Jumaat, Disember 15, 2017

RM3 Bilion 'Hadiah' Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018


Pada 27 Oktober 2017 yang lalu, FIFA telah mengumumkan jumlah wang yang akan diagihkan kepada pasukan-pasukan yang layak ke Piala Dunia Russia 2018, selepas mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Khas FIFA ketika mesyuarat diadakan di Kolkata, India.

RM3 Bilion Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

Nilai agihan yang telah dipersetujui oleh FIFA adalah berjumlah USD791 juta (RM3.23 bilion), peningkatan sebanyak 40% dari jumlah nilai agihan – USD564 juta (RM2.31 bilion) ketika Piala Dunia 2014 di Brazil sebelum ini.

RM3 Bilion Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

Graf perbandingan diatas menunjukkan peningkatan nilai agihan yang telah diberikan oleh FIFA kepada pasukan-pasukan yang bertandingan dalam Piala Dunia 5 edisi terakhir.

3 Elemen Utama Agihan Dari FIFA Yang Perlu Diketahui

FIFA telah menetapkan 3 elemen utama agihan daripada nilai keseluruhan wang yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa seperti dibawah.

1. Agihan Kepada Pasukan Bertanding

Dari jumlah USD791 juta yang telah diluluskan, USD400 juta (RM1.64 bilion) adalah untuk agihan kepada semua 32 pasukan yang layak bertanding di Piala Dunia 2018 Russia nanti.

Nilai agihan kepada setiap pasukan telah ditetapkan seperti dalam jadual dibawah.

RM3 Bilion Untuk 32 Pasukan Piala Dunia FIFA 2018

Setiap pasukan akan menerima minimum USD8 juta (RM32.7 juta) sekiranya tersingkir pada peringkat kumpulan, USD12 juta (RM49 juta) jika berada dikedudukan 9 hingga 16, USD16 juta (RM65.4 juta) jika berada dikedudukan 5 hingga 8.

Pasukan ditempat ke 4 akan menerima USD22 juta (RM90 juta), tempat ketiga USD24 juta (RM98.1 juta), naib juara sebanyak USD28 juta (RM114.5 juta) dan juara akan membawa pulang USD38 juta (RM155.4 juta)!

Selain itu juga, FIFA juga memberikan bantuan kepada pasukan-pasukan yang bakal bertanding dengan menyalurkan sejumlah wang bagi mereka melakukan persiapan untuk beraksi dalam Piala Dunia.

Bagi bantuan persiapan ini, FIFA menetapkan setiap pasukan akan diberikan USD1.5 juta (RM6.13 juta) dan akan dibayar sebelum kejohanan bermula.

Untuk semua 32 pasukan, FIFA telah memperuntukkan sebanyak USD48 juta (RM196 juta).

Ini bermakna semua pasukan yang beraksi dipentas Piala Dunia Russia 2018 akan menerima ‘jaminan’ wang tunai minimum berjumlah USD9.5 juta (RM38.85 juta).

2. Kelab Bola Sepak Juga Menerima Agihan FIFA

Melalui satu inisiatif FIFA yang dikenali sebagai ‘Club Benefit Programme’, FIFA telah memperuntukkan USD209 juta (RM855 juta) untuk diberikan kepada kelab-kelab bola sepak yang terlibat ‘melepaskan’ pemain-pemain mereka untuk beraksi di Piala Dunia Russia 2018.

Semua agihan kepada kelab akan diberikan melalui persatuan bola sepak negara masing-masing untuk disalurkan.

FIFA akan mengira tempoh pelepasan pemain ini bermula 2 minggu sebelum sepak mula sehingga 1 hari selepas pasukan pemain tersebut tersingkir di Piala Dunia Russia 2018.

Menurut pengiraan kasar FIFA, mereka akan membayar USD8,530 (RM38,844) kepada kelab untuk setiap pemain bagi setiap hari sepanjang dalam tempoh seperti dinyatakan diatas.

Di pihak kelab pula, FIFA telah menetapkan setiap kelab yang terlibat wajib mendaftar dalam program ini untuk layak menerima bayaran. Jika tiada sebarang rekod pendaftaran, FIFA tidak akan membayar harga ‘pelepasan’ pemain kepada kelab tersebut.

Jika ada pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia dan pasukan negaranya layak beraksi di Piala Dunia Russia 2018, FIFA akan membayar wang ini kepada kelab pemain tersebut melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

3. Pampasan Kecederaan Pemain Sepanjang Kejohanan Berlangsung

Pemain bola sepak berhadapan dengan risiko kecederaan samada serius atau pun sebaliknya. Perkara berkaitan dengan kecederaan ini tidak boleh dijangka dan jika berlaku akan menyebabkan ‘kerugian’ terutama kepada kelab.

Dengan kewujudan ‘Club Protection Programme’, FIFA akan memberikan pampasan kepada kelab pemain yang terbabit dengan kecederaan ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia 2018 nanti.

USD134 juta (RM548 juta) telah diperuntukan untuk membantu mana-mana kelab yang kemungkinan tidak dapat menggunakan pemain mereka yang cedera ketika beraksi di Piala Dunia Russia 2018 nanti.

Secara keseluruhnya, FIFA dilihat semakin mengambil berat tentang kebajikan bukan sahaja untuk pemain tetapi juga kepada kelab-kelab yang terlibat untuk memberikan kerjasama serta komitmen terhadap kejohanan Piala Dunia.

Peningkatan jumlah agihan dari setiap edisi terdahulu juga membuktikan bahawa FIFA begitu komited untuk memberikan ‘added value’ kepada semua pihak terbabit untuk melancarkan lagi kejohanan 4 tahun sekali ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon