Saturday, September 23, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 September)


Tanggal 23 September merupakan hari ke 266 (hari ke 267 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 99 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Neptun
Neptun.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Arab Saudi (1932).

Peristiwa

1459 - Tentera York yang diketuai Richard Neville menewaskan tentera Lancaster dalam Pertempuran Blore Heath di Staffordshire, England, pertempuran besar pertama Perang Bunga Ros.

1845 - Alexander Cartwright membentuk antara pasukan besbol teratur pertama, New York Knickerbockers, dan memformalkan peraturannya.

1846 - Menggunakan ramalan matematik Urbain Le Verrier, ahli astronomi Johann Gottfried Galle menjadi orang pertama mengenal pasti planet Neptun.

1868 - Ramón Emeterio Betances mengetuai Grito de Lares, suatu pemberontakan menentang penjajahan Sepanyol di Puerto Rico.

1889 - Fusajiro Yamauchi mengasaskan Nintendo di Kyoto, Jepun, bagi menghasilkan kad hanafuda buatan tangan.

1932 - Hijaz dan Nejd disatukan dengan Al-Hasa dan Qatif bagi membentuk Kerajaan Arab Saudi, dengan Ibn Saud sebagai raja pertama dan Riyadh sebagai ibu negara.

1943 - Perang Dunia Kedua: Republik Sosial Itali secara rasminya telah ditubuhkan oleh Benito Mussolini yang dipaksa oleh Adolf Hitler. Negara ini merupakan negara boneka kepada Jerman Nazi.

2006 - Toomas Hendrik Ilves dilantik sebagai Presiden Estonia yang baharu.

2009 - Ribut debu, dikatakan "terburuk sejak 70 tahun", melanda beberapa negeri Australia, melitupi Brisbane, Canberra dan Sydney dengan debu merah.

2011 - Michael Sata terpilih sebagai Presiden Zambia, menewaskan penyandang Rupiah Banda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 September)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon