Sunday, December 10, 2017

Sejarah Kad Kuning Dan Kad Merah Dalam Bola Sepak

Sejarah Kad Kuning Dan Kad Merah Dalam Bola Sepak

Mari kita menyelusuri zaman untuk melihat sejarah penggunaan kad kuning dan kad merah dalam sukan bola sepak yang menjadi elemen penting setiap kali bolasepak dipertandingkan.

Sejarah Kad Kuning Dan Kad Merah Dalam Bola Sepak

Kad merah dan kad kuning mula diperkenalkan ketika Piala Dunia 1970 di Mexic, namun inspirasi penggunaannya muncul ketika Piala Dunia 1962.

Ianya adalah ketika perlawanan antara pasukan tuan rumah, Chile dan Itali. Perlawanan tersebut direkod sebagai antara pergaduhan paling buruk dalam sejarah Piala Dunia.

Pada masa itu, penggunaan kad sebagai amaran masih belum digunakan Amaran hanya sekadar arahan lisan dari pengadil. Betapa mudah dan sukarnya tugas pengadil pada masa itu.

Masalah timbuk apabila perlawanan yang diadili oleh Ken Aston, pengadil berbangsa Inggeris yang tidak tahu berbahasa Latin atau Itali.

Dalam perlawanan tersebut, Ken Aston gagal mengarahkan pemain Itali, Giorgio Ferrini yang melakukan terjahan keras untuk dibuang padang.

Tiada satu pun pemain di atas padang yang faham Bahasa Inggeris dan tidak faham arahan Ken Aston pada masa itu.

Perlawanan tersebut memaksa campur tangan pihak polis untuk menenangkan keadaan.

Sesudah perlawanan, Ken Aston terfikir untuk menggunakan kaedah komunikasi yang lebih universal.

Ketika dalam perjalanan balik ke rumah, Aston tertarik dengan konsep lampu isyarat di persimpangan jalan.

Maka tercetuslah idea penggunaan kad kuning dan merah.

Maka, warna kuning dan merah itu diambil daripada warna lampu isyarat. Kuning bermakna amaran kepad pemain untuk bertenang. Manakala kad merah membawa makna pemain harus keluar dari padang bola sepak.

Idea warna kuning dan merah itu diusulkan kepada FIFA sebelum dilaksanakan pada Piala Dunia 1970.

Menariknya, walaupun FIFA telah menerima usul tersebut, penggunaan kad kuning dan merah hanya diguna pakai dalam bola sepak Inggeris pada tahun 1976.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Rekod Bola Sepak Yang Pasti Sukar Dipecahkan Untuk Tempoh Yang Lama!

sumber: thepatriots

Khasiat Daun Kaduk Mencegah Lemak Dan Obesiti

Khasiat Daun Kaduk Mencegah Lemak Dan Obesiti

Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).

Daun Kaduk Mencegah kegemukan

Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot.

Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pda kulit jari kaki (fungoid dermatitis).

Daun kaduk juga boleh dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi.

Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C.

Daunnya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria.

Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis.

PATI POKOK KADUK DAPAT MENCEGAH KEGEMUKAN

Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan.

Pensyarah Pusat PengajianSains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang pembuluh darah merebak keseluruh tisu badan bersama lemak makanan.

“Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, iaitu daripada daun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri."

Beliau berkata, kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekat lemak dalam badan.

“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan Pembuluh darah baru yang menjadi punca utama obesiti.”

Prof Dr Zhari berkata, berbeza dengan produk lain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan iaitu pembentukan sel lemak dalam badan.

7 Khasiat Daun Kaduk

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;
  1. sembelit
  2. sakitgigi
  3. demam malaria
  4. lemah dan sakit dalam tulang

Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat, hanya caranya berbeza.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Daun Kaduk Untuk Kesihatan

sumber: herbadantumbuhan

Kenali 'Krabi-Krabong' Seni Mempertahankan Diri Paling Merbahaya Di Thailand

Kenali 'Krabi-Krabong' Seni Mempertahankan Diri Paling Merbahaya Di Thailand

Krabi-Krabong merupakan moyang kepada ‘Thai kickboxing’ dan terkenal sebagai salah satu seni mempertahankan diri yang paling merbahaya di Thailand, Krabi-Krabong tidak digunakan untuk sukan tempatan kerana tidak begitu terkenal di kalangan rakyat Thailand.

Kenali 'Krabi-Krabong' Seni Mempertahankan Diri Paling Merbahaya Di Thailand

Krabi-Krabong dikatakan wujud sejak abad ke-13 masehi, namun terdapat segelintir sejarawan yang tidak bersetuju dan menyatakan bahawa ianya lebih tua daripada itu.

Menurut sejarah, Krabi-Krabong mengalami pelbagai jenis evolusi setelah mengalami pelbagai pengaruh daripada peperangan antara Burma dan Siam.

Perkataan Krabi-Krabong merujuk kepada senjata-senjata utama yang digunakan dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Krabi, Krapi = pedang
Krabong, Krapong = tiang

Semasa peperangan Burma-Siam (1765-1767), tentera Konbaung Dinasti (Burma) telah mengepung ibu kota Siam, Ayutthaya.

Dalam satu perjumpaan antara Raja Siam pada masa itu, Raja Ekkathat dengan panglima perang Burma, Raja Siam menawarkan dirinya sebagai banduan dan ufti kepada Raja Burma untuk menyelamatkan Ayutthaya, namun kerajaan Burma tidak merima tawaran tersebut.

Menurut para sejarahwan, objektif utama kedatangan Burma ke Ayutthaya bukanlah untuk menjadikan Siam sebagai negeri naungan atau negeri jajahan, tetapi untuk memusnahkan Ayuttahaya.

Pada 7 April 1767, tentera Burma berjaya merobohkan tembok kota Ayuttahaya dan menjarah kota tersebut serta melakukan pelbagai kerosakan terhadap rakyat Siam, namun tentera Burma mengalami beberapa halangan daripada rakyat Siam.

Kebanyakan rakyat Siam yang dilatih ilmu Krabi-Krabong telah membantu tentera Siam Ayutthaya untuk menghalang kemaraan tentera Burma ke dalam kota Ayuttahaya.

Malangnya, jumlah askar Burma yang lebih ramai berbanding tentera Siam, tentera Burma akhirnya berjaya memasuki kota Ayutthaya.

Menurut sejarah, patung-patung emas Buddha dalam kota Ayutthaya telah dimusnah dan dicairkan, kemudian dihantar ke ibu kota Burma.

Tentera Burma menangkap beribu-ribu rakyat Siam serta keluarga diraja Siam sebagai banduan perang dan membawa mereka ke Burma.

Dari peristiwa yang duka inilah muncul seorang tokoh bernama Raja Taksin, salah seorang daripada ahli keluarga diraja Siam yang berjaya melarikan diri daripada ditangkap tentera Burma.

Raja Taksin merupakan seorang panglima perang Siam dan pendekar Krabi-Krabong.

Setelah Ayutthaya jatuh ke tangan tentera Burma, Raja Taksin melarikan diri bersama para pengikutnya ke Rayong untuk mengumpulkan kekuatannya.

Selama beberapa bulan Raja Taksin menghantar jumlah tentera yang kecil untuk mengacau dan memotong laluan bekalan tentera Burma ke Ayutthaya.

Berita kehebatan Raja Taksin telah sampai ke seluruh pelusuk Siam dan telah memberikan semangat moral kepada rakyat Siam lalu semakin ramai rakyat Siam menawarkan diri mereka sebagai askar kepada Raja Taksin.

Pada bulan November 1767, Raja Taksin dan tenteranya berjaya mengambil semula kota Ayutthaya daripada tentera Burma.

Semasa usaha Raja Taksin untuk mengambil semula kota Ayutthaya, Raja Taksin telah dibantu oleh dua orang panglima dan pendekar Krabi-Krabong yang terkenal bernama Phraya Pichai Daab Hak dan Phraya Pichai Chakri.

‘Daab Hak’ merupakan gelaran yang diberi oleh Raja Siam kepada Phraya Pichai yang bermaksud “pedang patah”.

Ini kerana semasa dalam pertempuran, salah satu pedang yang digunakan Phraya Pichai telah dipatahkan oleh musuh namun, Pharaya Pichai memberanikan diri dan meneruskan pertempuran tanpa rasa gentar.

Seterusnya ialah panglima Phraya Pichai Chakri, seorang yang mahir dalam seni Krabi-Krabong dan merupakan seorang panglima perang yang bijak. Di bawah pimpinan Phraya Pichai Chakri, tentera Siam telah berjaya menawan kerjaan Lao seperti Vientiane, Luang Prabang dan Chiangmai.

Walaupun seni mempertahankan Krabi-Krabong tidak diamalkan secara besar-besaran di bandar, kebanyakan teknik asli Krabi-Krabong masih boleh dilihat di pinggir bandar atau di kawasan kampung dan pedalaman Thailand.

Untuk menguasai seni Krabi-Krabong, pelajar mesti menggunakan senjata-senjata berikut:
  • Krabi: pedang
  • Krabong: tiang (biasanya diperbuat daripada kayu atau buluh)
  • Daab song mue: dua pedang
  • Lo: perisai ( biasanya diperbuat daripada kulit kerbau atau kayu)
  • Phlong: kayu panjang atau buluh (kadangkala diikat dengan Lo)
  • Ngao or Ngau: tombak
  • Mai sok san: belantan (biasanya dipakai di lengan)

Krabi-Krabong dikatakan adalah moyang kepada beberapa lagi seni mempertahankan tempatan Thailand seperti Muay Thai dan Thai kickboxing.

Krabi Krabong juga digunakan oleh askar Thailand dan pengawal diraja keluarga Thailand kini, menunjukkan betapa bahayanya seni mempertahankan diri Krabi-Krabong.

Namun, mengapakah ilmu seni mempertahankan diri ini tidak diiktiraf sebagai sukan? Adakah ianya terlalu berbahaya? Adakah kerana Krabi-Krabong memerlukan senjata?

Jawapannya terletak kepada pendapat para guru dan para pelajar Krabi-Krabong itu sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenali ‘Krav Maga’ Seni Tempur Tentera Israel

sumber: thepatriots

Sejarah Siapakah Sebenarnya Bangsa Yahudi

Sejarah Siapakah Sebenarnya Bangsa Yahudi

Menurut kajian sejarah berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, bangsa Yahudi terawal mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim a.s. yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.

Sejarah Siapakah Sebenarnya Bangsa Yahudi

Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim a.s. tinggal di daerah Palestin yang sekarang ini dikenali sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth a.s. (QS, 21:69-71).

Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.

Anak bongsu nabi Yaakub a.s. adalah nabi Yusuf a.s., yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi ketua bendahara negeri Mesir.

Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf a.s. ke Mesir dan hidup damai di sana sehinggalah Firaun yang berkuasa menjadikan mereka hamba, keturunan mereka yang dikenali sebagai bani Israel.

Kerana kekejaman Firaun terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirimkan nabi Musa a.s. dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.

Musa a.s. dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.

Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestin), dalam Al-Qur'an, Nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).

Setelah nabi Musa a.s. wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan.

Menurut ahli sejarah, nabi Daud a.s. menjadi raja Israel dan membangunkan sebuah kerajaan berpengaruh.

Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman a.s., sempadan Israel diperluaskembangkan dari Sungai Nil di Selatan sehingga ke sungai Eufrat di negara Syria sekarang di utara.

Ini adalah zaman kegemilangan bagi bangsa Israel dalam banyak bidang, terutamanya dalam seni bina.

Di Baitul Maqdis (Jerusalem), Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah istana dan biara yang luar biasa.

Setelah wafatnya nabi Sulaiman a.s., Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak perkara, bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.

Setelah kematian nabi Sulaiman a.s., kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samaria dan di selatan, Juda, dengan ibukota Baitul Maqdis (Jurusalem).

Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di tangan Assyuria dan Babylon manakala sebahagiannya melarikan diri ke Mesir.

Ketika raja Parsi, Kyros, pada tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali sebagai pelarian, ramai orang Yahudi yang tidak kembali dan di sinilah bermulanya penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.

Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan bangsa Rom dan pada tahun 70 SM, Rom berjaya menghancurkan pemberontakan Jerusalem dan meruntuhkan biara dan Juda.

Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehinggalah pada zaman khalifah Uthmaniyah, barulah bangsa Yahudi dapat merasai kehidupan yang aman dengan membayar ufti kepada kerajaan Uthmaniyah.

Pada akhir abad ke 19, diketuai oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestin bermula pada tahun 1881.

1896

Theodor Herzl, seorang Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden.

Tujuannya untuk menuntut dan membina negara untuk orang Yahudi di Palestin, disokong oleh wang hasil sumbangan dari orang Yahudi di seluruh dunia.

Theodor Herzl juga dikenali sebagai pengasas Zionisme, yang tidak dipersetujui oleh orang Yahudinya sendiri.

1914

Di Palestin tinggal 1200 orang Yahudi dan setelah kekalahan khalifah Uthmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestin menjadi buah catur penjajah dan Zionis dengan bantuan British dan Amerika.

1917

Tanggal 2 November, menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangunkan negara yahudi.

Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).

1920

Gabungan Negara-negara Bersekutu menyerahkan mandat Palestin kepada British.

Akibatnya, 75,000 orang lagi warga Yahudi ke Palestin.

Negara-negara Arab tidak bersetuju negara Yahudi ditubuhkan di Palestin.

1922

Jewish Agency ditubuhkan untuk mewakili orang Yahudi.

Pada tahun 1922, lebih kurang 80,000 orang Yahudi bermastautin di Palestin.

1933

Di Jerman, berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.

1936

Masyarakat Arab kemasukan orang Yahudi ke Palestin namun orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.

1937

Apabila peraturan membataskan pendatang Yahudi daripada membeli tanah, timbul ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.

1939

Sebuah brigade Yahudi ditubuhkan untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestin.

1945

Suruhanjaya Inggeris-Amerika mencadangkan kemasukan 100,000 orang Yahudi di Palestin, tetapi ditolak oleh pihak Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi-Palestin.

1947

UNO menganjurkan pemisahan Palestin dan pembentukan negara Yahudi dan Arab.

1948

Inggeris mengakhiri mandatnya dan meninggalkan negara Palestin pada 14 Mei.

Tentera Yahudi memasuki Palestin dan mengusir orang Palestin yang disokong oleh negara-negara Arab.

Pada hari yang sama, Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di Tel Aviv, menyebabkan perang 6 hari di Timur Tengah.

1949

Israel memenangi peperangan dan sebuah negara haram akhirnya ditubuhkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: akuislam

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Disember)

Tarikh 10 Disember merupakan hari ke 344 (hari ke 345 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 21 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Disember)
Hari Hak Asasi Manusia.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perlembagaan di Thailand (1932) dan Hari Hak Asasi Manusia (1948).

Peristiwa

1508 - Negeri-Negeri Paus, Perancis, Aragon dan Empayar Suci Rom membentuk Liga Cambrai, satu perikatan menentang Republik Venice.

1868 - Lampu isyarat yang pertama dipasang di luar Bangunan Parlimen di London.

1898 - Perang Amerika-Sepanyol tamat dengan pemeteraian Perjanjian Paris. Sepanyol mengakui kemerdekaan Cuba dan menjual Guam, Filipina dan Puerto Rico kepada Amerika Syarikat.

1901 - Hadiah Nobel yang pertama dianugerahkan pada hari ulang tahun kematian ke-5 pengasasnya, Alfred Bernhard Nobel.

1936 - Edward VIII memeterai surat cara turun takhta, dan menjadi raja British yang tunggal untuk melepaskan takhta dengan sukarela.

1941 - Perang Dunia Kedua: Pengebom torpedo Tentera Laut Empayar Jepun menenggelamkan kapal induk Tentera Laut Diraja British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse di timur Malaya.

1948 - Perhimpunan Agung PBB menerima Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, penyataan hak asasi sejagat manusia yang pertama.

2010 - Aktivis hak asasi manusia China Liu Xiaobo dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2010 in absentia, kali pertama sejak 1936 tiada seorang pun dapat mewakili penerima.

2012 - John Dramani Mahama terpilih semula sebagai Presiden Ghana.

Kelahiran

1917 - Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Yang Di-Pertuan Agong keenam.

1928 - Ahmad Razali Mohd Ali, seorang Menteri Besar Selangor ke-10.

1987 - Gonzalo Higuaín, pemain bola sepak Real Madrid C.F.

Kematian

1865 - Leopold I, Raja Belgium.

1917 - Mackenzie Bowell, Perdana Menteri Kanada ke-5.

2012 - Iajuddin Ahmed, bekas Presiden Bangladesh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 Disember)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia, Human Rights Day

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia, Human Rights Day

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia, Human Rights Day disambut pada 10 Disember setiap tahun di seluruh dunia demi meningkatkan hak asasi manusia sejagat untuk hidup dengan aman.

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia, Human Rights Day

Sesetengah manusia di dunia adalah di bawah ancaman hak asasi manusia (misalnya hak kepada kesamarataan) dan hari tersebut diisytiharkan untuk menyedarkan tentang hak kita dan bagi pihak yang hak mereka terancam.

Ada segelintir orang merasa berkuasa atas sebahagian orang lain dan menempatkan posisi mereka sebagai orang yang berkuasa, tetapi benarkah segelintir orang ini berhak untuk bersikap sewenang-wenangnya kepada orang lain? Bukankah kita sebagai manusia memiliki hak yang dinamakan hak asasi manusia?

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia lahir sebagai peringatan selepas tercetusnya perang dunia kedua yang mana selepas perang dunia kedua berlalu, pemimpin dunia telah berkumpul untuk merumuskan hak-hak asasi manusia secara universal untuk mencegah terjadinya tragedi kemanusiaan seperti perang dunia kedua.

Hasilnya adalah deklarasi universal hak-hak asasi manusia (Universal Declaration of Human Rights) yang kemudian diisytiharkan oleh PBB pada tanggal 10 Disember 1948.

Apakah Hak Asasi Manusia?

Hak asasi manusia adalah hak yang tidak boleh dipisahkan dan kebebasan yang layak bagi setiap insan sebagai seorang manusia. Hak-hak tersebut menjamin maruah dan harga diri insan manusia serta menggalakkan kebaikan insani.

Hak asasi manusia berbentuk sejagat, tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung. Asas bagi setiap hak asasi manusia ialah kefahaman bahawa setiap insan manusia mempunyai maruah dan harga diri.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mendokumenkan hak-hak asasi manusia yang patut dimiliki oleh setiap insan manusia di dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) untuk memastikan maruah dan harga diri manusia adalah dihormati dan dilindungi.

Dan walaupun telah disambut oleh lebih 185 negara, dari hari ke hari kita masih mendengar berita peperangan, penindasan terhadap golongan minoriti, diskriminasi terhadap wanita dan banyak lagi.

Semoga dengan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia ini, hak-hak semua orang dapat dipertahakan diseluruh dunia demi kemanusiaan sejagat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, December 09, 2017

5 Makanan Pembangkit Selera Seks

5 Makanan Pembangkit Selera Seks

Berdasarkan kajian serta amalan orang dahulu kala, terdapat beberapa jenis makanan yang mempunyai khasiat tinggi dalam meingkatkan hubungan kelamin atau hubungan seks terutamanya dalam kalangan lelaki.

5 Makanan Pembangkit Selera Seks
Gambar hiasan.

Makanan-makanan berikut ini dikatakan dapat memanjangkan tempoh perhubungan kelamin serta membantu membangkitkan selera dalam hubungan kelamin selain dapat memberi zat besi kepada badan.

1. Daun saderi

Daun Saderi tergolong dalam kategori ulam yang pada kebiasaan dimakan dengan nasi mengikut sajian masyarakat Melayu.

la merupakan sumber makanan yang boleh meningkatkan rangsangan seksual kerana daun saderi mengandungi sebatian androstron, iaitu sejenis hormon tanpa bau yang biasanya terhasil melalui peluh lelaki.

Hormon ini dikatakan mampu membuat wanita terangsang.

2. Tiram

Tiram terkenal sebagai makanan laut yang kaya dengan zat besi, dapat meningkatkan jumlah sperma serta pengeluaran testostron.

Selain itu, ia juga mengandungi dopamin, iaitu hormon yang dikatakan boleh menaikkan ghairah seks.

Kaedah memakan bersama dengan pasangan kelamin menambahkan permainan kelamin dan erotis.

3. Buah pisang‎

Pisang mengandungi enzim bromelin yang dipercayai boleh menaik dan memperbaiki tenaga batin lelaki.

Sebagai buah tropika, pisang merupakan sumber kalium dan vitamin B seperti riboflavin, yang meningkatkan tenaga badan.

4. Buah aprikot

Penduduk Aztecs menyebut buah aprikot sebagai buah testis. la mampu menurunkan risiko strok dan serangan jantung kerana ia satu-satunya buah yang kaya dengan lemak (dua kali ganda dengan jumlah lemak yang terkandung dalam durian).

la turut mengandungi beta karoten, klorofil, vitamin E dan vitamin B kompleks.

Aprikot dikatakan boleh membantu meningkatkan stamina seks. Kandungan asid folik melancarkan metabolisme protein dan menaikkan tenaga tubuh.

Gabungan dua unsur, vitamin B6 (nutrisi yang membantu meningkatkan pengeluaran hormon lelaki) dan kalium (membantu melancarkan kelenjar tiroid) diyakini boleh membantu meningkatkan ghairah seks lelaki dan wanita.

5. Kacang badam

Aroma atau bauan yang dikeluarkan oleh kacang badam dikatakan mendorong meningkatkan hasrat seks wanita.

Kaedah yang digunakan dengan menyalakan beberapa lilin aroma terapi yang berperisa badam dan bauan yang terhasil akan membangkitkan ghairah seksual.

Selain itu, kacang badam ini juga boleh dimakan begitu saja selain menambahkan pengeluaran sperma lelaki.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Sejarah Negara Arab Saudi Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Sejarah Negara Arab Saudi Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Dunia diberitahu bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) sedang menjalankan kempen antirasuah di Arab Saudi. Kempen ini baru masuk ke bulan pertama. Putera MBS sedang menganjurkan dasar baru - Wawasan 2030.

Sejarah Negara Arab Saudi Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Putera MBS mahu menjadikan Arab Saudi sebagai sebuah negara contoh untuk negara Liga Arab dan negara-negara yang warganya beragama Islam.

Tapi, sayangnya warga dunia sedang ketawa kerana warga dunia sedar dan faham kempen anti-rasuah MBS ini hanyalah sandiwara. Arab Saudi dengan rasuah ini sama seperti kentut dengan tahi. Sama seperti 1MDB. Mustahil dapat dipisahkan.

Gerak kerja kempen antirasuah putera MBS ini sama seperti kempen antirasuah SPRM yang sedang berjalan di Malaysia.

Di Malaysia SPRM menjalankan kempen antirasuah ke atas musuh-musuh politik parti tertentu. Tangkapan ke atas anggota parti menampakkan lembaga SPRM ini indah dan bebas.

Walhal semua yang ditahan hanyalah mereka yang menjadi musuh politik pemimpin tertentu. Dalam parti sendiri pun ada musuh. Musuh ‘warlord’ yang agak ‘degil’ dan berkemungkinan bangun melawan.

Tidak percaya? Lihat apa yang telah dan sedang berlaku. Lembaga SPRM menangkap anggota PDRM yang rasuah. Anggota PDRM pula menangkap pegawai SPRM yang terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah. SPRM dan PDRM tangkap menangkap.

Tetapi SPRM dan PDRM dilihat langsung tak ambil pot tentang dakwaan rasuah melibatkan syarikat SRC Sdn Bhd atau kes duit masuk berkepok-kepok ke dalam akaun bank, atau membuka kes Jho Low dalam 1MDB, atau menyiasat peranan Riza Aziz melibatkan duit 1MDB untuk buat filem di Hollywood.

Di Arab Saudi pula kempen antirasuah putera MBS bertujuan untuk menangkap sepupu sepapat MBS yang berkemungkinan bangun melawan dan menjatuhkan putera MBS. Kempen ini untuk memastikan musuh politik MBS semuanya dipatahkan.

Kempen antirasuah ini bertujuan untuk memperkuatkan kedudukan putera MBS, untuk memastikan sepupu sepapat MBS semuanya akan tunduk dan menerima putera MBS sebagai bakal Raja Arab Saudi.

Lembaga antirasuah bukan untuk menumpaskan rasuah. Tetapi lembaga ini dijadikan senjata oleh pihak yang sedang berkuasa untuk mempertahankan kuasa.

Justeru, sama ada 208 orang atau 500 orang yang kini ditahan bukan persoalan. Sama ada mereka ditahan dalam penjara, dalam rumah atau dalam Hotel Ritz Carlton juga bukan persoalan.

Saudi Monetary Authority (SAMA) telah membekukan 1,700 akaun bank. Ini akaun bank milik sosok-sosok yang dituduh terlibat dalam rasuah atau salah guna kuasa.

Akhbar juga telah melaporkan putera MBS akan merampas 100 bilion dolar dari akaun-akaun bank ini. Belanjawan Saudi untuk tahun 2017 hanya 52 bilion dolar. Ini bermakna duit yang akan dirampas berjumlah dua kali ganda dari bajet negara.

Negara suci?

Agensi berita Reuters pada pada 27 November 2017 telah melaporkan bagaimana Putera Miteb Abdullah telah membayar satu bilion dolar untuk dibebaskan. Putera Miteb ini adalah Putera Mahkota Arab Saudi sebelum dia disingkirkan dari kerusinya.

Sebenarnya apa yang sedang berlaku di Arab Saudi?

Memahami apa dia Arab Saudi ini amat-amat penting kerana ada yang menganggap Arab Saudi ini negara suci. Menganggap sosok Arab Saudi sebagai insan syumul lagi warak.

Mitos Saudi ini wajib dibaraikan secara jujur dan ikhlas untuk diberitahu apa itu Arab Saudi dan dari mana asal muasal Arab Saudi ini.

Jangan silap anggap ini bukan menolak kewujudan Arab Saudi. Ini bukan bermakna Nabi Muhammad tidak dilahirkan di Makkah. Apa yang ingin dihuraikan ialah apa itu Arab Saudi.

Ingat kembali ketika kita di sekolah rendah kita tidak pernah mendengar nama Arab Saudi ketika belajar mata pelajaran agama.

Dalam sejarah Islam tidak pernah disebut Muhammad bin Abdullah lahir di Arab Saudi. Muhammad anak Aminah dan cucu Abu Mutalib dilahirkan di Makkah pada Tahun Gajah. Ini sejarah yang kita pelajari.

Malah dalam sejarah moden kebangkitan Islam tidak pernah ditulis wujudnya Arab Saudi. Tidak juga pernah disebut wujudnya raja atau sultan atau maharaja di Makkah atau di Madinah ketika zaman Nabi Muhamad.

Justeru dari celah kangkang siapa datangnya Arab Saudi ini?

Sesiapa sahaja yang mengkaji politik Arab dan sejarah Arab tahu bahawa rejim Saud ini lahir dari projek kolonial Inggeris. Sebelum wujudnya Arab Saudi, yang wujud ialah wilayah Nejd dan Hejaz.

Dua wilayah ini telah disatukan oleh Thomas Edward Lawrence pegawai perisik Inggeris. Lawrence ini dikenali sebagai Lawrence of Arabia dengan licik telah merancang untuk ‘membantai dan menyerang empayar Uthmaniah yang berpusat di Istanbul dari sebelah selatan.

Intrik politik yang digunakan oleh Lawrence pada ketika itu ialah semangat kabilah Arab melawan kabilah Turki. Hasilnya empayar Uthmaniah runtuh dan muncul Arab Saudi pada tahun 1932.

Hakikatnya Arab Saudi yang kita ketahui hari ini dieram dan menetas dalam reban kolonial Inggeris. Arab Saudi lahir di atas kain kapan empayar Uthmaniah. Khalas.

Hakikatnya Nejd dan Hijaz yang disatukan oleh Lawrence ini akan terus menjadi Nejd dan Hijaz. Bila musim haji sampai maka Makkah menjadi pusat perniagaan. Inilah asal muasal ekonomi Nejad dan Hijaz. Tetapi semua ini berubah bila minyak sampai.

Minyak pada awalnya di temui di Parsi pada tahun 1908. Dalam Perang Dunia Pertama (1914-18) bahan bakar petroleum ini memainkan peranan penting.

Pengalaman ini meyakinkan negara mana pun yang ingin menjadi empayar, yang bernafsu untuk menakluki dunia dan bernafsu untuk menjadi kuasa penjajah, maka negara ini wajib memiliki atau menguasai telaga minyak.

Raja Saudi di King Cross

Dari pengalaman perang inilah bermulanya sejarah bahan bakar petroleum. Minyak ditemui pada tahun 1938 di Dammam atau hari ini dipanggil Dhahran Arab Saudi. Rejim Ibnu Saud mula menjadi penting.

Sejarah telah merakamkan bagaimana kali pertama Ibu Saud datang melawat London, Raja Saudi ini telah duduk di Hotel King Cross - satu kawasan haprak dalam bandar London yang dipenuhi oleh pelacur dan pendadah hingga ke hari ini. Ratu England tidak ambil pot sangat tentang tok Arab ini.

Tetapi apabila minyak menjadi bahan utama dan pengerak ekonomi kapitalis, baginda Ratu Elizabeth bukan saja telah memberikan Istana untuk tempat menginap. Malah mungkin lebih daripada itu, tanpa atau dengan kebenaran 10 Downing Street. Inilah kuasa minyak.

Sebelum Perang Dunia Kedua, kuasa imperial dunia ialah Inggeris. Kerajaan Inggeris telah menjajah hampir ke seluruh dunia. Di Asia dan Afrika, Inggeris telah mendirikan tanah jajahan. London menjadi bandar ekonomi dan budaya terpenting dalam dunia.

Sesudah perang dunia kedua tamat, kuasa imperial Inggeris dipukul hebat oleh Hitler dan Jeneral Tojo. Kuasa ekonomi Inggeris merudum. Dari kain kapan Perang Dunia ke Dua bangun kuasa Amerika.

Amerika mula bekerjasama dengan kuasa Inggeris dan mewujudkan apa yang dikenali hingga ke hari ini sebagai kuasa imperial Anglo-Amerika.

Pada tahun 1945, sebelum perang tamat untuk kali pertama, Presiden Amerika Franklin Delano Roosevelt bertemu dengan Raja Saudi, Abdul Aziz. Mereka bertemu di atas kapal perang Amerika di Mesir. Ini permulaan hubungan Amerika dan Saudi.

Sesudah perang tamat, sistem kapitalis dunia menggunakan sistem Bretton Woods. Sistem ini mengikat mata wang dunia dengan nilai emas. Ertinya pada ketika itu jika kita ada satu ringgit duit kertas kita boleh tukarkan kertas ini dengan emas yang bernilai satu ringgit.

Sistem ini runtuh pada tahun 70-an akibat tindakan Amerika meneruskan Perang Vietam. Bawah Presiden Richard Nixon, hampir 500,000 soldadu Amerika berperang di Vietnam.

Perang memerlukan peruntukan yang amat tinggi. Selain senjata dan peluru, perang ini dibayar dengan darah dan mayat anak muda Amerika yang dipaksa berperang.

Perang Vietnam ini memufliskan ekonomi Amerika. Tapi awas! Dengan licik dan terancang kuasa imperial Anglo-Amerika telah membuat strategi baru.

Pada tahun 1973 presiden Nixon dan Setiausaha Negara Henry Kissinger telah membuat perjanjian dengan Raja Faisal, Amerika akan memastikan rejim Saud terus selamat berkuasa. Arab Saudi pula diminta menggunakan dolar sebagai mata wang untuk jual beli bahan bakar petroleum.

Maka dari sinilah bermulanya petrodollar (dolar petrol). Setiap negara dalam dunia yang mahu membeli petrol wajib menggunakan dolar. Tanpa dolar Amerika mereka tidak dapat membeli minyak. Duit ini dinamakan wang fiat atau nilai yang dipaksakan ke atas kita. Ringgit, riyal, rupiah, bhat dan apa saja mata wang tidak lagi bersandarkan nilai emas.

Sistem petrodolar

Untuk memastikan sistem petrodollar ini berjalan cepat, Amerika menjalankan jarumnya. Perang Ramadhan bulan Oktober 1973 berlaku. Mesir menyerang Israel. Gerila Palestin dari semua kumpulan bangun menyerang Israel.

Tetiba Raja Faizal telah memutuskan Saudi dan negara OPEC memberhentikan eksport minyak ke Amerika. Krisis minyak bermula di seluruh dunia. Perang amat baik untuk perniagaan.

Hari ini 44 tahun kemudian dokumen keluar untuk membuktikan bahawa perang Ramadhan ini dirancang oleh Kumpulan Bliderberg untuk membantu kelahiran sistem petrodollar.

Sistem baru ini menyelamatkan ekonomi Amerika daripada jatuh muflis. Semua duit petrol yang diterima oleh Saudi dan negara OPEC disimpan dalam bank Amerika.

Petrodollar telah menyelamatkan nyawa sistem ekonomi kapitalis. Petrodolar juga memberi tekanan kepada ekonomi blok sosialis pada ketika itu.

Lembaga Federal Reserve Amerika terus mencetak kertas dolar yang diperlukan oleh dunia. Amerika membeli bahan mentah dan barangan dengan kertas hijau yang dicetak tanpa sandaran apa-apa.

Inilah penipuan yang maha besar, malah sama besar dan licik seperti dakwaan penipuan 1MDB.

Hari ini sejarah berulang lagi. Dulu yang ingin dijatuhkan ialah Uthmaniah Turki. Kali ini yang ingin dijatuhkan adalah Iran. Dulu TE Lawrence memainkan kabilah Arab melawan kabilah Turki. Kali ini kabilah Arab dengan kabilah Parsi.

Kenapa yang saya tulis ini tidak menyentuh apa itu Sunni, apa itu Wahabi dan apa pula Syiah?

Sebenarnya apa yang saya tulis adalah realpolitik. Sunni, Wahabi dan Shia itu hanya intrik. Di belakang semua ini adalah kuasa imperial Anglo-Amerika yang kini telah bertambah kuasa Zionis-Anglo-Amerika.

Tetapi siapa agaknya yang menjadi Lawrence of Arabia kali ini? Akan bersambung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Arab Saudi Bukan Negara Islam, Tapi Penjual Islam?

sumber: mk

USD$70 Juta Bitcoin Hilang Selepas Hackers Godam NiceHash

USD$70 Juta Bitcoin Hilang Selepas Hackers Godam NiceHash

Baru pelabur Bitcoin hendak bergembira dengan nilai Bitcoin yang kini sudah mencecah nilai lebih USD13,000, keluar pula berita laman melombong terkenal dan legit, NiceHash digodam Hackers yang telah mencuri Bitcoin bernilai lebih USD70 juta (RM285 juta) daripada akaun NiceHash.


CEO dan Co-Founder NiceHash, Marko Kobal dan Sasa Coh telah pun membuat permohonan maaf melalui live-streaming di laman Facebook dan menerangkan tindakan akan diambil untuk menyiasat kejadian ini.

Baru pelabur Bitcoin hendak bergembira dengan nilai Bitcoin yang kini sudah mencecah nilai lebih USD13,000, keluar pula berita laman melombong terkenal dan legit, NiceHash digodam Hackers yang telah mencuri Bitcoin bernilai lebih USD70 juta (RM285 juta) daripada akaun NiceHash.

Bitcoin NiceHash Digodam

Laman NiceHash kini menghentikan operasi seketika selama 24 jam. CEO dan Co-Founder NiceHash, Marko Kobal dan Sasa Coh telah pun membuat permohonan maaf melalui live-streaming di laman Facebook dan menerangkan tindakan akan diambil untuk menyiasat kejadian ini.

Nilai Bitcoin dijangka naik lagi sepanjang Disember ini tetapi dengan kejadian ini, mungkin pelabur perlu lebih berhati-hati dengan tempat mereka melakukan pelaburan.

High risks, high returns. Setuju?

BACA INI JUGA: LUNO Platform Membeli, Menjual Dan Mengumpul Bitcoin

sumber: thevocket

Khasiat Badam Mengurangkan Kolesterol, Darah Tinggi dan Serangan Jantung

Khasiat Badam Mengurangkan Kolesterol, Darah Tinggi dan Serangan Jantung

Satu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 orang pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) Badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% paras kolesterol di dalam badan mereka.

Khasiat Badam Untuk Kolesterol

Nisbah LDL (kolesterol jahat), HDL (kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%. Penurunan nisbah ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).

Asid folik yang terdapat di dalam Badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

34.5gm Badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian) serta 257mg kalium (potassium).

Magnesium berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok.

Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung.

Kalium adalah penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia amat penting di dalam mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung.

Pengawalan tekanan darah serta jantung menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah (hanya 0.3mg bagi setiap suku cawan badam).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Khasiat Badam Untuk Kesihatan Tubuh Dan Diet Sihat

sumber: ilham4u