Jun 15, 2015

Kenapa Arab Saudi Bukan Negara Islam, Tapi Penjual Islam?

Sebelum anda melenting dengan tajuk artikel yang kami siarkan, ada baiknya anda baca dan teliti tulisan dan isi kandungan yang ingin disampaikan ini.

Arab Saudi penjual Islam

Bagaimana Arab Saudi dikatakan bukan Negara Islam, Tapi Penjual Islam? Perkongsian arrahmahnews.com ini bakal membuka mata anda dan membongkar bagaimana Arab Saudi yang kononnya negara Islam melakukan pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap agama Allah.

Salah satu kehebatan negara Saudi adalah keberhasilannya dalam menipu kaum Muslim, seakan-akan negaranya merupakan cerminan dari negara Islam yang menerapkan al-Quran dan Sunnah.

Keluarga Kerajaan juga menampilkan diri mereka sebagai pelayan umat Islam hanya kerana di negeri mereka ada Makkah dan Madinah yang ramai dikunjungi oleh kaum Muslim dari segenap dunia.

Saudi juga banyak memberikan bantuan kepada kelompok Islam mahupun negara Islam untuk mencitrakan mereka sebagai pelayan umat dan penjaga dua masjid suci (Khadim al-Haramain). Akan tetapi, citra seperti ini semakin pudar mengingat sepak terjang keluarga kerajaan selama ini, terutama persahabatannya dengan AS yang mengorbankan (nyawa, harta dan negara) kaum Muslim.

Orang awam selama ini menjadi korban berita-berita penipuan yang sengaja disebarkan oleh para pemuja kerajaan Arab Saudi. Kaum Muslimin lupa, bahawa yang menjadi penguasa Makkah dan Madinah ketika ini adalah Keluarga Kerajaan (Aly Saud) yang mengusung fahaman Khawarij dan Mujasim, bukan Ahlussunnah.

Kerana fahaman Ahlussunnah wal jama’ah tidak pernah menghalalkan pengkafiran, pembid’ahan, pemusyrikan dan penghalalan darah serta harta kaum muslimin. Hal ini malangnya menjadi ciri khas kaum Wahabi Takfiri atau yang di zaman ini sebagai pewujudan kaum Khawarij dan Mujasim moden.

Jargon mereka yang terkenal adalah “Kembali kepada Qur'an dan Sunnah“ maksudnya adalah kembali kepada pemahaman Qur'an dan Sunnah ala mereka, bukan ala Nabi SAW, para sahabatnya yang mulia dan para ulama salafus shalih.

Siapa pun yang menguasai Makkah dan Madinah sudah pasti mereka akan memelihara dan menjaga dua kota suci tersebut. Sudah sedari dulu, siapa pun penguasanya mereka pasti akan membantu negara-negara Muslim lain.

Tetapi yang sangat pelik, kenapa kerajaan Arab Saudi tidak pernah memberi bantuan kepada Palestin? Malah, mereka bermanis-ria dengan Zionis dalam pertemuan-pertemuan rahasia, adakah ini yang dikatakan negara Islam yang menjalankan al-Qur'an dan as-Sunnah?

Setelah kekalahan yang dialami pasukan Muhammad ibn Sa’ud oleh pasukan Islam dari kekhalifahan Turki Utsmani pada tahun 1815, Muhammad ibn Sa’ud beserta beberapa anggota kelurganya ditawan dan di bawa ke kota Kairo dan kemudian dipindahkan ke Konstantinopel ibu kota kekhalifahan Turki Utsmani.

Muhammad ibn Sa’ud dan anggota keluarganya diarak untuk dipertontonkan kepada kaum muslimin bahawa mereka adalah perancang strategi pemberontakan sekaligus Dajjal yang telah membunuh ribuan kaum muslimin yang tidak berdosa di jazirah Arab.

Kemudian kepalanya dipenggal dan tubuhnya dipertontonkan kepada kaum muslimin yang marah kerana ulahnya. Sedangkan keluarganya di penjara di kota Kairo.

Kurang lebih 87 tahun kemudian, pada tahun 1902 cucunya Muhammad ibn Sa’ud yang bernama Abdul Aziz bin Abdurrahman ibn Sa’ud yang lari ke Turki memulakan kembali usaha untuk mengembalikan kejayaan keluarga Sa’ud yang pernah dirintis oleh datuknya.

Dengan bantuan keluarga As-Sabah di Kuwait dan campur tangan Inggeris akhirnya mereka mula melakukan penentangan berdarah kembali. Pada tahun 1953 Ibnu Sa’ud mati dan digantikan oleh Raja Sa’ud dan kemudian Raja Faisal.

Rajutan cinta yang dahulu terputus dengan kerajaan Inggeris akhirnya bersemi kembali. Hal ini dibuktikan dengan adanya beberapa perjanjian dengan pihak kerajaan Inggeris melalui beberapa surat yang dikirimkan oleh pemimpin Salafi Wahabi pada tanggal 13 Jun 1913 kepada wakil Inggeris, Percy Cox sebagai berikut:

وبالنظر إلى مشاعرى الودية تجاهكم أودّ أن تكن علاقاتى معكم كالعلاقات الّتى كانت قائمة بينكم وبين اسلافى كما أودّ أن تكون قائمة بينى وبينكم

“Dan dengan melihat perasaan cintaku kepada kalian, aku sangat berharap hubunganku dengan kalian seperti hubungan-hubungan yang telah lama terjalin antara kalian dengan para keluargaku, sebagaimana aku sangat berharap hubungan itu tetap terjalin (baik) antara aku dengan kalian “

Dalam Muktamar al-Aqir tahun 1927 M / 1341 H di daerah Ahsaa telah ditanda tangani sebuah perjanjian rasmi antara pihak Wahabi dengan pemerintah Inggeris. Tertulis dalam perjanjian itu kalimat-kalimat yang ditoreh oleh pimpinan Wahabi yang berbunyi:

… أقرّ وأعترف ألف مرة للسّير برسى كوسى مندوب بريطانيا العظمى لامانع عندى من إعطاء فلسطين لليهود أو غيرهم كما تراه بريطانيا التى لا أخرج عن رأيها حتى تصيح الساعة

“Aku berikrar dan mengakui 1000 kali kepada Sir Percy Cox wakil Britain, tidak ada halangan bagiku (sama sekali) untuk memberikan Palestin kepada Yahudi atau yang lain sesuai dengan keinginan Inggeris, yang mana aku tidak akan keluar dari keinginan Inggeris sampai hari kiamat “

Malah, ketika perang dilancarkan Israel pada bulan Jun 1967 kepada sebahagian negara-negara Arab dengan sokongan Amerika dan Eropah, pemimpin Wahabi baru datang dari negara-negara Barat itu menyampaikan pidato pada 6 Jun sebagai berikut:

ايها الإ خوان لقد جئتكم من عند إخوان لكم فى أمريكا وبريطانيا وأو روبا تحبونهم ويحبوننا

“Wahai saudara-saudaraku, aku (baru saja) datang dari saudara-saudara kita di Amerika, Britain, dan Eropah. Kalian mencintai mereka, dan mereka pun mencintai kalian “

Kemudian pada tahun 1969, ketika diwawancara oleh Washington Post, pimpinan Wahabi mengakui adanya hubungan khusus dengan Zionis Israel, lalu berkata:

إننا واليهود إبناء عم خلص, ولن ترضى بقذفهم فى البحر كما يقول البعض, بل نريد التعايش معهم بسلام

“Sesungguhnya kami dengan bangsa Yahudi adalah sepupu. Kami tidak akan rela melemparkan mereka ke laut sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian orang, melainkan kami ingin hidup bersama mereka dengan penuh kedamaian “

Para pengkali sejarah aliran Wahabiyah telah membuktikan bahawa untuk memurnikan tauhid hanyalah sebuah slogan yang dibentuk atas perintah Jabatan Kementerian Penjajahan Kerajaan Inggeris.

Setelah mendapat kaum muslimin yang boleh dijadikan bonekanya, kemudian konspirasi penjajah Eropah Yahudi mengirimkan pelbagai keperluan operasi, logistik, tentera upahan dan bayaran yang ditanggung sepenuhnya oleh kekuatan sekutu untuk mendukung gerakan Wahabi yang diketuai oleh Muhammad Ibnu Sa’ud dan Muhammad ibnu Abdil Wahhab dalam melakukan pemberontakan terhadap kekhalifahan Turki Ottoman yang sah dengan impian tingginya untuk mendirikan Haikal Sulaiman di tanah al-Haramain.

Setelah diketahui oleh sejarah dan zaman, mereka masih membela diri dengan berkata: “Kami memberontak kerana kekhalifahan Turki Ottoman korup, banyak kemaksiatan yang terjadi, negara tidak stabil” dan banyak ucapan lain yang mereka buat untuk menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Dan logik sederhananya adalah, apabila kekhalifahan Turki Ottoman sedemikian 'rosaknya' sehingga halal memberontak, maka lebih halal pula memberontak di kerajaan Saudi sekarang.

Kerana keadaan negara mereka yang dipenuhi sejarah pembunuhan, pembantaian, seksaan terhadap para ulama, bayi dan ibunya disembelih ketika digendong, sebagaimana yang terakam dengan baik dalam kitab-kitab sejarah Islam.

Gerakan Wahabi yang dibiayai oleh Inggeris dan Yahudi ini banyak memaksa kaum muslimin untuk menjadi tentera mereka.

Ada sebuah kem latihan yang dinamakan Hajar al-Arkawiyah di mana para panglima tentera dari Inggeris melatih mereka dan menyerapkan doktrin pada para pengikutnya, bahawa siapa pun orang Islam yang tidak bermazhab Wahabi adalah kafir dan halal darahnya.

Arab Saudi penjual Islam [2]

Padahal orang-orang Inggeris ini pun tidak semazhab dengan mereka, tidak se-tauhid dengan mereka, tetapi mana berani para Wahabi menganggapnya kafir dan menghalalkan darah mereka?

Mereka lebih mencintai orang-orang Inggeris yang memperbodohkan mereka, dan lebih membenci kaum muslimin yang berbeza dengan mereka. Iblis sekalipun tidak pernah menaruh rasa benci sebesar ini terhadap umat Nabi SAW.

Mereka yang sudah digembleng menjadi tentera pembunuh menjadi hilang rasa kemanusiaannya, dan berubah menjadi mesin pembunuh yang sadis dan paling biadab, mirip tentera Hulagu Khan atau yang menghancurkan kekhalifah Dinasti Abbasiyah secara keji dan biadab atau mirip dengan tentera Serbia yang membantai ratusan ribu warga muslim di Bosnia Herzegovina.

Untuk mengelabui kaum muslimin di masa yang akan datang mereka memberikan identiti kepada para pembunuh dan tentera upahan sebagai berikut:
  • Mereka menamakan jentera perangnya dengan sebutan al-Ikhwan
  • Mereka menamakan peperangan dengan sebutan Jihad
  • Mereka menamakan serangan dengan sebutan Ghazawat
  • Mereka menamakan kemenangannya dengan sebutan Futuhat
  • Mereka menamakan perajuritnya yang mati dengan sebutan Syuhada
  • Mereka menamakan musuh mereka dari kaum muslimin dengan nama kaum kafir

Lihatlah pengelabuan dan pemutarbalikkan fakta yang mereka lakukan terhadap syariat dan kaum muslimin saat ini. Benar-benar sempurna kelicikan dan tipu daya mereka ini. Semoga laknat Rasul-Nya abadi bagi mereka.

Padahal dakwah yang dijalankan oleh Wahabi dan pengikutnya ini merupakan cara untuk menutup jaringan konspirasi dan kerjasama busuk mereka dengan penjajah Eropah yang membawa dendam kesumat atas kekalahan mereka di perang Salib lalu.

Kerana untuk membantai kaum muslimin secara langsung dengan tangan mereka tidak mungkin, maka mereka menggunakan boneka-boneka yang bodoh dan dungu ini dengan dalil “Ijtihad“, yang benar ijtihadnya mendapatkan pahala dua, dan yang salah mendapat pahala satu.

Jadi bagi kaum Salafi Wahabi ini, membunuh kaum muslimin akan mendapat pahala kerana berdasarkan ijtihad ulama mereka.

Lebih ekstrem lagi, ketika mereka sudah merasa kuat (dengan sokongan kerajaan dan sebahagian parti politik), maka propaganda mereka jalankan secara terang-terangan.

Jadi, bagaimana kita boleh mengatakan gerakan ini adalah gerakan untuk menyatukan umat dan bangsa? Mereka adalah gerakan aktif yang akan melumatkan apa pun yang mereka anggap tidak sehaluan dengan mereka. Mereka adalah pemecah belah umat berdasarkan kajian sejarah dan analisis hadits.

Secara rasmi negara Saudi memperingati kemerdekaannya pada tanggal 23 September 1932. Pada saat itulah, tahun 1932 Kerajaan Saudi Arabia (al-Mamlakah al’Arabiyah as-Su’udiyah), menguasai Riyadh, Nejd, Hasa, Asir, dan Hijaz. Abdul Aziz juga berjaya menerapkan fahaman Wahabi untuk mendukung kekuatan politiknya.

Sejak awal, Dinasti Sa’ud secara terbuka telah mengumumkan dukungannya dan mengadopsi penuh idea Wahabi yang dicetuskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang kemudiannya dikenali sebagai gerakan Wahabi.

Dukungan ini kemudian menjadi kekuatan baru bagi dinasti Sa’ud untuk melakukan penentangan terhadap Khilafah Utsmaniyah. (Jadi jelaslah, bahawa Kerajaan Saudi yang dirajai oleh Abdul Aziz dan keturunannya sampai sekarang tidak pernah mengadopsi fahaman Ahlussunah wal jama’ah yang dibawa oleh para imam mazhab, malah mereka mengkafirkan seluruh imam mazhab dan penganutnya).

Namun, kejayaan Dinasti Sa’ud ini mendapat bantuan kerajaan Inggeris. Mereka bekerjasama untuk memerangi pemerintahan Khilafah Islamiyah.

Sekitar tahun 1792-1810, dengan bantuan Inggeris mereka berjaya menguasai beberapa wilayah di Damaskus. Hal ini membuat Khilafah Islamiyah mengirim tenteranya untuk menghapuskan pemberontakan ini.

Fasa pertama pemberontakan Dinasti Sa’ud disekat setelah pasukan Khilafah Islamiyah berjaya merebut kota ad-Diriyah.

Pada tahun 1902, ketika kekuatan Khalifah Islamiyah melemah, Abdul Aziz menyerang dan merebut kota Riyadh dengan bantuan Inggeris.

Pada tahun 1916, Abdul Aziz menerima 1300 senjata dan 20,000 keping emas dari Inggeris. Mereka juga berunding untuk menentukan sempadan negeri, yang ditentukan oleh Percy Cox, utusan Inggeris. Percy Cox mengambil pensil dan kertas kemudian menentukan sempadan negeri tersebut.

Bukan itu sahaja, Inggeris juga membantu Ibnu Sa’ud ketika terjadi penentangan Duwaish (salah satu suku Nejd).

Suku ini menyalahkan Ibnu Sa’ud yang dianggap terlalu menerima inovasi Barat. Sekitar tahun 1927-1928, angkatan Udara Inggeris dan pasukan Ibnu Sa’ud mengebom suku tersebut.

Mengingat kerjasama mereka yang sangat erat, Inggeris memberi gelaran “Sir“ untuk Abdul Aziz bin Abdurrahman.

Adapun persahabatan Saudi dengan AS bermula dengan penemuan lombong minyak di negara itu. Pada 29 Mei 1933, Standard Oil Company dari California memperoleh konsesi selama 60 tahun. Perusahaan ini kemudian berubah nama menjadi Arabian Oil Company pada tahun 1934.

Pada mulanya, kerajaan AS tidak begitu peduli dengan Saudi. Namun, setelah melihat potensi besar minyak negara tersebut, AS dengan agresif berusaha merangkul Saudi.

Pada tahun 1944, AS menggambarkan daerah tersebut sebagai “sumber yang menakjubkan dari kekuatan strategi dan hadiah yang terbesar dalam sejarah dunia”.

Arab Saudi penjual Islam [3]

Untuk kepentingan minyak, secara khusus wakil perusahaan Aramco, James A. Moffet, menemui Presiden Roosevelt (April 1941) untuk mendorong kerajaan AS memberikan pinjaman hutang kepada Saudi. Hutang inilah yang kemudian menjerat negara tersebut menjadi “boneka“ AS.

Pada tahun 1946, Bank Eksport-Import AS memberikan pinjaman kepada Saudi sebanyak $100 juta dolar. AS juga terlibat secara langsung dalam “membangun“ Saudi menjadi negara moden, antara lain dengan memberikan pinjaman sebanyak $100 juta dolar untuk pembangunan jalan kereta api yang menghubungkan ibukota dengan pantai timur dan barat. Tentunya, hutang ini kemudian semakin menjerat Saudi sehingga sekarang.

Konsesi lain persahabatan Saudi-AS adalah penggunaan pangkalan udara selama tiga tahun oleh AS pada tahun 1943 yang hebatnya hingga ketika ini terus dilanjutkan. Pangkalan Udara Dhahran menjadi pangkalan tentera AS yang paling besar dan lengkap di Timur Tengah.

Hingga saat ini, pangkalan ini menjadi pangkalan strategi AS, terutama ketika menyerang Iraq dalam Perang Teluk II. Kerajaan Saudi dengan “sukarela“ membiarkan wilayahnya dijadikan pangkalan AS untuk membunuh sesama Muslim.

Kerajaan Arab Saudi sebagai rakan Zionis Yahudi menjadi penyokong AS baik secara politik mahupun ekonomi dalam Perang Teluk II.

Saudi juga menyokong serangan AS ke Afganistan dan berada di sisi Amerika untuk memerangi pengganas. Untuk membuktikan kesetiaannya itu, Saudi pada tanggal 17 Jun 2002 mengumumkan bahawa mereka telah menahan enam orang warganegaranya dan seorang warga Sudan yang didakwa menjadi anggota al-Qaeda. Tujuh orang itu didakwa mahu menyerang pangkalan tentera AS dengan SAM-7.

Saudi menghabiskan jutaan dolar untuk mendapatkan kepercayaan umum, antaranya iklan bahawa Saudi adalah rakan AS dalam “perang anti terorisme“ (K.Com, Newsweek, 03/05/2002). (Padahal seluruh dalang penjajahan dan keganasan di tanah Arab seperti di Iraq, Libya, Mesir dan Syria adalah Arab Saudi dan AS).

Kerajaan Saudi juga diketahui sangat kejam terhadap kelompok-kelompok Islam yang mengkritik kekuasaannya. Ramai ulama berani dan soleh yang dipenjarakan hanya kerana mengkritik keluarga Kerajaan dan pengurusannya terhadap umat.

Gaya hidup keluarga kerajaan dengan gaya kapitalisme sangat menyakitkan hati umat. Mereka hidup bermewah-mewah, sementara pada saat yang sama mereka membiarkan rakyat Iraq dan Palestin hidup menderita akibat tindakan AS yang terus menerus dijadikan Saudi sebagai rakan rapat.

Benarkah Saudi merupakan negara Islam? Jawabannya “Tidak sama sekali“. Apa yang dilakukan oleh negara ini banyak yang menyimpang dari syariat Islam. Beberapa bukti antara lain:

Pertama, berkaitan dengan sistem pemerintahan, dalam pasal 5.a Konstitusi Saudi ditulis: Kerajaan yang berkuasa di Kerajaan Saudi adalah Kerajaan. Dalam sistem Kerajaan bererti kedaulatan mutlak ada di tangan raja. Rajalah yang berhak membuat peraturan. Meskipun Saudi menyatakan bahawa negaranya berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah, dalam praktiknya, rajalah yang paling berkuasa dalam hukum (bukan al-Quran dan as-Sunnah). Sementara itu, dalam Islam bentuk negara adalah Khilafah Islamiyah, dengan kedaulatan ada di tangan Allah SWT, rasul-Nya dan orang-orang yang berilmu (para ulama).

Kedua, dalam sistem Kerajaan, rajalah yang juga menentukan siapa penggantinya, biasanya adalah anaknya atau dari keluarga terdekat, sebagaimana tercantum dalam pasal 5.c: Raja memilih penggantinya. Siapa pun tahu, siapa yang menjadi raja di Saudi haruslah orang yang seiring dengan AS. Sementara itu, dalam Islam, Khalifah dipilih oleh rakyat secara sukarela dan penuh keredhaan.

Ketiga, dalam bidang ekonomi, Arab Saudi menerapkan sistem ekonomi kapitalis. Ini tampak nyata dengan diperbolehkannya riba (bunga) dalam transaksi nasional mahupun antarabangsa di negara itu. Perkara ini dibenarkan berdasarkan bahagian b pasal 1 undang-undang Saudi yang dikeluarkan oleh Raja (no.M/5 1386 H).

Keempat, demi alasan keselamatan keluarga kerajaan, kerajaan Saudi telah menghabiskan 72 bilion dolar dalam kontrak kerjasama ketenteraan dengan AS. Ketika ini lebih dari 5,000 persendirian tentera AS tinggal di Saudi.

Sungguh sangat berakal dan beradab membiarkan musuh-musuh Islam berkonspirasi di negaranya, sedangkan banyak perkara yang boleh dilakukan untuk Palestin, Iraq, Syria, Libya, Afganistan dengan 72 bilion dolar. Ini dilakukan oleh Kerajaan Saudi kerana lebih mencintai Amerika dan musuh-musuh Islam daripada mencintai negara muslim.

Apa yang terjadi di Saudi ini hanyalah salah satu contoh di antara sekian banyak contoh para penguasa Muslim-Yahudi yang melakukan pengkhianatan kepada umat.

Tidak jarang para pengkhianat umat ini menamakan rejim mereka dengan sebutan negara Islam, negara yang berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah, meskipun pada praktiknya jauh dari Islam.

Begitu juga para parti pendukungnya akan melakukan iklan agama yang sama: parti yang bersih walaupun tidak bersih, parti yang jujur walaupun pemimpinnya para penipu dan koruptor, parti agama walaupun sebenarnya tidak faham agama, dan banyak lagi slogan-slogan yang mencitrakan kebaikan itu hanya berada pada parti mereka.

Kenalilah bahawa sesungguhnya parti-parti seperti ini justru menjadi parti pembohong dan pendukung abadi musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya kebenaran itu tidak datang dalam seketika, tetapi ketika kebenaran itu datang sikapilah dengan kesedaran, kedinamisan akal sihat anda, dan tanyalah kepada hati nurani terdalam, adakah sepatutnya parti yang mengutamakan Islam mendukung musuh-musuh Islam?

Tidaklah akal seseorang itu tercerahkan setelah datangnya cahaya hidayah. Sedangkan penolakan terhadap cahaya hidayah merupakan pengingkaran terhadap pemberi hidayah itu sendiri.

Tidak ada pilihan lain bagi kita, kecuali menghadapi dan menghancurkan musuh-musuh Islam, baik yang tersurat ataupun yang tersirat dengan segala bentuk potensi yang diberikan Allah SWT kepada kita semua.

Jelas sekali bahawa gerakan Zionisme Internasional mengerahkan segenap daya dan kekuatannya begitu juga pendukungnya untuk menumpaskan umat Islam, pemilik bumi yang kaya dengan sumber alam.

Dengan segala cara, Zionis berusaha mengeksploitasi kekayaan alam negara Islam. Mereka menyebarkan pemikiran yang dapat memalingkan umat muslim dari pilar-pilar kekuatannya. Mereka pun menimbulkan perpecahan dalam barisan umat Islam.

Musuh-musuh Islam melakukan pelbagai tindakan batil dalam seluruh aspek kehidupan. Telah beredar mata wang Zionis yang dicetak dengan gambar menara Israel dan peta Israel.

Peta itu meliputi Lebanon, Jordan, dua pertiga wilayah Syria, tiga perempat wilayah Iraq, dan seperempat wilayah Arab Saudi, malah sehingga ke Madinah dan Makkah.

Kalaulah kita sedikit cermat mengamatinya, bukankah daerah-daerah tersebut yang sekarang sedang diperebutkan dan berusaha dikuasai oleh ISIS?

ISIS

Semua dunia mengetahuinya, bahawa ISIS adalah pengganas yang berpaksikan akidah Wahabi. PBB pula menyeru kerajaan Arab Saudi untuk menarik balik 20,000 tentera upahannya dari Syria dan Iraq. Jadi jelaslah, bahawa ISIS yang berakidah Wahabi adalah kakitangan Zionis Israel yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi.

Zionis harus menyedari bahawa mereka sedang mengemis untuk mendapatkan bumi yang telah dijaga kaum muslimin selama 14 abad. Kaum muslimin tidak akan pernah berhenti untuk merebutnya kembali meskipun pihak yahudi melancarkan serangan demi serangan dengan hebat.

Zionis menulis kalimat Lailaaha illallah di seluar dalam, menulis lafaz Jalalah di alas kaki, dan mencetak surat awal Maryam di kertas pembungkus barang-barang keperluan.

Perkara ini bukanlah kebodohan baru yang dilakukan Yahudi sepanjang sejarahnya. Semua itu kerana dorongan dendam terhadap kaum muslimin dan bangsa Arab yang dalam kurun waktu sejarah lalu telah melindungi mereka dan memperlakukan mereka dengan baik.

Di Palestin dewasa ini orang-orang Israel menghancurkan bangunan-bangunan bersejarah, pelbagai peninggalan kehidupan masa silam, dan warisan budaya yang tidak ternilai.

Sebagaimana ISIS pun melakukan penghancuran terhadap kota-kota kuno, bangunan dan artifak bersejarah yang berasal dari ribuan tahun yang lalu atas perintah Yahudi. Mereka pun menghancurkan pusat-pusat informasi dan membakar kepustakaan.

Perkara yang sama pula dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 1924 dengan membakar perpustakaan terutama perpustakaan Maktabah Arabiyah di Makkah al-Mukarramah di mana mereka membakar lebih kurang 60,000 kitab-kitab dan sekitar 40,000 yang masih berupa manuskrip yang sebahagiannya merupakan hasil nukilan para sahabat baginda Nabi SAW.

Di antara buku-buku itu masih ada yang berupa kulit kijang, tulang belulang, pelepah kurma, pahatan dan lempengan-lempengan tanah.

Tidak berhenti sampai di situ, mereka juga memusnahkan perpustakaan yang berada di Hadramaut Yaman dan membakar seluruh kitab yang berada di perpustakaan itu. [Al-Bantani/ARN]

BACA INI JUGA: Kaitan Antara Black Magik Dan Illuminati

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Semoga Allah swt memusnahkan mereka yang menjadi musuh kaum muslimin ... aminnn

saya betul betul terkejut dengan pendedahan ini.

Semoga ada kebaikannya untuk umat Islam..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon