Thursday, December 14, 2017

5 Filem, Lagu Dan Aplikasi Paling Popular Di iTunes Sepanjang 2017

5 Filem, Lagu Dan Aplikasi Paling Popular Di iTunes Sepanjang 2017

Setiap kali hujung tahun, Apple akan mengeluarkan senarai aplikasi, pemainan, filem dan lagu paling popular sepanjang tahun dan aplikasi paling popular untuk 2017 masih lagi didominasi oleh aplikasi yang sudah memiliki jenama hebat seperti Instagram, Facebook dan YouTube.

iTunes

Filem Disney Moana mengungguli carta sebagai filem paling banyak ditonton di Apple Store diikuti dengan Stars Wars: Rogue One, Guardians Of The Galaxy Vol 2 dan Wonder Woman.

Untuk lagu yang menduduki tangga teratas pula ialah Shape of You, HUMBLE dan Despacito oleh Luis Fonsi yang berjaya mengutip 3 billion tontonan di YouTube.

Senarai manakah yang paling mengujakan anda pada tahun 2017? Berikut merupakan senarai yang dikeluarkan Apple bagi tahun 2017.

Top 5 aplikasi percuma
  1. Bitmoji
  2. Snapchat
  3. YouTube
  4. Messenger
  5. Instagram

Top 5 aplikasi berbayar
  1. Facetune
  2. Tabs & Chords
  3. HotSchedules
  4. Enlight
  5. 7 Minute Workout Challenge

Top 5 filem untuk 2017
  1. Moana
  2. Rogue One: A Star Wars Story
  3. Wonder Woman
  4. Sing
  5. Guardians of the Galaxy Vol. 2

Top 5 lagu untuk 2017
  1. Shape of You – Ed Sheeran
  2. Despacito (feat. Justin Bieber) [Remix] – Single
  3. That’s What I Like – Bruno Mars
  4. HUMBLE – Kendrick Lamar
  5. Body Like a Back Road – Sam Hunt

Semoga terhibur.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

'Kodokushi' Trend Mati Seorang Diri Di Jepun

'Kodokushi' Trend Mati Seorang Diri Di Jepun

Bau busuk menusuk hidung Hidemitsu Ohshima tatkala dia memasuki bangunan pangsapuri kecil di tengah bandar Tokyo, Jepun, datangnya daripada mayat seorang lelaki yang mati sejak tiga minggu lalu.

Kodokushi Trend Mati Seorang Diri Di Jepun

Bilik itu mencerminkan kehidupan lelaki tersebut yang pembersih dan seorang pencinta muzik serta filem berdasarkan pelbagai koleksi cakera padat lama yang disimpan. Tiada sebarang gambar atau sekeping surat ditemui.

Lelaki yang berusia 50an itu mati bersendirian walaupun dia tinggal di tengah kota yang menempatkan jutaan penduduk.

Kejadian itu menyebabkan Kodokushi atau mati bersendirian sebagai satu trend yang semakin menjadi-jadi di Jepun.

Dengan menggunakan sut putih lengkap bersama sarung tangan dan penutup muka, Ohshima mengangkat tilam yang sudah berulat itu secara perlahan-lahan.

Dia bukan sahaja mahu menahan bau busuk dan mengelak serangan pepijat tetapi memastikan tidak dijangkiti penyakit lain.

Kodokushi atau mati bersendirian adalah masalah yang semakin meningkat di Jepun apabila sebanyak 27.7 peratus daripada penduduk berumur lebih 65 tahun cuba mencari rakan seusia atau tinggal bersendirian berbanding bersama ahli keluarga mahupun ke pusat penjagaan orang tua.

Pakar mengatakan, kombinasi faktor kebudayaan, sosial dan demografi di Jepun telah menyebabkan trend berkenaan muncul dan semakin popular.

Budaya

Tiada angka rasmi yang mendedahkan jumlah kematian bersendirian daripada pihak berkuasa, namun kebanyakan pakar menganggarkan kejadian itu mampu mencapai 30,000 kes setahun.

Yoshinori Ishimi yang menjalankan perkhidmatan pembersihan Anshin Net yakin, angka sebenar jumlah kematian berkenaan adalah dua atau tiga kali ganda daripada apa yang masyarakat bayangkan.

Jepun mengalami perubahan budaya dan ekonomi yang begitu pantas sejak beberapa dekad lalu, namun apa yang menyedihkan masyarakat di negara itu masih tidak mahu menyerahkan beban untuk menjaga orang tua kepada ahli keluarga.

“Di Jepun, ahli keluarga sering menjadi individu terpenting untuk memberi sokongan dalam apa jua perkara tetapi sekarang keadaan sudah berubah, mereka lebih gemar tinggal dalam kelompok kecil,” kata Ketua Penyelidik, Institut Penyelidikan dan Informasi Mizuho, Fujimori.

Kadar penduduk yang berumah tangga juga semakin merudum apabila pakar mendakwa, ramai lelaki takut perkara itu akan menjejaskan kerjaya mereka kerana terlalu sukar untuk menyelesaikan dan memulakan hidup berkeluarga.

