Saturday, September 23, 2017

6 Punca Utama Anda Gagal Temuduga Kerja

6 Punca Utama Anda Gagal Temuduga Kerja

Generasi muda hari ini perlu sentiasa meletakkan ego mereka pada tempat yang betul dan jangan sesekali bersikap kasar terutamanya ketika menghadiri temuduga pekerjaan.

Gagal Temuduga

Walaupun mereka digalakkan berani mencari peluang dan bersikap lantang, ia tetap ada batasnya. Lantang dan berani tidak bertempat, hanya menimbulkan persepsi buruk dan menyukarkan lagi mereka mencari kerja.

6 punca gagal temu duga kerja

1. Penampilan kurang menarik

Perkara pertama yang dilihat oleh penemu duga terhadap calon adalah penampilan awal. Di sini ia memainkan peranan yang penting untuk menarik minat penemu duga.

2. Resume tidak menepati kehendak

Calon gagal menyediakan resume yang mantap dan lengkap.

3. Tidak dapat meyakinkan penemuduga

Calon gagal meyakinkan penemu duga mengenai kelebihan atau kebolehan dimiliki.

4. Tidak mampu berhujah dengan baik

Calon tidak bijak berbicara dan melontarkan hujah terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh penemu duga

5. Tidak berpengetahuan dan menipu

Calon memberi jawapan sesuka hati sedangkan lebih baik jika calon mengakui bahawa tidak tahu untuk memberi jawapan.

6. Komunikasi

Cara berkomunikasi kurang berkesan iaitu tidak menggunakan bahasa yang lebih formal.

Generasi baru biadap

Pengarah Eksekutif ZY Phyto, Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly mengakui berdasarkan pengalamannya, generasi baru agak biadab, tidak sopan, manja, berkira, meminta-minta dan kurang rasa tanggungjawab.

Menurutnya, kebanyakan graduan muda yang diambil bekerja juga tidak menunjukkan kesungguhan, semangat, minat, prestasi dan bertanggungjawab seperti generasi terdahulu.

“Saya sering menerima permohonan kerja daripada lepasan universiti dan latihan praktikal daripada pelajar tahun akhir, penganggur tapi daripada banyak permohonan, biasanya hanya dua, tiga sahaja yang memuaskan hati dan layak dipanggil temuduga.

"Yang lain tu boleh saya kategorikan sebagai ‘cakap sampah’ yang layak dibakul sampahkan.

“Walaupun tidak semua, tapi ramai generasi muda sekarang tidak begitu bersemangat dalam dunia pekerjaan mereka. Baginya kerja itu bukan suatu kerjaya tapi sekadar kerja,” katanya.

Katanya, lebih teruk, golongan ini hanya berfikir melakukan kerja mereka tanpa mempedulikan aktiviti pejabat, objektif syarikat dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan.

“Asal cukup bulan dapat gaji cukup. Kalau rasa bosan, lompat cari kerja lain. Kalau tiada kerja pun masih boleh bergantung duduk dengan mak bapak,” katanya.

Kata Sharifah Ameelia lagi, apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka tidak bersedia terutamanya penyediaan resume dan tidak melambangkan sebagai lepasan universiti.

“Dari segi penulisan pula, ada yang agak memalukan dan tiada mukadimah atau permohonan selayaknya. Surat permohonan rasmi kebanyakan tidak mengikut format yang betul, banyak kesalahan ejaan, penggunaan tatabahasa yang carca-marba.

“Ayat yang digunakan pun sangat pasar dan kebudak-budakan macam tulis surat kepada kawan, tidak serius malah resume pun ada yang satu muka surat, maklumat tidak lengkap, tiada gambar dan pelbagai lagi kelemahan, dalam erti kata lain, memohon sambil lewa.

“Ada yang dengan muka kurang sopan terus bertanya berapa gaji boleh bagi dan ‘demand’ melalui talian, WhatsApp atau email walaupun belum lagi ditemuduga!,” katanya.

Katanya lagi, majoriti majikan mengutamakan sikap, berbanding akademik kerana ia mempengaruhi gaya individu itu bekerja.

“Zaman teknologi memungkinkan sebahagian pemegang ijazah memiliki sifat dinamik dan berkebolehan secara holistik.

"Boleh jadi juga ada pemegang ijazah yang hanya boleh berkata-kata apabila ada buku atau manual pekerja di tangan mereka.

“Majikan lebih mementingkan karakter pekerja seperti kebolehan kecerdasan minda, keupayaan memimpin, membuat keputusan, bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi, membuat perancangan, tahap integriti yang tinggi dan komited,” katanya.

Ditanya kenapa generasi muda sekarang terlalu lantang, Sharifah Ameelia berkata ia mungkin disebabkan perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya dan peranti, maka interaksi sesama manusia semakin seperti robot tanpa dilapik dengan perasaan, jiwa dan rasa hormat..

“Generasi muda sekarang kurang budi bahasa, nilai murni sama ada dari segi sikap pemikiran dan tanggungjawab serta pembangunan akhlak.

"Mungkin kerana perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya, maka interaksi sesama manusia semakin kurang perasaan, jiwa dan rasa hormat," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Tips Temuduga Paling Berkesan

sumber: sinarharian

Inilah 95 Peratus Punca Stres Wanita!

Inilah 95 Peratus Punca Stres Wanita!

Menurut kajian, lebih 95 peratus punca stres wanita adalah disebabkan oleh terlebih berfikir tentang perkara yang tidak mungkin terjadi. Sementara itu, 'Quidnunc' adalah istilah untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.

Stres

Ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat busy body tetapi berlawanan dengan perkataan kepochi.

Sekalipun berbeza maksud, sindrom busy body dan kepochi sering menjangkiti kaum wanita.

Dan tahukah anda seorang wanita akan bertutur 20,000 perkataan berbanding lelaki sebanyak 7,000 patah perkataan.

Hebat wanita kan!

Stres, perceraian punca jadi pelupa

Terlalu kerap berada dalam keadaan tertekan, perceraian, kehilangan pekerjaan dan sibuk dengan komitmen kerja serta keluarga boleh meningkatkan wanita pertengahan umur hilang ingatan apabila menginjak usia warga emas.

Menerusi kajian diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Psikiatri Geriatri, mendapati individu terjejas teruk adalah disebabkan tekanan hidup sehingga berpotensi mengingati beberapa perkataan.

Golongan pertengahan umur lebih berisiko mengalami situasi ini dan dalam tempoh 10 tahun berikutannya mereka menjadi pelupa.

Kebanyakan kes dilihat berlaku kepada wanita dan bukan lelaki. Penyelidik melihat ia disebabkan hormon tekanan yang mempunyai kesan lebih kuat kepada otak wanita.

Mengikut kajian dalam Jurnal Antarabangsa Psikiatri Geriatri, mendapati lebih daripada 900 lelaki dan wanita ditanya sama ada pernah mengalami pengalaman hidup teruk seperti perceraian, kematian orang disayangi, sakit atau bersara pada tahun sebelumnya.

Mereka kemudian diuji untuk tempoh 10 tahun kemudian, membaca senarai 20 perkataan dan diminta untuk mengingat seberapa banyak yang boleh dalam masa 20 minit.

Hasil kajian mendapati, wanita mengingati perkataan lebih sedikit berbanding lelaki.

Penulis utama kajian dari Johns Hopkins University di Baltimore, Dr Cynthia Munro, berkata, apabila berada dalam keadaan tertekan manusia mengeluarkan dan meningkatkan hormon stres seperti kortisol dan apabila tekanan hilang dan horman kembali kepada garis asal.

Bagaimanapun, apabila tekanan berulang, hormon stres ini meningkat dan tubuh akan meningkatkan maklum balas hormon berkali ganda dan ia memerlukan masa lebih lama untuk pulih.

“Jika tahap hormon tekanan meningkat dan kekal tinggi, ia tidak baik untuk otak di bahagian ingatan,” katanya.

Dr Munro berkata, seseorang itu tidak dapat menghilangkan tekanan, tetapi mungkin menyesuaikan cara bertindak balas terhadap tekanan yang dihadapi.

Kajian sebelum ini dijalankan penyelidik di Universiti Gothenburg, Sweden pada 2010 pula, mendapati risiko hilang ingatan ini lebih dua kali ganda berlaku pada wanita pertengahan umur yang pernah mengalami beberapa dekad tekanan dari kerja, kesihatan, keluarga atau masalah lain.

Fakta:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi data 2015 mendedahkan, dari segi gender wanita mencatatkan kadar kelaziman gangguan mental kemurungan paling tinggi iaitu 5.1 peratus; berbanding lelaki 3.6 peratus.

Kadar kelaziman gangguan mental kemurungan adalah tinggi dalam lingkungan umur dewasa tua iaitu di antara 55 tahun hingga 74 tahun (7.5 peratus wanita, 5.5 peratus lelaki)

Wanita dalam lingkungan usia di antara 17 hingga 22 tahun, cenderung mengalami kesihatan mental disebabkan mereka lebih suka memendam perasaan berbanding lelaki yang bersifat terbuka.

Kajian Persatuan Pengamal Psikiatri Amerika Syarikat mendapati stres kemurungan wanita berpunca pada pasca kehamilan, akil baligh dan menopaus kerana berlakunya ketidakseimbangan dan perubahan hormon.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Diari Kematian Seorang Doktor Selepas Mengkaji Bisa Patukan Ular

Diari Kematian Seorang Doktor Selepas Mengkaji Bisa Patukan Ular

Dr. Schmidt merupakan seorang ahli herpetologi terkenal dan sangat mahir dalam menentukan identiti ular. Sepanjang kariernya, dia telah menamakan lebih dari 200 jenis spesis haiwan tidak berkaki itu.

Dr. Schmidt

Dan sebahagian besar ular-ular tersebut diberi nama akhiran Schmidt, sempena nama beliau.

Pada bulan September 1957, seorang lelaki dari Lincoln Park Zoo yang hanya dekenali sebagai Truett telah datang ke Natural History Museum Chicago, tempat Dr. Schmidt bertugas bersama seekor ular sepanjang 30 inci, meminta bantuan untuk mengenal pasti jenisnya.

Pada 25 September 1957, Dr. Schmidt mula mengidentifikasikan ular yang dibawa oleh Truett.

Dr. Schmidt mencatatkan bahawa reptilia tersebut memiliki kulit berwarna terang, mirip ular Boomslang, spesis ular berbisa yang biasa ditemui di gurun sub-Sahara Afrika.

Kerana masih bingung dengan karekter spesimen, Dr. Schmidt cuba mengambil ular tersebut untuk pemeriksaan lebih dekat.

Malangnya, ketika cuba memegang ular itu, haiwan tersebut tiba-tiba mematuk ibu jari Dr. Schmidt menyebabkan luka sedalam tiga milimeter (mm).

Dr. Schmidt yang menyangka ular ini tidak berbahaya menolak untuk mendapatkan rawatan dan meneruskan kerjanya seperti biasa sambil mencatat nota tentang kesan bisa ular dalam tubuhnya.

Berikut merupakan catatan sepanjang 24 jam terakhir beliau;

1. Sekitar pukul 4.30 pagi hingga 5.30 petang, Dr. Schmidt memberitahu sedang memandu dalam perjalanan pulang ke Homewood dari tempat kerja. Ketika ini Dr. Schmidtmula berasa mual teruk tapi tidak muntah.

2. 5.30 petang hingga 6.30 petang, seluruh badannya mula terasa sejuk dan menggigil disusuli demam melebihi 39 darjah selsius. Pendarahan membran mukosa pada sebahagian besar gusi di dalam mulut bermula sekitar 5.30 petang.

3. Pada jam 8.30 malam, Dr. Schmidt menjamah dua potong roti bakar.

4. Pukul 9 malam hingga 12.20 pagi, dia tidur lena. Membuang air kecil sekitar 12.20 pagi dan mendapati urin mengandungi sedikit darah. Mulut juga dilihat sedikit berdarah selepas terdapat kesan kering di kedua-dua sudut mulutnya.

5. Sekitar pukul 4.30 pagi, Dr. Schmidt bangun untuk minum segelas air kosong, diikuti rasa mual dan muntah yang teruk. Makanan yang belum sempat dicerna terkeluar semuanya. Namun selepas itu, beliau berasa lebih baik dari sebelumnya dan menyambung tidur sehinggalah jam 6.30 pagi.

6. Setelah bangun sekitar 6.30 pagi, 26 September 1957, Dr. Schmidt melakukan aktiviti pagi seperti biasa. Makan sarapan dengan bijirin, telur rebus, roti bakar bersama sos epal dan kopi. Ketika ini, suhu badan normal, 37 darjah selsius. Tiada darah dalam urin, namun mulut dan hidung berdarah tetapi tidak banyak.

7. Sekitar pukul 1.30 petang, Dr. Schmidt dilaporkan muntah dan cuba menghubungi isterinya. Ketika bantuan tiba, beliau ditemui dalam keadaan berpeluh dan tidak sedarkan diri. Dr. Schmidt dikejarkan ke hospital.

8. Pada pukul 3 petang, Dr. Schmidt disahkan meninggal dunia akibat masalah pernafasan.

Nota Luar biasa

Hasil autopsi yang dijalankan ke atas mayat Dr. Schmidt menunjukkan kegagalan pernafasan adalah berpunca daripada pendarahan di paru-paru, ginjal, usus, jantung, otak serta mata.

Nota Dr. Schmidt sebenarnya banyak membantu ramai pengkaji dalam memetakan perkembangan racun ular Boomslang, seterusnya menyelamatkan ramai nyawa.

Paul Donovan yang telah bekerja dengan bisa ular sejak beberapa dekad lalu menerangkan bahawa ular Boomslang menggigit sesuatu setebal ibu jari.

Ular Boomslang harus membuka rahang seluas-luasnya sehingga mencapai sudut 170 darjah sebelum melakukan patukan.

Ular Boomslang mampu mencetuskan gigitan yang mematikan tanpa tindakan 'mengunyah' seperti ular-ular lain dan hal ini mungkin tidak disedari oleh Dr. Schmidt.

Satu lagi perkara yang dipelajari hasil tulisan Dr. Schmidt adalah tentang bahaya racun hemotoxic adalah sangat perlahan.

Sekiranya tidak dirawat, racun hemotoxic boleh merosakkan organ dan jaringan dalam badan menyebabkan pendarahan otak serta masalah pernafasan, gejala sama yang membunuh Dr. Schmidt.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 September)

Tanggal 23 September merupakan hari ke 266 (hari ke 267 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 99 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Neptun
Neptun.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Arab Saudi (1932).

Peristiwa

1459 - Tentera York yang diketuai Richard Neville menewaskan tentera Lancaster dalam Pertempuran Blore Heath di Staffordshire, England, pertempuran besar pertama Perang Bunga Ros.

1845 - Alexander Cartwright membentuk antara pasukan besbol teratur pertama, New York Knickerbockers, dan memformalkan peraturannya.

1846 - Menggunakan ramalan matematik Urbain Le Verrier, ahli astronomi Johann Gottfried Galle menjadi orang pertama mengenal pasti planet Neptun.

1868 - Ramón Emeterio Betances mengetuai Grito de Lares, suatu pemberontakan menentang penjajahan Sepanyol di Puerto Rico.

1889 - Fusajiro Yamauchi mengasaskan Nintendo di Kyoto, Jepun, bagi menghasilkan kad hanafuda buatan tangan.

1932 - Hijaz dan Nejd disatukan dengan Al-Hasa dan Qatif bagi membentuk Kerajaan Arab Saudi, dengan Ibn Saud sebagai raja pertama dan Riyadh sebagai ibu negara.

1943 - Perang Dunia Kedua: Republik Sosial Itali secara rasminya telah ditubuhkan oleh Benito Mussolini yang dipaksa oleh Adolf Hitler. Negara ini merupakan negara boneka kepada Jerman Nazi.

2006 - Toomas Hendrik Ilves dilantik sebagai Presiden Estonia yang baharu.

2009 - Ribut debu, dikatakan "terburuk sejak 70 tahun", melanda beberapa negeri Australia, melitupi Brisbane, Canberra dan Sydney dengan debu merah.

2011 - Michael Sata terpilih sebagai Presiden Zambia, menewaskan penyandang Rupiah Banda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 September)

sumber: wikipedia

Friday, September 22, 2017

7 Gunung Paling Tinggi Di Malaysia

7 Gunung Paling Tinggi Di Malaysia

Sebagai seorang pengembara yang mencintai alam sekitar, anda pasti suka untuk mendaki gunung yang tinggi kerana dengan aktiviti seperti itu boleh mendapat banyak pengalaman yang menarik dan berguna.

Disini saya kongsikan kepada anda 7 gunung paling tinggi di Malaysia.

Mungkin anda boleh mendaki ketujuh-tujuh gunung ini suatu hari nanti kerana gunung ini merupakan destinasi menarik untuk dijadikan tempat pengembaraan.

1. Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut.

Gunung ini terletak di negeri Sabah, Malaysia dan menjadi lambang kemegahan penduduk Sabah.

Sesetengah penduduk di negeri Sabah menganggap gunung Kinabalu merupakan gunung yang dapat memberikan semangat persatuan.

2. Gunung Trusmadi

Gunung Trusmadi

Gunung Trusmadi juga terletak di negeri Sabah, dengan ketinggiannya mencecah 2,642 meter dari aras laut.

Salah satu kelebihan utama gunung Trusmadi ialah terdapat pelbagai jenis fauna yang ada di hutan gunung Trusmadi.

3. Gunung Tambuyukon

Gunung Tambuyukon

Gunung Tambuyukon mempunyai ketinggian 2,579 meter dari aras laut. Gunung ini juga terletak di Sabah.

4. Gunung Murud

Gunung Murud

Gunung Murud terletak di negeri Sarawak, memiliki ketinggian 2,423 meter dari aras laut.

5. Gunung Mulu

Gunung Mulu

Gunung Mulu juga terletak di Sarawak, memiliki ketinggian 2,376 meter dari aras laut.

Namun yang paling terkenal di gunung Mulu ialah susunan-susunan batu cantik dan menjulang tinggi.

Selain daripada susunan batu, di gunung Mulu juga terdapat gua-gua yang bersejarah.

6. Gunung Tahan

Gunung Tahan

Gunung Tahan memiliki ketinggian 2,187 meter terletak di semenanjung Malaysia dan merupakan gunung tertinggi di semenanjung Malaysia.

Gunung Tahan terletak di Taman Negara negeri Pahang dan menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.

7. Gunung Korbu

Gunung Korbu

Gunung Korbu terletak di negeri Perak, yang memiliki ketinggian 2,183 meter dari aras laut.

Gunung Korbu merupakan gunung ke-2 tertinggi di semenanjung Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Gunung Paling Sukar Ditakluki Di Dunia

sumber: adichannel

Rupa-rupanya Inilah Fungsi Lubang Pada Kerusi Plastik!

Rupa-rupanya Inilah Fungsi Lubang Pada Kerusi Plastik!

Pernahkah anda terfikir mengenai fungsi lubang pada permukaan kerusi plastik yang selalu kita guna? Tahukah anda apa fungsi lubang itu sebenarnya?

Kerusi Plastik

Mungkin ramai yang tertanya-tanya atau baru terfikir, lubang pada kerusi plastik itu sebenarnya ada kegunaannya.

Mari kita bongkar segala persoalan mengenai fungsi lubang pada kerusi plastik.

1. Lubang tersebut untuk memudahkan pengambilan kerusi ketika disusun jadi, tidakkah anda terfikir bagaimana cara untuk mengambil kerusi tersebut sekiranya lubang itu tidak ada?

2. Jika kerusi plastik tidak mempunyai lubang, udara akan terkumpul diantara dua kerusi dan ini akan menyukarkan pengguna untuk menyusun dan mengeluarkan kerusi tersebut. Dengan adanya lubang di tengah, tekanan udara akan bergerak bebas dan kerusi mudah dikeluarkan kerana udara masuk dan keluar.

3. Ada juga yang mengatakan dengan adanya lubang pada kerusi plastik tersebut, ianya memudahkan pengguna untuk buang angin dan ianya akan mengalir bebas. Yang ini nampak kelakar sedikit tetapi boleh dikatakan masuk akal.

Kerusi Plastik

4. Untuk memastikan tidak berlaku kecurian ketika gerai ditutup, dengan adanya lubang di tengah kerusi plastik tersebut, ia memudahkan untuk menyimpan dan dikunci.

Memang betullah lubang pada kerusi plastik itu ada kegunaannya. Kini anda telah mengetahui kegunaannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut!

sumber: adichannel