Sunday, December 10, 2017

Kenali 'Krabi-Krabong' Seni Mempertahankan Diri Paling Merbahaya Di Thailand


Krabi-Krabong merupakan moyang kepada ‘Thai kickboxing’ dan terkenal sebagai salah satu seni mempertahankan diri yang paling merbahaya di Thailand, Krabi-Krabong tidak digunakan untuk sukan tempatan kerana tidak begitu terkenal di kalangan rakyat Thailand.

Kenali 'Krabi-Krabong' Seni Mempertahankan Diri Paling Merbahaya Di Thailand

Krabi-Krabong dikatakan wujud sejak abad ke-13 masehi, namun terdapat segelintir sejarawan yang tidak bersetuju dan menyatakan bahawa ianya lebih tua daripada itu.

Menurut sejarah, Krabi-Krabong mengalami pelbagai jenis evolusi setelah mengalami pelbagai pengaruh daripada peperangan antara Burma dan Siam.

Perkataan Krabi-Krabong merujuk kepada senjata-senjata utama yang digunakan dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Krabi, Krapi = pedang
Krabong, Krapong = tiang

Semasa peperangan Burma-Siam (1765-1767), tentera Konbaung Dinasti (Burma) telah mengepung ibu kota Siam, Ayutthaya.

Dalam satu perjumpaan antara Raja Siam pada masa itu, Raja Ekkathat dengan panglima perang Burma, Raja Siam menawarkan dirinya sebagai banduan dan ufti kepada Raja Burma untuk menyelamatkan Ayutthaya, namun kerajaan Burma tidak merima tawaran tersebut.

Menurut para sejarahwan, objektif utama kedatangan Burma ke Ayutthaya bukanlah untuk menjadikan Siam sebagai negeri naungan atau negeri jajahan, tetapi untuk memusnahkan Ayuttahaya.

Pada 7 April 1767, tentera Burma berjaya merobohkan tembok kota Ayuttahaya dan menjarah kota tersebut serta melakukan pelbagai kerosakan terhadap rakyat Siam, namun tentera Burma mengalami beberapa halangan daripada rakyat Siam.

Kebanyakan rakyat Siam yang dilatih ilmu Krabi-Krabong telah membantu tentera Siam Ayutthaya untuk menghalang kemaraan tentera Burma ke dalam kota Ayuttahaya.

Malangnya, jumlah askar Burma yang lebih ramai berbanding tentera Siam, tentera Burma akhirnya berjaya memasuki kota Ayutthaya.

Menurut sejarah, patung-patung emas Buddha dalam kota Ayutthaya telah dimusnah dan dicairkan, kemudian dihantar ke ibu kota Burma.

Tentera Burma menangkap beribu-ribu rakyat Siam serta keluarga diraja Siam sebagai banduan perang dan membawa mereka ke Burma.

Dari peristiwa yang duka inilah muncul seorang tokoh bernama Raja Taksin, salah seorang daripada ahli keluarga diraja Siam yang berjaya melarikan diri daripada ditangkap tentera Burma.

Raja Taksin merupakan seorang panglima perang Siam dan pendekar Krabi-Krabong.

Setelah Ayutthaya jatuh ke tangan tentera Burma, Raja Taksin melarikan diri bersama para pengikutnya ke Rayong untuk mengumpulkan kekuatannya.

Selama beberapa bulan Raja Taksin menghantar jumlah tentera yang kecil untuk mengacau dan memotong laluan bekalan tentera Burma ke Ayutthaya.

Berita kehebatan Raja Taksin telah sampai ke seluruh pelusuk Siam dan telah memberikan semangat moral kepada rakyat Siam lalu semakin ramai rakyat Siam menawarkan diri mereka sebagai askar kepada Raja Taksin.

Pada bulan November 1767, Raja Taksin dan tenteranya berjaya mengambil semula kota Ayutthaya daripada tentera Burma.

Semasa usaha Raja Taksin untuk mengambil semula kota Ayutthaya, Raja Taksin telah dibantu oleh dua orang panglima dan pendekar Krabi-Krabong yang terkenal bernama Phraya Pichai Daab Hak dan Phraya Pichai Chakri.

‘Daab Hak’ merupakan gelaran yang diberi oleh Raja Siam kepada Phraya Pichai yang bermaksud “pedang patah”.

Ini kerana semasa dalam pertempuran, salah satu pedang yang digunakan Phraya Pichai telah dipatahkan oleh musuh namun, Pharaya Pichai memberanikan diri dan meneruskan pertempuran tanpa rasa gentar.

Seterusnya ialah panglima Phraya Pichai Chakri, seorang yang mahir dalam seni Krabi-Krabong dan merupakan seorang panglima perang yang bijak. Di bawah pimpinan Phraya Pichai Chakri, tentera Siam telah berjaya menawan kerjaan Lao seperti Vientiane, Luang Prabang dan Chiangmai.

Walaupun seni mempertahankan Krabi-Krabong tidak diamalkan secara besar-besaran di bandar, kebanyakan teknik asli Krabi-Krabong masih boleh dilihat di pinggir bandar atau di kawasan kampung dan pedalaman Thailand.

Untuk menguasai seni Krabi-Krabong, pelajar mesti menggunakan senjata-senjata berikut:
  • Krabi: pedang
  • Krabong: tiang (biasanya diperbuat daripada kayu atau buluh)
  • Daab song mue: dua pedang
  • Lo: perisai ( biasanya diperbuat daripada kulit kerbau atau kayu)
  • Phlong: kayu panjang atau buluh (kadangkala diikat dengan Lo)
  • Ngao or Ngau: tombak
  • Mai sok san: belantan (biasanya dipakai di lengan)

Krabi-Krabong dikatakan adalah moyang kepada beberapa lagi seni mempertahankan tempatan Thailand seperti Muay Thai dan Thai kickboxing.

Krabi Krabong juga digunakan oleh askar Thailand dan pengawal diraja keluarga Thailand kini, menunjukkan betapa bahayanya seni mempertahankan diri Krabi-Krabong.

Namun, mengapakah ilmu seni mempertahankan diri ini tidak diiktiraf sebagai sukan? Adakah ianya terlalu berbahaya? Adakah kerana Krabi-Krabong memerlukan senjata?

Jawapannya terletak kepada pendapat para guru dan para pelajar Krabi-Krabong itu sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenali ‘Krav Maga’ Seni Tempur Tentera Israel

sumber: thepatriots

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon