Thursday, December 14, 2017

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia


Mead Johnson hari ini mengeluarkan cara bagaimana mengenal pasti produk susu tiruan kepada pelanggan mereka.

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

Dalam kenyataan di Facebook rasmi, Mead Johnson berkata cara paling mudah untuk mengesan produk tiruan adalah dengan memeriksa bungkusan kerajang aluminium susu berkenaan.

“Susu Enfalac A+ Langkah 1 yang asli mempunyai bungkusan sedikit kembung. Manakala susu tiruan mempunyai lipatan tajam di kedua-dua bahagian bungkusan,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, Mead Johnson memberitahu bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan polis menyiasat laporan susu formula palsu jenamanya di Johor Bahru.

Setakat ini, hanya satu produk yang terlibat iaitu Enfalac A+ Langkah 1 dalam kotak 1.8 kilogram dengan tiga pek foil dalam setiap kotak.

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

“Carian runcit kami yang dijalankan minggu lalu mendapati sebilangan kecil produk berada di sekitar kedai runcit di Skudai, Johor Bahru iaitu di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari.

“Carian pasaran kami juga mengesahkan tiada produk lain yang disyaki terlibat dalam kawasan tersebut,” katanya.

Setakat ini, kata kenyataan itu hanya 210 kotak susu tiruan yang dikeluarkan oleh kedai-kedai yang terlibat, namun siasatan masih berjalan ke atas isu ini.

Mead Johnson juga menggesa pengguna yang terbeli Enfalac A + Langkah 1 dengan lipatan palsu untuk segera menghubungi Mead Johnson di 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam).

Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A + Langkah 1 yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi mereka untuk produk gantian.

Mead Johnson buka ruangan lapor di laman web

Cara Mengenal Pasti Susu Tiruan Mead Johnson Di Malaysia

Ibu bapa yang was-was dengan produk susu jenama Mead Johnson yang dibeli boleh mengemukakan aduan langsung ke laman web syarikat itu.

Ibu bapa atau penjaga bayi yang mengalami kesan alahan seperti kulit melepuh, muntah berterusan atau dehidrasi boleh terus membuat laporan atas talian di portal Mead Johnson.
Ruang maklum balas akan muncul di skrin utama laman web tersebut bagi memudahkan pengguna membuat aduan.

Anda boleh layari: https://www.enfagrow.com.my/

Atau menerusi aplikasi Facebook: Enfagrow A+ Malaysia

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Dari NESTLE, Cara Membezakan Produk Milo Tulen Atau Tiruan

sumber: astroawani astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon