Thursday, September 21, 2017

WASP-12B Planet Misteri Paling Gelap Ditemui Saintis

WASP-12B Planet Misteri Paling Gelap Ditemui Saintis

Sebuah planet misteri yang baru ditemui oleh para saintis di dapati memiliki tahap kegelapan yang sangat tinggi.

WASP-12B

Menurut laman web Mashable, WASP-12b adalah sebuah planet yang mengorbit pada sebuah bintang yang berjarak 1,400 tahun cahaya dari Bumi dan memiliki warna yang lebih gelap dari aspal.

Data terbaru dari teleskop Hubble Space Telescope menunjukkan bahawa, planet WASP-12b berukuran dua kali lebih besar dari Jupiter, serta mengorbit sangat hampir pada bintang utamanya

Kerana terlalu hampir dengan bintang induknya, awan di WASP-12 tidak mampu terbentuk jika sedang mengalami fasa siang, kerana tertarik oleh daya graviti bintang induknya.

Malah, planet WASP-12 juga berbentuk oval, kerana terlalu lama mengorbit bintang induknya pada jarak yang sangat hampir.

Teleskop Hubble telah mengkaji tentang planet WASP-12b sejak Oktober 2016.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Merungkai Misteri Kewujudan Planet Makhluk Asing

sumber: inilah

Pengganas Myanmar Zionis Yahudi Memalukan ASEAN

Pengganas Myanmar Zionis Yahudi Memalukan ASEAN

Tiada yang lebih memalukan ASEAN dalam sejarah penubuhannya sejak 1965 kecuali, apabila komuniti 800 juta penduduk rantau ini membiarkan Myanmar melaksanakan pembersihan etnik terhadap 1.1 juta penduduknya sendiri.

Myanmar

ASEAN kembali ke zaman barbarian dan kanibal apabila gagal mengambil sebarang langkah pencegahan, sekaligus gagal menegakkan undang-undang manusia berakal.

Myanmar yang diterima masuk sebagai anggota ASEAN pada tahun 1995 kini menjadikan Rakhine sebagai The Killing Field abad ke-21.

Tragedi pembunuhan massa termasuk membakar bayi dan kanak-kanak, jenayah rogol dan bunuh berlaku secara berleluasa dengan penuh kebinatangan.

Kritikan terbuka terbaharu disuarakan Amnesty International terhadap Myanmar, ketika pemimpin ASEAN kelihatan tidak mampu dan langsung tidak peduli untuk menyatakan pendirian bersama.

Sebelum ini hanya Malaysia dan Indonesia menyatakan bantahan dan mengkritik sikap Kerajaan Myanmar, manakala Thailand dan Singapura pula hanya sebelah kaki menyokong langkah jahat Naypyidaw yang masih dikuasai Junta Tentera.

Amnesty International menyifatkan Aung San Suu Kyi ‘menyembunyikan kepala dalam pasir’ apabila enggan bertindak walaupun wujud bukti berdokumen mengenai perlakuan jenayah pengganas tentera Myanmar merogol dan membunuh orang awam, malah membakar rumah penduduk minoriti Muslim Rohingya.

Keseluruhan angka korban terkini melebihi 4,000 nyawa dengan hampir 3,000 pembunuhan berlaku dalam tempoh sebulan terakhir ini, sejak 25 Ogos lalu apabila Myanmar melancarkan frasa kedua pembunuhan etnik.

Myanmar ini menjadi Zionis Israel di rantau ASEAN!

Malah, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sekali lagi mengkritik dan kali ini nada selarannya jelas lebih keras. Satu petunjuk, bahawa PBB sudah melihat krisis Myanmar sebagai di luar batas kemanusiaan.

“Myanmar perlu menghentikan operasi ketenteraan dan membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa sekatan. Myanmar perlu menamatkan penderitaan Rohingya,” katanya.

Namun, Suu Kyi selaku Kaunselor Myanmar yang dilihat sebagai pemimpin de facto boneka Rejim Tentera yang bersembunyi di balik topeng demokrasi, segara membidas kritikan itu, malah mengecam pengkritik peribadinya yang menyifatkan Penerima Anugerah Noble Keamanan Dunia 1991 itu, bertanggungjawab membiarkan krisis pembunuhan etnik berleluasa di Myannar.

Suu Kyi membalas semua itu dengan sinis dan bertentangan dengan fakta dan realiti.

“Mereka yang disahkan sebagai pelarian dari Myanmar akan diterima pulang tanpa masalah,” katanya.

"Realitinya, 427,000 ribu pelarian Rohingya kini berada di sempadan Bangladesh. 170,000 ribu pelarian tiba ketika krisis bermula pada Oktober 2012 hingga Disember 2016.

Angka itu meningkat 247,000 ribu pelarian baharu dalam tempoh sebulan apabila Myanmar melancarkan penghapusan etnik pusingan kedua bermula 25 Ogos 2017 lalu.

Adalah memalukan apabila kita tidak mengambil langkah drastik dan dilihat ersekongkol dengan Yahudi ASEAN dan merelakan zaman Barbarian dan budaya kanibal diperlakukan terhadap umat Islam Rohingya.

Kuala Lumpur perlu bertindak!

BACA INI JUGA: Pengganas Buddha Terus Membunuh Umat Islam Rohingya, Kenapa Dunia Membisu?!

sumber: mynewshub

Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa, International Day of Peace

Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa, International Day of Peace

Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa, International Day of Peace, disambut pada 21 September setiap tahun sebagai satu peringatan betapa keamanan yang dikecapi perlu dihargai oleh generasi turun temurun.

International Day of Peace

Hari Keamanan Antarabangsa yang disambut setiap tahun telah diisytiharkan oleh PBB sebagai hari gencatan senjata, tanpa pertempuran atau peperangan.

Keamanan yang dinikmati khususnya di negara Malaysia hari ini juga perlu dipelihara sebaiknya bagi mengekalkan suasana hidup aman damai dan harmoni.

Dunia pada hari ini menyaksikan berlakunya konflik di merata tempat, menjadikan kita hidup dalam dunia yang penuh dengan keganasan.

Keadaan pelarian mahupun migran sudah cukup untuk menjelaskan tentang ancaman keselamatan yang dihadapi golongan ini di negara sendiri sehingga terpaksa melarikan diri dari tanah air mereka sendiri.

Keamanan bukan menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan semata-mata, tetapi masyarakat sebenarnya turut memainkan peranan lebih besar mengekalkan keamanan sejagat.

Mengambil contoh tragedi yang menimpa komuniti Rohingya yang ditindas di Myanmar, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana mampu hidup bersama dengan mengamalkan kepercayaan agama masing-masing tanpa sebarang masalah.

Bertindaklah dalam menjaga keamanan, aktif dalam gerakan-gerakan bersifat keamanan dan jangan hanya menjadi pemerhati semata-mata.

Pelbagai program akan diadakan sempena Sambutan Hari Keamanan Sedunia, antaranya sesi perkongsian ilmu berkenaan isu-isu keamanan sejagat, sesi forum terbuka, bacaan sajak serta persembahan nyanyian dan muzik oleh pelajar FKSW.

Selamat menyambut hari Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

sumber: ums

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 September)

Tanggal 21 September merupakan hari ke 264 (hari ke 265 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 101 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

The Lord of the Rings
The Lord of the Rings.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api, Hari Keamanan Antarabangsa dan Hari Kemerdekaan di Malta (1964), Belize (1981), dan Armenia (1991).

Peristiwa

454 – Maharaja Rom Valentinian III membunuh Aëtius di Ravenna.

1745 – Pemberontakan Jacobite: Angkatan Jacobite pimpinan Charles Edward Stuart menewaskan Hanover di Prestonpans, East Lothian, Scotland.

1792 – Revolusi Perancis: Convention Nationale mengundi memansuhkan pemerintahan beraja, dan mengisytiharkan Republik Pertama.

1823 – Mengikut Joseph Smith Jr., malaikat Moroni muncul kepadanya dan memberitahu lokasi Pinggan Keemasan, yang mengandungi teks suci purba Kitab Mormon.

1898 – Pembaharuan Seratus Hari di China tamat mendadak apabila Maharani Balu Cixi memencilkan Maharaja Guangxu dan mengambil alih sebagai pemangku raja.

1937 – Novel kanak-kanak fantasi J. R. R. Tolkien The Hobbit, buku pelopor The Lord of the Rings, diterbitkan.

1939 – Perdana Menteri Romania Armand Călinescu dibunuh oleh seorang anggota Garda de fier yang pro-Nazi.

1942 – Model prototaip pengebom berat Boeing B-29 Superfortress, antara pesawat terbesar Perang Dunia II, terbang buat pertama kali.

2008 – Lebih 12,800 kanak-kanak di China dimasukkan ke hospital akibat keracunan produk susu China.

2008 – Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki meletak jawatan seperti yang diminta oleh parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika.

2009 – Pasukan lumba Renault F1 diberikan hukuman tergantung dua tahun oleh FIA, selepas mengaku bersalah bersubahat menyebabkan kemalangan sengaja di Grand Prix Singapura 2008.

2011 – Dua pengembara A.S. dibebaskan dengan ikat jamin oleh Iran sebagai tanda kemanusiaan selepas dua tahun dipenjarakan, atas kesalahan mengintip.

2011 – Valentina Matviyenko dilantik sebagai Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia, jawatan politik tertinggi bagi wanita di Rusia moden sejak Maharani Yekaterina.

2013 – Sekumpulan lelaki bertopeng mula menyerang pusat beli-belah Westgate di Nairobi, Kenya, membunuh lebih 60 orang.

Kelahiran

1840 - Murad V, Sultan Empayar Uthmaniyyah.

1954 - Shinzo Abe, seorang Perdana Menteri Jepun.

1957 - Kevin Rudd, Perdana Menteri Australia ke-26.

1980 - Autumn Reeser, pelakon A.S.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 September)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api, Zero Emission Day

Sambutan Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api, Zero Emission Day

Sambutan Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api, Zero Emission Day (ZeDay) disambut pada setiap 21 September setiap tahun oleh banyak negara di seluruh dunia dengan mesej utama sambutan adalah, "Memberi planet kita cuti sehari dalam setahun".

Hari Tanpa Bahan Api

Antara garis panduan ketika menyambut Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api, ZeDay, mudah tetapi amat sukar dilakukan:
  • Jangan menggunakan atau membakar bahan bakar seperti minyak, gas atau arang batu.
  • Kurangkan (atau menghapuskan) penggunaan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh bahan api fosil.
  • Tetapi jangan sampai meletakkan sesiapa dalam bahaya: Semua perkhidmatan yang penting dan kecemasan perlulah beroperasi seperti biasa.
  • Melakukan yang termampu dan bergembira menikmati hari tanpa pencemaran dengan tiadanya pelepasan bahan api!

Sekarang ini, terpulang kepada kita semua untuk menjaga planet kita. Apabila anda memandu pada hari ini dan memahami bahawa hari ini adalah hari yang penting maka bertindaklah.

Berhenti dan renungkan peluang dan manfaat yang boleh dilakukan untuk kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera saat ini dan di masa hadapan.

Inilah ujian sebenar apabila anda menyebut "ZeDay".

Mampukah kita dalam sehari untuk tidak menggunakan sebarang bahan api?

Selamat menyambut Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api, Zero Emission Day (ZeDay).

BACA INI JUGA:

sumber: alamblogr

Wednesday, September 20, 2017

RM69.6 Juta Kemenangan Loteri Terbesar Dalam Sejarah Malaysia

RM69.6 Juta Kemenangan Loteri Terbesar Dalam Sejarah Malaysia

Seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang telah memenangi loteri berjumlah RM69.6 juta iaitu nilai yang paling tinggi dicatatkan dalam sejarah di Malaysia.

Loteri
Gambar hiasan.

Pemenang bertuah tersebut telah memenangi hadiah utama Grand Toto pada 13 September lalu, berusia 40 tahun telah datang menuntut wang kemenangannya dua hari kemudian.

Menurutnya, dia hanya membelanjakan RM50 untuk 25 set nombor Lucky Pick untuk memenangi slot loteri berkenaan!

“Saya mula bermain Sport Toto empat tahun lalu, tetapi saya hanya membuat taruhan menggunakan nombor plat kereta saya dan saya tidak menang apa-apa.

“Saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan untuk makan malam Rabu. Disebabkan jalan yang sesak, saya membuat keputusan untuk mengikut jalan lain.

“Kebetulan ternampak kedai Sport Toto, jadi saya rasa patut mencuba nasib kerana kawan-kawan saya bercakap mengenai loteri Toto terbesar.

“Ia merupakan kali pertama saya bermain Lotto dengan membeli loteri Lucky Pick bernilai RM50 dalam Grand Toto 6/63,” katanya kepada NST.

Namun, dia tidak memeriksa keputusan pada malam itu sebaliknya kawannya yang memberitahu bahawa pemenang kali ini berasal dari Pulau Pinang.

“Saya tidak menghiraukannya dan hanya meneruskan kerja seperti biasa. Saya pergi bersarapan dan mulakan kerja dari rumah.

“Tiba-tiba perihal loteri itu terlintas di fikiran dan saya mula periksa tiket.

"Apabila lihat dua nombor terakhir sepadan dengan nombor pemenang, iaitu 52 dan 53, saya yakin yang saya telah menang.

“Jadi, saya meminta abang saya untuk memeriksa nombor tersebut dan saya betul! Saya telah menang loteri itu!

“Kami sangat teruja sehinggakan tidak dapat berhenti menjerit mula berlari sekitar rumah,” katanya lagi.

Memenangi hadiah wang tunai bernilai RM69,637,527.25, lelaki itu mengatakan sebahagian duit kemenangannya akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan, membayar pinjaman dan melabur dalam hartanah.

Nilai kemenangan terbesar sebelum ini adalah RM57 juta dalam loteri Supreme Toto 6/58 pada tahun 2012.

Sebelum ini, hadiah loteri tertinggi berjumlah lebih daripada RM28 juta adalah dalam jackpot Toto 6/58.

BACA INI JUGA: Mereka Pengemis Bertuah Yang Akhirnya Menjadi Jutawan!

sumber: mynewshub