Malah kini, semakin ramai wanita memasuki alam pekerjaan dan tidak lagi memerlukan lelaki untuk membantu mereka.

Perkara itu menyebabkan satu daripada empat orang lelaki berusia 50 tahun di Jepun tidak pernah berkahwin. Menjelang tahun 2030, angka itu dijangka meningkat kepada satu dalam tiga orang.

Pada sisi lain, budaya masyarakat Jepun yang bersopan-santun sehingga takut mengganggu jiran mereka mengakibatkan kekurangan interaksi dan pengasingan.

Jika situasi ini dibiarkan, akan ada lebih banyak kematian bersendirian berlaku.

Selain menderita mati seorang diri, ia turut menghantui pemilik pangsapuri apabila tidak ada orang yang ingin menyewa atau membeli pangsapuri mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Bulan terakhir tahun 2017, luangkan masa anda bersama-sama rakan dan keluarga untuk menonton filem-filem terbaharu dipawagam pada bulan Disember 2017.

Kami sajikan buat anda hiburan terkini untuk tontonan dimasa lapang sebelum tahun 2017 berakhir.

1. Jeepers Creepers 3

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Seram

Sebelum Creeper menyerang lebih banyak nyawa tidak bersalah, seorang sarjan telah menubuhkan satu pasukan pemburu untuk memburunya.

2. Slumber

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Seram

Alice, seorang doktor, perlu mengenepikan ajaran saintifiknya untuk menentang syaitan parasitik yang melumpuhkan mangsa ketika tidur.

3. Star Wars: The Last Jedi

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 14 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi, Pengembaraan, Fantasi

Filem kelapan dari francais "Star Wars" ini adalah kesinambungan dari filem pada tahun 2015, "Star Wars: The Force Awakens".

Dengan kebolehan yang baru diketahuinya, Rey mengambil langkah pertama ke dalam dunia Jedi dengan mengembangkan kemahirannya di bawah bimbingan Luke Skywalker.

Dalam pada itu, Resistance bersiap sedia untuk bertarung dengan First Order. Bersama dengan Luke, Leia, Finn dan Poe, Rey menempuh pengembaraan untuk merungkai misteri Force dan rahsia masa lampau.

4. Ferdinand

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 14 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Kekeluargaan

Seekor lembu jantan lembut telah terlibat dengan pertarungan lembu jantan secara tidak sengaja.

5. Deep

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 14 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Pengembaraan, Animasi, Komedi

Pada tahun 2100, manusia telah meninggalkan bumi, dan sekumpulan makhluk masih lagi hidup di lautan dalam.

Ia berkisarkan tentang pengembaraan Deep si sotong kurita yang merupakan satu-satunya spesisnya yang masih hidup bersama dua rakannya: Evo si ikan dan Alice seekor udang.

Apabila satu kemalangan telah memusnahkan rumah mereka, penjaga lautan The Kraken menghantar Deep dan rakannya untuk pengembaraan mencari rumah baru. Dalam misi ini, mereka disertai oleh Maura, seekor ikan belut.

Pelbagai dugaan dan cabaran serta gelak ketawa mereka hadapi sepanjang pengembaraan mereka.

6. Jumanji: Welcome To The Jungle

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 21 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Pengembaraan, Kekeluargaan, Fantasi

Empat remaja telah ditelan ke dalam permainan video yang dipanggil Jumanji ketika membersihkan bilik stor mereka ketika menjalani tempoh tahanan di sekolah.

Dalam dunia Jumanji, mereka perlu memilih karakter avatar dan cuba mengenepikan perbezaan mereka sekiranya mereka mahu meloloskan diri dari permainan itu.

7. Battle Of The Sexes

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Biografi, Komedi, Sukan

Salah satu acara sukan paling ditonton pada tahun 1973 adalah perlawanan tenis di antara pemain wanita terhebat iaitu Billie Jean King dan bekas juara lelaki Bobby Riggs.

Walaupun orang awam melihat ia adalah perlawanan sengit di gelanggang, di luar gelanggang kedua-dua mereka mempunyai masalah peribadi di mana King bergelut dengan seksualitinya dan Riggs perlu berdepan dengan ketagihan berjudi.

8. Ajin: Demi-Human

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Bahasa: Jepun
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Genre: Aksi, Ngeri

Selepas diisytihar mati dalam sebuah kemalangan, Kei Nagai mendapati dirinya terselamat dari kemalangan itu dan sebenarnya dia adalah dewa Ajin (separuh manusia, separuh dewa).

Dianggap sebagai ancaman kepada manusia, kerajaan menangkap Kei dan menghantarnya ke pusat penyelidikan, di mana dia dijadikan bahan eksperimen.

Sato, seorang pengganas dan juga Ajin, satu-satunya yang menolong Kei.

Bagaimanapun, Kei kini dalam dilemma dan tidak tahu sama ada mahu terlibat dengan rancangan Sato atau tidak.

9. The Greatest Showman

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Drama, Muzikal

Muzikal ini diangkat dari kisah sebenar P.T. Barnum, ketika dia mencipta sarkas tiga gelanggang, Ringling Bros dan Barnum & Bailey Circus, yang membuatnya menjadi terkenal.

Ia juga memaparkan tentang dirinya yang obses dengan Jenny Lind, seorang penyanyi yang digelar Swedish Nightingale.

10. All The Money In The World

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Disember 2017

Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Jenayah, Misteri, Ngeri

Berikutan penculikan anaknya John Paul Getty III berusia 16 tahun, Gail yang terdesak cuba meminta bapanya yang merupakan taikun minyak untuk membayar wang tebusan anaknya.

Apabila bapanya menolak, Gail terpaksa bekerjasama dengan pengurus bapanya dan bekas ejen CIA, Fletcher Chase, untuk meyakinkan Getty Sr. untuk mengubah fikirannya.

Selamat menonton.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Disember)

Tarikh 14 Disember merupakan hari ke 348 (hari ke 349 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 17 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Disember)
Vanessa Anne Hudgens.

Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada hari ini sepanjang tamadun manusia.

Peristiwa

1896 - Sistem metro bawah tanah yang ketiga tertua di dunia, Kereta Api Bawah Tanah Glasgow memulakan operasi di Glasgow, Scotland.

1911 - Penjelajah Norway Roald Amundsen dan pasukannya menjadi manusia pertama tiba di Kutub Selatan.

1918 - Raja Väinö I dari Finland yang berketurunan Jerman melepaskan takhtanya selepas Empayar Jerman tewas dalam Perang Dunia Pertama.

1962 - Mariner 2 menjadi kapal angkasa lepas pertama berjaya terbang melintasi Zuhrah.

1989 - Chile mengadakan pilihan raya bebas yang pertama dalam tempoh 16 tahun dan memilih Patricio Aylwin sebagai presiden baharu republik itu.

1994 - Pembinaan Empangan Tiga Gaung di Sungai Yangtze, China bermula.

1995 - Perjanjian Dayton dimeterai di Paris, Perancis untuk menamatkan Perang Bosnia.

2004 - Jambatan kenderaan tertinggi di dunia pada 343 meter, Jambatan Millau yang merentang lembah Sungai Tarn berhampiran Millau di Perancis dibuka.

2008 - Ketika sidang akhbar di Baghdad, wartawan Iraq Muntadhar al-Zaidi membaling kasutnya kepada Presiden A.S. George W. Bush.

2012 - Seramai 28 orang, termasuk penembak, mati berikutan tembakan amuk di sekolah rendah dekat Connecticut, A.S.

2014 - Banjir di beberapa buah negara Asia Tenggara pada penghujung bulan Disember adalah yang terburuk.

Kelahiran

1946 - Abdul Khalid Ibrahim, seorang Menteri Besar Selangor ke-14.

1979 - Michael Owen, pemain bola sepak Manchester United.

1988 - Vanessa Anne Hudgens, pelakon dan penyanyi asal Amerika.

Kematian

1799 - George Washington, Presiden Amerika Syarikat yang pertama.

1973 - Osman Gumanti, seniman layar emas Shaw Brothers Ltd. meninggal dunia pada usia 57 tahun di Kuala Lumpur, Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (13 Disember)

sumber: wikipedia

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

Mead Johnson hari ini mengeluarkan cara bagaimana mengenal pasti produk susu tiruan kepada pelanggan mereka.

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

Dalam kenyataan di Facebook rasmi, Mead Johnson berkata cara paling mudah untuk mengesan produk tiruan adalah dengan memeriksa bungkusan kerajang aluminium susu berkenaan.

“Susu Enfalac A+ Langkah 1 yang asli mempunyai bungkusan sedikit kembung. Manakala susu tiruan mempunyai lipatan tajam di kedua-dua bahagian bungkusan,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, Mead Johnson memberitahu bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan polis menyiasat laporan susu formula palsu jenamanya di Johor Bahru.

Setakat ini, hanya satu produk yang terlibat iaitu Enfalac A+ Langkah 1 dalam kotak 1.8 kilogram dengan tiga pek foil dalam setiap kotak.

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

“Carian runcit kami yang dijalankan minggu lalu mendapati sebilangan kecil produk berada di sekitar kedai runcit di Skudai, Johor Bahru iaitu di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari.

“Carian pasaran kami juga mengesahkan tiada produk lain yang disyaki terlibat dalam kawasan tersebut,” katanya.

Setakat ini, kata kenyataan itu hanya 210 kotak susu tiruan yang dikeluarkan oleh kedai-kedai yang terlibat, namun siasatan masih berjalan ke atas isu ini.

Mead Johnson juga menggesa pengguna yang terbeli Enfalac A + Langkah 1 dengan lipatan palsu untuk segera menghubungi Mead Johnson di 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam).

Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A + Langkah 1 yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi mereka untuk produk gantian.

Mead Johnson buka ruangan lapor di laman web

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

Ibu bapa yang was-was dengan produk susu jenama Mead Johnson yang dibeli boleh mengemukakan aduan langsung ke laman web syarikat itu.

Ibu bapa atau penjaga bayi yang mengalami kesan alahan seperti kulit melepuh, muntah berterusan atau dehidrasi boleh terus membuat laporan atas talian di portal Mead Johnson.
Ruang maklum balas akan muncul di skrin utama laman web tersebut bagi memudahkan pengguna membuat aduan.

Anda boleh layari: https://www.enfagrow.com.my/

Atau menerusi aplikasi Facebook: Enfagrow A+ Malaysia

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Dari NESTLE, Cara Membezakan Produk Milo Tulen Atau Tiruan

sumber: astroawani astroawani

Wednesday, December 13, 2017

Apa Sebenarnya Kisah Urban Legend?

Apa Sebenarnya Kisah Urban Legend?

Maksud sebenar Urban Legend iaitu kisah yang disampaikan pada masa kini yang asalnya tidak jelas dan tiada bukti atau buktinya sangat lemah, disebarkan secara spontan dalam pelbagai bentuk dan sering kali mengandungi unsur-unsur humor, moral atau menakutkan.

Apa Sebenarnya Kisah Urban Legend?
Gambar hiasan.

Misalnya, adakah buaya hidup di kota New York atau ini hanya sebuah kisah legenda urban? Disebut juga mitos urban.

Bagaimana ciri-ciri Urban Legend?

Urban legend berupa sebuah cerita yang didengar dari mulut ke mulut atau tulisan yang diterima melalui email, laman sosial atau faks dan sebagainya.

Semuanya memiliki ciri-ciri tertentu yang umum dan boleh dikenali bentuknya.

1. Lihat bentuk informasi yang sampai kepada anda. Adakah cerita tersebut mempunyai bahagian awal, tengah dan akhir? Adakah ia memiliki 'punch line' seperti humor? Kalau ya, bererti itu urban legend.

2. Perhatikan adakah kisah itu diceritakan SEAKAN-AKAN nyata. Seringkali empunya urban legend memulakan dengan kalimat, "ini kisah benar..."

3. Cari kalimat-kalimat seperti, "ini benar-benar terjadi pada rakan kepada rakan saya" (atau "isteri teman sekerja" atau "anak pembantu rumah saudara saya" dll.)

4. Pernahkah anda mendengar kisah yang sama lebih dari sekali dari sumber yang berbeza-beza, dengan tokoh-tokoh dan kisah yang sedikit berlainan? Mungkin ini urban legend.

5. Adakah ada bukti yang menunjukkan bahawa cerita yang anda dengar adalah palsu untuk mempercayainya.

6. Adakah kisah itu kelihatannya "too good to be true", terlalu teruk atau terlalu lucu sekalipun benar? Kalau ya, kemungkinan urban legend dan mungkin tidak benar.

7. Periksa buku-buku dan laman web atau blog tentang urban legends untuk memastikan adakah cerita tersebut tersenarai di sana

Kisah Urban Legend

Pada suatu malam sepasang suami isteri membawa kereta di suatu lebuh raya. Suatu ketika, kereta itu rosak. Dengan lampu yang masih menyala, kereta itu diletakkan di bahu jalan.

Suami pergi ke hutan berhampiran, ke sungai mencari air. Sebelum pergi dia berpesan kepada isterinya supaya tidak keluar dari kereta walau apapun yang terjadi dan tunggu sehingga dia pulang.

Habis berpesan suami terus membuka pintu kereta dan keluar.

Lama sungguh! Si isteri terus sabar menanti. Tuk! Tuk! Tuk! Seperti ada sesuatu mengetuk-ngetuk di atas bumbung kereta.

Kemudian, datang seorang penunggang motosikal, memandu perlahan, mendongak ke atas bumbung kereta. Kemudian dia terus memecut laju motosikalnya.

Bunyi ketuk mengetuk makin kuat di atas bumbung kereta. Apa yang sudah berlaku? Kenapa penunggang motosikal itu melarikan diri?

Malam terus membangkitkan kesunyiannya. Tanpa bunyi cengkerik. Cukup sunyi. Sesekali terdengar bunyi ketukan di atas bumbung kereta. Si isteri tetap tabah menanti kepulangan suaminya…

Ya, si suami sudah lama pulang, tetapi tanpa badan. Kepalanya, berada di atas bumbung kereta itu.

Apa sebenarnya yang terjadi? Si isteri pengsan dan hanya sedar keesokan pagi apabila ditemui oleh peronda lebuhraya.

Fakta dan Mitos

Mungkin anda pernah mendengar cerita ini diceritakan oleh rakan-rakan anda ataupun abang-abang senior time dok kat asrama dulu dan ada banyak variasinya cerita ini.

Tapi, dari mana datang sumbernya? Adakah kisah di atas adalah benar ataupun imaginasi orang sahaja.

Sebenarnya, kemungkinan sekali cerita ini datang dari Amerika Syarikat seawal tahun 1964 dari salah seorang pelajar di University of Kansas dan tidak dapat dibuktikan sama ada apa yang diceritakannya itu adalah benar atau tidak.

Cerita ini mungkin timbul dari kes sebenar dan berubah mengikut imaginasi pencerita dan semakin lama menjadi semakin menakutkan.

Memang ada kes yang direkodkan tentang kematian di lebuhraya seperti di atas, tapi tak adalah teruk seperti di atas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Menyeramkan Lagenda Tingkat 13!

sumber: creepy-bl

Bank Negara Kerugian Forex RM160 Bilion Tahun 2014-2015!

Bank Negara Kerugian Forex RM160 Bilion Tahun 2014-2015!

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad mendakwa Bank Negara Malaysia hilang lebih banyak wang di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding ketika beliau menerajui negara.

Forex najib rugi

Tun Mahathir mendakwa, kehilangan wang di bawah Najib berjumlah AS$39.621 bilion (RM161 bilion) berbanding ketika era beliau yang menyaksikan Bank Negara rugi RM31 bilion dalam pasaran perdagangan mata wang asing forex.

“Duit ini (ketika era saya) hilang kerana perniagaan mata wang oleh Bank Negara dalam usaha mengurus rizab negara kita. Dengan itu duit kita hilang RM30 bilion.

“Tapi baru-baru ini, dari 2013 sehingga 2015, Bank Negara hilang lebih banyak daripada itu. Sebenarnya sebanyak AS39.6 bilion bersamaan dengan RM160 bilion lebih kurang.

“Tapi untuk ini tiada siasatan dilakukan, tiada Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dan jawapan yang diberikan dalam parlimen tidak memuaskan,” kata Mahathir dalam klip video yang dimuat naik Facebook Kelab Che Det.

Menurut laman web rasmi Bank Negara, rizan negara menurun kepada AS$95,289.62 bilion pada Disember 2015 berbanding AS$134,910.79 bilion pada Disember 2013.

Faktor utama penurunan yang ketara itu dikaitkan dengan percubaan Bank Negara mempertahankan nilai ringgit yang jatuh secara drastik ketika itu.

Rizab Bank Negara sudah pulih sejak itu kepada AS$101,471.49 bilion setakat 31 Okt tahun ini.

Mahathir menafikan hujah bahawa penurunan rizab negara disebabkan kenaikan dalam kadar faedah AS yang menyebabkan pelabur asing mengeluarkan dana mereka dari Malaysia.

Sebaliknya, Mahathir berkata ia disebabkan perngurusan rizab negara.

Dalam klip video itu, Mahathir turut menegaskan kerugian Bank Negara ketika di bawah pentabbirannya bukan disebabkan kecurian.

Mahathir turut menyentuh bahawa kerajaan berminat dengan hal yang terjadi 30 tahun lalu tapi gagal memberi bertindak terhadap perkembangan terbaru, termasuk berbilion ringgit yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Najib menafikan dakwaan mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi.

Putrajaya telah menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian dalam forex ketika zaman Mahathir dan laporan siasatan itu mencadangkan agar polis mengadakan siasatan jenayah pecah amanah.

Mahathir merupakan perdana menteri dari 1981 sehingga 2003.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kerugian Forex Bank Negara Rupanya Penyelamat Krisis Ekonomi 1997-1998

sumber: mk

Khasiat Madu Kelulut, Rahsia Yang Ramai Tidak Tahu

Khasiat Madu Kelulut, Rahsia Yang Ramai Tidak Tahu

Apa itu kelulut? Kelulut merupakan keluarga lebah namun lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks dan biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

Khasiat Madu Kelulut

Kelulut menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidan. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah.

Propolis

Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.

Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Serdang.

Antioksidan ini pula banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser.

Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang.

Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk mencegah kanser dan gout.

Kajian yang telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu.

Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut.

Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.

Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan serta bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

Sebuah hospital tempatan iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia atau lebih dikenali dengan nama HUSM telah membuat kajian tentang khasiat madu kelulut dari segi perubatan.

Satu ujian makmal telah dilakukan ke atas tikus. Tikus kajian telah disuntik dengan diabetes.

Keputusan kajian ini menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan kadar glukosa. Ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal selain dapat mengurangkan stress aksidatif.

Kajian menapous pula dilakukan pada tikus yang telah di buang ovari.

Hasil kajian menunjukkan madu kelulut mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina disamping meningkatkan ketebalan trabekular tulang.

Ini bermakna ia membantu menguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

Berpuasa secara asasnya meletihkan sekiranya melibatkan pergerakan fizikal yang banyak namun tidak mustahil seseorang mampu tampil cergas dan bertenaga melalui amalan pemakanan yang betul ketika bersahur.

Antara pemakanan yang boleh diamalkan ketika bersahur adalah makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kurma selain mendapatkan bekalan air yang cukup.

Selain itu pengambilan madu kelulut juga dapat membantu seseorang untuk kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan metabolisma tubuh.

Menurut Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa.

Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser.

Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut.

Iaitu dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik.

Ianya sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Antara kebaikan madu kelulut ialah berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya.

Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut berupaya membanteras pembentukan sel kanser.

Secara ringkasnya 20 kebaikan madu kelulut asli adalah:
  1. Mencegah serangan strok.
  2. Meningkatkan daya tahan tubuh.
  3. Melancarkan peredaran darah.
  4. Memperkuat fungsi otak dan jantung.
  5. Meningkatkan pengeluaran hormon.
  6. Mengendurkan urat-urat yang tegang.
  7. Memperbaiki sel tubuh yang rosak.
  8. Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan.
  9. Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis.
  10. Meningkatkan kecerdasan anak.
  11. Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan.
  12. Mencegah kanser.
  13. Membantu penyembuhan luka diabetes.
  14. Mengurangkan resdung.
  15. Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong.
  16. Mengurangkan lelah/asma.
  17. Melancarkan pernafasan.
  18. Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah.
  19. Membantu menurunkan tahap tekanan darah.
  20. Mencegah pembentukan batu karang.

Bersama ini disenaraikan beberapa kegunaan madu yang amat menakjubkan.

Kebaikan Madu Kelulut Terhadap Kesihatan
  1. Menyegarkan badan pada waktu pagi. Ambil beberapa sudu madu (yang kaya dengan fruktos) diwaktu pagi.
  2. Menyembuh luka-luka dan kesan terbakar (disebabkan api atau air panas). Sapukan madu ditempat yang terbakar atau luka. Madu bertindak sebagai bahan antiseptik yang amat mujarab.
  3. Masalah sakit tengkak dan batuk. Ambil campuran air limau nipis, lemon dan madu adalah amat berkesan untuk rawatan sakit tengkak dan batuk.
  4. Membasmi parasit. Ambil campuran madu, cuka dan air pada kadar yang sama. Campuran ini amat sesuai untuk membunuh parasit dalam sistem perkumuhan.

Kebaikan Madu Kelulut Terhadap Kecantikan
  1. Melembutkan kulit. Madu ialah bahan pelembut kulit yang berkesan. Sapu di bahagian yang kering seperti siku, tangan dan biarkan selama 30 sebelum dibersihkan.
  2. Pelembut rambut. Madu ialah pelembut rambut yang asli. Campurkan 1 sudu teh kedalam shamppo yang biasa digunakan untuk merawat ramput yang khusut dan rosak. Untuk meningkatkan keberkesanannya, madu boleh dicampur dengan minyak zaiton.
  3. Bahan untuk mandi bunga. Bancuh 2 sudu makan madu bersama dengan 1 cawan air suam. Selepas 10 minit, apabila madu sudah larut sepenuhnya, tuangkan ke dalam air tangkugan mandi bersama dengan beberapa titik minyak pati levender.
  4. Menghilangkan jerawat. Lumur sedikit madu pada jerawat dan tutup dengan dengan “band aid”. Tanggalkan band aid tadi selepas 30 minit.
  5. Sebagai pembersih muka (facial). Lumurkan campuran 2 sudu makan dan 2 sudu makan susu kemuka. Bersihkan selepas 10 minit.

Madu Kelulut Sebagai Sumber Makanan Tambahan Utama
  1. Tambahan Tenaga. Berhenti minum kopi. Sebaliknya minum teh yang dicampur dengan 2 sudu madu.
  2. Sebagai gantian kepada gula didalam makanan. Dalam semua resepi masakan bakeri, ganti 1 cawan madu dengan 3/4 cawan madu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tips Menyimpan Madu Yang Ramai Tak Tahu

sumber: kelulutborneo

'Masyaa-Allah Awak Sangat Beriman Kerana Menaikkan Harga Barang'

'Masyaa-Allah Awak Sangat Beriman Kerana Menaikkan Harga Barang'

Jika anda masuk ke kedai dan mendapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa, lalu dia menjawab, “Allah menaikkan harga barang”. Apakah anda akan berkata, “Masya-Allah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman”. Ataupun anda akan marah dan berkata, "Awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!”

'Masyaa-Allah Awak Sangat Beriman Kerana Menaikkan Harga Barang'

Apa yang jelasnya, negara sedang berhadapan dengan skandal berbilion ringgit, rasuah dan penyelewengan. Pengawalan harga barang dan kos sara hidup ialah amanah yang diberi rakyat kepada pemimpin.

Memang benar semua perkara berlaku dengan izin Allah namun apa yang Dia izinkan, bukan semestinya Dia reda.

Demikian juga apa yang Dia reda bukan semestinya Dia izinkan. Dia tidak reda kezaliman Firaun, tetapi Dia mengizinkan kewujudan Firaun atas sistem alam yang dicipta-Nya.

Angkara politik tersepit

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini mendapat reaksi ramai apabila berkata, isu harga barang naik bukan masalah baru malah telah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Membaca terjemahan hadis diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bin Malik, Hamzah menjelaskan ada sahabat meminta Rasulullah menetapkan harga barangan untuk mereka.

Isu kos sara hidup yang tinggi juga menjadi perhatian ramai apabila Datuk Sheila Majid menyentuhnya menerusi Twitter pada 5 Disember lalu.

Kata penyanyi itu rakyat mengeluh tentang keadaan semasa ekonomi dan bosan kerana 'diperah' akibat hutang yang bukan berpunca daripada mereka.

Ekoran itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan Sheila sebagai meroyan sambil menegaskan bahawa kadar pengangguran di Eropah lebih teruk berbanding Malaysia.

Mufti

Dalam konteks ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, telah mengulas balas dengan panjang lebar.

Menurut Mohd Asri, jika kenaikan harga barang bukan disebabkan perancangan buruk manusia - sebaliknya secara semula jadi dan penetapan harga barang akan menzalimi para peniaga - maka hadis itu dipakai dalam suasana yang seperti itu. Ertinya haram menetapkan harga barang.

Namun, jika naik turun harga tidak semula jadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, pembeli juga tidak boleh dizalimi. Kerajaan mesti menjaga keadilan kedua-dua pihak.

Justeru Islam melarang monopoli yang zalim seperti ihtikar (hoarding, sorok barang). Jika kezaliman berlaku, pemerintah boleh masuk campur menetapkan harga barang.

Hadis tutup aib

Inilah yang disebutkan sarjana seperti Ibn al-‘Arabi, “Sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli)”.

“Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi SAW) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu (peraturan) Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan,” tegas Mohd Asri.

Menurut beliau lagi, hadis itu sahih cuma konteks ia dikemukakan di waktu ini mungkin tidak tepat.

Apakah yang boleh kita pelajari daripada kenyataan oleh menteri terbabit?

Pertama, memetik hadis untuk mengukuhkan hujah dan tindakan perlu berlandaskan ilmu pengetahuan dan huraian yang menyeluruh, bukan semata-mata berasaskan kefahaman literal atau bahasa.

Kedua, menggunakan hadis untuk menutup keaiban atau kelemahan apatah lagi kezaliman dalam pengurusan ekonomi negara dan rakyat merupakan satu tindakan yang mencemar kesucian hadis dan Islam.

Ketiga, menteri dan parti pemerintah wajib mendengar rintihan hati rakyat dan memberi penyelesaian tanpa perlu mengugut atau mengancam.

Dalam konteks ini, bahawa hadis tersebut sebenarnya menjelaskan prinsip besar Islam ialah keadilan.

Rasulullah menyebut tentang membersihkan diri daripada kezaliman

Pengurusan ekonomi negara, termasuk kenaikan harga barang, harga runcit minyak dan hutang negara ialah tanggungjawab parti pemerintah.

Tadbir urus kerajaan yang salah dan korup serta penuh pembaziran dan ketirisan menyebabkan kantung negara menjadi kering dan akhirnya kerajaan terpaksa mengenakan cukai regresif seperti GST yang telah menyebabkan kenaikan melambung harga barang.

Skandal korupsi institusi menyebabkan kehilangan kepercayaan pelabur asing, mendorong kejatuhan nilai ringgit yang mengakibatkan harga barang import menjadi mahal.

Bukankah ini kezaliman kepada rakyat akibat kepincangan tadbir urus pihak yang sedang berkuasa?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Fakta Ekonomi Meningkat Tapi Bukan Untuk Rakyat Miskin

sumber: mk

Norman Finkelstein Tokoh Yahudi Yang Dibenci Zionis

Norman Finkelstein Tokoh Yahudi Yang Dibenci Zionis

Lahir pada Disember 1953, Norman Finkelstein adalah anak kepada pasangan Yahudi yang terselamat dalam peristiwa Holocaust. Bapanya, Zacharias Finkelstein pernah berada di kem tahanan Auschwitz manakala ibunya, Maryla Husyt di kem Majdanek.

Norman Finkelstein Tokoh Yahudi Yang Dibenci Zionis

Beliau menamatkan pengajian di Universiti Binghamton di New York dan memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang sains politik di Princeton.

Norman Finkelstein berpengalaman menjadi ahli fakulti di Kolej Brooklyn, Universiti Rutgers, Kolej Hunter, Universiti New York dan yang terakhir, Universiti DePaul, dimana beliau telah dipecat dari beberapa jawatan atas pelbagai sebab terutamanya kecaman terhadap Israel.

Industri Holocaust

Norman Finkelstein menegaskan bahawa sebenarnya Israel adalah pihak yang memulakan Perang Enam hari 1967 dan Perang Yom Kippur enam tahun kemudian.

Melalui bukunya ‘The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering’, beliau menyatakan bahawa orang Yahudi berminat mengenai Holocaust hanya selepas tahun 1967.

Peristiwa tersebut digunakan sebagai propaganda untuk meraih wang pampasan dan tambahnya, Holocaust telah dieksploitasi untuk membenarkan pencabulan hak asasi manusia dan menghalalkan jenayah kemanusiaan oleh Israel.

Akibat ‘keceluparan’nya, Finkelstein akhirnya dihalang masuk ke Israel pada 2008, namun beliau tidak mempersoalkan halangan tersebut kerana tidak pernah menganggap Israel sebagai negara yang sah dan tidak wujud rasa nasionalisme di dalam dirinya.

Organisasi Yahudi yang mendapatkan pampasan bagi mangsa Holocaust didakwa sebagai pencuri. 95 peratus daripada wang tersebut digunakan untuk kepentingan mereka dan bukan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Ianya jelas merupakan penghinaan terhadap penderitaan orang Yahudi yang menjadi mangsa dalam peristiwa tersebut dan berpunca dari perkara tersebutlah, Norman Finkelstein berkata, semua yang dilakukan dalam hidupnya adalah merupakan satu usaha untuk mempertahankan nama baik ibu bapanya.

Apa yang mereka alami menjadi sumber kemarahan moral beliau untuk menentang peperangan, perkauman dan ketidakadilan.

Norman Finkelstein turut melancarkan peluru lisan dengan mendedahkan bahawa konflik semasa sebenarnya dicipta dengan rapi oleh kerajaan Israel, Amerika dan golongan Yahudi yang kaya.

Baginya, Zionis adalah Nazi dan mereka mengambil pelajaran baik daripada Nazi, iaitu percubaan untuk menghapuskan masyarakat Palestin di Israel dan wilayah yang diduduki.

Yahudi Zionis diibaratkan secara dasarnya sebagai Nazi yang berjanggut dan bertopi hitam.

Sokongan Terhadap Hizbullah

Pada Mei 2007, Persatuan Pelajar-Pelajar Muslim, UC Irvine (MSU) telah menaja ucapan Norman Finkelstein, di mana dalam ucapan tersebut beliau mendedahkan bahawa usaha keamanan banyak datang dari dunia Arab.

Orang Arab menunjukkan kecenderungan yang luar biasa dalam mematuhi rundingan, namun pihak Israel yang banyak melanggar perjanjian rasmi mahupun tidak rasmi.

Profesor ini yang mempunyai rancangan untuk mengajar di Turki, dengan yakin mengeluarkan kenyataan menyokong kumpulan Hizbullah, walaupun beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mereka sebagai sebuah organisasi. Baginya setiap kejayaan Hizbullah adalah patut diraikan.

Pujian turut diberikan kepada kumpulan-kumpulan pro-Palestin dan penghormatan tertinggi kepada Perpaduan Pergerakan Antarabangsa (ISM).

Sambil menceritakan kegembiraannya untuk bertemu dengan Hizbullah dan mengekalkan solidariti dengan mereka, tegasnya, rakyat mempunyai hak untuk mempertahankan negara dari penceroboh.

Amerika Syarikat dan Israel tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kebangkitan di dunia Arab dan mereka sudah bertekad, untuk meletakkan orang-orang Arab di dalam keadaan seolah ‘hamba’ dan akan memastikan mereka terus begitu.

Israel-Palestine: Harapan Masa Depan

Norman Finkelstein berkata beliau percaya konflik Israel-Palestin hanya boleh diselesaikan jika ada kerjasama dari kedua-dua pihak terutamanya Israel.

Beliau telah menerbitkan sebuah artikel mengenai bagaimana cara menyelesaikan konflik ini melalui Doktrin Anti-Keganasan oleh Mahatma Gandhi.

Norman Finkelstein mencadangkan bahawa peluang permulaan terbaik Palestin untuk melawan kembali ialah tidak berjuang dengan cara sekarang kerana rakyat Palestin tidak mempunyai pilihan melakukan tentangan secara bersenjata.

Satu-satunya taktik mereka untuk digunakan terhadap Israel yang dibelakangnya Amerika Syarikat, adalah dengan ‘pemberontakan sivil’ dan bukan melalui keganasan.

Walaupun ia kedengaran begitu mudah dan mereka telah berada dalam konflik selama beberapa dekad, tetapi hanya itu sahaja cara yang boleh dilakukan untuk mencapat keamanan.

Bagaimanapun, ramai berpendapat adalah mustahil untuk melihat isu ini selesai dengan beberapa anggota Pasukan Pertahanan Israel berkata, mereka tidak mahu memberi rakyat Palestin tanah kerana mereka mahukan lebih dan tidak ingin melihat konflik tersebut diselesaikan.

Bercerita tentang harapan Yahudi, kata Norman Finkelstein, negara Israel hari ini adalah tempat yang paling tidak selamat untuk Yahudi dalam dunia.

Pembentukan negara tersebut bukanlah jawapan kepada semua permasalahan dan persoalan mereka, tetapi lebih kepada memburukkan keadaan apabila Yahudi yang tidak terlibat juga menerima tempias akibat kezaliman Israel.

Sama seperti generasi muda Jerman yang perlu menanggung beban Nazisme, generasi Yahudi akan datang juga terpaksa menanggung kecaman dan kebencian dunia sebagai akibat kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau mengingatkan Zionis, “jika tidak mahu dituduh menjadi Nazi, mereka perlu berhenti bertindak seperti Nazi.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots