Friday, December 15, 2017

Video Aksi Stunt Terakhir Daredevil Wu Yongning Mengundang Maut!


Ianya satu stunt yang tidak menjadi buat seorang daredevil dari China, Wu Yongning yang baru berusia 26 tahun dalam aksi berani beliau yang terbaru serta yang terakhir.

Video Aksi Stunt Terakhir Daredevil Wu Yongning Mengundang Maut!

Wu dilihat membuat aksi pull up beberapa kali sebelum beliau tergelincir dari bumbung bangunan setinggi 62 tingkat, Huayuan International Centre, China.

Wu memulakan karier beliau sebagai pelakon tambahan dalam beberapa produksi di China sebelum terkenal di China dengan membuat aksi-aksi berani di serata China terutamanya bangunan tinggi.

Wu telah membuat hampir 300 video dan mempunyai hampir 1 juta pengikut di laman Weibo dan Volkano, laman platform seperti Twitter dan Bigo Live di China.

Wu memanjat bumbung ini tanpa sebarang alat keselamatan dan melakukan aksi ini secara berseorangan.

Satu kamera dipasang oleh Wu sendiri di satu bahagian bangunan berkenaan untuk merakam aksi beliau sebelum dia terjatuh dan mati di tempat kejadian.

Mayat Wu kemudiannya ditemui oleh pencuci tingkap bangunan selepas tragedi tersebut.

Insiden ini telah berlaku sebulan yang lalu dan cuma beberapa hari lalu ianya disahkan sendiri oleh teman wanita Wu.

Khabarnya dengan membuat aksi ini, Wu akan memenangi hadiah wang tunai 100,000 Yuan (RM61,500+-) dan mahu menggunakan wang berkenaan untuk melamar teman wanitanya serta mengubati ibunya yang sedang sakit.

Peminatnya di laman Weibo berpendapat aksinya yang terakhir ini sesuatu yang sangat berbahaya dan tidak boleh dilakukan seorang diri.

Dengan adanya video ini, ianya dapat menjadi pengajaran kepada pelagak aksi amatur supaya lebih mementingkan keselamatan dan bukan hanya mementingkan views sahaja.

Aksi rooftopping memang menjadi trend di seluruh dunia dan diharap selepas ini, anda yang sukakan aksi seperti ini sentiasa mementingkan keselamatan dan memakai peralatan yang sepatutnya supaya kejadian seperti ini tdak akan berulang lagi.

AMARAN: Video dibawah tidak sesuai untuk penonton yang menghidap darah tinggi dan sakit jantung!

BACA INI JUGA: Tradisi Luarbiasa Panjat Tebing Curam Tanpa Peralatan Keselamatan!


sumber: thevocket

2 comments

  1. Bahaya betul aksi-aksi ni.. Namun saya simpati kepada beliau kerana beliau berusaha untuk membiayai kos perubatan ibunya yang sakit dan untuk melamar teman wanitanya.

    Kesian.

    Tak sanggup tengok video tu :(

    ReplyDelete
  2. tak pe, dia mati pun dah kaya, lain macam aku panjat sampai level 54 menara komtar, tak de sapa nak bayar, level yang dia jatuh (62)lebih kurang tinggi sikit dari menara komtar penang, memang mati le kalau jatuh.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon