Friday, September 22, 2017

5 Maksiat Yang Di Segerakan Balasannya

5 Maksiat Yang Di Segerakan Balasannya

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata, datang Rasulullah SAW kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda, “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga kamu tidak menemui masa itu.

5 Maksiat

Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur;an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan Hadis

Hadis di atas menerangkan bahawa:
  1. Penyakit Taun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
  2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pemimpin adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
  3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat.
  4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah SWT.
  5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah SWT dan tidak mahu menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: 25 Janji Allah Kepada Manusia Yang Sentiasa Beristighfar

sumber: syafiqabdullah

Apabila Ilmu Agama Yang Hebat Hanya Jasad Tanpa Roh

Apabila Ilmu Agama Yang Hebat Hanya Jasad Tanpa Roh

Bila seseorang mencuri, ada undang-undang yang boleh menghukum perbuatan mencuri. Bila seseorang itu berzina, ada undang-undang juga untuk menghukum perbuatan berzina.

Agama

Tetapi bila seseorang itu taasub buta pada aliran tafsiran hukum agama tertentu yang akan cemarkan nama baik agama, yang akan membuatnya begitu mudah untuk menghukum sesat pendapat-pendapat yang lain daripada alirannya, tiada hukuman undang-undang ke atas perbuatan taasub buta yang negatif ini.

Ada sebuah masjid di PJ yang dimasuki beberapa ekor anjing semasa hujan. Anjing-anjing basah ini telah masuk ke ruangan solat.
Perbincangan dan khilaf telah berlaku antara ahli-ahli masjid. Akhirnya kerana ingin menjaga hati penduduk kariah yang berdekatan, pihak masjid telah mengambil keputusan untuk menyamak ruangan solat masjid dengan tanah dan air.

Selepas proses menyamak berjam-jam berlangsung, karpet berbau busuk dan terpaksa dibuang. Mengapa tidak guna pencuci karpet? Yang pelik, bila mereka ini beli kereta second hand dari bukan Muslim, tidak pula mereka menyamak kusyen kereta mereka!

Inilah taksub dan ekstremisme yang tiada hukuman ke atasnya walaupun mencemarkan maruah Islam sebagai agama yang mudah dan tidak menyusahkan manusia.

Disebut dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 185 dengan maksud, "bahawa ALLAH SWT menghendaki bagi kamu kemudahan dan tidak menghendaki bagi kamu kesukaran."

Bila seseorang melanggar roh ayat ini, tiada hukuman ke atasnya. Dia terlepas daripada hudud dan ta’zir.

Begitu juga di media sosial, apabila sebuah parti Islam berkempen tentang menegakkan undang-undang Islam, bersemangat pejuang-pejuang berkumpul ratusan ribu untuk laungan takbir.

Hujah kita mudah: bukan kita tidak menyokong hudud, tetapi mengapa pejuang-pejuang ini tidak menjaga kebersihan tandas!

Kita lihat kebersihan tandas dan hygien adalah masalah yang besar dan berterusan di pondok dan negeri yang ditadbir sebuah parti Islamik.

Ramai yang kritik bahawa hudud adalah isu negara dan kebersihan tandas masalah individu!

Inilah yang kita katakan bahawa berkhalwat boleh dikenakan tindakan undang-undang tetapi tiada hukuman bagi yang tidak menjaga air kencing dan meninggalkan najis tanpa flush di tandas walaupun ini akan mencemarkan nama agama.

Seorang bukan Muslim telah didenda penjara di sebuah negara Islam hanya kerana dia makan di kedai makanan bukan Muslim ketika Ramadhan. Alasannya ialah dia telah mencemarkan kesucian bulan Ramadhan. Tetapi tandas kotor ketika Ramadhan tidak pula mencemarkan kesucian bulan Ramadhan!

Bila dakwah kita taksub penuh pada reformasi undang-undang, kita hilang roh dan jiwa Islam.

Ramai yang tidak sedar bahawa kitab masterpiece karangan Imam al-Ghazali iaitu Ihya’ Ulumiddin ditujukan khas untuk para fuqaha yang taksub dengan isu-isu perundangan dan halal haram.

Tajuk ihya ulumiddin bermakna menghidupkan ilmu-ilmu agama. Bagi Imam al-Ghazali, ilmu agama pada zamannya memang hebat tetapi telah hilang jiwanya. Jasad tanpa roh.

Kata al-Ghazali bahawa, ulama zamannya mampu memberi takrif mabuk dan iman dengan ilmiah dan tepat tetapi diri sendiri tidak mabuk dan tidak rasa kemanisan iman.

Tiada hukuman hudud atau ta’zir bagi umat bersifat ilmiah tinggi tetapi tidak rasa kemanisan iman walaupun umat ini pasti akan membawa kehancuran kepada Islam dan mencemarkan maruah Islam

Bila Nabi SAW mulakan dakwah di Makkah, tiada hudud. Nabi SAW fokus pada pembinaan iman dan akhlak selama 13 tahun.

Selepas 13 tahun, umat Islam tidak mendekati zina bukan kerana ada hukuman hudud, tetapi kerana cintanya pada ALLAH SWT.

Adakah anda membantu seorang buta melintas jalan kerana takut kalau anda tidak bantu, anda akan dihukum oleh undang-undang syariah? Roh dakwah bermula pada hati.

Rosak hati, maka rosaklah jasad dan segalanya.

BACA INI JUGA: Pengertian Dan Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah

sumber: sinarharian

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 September)

Tarikh 22 September merupakan hari ke 265 (hari ke 266 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 100 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Perang Iran-Iraq

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Bulgaria (1908) dan Mali (1960) dan Hari Bebas Kereta.

Peristiwa

1776 – Kapten Nathan Hale, seorang perisik Angkatan Tentera Benua semasa Revolusi Amerika, digantung oleh tentera British.

1862 – Perhambaan di Amerika Syarikat: Presiden Abraham Lincoln meluluskan Pengisytiharan Pembebasan, membebaskan semua hamba di Negeri-Negeri Gabungan Amerika bermula 1 Januari 1863.

1869 – Opera pertama dalam Der Ring des Nibelungen oleh penggubah Jerman Richard Wagner, Das Rheingold, dipersembahkan di Munich.

1961 – Kongres Amerika Syarikat meluluskan arahan eksekutif Presiden John F. Kennedy untuk menubuhkan Peace Corps.

1965 – Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan ketetapan menyeru gencatan senjata tanpa syarat dalam Perang India-Pakistan.

1980 – Iraq melancarkan serangan udara ke atas Iran, memulakan Perang Iran-Iraq.

2006 – Yahya Jammeh dilantik semula untuk satu penggal sebagai Presiden Gambia ketiga.

2013 – Dalam plihan raya persekutuan Jerman, parti CDU pimpinan Angela Merkel memenangi kemajmukan kerusi Bundestag.

Kelahiran

1842 - Abdul Hamid II, Sultan Empayar Uthmaniyyah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 September)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Tanpa Kereta, Car Free Day

Sambutan Hari Tanpa Kereta, Car Free Day

Sambutan Hari Tanpa Kereta, Car Free Day disambut pada 22 September setiap tahun sebagai hari galakan buat pengguna jalan raya untuk tidak menggunakan kereta mereka dalam tempoh satu hari.

Sambutan Hari Tanpa Kereta

Hari Bebas Kereta Sedunia, World Car Free Day pertama kali dianjurkan semasa krisis minyak pada tahun 1970an dan sekali lagi telah diadakan pada tahun 1990 di bandar-bandar utama Eropah.

Bagi sesetengah negara atau bandar-bandar besar, sambutan acara ini diadakan pada tarikh dan hari yang berbeza.

Selain dengan matlamat untuk mengurangkan pencemaran, ianya juga satu inisiatif bagi menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam, berbasikal dan berjalan kaki untuk ke mana sahaja.

Kajian telah menunjukkan bahawa perjalanan pendek di sesetengah laluan tengah bandaraya, kita boleh sampai lebih cepat dengan menggunakan basikal atau berjalan kaki dari menggunakan kereta.

Sebenarnya, kereta bukanlah masalah utama pencemaran tetapi antara penyumbang terbesar dan sekurang-kurangnya kita dapat memberi sumbangan walaupun sedikit tetapi memberi kesan besar dalam mengurangkan pecemaran alam sekitar.

Penggunaan kereta pada masa kini sudah menjadi satu keperluan namun cuba bayangkan jika tiada kereta di jalanraya. Alangkah aman dan tenteramnya suasana tanpa kesesakan, kebisingan dan pencemaran!

Walaupun kini terdapat teknologi kereta yang menggunakan pelepasan tanpa pecemaran (zero emmision) namun ianya belum dapat di komersialkan sepenuhnya dan harganya pula terlalu mahal.

Bersama kita menjaga dan mencintai alam sekitar. Semoga alam ini lebih selamat dan selesa untuk dihuni oleh semua hidupan.

Selamat menyambut Hari Bebas Kereta Sedunia

BACA INI JUGA:

sumber: alamblogr

Thursday, September 21, 2017

Sambutan Hari Alzheimer Sedunia, World Alzheimer Day

Sambutan Hari Alzheimer Sedunia, World Alzheimer Day

Sambutan Hari Alzheimer Sedunia, World Alzheimer Day disambut pada 21 September setiap tahun sebagai momentum untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit Alzheimer.

Alzheimer

Menurut jurnal perubatan American Academy of Neurology, Penyakit Alzheimer adalah penyakit yang dapat menimbulkan hilangnya intelektual dan kemampuan bersosial yang cukup parah untuk mempengaruhi aktiviti harian.

Depresi dan perubahan perilaku adalah gejala awal Alzheimer, sebelum penderita mengalami masalah hilang ingatan.

Pada fasa awal, seseorang yang terkena penyakit Alzheimer biasanya akan mudah lupa, seperti lupa nama benda atau tempat, lupa tentang kejadian-kejadian yang baru dilalui dan lupa mengenai perbualan yang baru dibualkan bersama orang lain.

Seiring perkembangan waktu, gejala akan meningkat, penderita penyakit Alzheimer kemudian akan mengalami kesulitan melakukan perancangan, sukar berbicara, kesulitan membuat keputusan, kerap kelihatan bingung, sesat di tempat yang tidak asing, mengalami gangguan kecemasan dan penurunan suasana hati, serta mengalami perubahan keperibadian, mudah curiga dan agresif.

Dalam keadaan yang parah, penderita Penyakit Alzheimer akan mengalami delusi dan halusinasi, serta tidak mampu melakukan aktiviti atau malah tidak mampu bergerak tanpa bantuan orang lain.

Beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang terkena penyakit Alzheimer antaranya adalah gaya hidup yang tidak sihat, berusia atas 65 tahun, orang tua atau saudara kandung yang sakit Alzheimer, memiliki sejarah penyakit jantung dan pernah mengalami kecederaan di kepala.

Penyakit Alzheimer tidak boleh disembuhkan

Rawatan kini lebih kepada untuk memperlambatkan perkembangan keadaan serta meredakan gejala-gejalanya.

Beberapa tindakan yang dilakukan antara lain dengan pemberian ubat-ubatan, serta rawatan dari aspek psikologi melalui stimulasi kognitif juga harus diterapkan guna memperbaiki ingatan dan memulihkan kemampuannya dalam pertuturan.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mencegah penyakit Alzheimer, diantaranya dengan menurunkan risiko terkena penyakit jantung, menjaga berat badan, makan makanan sihat, selalu berolahraga, mengurangkan minuman beralkohol, berhenti merokok, menjaga otak agar terus aktif bekerja, serta rutin pemeriksaan kesihatan seiring pertambahan usia.

Selamat menyambut Hari Alzheimer Sedunia.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Penyakit Luar Biasa, Rare Disease Day

sumber: rsudhjannalasmanah

Keunikan Sekolah Magik Ala Harry Potter Versi Brazil

Keunikan Sekolah Magik Ala Harry Potter Versi Brazil

Di dalam sebuah istana, seekor serigala jadian kelihatan ganas di dalam sangkar sementara seorang penyihir cuba melempar mantera untuk menenangkan haiwan itu.

Harry Potter Brazil

Tapi anda jangan risau – ia hanya perkara biasa di sekolah ‘sakti’ Brazil.

Serigala jadian itu adalah seorang pelakon yang memakai kostum dan mantera itu tidaklah berkesan dalam menghadapi seekor binatang mitos sebenar namun itulah suasana awal bagi sesiapa yang mahu memasuki Magic and Witchcraft School di Campos Do Jordao, Sao Paulo.

Ramai kagum dan berasa tidak percaya apabila sesampainya mereka di pintu utama istana itu.

Diilhamkan daripada buku dan filem ‘Harry Potter’ yang dihasilkan oleh J.K. Rowling, kanak-kanak bertuah akan dapat mengikuti pembelajaran di sekolah sakti Hogwarts versi Brazil itu.

Bagaimanapun, sukatan kurikulumnya telah diadun dengan ciri-ciri tempatan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2015, “ideanya adalah untuk hanya menyesuaikannya dengan tidak perlu mengikut seratus peratus dengan rasa keadaan di Hogwarts, kata Vanessa Godoy.

Wanita berusia 27 tahun itu merupakan insan di sebalik idea tersebut yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Sao Paulo.

Klien yang berada di sekolah itu – beroperasi sekali-sekala selama empat hari bagi setiap sesi – kesemuanya adalah peminat kesemua siri Harry Potter.

Namun, oleh kerana undang-undang hak cipta antarabangsa mengehadkan kemampuan Godoy dan pasukan ahli sihirnya yang lain, mereka terpaksa melancarkan kreativiti sendiri dengan mencipta sejenis tongkat sakti khas dan menggunakan cerita rakyat Brazil untuk mengisi jurang itu.

“Kami ada kisah kami sendiri. Kami ada banyak mitos kerana Brazil adalah sebuah negara ajaib,” katanya.

Ruangan kelas ala Hogwarts itu dihiasi dengan Ramuan dan Eliksir, Sihir dan Sejarah Sakti Ajaib dan sudah tentu terdapatnya tarian, pertandingan dan kejohanan berdasarkan ‘quidditch’.

Ia permainan dimainkan di ‘udara’ dengan menggunakan batang penyapu terbang sepertimana terdapat di dalam novel Rowling.

Mempelajari segala rahsia ini sememangnya tidak murah, dengan harga 2,650 real (kira-kiraRM3,354) bagi satu sesi selama empat hari berada di istana itu.

Memang berbaloi kerana ia sebuah istana sebenar yang lazimnya digunakan sebagai sebuah hotel.

Harry Potter Brazil

Kliennya terdiri daripada pelbagai lapisan usia dari serendah lima tahun sehingga 65 tahun, tetapi majoriti pelanggannya adalah sekitar 25 tahun.

Mereka ini malahan bukan calang-calang individu, terdiri dari pelbagai jenis latar belakang kerjaya antaranya hakim, model, guru, jururawat dan juga pelajar.

Jangan terkejut, kesemua mereka berkongsi minat yang sama dalam fenomena karya magis Harry Potter itu.

“Apabila kita memasuki istana ini, seolah-olah dunia luar seperti tidak wujud lagi. Kami meninggalkan dunia ‘Muggle’ dan cuba meresap ke alam dunia ajaib dan semuanya kelihatan menakjubkan,” kata Zerzil Ferreira, seorang doktor tempatanyang berusia 29 tahun.

Memasuki sesi kelas ini telah memenuhi “impian zaman kanak-kanak saya yang mahu menjadi sebahagian daripada alam ajaib ini,” tambahnya lagi.

Sekitar 100 orang mengambil bahagian, semuanya dibahagikan kepada rumah-rumah Hogwarts seperti Tigers, Serpents, Squirrels dan Eagles.

Mata skor perlawanan akan dikumpulkan melalui pelbagai jenis pertandingan yang dipertandingkan. Rumah yang berjaya mendapat jumlah mata skor tertinggi akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Permainan jenis quidditch adalah yang paling popular.

Permainan ini secara teori memerlukan batang penyapu terbang, namun dalam versi daratan, peminatnya telah membangunkan cara baharu di mana pemainnya hanya perlu berlari mengelilingi bola atau mendapatkan bola sambil memegang batang penyapu tersebut di antara kaki mereka.

Kakitangan di sekolah itu – kesemuanya merupakan pelakon profesional – sangat mengagumkan kerana mereka mesti berada dalam peranan tersendiri selama 24 jam sehari. Pelajarnya juga sangat mengambil berat terhadap peranan mereka itu.

“Untuk masuk ke sini, anda perlu berada di dalam watak anda – sebagai pelajar dan belajar jadi penyihir.

"Kena hormati guru dan peraturan di sini, menjadikannya sebuah pengalaman pembelajaran lebih nyata,” kata Renie Santos, 22, yang mencipta saluran popular di YouTube, Expresso de Hogwarts.

Bagaimanapun pelajar-pelajar telah memberi banyak sumbangan. Mereka juga memainkan peranan penting. Pihak sekolah sangat berterima kasih kepada mereka, jelas Godoy ketika ditemui agensi berita antarabangsa AFP.

Dedikasi tersebut menjadi jelas semasa modul mengenai siren yang disampaikan oleh profesor bagi Penjaga Makhluk Ajaib dan menyarankan kepada pelajarnya untuk sentiasa berhati-hati sepanjang sesi itu.

Harry Potter Brazil

Pelajar-pelajar kemudiannya bertemu dengan Nyx, yang kelihatan berenang di kolam renang istana dan sangat mempesonakan.

Walaupun adanya amaran, bagi sesiapa yang mahu menjemputnya ke acara tarian, mereka mesti berenang bersamanya.

Untungnya tiada siapa yang benar-benar ‘dimakan’.

Setelah empat hari di istana itu, sudah tiba masanya penyihir-penyihir sementara ini kembali ke alam dunia sebenar.

BACA INI JUGA: Dunia Fantasi Ciptaan Manusia Paling Terkenal

sumber: mynewshub