Friday, September 22, 2017

Sambutan Hari Tanpa Kereta, Car Free Day


Sambutan Hari Tanpa Kereta, Car Free Day disambut pada 22 September setiap tahun sebagai hari galakan buat pengguna jalan raya untuk tidak menggunakan kereta mereka dalam tempoh satu hari.

Sambutan Hari Tanpa Kereta

Hari Bebas Kereta Sedunia, World Car Free Day pertama kali dianjurkan semasa krisis minyak pada tahun 1970an dan sekali lagi telah diadakan pada tahun 1990 di bandar-bandar utama Eropah.

Bagi sesetengah negara atau bandar-bandar besar, sambutan acara ini diadakan pada tarikh dan hari yang berbeza.

Selain dengan matlamat untuk mengurangkan pencemaran, ianya juga satu inisiatif bagi menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam, berbasikal dan berjalan kaki untuk ke mana sahaja.

Kajian telah menunjukkan bahawa perjalanan pendek di sesetengah laluan tengah bandaraya, kita boleh sampai lebih cepat dengan menggunakan basikal atau berjalan kaki dari menggunakan kereta.

Sebenarnya, kereta bukanlah masalah utama pencemaran tetapi antara penyumbang terbesar dan sekurang-kurangnya kita dapat memberi sumbangan walaupun sedikit tetapi memberi kesan besar dalam mengurangkan pecemaran alam sekitar.

Penggunaan kereta pada masa kini sudah menjadi satu keperluan namun cuba bayangkan jika tiada kereta di jalanraya. Alangkah aman dan tenteramnya suasana tanpa kesesakan, kebisingan dan pencemaran!

Walaupun kini terdapat teknologi kereta yang menggunakan pelepasan tanpa pecemaran (zero emmision) namun ianya belum dapat di komersialkan sepenuhnya dan harganya pula terlalu mahal.

Bersama kita menjaga dan mencintai alam sekitar. Semoga alam ini lebih selamat dan selesa untuk dihuni oleh semua hidupan.

Selamat menyambut Hari Bebas Kereta Sedunia

BACA INI JUGA:

sumber: alamblogr

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon