daripada anda terus rasa lemah setaip kali bertemu dengannya, elok dijauhkan diri saja darinya.

7. Lebih suka bercakap dari mendengar

Ini amat mudah nak kesan. Mereka cakap tak berenti, potong cakap orang dan sebenarnya langsung tak dengar apa orang lain cakap.

Orang macam ini hanya buat anda rasa seperti berkawan dengan seekor burung kakak tua yang tak punya perasaan.

8. Asyik dia saja yang jadi mangsa

Kalau semua orang salah dan dia saja yang jadi mangsa keadaan dan mangsa orang lain, itu tanda yang amat jelas jenis manusia beracun.

Mereka tak punya sikap bertanggung jawab terhadap apa saja keadaan yang berlaku hatta walaupun pada diri mereka sendiri.

9. Suka sakitkan hati

Apa saja yang keluar dari mulutnya akan membuatkan orang sakit hati. Tindakannya juga sering menyakitkan hati.

Tak semestinya menyakitkan hati anda, tapi hati orang lain disekeliling. Ini jenis orang yang anda perlu jauhkan diri.

10. Suka berlebihan tambah garam

Apa saja ceritanya akan ditokok tambah berlebihan. Saiz S dijadikannya saiz XXL. Susah untuk percaya orang jenis macam tu.

Letih untuk tapis terlebih dahulu segala percakapannya dan ini membuang banyak masa. Jauhkan saja darinya.

11. Panas baran cepat naik darah

Tak boleh sabar langsung walaupun terhadap perkara yang remeh dan kecil. Sikit-sikit nak melenting. Jauhkan saja orang perangai macam tu.

12. Sentiasa nak betul

Kalau memang betul tak ada orang nak kisah. Tapi benda yang tak betul pun masih nak pertahankan juga, itu satu masalah yang kritikal. Orang jenis macam tu tak payah nak rapat sangat.

13. Tak hormat orang

Mungkin dia nampak macam hormat dan tak biadap dengan anda. Tapi cuba lihat bagaimana dia layan pelayan kedai makan atau orang lain yang kerja tak berapa glamour.

Orang yang suka herdik dan biadap dengan orang yang dia rasa lebih rendah darinya elak dijauhkan saja.

14. Pentingkan diri sendiri terdahulu

Walau apapun yang terjadi, orang jenis ini akan fikirkan tentang dia terlebih dahulu baru pasal orang lain. Malah biasanya dia tak fikirkan langsung pasal orang lain. Kalau anda rapat dengan orang macam ni, anda tentu bermasalah besar.

15. Sentiasa cuba mengawal anda

Jika ada kawan yang suka nak kawal apa saja pemikiran dan tindakan anda, itu bukanlah kawan yang patut dijadikan kawan rapat. Sekalipun teman wanita, kalau dia suka nak mengawal, elok jauhi saja dirinya.

16. Rasa tak sedap hati dengannya

Bisikan hati anda biasanya betul. Bila anda memang ada rasa tak berapa sedap dan selesa dengan seseorang itu, ertinya memang betullah apa yang perasan anda cuba sampaikan.

Perasaan anda biasanya hanya bertindak untuk selamatkan anda saja. Jadi bila hati anda rasa seseorang itu tak berapa kena, elok ikut saja.

Jangan jadi manusia beracun

Sila perhatikan kawan-kawan anda sekarang dan perhatikan mereka jenis yang macam mana. Jika ada salah satu dari apa yang disenaraikan kat atas tu, berhati-hatilah.

Dalam masa yang sama juga, perhatikan sama ada anda punya salah satu dari ciri-ciri yang disebutkan diatas. Asyik tengok orang dan tak suluh pada diri sendiri juga merupakan salah satu sikap yang membawa kepada kerosakan diri.

Yang paling penting, sentiasa sedar dengan apa yang kita buat, sedar dengan apa yang kita cakap dan sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hidupringkas