Wednesday, October 11, 2017

Tradisi Luarbiasa Panjat Tebing Curam Tanpa Peralatan Keselamatan!

Loading...

Di China, wujud sebuah kumpulan yang secara tradisinya memanjat tebing curam setinggi 100 meter tanpa menggunakan apa-apa peralatan keselamatan.

‘Spiderwomen’

Apa yang lebih menarik lagi ialah di kalangan pendaki tersebut, terselit seorang wanita berusia 37 tahun yang turut aktif menceburi aktiviti ekstrem berkenaan.

Luo Dengping merupakan satu-satunya wanita di dalam kumpulan tersebut yang akan membuat persembahan memanjat tebing tinggi sehingga mendapat gelaran ‘Spiderwoman’ daripada pelawat dan pelancong yang datang ke wilayah Guizhou, China.

Luo Dengping mula berkecimpung dengan aktiviti ini apabila dia tidak mempunyai adik-beradik lelaki yang boleh meneruskan tradisi yang diwarisi daripada bapanya.

Oleh kerana pada kebiasaannya tradisi itu diturunkan kepada anak lelaki, Luo Dengping merupakan wanita pertama yang memecahkan tradisi itu dengan menjadi pemanjat wanita dalam kumpulan tersebut.

Menurut Luo Dengping, dia akan memanjat bersama lima anggota kumpulannya sebanyak dua kali sehari dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan dibayar 3,000 yuan (RM1,915.59) sebulan bagi menyara hidup.

Luo Dengping juga menyatakan bahawa wanita juga boleh melakukan aktiviti yang menjadi dominasi lelaki dan sebab itulah dia tidak berputus asa untuk meneruskan kerjanya ini.

“Saya rasa lelaki dan wanita adalah sama. Jika lelaki boleh melakukannya, saya juga boleh melakukannya,” katanya dipetik laporan OddityCentral.

‘Spiderwomen’

Dia juga turut berkongsi tips memanjat yang menjadi panduannya semasa memanjat tebing berkenaan tanpa menggunakan apa-apa peralatan keselamatan.

“Sentuh batu dahulu dengan tangan atau kaki. Sekiranya anda tidak dapat menyentuhnya, jangan bergerak ke arah itu,” ujarnya.

Menurut laporan OddityCentral, aktiviti memanjat itu merupakan tradisi turun temurun oleh etnik Miao, di selatan China.

Kemahiran memanjat itu sebenarnya diajar sebagai latihan untuk mengangkat keranda keluarga yang meninggal dunia.

Keranda tersebut akan diletakkan di dalam gua-gua kecil atau digantungkan di tebing seperti yang dilakukan oleh suku Toraja di Indonesia.

Sangat luarbiasa!

BACA INI JUGA: Pendaki 'Berani Mati' Pertama Berjaya Menawan Gunung El Capitan Tanpa Tali


sumber: mynewshub

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon