Friday, December 15, 2017

Video Aksi Stunt Terakhir Daredevil Wu Yongning Mengundang Maut!

Video Aksi Stunt Terakhir Daredevil Wu Yongning Mengundang Maut!

Ianya satu stunt yang tidak menjadi buat seorang daredevil dari China, Wu Yongning yang baru berusia 26 tahun dalam aksi berani beliau yang terbaru serta yang terakhir.

Video Aksi Stunt Terakhir Daredevil Wu Yongning Mengundang Maut!

Wu dilihat membuat aksi pull up beberapa kali sebelum beliau tergelincir dari bumbung bangunan setinggi 62 tingkat, Huayuan International Centre, China.

Wu memulakan karier beliau sebagai pelakon tambahan dalam beberapa produksi di China sebelum terkenal di China dengan membuat aksi-aksi berani di serata China terutamanya bangunan tinggi.

Wu telah membuat hampir 300 video dan mempunyai hampir 1 juta pengikut di laman Weibo dan Volkano, laman platform seperti Twitter dan Bigo Live di China.

Wu memanjat bumbung ini tanpa sebarang alat keselamatan dan melakukan aksi ini secara berseorangan.

Satu kamera dipasang oleh Wu sendiri di satu bahagian bangunan berkenaan untuk merakam aksi beliau sebelum dia terjatuh dan mati di tempat kejadian.

Mayat Wu kemudiannya ditemui oleh pencuci tingkap bangunan selepas tragedi tersebut.

Insiden ini telah berlaku sebulan yang lalu dan cuma beberapa hari lalu ianya disahkan sendiri oleh teman wanita Wu.

Khabarnya dengan membuat aksi ini, Wu akan memenangi hadiah wang tunai 100,000 Yuan (RM61,500+-) dan mahu menggunakan wang berkenaan untuk melamar teman wanitanya serta mengubati ibunya yang sedang sakit.

Peminatnya di laman Weibo berpendapat aksinya yang terakhir ini sesuatu yang sangat berbahaya dan tidak boleh dilakukan seorang diri.

Dengan adanya video ini, ianya dapat menjadi pengajaran kepada pelagak aksi amatur supaya lebih mementingkan keselamatan dan bukan hanya mementingkan views sahaja.

Aksi rooftopping memang menjadi trend di seluruh dunia dan diharap selepas ini, anda yang sukakan aksi seperti ini sentiasa mementingkan keselamatan dan memakai peralatan yang sepatutnya supaya kejadian seperti ini tdak akan berulang lagi.

AMARAN: Video dibawah tidak sesuai untuk penonton yang menghidap darah tinggi dan sakit jantung!

BACA INI JUGA: Tradisi Luarbiasa Panjat Tebing Curam Tanpa Peralatan Keselamatan!


sumber: thevocket

Bahaya Idea Liberalisme Di Malaysia

Bahaya Idea Liberalisme Di Malaysia

Sejak akhir-akhir ini, isu kebebasan tidak beragama merupakan salah satu aspek liberalisme kehidupan dalam manusia. Golongan anti Islam ini tahu jika fahaman komunisme atau kapitalisme yang disebarkan kepada umat Islam, maka ideologi atau fahaman tersebut boleh dimatikan dengan menangani dasar ilmu tersebut atau mematikan manusia yang menaungi fahaman dan ideologi tersebut.

Bahaya Idea Liberalisme Di Malaysia

Tetapi jika idea kebebasan hidup dalam beragama dikembangkan kepada umat Islam, maka idea tersebut akan dipelbagaikan dan berkekalan.

Maka golongan anti Islam ini menggunakan idea liberalis dalam kehidupan manusia. Tujuannya menggunakan logik akal dalam memesongkan pegangan akidah umat Islam.

Idea liberalisme mampu meruntuhkan pengaruh sesuatu parti yang sebahagian budaya masyarakat tersebut. Mereka tahu Umno dan Pas sebati dalam politik Malaysia.

Untuk melemahkan pengaruh kedua-dua parti berteraskan agama dan bangsa, maka idea liberalisme perlu disebarkan dengan tujuan mengubah budaya geo-agama dan politik di Malaysia.

Perjuangan mereka dapat dilihat dalam isu menghalalkan penggunaan kalimah ALLAH dan tudung tidak dibenarkan dipakai dalam pekerjaan industri perhotelan.

Jika ingin didebatkan dalam konteks penggunaan kalimah ALLAH maka cadangan ini perlu digunakan dalam prinsip Rukun Negara, iaitu menukar prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan kepada ALLAH selaras Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, tetapi golongan liberalis tidak bersetuju kerana mempunyai implikasi ke atas Prinsip Rukun Negara lain iaitu Keluhuran Perlembagaan.

Definisi nilai Keluhuran Perlembagaan meletakkan semua keputusan kerajaan perlu dilaksanakan mengikut undang-undang.

Jika ini diamati maka prinsip Kepercayaan kepada ALLAH akan meletakkan Keluhuran Perlembagaan Islam menjadi keutamaan selaras prinsip Rukun Negara.

Pemakaian doktrin Keluhuran Perlembagaan diperuntukkan untuk Perkara 5 hingga Perkara 13. Dalam hal ini, Perkara 11 fasal(4) iaitu dalam Perkara Kebebasan Beragama, perundangan Perlembagaan Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang-orang Islam, tetapi golongan liberalis tidak akan setuju jika berlakunya cadangan perubahan prinsip Rukun Negara.

Ini disebabkan jika situasi ini benar-benar berlaku, maka dengan sedemikian mana-mana polisi piawaian antarabangsa yang bertentangan dengan Perkara 11(4) boleh dibatalkan.

Malah, mana-mana individu yang cuba menghalang perlaksanaan doktrin yang berkaitan dengan Islam boleh didakwa termasuklah perlaksanaan perniagaan yang berdasarkan ajaran Islam.

Adakah peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini dilaksanakan oleh badan kehakiman di negara ini?

Pada masa kini, banyak perniagaan yang menjalankan polisi yang bertentangan dengan doktrin perlaksanaan ajaran Islam tetapi diendahkan. Maka umat Islam dilihat lemah kerana sebab politik.

Satu kajian dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dan universiti awam menunjukkan antara 70% hingga 85% pelajar-pelajar Islam tidak menyempurnakan solat 5 waktu seperti dituntut dalam Rukun Islam.

Apabila tiang agama menjadi lemah, maka pegangan akidah umat Islam mudah dipengaruhi hawa nafsu.

Akhirnya hawa nafsu ini menjadikan umat Islam semakin lama semakin jauh daripada ajaran Islam sebenar.

Secara teknikalnya, doktrin perlaksanaan ajaran Islam di negara ini berkaitan salah satu sumber perundangan Perlembagaan.

Maka di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, doktrin perlaksanaan ajaran Kristian menjadi satu kewajipan dalam kehidupan bernegara kerana merupakan sumber perundangan.

Tetapi di negara kita, doktrin perlaksanaan ajaran Islam hanya menjadi satu keperluan dan bukan satu kewajipan kehidupan bernegara.

Maka tidak menghairankan jika golongan tidak beragama (ateis) wujud dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Golongan ini sememangnya telah lama wujud dalam kalangan bukan Islam sejak 1990, tetapi dipandang ringan persatuan-persatuan agama bukan Islam.

Ledakan fahaman ateis dalam kalangan orang Islam di negara ini berlaku akibat perkembangan pesat penggunaan alam maya.

Mahu tidak mahu, fahaman ateis dan liberalis ini bertentangan dengan Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan konsep kebebasan beragama dan bukannya tidak beragama.

Tambahan pula, kebebasan beragama ini merujuk kepada tata susila agama selaras Prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Jadi fahaman liberalis ini turut bertentangan dengan tata susila beragama di negara ini, tetapi kenapa sebahagian individu dalam golongan ini masih kebal dengan perundangan Perlembagaan Persekutuan? Adakah hal ini mempunyai kaitan politik atau ekonomi, atau kedua-duanya?

*Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Adakah Bitcoin Matawang Atau Aset Pelaburan?

Adakah Bitcoin Matawang Atau Aset Pelaburan?

Pada tahun 2017 boleh dikatakan sebagai tahun Bitcoin, apabila matawang-crypto itu telah beberapa kali memecah rekod dan merupakan matawang-crypto (Cryptocurrency) paling popular dalam kalangan pelabur matawang digital.

Adakah Bitcoin Matawang Atau Aset Pelaburan?

Pada awal tahun 2017, bitcoin hanya didagangkan sekitar $800-$960 namun pada 8 November, harga 1 bitcoin sudah menghampiri $7,700.

Namun, tidaklah kita katakan harga bitcoin ini terus naik tanpa ada sebarang kejatuhan yang mendadak. Dunia sebenarnya telah beberapa kali menyaksikan junaman oleh harga bitcoin.

Baru-baru ini ia jatuh sekali lagi apabila penambahbaikan perisian yang dikenali sebagai fork itu dibatalkan. Harga bitcoin jatuh sehingga ke paras $5600, tetapi selepas itu ia mula melonjak kembali kepada $7230 pada hari ini.

Dalam komuniti bitcoin terdapat perdebatan adakah bitcoin adalah matawang walaupun ia disebut dengan matawang-crypto? Adakah matawang-crypto kita fahami itu seperti matawang fiat yang kita gunakan?

Kebanyakan pelabur masih beranggapan bitcoin adalah matawang walaupun ia belum berfungsi sebagai alternatif matawng fiat.

Dalam masa yang sama, ramai dalam komuniti bitcoin yang menyedari bahawa bitcoin menghadapi beberapa masalah iaitu tempoh-masa transaksi, penggunaan tenaga yang kurang efisien dalam melombong (mining) dan beberapa isu yang menghalang bitcoin menjadi matawang alternatif kepada USD,GBP dan Euro.

Menurut Linas Beliunas ( pakar strategi Fintech dan penganalisis matawng-crypto) berpendapat jika bitcoin ialah matawang alternatif ada

3 ciri-ciri yang perlu dipenuhi:
  • Medium pertukaran.
  • Unit akaun.
  • Penyimpan nilai.

1. Medium pertukaran

Sejak bitcoin mendapat tumpuan pada tahun ini, banyak industri dan syarikat besar telah mula menggunakan bitcoin sebagai pembayaran alternatif.

Salah satunya ialah Google yang mengunankan bitcoin sebagai pembayaran API dan dijangka Amazon juga akan mula menggunakannya.

Apabila disebut medium pertukaran maka kita maksudkan matawang RM5.00 boleh ditukarkan kepada RM5.00 yang lain kerana nilai sama dan boleh ditukarkan untuk membeli barangan.

Isu bitcoin ialah ia tidak beroperasi dengan baik sebagai medium pertukaran kerana sifat harganya yang bersifat ‘high volatility’ (mudah berubah). Ini menyebabkan ia tidak sesuai digunakan untuk membeli barang dengan bitcoin.

Berdasarkan pergerakan harga bitcoin, lonjakan dan penurunan harga adalah sangat tinggi sehingga mencapai 30-40%. Bebeza dengan matawang fiat, perubahann harian hanyalah di sekitar 1-3%.

2. Mempunyai unit akaun

Dalam ekonomi ia dikenali sebagai ukuran monetari. Contohnya matawang Ringgit Malaysia (RM) terdiri daripada unit akaun serendah 5 sen sehingga yang terbesar RM100 dan kita boleh gunakan ia untuk membeli barangan, aset atau liabiliti.

Namun disebabkan bitcoin adalah sangat volatile , maka ciri-ciri ini juga tidak dapat dipenuhi.

Pada ketika ini tiada lagi pemiutang yang mengunakan bitcoin sebagai unit akaun untuk kredit, hutang atau pinjaman rumah secara per se.

Kita boleh gunakan bitcoin sebagai perbelanjaan tetapi transaksi sebenar berlaku dalam matawang fiat.

3. Penyimpan nilai

Dalam 3 ciri yang disebutkan, ciri ini yang paling memenuhi kriteria bitcoin. Jika diteliti pergerakan bitcoin sejak mula didagangkan, tujuan asalnya sudah berubah daripada ingin menjadi matawang kepada penyimpan nilai.

Terkini bitcoin lebih berfungsi sebagai penyimpan nilai atau pelaburan alternatif.

Namun terdapat beberapa kes yang membeli bitcoin dan menyimpan kekayaan dalam bitcoin disbebabkan matawang fiat sudah tidak berfungsi, seperti yang berlaku di Zimbabwe atau Venezuela.

Inflasi yang tinggi menyebabkan permintaan bitcoin melonjak di negara Afrika Selatan.

Masih terdapat persoalan adakah bitcoin memenuhi kriteria ini dengan baik? kerana wang yang sebenar seharusnya mampu untuk mengekalkan nilai intrinsiknya (intrinsic value ) dalam tempoh yang sangat lama.

Kesimpulannya, adakah bitcoin adalalah matawang atau komoditi? Dalam komuniti bitcoin masih diperdebatkan termasuklah pakar ekonomi.

Menurut Beliunas pada ketika ini bitcoin lebih berfungsi sebagai komoditi ataupun crypto-aset kecuali ia telah memenuhi ciri-ciri matawang.

Bitcoin juga dijangka akan terus berkembang dengan beberapa institutsi yang turut melabur dalam penambah baikan sistem transaksi matawang digital.

Terbaru, salah satu operator pasaran hadapan (futures market) mahu melancarkan niaga-hadapan Bitcoin (Bitcoin futures).

CME (Chicago Mercantile Exchange ) kini menunggu kelulusan daripada regulator di Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Memahami Pelaburan Bitcoin, Emas Digital Pengganti Wang Kertas

sumber: moshed

Fadhilat Dan Kelebihan Surah Al-Mulk

Fadhilat Dan Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an dan tergolong dalam surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti ‘Kerajaan’. Surah ini juga disebut ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.

Surah Al Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan pembacanya amalan kehidupan seharian.

Ulama berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Kandungan Surah Al Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’.

Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.

Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu? “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah jawapan mereka.

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba periksa iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaanNya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama, “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkan pembacanya daripada azab kubur. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah Al-Mulk ini ialah:
  1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
  2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
  3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
  4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
  5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Fadhilat Surah Al-Mulk Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:

1. Mendapat Syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya, “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

Ulama berkata, “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

2. Menyelamatkan daripada seksa kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pende kata, setiap sendi berkata, “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

Rasulullah SAW bersabda, “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata, “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan, “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam.” Nabi SAW bersabda, “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)

3. Hati Beriman

Rasulullah SAW bersabda, “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

Rasulullah SAW bersabda, “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4. Mendapat Keistimewaan

Saiyidina ‘Ali berkata, “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

Ulama berkata, “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

Khasiat Lain Ayat Surah Al-Mulk

Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain antaranya:

1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk;

"Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya!"

1. Dipandang hebat dan berwibawa.

2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.

3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.

4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.

5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.

6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.

7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
  • Solat hajat.
  • Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
  • Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.

2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

Katakanlah (wahai Muhammad), “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.

Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.

Wallahu a’lam

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 16 Surah Pilihan Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya

sumber: shafiqolbu

RM3 Bilion 'Hadiah' Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

RM3 Bilion 'Hadiah' Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

Pada 27 Oktober 2017 yang lalu, FIFA telah mengumumkan jumlah wang yang akan diagihkan kepada pasukan-pasukan yang layak ke Piala Dunia Russia 2018, selepas mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Khas FIFA ketika mesyuarat diadakan di Kolkata, India.

RM3 Bilion Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

Nilai agihan yang telah dipersetujui oleh FIFA adalah berjumlah USD791 juta (RM3.23 bilion), peningkatan sebanyak 40% dari jumlah nilai agihan – USD564 juta (RM2.31 bilion) ketika Piala Dunia 2014 di Brazil sebelum ini.

RM3 Bilion Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

Graf perbandingan diatas menunjukkan peningkatan nilai agihan yang telah diberikan oleh FIFA kepada pasukan-pasukan yang bertandingan dalam Piala Dunia 5 edisi terakhir.

3 Elemen Utama Agihan Dari FIFA Yang Perlu Diketahui

FIFA telah menetapkan 3 elemen utama agihan daripada nilai keseluruhan wang yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa seperti dibawah.

1. Agihan Kepada Pasukan Bertanding

Dari jumlah USD791 juta yang telah diluluskan, USD400 juta (RM1.64 bilion) adalah untuk agihan kepada semua 32 pasukan yang layak bertanding di Piala Dunia 2018 Russia nanti.

Nilai agihan kepada setiap pasukan telah ditetapkan seperti dalam jadual dibawah.

RM3 Bilion Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

Setiap pasukan akan menerima minimum USD8 juta (RM32.7 juta) sekiranya tersingkir pada peringkat kumpulan, USD12 juta (RM49 juta) jika berada dikedudukan 9 hingga 16, USD16 juta (RM65.4 juta) jika berada dikedudukan 5 hingga 8.

Pasukan ditempat ke 4 akan menerima USD22 juta (RM90 juta), tempat ketiga USD24 juta (RM98.1 juta), naib juara sebanyak USD28 juta (RM114.5 juta) dan juara akan membawa pulang USD38 juta (RM155.4 juta)!

Selain itu juga, FIFA juga memberikan bantuan kepada pasukan-pasukan yang bakal bertanding dengan menyalurkan sejumlah wang bagi mereka melakukan persiapan untuk beraksi dalam Piala Dunia.

Bagi bantuan persiapan ini, FIFA menetapkan setiap pasukan akan diberikan USD1.5 juta (RM6.13 juta) dan akan dibayar sebelum kejohanan bermula.

Untuk semua 32 pasukan, FIFA telah memperuntukkan sebanyak USD48 juta (RM196 juta).

Ini bermakna semua pasukan yang beraksi dipentas Piala Dunia Russia 2018 akan menerima ‘jaminan’ wang tunai minimum berjumlah USD9.5 juta (RM38.85 juta).

2. Kelab Bola Sepak Juga Menerima Agihan FIFA

Melalui satu inisiatif FIFA yang dikenali sebagai ‘Club Benefit Programme’, FIFA telah memperuntukkan USD209 juta (RM855 juta) untuk diberikan kepada kelab-kelab bola sepak yang terlibat ‘melepaskan’ pemain-pemain mereka untuk beraksi di Piala Dunia Russia 2018.

Semua agihan kepada kelab akan diberikan melalui persatuan bola sepak negara masing-masing untuk disalurkan.

FIFA akan mengira tempoh pelepasan pemain ini bermula 2 minggu sebelum sepak mula sehingga 1 hari selepas pasukan pemain tersebut tersingkir di Piala Dunia Russia 2018.

Menurut pengiraan kasar FIFA, mereka akan membayar USD8,530 (RM38,844) kepada kelab untuk setiap pemain bagi setiap hari sepanjang dalam tempoh seperti dinyatakan diatas.

Di pihak kelab pula, FIFA telah menetapkan setiap kelab yang terlibat wajib mendaftar dalam program ini untuk layak menerima bayaran. Jika tiada sebarang rekod pendaftaran, FIFA tidak akan membayar harga ‘pelepasan’ pemain kepada kelab tersebut.

Jika ada pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia dan pasukan negaranya layak beraksi di Piala Dunia Russia 2018, FIFA akan membayar wang ini kepada kelab pemain tersebut melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

3. Pampasan Kecederaan Pemain Sepanjang Kejohanan Berlangsung

Pemain bola sepak berhadapan dengan risiko kecederaan samada serius atau pun sebaliknya. Perkara berkaitan dengan kecederaan ini tidak boleh dijangka dan jika berlaku akan menyebabkan ‘kerugian’ terutama kepada kelab.

Dengan kewujudan ‘Club Protection Programme’, FIFA akan memberikan pampasan kepada kelab pemain yang terbabit dengan kecederaan ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia 2018 nanti.

USD134 juta (RM548 juta) telah diperuntukan untuk membantu mana-mana kelab yang kemungkinan tidak dapat menggunakan pemain mereka yang cedera ketika beraksi di Piala Dunia Russia 2018 nanti.

Secara keseluruhnya, FIFA dilihat semakin mengambil berat tentang kebajikan bukan sahaja untuk pemain tetapi juga kepada kelab-kelab yang terlibat untuk memberikan kerjasama serta komitmen terhadap kejohanan Piala Dunia.

Peningkatan jumlah agihan dari setiap edisi terdahulu juga membuktikan bahawa FIFA begitu komited untuk memberikan ‘added value’ kepada semua pihak terbabit untuk melancarkan lagi kejohanan 4 tahun sekali ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Disember)

Tanggal 15 Disember merupakan hari ke 349 (hari ke 350 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 16 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Disember)
F-22 Raptor.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kesusasteraan Esperanto.

Peristiwa

533 - Angkatan pimpinan Belisarius menewaskan Gelimer dan angkatan Vandal dalam Pertempuran Tricamarum, menyempurnakan "Penaklukan Semula Afrika Utara" di bawah Maharaja Byzantine Justinian I.

1256 - Kubu Hashshashin di Alamut - di Iran kini - ditawan dan dimusnahkan oleh Hulagu Khan dan askar-askar Mongol.

1791 - Sepuluh pindaan yang pertama terhadap Perlembagaan Amerika Syarikat, dikenali secara kolektif sebagai Perakuan Hak Amerika Syarikat, disahkan.

1891 - Guru pendidikan jasmani James Naismith memperkenalkan permainan bola keranjang.

1964 - Perdebatan selama enam bulan mengenai bendera kebangsaan Kanada berakhir apabila Dewan Rakyat Kanada mengundi menggantikan bendera de facto Panji Merah Kanada, dengan Bendera Daun Mapel kini.

1965 - Pertemuan angkasa lepas pertama terjadi apabila kapal angkasa lepas NASA Gemini 6A menghampiri Gemini 7 sedekat 30 cm.

1994 - Pelayar web Netscape Navigator 1.0 mula diterbitkan.

2005 - Pesawat pejuang halimunan F-22 Raptor, didakwa Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai yang terhebat hari ini, memasuki perkhidmatan.

2006 - BadVista dimulakan oleh Yayasan Perisian Bebas untuk menentang pengambilan sistem pengendalian baru dari Microsoft, Windows Vista.

2007 - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan bahawa darurat di Pakistan telah berakhir.

2008 - Parlimen Thailand melantik Abhisit Vejjajiva daripada Parti Demokrat sebagai Perdana Menteri yang baharu.

2009 - Kapal terbang penumpang berbadan lebar Boeing 787 Dreamliner, menjalankan penerbangan sulungnya.

2010 - Kepala Raja Henri IV dari Perancis yang hilang selepas kuburnya dicemarkan, diumumkan dijumpai.

2011 - Amerika Syarikat secara rasminya mengumumkan tamatnya Perang Iraq.

2014 - Pada 15-16 Disember 2014, seorang lelaki bersenjata tunggal, Man Haron Monis, memegang tebusan 17 pelanggan dan pekerja sebuah kafe coklat Lindt yang terletak di Martin Place di Sydney, Australia. Tiga mati dan salah seorang ialah suspek.

Kelahiran

1960 - Mahdzir Khalid, seorang Menteri Besar Kedah ke-9.

1981 - Roman Pavlyuchenko, pemain bola sepak Tottenham Hotspur F.C.

Kematian

1966 - Walt Disney, seorang penerbit filem Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Disember)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Kesusasteraan Esperanto (Zamenhof)

Sambutan Hari Kesusasteraan Esperanto (Zamenhof)

Sambutan Hari Zamenhof (Zamenhofa Tago dalam bahasa Esperanto), juga dikenali sebagai Hari Esperanto, disambut pada 15 Disember setiap tahun, iaitu hari lahir pencipta bahasa Esperanto, L. L. Zamenhof, merupakan hari kebesaran dalam kebudayaan Esperanto.

Sambutan Hari Kesusasteraan Esperanto (Zamenhof)

Sejarah sambutan Esperanto pada hari lahir Zamenhof's bermula pada 17 Disember 1878, apabila beliau memperkenalkan Lingwe uniwersala, iaitu versi pertama bagi bahasa antarabangsa ciptaannya, kepada sahabat handainya sempana hari lahirnya yang ke-19.

Menjelang tahun 1887, bahasa Esperanto telah berkembang menjadi apa yang kini dikenali sebagai Esperanto apabila beliau menerbitkan Unua Libro.

Sekitar hari sambutan Esperanto, ramai penutur Esperanto membeli sebuah buku Esperanto tambahan.

Juga terdapat perhimpunan dan jamuan Esperanto, khas di seluruh dunia untuk menyambut hari ini yang dimanfaatkan sebagai satu sebab bagi para Esperantis untuk berkumpul ketika musim perayaan.

Sesetengah penutur Esperanto yang tidak mahu terlebih menyanjung pencapaian seorang tokoh sahaja, bercadang agar 15 Disember dijadikan Hari Kesusasteraan Esperanto.

Oleh itu, mereka menggalakkan pertubuhan-pertubuhan Esperanto yang mengadakan pertemuan pada hari ini untuk mengadakan sesi ulasan buku atau deklamasi sajak dalam acara mereka ataupun mengumumkan penerbitan buku baru.

Di tahap individu, seseorang boleh membeli atau mula membaca buku baru atau sebagainya untuk meraikan kesusasteraan Esperanto.

Apa itu bahasa Esperanto?

Esperanto adalah bahasa yang dicipta untuk memudahkan komunikasi antar pelbagai bangsa di seluruh dunia.

Setelah lebih dari seratus tahun digunakan, bahasa Esperanto telah menjadi bahasa yang hidup dan mampu mengungkapakan secara penuh segala nuansa fikiran manusia.

Esperanto adalah bahasa antarbangsa yang neutral, kerana ia adalah milik semua orang dan membuat komunikasi antarbangsa tanpa adanya kecenderungan ke arah hegemoni budaya, politik, agama atau ekonomi sama sekali.

Siapapun yang belajar bahasa Esperanto memiliki kelebihan menikmati dua peradaban, yang berinteraksi dan saling memperkaya satu sama lain.

Yang pertama adalah peradaban dimana kita dilahirkan. Yang dipengaruhi tradisi masyarakat kita, moral dan kepercayaan, iaitu budaya kita sendiri.

Yang kedua diperoleh ketika kita secara sukarela memilih menjadi warga dunia melalui Esperanto. Lebih luas dari yang pertama sebab mengandungi “budaya dunia” dalam manifestasinya yang aneka warna.

Bangsa Esperantis

Mereka yang memilih “warga negara kedua” melalui Esperanto disebut bangsa Esperantis.

Mereka adalah orang yang tidak hanya tahu bahasa tersebut, tapi juga menggunakannya untuk berkomunikasi dengan Esperantis di negara-negara lain, dalam rangka menjalin hubungan dengan aneka budaya dan menjadi aktif dalam mempromosi dan membela gagasan bahasa antarabangsa.

Setelah kemunculan Esperanto, mereka yang telah mempelajarinya, mula merasa perlu berkumpul dalam satu kumpulan untuk mempraktikkan penggunaan bahasa Esperanto, membantu yang lain belajar dan mempromosikannya.

Dengan berlalunya waktu kumpulan itu berkembang ke negara lain dan kelompok baru pun terus muncul sehingga kini yang telah memiliki ratusan organisasi aktif di seluruh dunia.

Bersama dengan Esperantis, kelompok ini membentuk dunia Esperanto dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, dinamakan Gerakan Esperanto.

Bahasa Dunia

Dunia mempunyai masalah bahasa yang serius dan penyelesaian yang mudah, berguna, yang paling penting, adil adalah bahasa ESPERANTO!

Esperanto hanya mempunyai enam belas peraturan tatabahasa dan tidak ada pengecualian!

Malah, Esperanto dianggap lima kali lebih mudah untuk dipelajari dengan lebih mudah, kerana mereka memahami bagaimana bahasa berfungsi.

Pembelajaran Esperanto juga boleh meningkatkan Bahasa Inggeris anda!

Esperanto dituturkan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia, jadi anda boleh bertemu dengan orang di mana sahaja anda pergi tanpa sebarang masalah bahasa sama sekali.

Sebenarnya, agak sukar untuk memaksa orang lain untuk bercakap bahasa lain. Itulah sebabnya Esperanto sebagai 'bahasa kedua untuk semua'; bahasa yang orang lain dengan mudah belajar dan menggunakannya apabila orang lain tidak menggunakan bahasa yang sama.

Esperanto juga merupakan penyelesaian ideal untuk masalah bahasa di Parlimen Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana secara literal berbilion-bilion pound dibelanjakan untuk terjemahan setiap tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Thursday, December 14, 2017

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

Jutawan-jutawan dunia yang tersenarai ini terdiri daripada usahawan yang berusaha kuat dari mula penubuhan perniagaan sehingga berjaya.

Ada juga melalui perwarisan yang kemudiannya bekerja kuat mengusahakan perniagaan dengan bersungguh-sungguh sehingga capai ke tahap billionaire.

Senarai billionaire terkaya di dunia bagi 2017 ini disusun berdasarkan data dari Bloomberg menurut Business Insider.

10. Ingvar Kamprad

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

  • Umur: 91
  • Nilai bersih: RM207 billion
  • Punca kekayaan: Pengasas IKEA (self-made)
  • Industri: Peruncitan (Perabot)
  • Kerakyatan: Sweden

9. Larry Page

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

  • Umur: 44
  • Nilai bersih: RM210 billion
  • Punca kekayaan: Pengasas bersama Google (Self-made)
  • Industri: Teknologi
  • Kerakyatan: United States of America

8. Larry Ellison

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

  • Umur: 73
  • Nilai bersih: RM220 billion
  • Punca kekayaan: Pengasas bersama Oracle (self-made)
  • Industri: Teknologi
  • Kerakyatan: United States of America

7. Bernard Arnault

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

  • Umur: 68
  • Nilai bersih: RM251 billion
  • Punca kekayaan: Pengerusi LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton (self-made/perwarisan)
  • Industri: Fesyen (Jenama mewah)
  • Kerakyatan: Perancis

6. Carlos Slim

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

  • Umur: 77
  • Nilai bersih: RM259 billion
  • Punca kekayaan: Pengasas Grupo Carso (self-made)
  • Industri: Pelbagai
  • Kerakyatan: Mexico

5. Mark Zuckerberg

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

  • Umur: 33
  • Nilai bersih: RM295 billion
  • Punca kekayaan: Pengasas Facebook (self-made)
  • Industri: Teknologi
  • Kerakyatan: United States of America

4. Amancio Ortega

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

  • Umur: 81
  • Nilai bersih: RM310 billion
  • Punca kekayaan: Pengasas Inditex (self-made)
  • Industri: Peruncitan (Fesyen)
  • Kerakyatan: Sepanyol

3. Warren Buffett

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

  • Umur: 87
  • Nilai bersih: RM333 billion
  • Punca kekayaan: Pemilik Berkshire Hathaway (self-made)
  • Industri: Pelbagai
  • Kerakyatan: United States of America

2. Bill Gates

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

  • Umur: 62
  • Nilai bersih: RM365 billion
  • Punca kekayaan: Pengasas bersama Microsoft (self-made)
  • Industri: Teknologi
  • Kerakyatan: United States of America

1. Jeff Bezos

10 Individu Paling Kaya Di Dunia 2017

  • Umur: 53
  • Nilai bersih: RM401 billion
  • Punca kekayaan: Pengasas Amazon (self-made)
  • Industri: Teknologi
  • Kerakyatan: United States of America

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

George Clooney Balas Budi 14 Rakan Dengan Hadiah 1 Juta Seorang!

George Clooney Balas Budi 14 Rakan Dengan Hadiah 1 Juta Seorang!

George Clooney diakui sebagai antara bintang Hollywood yang paling berjaya ketika ini. Tidak hanya berjaya dalam bidang lakonan, pemenang dua anugerah Oscars itu turut cemerlang sebagai pengarah dan penerbit filem.

George Clooney Balas Budi 14 Rakan Dengan Hadiah 1 Juta Seorang!

Namun ada sisi lain pelakon ini yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. George Clooney seorang sahabat sejati yang tidak lupa pengorbanan rakan-rakannya ketika mula bertapak dalam industri hiburan.

Rande Gerber berkongsi detik yang tidak terduga ketika menghadiri jamuan makan di rumah George Clooney dalam program Headliners terbitan MSNBC.

Menurut suami kepada supermodel Cindy Crawford itu, dia hadir bersama 13 rakan lain yang dikenali antara mereka sebagai The Boys pada 27 September 2013 bagi memenuhi undangan pelakon Ocean’s Eleven itu.

Misteri beg hitam

Ketika memasuki kediaman George Clooney, mereka melihat 14 beg bimbit berwarna hitam berada di atas meja.

“Dengar, saya mahu kamu tahu betapa anda semua bermakna kepada saya dan kehidupan saya,” katanya.

“Saya tiba di LA dan pernah tidur di atas kerusi anda.

"Saya bernasib baik mengenali anda semua dan saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa anda.

"Sementara kita masih ada, saya perlu balas budi baik anda jadi, sila buka beg bimbit masing-masing,” pinta George Clooney kepada rakan-rakannya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sejumlah wang kertas AS$20 berjumlah AS$1 juta dolar dalam beg tersebut.

Tidak cukup dengan itu, George Clooney turut berjanji menjelaskan bayaran cukai rakan-rakannya itu.

“Saya tahu kita telah melalui detik sukar, malah ada antara kita yang masih berdepan dengannya.

"Anda tidak perlu lagi risau mengenai anak, persekolahan mereka dan hutang-hutang anda,” ujar George Clooney.

Hebat kan!

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Hollywood Yang Pernah Bergelar Gelandangan

sumber: astroawani

Afrika Selatan Terima Bitcoin Untuk Bayar Saman

Afrika Selatan Terima Bitcoin Untuk Bayar Saman

Pengurus saman trafik Fines4u di Afrika Selatan kini membenarkan pelanggannya membayar denda trafik yang berjumlah tinggi dengan menggunakan bitcoin. Keputusan yang dilakukan oleh Cornelia van Niekerk didorong dengan penerimaan bitcoin yang semakin mendapat sambutan menyebabkan banyak syarikat mula beradaptasi dengan membenarkan bitcoin sebagai medium transaksi.

Afrika Selatan Terima Bitcoin Untuk Bayar Saman

Fine4U merupakan orang tengah yang membantu perniagaan dan individu untuk membayar saman, menerima wang dan menggunakanya untuk membayar kepada agensi kerajaan yang terlibat. Van Niekerk telah menguruskan denda trafik sebanyak 500 syarikat dan 8000 individu.

Van Niekerk membuat keputasan untuk membenarkan perkhidmatannya dibayar dengan menggunakan bitcoin. Beliau memasuki pasaran bitcoin pada bulan Jun dan berhasrat untuk menambah lebih banyak bitcoin.

Pada awalnya Bitcoin lebih sesuai untuk disamakan dengan matawang digital, menyebabkan banyak perniagaaan dan peruncit mula menggunakannya sebagai medium. Namun matawang digital tersebut telah berevolusi dan lebih berfungsi sebagai aset.

Pelan Van Niekerk adalah untuk menerima Bitcoin, menyimpanya sebagai aset dan membayar denda mengunakan matawang lokal sebagai perkhidmatan.

Beliau akan menggunakan platform Luno untuk menerima bayaran dan depost matawang fiat buat pelanggangnya sebagai bayaran denda trafik.

Menurut penganalisis, pada ketika ini penggunaan bitcoin sebagai medium pembayara semakin merundum. Hal ini disebabkan ramai orang mula melihat bitcoin sebagai aset. Apabila disebut aset, maka ramai yang percaya, ia akan lebih bernilai pada masa akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: LUNO Platform Membeli, Menjual Dan Mengumpul Bitcoin

sumber: moshed