Monday, June 11, 2018

Sejarah Ikon 'Teddy Bear' Tous

Sejarah Ikon 'Teddy Bear' Tous

Ikon ‘teddy bear’ Tous telah muncul sejak 1985 lagi, simbol unik dan comel yang sudah berdiri bermula pada awal perkembangan bisnes antarabangsa dan hari ini ia menjadi elemen wajib ada pada setiap koleksi aksesori yang dihasilkan.

'Teddy Bear' Tous

Ia merupakan salah satu nilai asas buat jenama ini dan mereka mahu seluruh dunia tahu akan nilai kelembutannya.

Ikon bear TOUS lambang nilai kelembutan dan nilai itu mahu dikongsikan bersama anda.

Sejarah jenama TOUS bermula pada 1920 semasa Salvador Tous Blavi dan Teresa Ponsa Mas membuka kedai baik pulih jam tangan di Manresa (Barcelona).

Pada tahun 1965, anak lelaki kepada pemilik jenama ini, Salvador Tous Ponsa berkahwin bersama Rosa Oriol Porta.

Pasangan ini menonjolkan bakat mereka dengan visi dan kreativiti dalam menghasilkan barangan perhiasan dalan versi serba baru.

Sejak itu, TOUS menghasilkan gaya barangan perhiasan unik dan mengubah cara tradisional perhiasan mewah kepada sesuatu yang mampu dan mudah dimiliki.

Barangan perhiasan kini menjadi keutamaan buat jenama TOUS, kerana kejayaannya pada lewat abad ke-20, mereka memutuskan untuk memperluaskan himpunan mereka dalam menawarkan pelbagai item pelengkap gaya termasuk tas tangan, wangian, jam tangan, kaca mata dan aksesori.

Barangan perhiasan menjadi arah tuju pada setiap produk yang dihasilkan dan di bawah penyeliaan pengarah seni syarikat, inspirasi yang berasaskan dari barangan perhiasan ini ditransmisikan kepada kategori lain.

Selain itu, setiap item yang dihasilkan TOUS terus menyerlahkan nilai kelembutan, keseronokan dan semangat muda dalam menceminkan jiwa kepada jenama ini.

'Teddy Bear' Tous

Setiap kategori dan produk yang dihasilkan oleh TOUS mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada seluruh pelanggannya tanpa mengenal usia dan bangsa.

Di bawah konsep gaya hidup mewah tetapi mampu milik, koleksi dari jenama ini menawarkan kedua-dua asas dan barangan aksesori yang unik.

Jenama ini menampilkan rekaan yang sesuai dengan trend fesyen dan stail semasa sementara rekaan klasik akan sentiasa diperbaharui saban tahun.

TOUS hari ini terserlah dengan inovasi dan kreativitinya, yang mana jenama ini bakal membuahkan rasa keterujaan kepada kesemua pelanggannya dengan koleksi menarik mengikut musim setiap tahun.

TOUS kini menampilkan 30 koleksi barangan perhiasan dan 50 koleksi tas tangan setiap tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh


Perbuatan Membatalkan Puasa Yang Sering Menjadi Persoalan Di Bulan Ramadhan

Perbuatan Membatalkan Puasa Yang Sering Menjadi Persoalan Di Bulan Ramadhan

Ramai orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa terutamanya ketika di bulan Ramadhan. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)

Perbuatan Membatalkan Puasa

Ulama terbilang dunia, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa.

Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah:-

1. Raih Taqwa dan Mendapatkan Keampunan

Sangat jelas arahan Allah dan RasulNya menegaskan keperluan kita berusaha meraih taqwa dan keampunan di dalam bulan ini.

Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.

2. Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran

Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil.

Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.

3. Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed'

Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini.

Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.

4. Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed'

Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekali gus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.

Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja.

Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah.

Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah: 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.

Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang akal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan.

Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai:-

1. Darah keluar dari tubuh; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya:

Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215).

Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya:

Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut.

Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211).

Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa).

Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3. Pil elak haid untuk puasa penuh

Hukumnya:

Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.

Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4. Penyembur gas untuk pesakit lelah

Hukumnya:

Pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini.

Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas.

Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa.

Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.

Namun itu adalah pandangan sebahagian ulama kontemporari yang menyakini masuknya serbuk jisim gas ke dalam perut.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat.

Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut.

Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL, kerana terdapat perbezaan informasi dan data oleh para pakar perubatan berkenaan ketepatan fakta masuknya jisim ke dalam perut pada setiap kali semburan dibuat.

Justeru, hukum puasa adalah kekal di atas sifat asalnya iaitu sah selagi belum terdapat bukti nyata dan diyakini terbatalnya ia.

Sebagaimana kaedah Fiqh yang ertinya, "Hukum asalnya, kekalnya hukum sesuatu pada sifat sebelumnya."

Justeru, jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak.

Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu. Wallahu a'lam.

5. Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal

Hukumnya:

Terdapat dua jenis: samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, airseperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan: Pandangan majoriti adalah: Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa.

Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6. Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu

Hukumnya:

Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith, "Sempurnakan wudhu, basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa (Riwayat Abu Daud, no 142; At-Tirmidzi, 788; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi; albani; Sohih).

7. Melakukan Maksiat seperti tidak solat

Hukumnya:

Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus.

Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104)

Nabi bersabda, "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8. Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa

Hukumnya:

Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil yang ertinya, "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya." (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah yang ertinya, "Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya: Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi: Jangan; tiba-tiba datang seorang tua dan bertanya soalan yang sama: Jawab nabi: Ya ( tiada masalah); kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata, "Aku tahu mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)." (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah, "Berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya." (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

9. Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas.

Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)

Dalilnya adalah yang ertinya ertinya, "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya." ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10. Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11. Keluar air mani tanpa setubuh

Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12. Menelan air liur dan kahak

Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159).

Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir.

Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak.

Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran.

Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa.

Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

13. Mandi

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi SAW mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?

Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa.

Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari)

Cuma puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14. Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya.

Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

15. Mengosok gigi ketika berpuasa

Penggunaan ubat gigi, air atau berus gigi merupakan perkara yang dibolehkan bagi mencapai tujuan dan fokus saranan Nabi SAW iaitu kebersihan mulut dan tidak membatalkan puasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: zaharuddin

Gregg Miller Jadi Jutawan Selepas Mencipta Testis Palsu Anjing

Gregg Miller Jadi Jutawan Selepas Mencipta Testis Palsu Anjing

Gregg Miller adalah bukti bahawa idea gila kadangkala mampu mengubah kehidupan seseorang. Dia adalah pencipta Neuticles, implan silikon untuk anjing jantan bagi menggantikan buah zakar selepas dimandulkan, supaya kejantanan haiwan itu tidak 'hilang'.

Gregg Miller Jadi Jutawan Selepas Mencipta Testis Palsu Anjing

Miller tampil dengan idea penggantian kosmetik semata-mata untuk zakar haiwan pada awal tahun 90-an, ketika dia membeli seekor anjing pemburu yang dinamakan Buck.

Dia enggan menuetralkan anjingnya itu hanya kerana dia tidak mahu anjingnya melalui pembedahan, tetapi selepas Buck hilang selama empat hari gara-gara anjing betina, Miller berubah hati.

Katanya, tempoh empat hari itu sebagai paling mengerikan dalam hidupnya dan dia sedar jika anjingnya tidak dikasi, dia sekali lagi akan berisiko kehilangannya.

Tetapi dia masih mahu kejantanan Buck dapat dilihat, jadi dia bertanyakan tentang implan testis kepada doktor haiwan.

Doktor haiwan itu memberitahunya bahawa ia adalah perkara paling bodoh pernah didengarinya, tetapi Gregg tahu ia bukan mustahil.

Percaya atau tidak, doktor haiwan yang sama tidak lama selepas itu berhubung dengannya untuk menjalinkan kerjasama bagi menjayakan idea itu dan kini, Neuticles, testis anjing palsu sudah pun terkenal di dunia.

Miller baru-baru ini memberitahu CNBC bahawa dia dan 32 pelabur tempatan lain melabur kira-kira AS$100,000 untuk membangunkan Neuticles.

Ibu bapanya menganggap dia gila, semua orang yang mendengarnya berkata idea itu adalah perkara paling teruk yang pernah mereka dengar dan beberapa pembuat tidak mahu melakukannya.

Tetapi dia percaya dengan ideanya dan menggunakan kad kreditnya secara maksimum dan melakukan gadai janji rumahnya hanya untuk menghasilkan testis anjing palsu.

Setelah menguji Neuticle pertama pada 30 haiwan tanpa masalah, sepasang implan testikel komersial pertama dijual pada tahun 1995.

Buah zakar anjing palsu mendapat perhatian beberapa media pada mulanya dan perniagaan perlu diteruskan.

Untuk tiga tahun pertama, Miller tidak tahu sama ada Neuticles akan menjadi seperti yang diimpikan, tetapi dia hanya bekerja keras, mengiklankannya dalam majalah haiwan, menubuhkan rangkaian veterina dan juga bercakap di rancangan radio tentang produknya kepada pendengar.

Usahanya berbalas apabila dia mula menerima beratus-ratus pertanyaan setiap hari. Bagaimanapun timbul satu masalah besar.

Pada mulanya, Neuticles diperbuat daripada plastik keras dan menghasilkan bunyi aneh apabila haiwan itu bergerak.

Orang ramai mengeluh mengenainya, tetapi tidak banyak yang dapat dilakukannya sehinggalah seseorang akhirnya datang dengan alternatif yang lebih baik.

"Itulah masalah yang kami alami selama tiga tahun sehingga beberapa orang genius, mencipta silikon padu," kata Miller.

Miller mendakwa telah menjual lebih 500,000 Neuticles dalam tempoh 25 tahun yang lalu sekali gus menjadikannya seorang jutawan.

Dia telah mengembangkan perniagaannya, menawarkan testis palsu untuk kura-kura, kuda dan lembu jantan. Dia juga menjual sepasang zakar silikon raksasa untuk gajah di sebuah zoo.

Ditanya apakah dia merancang untuk membuat Neuticles untuk lelaki, pencipta itu mendakwa bahawa proses kelulusan FDA akan menjadi terlalu rumit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

14 Jenis Makanan Yang Menguatkan Antibodi Tubuh

14 Jenis Makanan Yang Menguatkan Antibodi Tubuh

Antibodi dihasilkan secara semulajadi didalam badan tubuh badan setiap manusia untuk melawan serangan jangkitan penyakit dan membunuh bakteria merbahaya bagaimanapun semakin berusia kita, penghasilan antibodi ini menjadi semakin berkurangan.

7 Jenis Makanan Yang Menguatkan Antibodi Tubuh

Kekurangan antibodi menyebabkan tubuh kita tidak mampu melawan serangan jangkitan dengan berkesan lagi.

Sekali sistem kekebalan tubuh itu menurun, pintu akan terbuka luas untuk ribuan mikrob masuk dan menyerang tubuh kita dan salah satu "pengawal" kekebalan tubuh adalah selenium.

Selenium adalah salah satu zat yang paling ampuh bagi radikal bebas yang kita sebut antioksidan.

Selenium sangat penting untuk mengeluarkan enzim kuat disebut glutathione peroksidase, yang penting dalam detoksifikasi racun dalam tubuh.

Kekurangan selenium menyebabkan daya tahan yang lemah terhadap virus dan bakteria dan mengurangkan aktiviti T-sel dan pengeluaran antibodi.

Dari mana sumber selenium?

Berikut ini adalah makanan di sekitar kita yang mengandungi selenium tinggi:

1. Daging Lembu

Kekurangan zat besi merupakan salah satu kekurangan gizi yang paling umum pada orang dewasa Amerika, terutama bagi vegetarian dan orang yang mengurangkan pengambilan daging lembu, sumber utama mineral ini yang memperkuat kekebalan.

Kekurangan zat besi dalam taraf ringan saja dapat meningkatkan risiko jangkitan.

Zat besi dalam makanan sangat penting untuk perkembangan sel-sel darah putih, sel-sel sistem kekebalan tubuh yang berfungsi mengenali dan membunuh bakteria, virus dan pelbagai penyakit lain.

2. Bawang Putih

Bawang putih telah lama digunakan sebagai penguat sistem imun kerana kandungan nutrisinya, anti-kulat dan antiseptik.

Penelitian menunjukkan, jika dimakan mentah, bawang putih mampu memberikan perlindungan terhadap penyakit, batuk dan jangkitan pada dada.

Ini disebabkan bawang putih merupakan sumber tinggi vitamin (C, B1, dan B6), mineral (fosfat dan zat besi) dan sulfoksida yang diketahui akan kemampuan antibakterianya.

3. Omega 3

Asid lemak omega 3 yang boleh ditemui terutama pada ikan laut seperti salmon, tuna dan mackarel adalah penguat imunisasi penting yang membantu menjaga kekuatan tubuh secara keseluruhan.

Disarankan pengambilan sekurang-kurangnya tiga auns salmon dalam seminggu.

Makanan yang kaya asid lemak ini, meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk memusnahkan bakteria berbahaya yang ada di dalam tubuh.

Selain itu ia juga memberikan perlindungan terhadap kerosakan yang disebabkan tindak balas akibat jangkitan bakteria itu.

4. Buah Dan Sayuran

Buah dan sayuran memiliki kandungan tinggi nutrisi penguat imunisasi seperti vitamin C dan bioflavonoid.

Vitamin C meningkatkan pengeluaran sel darah putih yang berfungsi sebagai pencegah jangkitan dan antibodi.

Kandungan ini mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik) sehingga menurunkan risiko serangan penyakit kardiovaskular.

Selain itu, kandungan phytonutrient melindungi sel tubuh dari sejumlah polutan tubuh berbahaya.

Ianya sangat bermanfaat bagi fungsi jantung.

Sementara kandungan vitamin E yang dimilikinya membantu meningkatkan tindak balas imun.

Mekanisma utamanya adalah dengan menstimulasi penghasilan sel yang mampu menghilangkan sel kuman berbahaya dan sel kanser di dalam tubuh.

Bergantung gaya hidup seseorang, dos harian nutrisi yang diperlukan adalah berbeza-beza.

Orang dengan gaya hidup pasif dan tingginya pengambilan alkohol akan memerlukan lebih dari 100-400 miligram sehari.

5. Bayam

Bayam adalah salah satu makanan yang harus anda makan secara teratur.

Folat adalah salah satu dari zat kimia yang ditemui pada bayam.

Folat diperlukan untuk produksi dan pemeliharaan sel-sel baru, untuk sintesis DNA dan RNA, serta untuk mencegah perubahan DNA dan dengan demikian, untuk mencegah kanser.

Makanlah bayam mentah atau dimasak sebentar untuk mendapatkan manfaat yang terbaik.

6. Brokoli

Brokoli memiliki kandungan vitamin A dan D yang tinggi.

Para pengkaji di University of California, Berkeley menemui bahawa diindolylmethane (DIM), suatu zat yang ditemui dalam brokoli benar-benar menghentikan pertumbuhan sel kanser tertentu.

7. Buah Jambu

Vitamin C adalah antioksidan yang diketahui berfungsi melawan jangkitan dan membuatkan anda tetap sihat.

Vitamin C meningkatkan sistem kekebalan tubuh dengan meningkatkan pengeluaran sel darah putih dan antibodi, zat penting untuk respon kekebalan.

Vitamin C juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser.

Makanlah buah-buahan seperti betik, tembikai, anggur, epal, kurma dan sebagainya setiap hari terutamanya jambu batu yang paling tinggi vitamin C antara semua buah.

8. Tembikai

Kaya kandungan air dan menyegarkan, tembikai masak juga memiliki banyak mengandungi antioksidan yang kuat, glutathione.

Diketahui sangat membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh untuk melawan jangkitan.

9. Kentang

Kentang berfungsi sebagai benteng pertama terhadap bakteria dan virus yang tak diingini.

Untuk tetap kuat dan sihat, kulit memerlukan vitamin A.

Salah satu cara terbaik mendapatkan vitamin A adalah dari makanan yang mengandungi beta-karoten (seperti kentang manis) yang diubah oleh tubuh menjadi vitamin A.

10. Kekacang

Sumber kekacang pula sangat bermanfaat bagi fungsi jantung.

Sementara kandungan vitamin E yang dimilikinya membantu meningkatkan respon imun.

Mekanisme utamanya adalah dengan menstimulasi produksi sel yang mampu menghilangkan sel kuman berbahaya dan sel kanser dalam tubuh.

11. Badam (Almond)

1/4 cawan badam dapat memberikan lebih kurang 50% khasiat vitamin E yang membantu meningkatkan sistem imun.

Badam mengandungi riboflavin, niasin, vitamin B yang membantu untuk menangani stres.

12. Gandum atau Wholemeal Grain

Beras merah, oats, barley dan jenis gandum lainnya tinggi kandungan serat, protein, dan antioksidan.

Ramai pakar pemakanan menyatakan bahawa gandum memberi lebih banyak kandungan gizi penting dibandingkan beras olahan seperti tepung biasa.

Oleh itu, disarankan agar kita menggantikan segala bentuk beras atau tepung dengan jenis Wholemeal Grain untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh.

13. Teh hijau

Teh hijau kaya polifenol atau antioksidan, yang melindungi tubuh terhadap mikroorganisme dan menghambat pertumbuhan sel kanser.

Polifenol melindungi tubuh terhadap kerosakan akibat radikal bebas dan komponen berbahaya yang menyebabkan penuaan.

14. Teh Daun Rerama

Teh Daun Rerama hijau dikatakan amat mujarab dan berkhasiat dalam merawat penyakit Kanser dan pelbagai lagi penyakit lain.

Pokok Rerama mengandungi 13 sebatian kimia semulajadi yang terkandung dalam pokok rerama dan paling tinggi anti-okisdan yang mampu mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit berbahaya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, June 10, 2018

Evolusi Penghancuran Bani Israil Dalam Sejarah

Evolusi Penghancuran Bani Israil Dalam Sejarah

Padang pasir “Timur Tengah” mempunyai rizab sejarah keagamaan yang tiada tandingan dengan mana-mana benua lain daripada Judaisme ke Islam, pengaruh dari sana menghasilkan dua agama terbesar dunia, juga meriwayatkan sejarah satu kelompok iaitu Bani Israil yang merujuk kepada umat berbagai-bagai suku Nabi Ibrahim as.

Evolusi Penghancuran Bani Israil Dalam Sejarah

Berdasarkan sejarah yang diriwayatkan dalam Bibel, “Israil” merupakan nama yang dikurniakan kepada Nabi Ya’akub as setelah baginda menewaskan seorang malaikat, tetapi pertarungan ini tidak dianuti agama Islam.

Di sebalik perbezaan sudut agama, perkara ini tidak seharusnya dijadikan penghalang untuk diceritakan.

Kelompok Bani Israil bermula melalui Nabi Ya’akub menerusi 12 orang anak baginda – Re’uven, Shim’on, Levi, Yehuda, Dan, Naftali, Gad, Asher, Yissakhar, Zebulun, Yosef dan Binyamin; turun temurun setiap seorang ini mendirikan suku mereka sendiri, kecuali Yosef (Nabi Yusuf as) tetapi anak-anak baginda Manasseh dan Ephraim turut menyertai pendirian suku ini.

Jika diteliti dalam Judaisme, kelompok ini mempunyai pengaruh yang besar dalam peristiwa-peristiwa akhir zaman dianuti mereka.

Keturunan Nabi Yusuf as dipercayai akan berperang menentang kezaliman Yakjuj-dan-Makjuj agar al-Masih berketurunan Nabi Daud as dapat disediakan takhta untuk berkuasa.

Dalam bahasa Ibrani, kedua-dua keturunan ini digelar al-Masih, “Maschiach ben Yosef” (al-Masih bin Yusuf) dan “Maschiach ben David” (al-Masih bin Daud).

Perkara ini berbeza dengan Islam yang meletakkan tugas al-Masih keatas bahu Isa bin Maryam, tetapi ia langsung tidak mengecilkan skop Nabi Ya’akub as dan Nabi Yusuf as.

Pada suatu hari, Nabi Yusuf as memberitahu ayahandanya akan satu mimpi yang menunjukkan 11 bintang, Matahari dan Bulan tunduk hormat kepada Nabi Yusuf as.

Pada masa itu, Nabi Ya’akub as sudah tahu maksud disebalik mimpi ini, bahawa beliau adalah Matahari tersebut manakala Bulan itu merujuk kepada isterinya yang melahirkan Nabi Yusuf as iaitu Rakhel dan 11 bintang adalah tidak lain tidak bukan anak-anaknya. (Qur’an 12:4-6).

Nabi Yusuf as dilarang berkongsi mimpi ini bersama saudara-saudaranya, tetapi berbeza dengan Bibel yang menceritakan baginda memberitahu semua akan mimpinya (Kitab Kejadian 37:9-11).

Tetapi al-Qur’an dan Bibel menjalinkan persamaan berkaitan dengan perancangan saudara-saudaranya agar membunuh Nabi Yusuf as (Qur’an 12:9) atas dengki tetapi mereka ubah fikiran dan membuangkannya ke dalam sebuah telaga.

Nabi Yusuf as diselamatkan sekumpulan musafir dan dijual dengan harga yang murah kepada seorang Aziz jauh di Mesir (Qur’an 12:20).

Dalam Bibel, Aziz ini bernama Potiphar, seorang kapten penjaga istana (Kitab Permulaan 39:1).

Setelah Nabi Yusuf as mencapai usia kematangan, ketampanannya diselitkan lagi dengan pemikiran yang cerdas seperti ayahandanya (Qur’an 12:22) dan pada masa ini, Zulaikha berusaha merapatinya.

Kesukaan ini mengundang penjara pula kepada Nabi Yusuf as yang membuka jalan kepada kisah penafsiran mimpi. Perkara ini menarik perhatian raja Mesir (menariknya, Qur’an tidak merujuk raja ini sebagai Firaun).

Akhirnya Nabi Yusuf as dibebaskan, berkahwin dengan Zulaikha dan mendapat tempat tinggi dalam kalangan masyarakat Mesir.

Kedua-dua nabi (Ya’akub dan Yusuf) bertemu di Mesir setelah sekian lama berpisah. Janji Allah kemudiannya dinyatakan: 11 bintang, Matahari dan Bulan tunduk hormat kepada Nabi Yusuf as (Qur’an 12:100).

Kisah ini, walaupun dilihat kecil, merupakan permulaan kegemilangan Bani Israil. Kelompok ini berhijrah bersama Nabi Ya’akub as memandangkan kebuluran melanda di Tanah Canaan dengan angka lebih kurang 70 orang sahaja.

Dalam masa empat generasi, Bani Israil berkembang pesat sehingga mencecah 600,000 orang.  Mereka merangkul kedudukan tinggi dalam hal ehwal politik, kebudayaan dan ekonomi Mesir Purba.

Bermulanya satu lembaran kerasulan baru pada era kezaliman seorang penguasa hanya kerana sifat waspada terhadap “pendatang-pendatang Canaan” ini. Pandangan curiga ini pula dikongsi bangsa Qibti di Mesir, maka Firaun berniat untuk melebur dominasi ini menyekat kebebasan Bani Israil, memperuntukkan cukai tinggi dan tuntutan buruh kasar yang teruk.
 
Sebaliknya pula berlaku: lebih teruk Bani Israil dikerjakan, lebih banyak mereka berkembang.

Pada satu hari, Firaun pula mendapat mimpi yang kerajaannya dijilat api dari Baitulmaqdis; dan didalam mimpi itu, Bani Israil tidak diapa-apakan.

Selepas berbicara dengan nujum-nujumnya, Firaun menitahkan anak-anak lelaki Bani Israil dicampakkan dalam Sungai Nil. Pakar-pakar ekonomi Mesir Purba terkejut akan titah ini kerana penghapusan sumber manusia akan menggugatkan ekonomi mereka. Firaun menitahkan bahawa bayi-bayi lelaki Bani Israil dibunuh setiap dua tahun.

Walau apa pun, berita ini mencetuskan kegusaran dalam kalangan Bani Israil. Seorang wanita daripada suku Levi (rujuk senarai anak-anak Nabi Ya’akub) terpaksa meletakkan bayinya dalam raga untuk dibawa arus Sungai Nil.

“Pembuangan bayi” ini mengandungi inspirasi ketuhanan yang tersurat (Qur’an 28:7). Bayi tersebut ditemui Permaisuri Firaun sendiri (Asiyah) yang berjaya memujuk Firaun supaya diambil anak angkat.

Tetapi Nabi Musa as menolak ibu-ibu susuan sehinggalah ibu kandungnya diseru; maka sekali lagi janji Allah dizahirkan, bahawa Nabi Musa as akan ditemui semula ibunya.

Seperti didendangkan nujum-nujumnya, Nabi Musa as berjaya mengeluarkan Bani Israil daripada cengkaman zalim Firaun dan secara tidak sengaja menjatuhkannnya, itu pun berdasarkan pilihan Firaun sendiri.

Usaha Nabi Musa as pula bukannya satu perkara yang harus diambil mudah. Firaun diselingkan bala-bala dahsyat yang tiada manusia mampu mengharungi. Tetapi KESEMUA bala itu tidak menginsafkan Firaun walau sedikit pun.

Bani Israil dipimpin kembali ke Tanah Canaan. Di sana mereka bertemu dengan seorang gergasi bernama Uj, yang akhirnya disudahkan dengan pertempuran antaranya bersama Nabi Musa as. Tetapi disini jelas bahawa Bani Israil mempunyai masalah apabila menempuhi dugaan.

Hanya dua orang sahaja yang turut serta bersama baginda, sekali gus Bani Israil melanggar syariat Allah dengan “pengunduran ke belakang” (Qur’an 5:21).

Dua lelaki ini cuba membakar semangat Bani Israil tetapi inilah balasan mereka, “wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami disinilah duduk menunggu.” (Qur’an 5:24)

Salah seorang daripada dua lelaki tersebut adalah Joshua, seorang individu yang berdasarkan perbezaan pendapat merupakan nabi atau “sahabat nabi” selepas kewafatan Nabi Musa as.

Atas keengganan ini, Bani Israil diharamkan memasuki Tanah Suci selama 40 tahun lamanya. Mereka dipimpin Nabi Musa as ke Gunung Tursina pula. Disini baginda diseru mendakinya, meninggalkan umatnya kepada Nabi Harun as buat sementara waktu. Diperintah puasa 40 hari, baginda kemudian membuat permintaan yang bersejarah dalam hukum alam.

Baginda memohon Allah tunjukkan ‘dirinya’ dan semua umat Islam kini tahu apa yang berlaku – bagaimana di depan mata Nabi Musa as sendiri Allah menzahirkan kebesaran-Nya sehingga gunung terlipat, tergulung, diratakan dan hancur lebur sampai baginda as sendiri pengsan.

Apabila tersedar, baginda terus memohon taubat dan Nabi Musa as dikurniakan Sepuluh Hukum sebagai panduan, namun hanya Allah saja tahu betapa hancurnya hati baginda setelah diberitahu umatnya disesatkan atas penipuan Samiri, yang membuat Patung Lembu Emas sambil mengisytiharkannya sebagai Tuhan Nabi Musa as.

Apabila Nabi Musa as mempersoalkan mereka, inilah jawapan diberi, “Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga “Samiri” mencampakkan apa yang dibawanya.” (Qur’an 20:87).

Lalu Samiri menciptakan sebuah patung lembu, sambil mengatakan, “Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!”

Setelah kekeliruan ini dibetulkan dan Samiri dibuang daripada kelompok Bani Israil, Nabi Musa as terus memimpin umatnya sehingga kewafatan yang baginda mewasiatkan bahawa ganjaran dan bala besar menanti Bani Israil tertakluk kepada pengamalan mereka sama ada mereka mengikuti atau mengabaikan ajaran Taurat (Kitab Ulangan 28).

40 tahun selepas keluaran Bani Israil dari Mesir, mukmin bernama Joshua yang disebutkan tadi memimpin kelompok aneh ini kembali ke Tanah Canaan. Sangat logik untuk mengaitkan Joshua sebagai mukmin yang taat kepada Nabi Musa as.

Sesungguhnya baginda pernah menyandang tanggungjawab sebagai ketua militan dalam pertempuran pertama selepas keluaran dari Mesir (Kitab Keluaran 17:8-16).

Pada masa itu, Bani Israil sedang berehat di Wadi Feiran apabila puak Amalek menyerang mereka namun atas kehebatan Joshua, Bani Israil menikmati kemenangan.

Ibaratkan Saidina Abu Bakar atau Umar kepada Nabi Muhammad SAW, mungkin begitulah rapatnya Joshua kepada Nabi Musa as, cuma berbeza dari segi personaliti tetapi berdasarkan Bibel, Joshua adalah seorang nabi, kerana Tuhan sendiri berfirman kepadanya selepas kewafatan Nabi Musa agar merentasi Sungai Jordan sambil menjanjikan kejayaan besar kepada Bani Israil (Joshua 1:1-9). Pertempuran pertama berlaku di Jericho dimana Bani Israil meraih kemenangan besar.

Sedikit demi sedikit Bani Israil berkembang seterusnya, Bani Israil memohon seorang raja dan seorang nabi dalam kalangan mereka bernama Samuel memilih Talut (Sha’ul) sebagai raja, pemilihan yang kurang dipersetujui Bani Israil kerana Talut bukannya seorang yang kaya.

Inilah kali pertama Bani Israil mempunyai negara, dengan kesatuan suku-suku Konfederasi bersama suku Yehudah dan Binyamin.

Dikatakan ancaman Filistin juga merupakan salah satu faktor yang menerajui kesatuan ini. 42 tahun kemudian, negara ini diterajui Nabi Daud as yang menyaksikan permulaan Zaman Keemasan Bani Israil, tetapi dikatakan juga selepas memenangi Perang Saudara terhadap Talut.

Nabi Daud as meletakkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara dan berjaya menghalang kemaraan musuh. Kemudian negara ini diperintah Nabi Sulaiman as pula yang membina Kuil Pertama Yahudi dan meneruskan kegemilangan yang dimulakan ayahandanya.

Tetapi selepas kewafatan Nabi Sulaiman as, bermulalah episod baru dalam Bani Israil: Zaman Pertelingkahan. Kesatuan ini dileburkan akibat penggeseran antara-suku di Utara dan Selatan.

Ia berlaku akibat 10 suku Utara tidak menerima Rehoboam sebagai pengganti Nabi Sulaiman as. dan kesatuan ini terpecah kepada dua negara baru: Israel (Utara) dan Yehuda (Selatan).

Untuk 60 tahun kemudian, raja-raja Yehuda cuba mewujudkan penguasaan mereka terhadap Israel. Apabila disebutkan “Yehuda”, perlu dijelaskan bahawa sesiapa yang mengikuti Negara Selatan pada masa ini baru mula dikenali sebagai “Yahudi”.

Ini bermakna, sebelum ini Bani Israil merupakan kelompok yang berprinsipkan “umat” berbagai bangsa.

Nabi Musa as sendiri bukan seorang Yahudi, tetapi berbangsa Levi tetapi akibat kekeliruan yang dicetuskan persepsi moden, Bani Israil kerap dilihat sebagai kelompok suku-suku Yahudi.

Hakikatnya, Yahudi hanya sebahagian daripada Bani Israil, bukannya Yahudi itu adalah bangsa Bani Israil. Ia tiada beza dengan bangsa Melayu sebagai bahagian umat Islam sejagat.

Dalam masa 80 tahun seterusnya, tiada peperangan terbuka yang berlaku antara Israel dan Yehuda. Kedua-dua negara ini rapat menentang musuh yang nyata tetapi pada 722 S.M., Israel ditundukkan Empayar Assyria.

Yehuda berjaya bertahan sehingga 586 S.M., ketika Empayar Babylon merusuh negara ini dan hasil daripada peperangan yang berlaku, Kuil Pertama yang dibina Nabi Sulaiman as dihancurkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

19 Khasiat Dan Keajaiban Bawang Putih Untuk Kesihatan

19 Khasiat Dan Keajaiban Bawang Putih Untuk Kesihatan

Allicin adalah suatu komponen bersifat sulfur yang terhasil apabila bahagian dalam bawang putih terdedah setelah dipotong, dicincang, dilumatkan atau dikunyah dan bahan inilah yang memberikan bau menyengat yang agak kuat pada bawang putih di samping mewujudkan ciri-ciri anti-bakteria, anti virus, anti radang dan anti oksida yang menjadikan bawang putih suatu kaedah rawatan semulajadi yang hebat dan selamat.

19 Khasiat Dan Keajaiban Bawang Putih Untuk Kesihatan

Namun begitu, tahukah anda bahawa bawang putih bukan sekadar diperlukan dalam masakan sahaja, malahan punya khasiat yang pelbagai terutamanya dalam dunia kesihatan dan kecantikan.

MERAWAT KEGUGURAN RAMBUT

Bawang putih dikatakan mampu menghalang masalah keguguran rambut. Kandungan allicin, iaitu sejenis sebatian sulfur yang hampir sama terdapat dalam bawang merah didapati berkesan merawat keguguran rambut.

Caranya, gosokkan potongan bawang putih pada kulit kepala dan ramaskannya untuk hasil yang lebih baik.

Kaedah lain, campurkan minyak dengan bawang putih cincang, kemudian urutkannya ke seluruh kulit kepala anda.

MENGECUTKAN JERAWAT

Salah satu bahan mujarab untuk menyelesaikan masalah kulit berjerawat adalah bawang putih kerana mengandungi antioksidan yang tinggi.

Kandungan antioksidannya itu sangat membantu dalam membunuh bakteria,mengecutkan dan menghilangkan parut jerawat secara beransur-ansur.

Caranya, gosok perlahan atau tempelkan hirisan bawang putih pada jerawat untuk rawatan yang berkesan.

ANTIBIOTIK YANG HEBAT

Khasiat bawang putih bertindak sebagai antibiotik yang dapat memusnahkan bakteria, virus, ameba dan mikroorganisme berbahaya lain. Ia merupakan antibiotik semulajadi yang kuat.

Bawang putih tidak seperti ubat biasa, iaitu ia tidak menghasilkan kesan sampingan berbahaya. oleh itu, bagi mereka yang menghidap selesema, cirit-birit berdarah, taun atau penyakit lain yang berjangkit, maka khasiat yang ada pada bawang putih baik untuk merawat.

Sekiranya anda mengalami jangkitan dalam telinga, titiskan minyak bawang putih dan kesannya amat melegakan.

MENYEMBUHKAN DEMAM DAN SELESEMA

Kandungan antioksidan dalam bawang putih dapat merangsang sel-sel darah putih yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mencegah daripada dijangkiti demam dan selsema. Lebihkan pengambilan bawang putih dalam masakan seperti sup ayam.

Biasanya bayi bawah usia 2 tahun yang mengalami demam tidak disarankan untuk mengambil ubat-ubatan selagi keadaanya tidak membimbangkan.

Jadi, kaedah rawatan yang selamat ialah dengan membuat minyak bawang putih untuk dijadikan sebagai minyak urut.

MENCEGAH KERACUNAN MAKANAN

Bawang putih mengandungi ciri-ciri antibakteria, antimikrob dan juga antivirus. Sebagai agen antibakteria yang kuat, ia mampu untuk membunuh bakteria yang berbahaya kepada badan manusia seperti salmonella, staphyloccocus dan e-coli.

Oleh itu, pengambilan bawang putih dapat mencegah daripada terjadinya keracunan makanan.

MENGURANGKAN RISIKO KANSER

Pengambilan bawang putih yang konsisten setiap hari dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser, terutamanya kanser perut, kanser kolon dan kanser prostate.

Kandungan mineral bawang putih didapati memiliki ciri-ciri anti barah yang dapat menghambat pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan.

Selain itu kompoun sulfur dalam allicin didapati bertindak sebagai detoxifier yang mampu membuang bahan-bahan toksin dalam hati dan memelihara sel-sel badan daripada kesan buruk toksin.

Terkini, bawang putih juga sudah mula digunakan sebagai sebahagian dari rawatan untuk penyakit barah payudara serta pesakit HIV.

MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL

Bawang putih juga berkesan menentang penyakit jantung. Bawang putih membantu mencair dan mencuci serta mengurangkan proses pembekuan darah. Ini membolehkan darah mengalir lebih lancar dalam salur darah yang sebahagiannya disekat oleh himpunan kolesterol.

Pengambilan hanya satu ulas bawang putih setiap hari berkesan untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan seseorang sebanyak 10%-15%.

Keistimewaan bawang putih termasuklah juga memiliki ciri-ciri anti-gumpal yang boleh membantu mencegah terbentuknya darah beku dalam pembuluh darah.

Dengan itu kuranglah berlaku serangan jantung jadi, bawang putih boleh membantu penghidap darah tinggi, pesakit berkolesterol tinggi dan masalah yang dikaitkan dengan jantung dan peredaran darah.

MEREDAKAN SAKIT GIGI

Aduhai, seksanya menanggung sakit gigi. Nak makan tak boleh apatah lagi nak bercakap. Semua kerja pun tak terbuat.

Oleh itu, sebelum berjumpa doktor gigi, ada caranya untuk mengurangkan kesakitan gigi yang ditanggung. Cubalah petua ini.

Ambil seulas bawang putih yang telah dikupas kulitnya dan gigit bawang putih mentah itu di bahagian gigi yang sakit.

Adalah dipercayai bahawa ciri-ciri antibakteria dan analgesik yang terdapat pada bawang putih dapat membantu mengurangkan sakit gigi anda sementara menunggu untuk mendapatkan rawatan.

MENURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH

Bawang putih dapat mengawal jumlah kandungan gula dalam darah dan membantu menyelia tahap insulin dalam tubuh.

Pengambilannya boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyakit diabetes.

Namun, bagi pesakit diabetes yang mengambil insulin dalam rawatan harian, penggunaan bawang putih sebagai remedi sampingan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada doktor terlebih dahulu.

MEMBUANG KETUAT

Kutil atau ketuat boleh timbul di permukaan kulit disebabkan oleh jangkitan virus human papillomavirus (HPV) pada kulit manusia, di mana protein keras pada lapisan epidermis tumbuh dengan cepat. Bawang putih adalah penawar semulajadi yang mujarab untuk menghilangkan ketuat.

Caranya ambil satu atau dua ulas bawang putih, potong dan gosokkan ke bahagian kulit yang terkena ketuat, kemudian balut dengan kain pembalut. Lakukan secara konsisten sehingga ketuat hilang.

Sifat sulfur pada bawang putih mampu untuk mengikis lapisan keras tersebut untuk menjadikan kulit kembali normal.

MENINGKATKAN KEINGINAN SEKSUAL

Bawang putih juga sebenarnya memiliki enzim afrodisiak, iaitu sejenis zat kimia yang digunakan untuk merangsang daya seksual seseorang. Ia berupaya untuk meningkatkan tahap libido dan daya tahan seksual kaum lelaki.

Mereka yang mengalami masalah ereksi (erectile dysfunction) digalakkan untuk mengambil bawang putih secara konsisten dan teratur kerana bawang putih dapat merangsang pengeluaran enzim dan pengedaran darah ke alat kelamin.

Berbanding dengan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia, khasiat semulajadi bawang putih dalam memperbaiki hubungan seksual sangat wajar dimanfaatkan kerana ianya selamat tanpa perlu kita risau tentang kewujudan kesan sampingan yang negatif.

MENAMBAHKAN TENAGA DAN STAMINA

Pernahkan anda merasa lesu atau letih? Salah satu tanda anda kekurangan tenaga apabila berasa tidak bermaya dan tubuh berpeluh jadi, untuk atasinya amalkan pemakanan yang seimbang dan lebihkan pengambilan air.

Selain daripada pengambilan pil vitamin atau suplemen yang dibeli dari farmasi, makanan tambahan yang paling menjimatkan dan mudah didapati adalah dengan mengamalkan pengambilan bawang putih secara teratur kerana ia dipercayai mampu menambahkan tenaga fizikal, daya kekuatan dan stamina seseorang.

PERBAIKI EMOSI DAN TEKANAN

Serotonin merupakan suatu bahan kimia yang dihasilkan dalam badan dan ia amat penting dalam pengawalan emosi dan tingkah laku seseorang.

Kadar serotonin yang tinggi di dalam otak manusia akan memberi kesan-kesan kestabilan emosi seperti perasaan tenang, mudah tidur dan dapat mengatasi perasaan murung.

Penyelidikan kumpulan saintis dari Perancis telah mendapati bahawa vitamin B-6 yang terkandung di dalam bawang putih dapat membantu meningkatkan dan melancarkan penghasilan dan pelepasan serotonin dalam badan.

MELEGAKAN KERADANGAN

Oleh kerana khasiat dalam bawang putih telah membuktikan adanya sifat-sifat anti radang, maka ia boleh digunakan dalam melegakan keradangan, ekzema atau psoriasis.

Kaedahnya sangat mudah, iaitu gosokkan sedikit minyak bawang putih pada tempat atau kawasan kulit yang terjejas. Lakukannya secara kerap.

MENGURANGKAN KEMBUNG PERUT

Sesetengah orang memang kerap mengalami masalah kemasukan angin dalam badan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kembung perut. Petua untuk melegakan masalah angin juga melibatkan penggunaan bawang putih.

Ambil dan bakar dua ulas bawang putih di atas dapur bersama dengan kulitnya sekali untuk beberapa minit.

Setelah nampak garing, buang kulit dan makanlah bawang putih tersebut. Tak sampai setengah jam hasilnya akan dapat dirasai. Anda akan merasa lega dan tidak kembung perut lagi.

KAWAL BERAT BADAN

Menurut pakar pemakanan, Cynthia Sass, khasiat bawang putih dapat membantu mengawal berat badan seseorang.

Hasil kajian makmal yang dijalankan ke atas seekor tikus ada menunjukkan bahawa tikus yang memakan makanan yang kaya dengan bawang putih berjaya mengurangkan lemak dan berat badan mereka.

Hal ini kerana, khasiat bawang putih mampu meningkatkan tahap metabolisme badan serta menghentikan penghasilan sel-sel lemak dalam badan.

Jadi, bagi anda yang sedang dalam proses diet, cuba manfaatkan tips ini dengan memasukkan bawang putih dalam memasak makanan harian anda.

Untuk kesan yang lebih baik, campurkan beberapa ulas bawang putih, madu, cuka dan air lalu diminum. Minuman ini sangat berkesan untuk membuang lemak daripada badan.

MELEGAKAN KULAT DAN KEGATALAN

Dengan adanya ciri-ciri sebagai anti kulat, bawang putih juga berupaya untuk melegakan gatal-gatal dan kulat pada kaki.

Caranya, rendamkan kaki gatal tersebut ke dalam besen yang berisi dengan air hangat dan bawang putih yang telah dihancurkan.

HALAU NYAMUK

Antara khasiat bawang putih yang lain, aromanya yang agak kuat dan tengik itu dikatakan membantu menghalau nyamuk.

Satu kajian di India mendapati bahawa sekiranya menggosok ramuan minyak bawang putih pada tangan dan kaki, maka ia tidak akan diganggu oleh serangga itu.

MELINDUNGI TANAMAN DARI PEROSAK

Bawang putih boleh menjadi pengganti kepada racun perosak secara semula jadi. Ini kerana, hama atau serangga perosak tanaman tidak suka akan bau bawang putih.

Untuk membuat racun semula jadi ini, gabungkan bawang putih, minyak mineral, air dan sabun cecair.

Tuangkan sebatian ini ke dalam botol dan semburkannya bagi mengelakkan serangga perosak tersebut dari terus merosakkan tanaman anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: cun

Maksud Mimpi Melihat Perkahwinan

Maksud Mimpi Melihat Perkahwinan

Mimpi mengenai perkahwinan adalah simbol komitmen, keharmonian atau perubahan. Ini menunjukkan bahawa anda sedang melalui fasa pengembangan peribadi yang sangat penting. Ini secara simbolik mewakili penyatuan prinsip-prinsip maskulin dan feminin dalam diri anda.

Mimpi Melihat Perkahwinan

Perkahwinan juga melambangkan hubungan cinta yang harmoni, jadi mimpi perkahwinan adalah cerminan kepuasan anda dan rasa damai dalam hubungan cinta anda saat ini, walaupun anda mungkin tidak memikirkan perkahwinan.

Berikut adalah maksud dan tafsir mimpi melihat perkahwinan:

Mimpi berkahwin

Sekiranya anda gembira dan teruja semasa anda tidur, kejutan yang menyenangkan menanti anda.

Sekiranya anda sedih, ini menunjukkan situasi yang harus anda hadapi dan selesaikan, kerana rasa tidak puas hati dan kemarahan muncul di dalam diri anda.

Sebaliknya, ini juga boleh menjadi simbol komitmen anda terhadap perkongsian.

Mimpi ini menjadi cerminan keinginan anda untuk berkahwin dan bawah sedar anda memberitahu bahawa anda telah bertemu dengan orang yang anda perlukan.

Sekiranya anda bermimpi merancang perkahwinan, ini menunjukkan bahawa anda sedang mempersiapkan perubahan serius dalam hidup anda.

Mimpi perkahwinan orang lain

Sekiranya anda bermimpi menyaksikan perkahwinan seseorang atau pergi ke perkahwinan seseorang, mimpi ini menunjukkan permulaan atau perubahan baru dalam hidup anda.

Mimpi itu juga berkaitan dengan sikap anda tentang keterikatan dan kebebasan, juga dapat menggambarkan kegelisahan dan ketakutan anda.

Perhatikan bagaimana perasaan anda di majlis perkahwinan.

Sekiranya anda sedih, ini menunjukkan bahawa anda tidak berpuas hati dengan status anda sekarang.

Sekiranya anda gembira, ini menunjukkan bahawa anda senang menerima beberapa perubahan dalam hidup anda.

Sekiranya anda sampai lambat, mimpi ini menunjukkan bahawa anda merasa terpencil, seolah-olah anda berdiri di samping dan orang lain menuju ke arah yang baru.

Sekiranya anda berada di majlis perkahwinan orang asing, mimpi ini menunjukkan tempoh yang baik dan jalan keluar dari krisis kewangan.

Mimpi berkahwin dengan bekas kekasih

Mimpi seperti ini dapat menunjukkan bahawa anda telah belajar dari kesilapan sebelumnya.

Ada kemungkinan hubungan anda sekarang serupa dengan yang sebelumnya, tetapi setelah pengalaman itu, anda tahu kesalahan mana yang tidak perlu anda ulangi.

Mimpi ini juga boleh bermaksud bahawa anda tidak berpuas hati dengan status emosi anda sekarang atau bahawa anda tidak mempunyai sesiapa.

Mimpi berkahwin lagi dengan pasangan

Mimpi ini mengesahkan kebahagiaan dan kepuasan perkahwinan anda sekarang dan mengesahkan hubungan yang kuat.

Mimpi itu bahkan menunjukkan kesediaan untuk fasa yang lebih serius dalam kehidupan berkahwin, seperti membeli rumah bersama.

Mimpi berkahwin dengan orang yang jauh lebih tua

Mimpi ini boleh menjadi tanda penyakit atau sesuatu yang tidak menyenangkan yang akan berlaku.

Ini juga boleh bermaksud takut akan kesepian ketika anda mencapai usia tua.

Sekiranya anda bermimpi berkahwin dengan orang yang jauh lebih muda, ini adalah tanda perubahan yang indah dalam hidup anda.

Mimpi berkahwin dengan orang asing

Mimpi ini adalah petanda bahawa anda memerlukan perubahan dan anda perlu bergerak lebih kerap.

Anda perlu lebih terbuka untuk bertemu orang baru.

Sebaliknya, mimpi itu menunjukkan beberapa ketidakselesaan yang akan anda alami, masalah di tempat kerja, masalah dalam hubungan semasa atau pertengkaran.

Mimpi tidak ada yang menghadiri majlis perkahwinan

Mimpi ini boleh menjadi akibat dari kegelisahan kerana perkahwinan yang akan datang. Itu juga boleh menjadi akibat panik akibat kehilangan kebebasan.

Mimpi melarikan diri dari perkahwinan anda sendiri

Mimpi itu mungkin merupakan akibat dari keengganan anda untuk menerima beberapa perubahan dalam hidup anda. Anda mungkin memikirkan semula janji yang anda buat.

Mimpi buruk pada majlis perkahwinan

Apabila berlaku pergaduhan atau rusuhan semasa perkahwinan, mimpi ini menunjukkan bahawa anda tidak pasti akan beberapa perubahan dalam hidup anda dan mengubah fikiran anda. Mungkin anda cemburu dengan pencapaian seseorang.

Sebaliknya, ini dapat menunjukkan bahawa anda tidak pasti bahawa anda ingin berkahwin dan mempertimbangkan keputusannya akan kembali.

Sekiranya anda merancang atau mengatur perkahwinan, mimpi itu adalah akibat tekanan dan kegelisahan sama ada semuanya akan mengubah cara yang anda mahukan.

Sekiranya anda belum berkahwin dan mempunyai mimpi seperti ini, ia menunjukkan bahawa anda takut kehilangan kebebasan, yang bukan hanya berkaitan dengan perkahwinan, tetapi juga dalam bentuk ikatan lain seperti bekerja.

Mimpi anak anda berkahwin

Sekiranya anda pernah mempunyai mimpi seperti ini, ini memberitahu anda untuk berhenti marah dan bimbang terlebih dahulu.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mimpisu

Saturday, June 09, 2018

Petua Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

Petua Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

Dalam melakukan ibadat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, sudah pastinya kita sentiasa ternanti-nanti malam Lailatul Qadar pada 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam ganjil daripada 10 malam terakhir Ramadhan.

Petua Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

Adakah malam Lailatul Qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha mengimarahkannya sahaja yang akan merasai nikmat beribadat di malam Lailatul Qadar tersebut.

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.

Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut:
  • Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.
  • Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.
  • Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.
  • Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.
  • Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.

Maka, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatul Qadar ini?

Contohnya;

Jika satu hari bulan iaitu Awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu, maka malam Lailatul-Qadar dijngka berlaku pada malam yang ke dua puluh embilan.

Dan begitulah seterusnya seperti jadual berikut:

Petua Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar
Jangkaan Kemunculan Lailatul Qadar.

Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili bahawa semenjak dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

ALLAH SWT berfirman yang maksudnya;

“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: Ayat 1-5)

Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 83 tahun.

Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Daripada Aishah r.a telah berkata, “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan).” (Muttafaqun alaih)

Martabat yang tertinggi dalam menghidupkan malam Lailatul-Qadar adalah dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti memohon ampun kepada ALLAH SWT, melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Quran dan berdoa.

Dengan tegas Rasulullah SAW bersabda:

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai jenis ibadat yang lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah SWT, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Bukhari r.a.).

Tanda Malam Al-Qadar

Di antara tanda malam Al-Qadar adalah:
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  • Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan sebagai tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: shafiqolbu

Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Minyak Kelapa Dara adalah 100% organik dan diperolehi daripada santan kelapa yang hidup secara semulajadi, menggunakan buah kelapa matang yang berkualiti, tanpa menggunakan haba dan tidak diproses secara kimia.

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara mengandungi nutrien seperti vitamin E yang terkandung di dalam Minyak Kelapa Dara yang tidak akan rosak atau hilang khasiatnya.

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA:
  1. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  2. Merangsang metabolisme.
  3. Menyokong fungsi tiroid.
  4. Membantu anda menurunkan dan mengekalkan berat badan yang ideal.
  5. Membunuh Virus, bakteria, kulat dan protozoa.
  6. Memiliki sifat antioksidan semulajadi.
  7. Tidak membebankan organ pankrease.
  8. Lemak tepu rantai sederhana. (MCFA – mudah dihadham).
  9. Sudah mula dihadhamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya kurang berkembang.
  10. Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima.
  11. Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.
  12. Sel jadi cekap dan efisien.
  13. Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas.
  14. Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh.
  15. Tiada LDL kolesterol.
  16. Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid.
  17. Bersifat antivirus, antibakteria , antifungus, anti protozoa.
  18. Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit ) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara.
  19. Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan).
  20. Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien).
  21. Meningkatkan daya tahan (endurance).
  22. Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi.
  23. Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.

BANYAK MANFAAT MINYAK KELAPA DARA ASLI UNTUK PENYAKIT BERBAHAYA

Masalah Resdung

Minyak kelapa dara adalah pembasmi kuman semulajadi.

Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting Minyak kelapa dara.

Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan Minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung.

Masalah Tiroid

Minyak kelapa dara boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme.

Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dapat memberi bermanfaat untuk masalah tiroid. Minyak kelapa dara dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik.

Minyak kelapa dara juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.

Penjagaan Rambut

Minyak kelapa dara merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat memberikan mereka kulit berkilau.

Urutan kepala dengan minyak kelapa dara memastikan bahawa kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala anda kering.

Minyak kelapa dara banyak digunakan di benua India untuk rawatan rambut.

Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak.

Ini juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak.

Oleh kerana itu digunakan sebagai minyak rambut dan digunakan untuk membuat pelbagai penyejuk dan krim mencegah kelimumur.

Minyak kelapa dara disapu untuk rawatan rambut.

Penjagaan Kulit

Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering.

Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab.

Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan Minyak kelapa dara.

Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas.

Hal ini juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia.

Minyak kelapa juga membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, eksim dan lain-lain jangkitan kulit.

Oleh kerana itu minyak kelapa bentuk bahan dasar berbagai perawatan tubuh produk-produk seperti sabun, lotion, krim, dll, digunakan untuk rawatan kulit.

Melewatkan proses Penuaan

Minyak kelapa dara membantu dalam melewatkan proses penuaan awal dan penyakit degeneratif kerana sifat antioksidan semulajadi.

Penyakit Jantung

Ada salah faham yang tersebar di antara orang ramai bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung.

Ini kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu namun sebenarnya, Minyak kelapa dara memberi kebaikan untuk jantung.

Ia mengandungi asid laurik sekitar 50% hingga 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.

Lemak tepu yang terkandung di dalam Minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain kerana tidak menyebabkan peningkatan kadar LDL.

Ia dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis.

Masalah Berat Badan

Minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan berat badan kerana ia mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan.

Minyak kelapa dara lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman.

Seterusnya, meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreas, membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan membantu orang yang gemuk dan kelebihan berat badan dan membantu mengurangkan berat badan mereka.

Itulah sebabnya, orang-orang yang tinggal di daerah pantai tropika, yang menjadikan minyak kelapa sebagai sumber makanan utama mereka, biasanya tidak mengalami masalah berat badan, obesiti atau kegemukan.

Untuk Pencernaan

Minyak kelapa dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah didalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar.

Lemak tepu dalam Minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan.

Minyak kelapa dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino.

Sistem imun atau Kekebalan tubuh

Minyak kelapa amat baik untuk sistem kekebalan tubuh.

Membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh kerana ia mengandungi lipid antimikrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang antikulat, memiliki sifat anti bakteria dan antivirus yang kuat.

Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus dan bahkan HIV.

Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia.

Penyembuhan secara semulajadi

Jika diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan, membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Minyak kelapa dara paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak.

Masalah Jangkitan

Minyak kelapa sangat efektif melawan pelbagai jangkitan kerana sifat-sifatnya antikulat, antivirus, dan antibakteria.

Menurut sebuah Pusat Penyelidikan, Minyak kelapa membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpes, SARS, dll juga boleh membunuh bakteria yang menyebabkan sakit telinga, infeksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia, dan gonore.

Minyak kelapa dara juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat kronik, ruam lampin.

Mencegah masalah Hati

Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak.

Kencing Manis atau Diabetes

Minyak kelapa dara membantu dalam mengawal kadungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin.

Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.

Untuk Tulang

Seperti disebutkan sebelumnya, minyak kelapa dara meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk menyerap mineral penting.

Ini termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk menguatkan tulang.

Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.

Penjagaan Gigi

Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu dalam mendapatkan gigi yang kuat.

Minyak kelapa juga dapat membantu masalah kerosakan gigi.

Untuk Kesihatan

Minyak kelapa dara sering digunakan oleh para atlet untuk menguatkan tubuh dan mereka yang sedang mengamalkan diet.

Ini kerana Minyak kelapa dara mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah diubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri.

Minyak kelapa dara dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina dan dapat meningkatkan prestasi atlet.

Adakah Minyak Kelapa Dara ORGANIK?

Minyak Kelapa Dara adalah 100% organik kerana ia diperolehi dari pohon kelapa yang ditanam secara semulajadi.

Apakah Minyak Kelapa Dara selamat untuk dimakan?

Ianya selamat untuk dimakan, melalui kajian-kajian yang dilakukan sejak tahun 30an telah membuktikan kelebihan yang dimiliki oleh Minyak Kelapa Dara.

Malah ia telah disenaraikan di 'Generally Regarded As Save' (GRAS) yang dikeluarkan oleh USFDA sebagai makanan yang selamat untuk dimakan.

Siapakah yang sesuai memakan Minyak Kelapa Dara?
  • Minyak Kelapa Dara amat sesuai diminum oleh semua peringkat umur.
  • Ibu mengandung.
  • Ibu yang sedang menyusukan anak.
  • Kanak-kanak.
  • Remaja.
  • Orang Dewasa.
  • Warga emas.
  • Mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti penyakit Resdung, Darah Tinggi, Asma, Sakit Jantung, masalah kulit, masalah rambut dsb.
  • Mereka yang ingin mengekalkan kesihatan untuk jangka panjang.

Minyak kelapa dara boleh diambil oleh ibu mengandung bila-bila masa terutamanya bila hampir cukup bulan kerana boleh meninggikan metabolisma, kulit anak dan ibu menjadi cantik, memudahkan proses bersalin, mengurangkan jangkitan kuman dan lain-lain.

Minyak kelapa dara ini juga sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak atau bayi yang sudah putus susu ibu kerana ia boleh dijadikan pengganti khasiat susu ibu disebabkan ciri-cirinya yang boleh mengurangkan serangan kuman atau virus.

Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara:
  • Dewasa: 2 - 4 sudu besar sebelum/selepas makan 2 kali sehari
  • Kanak-kanak 5-12 tahun: Satu sudu kecil selepas makan
  • Kanak-kanak 5 bulan -1 tahun: titikkan sedikit dalam susu formula/susu tepung

Bagi mereka yang mengidap stroke pula, minyak kelapa dara boleh diberi pada peringkat permulaan satu sudu besar selepas makan dan tingkatkan 2 sudu besar selepas ada kesan positif.

Strok terjadi kerana kegagalan fungsi otak menyebabkan darah menjadi 'sejuk' minyak kelapa dara mampu meninggikan metabolisma dan haba badan.

Mereka yang ingin mengekalkan kesihatan;
  • Ambil 2 hingga 4 sudu besar sekali setiap hari bagi dewasa (sebelum makan).
  • Satu sudu bagi kanak-kanak 5 tahun keatas (sekali sehari).
  • 1 camca teh bagi kanak-kanak 6 bulan - 5 tahun (sekali sehari).

Kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan di syorkan mengambil 2 kali sehari mengikut sukatan diatas (pagi dan malam).

Dicampur di dalam makanan yang telah dihidangkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: petua


Gambar Seram Hantu Berwajah Pucat Dalam Gambar Anak!

Gambar Seram Hantu Berwajah Pucat Dalam Gambar Anak!

Seorang wanita bernama Laura Watson, ibu kepada dua anak mendakwa terdapat 'hantu' dalam gambar anaknya, ketika keluarga tersebut melawat Plessey Woods Country Park di Northumberland, England pada Isnin lalu (28/5/2018).

Gambar Seram Hantu Berwajah Pucat Dalam Gambar Anak!

Selepas berkelah dan membawa anjing peliharaan bersiar-siar, anak perempuan Watson, Charlotte, 15 dan anak lelakinya Byrin, 9, bersama sepupu mereka Jack, 16, ternampak sebatang pokok yang tinggi.

Mereka mula memanjat pokok tersebut, sementara Watson mengambil beberapa keping gambar ketiga-tiga mereka sedang bergembira.

Walau bagaimanapun, dia amat terkejut apabila melihat dengan teliti salah satu gambar yang diambilnya.

Di belakang Byrin, kelihatan seperti ada seorang lagi budak berwajah pucat, rambut warna gelap, sedang berdiri di belakang anaknya dengan tangannya memegang bahu anaknya itu.

Watson memberitahu dia sangat pasti tidak ada kanak-kanak lain di sekitar pokok itu pada masa gambar diambil.

"Kalau ada, saya akan dapat melihat mereka dan saya tidak akan mengambil gambar jika terdapat budak lain di belakangnya."

Bagi mereka yang mendakwa gambar itu disunting dengan Photoshop, Watson berkata dia tidak tahu melakukan perkara-perkara seperti itu.

"Saya buta teknologi dan saya bukan jenis orang yang akan berbuat demikian."

Watson berkata dia benar-benar ketakutan sejak melihat budak lelaki itu dalam foto dan beberapa rakan telah memberikan kata-kata semangat kepadanya di Facebook.

"Saya dan anak perempuan saya tidak dapat tidur malam tadi kerana sangat takut," katanya kepada The Daily Mail.

"Saya bimbang sekiranya ada yang mengikut kami balik."

Dia telah diberitahu kisah legenda tempatan tentang seorang budak lelaki lemas di Sungai Blyth di sekitar Plessey Woods dan tertanya-tanya apakah gambar itu adalah semangatnya.

Walaupun ketakutan, Watson berminat untuk kembali ke hutan itu untuk mengesan sebarang aktiviti paranormal lain.

"Saya tidak percaya apa-apa seperti itu sehingga saya sendiri melihatnya."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Legenda Kisah Batang Kayan, Perjanjian Orang Kayangan Bersama Suku Sebuyau

Legenda Kisah Batang Kayan, Perjanjian Orang Kayangan Bersama Suku Sebuyau

BATANG Kayan itulah satu nama sungai yang lokasinya terletak di Lundu, Sarawak dan sudah semestinya nama sungai ini begitu janggal didengar kerana ramai yang mengetahui bahawa etnik Kayan iaitu salah satu pembentuk Kaum Orang Ulu Sarawak ramai tertumpu penempatannya di Miri, Sarawak.

Legenda Kisah Batang Kayan

Amat jauh sebenarnya lokasi antara kedua-dua buah tempat ini iaitu satu di selatan Sarawak dan satu lagi di utara Sarawak.

Hakikatnya ada satu cerita yang amat jarang diketahui sejarahnya oleh rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.

Dan ditambah lagi sejarah ianya berlaku tidak didokumenkan melainkan menerusi cerita lisan orang tua dulu-dulu.

Suku Kayan sebenarnya pernah mendiami kawasan Lundu iaitu diketika Sarawak masih lagi menjadi tanah kuripan kepada Kesultanan Brunei sehingga ke pemerintahan Raja Sir James Brooke.

Menurut penceritaan secara lisan Penghulu Kalong menyatakan bahawa suatu waktu dahulu, masyarakat pelbagai kaum di Sarawak tidak pernah lari daripada sejarah perang saudara.

Ianya banyak berkisar kepada niat untuk meluaskan wilayah masing-masing dan membuktikan kekuasaan mereka di satu tempat sehingga orang tempatan ada yang terpaksa mengalah mahupun mengangkat senjata mempertahankan tanah mereka dari didominasi oleh orang luar.

Alkisahnya suatu waktu dahulu pernah berlaku perang saudara antara suku Kayan dengan Orang Undop di Lundu.

Sejarah lisan memperkatakan bahawa pada masa itu, suku Kayan telah diburu oleh Orang Skrang dari kawasan Bung Bratak.

Dan sememangnya di dalam sejarah kita mengetahui bahawa Orang Skrang pernah melakukan penjarahan di Bung Bratak sehingga memaksa Orang Bidayuh bangun menentang mereka.

Dan diceritakan juga suku Kayan turut ada di Bung Bratak tetapi di dalam jumlah yang sedikit.

Akibat daripada serangan dan buruan Orang Skrang menyaksikan suku Kayan yang sedikit ini melarikan diri sehingga ke kawasan Lundu demi survival masyarakat mereka.

Namun, lain pula jadinya apabila berada di Lundu kerana suku Kayan terlalu bermaharajalela lebih-lebih lagi mereka turut terkenal sebagai antara masyarakat yang gah dengan perang kayau mereka.

Di ketika inilah dikatakan Orang Undop menjadi mangsa kerakusan perluasan kuasa mereka.

Mahu tidak mahu Orang Undop yang merupakan antara masyarakat tempatan di Lundu bangun menghunus senjata dan bersatu dengan Orang Sebuyau yang mendiami kawasan persisiran pantai Lundu.

Pada masa itulah diceritakan bagaimana kekuasaan mistik Orang Sebuyau banyak membantu kemenangan berpihak kepada mereka.

Tiba pada hari yang ditetapkan maka bersiagalah kesemua pahlawan suku Undop dan suku Sebuyau memerangi Suku Kayan di satu tempat tidak jauh dari Gunung Gading.

Jauh sebelum itu diceritakan suku Sebuyau telah menjalankan satu upacara ritual iaitu untuk berhubung dengan Puteri Gunung Gading dan Orang Kayangan bernama Rintaiamis bagi memohon bantuan.

Bermulalah episod yang mana sewaktu pertempuran berlangsung diceritakan air sungai tempat lokasi pertempuran bertukar menjadi satu aliran sungai yang deras.

Pada masa itu juga dikatakan pahlawan Undop dan Sebuyau sedang bersiaga di tepi sungai sementara menanti Suku Kayan berperahu masuk ke sungai tersebut.

Dengan aliran yang deras secara tiba-tiba itulah, pahlawan Suku Kayan tidak mampu mengawal perahu mereka sehingga ada antara mereka yang terhumban ke dalam sungai dan mati lemas.

Bagi pahlawan suku Kayan yang masih hidup serta berupaya berenang ke tepian sungai pula terpaksa berhadapan dengan pahlawan Undop dan Sebuyau seperti Panglima Geransi Ribut Litap yang dengan mudahnya memenggal kepala mereka lantas bercerai dari badan.

Kemudian, mayat-mayat yang terbunuh dibuang ke dalam sungai tersebut sehingga air sungai menjadi merah pekat lalu sejak itulah sungai yang tidak bernama itu diberikan nama Batang Kayan.

Ianya bersempena dengan nama mayat-mayat suku Kayan yang bergelimpangan di sungai tersebut.

Sementara itu biarpun sudah reda peperangan, Orang Kayangan masih tetap membantu Orang Undup dan Orang Sebuyau iaitu dengan menyaksikan seluruh kawasan Gunung Gading pada masa itu hilang dari penglihatan manusia.

Ini adalah untuk memastikan bahawa keamanan akan terus dikecapi di kawasan tersebut dan bagi mengelak ada lagi saki baki suku kayan dan masyarakat yang lain memulakan peperangan di kawasan mereka.

Oleh kerana adanya perjanjian antara Orang Kayangan bersama Suku Sebuyau itulah menyebabkan daerah itu aman damai dan amat jarang berlaku peperangan perluasan kuasa oleh masyarakat lain walau di ketika perang kayau banyak berlaku di Sarawak.

Inilah antara cerita lisan yang menghiasi dunia perang kayau atau perang perluasan kuasa di kawasan Lundu suatu waktu dahulu.

Sehingga ke hari ini masyarakat tempatan masih mempercayai kewujudan unsur-unsur mistik dan supernatural di Lundu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots