Aug 20, 2014

Kehebatan Briged Al-Qassam Menentang Pengganas Yahudi

Dengan tekad yang jitu untuk mengecapi syahid di jalan-Nya dan tawakkal yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT, anggota-anggota Briged Al-Qassam telah mempamerkan keberanian dan keperwiraan yang menjadikan mereka mimpi ngeri buat tentera Israel.

Keupayaan ketenteraan dan kebijaksanan strategi peperangan Hamas dalam peperangan kali ini juga jauh di luar jangkaan rejim Zionis Israel, sekaligus menimbulkan kegerunan dahsyat kepada mereka.

Berikut dipaparkan sebahagian contoh kehebatan Briged Al-Qassam dalam aspek keupayaan ketenteraan yang telah dipamerkan sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali ini:

Keberanian Komando Darat Al-Qassam

Komando Darat Al-Qassam

Sebahagian besar kematian yang dialami tentera Israel adalah akibat operasi ketenteraan yang dibuat oleh Komando Darat Al-Qassam. Operasi darat Al-Qassam berjaya menembusi beberapa kem tentera rejim Zionis dan kemudiannya membunuh tentera penjajah.

Dalam satu serangan hendap ke atas kem tentera Israel di Nahal Oz, skuad Komando Al-Qassam berjaya menyelinap melalui rangkaian terowong rahsia dan menggunakan taktik penyamaran sebagai tentera Israel yang berjaya mengelirukan musuh.

Operasi dilakukan secara tersusun di mana pasukan Al-Qassam hanya mengambil masa sekitar 2 minit untuk menyelesaikan misi mereka, cukup untuk melakukan serangan dan kemudian berundur semula ke dalam terowong.

Mereka juga melaksanakan operasi dengan cermat seperti tidak melepaskan tembakan secara rambang dan bertalu-talu, tidak memusnahkan lokasi atau meletupkan menara kawalan yang boleh menarik perhatian tentera Israel di kem-kem yang lain.

Antara strategi peperangan Komando Darat Al-Qassam lain yang turut menonjol kali ini penggunaan perangkap samar dan keupayaan untuk meletupkan kenderaan tentera musuh dengan alat kawalan jauh.

Teknologi roket baru R-160 Al-Qassam

Roket R-160 Al-Qassam

Serangan roket Al-Qassam dalam peperangan kali ini dilaporkan telah sampai ke wilayah Israel yang sebelum ini tidak pernah berjaya dijangkau. Kalau sebelum ini Al-Qassam telah memperkenalkan roket M-75 yang berupaya mencapai sasaran sehingga 70-75 km, kali ini Al-Qassam berjaya menghasilkan pula roket jenis R-160 (Rantissi 160) yang memiliki jangkauan sasaran sehingga 160 km.

Roket ini diberi nama sempena Asy-Syahid Abdul Aziz Rantissi yang telah syahid pada tahun 2004 akibat bedilan peluru berpandu oleh helikopter Apache Zionis Israel.

Laporan Al-Qassam menyatakan bahawa roket R-160 telah berjaya dilancarkan ke wilayah Haifa, bahagian paling utara di negara haram Israel yang jaraknya kira-kira 140 kilometer dari Gaza.

Perkembangan ini menggemparkan seluruh penduduk Israel kerana kini tiada lagi tempat yang selamat untuk mereka daripada ancaman serangan roket Al-Qassam. Serangan roket yang dilancarkan dari Gaza juga telah melumpuhkan operasi di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv.

Penggunaan Komando Amfibia Al-Qassam

Komando Amfibia Al-Qassam

Dalam keadaan Gaza yang terkepung secara total, Briged Al-Qassam masih berjaya menembusi negara haram Israel melalui jalan laut dengan menggunakan skuad Komando Amfibia Al-Qassam yang sama sekali tidak pernah dijangkakan oleh tentera Zionis. Komando Amfibia Al-Qassam berhasil melaksanakan beberapa operasi untuk mencerobohi kem tentera Israel dan seterusnya melakukan serangan darat secara berdepan.

Inovasi roket yang berupaya mengelak sistem pertahanan Iron Dome

Iron Dome vs R160 Al-Qassam

Peperangan kali ini menyerlahkan kegagalan Iron Dome milik Israel yang selama ini didakwa sebagai sistem pertahanan ketenteraan tercanggih di dunia. Sistem Iron Dome sebelum ini didakwa memiliki kadar kejayaan sehingga 90%, namun kajian yang dilakukan sepanjang peperangan kali ini menunjukkan Iron Dome hanya mampu mematahkan 30-40% serangan roket yang dilancarkan dari Gaza.

Malah pihak Israel sendiri mengakui dalam tempoh 24 jam sewaktu perang, Iron Dome mereka hanya mampu mematahkan 8 daripada hampir 120 roket yang dilancarkan oleh Al-Qassam.

Situasi ini mencetuskan situasi panik dan huru-hara kepada rejim Zionis Israel apabila Iron Dome milik mereka ternyata tidak dapat menghalang sepenuhnya serangan roket ciptaan Al-Qassam.

Penganalisis tentera Israel sendiri mengakui bahawa inovasi Al-Qassam telah berjaya menghasilkan roket Jaabari 80 dengan teknologi yang mampu mengelak daripada Iron Dome. Pergerakan roket ‪Jaabari 80 secara berayun dan tidak tetap menyebabkan sistem pertahanan Iron Dome gagal untuk menangkis serangan tersebut.

Penghasilan senjata penembak tepat “Ghoul” buatan sendiri

Al-Qassam 'Ghoul'

Al-Qassam juga telah berjaya mencipta sendiri senjata penembak tepat (sniper) yang dinamakan “Ghoul” yang mampu mencapai jarak sejauh 2 kilometer. Sedangkan jarak tipikal sebuah sniper rifle biasa hanyalah dalam lingkungan 1 kilometer.

Sniper yang memiliki kaliber 14.5 mm ini diberi nama sempena salah seorang jurutera Al-Qassam bernama Adnan al-Ghoul yang telah syahid pada tahun 2004. Senjata ini juga dikatakan mempunyai keupayaan penglihatan teleskopik.

Pelancaran pesawat udara tanpa pemandu

Al-Qassam Drone - Ababil 1

Buat pertama kalinya dalam peperangan kali ini, Briged Al-Qassam telah memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu mereka yang dinamakan Ababil 1 kepada umum.

Al-Qassam mendakwa bahawa pesawat tanpa pemandu itu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan ke ruang udara Israel. Al-Qassam telah berjaya menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A yang pertama sekali dicipta, jenis A1B yang berupaya melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze (meletupkan diri sendiri dengan melanggar lokasi sasaran).

Kehebatan yang ditonjolkan oleh Briged Al-Qassam sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali ini memberikan umat Islam sinar harapan bahawa umat Islam di Palestin tidak akan mengalah begitu sahaja dan menyerahkan tanah mereka kepada rejim Zionis Israel tanpa sebarang penentangan.

Bahkan Al-Qassam menjanjikan lebih banyak kejutan kepada Israel sekiranya mereka terus berdegil untuk menindas dan tidak mengembalikan hak-hak penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Tidak keterlaluan jika kita katakan Briged Al-Qassam adalah ibarat tentera Salahuddin Al-Ayyubi atau ketumbukan Muhammad Al-Fateh pada zaman ini.

Merekalah hero umat Islam pada hari ini.

BACA INI JUGA: Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

[Sumber]

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

semoga briged al qassam akan sentiasa memperoleh kemenangan. tapi memang kehebatan al qasam nie memang patut digeruni oleh rejim zionis..hehehe

Regards,
-Strider-

Mudah2an Allah akan menurunkan pertolongan kepada para pejuang Palestin. Amiin

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon