Monday, November 19, 2018

Apa Sebenarnya Perbezaan Bakteria Dan Virus?

Apa Sebenarnya Perbezaan Bakteria Dan Virus?

Bakteria dan virus adalah mikroorganisma halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, namun sangat penting dalam bidang perubatan dan kesihatan manusia.

Beza Bakteria Dan Virus

Terdapat bakteria yang berguna kepada kita, tetapi kebanyakan virus adalah berbahaya kepada manusia.

APA ITU BAKTERIA?

Bakteria adalah mikroorganisma bersel tunggal dan dijumpai di mana-mana, termasuk tubuh badan manusia dan boleh dilihat dengan mikroskop cahaya dan berupaya untuk berganda sendiri.

Apa itu jangkitan bakteria?

Jangkitan bakteria adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan penyakit yang berpunca darinya disebut bakteria patogenik.

Bakteria menyebabkan jangkitan melalui:
  • Saluran pernafasan; Bordetella pertussis.
  • Luka terbuka; Escherichia coli.
  • Sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit; Bacillus anthracis.
  • Pengambilan makananan yang tercemar; Brucella abortus.
  • Bakteria juga tersebar melalui hubungan seks (Treponema pallidium) dan daripada ibu kepada anaknya semasa kelahiran (Neisseria gonorrhoeae).

Apa simptom jangkitan bakteria?

Kebiasaannya, simptom jangkitan bakteria tertumpu pada satu bahagian tertentu dalam badan.

Simptom jangkitan adalah:
  • Kemerahan.
  • Bengkak.
  • Sakit.
  • Sakit tekak.
  • Demam.
  • Sakit kepala.

Apakah penyakit yang disebabkan oleh bakteria?

Bakteria menyerang tubuh dan melemahkan sistem imun. Penyakit disebabkan bakteria adalah seperti berikut:
  • Batuk kokol (Bordetella pertussis).
  • Jangkitan saluran kencing (Escherichia coli).
  • Ulser (Helicobacter pylori).
  • Leptospirosis (Leptospira interrogans).
  • Batuk kering (Mycobacterium tuberculosis).
  • Demam kepialu (Salmonella typhi).

Bagaimana mengesan jangkitan bakteria?

Jangkitan bakteria dikesan dengan pemeriksaan mikroskopik, pewarnaan, pengkulturan dan pemencilan bakteria daripada spesimen.

Spesimen yang digunakan adalah seperti berikut:
  • Kahak untuk jangkitan salur pernafasan.
  • Nanah dan wound swab untuk jangkitan pada luka.
  • Darah untuk jangkitan aliran darah.
  • Najis bagi masalah cirit – birit.
  • Bendalir cerebrospinal untuk penyakit meningitis.
  • Air kencing untuk jangkitan saluran kencing.

Semua spesimen akan diperiksa untuk mengesan kehadiran bakteria.

Bagaimana mencegah dan merawat jangkitan bakteria?

Jangkitan bakteria biasanya dirawat dengan antibiotik, yang boleh membunuh atau mencegah pertumbuhan bakteria.

Pencegahan jangkitan bakteria termasuklah;
  • Amalan gaya hidup yang sihat.
  • Elakkan pengambilan makanan dan minuman tercemar.
  • Selalu mencuci tangan dengan bersih.
  • Pengendalian makanan yang bersih.
  • Hubungan seks yang selamat.

APA ITU VIRUS?

Virus adalah agen jangkitan paling kecil dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop elektron.

Virus hanya bereplikasi dalam sel hidup dan berupaya menjangkiti tumbuhan, haiwan, bakteria dan manusia.

Apa itu jangkitan virus?

Jangkitan virus adalah jangkitan disebabkan oleh virus dan biasanya menjangkiti manusia melalui:
  • Saluran pernafasan; virus influenza, virus measles.
  • Mulut atau saluran usus; virus herpes simplex.
  • Luka pada kulit; HIV, virus hepatitis C.
  • Gigitan serangga terjangkit; virus dengue oleh nyamuk.
  • Gigitan haiwan terjangkit; virus rabies oleh anjing.
  • Virus juga disebarkan melalui hubungan seks (herpesviruses) dan daripada seorang ibu kepada anak yang dikandungnya (cytomegalovirus).

Apakah simptom jangkitan virus?

Kebanyakan simptom jangkitan virus adalah sama dan bergantung kepada jenis virus yang dijangkiti.

Simptomnya adalah:
  • Hidung berair.
  • Sinus.
  • Batuk.
  • Sakit tekak.
  • Ruam.
  • Sakit.
  • Demam.

Apakah penyakit yang disebabkan oleh virus?

Virus berbeza menyebabkan penyakit yang berlainan. Sesetengah penyakit disebabkan virus ialah seperti berikut:
  • Penyakit tangan, kaki dan mulut (virus coxsackie).
  • Penyakit hepatitis kronik (virus hepatitis B).
  • AIDS (human immunodeficiency virus).
  • Cacar air (varicella-zoster virus).
  • Beguk (mumps virus).
  • Ketuat (human wart virus).

Bagaimana mengesan jangkitan virus?

Jangkitan virus dikesan dengan pelbagai kaedah dan spesimen, bergantung kepada kawasan jangkitan dan jenis virus yang disyaki.

Antara spesimen untuk mengesan jangkitan virus adalah seperti berikut:
  • Kahak, throat and nasal swab untuk jangkitan salur pernafasan.
  • Conjunctival swab untuk jangkitan mata.
  • Air kencing untuk jangkitan saluran air kencing.
  • Darah, air kencing dan genital swab untuk penyakit jangkitan kelamin.
  • Najis and swab rektum untuk jangkitan saluran gastrointestinal.
  • Coretan kulit, bendalir daripada vesikel dan darah untuk jangkitan kulit.
  • Kaedah yang digunakan termasuk teknik PCR, pengkulturan dan mikroskop elektron dalam mengesan antibodi, antigen atau partikel virus.

Bagaimana mencegah dan merawat jangkitan virus?

Tiada rawatan khusus untuk jangkitan virus dan biasanya dirawat dengan antiviral dan dicegah dengan vaksin.

Antiviral hanya bertindak merawat simptom jangkitan dan meningkatkan sistem imun badan supaya tubuh dapat melawan sendiri jangkitan virus.

Virus tidak boleh dibunuh dengan antibiotik, namun kita boleh mencegah jangkitan virus dengan:
  • Selalu mencuci tangan dengan bersih.
  • Perlakuan aktiviti seks yang selamat (safe sex).
  • Elakkan daripada mengambil minuman dan makanan tercemar.
  • Elakkan perkongsian jarum suntikan.
  • Amalkan pemakanan seimbang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Kenapa Bayi Menangis Pada Waktu Malam? Ini Jawapan Saintis Yang Sangat Mengejutkan!

Kenapa Bayi Menangis Pada Waktu Malam? Ini Jawapan Saintis Yang Sangat Mengejutkan!

Mendengar bayi menangis secara berterusan pada waktu malam pasti membuatkan mana-mana ibu bapa berasa panik dan tertekan malah, beberapa persoalan sejak sekian lama mengganggu fikiran ramai ibu bapa. Adakah kerana bayi lapar, lampin basah, gatal, ketakutan atau kesejukan?

Bayi Menangis

Jika anda sendiri tertanya-tanya mengapa bayi selalu menangis pada waktu malam, saintis telah menemui jawapannya. Sebelum ini, teori menyatakan bahawa tangisan adalah cara untuk bayi berkomunikasi dan memberitahu bahawa mereka inginkan sesuatu.

Dengan tangisan, ibu bapa akan memenuhi segala keperluan mereka sebaik mungkin.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Profesor David Haig, seorang ahli biologi dari Harvard University, beliau mendapati bahawa bayi sebenarnya sangat licik.

Mereka boleh berjaga dan menangis tanpa henti sepanjang malam, walhal pada waktu siang, bayi tidur dengan lena dan sentiasa ceria.

Menerusi kajiannya, Profesor David Haig menemui jawapan yang sangat mengejutkan, jawapan yang lari daripada sebab-sebab yang kita diberitahu sebelum ini.

Menurut Profesor David Haig. punca utama bayi menangis pada waktu malam sebenarnya untuk memonopoli ibunya!

Tangisan bayi adalah cara bayi mengalihkan perhatian ibu bapanya daripada bersama untuk mengelak mendapat adik baru. Lawak.

Bagaimana bayi yang masih kecil pun sudah mempunyai keinginan untuk tidak mahu berbahagi kasih?

Profesor David Haig menjelaskan lagi, bayi secara fitrah telah diprogramkan untuk menangis pada saat mereka tidak selesa dan terdapat gangguan disekelilingnya. Dan ini secara langsung dan tidak langsung akan merosakkan malam romantik ibu bapa mereka.

Ada bayi yang akan menangis pada waktu malam berbulan-bulan lamanya sehingga ibu terpaksa berjaga malam.

Kerana itulah apabila ibu bapa merasa letih dan tidak cukup tidur, keinginan untuk bersama semakin kurang, seterusnya mencegah daripada kehamilan baru.

Menurut Profesor David Haig, bayi mungkin telah berevolusi supaya bangun pada waktu malam dengan pelbagai alasan.

Dan walaupun letih menjaga bayi yang menangis sepanjang malam, perilaku ini membawa kebaikannya yang tersendiri kepada ibu dan bayi itu sendiri.

Saintis telah membuktikan, ibu yang memberikan susu badan secara berterusan selama enam bulan boleh mengganggu kesuburan wanita buat sementara.

Menyusukan anak boleh menyebabkan hormon prolaktin menunda kesuburan, seterusnya menjarakkan kehamilan seterusnya yang dikenali sebagai amenorea.

Selain itu, wanita yang baru melahirkan anak juga mempunyai banyak masa untuk berehat dan pulih sepenuhnya daripada proses melahirkan.

Kajian Profesor David Haig ini telah diterbitkan dalam sebuah jurnal berjudul, 'Evolution, Medicine and Public Health.

Profesor David Haig berharap penemuan ini akan membantu mengurangkan rasa panik dikalangan ibu bapa yang mempunyai anak yang kerap menangis pada waktu malam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, November 18, 2018

6 Jenis Hantu Paling Popular Masyarakat Jawa

6 Jenis Hantu Paling Popular Masyarakat Jawa

Kali ini mari kita mengenali kepercayaan tentang jenis-jenis hantu yang diyakini sudah termasuk dalam kategori popular di Tanah Jawa. Meskipun hal ini dianggap tabu di kalangan masyarakat setempat tetapi masih ramai yang meyakininya.

Kita sebagai manusia memang harus percaya terhadap yang perkara-perkara ghaib, namun terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak.

Jenis-jenis hantu yang diakui di tanah Jawa telah disenaraikan di bawah. (Gambar hiasan semata-mata).

1. Genderuwa

Hantu Popular Jawa

Genderuwa (dalam pengucapan Bahasa Jawa: “Genderuwo”) adalah mitos Jawa tentang sejenis bangsa jin atau makhluk halus yang berupa manusia mirip kera yang bertubuh besar dan kekar dengan warna kulit hitam kemerahan, tubuhnya ditutupi rambut lebat yang tumbuh di sekujur tubuh.

Genderuwa dikenal paling banyak dalam masyarakat di Pulau Jawa, Indonesia. Orang Sunda menyebutnya “gandaruwo” dan orang Jawa umumnya menyebutnya “gendruwo”.

Habitat kegemarannya adalah batu berair, bangunan tua, pohon besar yang teduh atau sudut-sudut yang lembap sepi dan gelap.

Menurut mitos, makhluk ini dipercayai berada di daerah hutan seperti Hutan Jati Cagar Alam Danalaya, kecamatan Slogohimo, sekitar 60 km di sebelah timur Wonogiri dan di wilayah Lemah Putih, Purwosari, Girimulyo di Kulon Progo, sekitar 60 km ke barat Yogyakarta.

Asal-usul genderuwa dipercayai berasal dari arwah orang yang meninggal secara tidak sempurna, boleh jadi akibat bunuh diri, pengebumian yang tidak sempurna ataupun kecelakaan sehingga arwah tersebut merasa penasaran dan belum dapat menerima kematiannya.

Genderuwa tidak dapat dilihat oleh orang biasa tapi pada saat tertentu dia dapat menampakkan dirinya bila merasa terganggu.

Dipercayai bahawa tidak semua genderuwo jahat, kerana ada pula yang baik dan sikap mereka tergantung kepada bagaimana sikap manusia, apakah mahu berteman atau bermusuhan dengan genderuwa tersebut.

2. Pocong

Hantu Popular Jawa

Pocong adalah hantu yang popular di kalangan masyarakat Indonesia. Pocong berupa sosok yang berpakaian orang mati (berkain kafan). Cara berjalannya adalah dengan melompat-lompat kerana terdapat ikatan pada bahagian kakinya.

Pocong biasanya tinggal di kuburan seseorang, yang konon semasa hidupnya bergelumang dengan dosa, contohnyanya menjadi lintah darat, memelihara toyol atau mengamalkan ilmu hitam dan ia tidak rela atas kematiannya.

Pocong suka bergantungan di pokok, bersandar di dinding atau terbaring di tepi jalan (kalau di tengah jalan, boleh jadi pocong tersebut leper jika dilanggar oleh kereta yang lalu-lalang), dan juga mengejar orang yang ketakutan.

Meskipun cara berjalannya adalah dengan melompat, tapi boleh mengalahkan orang yang berlari laju. Jika anda tidak percaya akan soal ini, boleh diadakan acara lumba lari antara atlet pelari kita dengan mereka.

3. Wewe Gombel

Hantu Popular Jawa

Wewe Gombel adalah makhluk ghaib atau hantu perempuan dalam mitologi Jawa. Dikatakan bahawa Wewe Gombel yang menculik kanak-kanak.

Mitos ini dikatakan digunakan untuk menakutkan kanak-kanak supaya tidak bermain di luar rumah pada waktu maghrib dan supaya tidak keluar dari rumah pada waktu malam.

Secara tradisinya, Wewe Gombel digambarkan sebagai seorang wanita dengan buah dada yang panjang dan tergantung.

Hantu itu dinamakan Wewe Gombel kerana ia berkaitan dengan satu peristiwa yang menurut cerita rakyat kuno berlaku di Bukit Gombel, Semarang, di mana lama dahulu terdapat sepasang suami isteri yang hidup di situ.

Mereka telah berkahwin selama bertahun-tahun, tetapi lama-kelamaan si suami sedar bahawa isterinya mandul dan berhenti mencintai dia.

Si suami mula mengabaikan isterinya dan meninggalkannya bersendirian untuk jangka masa yang lama, jadi isterinya tinggal dalam kesedihan.

Satu hari isteri mengikutinya dan si suami ditangkap sedang berhubungan seks dengan wanita lain. Terluka oleh pengkhianatan suaminya dia menjadi marah dan membunuhnya.

Berhadapan dengan jenayah itu, jiran-jirannya marah dan menghalau dia keluar dari kampung. Kecewa kerana dihalau dari kampung dan gangguan berterusan, dia membunuh diri. Selepas kematiannya, kerana dendam yang mendalam beliau menjadi Wewe Gombel.

Cerita rakyat Sunda mengatakan bahawa dia tinggal di atas pokok kabung, di mana dia mempunyai sarang dia dan menyimpan anak-anak yang dia tangkap di situ.

Wewe Gombel tidak menyakiti anak-anak tersebut dan apabila mereka berada di bawah cengkaman beliau mereka tidak takut kepadanya.

Mengikut kepercayaan masyarakat setempat, anak-anak yang dilarikan oleh Wewe Gombel kebanyakannya telah dizalimi atau diabaikan oleh ibu bapa mereka.

Dia menjaga kanak-kanak tersebut dengan penuh kasih sayang, menjaga mereka dan melindungi mereka sehingga ibu bapa mereka bertaubat, di mana dia mengembalikan mereka semula.

Wewe Gombel mempunyai pertalian dengan hantu yang dikenali sebagai Hantu Kopek dalam cerita rakyat Melayu.

4. Sundel Bolong

Hantu Popular Jawa

Dalam mitologi Indonesia, Sundel Bolong adalah hantu mitos dari Nusantara yang biasanya digambarkan sebagai seorang wanita dengan rambut panjang yang indah dan pakaian putih yang panjang (bentuk beliau adalah sama dengan Kuntilanak).

Nama dan mitos Sundel Bolong berkait rapat dengan pelacur, yang bermaksud “pelacur dengan lubang di dalamnya”, merujuk kepada lubang besar yang dikatakan muncul di belakang beliau.

Dalam cerita rakyat, Sundel Bolong dikatakan roh wanita yang meninggal dunia ketika dia sedang mengandung dan oleh itu melahirkan dalam kuburnya, atau yang meninggal dunia semasa melahirkan anak dan bayi itu keluar daripada belakangnya (inilah sebabnya mengapa terdapat lubang yang terbentuk di belakang beliau). Lubang ini disembunyikan daripada pandangan lelaki dengan rambut hitam panjang beliau.

Sundel Bolong juga dikatakan sebagai roh yang sensitif dan jika ditolak oleh seorang lelaki, dia dikatakan akan memandulkan lelaki tersebut.

5. Kuntilanak

Hantu Popular Jawa

Kuntilanak adalah sejenis hantu perempuan dalam mitologi Indonesia. Ia juga dikenali sebagai matianak atau kuntilanak, kadang-kadang dipendekkan kepada Kunti.

Kuntilanak dikatakan sebagai roh wanita yang mati ketika hamil. Kuntilanak sering dikelirukan dengan makhluk yang berkaitan iaitu Lang Suir, hantu seorang wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan.

Perkataan pontianak dilaporkan berasal dari Malaysia yang bermaksud perempuan mati beranak, atau wanita yang meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Bandar Pontianak di Indonesia dinamakan sempena makhluk jahat ini, yang dikatakan telah dihantui sultan pertama yang pernah menetap di sana.

Kuntilanak biasanya digambarkan sebagai wanita berkulit pucat dengan rambut panjang hitam, bermata merah, dan pakaian putih yang berlumuran darah, tetapi mereka dikatakan boleh berubah rupa sebagai seorang perempuan yang cantik kerana mereka menjadikan lelaki dan orang yang tidak berdaya sebagai mangsanya.

Dalam cerita rakyat, Kuntilanak biasanya mengumumkan kehadiran beliau melalui bunyi bayi menangis dengan nyaring. Jika tangisan itu perlahan, bermakna Kuntilanak itu berada jauh tetapi dan jika ia kuat, bermakna dia berada berdekatan.

Ada yang percaya bahawa jika anda mendengar anjing melolong pada waktu malam, ini bermakna Kuntilanak berada jauh tetapi jika anjing merengek, ini bermakna pontianak berada berhampiran.

Kehadiran beliau kadang-kadang boleh dikesan dengan haruman bunga yang wangi diikuti dengan bau busuk seperti bau bangkai selepas itu.

6. Jerangkong

Hantu Popular Jawa

Jerangkong adalah hantu pencuri telur di dalam mitologi masyarakat jawa kuno, khususnya Jawa Timur. Pada saat memakan telur yang dicurinya, Jerangkong digambarkan berwujud sebagai kerangka tulang manusia dengan kepala tengkorak.

Setelah makan telur, jerangkong pergi dan lenyap dalam bentuk asap putih. Kononnya telur yang dimakan oleh jerangkong tetap utuh atau tidak pecah, namun isinya kosong.

Makhluk halus ini makan telur dengan cara menghisapnya melalui lubang pori-pori pada kulit telur.

Jerangkong dipercayai berasal dari arwah orang mati yang semasa hidupnya suka mencuri. Setelah dia mati, arwahnya bergentayangan dan menjadi jerangkong.

Jerangkong dipercayai sering keluar masuk melalui salah satu lubang kecil di kuburan miliknya, keluar petang hari dan pulang menjelang fajar. Ketika Jerangkong pulang, maka ia akan masuk ke sebuah lubang di kuburan miliknya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: kisahseram

Apa Itu Atom?

Apa Itu Atom?

Dalam bidang kimia dan fizik, atom (Bahasa Yunani άτομος atau átomos bermaksud "tak terbahagi") adalah zarah terkecil yang boleh didapati dalam unsur kimia tanpa mengubah sifat-sifat kimianya dan perkataan atom pada asalnya bermaksud zarah tak terbahagi terkecil yang boleh didapati, akan tetapi setelah istilah tersebut mendapat maksud yang khusus dalam sains, atom-atom dijumpai boleh dibahagikan lagi dan adalah terdiri daripada zarah subatom.

Apa itu Atom

Kebanyakan atom mengandungi tiga jenis zarah subatom yang menentukan sifat-sifat luarannya:
  • Elektron, yang mempunyai cas negatif dan adalah yang terkecil antara ketiga-tiga zarah ini;
  • Proton, yang mempunyai cas positif dan adalah kira-kira 1836 kali lebih besar daripada elektron;
  • Neutron, yang tidak bercas dan adalah kira-kira 1839 kali lebih besar daripada elektron.

Proton dan neutron bergabung membentuk nukleus atom yang padat dan besar, dan bersama-sama adalah dipanggil nukleon. Elektron-elektron membentuk awan elektron yang lebih besar di sekeliling nukleus.

Setiap atom mempunyai bilangan zarah-zarah subatom yang berlainan. Bilangan proton dalam atom (dipanggil nombor atom) menentukan unsur atom tersebut. Di antara unsur-unsur yang sama, bilangan neutron juga boleh berubah-ubah, dan ini menentukan isotop unsur tersebut.

Bilangan proton dan neutron di dalam nukleus atom juga boleh berubah, melalui pembelahan nukleus, pelakuran nukleus dan reputan radioaktif.

Bilangan elektron yang berkaitan dengan suatu atom paling mudah berubah, kerana tenaga yang rendah yang digunakan untuk mengikat elektron-elektron.

Atom adalah neutral secara elektik jika ia mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama. Atom yang mengalami pengurangan atau penambahan elektron adalah dipanggil ion.

Elektron yang terletak paling jauh daripada nukleus boleh dipindahkan ke atom yang berhampiran atau dikongsi bersama-sama atom lain. Melalui mekanisme ini atom dapat terikat menjadi molekul dan lain-lain jenis sebatian kimia seperti hablur berangkaian ionik atau kovalen.

Bagi gas dan sesetengah cecair dan pepejal molekul (seperi air dan gula), molekul adalah pembahagian jirim terkecil yang masih mengekalkan sifat-sifat kimia; akan tetapi, terdapat juga banyak lagi pepejal dan cecair yang terdiri daripada atom-atom, dan tidak mengandungi molekul berasingan (contohnya garam, batuan, dan logam cecair dan pepejal).

Kebanyakan molekul terdiri daripada berbilang atom; contohnya, molekul air merupakan gabungan dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.

Beberapa jenis molekul (contohnya unsur molekul gas yang tidak membentuk sebatian, seperti helium), terdiri daripada hanya satu jenis atom.

Atom adalah blok binaan asas dalam kimia, dan adalah terabadi dalam tindak balas kimia.

Sejarah Perkembangan Model Atom

Perkataan atom berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud sesuatu yang tidak boleh dipecahkan lagi. Democritus(460 – 357 S.M) merupakan orang pertama yang memperkenalkan konsep atom.

Ini sejajar dengan teori Dalton yang menyatakan atom merupakan zarah yang paling kecil dan tidak boleh dibahagikan lagi.

Antara ahli-ahli kimia yang telah menyumbang kepada perkembangan model atom ialah:
  • John Dalton
  • J.J. Thompson
  • Ernest Rutherford
  • James Chadwick
  • Neils Bohr

Atom dalam falsafah

Idea bahawa bahan adalah terdiri daripada unit tertentu merupakan idea yang sangat lama, yang terdapat dalam kebanyakan kebudayaan purba seperti Greece dan India. Perkataan "atom" dicipta oleh ahli-ahli falsafah Yunani purba.

Walau bagaimanapun, idea-idea ini adalah berasaskan pada pemikiran falsafah dan teologi dan bukannya berdasarkan bukti dan kajian hasilnya, pandangan mereka mengenai bagai mana rupa atom dan kelakuannya ADALAH tidak tepat.

Mereka juga tidak dapat meyakinkan semua orang, dengan itu pengikut atom hanyalah salah satu daripada beberapa teori mengenai sifat jirim yang bersaing.

Hanya pada abad ke-19 barulah idea itu diterima dan diperhalusi oleh para saintis, apabila perkembangan sains kimia menghasilkan penemuan yang hanya boleh dijelaskan melalui konsep atom.

Teori pertama berasaskan bukti

Pada awal tahun 1800-an, John Dalton menggunakan konsep atom untuk menjelaskan mengapa unsur sentiasa bertindak balas dalam nisbah nombor bulat kecil (hukum pelbagai perkadaran).

Sebagai contoh, terdapat dua jenis oksida timah: satu adalah 88.1% timah dan 11.9% oksigen dan yang lain adalah 78.7% timah dan 21.3% oksigen (tinmah (II) oksida dan tin dioksida setiap satunya). Ini bermakna 100g tin akan bergabung sama ada dengan 13.5g atau 27g oksigen. 13.5 dan 27 membentuk nisbah 1: 2, satu nisbah nombor bulat kecil.

Ini merupakan corak biasa dalam kimia yang mencadangkan pada Dalton bahawa unsur-unsur bertindak balas dalam gandaan nombor bulat unit diskret-atau dalam kata lain, atom. Dalam kes oksida timah, satu atom timah akan bergabung dengan salah satu atau dua atom oksigen.

Dalton juga percaya bahawa teori atom boleh menjelaskan mengapa air menyerap gas-gas berbeza dalam perkadaran yang berbeza. Sebagai contoh, beliau mendapati bahawa air menyerap karbon dioksida jauh lebih baik daripada ia menyerap nitrogen.

Dalton membuat andaian hipotesis bahawa ini adalah disebabkan oleh perbezaan antara jisim dan tatarajah zarah setiap gas', dan molekul karbon dioksida (CO2) adalah lebih berat dan lebih besar berbanding molekul nitrogen (N2).

Pergerakan Brownian

Pada tahun 1827, seorang ahli botani, Robert Brown menggunakan mikroskop untuk melihat butiran debu terapung di dalam air dan mendapati bahawa ia bergerak secara liar, satu fenomena yang dikenali sebagai "gerakan Brownian". Ini dipercayai disebabkan oleh molekul air melanggar butiran merata.

Pada tahun 1905, Albert Einstein membuktikan realiti molekul dan pergerakan mereka dengan menghasilkan analisa pertama fizik Statistik bagi gerakan Brownian.

Seorang ahli fizik Perancis, Jean Perrin, menggunakan kerja Einstein untuk membuat uji kaji bagi menentukan jisim dan dimensi atom, dengan itu secara muktamad mengesahkan teori atom Dalton.

Jumpaan elektron

Seorang ahli fizik J. J. Thomson mengukur jisim pancaran katod, membuktikan ia terbentuk dari partikel, tetapi 1,800 kali ganda lebih ringan berbanding atom teringan, hidrogen.

Dengan itu, ia bukan atom, tetapi partikel baru, partikel sub-atom pertama ditemui, yang dia pada asalnya gelar "corpuscle" tetapi kemudiannya dinamakan elektron, sempena partikel yang diramal oleh George Johnstone Stoney pada tahun 1874.

Dia turut membuktikan bahawa ia adala sama dengan partikel yang dihasilkan oleh bahan fotoelektrik dan radioaktif.

Ia dengan cepat disedari bahawa ia merupakan partikel yang membawa arus eletrik dalam wayar logam, dan membawa caj negetif eletrik dalam atom. Thomson diberikan Hadiah Nobel bagi Fizik 1906 bagi penyelidikannya.

Dengan itu dia membalikkan kepercayaan bahawa atom adalah jisim partikel ulung, yang tidak dapat dibahagi.

Thomson turut silap menjangkakan bahawa elektron bercaj negetif berjisim rendah tersebar dalam atom yang mempunyai caj positif secara sekata. Ini dikenali sebagai model model puding plum .

Jumpaan nukleus

Pada tahun 1909, Hans Geiger dan Ernest Marsden, di bawah penyeliaan Ernest Rutherford, menghujani kerajang logam dengan zarah alfa untuk melihat bagaimana ia bertaburan.

Mereka menjangkakan semua zarah alpha akan melepasi lurus melalui dengan sedikit pesongan, kerana model Thomson berkata bahawa caj dalam atom amat bertaburan sehingga medan elektrik mereka tidak boleh menjejaskan zarah alfa dengan banyak.

Walau bagaimanapun, Geiger dan Marsden mendapati zarah alfa yang dipesongkan oleh sudut yang lebih besar melebihi 90°, yang sepatutnya menjadi mustahil mengikut model Thomson.

Untuk menjelaskan ini, Rutherford mencadangkan caj positif atom tertumpu di nukleus kecil di tengah-tengah atom.

Rutherford membanding penemuannya dengan satu tembakan peliru 15 inci dan ia datang balik untuk mengenai orang yang melepaskan tembakan itu.

Jumpaan isotop

Ketika menguji dengan hasil pereputan radioaktif , pada tahun 1913 ahli radiokimia Frederick Soddy menjumpai bahawa ia kelihatannya lebih dari satu jenis atom pada setiap kedudukan pada jadual berkala.

Istilah isotop telah dicipta oleh Margaret Todd sebagai nama yang sesuai untuk atom yang berbeza yang tergolong pada unsur yang sama. J.J. Thomson mencipta teknik untuk memisahkan jenis atom melalui penyelidikannya berkenaan gas terion, yang kemudiannya membawa kepada penemuan Isotop stabil.

Model Bohr

Pada tahun 1913, seorang ahli fizik, Niels Bohr mencadangkan satu model di mana elektron atom itu dianggap mengelilingi nukleus tetapi hanya boleh berbuat demikian dalam satu set orbit terhad, dan boleh melompat antara orbit ini hanya melalui perubahan diskret tenaga sepadan dengan penyerapan atau sinaran foton.

Pengkuantuman ini telah digunakan untuk menjelaskan mengapa orbit elektron stabil (memandangkan biasanya, caj memecut, termasuk gerakan membulat, kehilangan tenaga kinetik yang dipancarkan sebagai radiasi elektromagnet, lihat radiasi sinkrotron) dan mengapa unsur menyerap dan memancarkan sinaran elektromagnet dalam spektrum diskret.

Kemudian pada tahun yang sama Henry Moseley memberikan eksperimen tambahan yang memihak kepada teori Niels Bohr.

Keputusan ini diperhalusi oleh model Ernest Rutherford dan Antonius Van Den Broek, yang mencadangkan bahawa atom yang terkandung dalam nukleus sebilangan caj nuklear positif yang sama dengan nombor (atom) dalam jadual berkala.

Sehingga ujikaji ini, nombor atom tidak diketahui sebagai kuantiti fizikal dan eksperimental, bahawa ia menyamai dengan caj nuklear atomik merupakan model atom yang kekal diterima hari ini.

Ikatan kimia dijelaskan

Ikatan kimia antara atom kini telah dijelaskan, oleh Gilbert Newton Lewis pada tahun 1916, sebagai interaksi antara elektron konstituen mereka.

Oleh kerana sifat-sifat kimia bagi unsur adalah diketahui sebahagian besarnya mengulangi diri mereka mengikut undang-undang berkala, pada tahun 1919 seorang ahli kimia Amerika, Irving Langmuir mencadangkan bahawa ia boleh dijelaskan sekiranya elektron dalam atom telah disambungkan atau berkelompok bentuk tertentu. Kumpulan elektron dipercayai menduduki satu set kelonsong elektron mengelilingi nukleus itu.

Perkembangan dalam fizik kuantum

Ujian Stern-Gerlach pada tahun 1922 memberikan satu lagi bukti mengenai sifat kuantum atom. Apabila pancaran atom perak telah melalui medan magnet berbentuk khas, pancaran tersebut telah berpecah berdasarkan arah pergerakan sudut zarah, atau putaran.

Oleh kerana arah ini adalah rawak, pancaran boleh dijangka tersebar pada satu barisan. Sebaliknya, pancaran telah berpecah kepada dua bahagian, bergantung kepada sama ada putaran atom telah berorientasikan pada atas atau bawah.

Pada tahun 1924, Louis de Broglie mencadangankan bahawa semua zarah sedikit sebanyak berkelakuan seperti gelombang. Pada tahun 1926, Erwin Schrödinger, menggunakan idea ini untuk mengembangkan model Matematik bagi atom yang menyifatkan elektron sebagai bentuk gelombang tiga dimensi, dan bukannya zarah titik.

Hasil menggunakan satu bentuk gelombang untuk menggambarkan zarah adalah ia adalah mustahil secara matematik bagi mendapatkan nilai yang tepat bagi kedua-dua kedudukan dan momentum zarah pada titik tertentu pada masa tertentu; dikenali sebagai prinsip ketidakpastian, yang dirumuskan oleh Werner Heisenberg pada tahun 1926.

Dalam konsep ini, untuk ketepatan yang diberikan bagi mengukur kedudukan seseorang hanya boleh mendapatkan julat nilai kemungkinan untuk momentum, dan sebaliknya.

Model ini dapat menjelaskan pemerhatian tingkah laku atom yang model sebelumnya tidak boleh dilakukan, seperti struktur dan pola spektrum bagi atom yang lebih besar berbanding hidrogen.

Dengan itu, model planet bagi atom disingkirkan dan diganti dengan yang menggambarkan zon orbital atom mengelilingi nukleus di mana elektron tertentu kemungkinan besar dapat dipantau.

Penemuan neutron

Pembangunan spektrometri jisim membenarkan jisim Atom dapat diukur dengan semakin tepat. Peranti ini menggunakan magnet untuk melencong trajektori pancaran ion, dan jumlah pesongan ditentukan oleh nisbah jisim atom berbanding casnya.

Seorang ahli kimia Francis William Aston menggunakan peralatan ini untuk membuktikan Isotop memiliki jisim yang berbeza.

Jisim atom yangberbeza-beza untuk isotop ini menurut jumlah integer, dipanggil peraturan nombor bulat.

Penjelasan untuk isotop yang berbeza ini menantikan penemuan neutron, zarah bercas dengan jisim sama seperti proton, oleh ahli fizik James Chadwick pada tahun 1932.

Isotop ketika itu dijelaskan sebagai unsur-unsur dengan nombor proton yang sama, tetapi nombor neutron berbeza dalam nukleus.

Pembelahan, fizik bertenaga tinggi dan jisim padat

Pada tahun 1938, seorang ahli kimia Jerman Otto Hahn, seorang pelajar Rutherford, mensasar neutron pada atom uranium dan menjangkakan untuk mendapatkan unsur transuranium. Sebaliknya, eksperimen kimia beliau menunjukkan barium sebagai dengan hasilan.

Setahun kemudian, Lise Meitner dan anak saudaranya Otto Frisch mengesahkan bahawa hasil Hahn ini adalah eksperimen pembelahan nuklear pertama.

Pada tahun 1944, Hahn menerima hadiah Nobel dalam bidang kimia. Disebalik usaha Hahn ini, sumbangan Meitner dan Frisch tidak diiktiraf.

Pada tahun 1950-an pembangunan pemecut zarah versi yang lebih baik yang dan pengesan zarah membenarkan ahli sains untuk mengkaji Kesan atom bergerak pada tenaga tinggi.

Neutron dan proton didapati sebagai hadron, atau komposit zarah lebih kecil yang dipanggil kuark.

Model standard fizik zarah yang telah dibangunkan setakat ini telah berjaya menjelaskan sifat-sifat nukleus dari segi zarah sub-atom dan kuasa-kuasa yang mengawal interaksi mereka.

Jisim atom

Jisim atom (ma) ialah jisim isotop tertentu yang kerap dinyatakan dalam unit jisim atom bersepadu. Jisim atom ialah jumlah jisim proton, neutron dan elektron dalam satu atom.

Jisim atom sering dikelirukan dengan jisim atom relatif, jisim atom purata dan berat atom, sedangkan ketiga-tiga tadi adalah berbeza daripada jisim atom.

Kekeliruan maksud istilah

Maksud jisim atom sering dikelirukan dengan berat atom relatif, berat atom purata dan berat atom, meskipun istilah-istilah ini membawa maksud yang berbeza. Jisim atom merujuk kepada jisim satu atom.

Ia hanya boleh merujuk kepada isotop yang tertentu dalam satu masa, dan tidak seperti berat atom yang berdasarkan purata berat isotop berdasarkan jumlahnya.

Jika sesuatu unsur itu mempunyai satu isotop dominan, persamaan atau perbezaan antara jisim atom isotop paling biasa dan jisim atom relatif atau berat atom standard adalah sangat kecil sehingga ia tidak mempengaruhi kebanyakan pengiraan pukal.

Namun, ralat seperti ini adalah kritikal apabila pengiraan tadi melibatkan atom-atom tertentu. Untuk unsur yang mempunyai lebih daripada satu isotop paling biasa, perbezaan untuk jisim atom paling biasa sekalipun adalah separuh unit jisim atau lebih (seperti klorin).

Jisim atom satu isotop yang jarang boleh berbeza daripada jisim atom relatif atau berat atom standard sebanyak beberapa unit jisim.

Menurut takrifan Suruhanjaya IUPAC dalam Berat Atom dan Kelimpahan Isotop, berat atom standard merujuk kepada purata jisim atom relatif untuk satu unsur di dalam persekitaran atau atmosfera tempatan.

Ini adalah apa yang disertakan dalam jadual berkala standard dan digunakan dalam pengiraan pukal.

Ketidaktentuan dalam kurungan disertakan, dan ini selalunya menggambarkan keragaman semulajadi dalam penyebaran isotop berbanding dengan ketidaktentuan dalam pengiraan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia | wikipedia2

Saturday, November 17, 2018

Misteri Sumpahan Almari Cooley

Misteri Sumpahan Almari Cooley

Kisah ini terjadi lebih kurang 150 tahun yang lalu di Kentucky, sebuah daerah di selatan Amerika Syarikat. Jacob Cooley, seorang lelaki kaya yang mempunyai ramai hamba abdi, pada suatu hari selepas mengetahui isterinya mengandung, telah mengarahkan Hosea, salah seorang hambanya yang mahir bertukang untuk membuat sebuah almari untuk bayinya.

Jacob Cooley Cursed Cupboard

Dengan kemahiran yang ada, Hosea telah membina sebuah almari kecil yang diperbuat daripada kayu mahal dan mempunyai empat laci.

Namun, entah mengapa Jacob tidak menyukai almari itu lalu memukul Hosea sehingga cedera parah dan akhirnya mati. Berang dengan perbuatan kejam Jacob, hamba abdi yang lain sepakat membalas dendam.

Salah seorang daripada hamba abdi tersebut pandai dalam ilmu sihir, lalu mengenakan sumpahan ke atas almari tersebut. Tujuannya agar semua keturunan Jacob yang menggunakan almari itu akan menerima nasib malang.

Dikatakan bahawa darah burung hantu telah ditaburkan pada almari itu semasa upacara tersebut. Adakah Jacob menerima akibat dari perbuatan kejamnya? Tidak.

Jacob Cooley terselamat, namun tidak keturunannya.

Keturunan Terkena Sumpahan

Tragedi bermula apabila bayi Jacob lahir. Bayi yang almari itu dibina untuknya tidak hidup lama. Ia meninggal tidak lama selepas dilahirkan.

Almari itu kemudiannya digunakan oleh salah seorang anak lelaki Jacob malangnya, dia mati ditikam oleh orang gajinya sendiri.

Jacob mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama John Cooley yang berkahwin dengan gadis bernama Ellie. Pasangan ini mewarisi kebanyakan harta termasuklah almari yang telah disumpah itu.

Kemudian, salah seorang anak perempuan Jacob bernama Melinda berkahwin dengan lelaki Ireland bernama Sean.

Untuk membantu kehidupan adiknya, John menyerahkan ladang di Tennessee untuk diuruskan oleh Melinda dan Sean.

Dipendekkan cerita, perkahwinan Melinda tidak bahagia walaupun dikurniakan beberapa orang anak.

Sean tidak gembira dengan kehidupan ladang, sebaliknya lebih suka berhibur dan berfoya-foya di bandar.

Ellie kemudiannya menghantar almari yang sudah sekian lama tersimpan di loteng rumahnya kepada Melinda sebagai hadiah untuk menggembirakan hati Melinda.

Apa yang terjadi?

Sejak menerima almari itu, hidup Melinda semakin tertekan apabila suaminya, Sean, lari meninggalkannya. Akhirnya, Melinda mati akibat terlalu stres dan kemurungan.

Tidak lama kemudian, Sean juga meninggal dunia selepas terlibat dalam satu pergaduhan.

Tamatkah sumpahan almari itu?

Selepas kematian adiknya, kebanyakan barangan peribadi Melinda dipulangkan semula ke rumah John Cooley di Kentucky termasuklah almari itu.

Anak bongsu Melinda bernama Evelyn yang dibawa John untuk tinggal bersamanya dipelihara seperti anak mereka sendiri.

Evelyn membesar menjadi seorang guru dan kemudian berkahwin dengan seorang lelaki bernama Malcolm. Selepas berkahwin, Ellie menghadiahkan almari lama itu kepada Evelyn.

Untuk seketika, tiada tragedi buruk berlaku sepanjang almari itu berada di dalam simpanan Evelyn. Mereka hidup bahagia dan melahirkan tiga orang anak. Mereka turut mengambil seorang anak angkat perempuan bernama Arabella.

Setelah dewasa, Arabella berkahwin dan kemudian berpindah mengikuti suaminya, namun meninggalkan gaun pengantin dirumah keluarga angkatnya itu.

Suatu hari, Evelyn yang sedang mengemas rumah kemudiannya menyimpan gaun perkahwinan tersebut di dalam almari yang disumpah itu. Tidak lama kemudian, suami Arabella mati secara tiba-tiba.

Sumpahan itu nampaknya belum terhenti!

Anak Arabella juga meninggal dunia tidak lama selepas ibunya menyimpan pakaiannya di dalam almari itu.

Salah seorang menantu perempuan Evelyn juga menemui ajalnya selepas menyimpan barang-barang perkahwinannya di dalam almari itu.

Nampaknya, sesiapa yang menyimpan pakaian atau barangannya di dalam almari itu akan menerima nasib malang.

Kemudian, salah seorang saudara Evelyn yang mengait sarung tangan dan skarf untuk anaknya sebagai hadiah krismas telah menyimpan tenunannya di dalam almari itu.

Tidak lama kemudian, dia mati setelah terjatuh di landasan kereta api, hanya sehari sebelum krismas, tanpa sempat memberikan hadiah tersebut kepada anaknya.

Satu demi satu kematian menjengah keluarga Evelyn, membuatkannya tertekan dan dihantui rasa bersalah hingga dia meninggal dunia.

Sumpahan Almari Kisah Dongeng

Masa berlalu. Menjelang abad ke 20, almari itu diwarisi oleh salah seorang cucu Evelyn bernama Virginia Cary Hudson.

Walaupun tahu kisah sumpahan almari itu, namun dia tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya sebuah cerita dongeng.

Almari lama dengan reka bentuk yang sangat sukar ditemui adalah barangan vintaj. Baginya, rugi jika tidak menggunakannya.

Apabila dia mula menggunakan almari tersebut, satu persatu perkara buruk menimpa keluarganya. Bayi pertama Virginia mati selepas pakaiannya disimpan di dalam lamri tersebut.

Masa terus berlalu selepas insiden itu. Virginia menggunakan semula almari itu untuk menyimpan pakaian anaknya yang lain dan tidak lama kemudian, anak itu menjadi lumpuh.

Salah seorang anak perempuannya juga menyimpan baju pengantinnya di dalam almari itu dan suaminya tiba-tiba menghilangkan diri.

Salah seorang anak lelakinya pula ditikam pada tangan, pun selepas menyimpan bajunya di dalam almari itu.

Bukan hanya keturunan Jacob, seorang rakan Virginia yang datang ke rumahnya dan menyimpan bajunya di dalam almari itu turut menerima nasib malang. Dia ditembak semasa memburu di dalam hutan.

Lama-kelamaan, Virginia mula percaya dengan sumpahan almari kayu tersebut. Dia lalu menceritakannya kepada rakan baiknya, Anne, yang kebetulan mempunyai kebolehan dalam perubatan mistik.

Menurut Annie, sumpahan almari itu hanya boleh dihapuskan dengan tiga syarat.

Pertama, Virginia perlu mencari bangkai burung hantu yang diberikan orang tanpa dia memintanya.

Kedua, daun pokok willow perlu direbus bermula dari matahari terbit sehinggalah matahari terbenam, di tepi bangkai burung hantu sebagai 'saksi'.

Ketiga, air rebusan itu perlu dimasukkan ke dalam jug bertangkai dan ditanam di bawah rimbunan pokok bunga dengan bahagian tangkainya menghadap ke arah timur dan lokasinya harus menghadap arah matahari terbit.

Mustahil?

Demi untuk melupuskan sumpahan almari itu dan tidak mahu ia meragut nyawa keturunannya di masa akan datang, Virginia nekad melakukan syarat-syarat itu dengan dibantu Annie. Akhirnya, mereka berdua berjaya menyempurnakan ketiga-tiga syarat tersebut.

Jug berisi air rebusan itu ditanam di bawah rimbunan pokok bunga di belakang rumahnya.

Menurut Annie, sumpahan itu akan berakhir apabila salah seorang dari mereka berdua mati sebelum musim baru menjelma.

Tidak lama kemudian, Annie meninggal dunia pada awal bulan September, sebelum musim luruh bermula.

Sumpahan Terakhir

Jika diikutkan kiraan, Annie adalah mangsa yang ke 17 dan yang terakhir. Selepas itu, almari itu diwarisi oleh salah seorang anak Virginia bernama Virginia C. Mayne.

Hidup pada alaf moden, Mayne agak skeptikal dengan kisah sumpahan almari itu, namun dia tidak mahu mengambil risiko.

Mayne sendiri tidak pernah menggunakan almari tersebut dan hanya disimpan diloteng rumah.

Pada tahun 1976, Mayne menyerahkan almari itu kepada Muzium Sejarah Kentucky untuk dijadikan salah satu barang pameran.

Adakah sumpahan misteri itu benar-benar telah lenyap?

Tiada siapa yang tahu.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Terapi Ruqyah, Cara Mengetahui Kehadiran Jin Dalam Badan

Terapi Ruqyah, Cara Mengetahui Kehadiran Jin Dalam Badan

Jin menurut bahasa Arab berasal dari kata ijtinan, yang membawa maksud sesuatu “tersembunyi” atau “tidak terlihat”. Dalam Islam dan mitologi Arab pra-Islam, jin adalah salah satu bangsa yang tidak terlihat dan diciptakan dari api.

Cara Mengetahui Kehadiran Jin Dalam Badan

Dinamakan sebagai jin, kerana ia tersembunyi wujudnya dari pandangan mata manusia. Itulah sebabnya jin dalam wujud aslinya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Kalau adapun manusia yang dapat melihat jin, maka jin yang dilihatnya itu adalah jin yang sedang menjelma dalam wujud makhluk yang dapat dilihat mata manusia biasa.

Tanpa kita sedari, jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia dan menetap di dalamnya. Mereka mengalir bersama aliran darah atau tinggal di kuku manusia yang panjang dan kotor.

Biasanya jin akan merasuki manusia yang imannya lemah justeru itu, bagaimanakah caranya untuk mengesan kehadiran jin dalm tubuh badan kita?

Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk mengesan adakah dalam badan kita benar-benar ada gangguan jin, ataupun sebaliknya.

Jadi, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda kaedahnya yang dalam menjayakan kaedah ini, ada tiga langkah yang perlu dilakukan.

Langkah 1:

Mendengar Bacaan Ruqyah. Mudah saja caranya. Anda hanya perlu mainkan bacaan ayat ruqyah di bawah. Kemudian anda dengarlah sehingga habis.

Pastikan anda dengar bacaan tersebut dengan menggunakan earphone dan bacaan yang kuat.

Langkah 2:

Dengar Bacaan Ruqyah dengan teliti. Pejamkan mata anda dan dengar dengan teliti bacaan ruqyah tersebut. Tapi pastikan anda jangan ikut bacaan ayat-ayat ruqyah ini baik di mulut ataupun di dalam hati.

Langkah 3:

Perhatikan tindakbalas yang berlaku selepas anda selesai mendengar bacaan ruqyah. Cuba perhatikan sebarang tindakbalas yang berlaku pada diri anda.

Jika anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah, pastikan anda terus berjumpa dengan mana-mana perawat Islam untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Antara gejala tersebut adalah:
  • Batuk.
  • Berpeluh-peluh.
  • Terasa nak muntah.
  • Jantung berdegup dengan laju.
  • Berdebar-debar.
  • Terasa benda bergerak di bawah kulit.
  • Sendawa.
  • Mengantuk.
  • Pening kepala.
  • Menguap.

Jika anda mengalami gejala-gejala di atas, ini menunjukkan bahawa memang ada makhluk dari kalangan jin yang tinggal di dalam badan anda.

Maka di sini, kami menasihatkan anda agar segera mendapatkan rawatan. Bimbang jika dibiarkan, ianya akan menjadi lebih sukar untuk dirawat.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:


sumber: perawatislam

Friday, November 16, 2018

Diesel Euro5: Apa Kelebihan Minyak Ini Kepada Enjin Kereta Anda?

Diesel Euro5: Apa Kelebihan Minyak Ini Kepada Enjin Kereta Anda?

Diesel Euro 5 dicipta untuk tahan lebih lama dengan setiap tangki, selain mengekalkan kebersihan enjin dan menawarkan bahan api lebih cekap kepada pengguna kerana mengandungi sulfur rendah untuk prestasi maksimum bagi penjagaan enjin.

Minyak Diesel Euro5

Diesel Euro 5 bakal menjadi gred minyak di semua stesen menjelang 2020 yang digazet perlaksanaannya oleh kerajaan Malaysia, untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan kualiti minyak diesel yang lebih baik, juga terbukti dan diuji sepenuhnya dalam perlumbaan Rali Dakar, sebagai medan ujian bagi teknologi Diesel Euro 5 ini.

Sesuai untuk kegunaan trak pikap, kenderaan komersial dan kereta penumpang, Euro5 tidak sahaja melindungi enjin dan mengekalkan kuasa malah menghasilkan pembakaran lebih bersih serta dapat mengurangkan asap dan lebih jimat.

Kelebihan Diesel Euro5

Jika dibandingkan dengan diesel Euro 2M yang ditawarkan sekarang, diesel Euro 5 mempunyai kandungan sulfur yang jauh lebih rendah dan dapat disesuaikan dengan enjin moden supaya mencapai tahap optimumnya.

5 ciri isitimewa diesel Euro 5;
  • Aditif 100% baharu, yang dapat membersihkan enjin serta muncung dan dalaman 'injector'.
  • Dapat membantu memulihkan enjin, membersihkan mendapan/deposit yang ada pada enjin.
  • Ramuan yang dapat meningkatkan pembakaran. Ini adalah berkenaan rumusan kimianya.
  • Jumlah 'Cetane' yang tinggi. Enjin akan mudah stabil apabila baru dihidupkan dan kurang asap.
  • Kadar ketumpatan tinggi. Tenaga dapat diperoleh daripada sumber yang lebih kecil. Membawa kepada penjimatan bahan api.

Formula Euro 4M Ron97 kurangi geseran silinder

Sementara itu, Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah lama memperkenalkan bahan api petrol terbaru, Petronas Primax 97 (Ron97) yang pertama dengan formula tenaga dirumus khas menepati spesifikasi Euro 4M, yang mempunyai tahap sulfur, benzena dan Reid Vapour Pressure (RVP) lebih rendah.

Petrol itu adalah rumusan baru pertama di dunia yang mengurangkan geseran pada dinding silinder dan memulihkan ciri pelinciran minyak enjin untuk menghasilkan pecutan lebih lancar.

Bahan api dari Petronas ini dihasilkan dari loji penapisan Kertih dan Melaka, dihasilkan melalui penyelidikan dari makmal tempatan dan bukan bahan api yang diimport.

PDB menjadi syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan petrol tanpa plumbum pada Ogos 1990 dan Ron 97 teknologi baru bertaraf dunia, Euro 4M.

Setiap tahun, PDB memperuntukkan perbelanjaan modal (Capex), RM500 juta dan lebih kurang 50 peratus diperuntukkan bagi segmen runcit termasuk pengenalan bahan api baharu.

Minyak petrol Euro 4M Ron97 Petronas dicipta bagi melindungi enjin dengan bahan api rendah sulfur pertama Malaysia, memberikan pembakaran lebih baik menggunakan teknologi yang membawa kemenangan di litar lumba.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Anti-Yahudi Di Amerika Syarikat

Anti-Yahudi Di Amerika Syarikat

Kini sikap anti-Yahudi semakin menjadi-jadi di Amerika Syarikat (AS). Kebencian terhadap Yahudi sudah pun merebak. Di UK atau Britain, sikap anti-Yahudi dalam kalangan kulit putih sering mendapat tajuk berita besar di akhbar, TV dan radio.

AS Anti-Yahudi
Yahudi yang membenci Zionis Yahudi.

Ini membuktikan bahawa Yahudi yang berzaman-zaman dibenci di Eropah dan banyak tempat lain di dunia terus disangsikan.

Baru-baru ini terdapat satu tinjauan pendapat yang merumuskan bahawa orang Yahudi ialah yang dibenci zaman berzaman walaupun perkataan ‘benci’ dimaniskan dengan istilah ‘diskriminasi’ seperti terkandung dalam ayat ‘Yahudi ialah bangsa yang paling luas mengalami diskriminasi’.

Di Poland, maklumat yang diberikan ialah sebelum Perang Dunia Kedua, terdapat 1 dalam 3 orang Poland adalah terdiri daripada Yahudi. Sekarang ini, hanya satu dalam 100. Sebabnya mereka dibunuh beramai-ramai oleh Hitler.

Ramai yang selamat selepas perang berpindah ke tempat-tempat lain, terutama ke AS. Kota New York adalah salah sebuah yang terkaya di dunia, kalaupun tidak yang terkaya, di mana terdapat konsentrasi Yahudi paling ramai, kira-kira dua juta orang.

Dengan memiliki sumber-sumber kekayaan yang pelbagai di situ, Yahudi menggenggam ekonomi AS.

Dari situ, mereka kontrol politik dan universiti-universiti utama. Saluran TV Bloomberg di Kuala Lumpur adalah salah satu kepunyaan Yahudi.

Bloomberg ialah bekas Datuk Bandar New York. Ini bererti beliau menonjol dalam politik dan ekonomi. Bank-bank besar AS mempunyai pemilik saham dominan, seperti Citibank, terdiri daripada orang Yahudi.

Bakal calon Presiden AS yang diatasi Hillary Clinton dalam parti Demokrat pada tahun 2016, Bernie Sanders, adalah orang Yahudi. Orang paling kuat di sebelah Presiden Trump ialah Kushner, menantunya.

Keputusan Trump memindahkan Kedutaan AS di Israel ke Baitulmuqaddis dan mengenakan himpitan keras kepada Iran adalah permainan Kushner.

Semuanya itu sebagai satu tindakan anti Palestin dan tindakan untuk menyedapkan Israel, takut kalau-kalau Iran ada bom atom untuk memeranginya.

PM Tun Mahathir mengatakan bumi Arab menjadi tidak aman setelah Israel ditubuhkan. Kemudiannya Yahudi mengenyahkan orang Palestin dari bumi mereka dalam tahun 1948, 70 tahun dulu.

Namun orang Palestin sedar dan faham pengajaran dari sejarah. Pejuang Sepanyol mengambil masa 800 tahun untuk menghalau orang Arab yang memerintah Sepanyol Selatan, atau Andalusia, sehingga tahun 1492.

Pengajarannya ialah, kegigihan yang berterusan, walau berapa banyak kematian dan pengorbanan, suatu hari akan membawa kejayaan.

Itulah juga yang dialami Iskandar Zulkarnain yang meninggal di utara India 2,300 tahun dulu – menang bertukar kalah apabila dilawan oleh orang tempatan tanpa kunjung padam.

Begitu jugalah nasib Genghis Khan 800 tahun dulu: menang berganti kalah akibat asakan anak watan yang berterusan.

Yahudi kini hanya bergantung kepada AS. Jika berlaku perubahan hati orang Amerika, bilamana sentimen anti-Yahudi menebal dan meluas, Yahudi akan hilang Israel lambat laun. British, Jerman dan Perancis akan lepas tangan.

Penindasan Yahudi terhadap orang Palestin akan berlalu. Maka logiknya Yahudi akan balik asal. Ini disedari dan difahami mereka.

Justeru ia kini tidak ada pilihan lain melainkan melakukan apa saja selagi ada sokongan AS.

Antisemitisme

Antisemitisme (juga dieja anti-Semitisme, anti semetik, anti semitik) merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga.

Ia termasuklah anti Yahudi, anti Israel dan anti Zionis. Dari segi sejarah, orang Arab juga Semetik kerana menggunakan bahasa Semetik purba.

Sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.

Fenomena yang paling terkenal akan anti-semitisme adalah ideologi Nazisme dari Adolf Hitler, yang menyebabkan pemusnahan terhadap kaum Yahudi Eropah.

Etimologi

Walaupun etimologi istilah ini mungkin menunjukkan yang antisemitisme dihalakan terhadap semua orang Semitik, istilah ini dicipta pada akhir abad ke-19 di Jerman sebagai nama yang lebih berbunyi saintifik untuk Judenhass ("benci-Yahudi") dan telah digunakan sedemikian sejak itu.

Tokoh anti Semitik

Mana-mana tokoh yang anti-kezaliman Israel ke atas Palestin akan dicop/dilabel sebagai anti-Semetik.

Antaranya:

1. Tun Mahathir Mohamad, kerana menyelar peranan George Soros dalam krisis kewangan Asia 1997-1998. Dalam Sidang Kemuncak OIC 2003 ke-10 di PICC, Putrajaya, Mahathir menafikan beliau anti Semitik.

"Yahudi memerintah dunia dengan menggunakan proksi. Mereka menggunakan orang lain untuk berperang dan mengorbankan nyawa bagi pihak mereka. Kaum Yahudi hendaklah berhenti daripada membunuh orang Arab, manakala orang Arab berhenti dari membunuh orang Yahudi."

Ekoran kenyataannya itu, Malaysia menerima reaksi negatif daripada Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. Malah Britain memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London.

Diplomat Israel Dr. Moshe Yegar menulis, "A Visit in Malaysia (1960)" dan Malaysia Anti-Semitism Without Jews (2006) yang secara jelas mengkritik dan melabel mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai anti-semitik.

2. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, kerana mengecam Yahudi dan Israel dalam persidangan ke-60 PBB pada 22 april 2009.

Ekoran itu 40 perwakilan termasuk delegasi AS, Israel, Perancis dan Kanada keluar dari dewan. Insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa lapan tahun lalu di Afrika Selatan (2001).

Ahmadinejad mendesak Israel 'dihapuskan dari peta dunia' dan menyifatkan negara kejam itu sebagai satu 'dongeng'. Ideologi dan rejim Zionis merupakan pembawa kepada fahaman perkauman'.

3. Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, kerana menyelar peranan agensi APCO membantu mempromosikan nama dan jenama 1Malaysia.

4. Faruq Hosni, kerana mahu membakar buku-buku Israel. Akibatnya beliau kalah kepada Irina Bokova bagi merebut jawatan pengerusi Unesco.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian | wikipedia

Kisah Seorang Wanita Belajar Ilmu Dukun Sehingga Dicabut Imannya

Kisah Seorang Wanita Belajar Ilmu Dukun Sehingga Dicabut Imannya

Larangan mempercayai pawang, dukun atau bomoh dan mempelajari ilmu daripada mereka disebabkan terselitnya unsur-unsur penipuan dan kebatilan.

Belajar Ilmu Dukun
Gambar hiasan.

Kebanyakan perkhabaran berita, syarat dan bentuk amalan yang ditetapkan oleh mereka merupakan ilham dan bisikan oleh syaitan.

Firman Allah dalam surah as-Syu’ara ayat 221-223:

”Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.”

Antara sebab utama ilmu perbomohan dianggap sebagai perbuatan kufur ialah kerana ilmu tersebut berasal dari syaitan.

Ilmu perbomohan menetapkan syarat-syarat yang pelik-pelik, tidak logik dan tiada kaitan dengan sebab dan musabbab.

Syarat-syarat tersebut merupakan helah iblis dan syaitan untuk melihat sejauh mana kepatuhan anak Adam kepada mereka.

Satu kisah yang paling jelas untuk kita hayati ialah sebuah athar yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam kitab Sunan beliau bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata:

“Telah datang kepadaku seorang wanita dari penduduk Daumah Al-Jandal mencari Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda untuk bertanya tentang satu perkara berkaitan mempelajari sihir tetapi tidak beramal dengannya.

Kata wanita ini, “Suamiku telah hilang dariku. Kemudian datang seorang wanita tua lalu aku mengadu hal ini kepadanya. Lalu wanita tua itu berkata: “Sekiranya engkau melakukan apa yang aku suruh, nescaya suamimu akan kembali kepadamu”.

Apabila tiba waktu malam, wanita tua itu datang bersama dua ekor anjing hitam. Maka aku menaiki salah satu anjing itu dan dia menaiki yang seekor lagi. Dalam masa yang sekejap, kami sudah sampai di Babilon. Aku dapati ada dua orang lelaki yang tergantung dengan kakinya.

Lalu lelaki itu berkata, “Apa yang kamu mahu?” Maka aku berkata, “Aku ingin belajar sihir”. Mereka berkata, “Sesungguhnya kami ini fitnah, jangan kamu kufur. Oleh itu, pulanglah”.

Aku tidak mempedulikan nasihat mereka lalu berkata, “Aku tidak akan pulang!” Mereka berdua berkata, “Pergilah engkau kepada bekas nyalaan api itu dan kencinglah padanya. Selepas itu, datanglah kembali”.

Maka aku pun pergi dan aku rasa menggeletar serta takut. Kemudian aku kembali mendapatkan mereka berdua dan aku berkata, “Aku telah lakukan apa yang kamu suruh tadi”.

Mereka bertanya, “Apa yang kamu nampak?”. Aku menjawab, “Aku tidak nampak apa-apa”. Maka mereka berkata, “Engkau berbohong. Engkau belum kencing di situ. Pulanglah ke negeri engkau dan jangan kamu jadi orang yang kufur. Sesungguhnya engkau bertanggungan atas urusan kamu”.

Aku enggan pulang, lalu mereka berkata, “Pergilah engkau kepada bekas nyalaan api itu dan kencinglah padanya”. Lalu aku pun pergi dan kencing padanya. Maka aku melihat seorang pahlawan berkuda yang memakai baju besi keluar dari tubuhku dan naik ke langit sehingga dia hilang dari pandanganku.

Dan aku datang bertemu dengan kedua-duanya lalu aku berkata, “Aku telah lakukan apa yang kamu suruh tadi”. Mereka bertanya, “Apa yang kamu nampak?” Aku menjawab, “Aku melihat seorang pahlawan berkuda yang memakai baju besi keluar dari tubuhku dan naik ke langit sehingga dia hilang dari pandanganku”.

Kedua-duanya berkata, “Engkau benar. Itulah iman telah keluar dari engkau. Sekarang pergilah engkau”.

Maka aku berkata kepada wanita tua itu, “Demi Allah! Aku tidak tahu sesuatu tentang ini dan tiadalah kedua-dua orang itu memberitahu aku sesuatu apa pun”. Maka perempuan tua itu berkata, “Bukan begitu. Tiadalah sesuatu yang engkau inginkan kecuali ia akan menjadi. Ambil biji gandum ini dan semai”.

Maka aku semaikan dan aku berkata, “Tumbuhlah!”Maka tumbuhlah gandum itu. Dan aku berkata lagi, “Membiaklah!” Maka gandum itu berkembang biak. Dan aku berkata, “Tuailah!” Maka iapun tertuai. Dan aku berkata, “Kisarlah!” Maka ia pun terkisar. Dan aku berkata, “Jadilah roti!” Maka ia menjadi roti.

Dan apabila dapati setiap sesuatu yang aku inginkan segera berada ditanganku, maka aku rasa amat menyesal. Dan demi Allah wahai Ummu Mukminin, tiadalah aku melakukan sesuatu dan aku tidak akan melakukannya selama-lamanya.”

Berdasarkan athar di atas, kita akan dapati betapa mudahnya untuk mempelajari sihir. Hanya dengan kencing di bara api, maka wanita itu sudah mempunyai kebolehan yang luar biasa.

***

Perbuatan belajar dari bomoh dan pawang dengan tujuan untuk beramal dengan ilmu tersebut secara jelas mengingkari perintah Nabi SAW.

Secara tidak langsung, ia menunjukkan bahawa kita berasa tidak cukup dengan apa yang telah dibekalkan oleh Rasulullah SAW sehingga terpaksa mendapatkan dari sumber yang lain.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09