Friday, December 01, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Disember)

Tanggal 1 Disember merupakan hari ke 335 (hari ke 336 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 30 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

United Kingdom FRANCE TUNNEL

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Penyatuan di Romania (1918), Hari Kemerdekaan Republik Afrika Tengah (1960) dan Hari AIDS Sedunia.

Peristiwa

1640 - João IV diisytiharkan sebagai Raja Portugal, dengan itu mencetuskan perang dengan Sepanyol.

1822 - Pedro I dimahkotakan sebagai Maharaja Brazil yang pertama.

1913 - Barisan pemasangan bergerak yang pertama di dunia dipasang di Highland Park, Michigan untuk pengeluaran besar-besaran kereta Ford.

1958 - Koloni Oubangui-Chari menjadi sebuah wilayah autonomi dalam Komuniti Perancis dan mengambil nama Republik Afrika Tengah.

1959 - 12 negara menandatangani Perjanjian Antartika, melarang aktiviti ketenteraan di Antartika dan mengetepikan benua itu untuk simpanan saintifik.

1989 - Hari Kebangsaan Romania dicapai selepas Revolusi Romania.

1990 - Pekerja-pekerja Terowong Selat dari United Kingdom dan Perancis bertemu 40 meter di bawah dasar laut Selat Inggeris, dan mengasaskan sambungan tanah yang pertama antara pulau Great Britain dan tanah besar Eropah sejak Zaman Air Batu yang terakhir.

2009 - Perjanjian Lisbon, yang meminda dua perjanjian sebelumnya yang menjadi dasar perundangan Kesatuan Eropah, mula berkuatkuasa.

Kematian

1973 - David Ben-Gurion, Perdana Menteri Israel yang pertama dan ketiga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 November)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari AIDS Sedunia, World AIDS Day

Sambutan Hari AIDS Sedunia, World AIDS Day

Sambutan Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV, yang mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1988.

Hari AIDS Sedunia

Konsep sambutan Hari AIDS Sedunia bermula pada tahun 1988 dalam Sidang Kemuncak Menteri-Menteri Kesihatan Sedunia untuk Program Pencegahan AIDS.

Semenjak tahun itu, Hari AIDS Sedunia disambut di seluruh dunia dengan membawa slogan dan tema yang berbeza hampir setiap tahun.

Sambutan Hari AIDS Sedunia juga adalah bagi memperingati mangsa-mangsa yang telah terkorban akibat HIV/AIDS.

AIDS telah meragut lebih 25 juta nyawa sejak tahun 1981 hingga 2007, sementara kira-kira 33.2 juta orang di seluruh dunia menghidapi HIV pada tahun 2007, menjadikan AIDS sebagai antara wabak penyakit yang paling dahsyat dalam catatan sejarah manusia.

Sungguhpun rawatan antiretroviral semakin mudah didapati di merata dunia, wabak AIDS tetap mengorbankan kira-kira 2 juta nyawa pada tahun 2007, yang mana 270,000 daripadanya adalah kanak-kanak.

Objektif sambutan

HIV disebarkan melalui hubungan terus melalui darah atau cecair badan yang mempunyai virus tersebut seperti darah, sperma, cecair vagina dan susu badan.

Oleh itu, jangkitan boleh berlaku melalui hubungan seks, pemindahan darah tercemar, cucukan jarum tercemar (sengaja atau tidak) atau dari ibu kepada anak semasa mengandung, kelahiran atau penyusuan badan.

Walaupun kini terdapat rawatan untuk HIV dan AIDS yang boleh memperlahankan perkembangan penyakit ini, vaksin atau ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini masih belum dapat dihasilkan.

Pencegahan pula masih menjadi langkah pilihan utama untuk mengawal penyebaran HIV dan penularan AIDS.

Antara objektif utama sambutan Hari AIDS Sedunia adalah untuk memupuk kesedaran dalam masyarakat pelbagai peringkat mengenai keperluan memainkan peranan sebagai pemimpin di peringkat masing-masing dalam usaha untuk menangani pandemik AIDS.

Selain itu, ia juga bagi meningkatkan penglibatan dan sokongan pemimpin dan ketua masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan kawalan HIV/AIDS di dalam dan luar negara.

Sambutan ini juga membantu mengingatkan para pemimpin terbabit mengenai janji-janji yang perlu ditunaikan dalam meningkatkan dan meneruskan usaha mengawal penularan HIV dan AIDS.

Bagaimanapun, sambutan Hari AIDS Sedunia setiap tahun tetap menekankan penglibatan orang ramai dan menggalakkan penyertaan anggota masyarakat supaya bersama-sama bertanggungjawab dalam usaha mencegah dan mengawal penyebaran penyakit HIV/AIDS.

Satu keperluan

Sambutan Hari AIDS Sedunia diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pemahaman, serta kemahiran masyarakat mencegah HIV/AIDS.

Kempen Hari AIDS Sedunia diiktiraf sebagai salah satu daripada peristiwa penting dalam memperingati segala usaha, pengorbanan dan sumbangan yang dicurah oleh sektor awam, pertubuhan-pertubuhan berkaitan dan orang perseorangan yang terlibat dalam usaha pencegahan dan pengawalan wabak AIDS.

Di negara kita, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) mengatur pelbagai aktiviti sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia.

Ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti sambutan yang telah dirancang dan dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Aktiviti sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sempena kempen sambutan Hari AIDS Sedunia tahun ini ialah:
  • Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Negeri.
  • Seminar berkaitan Kepemimpinan di peringkat agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu dalam menangani HIV/AIDS.
  • Larian AIDS oleh Persatuan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) dengan kerjasama Kelab PROSTAR Malaysia.
  • Aktiviti pendidikan kesihatan di kemudahan kesihatan dan hospital kerajaan.
  • Aktiviti pendidikan kesihatan melalui media massa.
  • Makluman melalui laman web dan edaran bahan-bahan bercetak kepada orang ramai.

Tema Sambutan Hari AIDS Sedunia

Tema sambutan Hari AIDS Sedunia adalah berbeza-beza yang diberikan WHO berkaitan dengan kumpulan sasaran dan hala tuju tertentu dalam usaha menentang penularan HIV dan AIDS bagi tahun tersebut.

Tema sambutan Hari AIDS Sedunia ini diharap dapat membantu menggalakkan usaha kepemimpinan serta melahirkan jaguh menentang AIDS di setiap sektor dan peringkat masyarakat di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Tema
  • 1988: Communication
  • 1989: Youth
  • 1990: Women and AIDS
  • 1991: Sharing the Challenge
  • 1992: Community Commitment
  • 1993: Act
  • 1994: AIDS and the Family
  • 1995: Shared Rights, Shared Responsibilities
  • 1996: One World. One Hope
  • 1997: Children Living in a World with AIDS
  • 1998: Force for Change: World AIDS Campaign With Young People
  • 1999: Listen, Learn, Live: World AIDS Campaign with Children & Young People
  • 2000: AIDS: Men Make a Difference
  • 2001: I care. Do you?
  • 2002: Stigma and Discrimination
  • 2003: Stigma and Discrimination
  • 2004: Women, Girls, HIV and AIDS
  • 2005: Stop AIDS. Keep the Promise
  • 2006: Stop AIDS. Keep the Promise - Accountability
  • 2007: Stop AIDS. Keep the Promise - Leadership
  • 2008: Stop AIDS. Keep the Promise - Lead - Empower - Deliver
  • 2009-2010: Universal Access and Human Rights
  • 2011-2015: Getting to zero: zero new HIV infections. Zero discrimination. Zero AIDS related deaths
  • 2016: The life-cycle approach to HIV
  • 2017: Increasing Impact through Transparency, Accountability, and Partnerships

Selamat menyambut Hari AIDS Sedunia.

BACA INI JUGA: Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

sumber: wikipedia | utusan

Thursday, November 30, 2017

Dato Aliff Syukri Kecewa Video Single Dapat 73k ‘Unlikes’

Dato Aliff Syukri Kecewa Video Single Dapat 73k ‘Unlikes’

Jutawan kosmetik dan personaliti popular Dato’ Seri Aliff Syukri berasa pelik apabila lagu single duetnya bersama-sama Nur Sajat menerima lebih banyak ‘unlike’ daripada ‘likes’ di YouTube.

Dato Aliff Syukri Kecewa Video Single Dapat 73k ‘Unlikes’

Video lirik lagu Abang Nak Tegur sentuhan Edry KRU itu setakat ini ditonton sebanyak 749,724 kali.

Yang kelakarnya, video itu menerima 73,000 tanda tidak suka (unlike), berbanding hanya 7000 sahaja ‘likes’!

Terkilan dengan perkara itu, Aliff meluahkan rasa kecewanya menerusi satu entri di Instagram.

Soal Aliff, mengapa video itu menerima unlikes yang cukup banyak meskipun ia hanyalah video lirik dan bukan video rasmi lagu tersebut.

Haaa, sebabkan Aliff dah tertanya-tanya, biar kami yang menjawabnya, ya.

Melalui tinjauan kami di Facebook, dapati ramai peminat bukanlah tidak sukakan suara pengasas produk D’Herbs itu, tetapi sebenarnya ‘potong stim’ bila bahagian Sajat berkumandang!

Kata seorang pengguna FB, Zaki Jaafar, “Unlike tanda tak suka. nak-nak pulak ada spisis songsang aduhh. Warga malaysia jujur klau tak suka .unlike je hahaha simple pakcik.”

Shahir Wajdi, “I’m proud to be salah seorang penyumbang button unlike haha, bukan sebab alif syukri tapi sebab sajat.”

Razel Sarmin, “Suara aliff oklah tapi sebab feat dengan abang sajat terus hilang mood.”

Mayang Sulit, “Berjuta kali baik kalo ko berduet ngan vida ke azwan ali ke jaafar onn ke daripada ko duet ngan bang sajat tu, tapi sangatlah baik kalo ko xpayah duet ngan sapa-sapa atau dengan kata lain baik tak payah rakam lagu. annoying.”

Fadzli Nor, “Dato’ nyanyi ok, biasalah.muzik catch. Dato’ pun bukan asal penyanyi so, boleh diterima. Tapi yang oran tak boleh terima tu, tu ha.. Si sajat tu. Kalau dia takde mungkin taklah teruk sangat unlikenya. Klu tanpa sajat still ramai unlike tapi not bad bagi seorang yang bukan penyanyi. Sajat tu, please lah dato, get away from him. Not her…”

Nampak tak? Sebenarnya, lagu, mutu suara dan mesej yang terkandung dalam lagu Abang Nak Tegur itu sememangnya wajar dipuji kerana bagus dan melebihi jangkaan orang ramai.

Jom tonton video dibawah.

BACA INI JUGA: Nur Sajat Terima Anugerah Tokoh Persilatan Srikandi Negara



sumber: mynewshub

Bagaimana Sistem Blockchain Berfungsi?

Bagaimana Sistem Blockchain Berfungsi?

Teknologi blockchain merupakan satu topik hangat yang giat dikaji oleh para penyelidik yang mana di dalam Blockchain terdapat pelbagai kegunaan, antaranya pendaftaran nama dan smart contracts.

Bagaimana Sistem Blockchain Berfungsi

Kaedah konsensus seperti proof-of-work (PoW) dan proof-of-stake (PoS) juga ada diterapkan dalam teknologi Blockchain bagi membantu prinsip decentralization berjalan dengan lancar.

Rupanya banyak jenis blockchain selain yang digunakan oleh Bitcoin, aklumlah code pun open source. Manusia pula kreatif nak tukar tukar ikut sukahati. Maka evolusi blockchain semakin bertambah.

Beberapa jenis blockchain yang digunapakai dalam platform seperti Bitcoin, Ethereum, Peercoin, Namecoin, New Economy Movement (NEM) dan juga Ripple.

Dalam Ethereum, smart contractnya yang di war-warkan bagus untuk prinsip decentralized platform. Dalam Namecoin, fokusnya adalah dalam bidang pendaftaran nama atau nama glamornya, name registration. Peercoin pula, kaedah PoS nya; Ethereum juga akan menggunakan kaedah yang sama.

Apa itu Blockchain?

Blockchain adalah satu buku rekod awam digital yang hidup di internet. Secara kasarnya, cuba bayangkan buku accounting yang penuh dengan transaksi sesebuah syarikat, di mana terdapat rekod dari mana duit datang dan ke mana duit itu pergi. Begitu juga blockchain. Ia menyimpan segala data transaksi pengguna dari awal sampai kiamat kot..

Secara konvensional, database digunakan sebagai tempat pertengahan untuk menyimpan data-data transaksi dalam sesebuah organisasi. Segala proses komputasi dilakukan disini.

Juga kawalan pusat data ini dikawal oleh satu entiti, di mana ia mengurus, mengupdate, untuk memastikan data tidak di manipulate. Teknologi Blockchain dapat menyelesaikan masalah-masalah centralization seperti ini.

Perlu di ingatkan juga, blockchain bukan sahaja mampu menyimpan data kewangan, tetapi juga data-data lain seperti kontrak peguam, surat cinta, juga data undi rakyat Malaysia untuk PRU akan datang. You name it, sumbat semuanya dalam blockchain.

Jadi, apa baiknya transparent ledger ini?

"Bukan ke kalau lagi transparent data kau, lagi bahaya di buatnya?"

Ada kebaikan-kebaikan pakai benda ni. Bukan nak kata cara standard sekarang dah rosak, bukan. Cuma dengan menggunakan model teknologi Blockchain, kita akan mendapat perspektif baru dalam bisnes model yang akan diterapkan dalam sesebuah organisasi.

Point-point dibawah diambil daripada Goldman Sachs (GS) research bertarikh 24 May 2016 yang menyatakan:-

1. Kemudahan yang selamat, transaksi yang tiada pusat (decentralized)

GS menyatakan bahawa dengan menggunakan blockchain model, salah satu kegunaan yang praktikal ialah dalam bidang Internet of Things.

Contoh yang diberi ialah Smart Grid (ie. solar panels), di mana secara analoginya, TNB Malaysia di-decentralized kan model pengedaran tenaganya kepada pengguna. Juga disebabkan nature of transparency ini, bil pembayaran juga dapat di transparentkan agar mudah pengguna nak tahu berapa banyak tenaga yang di consume.

Dengan Blockchain juga, senang nak track berapa banyak air yang diguna, do the math, maka dapatlah bil pembayaran yang setimpal dan saksama.

2. Mengurangkan penipuan (corruption) dan meningkatkan trust dengan security yang kuat

Budak 3 tahun yang tinggal kat Malaysia pun boleh faham kot dengan keadaan politik Malaysia sekarang. Corruption everywhere.

Bayangkan kalau Najib guna bitcoin untuk terima dana dari kerajaan Arab 2.6 billion tu, mudah je #TheRakyats nak sahihkan info ni dalam Blockchain. Huhu.

Anyway, dalam kes ni, GS ada buat case study pasal Airbnb jika ia menerapkan Blockchain dalam model bisnesnya, especially dalam reputation sistem. Jadi, apa baiknya?

Setiap transaksi di encode dengan cryptography yang jitu dan transaksi di validate oleh network nodes (P2P). Jadi, segala percubaan untuk mengubah atau membuang data akan terkantoi. Sangat berguna kalau nak di integrate dengan apa apa sistem reputasi.

3. Meningkatkan transparensi dalam transaksi lebih dua orang

Benda macam inilah yang membuatkan Smart Contracts berguna. Dalam apa-apa transaksi yang melibatkan lebih dua parti, kadang kadang seorang tu mesti nak percent lebih. Mana boleh. Kapitalism segera dapat di tamatkan kalau pakai Blockchain.

Smart Contract ni dapat distribute funds antara entiti yang terlibat dan ia transparent! Proses jadi lebih efisien dan dapat mengurangkan kos penghantaran dana kepada parti parti terlibat.

Bagaimana Blockchain berfungsi?

Bagaimana Sistem Blockchain Berfungsi

Semua transaksi yang telah berjaya akan dimasukkan dalam blockchain dan dengan cara ini, wallet Bitcoin akan dapat mengira berapa banyak baki yang boleh dibelanjakan dan setiap transaksi baru hendaklah disahkan oleh pemegang sebenar wallet tersebut.

Keutuhan dan susunan kronologi Blockchain juga diperketatkan dengan pelbagai algorithm cryptography.

Transaksi ialah satu penghantaran nilai matawang Bitcoin yang akan dimasukkan ke dalam Blockchain.

Bitcoin wallet pula menyimpan data pemegang wallet yang dipanggil private key atau seed, yang juga digunakan untuk sign transaksi dengan menggabungkan kaedah matematik untuk mengesahkan yang transaksi tersebut datangnya dari pemegang wallet tersebut.

Tujuan sign tersebut juga dapat mengelakkan sesebuah transaksi daripada diubah oleh sesiapa selain pemegang wallet.

Satu proses yang dipanggil mining pula akan dijalankan sejurus selepas transaksi dilakukan untuk mengesahkan transaksi tersebut.

Dengan bantuan P2P network, transaksi transaksi ini akan di broadcast kan ke seluruh network Blockchain. Jadi semua orang akan dapat ledger yang sama.

Mining, seperti diperkatakan tadi, adalah satu sistem algorithm yang digunakan untuk mengesahkan transaksi dengan memasukkan ia kedalam Blockchain.

Blockchain menyusun setiap transaksi dalam susunan kronologi bagi melindungi network daripada ketidak-saksamaan.

Untuk sesebuah transaksi disahkan secara halal, ia haruslah di packkan ke dalam satu block yang seterusnya akan di verify oleh network (miners) yang dikuatkuasakan oleh cryptography.

Susunan kronologi ini penting untuk setiap block yang sebelumnya tidak dapat di ubah, sebab kalau ia di ubah maka ia akan membuatkan semua block menjadi tidak sah. Jatuh hukum haram di sisi undang-undang Satoshi Nakamoto.

Para miners pula yang bekerja keras untuk mengesahkan block-block ni akan di beri upah dalam BTC.

Jadi, all in all, transaksi BTC dalam Blockchain network boleh diterangkan di dalam satu infographic seperti gambar diatas.

Implementasi
  • Cryptocurrency -- eg. Bitcoin, Litecoin, Dogecoin, Trumpcoin
  • Blockchain platform -- eg. Ethereum (from-scratch platform untuk smart contract)
  • Sidechains -- eg. Rootstock (provide smart contract untuk Bitcoin)
  • Distributed ledgers/private blockchains -- eg. R3 untuk industry kewangan

Market capitalization

Market capitalization atau melayu nya permodalan pasaran, adalah satu penunjuk tentang penguasaan sesuatu Blockchain dalam trading market.

Bitcoin, dalam hal ini, adalah pemain paling besar yang telah menjangkaui ~10 bilion USD market cap. Diikuti dengan Ether, yang hampir mencecah 1 bilion USD.

Nak tengok market cap untuk lain lain cryptocurrency boleh tengok kat sini.

Scripting language, Turing completeness and smart contracts

Kebanyakan cryptocurrency mempunyai scripting language mereka sendiri yang boleh ditempel ke dalam mana-mana transaction.

Sesetengah daripadanya adalah Turing complete; Solidity language dalam Ethereum. Benda ni penting untuk run Smart Contract yakni sebuah program untuk menjalankan contract antara pengguna menggunakan consensus.

Sebagai contoh, smart contract amat berguna untuk company insuran membayar ganti rugi secara automatik jika berlaku apa-apa kemalangan etc.

Banyak lagi kegunaan smart contract dalam dunia, to put it in another perspective, something yang melibatkan pembayaran secara berkala.

Contoh islamik sikit, ambillah pembayaran zakat fitrah atau pendapatan. Tapi takleh gak kot, sebab zakat perlukan akad. Cukai pendapatan, cukai pintu, bayar road tax etc.

Contoh yang lagi kompleks dalam penggunaan kontrak pintar ialah DAO (Decentralized Autonomous Organization), yakni sebuah syarikat yang tiada manager atau pekerja office. Semua dijalankan oleh smart contract (code). Yeah man, in code we trust.

Isu-isu berkaitan

Antara isu kontroversi yang aku dapat korek dari internet ialah:

1. Centralization

Kecenderungan terhadap centralization dengan Blockchain yang membesar; dengan meningkatnya tumbesaran Blockchain, lagi banyak keperluan storage, bandwidth dan computational power yang diperlukan oleh "full nodes" dalam network, menjuruskan lebih banyak risiko ke arah centralization kalau Blockchain makin besar, yang hanya beberapa nodes sahaja yang boleh memproses sesebuah block. Topik ni hangat diperkatakan dalam isu 51% attack.

2. Block size limit

Isu yang berkaitan dengan miners dan Bitcoin adalah daripada built-in hardcoded dalam Bitcoin Core terhad kepada 1 MB per block (~10 minutes) untuk block disahkan. Limit ini tak boleh diubah (nak increase or decrease) tanpa hard-fork; yakni topik yang agak controversial dalam mana mana decentralized systems.

Kenapa setakat 1 MB kau tanya. Sebab nak prevent dari DoS attack, kata sorang mamat dari bitcointalk forum.

3. Fee transaksi yang kian meningkat

Fee yang tinggi untuk transaksi Bitcoin dan potensi untuk fee tersebut di tingkatkan bila mana network membesar.

Attack vectors

"Every great system, has its greatest flaws" — John (motherfucking) Doe

Quote atas ni datang dari some ethical hacking ebook. Kita tahu Blockchain, Bitcoin adalah satu inovasi yang mantap lagi powerful. Tapi malangnya quote ini memang apply kepada apa-apa teknologi. No matter how powerful your system is, mesti ada masalah yang tak dapat dielakkan.

Antara isu sekuriti yang mengelilingi teknologi Blockchain seperti:-

1. 51% attack

Ia mungkin terjadi (secara hipotetikal) apabila pemegang cryptocurrency memiliki 51% daripada semua share dalam sesebuah network.

Dalam kes bitcoin, miners yang memegang 51% daripada pool network mungkin berkuasa untuk menyalahgunakan kuasa untuk buat consensus yang berat sebelah untuk lakukan double spending.

Mereka ada kuasa penuh dalam network dan mampu memanipulasi rekod awam (Blockchain) dengan sukahati. Kalau terjadi, maka konsep demokrasi akan berubah menjadi diktatorship.

Well, not quite

Ada beberapa benda sahaja manusia yang ada 51% pegangan boleh buat. Mereka mampu menghalang transaksi daripada apa-apa confirmation, maka membuatkan ia invalid, secara potensinya menghalang orang daripada membuat transaksi antara address.

Mereka juga mampu me-reverse transaction yang mereka hantar sewaktu mereka dalam kuasa (membolehkan double spending terjadi), juga mampu menghalang miners daripada menjumpai block.

Kenapa 51%?

Sebab 51% kira dah lebih setengah daripada keseluruhan penggunaan network.

Bolehkah ia terjadi pada PoW atau PoS?

Dua dua.

Kalau dalam PoW (melibatkan mining), pool mana yang ada hash rate >50% itulah yang akan trigger benda ni. Dalam hal ni, mining pool yang popular ada potensi dalam attack berbanding dengan orang yang mine sorang-sorang. Tapi boleh jadi juga orang tu ada supercomputer di mana hashing power dia over 9000.

Kalau salah tolong betulkan; dalam PoS pula, orang yang ada pegangan >50% daripada total existence sesuatu coin mampu lakukan attack ni. Tapi tak sewenangnya kot. Mesti ada some mechanism dalam PoS scheme yang boleh halang 51% attack terjadi. Tak jumpa pula source dari interwebs.

2. Sybil attack

Nama Sybil diambil daripada sebuah buku yang ditulis oleh Flora Rheta Schreiber pasal perempuan yang ada dissociative identity disorder 23 (multiple personality disorder).

"So, apa kaitannya?" jiran kau tanya. Well, serangan Sybil ni berlaku apabila seseorang tu merosakkan sesebuah sistem reputasi dalam P2P network dengan membuat beribu lemon fake identity dan menggunakannya untuk mendapat pengaruh dalam network tu.

Serangan sebegini sudah dijumpai sejak zaman BitTorrent lagi, sejak P2P network mula berkembang. Menurut Douceur dalam paper dia "The Sybil Attack", kalau seorang entiti dapat melambangkan banyak entiti-entiti lain, sebuah sistem boleh dikawal olehnya, maka dapat melemahkan lagi sebuah sistem. Sebab P2P network direka untuk percaya kepada kepercayaan (trust) antara node lain. Benda ini tak mustahil boleh terjadi.

Satu contoh mudah yang tak melibatkan P2P network adalah bila kau buat banyak account Gmail semata-mata nak vote kawan kau dalam internet poll. Itulah dikatakan dengan sistem reputasi yang ada lubang. Selain itu, company juga boleh guna attack ini untuk dapatkan rating Google Page Rank yang baik.

Beliau berkata lagi, satu jalan penyelesaian untuk mengelakkan benda ini terjadi adalah dengan adanya 3rd party agensi untuk mengesahkan identiti. Sebagai contoh, VeriSign.

Apa attacker boleh buat dalam kes Blockchain?

Dalam konteks voting system, sebuah kerajaan mungkin boleh koordinat serangan ini untuk menang dalam election (katakanlah voting dibuat dalam Blockchain). Yes, voting guna Blockchain is already a work in progress; BitCongress.

Tapi dalam kes ini, serangan susah untuk dilakukan sebab penggunaan consensus PoW (more info). Secara ringkasnya, node akan percaya kepada chain yang paling banyak proof of work. Kalau node tu cuba untuk jadi Sybil, tapi tiada proof of work (tak mine block), maka ia adalah fake.

3. Double spending

Oh, rupanya blockchain.info ada buat page untuk double spent transaction. Interesting.

Jadi, apa itu double spending? Menurut Bitcoin stackexchange accepted answer ni, ia adalah satu attack di mana satu coin di belanja dalam lebih dari satu transaction.

Katanya lagi, ada beberapa cara nak melakukan perbelanjaan double:

Race attack
  • Hantar dua transaction yang bercanggah dalam masa yang singkat. Kira macam tekan button send serentak la kot.

Prevention
  • Tunggu 1 confirmation dikeluarkan dalam sesuatu transaction. Barulah confirm ia betul.

Finney attack
  • Memerlukan miner (attacker) dalam serangan ni.
  • Merchant side (recipient) membenarkan unconfirmed transaction.
  • Di mana attacker ni perlu pre-mine (mine normally tapi tak broadcast ke network) satu block yang mengandungi coin dia sendiri (hantar ke diri sendiri) dan belanja coin yang sama kepada merchant yang accept unconfirmed transaction tadi. Lepas tu baru dia release block tersebut untuk dapatkan balik coin dia tadi tu. Maksudnya dia hantar ke merchant -- which dapat angin je -- dan juga dapat balik coin yang di pre-mine tadi.

Prevention
  • Tunggu at least 6 confirmation, baru confirm ia betul. Wait, that doesn't makes sense. Maybe kena baca apa yang mamat ni tulis dalam master thesis dia.

51% attack
  • Dah explain kat atas sana, sila scroll. Basically, memiliki 51% of total computing power (ie. PoW scheme), dan mampu me-reverse apa-apa transaction yang dia nak. Like a boss.

Prevention
  • None lol jk. Google sendiri and deal with it :p

5. Security vulnerabilities & bugs

Benda ni macam simple. Tapi dalam kes blockchain, sekali ada bug yang critical, kena hard-fork seluruh network. Lepas tu kena suruh semua client dan miners untuk upgrade software dia. Tak ke leceh gitu?

Contoh paling dekat ialah DAO hack. Hambik kau, tengah best layan harga Eth nak sampai 25 USD sekali kena hack (tak hack lah, cuma ada flaw dalam smart contract code). Merudum jatuh sampai ke 10 USD. Menangis wei. Sekarang ni sibuk diskus kat Reddit bagai nak hardfork ke nak softfork. Tapi baru baru ni, mereka dah capai consensus dah pun, Ethereum blockchain di hardfork.

Scalability

Part ni aku cuma nak faham apakah yang dipersoalkan dengan "blockchain scalability" oleh segelintir manusia yang skeptik (developer) di ruang internet.

Adakah dengan merekod segala transaksi Bitcoin dalam Blockchain dapat menjejaskan sekuriti atau kebolehannya menangani amount transaksi yang besar?

Dalam perkara ini, Bitcoin cuba nak compete dengan payment gateway yang dah mainstream seperti Visa dan Paypal. Visa dapat handle dalam 2000-4000 transaksi sesaat (tps), secara puratanya.

Paypal pula dapat handle dalam 10 juta transaksi sehari atau 115 tps. Bitcoin on the other hand, terhad kepada 7 tps disebabkan protokolnya hanya menyokong block size sehingga 1 MB.

Selain daripada tu, CPU, storage dan network utilization juga menjadi satu masalah scalability dalam Bitcoin network.

Basically, secara teorinya nak capai 4000 tps, CPU, storage, dan network kenalah power. Tapi Bitcoin punya current build belum boleh capai sehebat Paypal atau Visa.

Jadi, optimization yang boleh diterapkan untuk membuat Bitcoin lebih scalable dari segi hardware utilization, seperti CPU dan Simplified payment verification (SPV).

Atas sebab nature Blockchain, Bitcoin adalah sumber terbuka, ada juga cadangkan cadangan penambahbaikan platform ini daripada komuniti seperti:-

1. Ultimate blockchain compression

Satu idea meng-compress blockchain untuk mencapai "trust-free lite nodes" (lol wtf is that?). Seperti yang sudah di tl;dr kan oleh seorang Reddit user ripper2345, ia adalah satu cadangan untuk mengasingkan blockchain -- bukan fork, tapi miners masih mine di chain yang sama -- yang lagi ringan daripada chain utama.

Chain yang terasing ini hanya menyimpan "unspent transaction outputs" sahaja. Ia bagi mendapatkan muat turun Blockchain yang pantas untuk client yang tak mine, tanpa memerlukan trust untuk 3rd party.

2. The Mini-Blockchain Scheme

Kalau nak tahu, Blockchain sekarang agak "bulky" dengan benda benda sampah (although data yang berguna), tapi benda benda ini semua buat Blockchain kita ini berat.

Jadi, scalability issue pun datang. Dalam proposal ini mencadangkan, transaksi yang sudah lama boleh dilupakan oleh network.

Semenjak kita tahu sesebuah node hanya pakai bahagian chain yang baru untuk sync kita panggil bahagian ini "mini-blockchain" (bahagian 1).

Proposal ini pun sudah mengenalpasti bahawa sekuriti akan terjejas kalau buat macam ini, tapi ia boleh diselesaikan dengan "proof chain" (bahagian 2) dan data data ownership coin yang sudah dilupakan tu boleh diselesaikan dengan membina satu database yang memegang address yang ada isi di dalamnya, dipanggil "account tree" (bahagian 3).

Basically, benda ini ada 3 bahagian, mini-blockchain, proof chain dan account tree.

Katanya lagi, Proof chain ni mengawal mini-blockchain dan mini-blockchain mengawal account tree. Antara benefit yang ada dalam proposal ini adalah ia dapat mengetatkan lagi keutuhan dan sekuriti, transaksi yang pantas dan dapat menurunkan fee, network sync yang laju, dapat menyokong trafik yang tinggi, ruang block yang lagi besar untuk custom messages dan ada potensi untuk tingkatan anonymity.

3. Lightning network

Dicadangkan oleh Joseph Poon dan rakan sekerjanya Thaddeus Dryja, Lightning Network bermaksud Rangkaian Kilat lol. Budak berdua ini cadangkan, macammana satu layer atas Bitcoin blockchain dapat membolehkan transaksi yang murah dan segera, sambil meningkatkan lagi scalability. Boom! Simple idea dia.

Ia hanyalah satu teori; takde code whatsoever, tapi still a work in progress.

Disebabkan itu, ramai dari kalangan komuniti buat argument dan tohmahan tak berfakta terhadap teori ni berkenaan dengan campur tangan Blockstream -- sebuah company yang membina aplikasi Bitcoin specifically dalam bidang sidechain.

Macam mana ia berfungsi?

Secara amnya, Lightning Network direka untuk mengurangkan volume dalam Blockchain dengan menyalurkan transaksi dan mikro-transaksi (transaksi kurang dari 1 satoshi dan biasanya wujud dalam fee penghantaran) kepada satu sidechain lain, yang juga sync dengan Blockchain utama, dalam jarak waktu yang tetap.

Kenapa?

Atas sebab isu scalability, Bitcoin sekarang hanya menyokong ~7 tps dan limited kepada 1 MB ruang block. Untuk meluaskan lagi kuasanya untuk mencapai 45000 tps, proposal ini cakap transaksi Bitcoin haruslah di lakukan di luar Blockchain 18.

Use cases

Basically, this infographic tells everything pasal use cases of Blockchain. Yang ni pun interesting juga. But, to put it simply, beberapa general use-cases such as:-
  • Smart contracts
  • Smart assets
  • Clearing and settlements
  • Payments
  • Digital identity

Perbezaan antara aplikasi Blockchain

Di sini kita boleh lihat CHART matrix perbezaan antara teknologi Blockchain yang digunapakai oleh aplikasi lain.

PENING? Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: aimanbaharum

Jalan Pintas Rawang Jambatan Tertinggi Di Malaysia

Jalan Pintas Rawang Jambatan Tertinggi Di Malaysia

Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) mencatatkan sejarah sebagai jambatan paling tinggi di Malaysia dan kini mula dibuka kepada orang ramai untuk melaluinya.

Jalan Pintas Rawang Jambatan Tertinggi Di Malaysia

Jalan Pintas Rawang sepanjang sembilan kilometer adalah mercu tanda terbaharu Malaysia apabila mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah.

Keunikan Jalan Pintas Rawang ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi.

Pemandu turut berpeluang menikmati pemandangan panorama yang cantik di sekitar Rawang.

Lebuh raya Jalan Pintas Rawang sepanjang 23 kilometer ini merupakan jalan pintas yang menghubungkan Rawang ke Serendah bagi mengatasi kesesakan melampau di Bandar Rawang.

Lebih hebat lagi, lebuh raya Jalan Pintas Rawang ini direka oleh arkitek tempatan, Tuan Haji Radzali Mokhtar.

Menurut sumber dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Rawang Bypass dibina secara bengkang-bengkuk bagi meminimakan impak terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor.

Laluan dengan jambatan paling tinggi ini dibina merentasi kawasan hutan tebal yang merupakan habitat pokok Giam Kanching, sejenis spesis pokok unik yang tidak terdapat di mana-mana hutan di seluruh dunia.

Jalan Pintas Rawang Jambatan Tertinggi Di Malaysia

Disebabkan itu, setiap batang pokok ialah khazanah negara yang perlu diselamatkan dan dijaga sehabis baik daripada ditebang.

Pembinaan jalan pintas Rawang Bypass mampu memendekkan waktu perjalanan di waktu puncak dari 2 jam kepada 30 minit sahaja!

Sebenarnya, pembinaan lebuh raya jalan pintas Rawang ini terpaksa ditangguhkan selama 2,132 hari (hampir enam tahun) berikutan prosedur kerja dan proses pihak ketiga yang berada di luar bidang kuasa JKR.

Projek Jalan Pintas rawang yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) ini sepatutnya siap dibina pada tahun 2008.

Projek pembinaan lebuh raya empat lorong Jalan Pintas Rawang ini bermula pada 16 Julai 2005 dan dijangka siap pada 12 Januari 2008 dengan kos permulaan RM203.47 juta.

Bagaimanapun, beberapa Perjanjian Tambahan ditandatangani termasuk peruntukan khas untuk perubahan harga tenaga kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal telah memanjangkan projek dari 15 Disember 2011 hingga 17 April 2015 dengan kos tambahan sebanyak RM390 juta.

Jalan Pintas Rawang Jambatan Tertinggi Di Malaysia

Pemanduan di Rawang Bypass bakal memberi pengalaman yang unik kepada pengguna jalan raya apabila berada separas puncak pokok atau lebih tinggi.

Selain itu, pengguna Jalan Pintas Rawang juga akan melaui bawah talian kabel pencawang elektrik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Hukum sambutan Maulidur Rasul, ada yang mengharuskannya dan ada yang sebaliknya. Ramai di kalangan umat Islam mengingati peristiwa Maulidur Rasul SAW walaupun ada yang berpendapat Rasulullah dilahirkan pada 9 Rabi’ al-Awwal.

Hukum menyambut Maulidur Rasul

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada kali ini, kami kemukakan dengan panjang lebar isu berkaitan hukum menyambutnya.

Sejarah Sambutan Maulidur Rasul

Sebagai mukadimah, dinyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah 13/136 al-Allamah Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja al-Muzaffar yang telah menyambut majlis Maulid al-Rasul secara besar-besaran dengan berkata, “Adalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi’ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran.

"Disamping itu, beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, mempunyai semangat keperwiraan, cerdik, alim, adil. Semoga Allah merahmatinya dan memuliakan kuburnya."

Dinukilkan di sini daripada beberapa kitab bagaimana para penyair di kalangan sahabat dan lainnya memuliakan Baginda SAW sama ada di hadapannya atau melalui syair-syair mereka.

Antaranya Al-Abbas bersyair, “Dikala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin.” (Lihat al-Mustadrak ala al-Sahihain.)

Hasan bin Thabit banyak menggubah syair di hadapan Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda. Isu ini seringkali menjadi polemik dalam kalangan sarjana Islam.

Hukum Sambutan Maulid al-Rasul

Ada yang mengharuskannya dan ada yang sebaliknya. Kami nukilkan sebahagian pendapat ulama.

Pertama

Hukum sambutan Maulidurrasul adalah bid’ah. Ini dipelopori oleh sebahagian ulama.

Antara hujahnya adalah: Perayaan ini tidak pernah dilaksanakan pada generasi yang paling mulia, generasi sahabat, tabiin, tabi’ tabi’in, dan juga tidak pada generasi setelahnya. Ia adalah satu bentuk pemujaan yang melampau kepada Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku seperti kaum Nasrani yang memuji anak lelaki Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah (mengenaiku) “Hamba Allah dan Rasul-Nya“. (Riwayat al-Bukhari, no. 3445)

Sambutan Maulidur Rasul seperti ini pasti disertai dengan berbagai bentuk kemungkaran dan hal-hal yang diharamkan dalam agama

Kedua

Hukumnya adalah dibolehkan. Syeikh Abu Shamah atau nama sebenarnya, Syeikh Abdul Rahman bin Ismail al-Maqdisi (salah seorang Syeikh Dar al-Hadis di Damsyik) berpendapat, "Adalah dibolehkan sambutan Maulidurrasul berdasarkan amalan oleh tokoh ulama zaman dahulu antaranya di Irbil (salah satu wilayah di Iraq)."

Antara tokoh-tokoh yang berpegang kepada keharusannya dan termasuk dalam bid’ah hasanah ialah:
  • Imam Jalaluddin al-Suyuti
  • Imam Ibn Hajar al-Haithami
  • Syeikh Ibn al-Hajj al-Abdari
  • Imam Ibn al-Battal
  • Al-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Nasiruddin al-Dimashqi
  • Al-Hafiz Shamsuddin bin al-Jazari
  • Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
  • Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili
  • Syeikh Abdul Halim Mahmud
  • Syeikh Atiyyah Saqr
  • Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi dan lain-lain.

Para ulama yang mengharuskan Maulid al-Rasul menggunakan hadis di bawah.

Dari Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab yang maksudnya, “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.”
(Riwayat Muslim, no. 1162)

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa.

Maka, jika Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu, maka begitu juga bagi ummatnya untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda SAW untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda SAW, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain.

Sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun.” (Riwayat Muslim, no. 1017)

Hadis ini memberikan satu kefahaman bahawa dibenarkan untuk melakukan perkara perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, athar mahupun ijmak ulama.

Maulid al-Rasul adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut.

Dengan demikian, bererti hukumnya diharuskan bahkan sebagai salah satu jalan untuk mendapatkan pahala jika bertepatan dengan syarak.

Selain itu, antara hujahnya adalah fatwa ulama seperti berikut:
  • Ibn Hajar al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum perayaan Maulid al-Rasul menjawab, “Asal dalam amalan sambutan peringatan Maulid adalah bid’ah yang tidak diriwayatkan dari ulama Salaf al-Soleh. Akan tetapi Maulid tersebut mengandungi banyak kebaikannya. Maka barangsiapa yang berusaha meraih kebaikan dalam Maulid dan menjauhi yang buruk, maka termasuk bid’ah yang baik (hasanah). Jika tidak, maka tidak disebut bid’ah hasanah.” (Al-Haawi Lil Fataawa oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti)
  • Imam al-Suyuti juga antara lain menyebut, “Amalan memberi makan adalah perbuatan yang baik. Dengan demikian, amalan Maulid termasuk perkara baru yang dianjurkan sebagaimana yang diungkapkan oleh Sultan al-Ulama Syeikh Izzuddin bin Abd al-Salam.”
  • Sebenarnya al-Suhaili telah menyebut bahawa al-Abbas berkata, “Tatkala Abu Lahab meninggal dunia, aku bermimpi bertemunya selepas setahun pada seburuk keadaan lantas dia berkata, “Tidak aku dapati selepas kamu sebarang kerehatan kecuali azab diringankan daripadaku setiap hari Isnin. Yang demikian kerana Nabi SAW dilahirkan pada hari Isnin dan Thuwaibah telah memberikan berita gembira kepada Abu Lahab berkenaan dengan kelahiran Nabi SAW lantas dimerdekakannya.” (Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari Syarah Sahih Bukhari, 9/43 – 48)
  • Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muti’i (Mantan Mufti Mesir), “Justeru setiap apa yang dijadikan ketaatan dan untuk mendekatkan diri kepada Allah yang tidak ditentukan syariat(Allah) waktu tertentu dan tidak pula tempat tertentu maka boleh bagi setiap mukallaf untuk melakukannya pada setiap waktu dan tempat, dan begitu juga setiap yang tidak termasuk dalam larangan umum atau khusus daripada syariat maka hukumnya Mubah/Harus, dan apa yang selainnya(yakni ada larangan) adalah bid’ah yang haram atau makruh. Maka wajib untuk menghindarinya dan menghalangnya” (Ahsanul Kalam Fi Ma Yata’allaqu Bi al-Sunnah wa al-Bid’ah Min Ahkam, m. 74).
  • Syeikh Abdul Halim Mahmud, “Sambutan Maulid Nabi SAW adalah sunnah/jalan yang baik daripada sunnah-sunnah yang diisyaratkan oleh Rasul SAW dalam sabdanya: “Barangsiapa melakukan sunnah yang baik, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal denganya, barangsiapa yang melakukan sunnah yang buruk, maka dia menanggung dosanya dan dosa sesiapa yang beramal dengannya” Dan ianya adalah kerana terdapat usul/asas yang membimbingnya dan dalildalil yang sahih yang berpandukan padanya. “Dan tidaklah bererti peninggalan salafussoleh bagi amalan yang soleh ini merupakan pertentangan kepada syariat, kerana salafussoleh masih mempunyai kebangkitan/keprihatinan agama dan cinta Nabi yang mulia yang mana menyebabkan mereka tidak memerlukan kepada peringatan hari maulid untuk disambut.” (Fatawa Imam Abdul Halim Mahmud, m. 273)

Tarjih

Setelah mengamati pendapat-pendapat ulama, saya berpandangan bahawa sambutan Maulid al-Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW. Antaranya:
  • Kitab al-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri
  • Kitab Sirah Nabawiyyah oleh Ibn Hisham
  • Kitab al-Syamail al-Muhammadiyyah oleh Imam al-Tirmizi
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya seperti:
  • Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali
  • Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti
  • Kitab Al-Sirah al-Nabawiyyah Durus wa ‘Ibar oleh Syeikh Dr. Mustafa al-Siba’ie
  • Kitab Al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawi oleh Syeikh Dr. Munir al-Ghadban dan lain-lain
  • Disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW. Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi SAW, “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” (Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)

Berhubung lafaz selawat yang afdhal, maka antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA yang menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.

Baginda menjawab dengan mengatakan, “Katakanlah اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Meraikan kegembiraan dan kesyukuran kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah kepada fakir miskin. Sebagai mengukuhkan kenyataan ini, suka saya petik pendapat Imam Abu Syamah.

Antara lain berkata, “Termasuk perkara baru atau bid’ah yang dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah, melakukan yang ma’ruf, menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah SAW dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutus-Nya Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.”

Penutup

Antara tugasan Rasul adalah untuk menyatukan ummah daripada pelbagai kabilah, kaum, bangsa dan ras agar semuanya kembali mengubudiyyah kepada Yang Maha Esa dengan penuh hikmah dan rahmah, Rasulullah SAW menyampaikan dakwah sehingga akhirnya ukhuwwah Islamiyyah yang kukuh dan dapat membina perpaduan yang mapan.

Natijahnya, ummat yang bijak mencari titik persamaan dan mengurangkan jurang perbezaan menjadi ummat yang terkehadapan sehingga dapat memimpin dunia.

Parsi tumbang, Rom lemah dan Islam menggemakan syiarnya dan syariatnya sehingga melahirkan kerukunan sejagat.

Rasulullah SAW telah menjadikan tali persahabatan dan ukhuwwah Islamiyyah sejak mula menegakkan negara Islam Madinah dengan sistem mu’akhah (persaudaraan) dan diletakkan dalam Piagam Madinah.

Justeru, kami menyeru kepada diri ini dan khalayak masyarakat ummah serta rakyat Malaysia agar kita bina perpaduan dan kita kukuhkannya sehingga perasaan kasih sayang terbina dan saling hormat menghormati sesama kita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul

sumber: muftiwp

Kenapa Buku Teks Sepanyol Untuk Pelajar Malaysia, Berapa Komisen Masuk Poket Menteri?

Kenapa Buku Teks Sepanyol Untuk Pelajar Malaysia, Berapa Komisen Masuk Poket Menteri?

Anggota parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan menggunakan buku teks import Pulse 2 bagi mata pelajaran bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 1.

Kenapa Buku Teks Sepanyol Untuk Pelajar Malaysia, Berapa Komisen Masuk Poket Menteri?

Katanya, buku teks itu tidak sesuai kerana sebenarnya direka untuk pelajar-pelajar Sepanyol.

Latihan dalam buku itu, antaranya meminta pelajar menterjemahkan perkataan Sepanyol ke bahasa Inggeris, dan sebaliknya.

“Macam mana budak-budak Malaysia nak tahu. Saya pun tak boleh jawab.

“Rujukan sebegini sukar difahami, guna bahasa Sepanyol tidak sesuai dengan murid Malaysia,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Semakan di muka surat 8 buku itu mendapati, terdapat soalan yang bertanyakan perkataan Sepanyol untuk “poster” dan maksud “lapiz” (pensil) dalam bahasa Inggeris.

Zairil turut mempersoalkan mengapa buku teks tempatan tidak lagi digunakan sedangkan katanya naskhah berkenaan lebih mesra kepada pelajar di negara ini.

“Apa salahnya buku teks tempatan, kita ada sentuh mengenai sejarah tempatan seperti Kuala Kula Bird Century dan kita juga ada mengenai kesusasteraan asing.

“Buku tempatan kita mempunyai kandungan tempatan manakala Pulse 2 pula budaya Barat sahaja,” katanya.

Selain itu Zairil mempersoalkan mengapa buku tersebut tidak melalui tender terbuka seperti sebelumnya.

Untuk rekod buku teks sebelum ini akan membabitkan kos kira-kira RM7.1 juta berdasarkan jumlah pendaftaran pelajar semasa.

Kos bagi dua buku baru itu, Zairil berkata dianggarkan berjumlah RM33 juta jika dibekalkan kepada semua murid tahun 1 dan tingkatan 1 di seluruh negara.

Persoalannya, berapa persen masuk poket menteri?

BACA INI JUGA:

sumber: mk

Mengapa Seseorang Mencederakan Diri Sendiri?

Mengapa Seseorang Mencederakan Diri Sendiri?

Mencederakan diri sendiri adalah satu tindakan yang menyebabkan kecederaan kepada tubuh badan. Apa sebenarnya kelakuan mencederakan diri sendiri? Mengapa seseorang itu mencederakan diri sendiri?

Mencederakan Diri Sendiri

Dan bagaimana kita dapat membantu individu ini?

Sebab-sebabnya termasuk:
  • Perasaan lega dari kesakitan emosi
  • Ingin bebas dari perasaan kekosongan dan kaku
  • Mengalih perhatian daripada perasaan negatif
  • Untuk dapatkan perhatian orang lain
  • Sebagai ugutan
  • Supaya orang lain rasa bersalah

Bagaimana untuk mengetahui seseorang itu cuba mencederakan diri mereka?

Kebanyakan mereka cuba menyembunyikannya dari orang lain.

Tanda-tanda amaran termasuk:
  • Kecederaan tanpa sebab
  • Seperti luka, kesan lebam, bekas cucuhan rokok
  • Menguncikan diri untuk jangka masa yang lama
  • Kesan kebakaran dan darah yang mencurigakan pada pakaian
  • Kelihatan murung

Bagaimanakah cara untuk membantu mereka?

Jalan yang terbaik ialah mencari jalan penyelesaian untuk mengendalikan situasi tersebut. Jika seseorang itu marah, gelisah dan kecewa.

Lakukan sesuatu aktiviti fizikal;
  • Menumbuk karung tinju
  • Tendang bola
  • Mainkan muzik yang kuat dan menari
  • Berjoging
  • Jerit sekuat hati atau menangis bila tiada orang di sekeliling anda

Jika seseorang itu rasa sedih, murung atau rasa bersendirian.

Buat sesuatu yang merehatkan:
  • Mandi
  • Baca buku kegemaran
  • Dengar muzik kegemaran yang sentimental
  • Bersiar-siar di taman
  • Nyalakan lilin
  • Kongsi perasaan dengan rakan anda

Jika seseorang rasa kaku, menyendiri dan terasing.

Lakukan sesuatu aktiviti yang boleh membuatkan anda merasa sesuatu contoh:
  • Mandi dengan air yang sejuk
  • Perah dengan kuat ketulan air batu
  • Mencubit diri sendiri
  • Gigit cili

Apa yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberi?

Kelakuan mencederakan diri sendiri boleh mengakibatkan komplikasi yang serius seperti:

Komplikasi fizikal:
  • Parut
  • Perdarahan yang teruk
  • Ke patahan
  • Kematian

Komplikasi psikologi:
  • Rasa bersalah
  • Benci diri sendiri
  • Kemurungan
  • Marah

Komplikasi sosial:
  • Masalah pembelajaran
  • Masalah perhubungan
  • Masalah keluarga

Di manakah seseorang itu boleh mendapatkan bantuan?

Dapatkan bantuan dari:
  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Guru kaunseling
  • Guru Agama

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myhealth