Wednesday, September 20, 2017

RM69.6 Juta Kemenangan Loteri Terbesar Dalam Sejarah Malaysia


Seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang telah memenangi loteri berjumlah RM69.6 juta iaitu nilai yang paling tinggi dicatatkan dalam sejarah di Malaysia.

Loteri
Gambar hiasan.

Pemenang bertuah tersebut telah memenangi hadiah utama Grand Toto pada 13 September lalu, berusia 40 tahun telah datang menuntut wang kemenangannya dua hari kemudian.

Menurutnya, dia hanya membelanjakan RM50 untuk 25 set nombor Lucky Pick untuk memenangi slot loteri berkenaan!

“Saya mula bermain Sport Toto empat tahun lalu, tetapi saya hanya membuat taruhan menggunakan nombor plat kereta saya dan saya tidak menang apa-apa.

“Saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan untuk makan malam Rabu. Disebabkan jalan yang sesak, saya membuat keputusan untuk mengikut jalan lain.

“Kebetulan ternampak kedai Sport Toto, jadi saya rasa patut mencuba nasib kerana kawan-kawan saya bercakap mengenai loteri Toto terbesar.

“Ia merupakan kali pertama saya bermain Lotto dengan membeli loteri Lucky Pick bernilai RM50 dalam Grand Toto 6/63,” katanya kepada NST.

Namun, dia tidak memeriksa keputusan pada malam itu sebaliknya kawannya yang memberitahu bahawa pemenang kali ini berasal dari Pulau Pinang.

“Saya tidak menghiraukannya dan hanya meneruskan kerja seperti biasa. Saya pergi bersarapan dan mulakan kerja dari rumah.

“Tiba-tiba perihal loteri itu terlintas di fikiran dan saya mula periksa tiket.

"Apabila lihat dua nombor terakhir sepadan dengan nombor pemenang, iaitu 52 dan 53, saya yakin yang saya telah menang.

“Jadi, saya meminta abang saya untuk memeriksa nombor tersebut dan saya betul! Saya telah menang loteri itu!

“Kami sangat teruja sehinggakan tidak dapat berhenti menjerit mula berlari sekitar rumah,” katanya lagi.

Memenangi hadiah wang tunai bernilai RM69,637,527.25, lelaki itu mengatakan sebahagian duit kemenangannya akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan, membayar pinjaman dan melabur dalam hartanah.

Nilai kemenangan terbesar sebelum ini adalah RM57 juta dalam loteri Supreme Toto 6/58 pada tahun 2012.

Sebelum ini, hadiah loteri tertinggi berjumlah lebih daripada RM28 juta adalah dalam jackpot Toto 6/58.

BACA INI JUGA: Mereka Pengemis Bertuah Yang Akhirnya Menjadi Jutawan!

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon