Sunday, December 10, 2017

Khasiat Daun Kaduk Mencegah Lemak Dan Obesiti


Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).

Daun Kaduk Mencegah kegemukan

Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot.

Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pda kulit jari kaki (fungoid dermatitis).

Daun kaduk juga boleh dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi.

Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C.

Daunnya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria.

Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis.

PATI POKOK KADUK DAPAT MENCEGAH KEGEMUKAN

Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan.

Pensyarah Pusat PengajianSains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang pembuluh darah merebak keseluruh tisu badan bersama lemak makanan.

“Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, iaitu daripada daun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri."

Beliau berkata, kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekat lemak dalam badan.

“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan Pembuluh darah baru yang menjadi punca utama obesiti.”

Prof Dr Zhari berkata, berbeza dengan produk lain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan iaitu pembentukan sel lemak dalam badan.

7 Khasiat Daun Kaduk

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;
  1. sembelit
  2. sakitgigi
  3. demam malaria
  4. lemah dan sakit dalam tulang

Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat, hanya caranya berbeza.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Daun Kaduk Untuk Kesihatan

sumber: herbadantumbuhan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon