Saturday, September 23, 2017

Diari Kematian Seorang Doktor Selepas Mengkaji Bisa Patukan Ular


Dr. Schmidt merupakan seorang ahli herpetologi terkenal dan sangat mahir dalam menentukan identiti ular. Sepanjang kariernya, dia telah menamakan lebih dari 200 jenis spesis haiwan tidak berkaki itu.

Dr. Schmidt

Dan sebahagian besar ular-ular tersebut diberi nama akhiran Schmidt, sempena nama beliau.

Pada bulan September 1957, seorang lelaki dari Lincoln Park Zoo yang hanya dekenali sebagai Truett telah datang ke Natural History Museum Chicago, tempat Dr. Schmidt bertugas bersama seekor ular sepanjang 30 inci, meminta bantuan untuk mengenal pasti jenisnya.

Pada 25 September 1957, Dr. Schmidt mula mengidentifikasikan ular yang dibawa oleh Truett.

Dr. Schmidt mencatatkan bahawa reptilia tersebut memiliki kulit berwarna terang, mirip ular Boomslang, spesis ular berbisa yang biasa ditemui di gurun sub-Sahara Afrika.

Kerana masih bingung dengan karekter spesimen, Dr. Schmidt cuba mengambil ular tersebut untuk pemeriksaan lebih dekat.

Malangnya, ketika cuba memegang ular itu, haiwan tersebut tiba-tiba mematuk ibu jari Dr. Schmidt menyebabkan luka sedalam tiga milimeter (mm).

Dr. Schmidt yang menyangka ular ini tidak berbahaya menolak untuk mendapatkan rawatan dan meneruskan kerjanya seperti biasa sambil mencatat nota tentang kesan bisa ular dalam tubuhnya.

Berikut merupakan catatan sepanjang 24 jam terakhir beliau;

1. Sekitar pukul 4.30 pagi hingga 5.30 petang, Dr. Schmidt memberitahu sedang memandu dalam perjalanan pulang ke Homewood dari tempat kerja. Ketika ini Dr. Schmidtmula berasa mual teruk tapi tidak muntah.

2. 5.30 petang hingga 6.30 petang, seluruh badannya mula terasa sejuk dan menggigil disusuli demam melebihi 39 darjah selsius. Pendarahan membran mukosa pada sebahagian besar gusi di dalam mulut bermula sekitar 5.30 petang.

3. Pada jam 8.30 malam, Dr. Schmidt menjamah dua potong roti bakar.

4. Pukul 9 malam hingga 12.20 pagi, dia tidur lena. Membuang air kecil sekitar 12.20 pagi dan mendapati urin mengandungi sedikit darah. Mulut juga dilihat sedikit berdarah selepas terdapat kesan kering di kedua-dua sudut mulutnya.

5. Sekitar pukul 4.30 pagi, Dr. Schmidt bangun untuk minum segelas air kosong, diikuti rasa mual dan muntah yang teruk. Makanan yang belum sempat dicerna terkeluar semuanya. Namun selepas itu, beliau berasa lebih baik dari sebelumnya dan menyambung tidur sehinggalah jam 6.30 pagi.

6. Setelah bangun sekitar 6.30 pagi, 26 September 1957, Dr. Schmidt melakukan aktiviti pagi seperti biasa. Makan sarapan dengan bijirin, telur rebus, roti bakar bersama sos epal dan kopi. Ketika ini, suhu badan normal, 37 darjah selsius. Tiada darah dalam urin, namun mulut dan hidung berdarah tetapi tidak banyak.

7. Sekitar pukul 1.30 petang, Dr. Schmidt dilaporkan muntah dan cuba menghubungi isterinya. Ketika bantuan tiba, beliau ditemui dalam keadaan berpeluh dan tidak sedarkan diri. Dr. Schmidt dikejarkan ke hospital.

8. Pada pukul 3 petang, Dr. Schmidt disahkan meninggal dunia akibat masalah pernafasan.

Nota Luar biasa

Hasil autopsi yang dijalankan ke atas mayat Dr. Schmidt menunjukkan kegagalan pernafasan adalah berpunca daripada pendarahan di paru-paru, ginjal, usus, jantung, otak serta mata.

Nota Dr. Schmidt sebenarnya banyak membantu ramai pengkaji dalam memetakan perkembangan racun ular Boomslang, seterusnya menyelamatkan ramai nyawa.

Paul Donovan yang telah bekerja dengan bisa ular sejak beberapa dekad lalu menerangkan bahawa ular Boomslang menggigit sesuatu setebal ibu jari.

Ular Boomslang harus membuka rahang seluas-luasnya sehingga mencapai sudut 170 darjah sebelum melakukan patukan.

Ular Boomslang mampu mencetuskan gigitan yang mematikan tanpa tindakan 'mengunyah' seperti ular-ular lain dan hal ini mungkin tidak disedari oleh Dr. Schmidt.

Satu lagi perkara yang dipelajari hasil tulisan Dr. Schmidt adalah tentang bahaya racun hemotoxic adalah sangat perlahan.

Sekiranya tidak dirawat, racun hemotoxic boleh merosakkan organ dan jaringan dalam badan menyebabkan pendarahan otak serta masalah pernafasan, gejala sama yang membunuh Dr. Schmidt.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon