Ahad, Jun 10, 2018

Maksud Mimpi Melihat Perkahwinan


Melihat perkahwinan dalam mimpi adalah sebuah tanda yang tidak baik, walaupun perkahwinan adalah sebuah peristiwa yang amat indah bagi seorang manusia, dari segi mimpi pula terbalik hakikatnya.

Mimpi Melihat Perkahwinan

Berikut adalah maksud dan tafsir mimpi melihat perkahwinan.

Jika melihat seseorang sedang berkahwin, mimpi ini membawa maksud orang tersebut akan mengalami kemalangan, akan diserang penyakit yang serius atau lebih teruk lagi akan meninggal dunia tidak lama lagi.

Jika melihat seseorang itu sedang berkahwin dan perkahwinannya selesai, mimpi ini membawa maksud orang yang telah berkahwin dalam mimpi tersebut akan meninggal dunia tidak lama lagi.

Jika melihat seseorang itu sedang bertunang atau hanya melakukan persediaan untuk berkahwin, mimpi ini membawa maksud orang yang dilihat tadi akan mengalami kemalangan, akan diserang penyakit yang serius atau lebih teruk lagi akan meninggal dunia tidak lama lagi.

Jika melihat seseorang sedang berada dalam rombongan mempelai, menyambut perkahwinan, sedang bersanding dan sesuatu yang berkaitan dengan perkahwinan, semuanya sama erti, sudah dekat dengan penyakit dan kematian.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: facebook

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Kepada Allah jua kita berserah dan bertawakkal kpdNya

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon