Sunday, December 10, 2017

Sejarah Kad Kuning Dan Kad Merah Dalam Bola Sepak


Mari kita menyelusuri zaman untuk melihat sejarah penggunaan kad kuning dan kad merah dalam sukan bola sepak yang menjadi elemen penting setiap kali bolasepak dipertandingkan.

Sejarah Kad Kuning Dan Kad Merah Dalam Bola Sepak

Kad merah dan kad kuning mula diperkenalkan ketika Piala Dunia 1970 di Mexic, namun inspirasi penggunaannya muncul ketika Piala Dunia 1962.

Ianya adalah ketika perlawanan antara pasukan tuan rumah, Chile dan Itali. Perlawanan tersebut direkod sebagai antara pergaduhan paling buruk dalam sejarah Piala Dunia.

Pada masa itu, penggunaan kad sebagai amaran masih belum digunakan Amaran hanya sekadar arahan lisan dari pengadil. Betapa mudah dan sukarnya tugas pengadil pada masa itu.

Masalah timbuk apabila perlawanan yang diadili oleh Ken Aston, pengadil berbangsa Inggeris yang tidak tahu berbahasa Latin atau Itali.

Dalam perlawanan tersebut, Ken Aston gagal mengarahkan pemain Itali, Giorgio Ferrini yang melakukan terjahan keras untuk dibuang padang.

Tiada satu pun pemain di atas padang yang faham Bahasa Inggeris dan tidak faham arahan Ken Aston pada masa itu.

Perlawanan tersebut memaksa campur tangan pihak polis untuk menenangkan keadaan.

Sesudah perlawanan, Ken Aston terfikir untuk menggunakan kaedah komunikasi yang lebih universal.

Ketika dalam perjalanan balik ke rumah, Aston tertarik dengan konsep lampu isyarat di persimpangan jalan.

Maka tercetuslah idea penggunaan kad kuning dan merah.

Maka, warna kuning dan merah itu diambil daripada warna lampu isyarat. Kuning bermakna amaran kepad pemain untuk bertenang. Manakala kad merah membawa makna pemain harus keluar dari padang bola sepak.

Idea warna kuning dan merah itu diusulkan kepada FIFA sebelum dilaksanakan pada Piala Dunia 1970.

Menariknya, walaupun FIFA telah menerima usul tersebut, penggunaan kad kuning dan merah hanya diguna pakai dalam bola sepak Inggeris pada tahun 1976.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Rekod Bola Sepak Yang Pasti Sukar Dipecahkan Untuk Tempoh Yang Lama!

sumber: thepatriots

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon