Monday, September 18, 2017

Fenomena Telur Di Hujung Tanduk Saat Planet Zuhrah Mengiringi Bulan


Sebahagian daripada penduduk di Malaysia telah berpeluang menyaksikan sendiri sebuah fenomena luarbiasa dimana planet Zuhrah atau Bintang Timur berada hampir dengan bulan sabit yang berusia 27 hari, awal pagi (18/9/2017).

Telur Di Hujung Tanduk

Bagi mereka yang berada di selatan tanah air, mereka berpeluang melihat planet Zuhrah menyelinap di belakang bulan selama hampir 20 minit, manakala di Kuala Terengganu, bulan terbit kira-kira jam 5.06 pagi beriringan dengan planet Zuhrah yang berada di sebelah kirinya.

Pada kira-kira jam 6.50 pagi, fenomena bagaikan ‘telur di hujung tanduk’ itu atau planet Zuhrah mengiringi bulan, telah kelihatan dengan jelas.

Pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Baharrudin Zainal berkata, berbeza bagi penduduk yang berada di selatan tanah air, mereka dapat melihat planet Zuhrah secara perlahan-lahan menyelinap di sebalik bulan.

Fenomena astronomi ini dinamakan ‘hijab’ atau ‘okulsi’ yang berlaku apabila objek samawi yang kecil seperti bintang dan planet hilang di sebalik permukaan bulan.

Dalam kajian astronomi, fenomena ini digunakan untuk menyemak algoritma koordinat cakerawala, ketepatan waktu dan kesan atmosfera objek samawi yang terlibat.

Bagi tujuan pemerhatian fenomena ini, beliau bersama 70 pelajar jurusan Syariah yang mengikuti kursus elektif falak telah berkampung di Masjid Cina, Krubung, Melaka untuk menyaksikan fenomena ini dan merakamkan beberapa maklumat.

Fenomena ini dapat dilihat mula menyelinap penuh jam 6.54 pagi dan mula keluar penuh pada jam 7.17 pagi.

Jika ada yang terlepas peluang menyaksikannya, Fenomena Telur Di Hujung Tanduk ini akan berlaku lagi pada tahun 2026, di mana fenomena hijab ini akan berlaku pada waktu maghrib di beberapa negeri di utara semenanjung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Fenomena Ajaib Hari Telur Berdiri

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon