Thursday, September 07, 2017

'Volterman Smart Wallet' Dompet Paling Bijak Di Dunia!

'Volterman Smart Wallet' Dompet Paling Bijak Di Dunia!

Kehilangan beg duit atau dompet merupakan salah satu perkara yang boleh membuatkan kita berasa sudah hati dan tidak senang duduk.

Volterman Smart Wallet

Pernahkah anda berharap jika cara mencari dompet yang hilang boleh dipermudahkan? Tidak perlu berasa cemas dan tidak memenatkan?

Menurut portal berita Oddity Central (OC), sebuah syarikat di Armenia, Volterman telah mereka cipta cara yang mudah untuk mencari dompet yang hilang.

Mereka mencipta sebuah dompet bijak yang mempunyai 5 ciri istimewa dan sekali gus bakal menjadikan dompet tersebut sebagai paling selamat di dunia.

Lima ciri yang terdapat di dompet tersebut ialah:

1. Mempunyai GPS

Sistem pengesan GPS yang terdapat dalam dompet Volterman membolehkan anda mengenal pasti lokasi dompet anda tanpa perlu bersusah payah.

Jadi jika dompet anda tertinggal di suatu tempat dan anda tidak mengingatinya, anda hanya perlu memasuki app Volterman dan mengesan lokasi dompet anda.

2. Kamera

Ciri kedua yang terdapat pada dompet tersebut ialan, kamera. Apabila anda meletakkan status dompet anda sebagai hilang di app Volterman, kamera itu akan diaktifkan untuk mengambil gambar sejurus selepas dompet itu dibuka.

Gambar-gambar itu akan disimpan terus dalam app dan anda akan dapat mengesan siapa yang membuka dompet anda.

“Jika sesiapa yang berani membuka dompet anda tanpa anda mengetahui rahsia dompet anda, kamera kecil itu akan mula memetik dan mengirimkan kepada telefon bimbit anda melalui sambungan Internet,” kata pengasas Volterman, Azat Tovmasyan kepada OC.

“Kami mencipta dompet yang tidak akan hilang. Jika ia hilang, anda pasti mendapatkannya semula apabila gambar si pencuri itu dikirimkan kepada anda,” katanya lagi.

3. Pengecas mudah alih atau ‘power bank’

Dompet Volterman juga boleh digunakan sebagai power bank! Direka khas dengan kuasa antara 2,000mAh hingga 5,000mAh, ia cukup untuk anda mengecas penuh smartphone anda.

4. Sistem amaran

Jika anda sering tertinggal telefon bimbit atau dompet anda, ciri yang ini pasti merubah hidup anda. Jika anda memilih untuk memadankan (sync) dompet itu kepada telefon bimbit anda melalui app Volterman, ia akan dilengkapi dengan sistem amaran.

Maknanya, jika dompet anda berada jauh melebihi 10-15 meter dari telefon bimbit, sistem amaran akan diaktifkan dan dikirmkan kepada anda.

Yang menariknya, perkara yang sama boleh dilakukan jika telefon bimbit anda yang dipisahkan! Dompet anda akan diaktifkan untuk memberi amaran kepada anda.

5. Wi-Fi hotspot

Anda perlu menggunakan Internet tetapi tiada Wi-Fi atau tidak mahu menggunakan data internet sendiri?

Jangan risau, laporan OC menyatakan dompet Volterman itu juga dilengkapi dengan ciri Wi-Fi hotspot.

Ia menambah syarikat berkenaan mendakwa harga untuk menggunakan Wi-Fi itu dua kali lebih murah berbanding sebarang penyedia Internet di merata dunia!

Menurut Azat, idea mencipta dompet ini tercetus apabila anak perempuannya tidak sengaja meletakkan dompetnya di dapur dan dia mengambil lebih sebulan untuk membuat semula semua dokumen penting seperti kad pengenalan, kad ATM yang disimpan dalam dompetnya.

OC juga melaporkan bahawa prototaip Volterman mendapat sambutan dan akan mula dijual di pasaran pada Disember 2017 ini.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Rahsia Kenapa Tingkap Kapal Terbang Bentuk Bujur

Rahsia Kenapa Tingkap Kapal Terbang Bentuk Bujur

Pernah anda terfikir kenapa tingkap kapal terbang berbentuk bujur dan bukannya berbentuk petak atau mungkin bulat?

Tingkap Bujur

Pada tahun 1953, terdapat kes tiga buah kapal terbang yang terhempas, mengakibatkan lebih kurang 43 nyawa terkorban.

Persamaan punca nahas ketiga-tiga pesawat tersebut adalah disebabkan mempunyai bentuk tingkap yang sama iaitu petak.

Berikutan itu maka bermulalah penciptaan tingkap kapal terbang berbentuk bujur.

Sejarah penciptaan itu bermula apabila terdapat sebuah industri penerbangan pada ketika itu ingin menjimatkan penggunaan minyak.

Bagi menjimatkan penggunaan minyak kapal terbang, ia perlu terbang tinggi dengan altitud 30,000 kaki.

Ini kerana, pada ketinggian itu ketumpatan udara adalah lebih rendah dan boleh mengurangkan geseran pada kapal terbang.

Tingkap Bujur

Bagaimanapun, untuk melakukan penerbangan setinggi itu, tekanan dalam kapal terbang perlu dikekalkan bagi membolehkan para penumpang bernafas seperti biasa.

Ketika mencapai tahap altitud yang tinggi, tekanan pada bahagian badan kapal terbang akan semakin berkurang namun tekanan di dalam tidak akan berubah sama sekali.

Kesan perbezaan tekanan ini akan menyebabkan badan kapal terbang sedikit mengembang dan perubahan ini akan mengakibatkan ketegangan terhasil lalu mengalir dalam bahan tersebut.

Ketegangan yang semakin bertambah inilah yang menjadi faktor utama badan kapal terbang tersebut rosak dan lagi teruk, patah!

Selain itu, terdapat juga faktor lain yang menyumbang kepada perkara itu.

Tingkap Bujur

Salah satunya bentuk bahan itu sendiri di mana, dalam kapal terbang bentuk tingkap merupakan antara faktor yang boleh memberi impak tinggi kepada ketegangan yang terhasil.

Apabila ketegangan berlaku, secara tidak langsung ia perlu mengubah arah melalui tingkap yang dipasang pada kapal terbang tersebut.

Perubahan arah ini akan menghasilkan tekanan yang tinggi pada bahagian tertentu terutamanya pada bucu tingkap.

Keadaan ini akan mengakibatkan badan kapal terbang retak atau akan pecah lalu menyebabkan ia terhempas.

Tingkap Bujur

Kebanyakan pakar telah membuat kajian terhadap kes kapal terhempas itu dan menemui penyelesaiannya, iaitu dengan menghasilkan tingkap berbentuk bujur.

Mereka menemui teori di mana tingkap yang berbentuk bujur akan menghasilkan tekanan yang lebih rendah berbanding tingkap berbentuk petak.

Inilah sebabnya mengapa tingkap kapal terbang itu berbentuk bujur sehingga ke hari ini.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

5 Ayat Ini Jangan Sekali-kali Sebut Kepada Anak Anda!

5 Ayat Ini Jangan Sekali-kali Sebut Kepada Anak Anda!

Tidak kira perkara gembira atau perkara yang menyedihkan hati mereka, semua kanak-kanak akan mencari ibu bapa mereka terlebih dahulu dalam semua perkara.

Anak degil

Sokongan dan bimbingan dari ibu bapa merupakan aspek terpenting dalam mewujudkan rasa dan suasana selamat pada anak-anak.

Tetapi, ada kalanya ibu bapa juga melakukan kesilapan yang mengguris hati anak mereka tanpa disedari dengan mengeluarkan beberapa perkataan yang tidak seharusnya disebut.

Menurut my.theasianparent.com, pakar psikilogi meminta agar ibu bapa tidak menyebut 5 ayat ini kerana ia mampu memberikan kesan buruk terhadap anak-anak.

1. “Berhenti menangis sekarang!”

Ya, kadang kala memang tangisan anak boleh membuatkan anda berang dan naik angin. tetapi jika anda mengeluarkan ayat ini dalam keadaan marah, ia akan menyebabkan anak anda merasa tidak dibenarkan untuk mempunyai emosi sendiri.

Cuba pujuk mereka untuk berhenti menangis dengan ayat yang lebih lembut, contohnya, “Tak mengapa jika kamu menangis. tetapi apa yang kamu buat ini salah.”

Dengan cara ini, anak anda akan merasa selesa untuk berkongsi dengan anda masalah yang dihidapinya.

2. “Ibu, ayah kecewa dengan perangai kamu!”

Ayat ini sering terkeluar dari mulut ibu bapa tanpa sengaja ketika berasa kecewa atau marah dengan anak.

Tindakan seperti ini akan menyebabkan anak anda berasa dirinya tidak berguna dan akan menyebabkan gangguan kepada emosi dan fikiran mereka.

Anda boleh menggunakan ayat, “Apa yang kamu akukan ini mampu menyebabkan ibu/ayah bersedih. Kita bincang elok-elok dan cari jalan penyelesaian, okay?”

Kan lebih lembut? Anak anda juga akan berasa disayangi!

3. “Kamu tidak bagus. Cuba jadi seperti….”

Apabila anda menyatakan anak anda tidak bagus dan membandingkan mereka dengan yang lain, mereka akan mula meragui diri sendiri dan kenyakinan diri mereka juga akan mula hilang.

Tumbesaran mereka juga akan mula terganggu dan akan akan berhadapan dengan sifat kurang keyakinan diri dalam semua aspek kehidupan.

4. “Kamu ini tak bergunalah!”

Jangan sesekali mengeluarkan ayat ini kepada anak anda. Jika anak anda mendengar ayat ini daripada anda, mereka akan berasa takut untuk cuba melakukan sesuatu perkara pada masa akan datang.

Gantikan ayat tersebut dengan, “Tak ada orang yang sempurna. Tak mengapa jika kamu melakukan kesalahan, lain kali kamu buat dengan lebih baik, ya?”

Ia akan menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk anda anak mencuba dengan lebih bagus selepas ini.

5. “Kamu anak yang jahat!”

Jangan gunakan ayat ini kepada anak anda langsung! Walaupun dalam keadaan yang betul-betul menguji kesabaran anda.

Anda tidak boleh membuat anak anda berasa diri mereka jahat walaupun tindakan mereka terbukti salah dan merupakan kesalahan yang besar.

“Tak baik buat perkara macam ini. Jika kamu terus bersikap seperti ini, kamu akan mendapat masalah dalam kehidupan kamu pada masa akan datang. Kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik, okay?”

Gunakan frasa yang lebih lembut dan senang difahami tanpa mengguris hati anak anda. Terangkan kepada mereka apa yang dilakukan salah dan akan mengundang masalah jika mereka kerap mengulanginya.

Selamat mencuba!

BACA INI JUGA: 5 Perkara Ibu Bapa Wajib Ajar Kepada Setiap Anak Lelaki

sumber: mynewshub

3.7 Juta 'Enggan' Daftar Mengundi, Adakah Kerana Politik Terlalu Najis?

3.7 Juta 'Enggan' Daftar Mengundi, Adakah Kerana Politik Terlalu Najis?

Sesetengah orang kita memang ‘cakap tak serupa bikin’. Cakap berdegar-degar, tetapi ‘habuk pun tarak’. Mereka boleh bertegang urat sambil tumbuk-tumbuk meja di kedai kopi, tetapi tindakan mereka kosong.

Kenapa Perlu Mengundi

Contoh paling mudah ialah politik. Ada orang kita yang pagi-petang, siang-malam tidak habis-habis cakap tentang politik. Sebut sahaja politik semangat mereka terus membara.

Minum secawan kopi – itu pun orang belanja! – mereka boleh duduk berjam-jam di kedai kopi, bercakap fasal politik.

Kalau bab politik orang lain tidak boleh lawan, mereka sahaja yang terror. Pantang ada ceramah politik, mereka akan berbondongan datang.

Sanggup habis minyak kereta pergi ke utara, selatan, timur, barat, untuk mendengar ceramah politik.

Hatta, mereka sanggup berdiri tengah panas, mengangkat sepanduk dan menjerit tidak keruan, berdemonstrasi secara haram, sanggup masuk penjara, sanggup disemburi gas pemedih mata, sanggup ditangkap dan digari kerana demonstrasi haram untuk politik, tetapi tidak sanggup mendaftarkan diri sebagai pengundi @ pemilih dalam pilihan raya. Ini yang dikatakan hangat-hangat tahi ayam.

Golongan tahi ayam ini hanya pandai menjadi tukang karut, tetapi tidak ada kesan dan sumbangan terhadap politik.

Walaupun dipujuk dan disediakan hadiah menarik, mereka tetap enggan mendaftar sebagai tukang pangkah semasa pilihan raya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sibuk berkempen, tetapi masih ramai tidak mahu mendaftar sebagai pemilih.

Seperti dijelaskan suruhanjaya tersebut, kesedaran mengenai tanggungjawab mengundi masih rendah dalam kalangan mereka yang layak.

Perangkaan dari SPR menunjukkan setakat 31 Mac 2017, lebih 3.7 juta individu berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mendaftar sebagai pengundi berbanding 18 juta jumlah keseluruhan rakyat yang layak mendaftar.

Bukannya susah mendaftar sebagai pemilih, tak ada bayaran. Hanya bawa kad pengenalan dan proses pendaftaran di mana-mana pejabat pos mengambil masa tak sampai lima minit.
Mudah seperti ABC.
Tetapi hairan mengapa ada hampir 4 juta yang layak masih liat untuk mendaftar sebagai pemilih, pada hal semua tahu ini adalah hak yang tidak boleh disia-siakan setiap orang.
Ada beberapa andaian diberi geng kopitiam dan ahli jemaah surau. mengapa orang yang layak tidak mahu menjadi pemilih pada PRU14:

Pertama, golongan tua yang layak enggan menjadi pemilih sebab mereka bosan dengan keadaan politik negara sekarang.

Pemimpin politik tidak kira parti asyik bercakaran pagi-petang, siang malam. Ada yang asyik berebut hendak jadi perdana menteri.

Ada yang suka menyingkap keburukan dalam kain orang lain, hinggakan asal usul keturunan, termasuk isu ‘anak lelaki Kutty’ pun dijadikan bahan politik.

Dalam kalangan sesama pemimpin politik Melayu @ Islam pun saling selak-menyelak kain sehinggakan kudis buta, panau, kurap, pekong, sopak, kayap dan lain-lain penyakit kronik semua didedahkan.

Melayu sama Melayu kelahi, orang bukan Melayu tersengih nampak gusi. Maka apa guna menjadi pemilih sekiranya yang hendak dipilih semua haprak.

Kedua, kalau mereka mengundi pun, tidak akan mengubah keadaan. Negara kita sudah teruk dilanda rasuah.

Ada yang kata indeks rasuah menurun, tetapi hari-hari ada sahaja orang ditangkap kerana rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap hari menangkap bapak jerung, bapak yu, bapak buaya tembaga, bapak dugong, semua kerana songlap duit negara.

Kerana bosan dan sakit hati terhadap bapak rasuah, lebih baik mereka jangan menjadi pemilih. Tidak ada faedah langsung mengundi, jika yang dipilih nanti akan meneruskan tradisi rasuah dan kebas duit rakyat.

Ketiga, dalam kalangan anak muda 21 tahun pula, mereka meluat melihat gelagat sesetengah orang politik. Mereka nampak orang politik sibuk membesarkan tembolok dan perut sendiri.

Orang politik pakai kereta besar, rumah besar, makan angin luar negara, berjoli sakan. Pada hal anak-anak muda amat terdera membayar hutang PTPTN, mengeluh kerana harga rumah mahal, menangis kerana tidak dapat kerja.

Semua ini membuatkan golongan muda tidak mahu menjadi pengundi PRU14.

Mereka lebih suka – dan gila-gila – menjadi pengundi menerusi SMS untuk menentukan siapa juara Maharaja Lawak, siapa juara Gegar Vaganza.

Bagi mereka lupakan sahaja mengundi calon-calon politik haprak pada PRU14; lebih seronok mengundi idola mereka menerusi program-program Realiti TV.

BACA INI JUGA: Cara Daftar Mengundi Dan Semakan Lokasi Pengundian Online

sumber: sinarharian

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 September)

Tanggal 7 September merupakan hari ke 250 (hari ke 251 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 115 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Pengeboman London
Pengeboman London.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Brazil (1822).

Peristiwa

1191 - Perang Salib Ketiga: Richard I dari England mengalahkan Salahuddin al-Ayyubi dalam Pertempuran Arsuf.

1776 - Perang Revolusi Amerika: Di Pelabuhan New York, Turtle menjadi kapal selam yang pertama digunakan dalam serangan, dalam cubaan meletupkan HMS Eagle.

1821 - Republik Gran Colombia ditubuhkan, dengan Simón Bolívar sebagai presiden pengasas dan Francisco de Paula Santander sebagai naib presiden.

1859 - Jam besar di Menara Jam Besar Istana Westminster mula bergerak. Jam ini sering silap dipanggil Big Ben yang sebenarnya ialah nama untuk loceng besar yang menandakan waktu pada setiap jam.

1901 - Dengan Peking dikuasai tentera asing selepas Pemberontakan Boxer, China Qing dipaksa menandatangani Protokol Boxer, satu perjanjian tidak adil dengan Perikatan Lapan Negara.

1927 - Pencipta A.S. Philo Farnsworth menghantar imej pertama menggunakan sistem televisyen elektronik-sepenuhnya.

1936 - Harimau Tasmania yang terakhir mati dalam kurungan di Zoo Hobart di Australia.

1940 - Perang Dunia Kedua: Luftwaffe Jerman Nazi menukar strategi Pertempuran Britain dan mula mengebom (gambar) London dan bandar British lain selama 57 hari berturut-turut.

1982 - Lagu Cinta, yang merupakan album ketujuh oleh penyanyi tersohor iaitu Sudirman Haji Arshad telah dikeluarkan.

1986 - Desmond Tutu menjadi orang berkulit hitam pertama yang mengetuai Gereja Anglikan di Afrika Selatan.

1998 - Pelajar Universiti Stanford Larry Page dan Sergey Brin menubuhkan Google di Menlo Park, California, A.S.

2009 - Trafik bertukar ke sebelah kiri jalan di Samoa, yang pertama sejak hampir 40 tahun.

2010 - Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Julia Gillard membentuk kerajaan minoriti selepas pilihan raya persekutuan Australia berkeputusan parlimen tergantung.

2011 - Kemalangan pesawat berhampiran Yaroslavl, Rusia, mengorbankan 43 orang, termasuk sebahagian besar pasukan hoki ais KHL Lokomotiv Yaroslavl.

2011 - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam letupan bom berhampiran Mahkamah Tinggi Delhi, India.

2013 - Parti Campuran Liberal–National pimpinan Tony Abbott memenangi pilihan raya persekutuan Australia.

2013 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memilih Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2020.

2013 - NASA melancarkan Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer dengan roket Minotaur V pertama.

Kelahiran

1940 - Abdurrahman Wahid, Presiden Indonesia ke-4.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 September)

sumber: wikipedia

Wednesday, September 06, 2017

10 Negara Paling Ramai Rakyatnya Bunuh Diri

10 Negara Paling Ramai Rakyatnya Bunuh Diri

Bunuh diri tercetus daripada interaksi pelbagai faktor penyebab termasuk gangguan mental, kemiskinan, penyalahgunaan dadah, pengasingan sosial, kehilangan, masalah keluarga dan tempat kerja.

Bunuh Diri

Lebih malang, kesan emosi yang terpaksa ditanggung oleh ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan mangsa, yang masih hidup.

Mari kita lihat 10 negara paling ramai rakyatnya mmbunuh diri di dunia.

10. Jepun
  • 21.7 kematian setiap 100,000 rakyat

Hanya sedekad yang lalu Jepun menjadi negara yang mempunyai kadar bunuh diri yang paling tinggi di dunia. Stigma membunuh diri tidak berapa tinggi di Jepun dan dianggap agak honourable.

Tempat yang paling popular untuk membunuh diri adalah hutan Aokigahara yang terletak berhampiran dengan gunung Fuji.

Setiap tahun, puluhan mayat dan tulang ditemui di dalam hutan ‘maut’ ini.

9. Hungary
  • 21.7 kematian setiap 100,000 rakyat

Terdapat sebuah lagenda bandar yang mengatakan lagu ‘Gloomy Sunday’ menjadi lagu pilihan untuk membunuh diri di Hungary. Lagu ini dirakamkan pada tahun 1933.

Pada tahun 1968, penggubah lagu ini, Seress Rezso membunuh diri dengan menjerut leher dengan wayar di sebuah hospital.

8. Slovenia
  • 21.8 kematian setiap 100,000 rakyat

Di Slovenia, wanita lebih cenderung untuk membunuh diri berbanding dengan lelaki. Sungguhpun begitu, terdapat lebih ramai lelaki yang mati akibat membunuh diri.

Faktor utama membunuh diri ialah kemurungan dan ketagihan alkohol. Kadar membunuh diri semakin menurun sejak tahun 2000.

7. Belarus
  • 22.1 kematian setiap 100,000 rakyat

Belarus dahulunya merupakan sebahagian daripada Kesatuan Soviet. Seperti di Russia, masalah ketagihan alkohol di Belarus berada diparas kronik.

Ia juga adalah penyebab kadar membunuh diri yang paling tinggi. Lebih banyak rakyat mati membunuh diri dari kemalangan di Belarus.

80% daripada mereka yang membunuh diri adalah lelaki. 75% dari kawasan luar badan dan 80% memilih untuk menggantung diri atau terjun dari bangunan tinggi.

6. China
  • 22.23 kematian setiap 100,000 rakyat

Kes bunuh ndiri di China adalah unik kerana walaupun terletak di tangga ke 6, 1/3 daripada jumlah mereka yang membunuh diri di dunia adalah berasal daripada China.

Lebih banyak wanita yang membunuh diri berbanding dengan lelaki. Nisbahnya adalah 1:3 dan majoriti berlaku di kawasan luar bandar. Golongan muda paling ramai membunuh diri akibat tekanan sukar mendapatkan pekerjaan.

Dianggarkan 1/3 pelajar lepasan kolej di China akan gagal untuk mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.

5. Kazakhstan
  • 25.6 kematian setiap 100,000 rakyat

Kes bunuh diri di kalangan remaja berusia 15-19 tahun adalah tertinggi di Kazakhstan dan kedua tertinggi di dunia di kalangan lelaki.

Kerajaan Kazakhstan menyalahkan budaya punk rock dan emo atas masalah epidemik bunuh diri yang melanda negara kelahiran Borat Sagdiev ini.

Cara bunuh diri yang paling populur adalah dengan melombat dari bangunan tinggi secara berpasangan.

4. Guyana

Guyana mempunyai sejarah membunuh diri yang cukup terkenal apabila Jim Jones menyeru 920 orang pengikutnya membunuh diri secara ramai-ramai pada tahun 1978.

Walaupun kejadian ini terjadi berdekad lamanya, Guyana masih lagi kekal di carta kadar membunuh diri tertinggi di bahagian Amerika Selatan dan Caribbean.

Cara bunuh diri yang popular adalah dengan meminum serangga perosak.

3. Korea Selatan
  • 28.1 kematian setiap 100,000 rakyat

Bunuh diri menjadi penyebab kematian tertinggi di kalangan rakyat yang berumur 40 tahun ke bawah. Majoriti memilih untuk menggantung ataupun meracuni diri sendiri.

Jumlah kematian akibat membunuh diri meningkat dua kali ganda dalam tempoh sedekad. Kebanyakkan mereka yang membunuh diri adalah kerana tekanan kerja dan ekonomi.

2. Lithuania
  • 31 kematian setiap 100,000 rakyat

Kegawatan ekonomi serta masalah ketagihan alkohol yang kronik menjadi punca penyebab kadar membunuh diri yang tinggi di Lithuania.

1. Greenland

Kadar membunuh diri di Greenland sangat mengejutkkan kerana ianya jauh meninggalkan pesaing terdekatnya, Lithuania.

Meskipun negara ini mempunyai jumlah penduduk seramai 56,370 orang sahaja, satu per empat daripada wanita di Greenland dilaporkan pernah mencuba untuk membunuh diri.

90 peratus kematian dilakukan dengan menembak atau menggantung diri sendiri.

BACA INI JUGA: Lokasi Bunuh Diri Paling Terkenal Di Britain

sumber: blogmazeer

'His Majesty' Dan 'Her Majesty' Gelaran Baru Kesultanan Johor

'His Majesty' Dan 'Her Majesty' Gelaran Baru Kesultanan Johor

Bermula 5 September 2017, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan menggunakan gelaran penghormatan ‘His Majesty’ dalam semua penerbitan dan pengucapan bahasa Inggeris.

'His Majesty' Dan 'Her Majesty'

Gelaran bagi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah pula akan menggunakan 'Her Majesty'.

Gelaran ‘His Majesty’ akan menggantikan gelaran 'His Royal Highness' yang diguna pakai sebelum ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, dengan keistimewaan hak dan kuasa Tuanku di bawah Bahagian Kedua 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 telah suka berkenan menukar gelaran bahasa 'His Royal Highness' kepada 'His Majesty'.

Gelaran dalam bahasa Melayu 'Duli Yang Maha Mulia' bagi Tuanku dan Tuanku Permaisuri adalah dikekalkan.

Penukaran gelaran itu dilakukan dibawah Perkara 7 (2)(d)(f) dan (g) Bahagian Kedua Perlembagaan Negeri Johor 1895.

Ekoran itu, Sultan Ibrahim akan digelar sebagai “Your Majesty, Tuanku” atau “Sir" Dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah harus digelar sebagai "Your Majesty, Tuanku” atau “Madam".

BACA INI JUGA: Maksud Sebenar Gelaran Dato', Datuk, Tun, Tan Sri Dan Sebagainya

sumber: astroawani

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton September 2017

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton September 2017

Berikut adalah senarai film terbaru yang anda wajib tonton di rumah mahupun pawagam bagi bulan September 2017 ini.

Filem-filem terbaru ini telah dan bakal ditayangkan di pawagam berhampiran sesuai anda tonton pada bila-bila masa bersama keluarga dan sahabat.

Bagi senarai filem terbaharu bulan September ini juga nampaknya didominasi banyak filem seram.

Dan jangan lupa tonton juga senarai filem terbaharu bulan Ogos 2017.

Renegades

Renegades

  • Tarikh Tayangan: 1 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Ngeri
  • Pelakon: Sullivan Stapleton, J.K. Simmons, Charlie Bewley

Filem arahan Steve Quale ini mengisahkan tentang sepasukan Navy SEALs telah menjumpai harta karun di dasar tasik Bosnia.

Logan Lucky

Logan Lucky

  • Tarikh Tayangan: 7 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Komedi
  • Pelakon: Daniel Craig, Channing Tatum, Adam Driver, Katherine Waterston

Dua beradik bernama Jimmy dan Clyde Logan berusaha mahu mengubah sumpahan keluarga mereka.

Mereka kemudian cuba melakukan rompakan ketika perlumbaan lagenda Coca-Cola 600 di Charlotte Motor Speedway di Concord, North Carolina ketika hujung minggu Memorial Day.

It

It

  • Tarikh Tayangan: 7 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram, Ngeri
  • Pelakon: Bill Skarsgård, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Wyatt Oleff

Apabila kanak-kanak penduduk tempatan mula hilang seorang demi seorang di pekan Derry in Maine, tujuh kanak-kanak yang dikenali sebagai The Losers Club bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu.

Mereka mendapati diri mereka perlu menentang badut jahat bernama Pennywise, yang mempunyai sejarah membunuh sejak berabad dahulu.

Selepas 27 tahun penemuan terakhir mereka dengan Pennywise, kanak-kanak mula hilang semula dan kumpulan ini kembali bergabung untuk menghentikan perkara buruk itu sekali lagi.

Hantu Gunung Kawi

Hantu Gunung Kawi

  • Tarikh Tayangan: 7 September 2017
  • Bahasa: Indonesia
  • Genre: Seram
  • Pelakon: Maxime Bouttier, Laras Syerinita, Jordi Onsu, Yova Gracia

Bapa Ryan, Drajat, mula berkelakuan pelik dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari.

Drajat sering memakan tanah dan kulit buah, dan bercakap dengan diri sendiri, seperti seseorang berada dalam keadaan gelisah.

Satu hari, Ryan secara tidak sengaja telah menjumpai gambar bapanya ketika muda yang diambil di Gunung Kawi.

Gambar ini klu penting bagi Ryan yang perlu merungkai masalah yang berlaku kepada bapanya sekaligus mencari penawar.

Behind The Walls

Behind The Walls

  • Tarikh Tayangan: 14 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram
  • Pelakon: Vanessa Angel, Hutch Dano, Reggie Lee, Lew Temple

Sebuah keluarga bermasalah terdesak untuk memulakan hidup baru di sebuah rumah baru.

Mereka tidak tahu yang rumah tersebut berpenunggu, ia berlindung di sebalik dinding dan mahu mereka tinggal di rumah itu buat selama-lamanya.

American Assassin

American Assassin

  • Tarikh Tayangan: 14 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Ngeri
  • Pelakon: Dylan O'Brien, Michael Keaton, Taylor Kitsch

Mitch Rapp seorang ejen CIA `black ops` yang telah kehilangan teman wanitanya dalam satu serangan pengganas.

Timbalan Pengarah CIA Irene Kennedy kemudian menugaskan Stan Hurley untuk melatih Mitch untuk memburu dalang di sebalik serangan itu.

Bersama mereka menyiasat serangan rambang terhadap ketenteraan dan orang awam.

Setelah mereka mendapati serangan itu tidak dilakukan secara rawak, mereka bekerjasama dengan seorang ejen Turki untuk menghentikan operasi misteri yang berniat untuk memulakan perang dunia di Timur Tengah.

Kolestrol Vs Cinta

Kolestrol Vs Cinta

  • Tarikh Tayangan: 14 September 2017
  • Bahasa: Melayu
  • Genre: Komedi, Romantik
  • Pelakon: Tiz Zaqyah, Kamal Adli, Ardell Aryana

Filem romantik komedi arahan Eyra Rahman ini berkisarkan tentang seorang wanita bernama Krisya yang telah jatuh cinta terhadap seorang jejaka bernama Irfan.

Bagaimanapun cintanya ditolak kerana Irfan lebih tertarik kepada wanita `berisi`.

Oleh itu, Krisya kini nekad untuk menaikkan badannya demi jejaka impiannya.

Ia dibintangi oleh pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah, Kamal Adli, Siti Elizad, Vicha Saywho, Ardell Aryana dan ramai lagi.

Nails

Nails

  • Tarikh Tayangan: 21 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram

Selepas terlibat dengan kemalangan langgar lari, Dana Milgrom lumpuh dan hanya bergantung kepada mesin untuk berkomunikasi dengan orang.

Ketika bersendirian di dalam bilik hospital, dia mendapati kehadiran menakutkan yang dipanggil Nails ada dengannya.

Dengan tiada sesiapa di sisinya, Dana terpaksa meyakinkan doktor dan keluarganya tentang kewujudan Nails yang berniat membunuhnya.

The Mimic

The Mimic

  • Tarikh Tayangan: 21 September 2017
  • Bahasa: Korean
  • Genre: Seram, Ngeri
  • Pelakon: Yum Jung-Ah, Park Hyuk-Kwon, Shin Rin-Ah

Ia berkisarkan tentang mitos di Korea Selatan mengenai Jangsan Tiger, makhluk misteri di sebuah gunung.

Makhluk ini boleh meniru suara manusia dan menggunakannya untuk mengumpan mereka ke dalam perangkapnya.

Sebuah keluarga malang iaitu Hee-yeon, yang mengalami tekanan selepas kehilangan anaknya, dan suaminya yang risaukannya, telah menjadi mangsa makhluk itu apabila dia meniru suara anak mereka yang hilang.

Kingsman: The Golden Circle

Kingsman - The Golden Circle

  • Tarikh Tayangan: 21 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Pengembaraan, Komedi
  • Pelakon: Taron Egerton, Mark Strong, Colin Firth, Julianne Moore, Halle Berry, Channing Tatum

Filem sekuel pengintip yang padat dengan aksi ini akan kembali menyaksikan pengintip muda Eggsy mengyelesaikan misi di luar United Kingdom.

Ia adalah kesinambungan kepada filem "Kingsman: The Secret Service" pada tahun 2014.

The Lego Ninjago Movie

The Lego Ninjago Movie

  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Animasi, Komedi

Diinspirasikan dari permainan Lego, ia mengisahkan tentang enam ninja muda yang ditugaskan untuk melindungi kepulauan rumah mereka yang digelar Ninjago.

Pada waktu malam, mereka adalah pahlawan yang hebat dengan skil yang menakjubkan menentang kejahatan dan raksasa.

Namun pada waktu siang, mereka adalah remaja biasa yang bergelut dengan musuh utama mereka iaitu sekolah tinggi.

Mother!

Mother!

  • Tarikh Tayangan: 28 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Drama, Misteri
  • Pelakon: Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Michelle Pfeiffer, Domhnall Gleeson, Ed Harris

Sepasang kekasih hidup dalam keadaan aman sebelum ia bertukar menjadi sebaliknya selepas beberapa tetamu tidak diundang tiba di rumah mereka.

Hubungan mereka mula diuji dengan kehadiran tetamu tidak dijemput itu.

The Foreigner

The Foreigner

  • Tarikh Tayangan: 28 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Ngeri
  • Pelakon: Jackie Chan, Pierce Brosnan, Liu Tao, Katie Leung

Diarahkan oleh Martin Campbell, filem ini dibintangi oleh Jackie Chan, Pierce Brosnan, Liu Tao dan Katie Leung.

Ia mengisahkan tentang seorang pemilik restoran Cina di London yang mahu membalas dendam atas kematian anak perempuannya selepas restorannya dimusnahkan oleh pengganas Irish.

Selamat menonton.

BACA INI JUGA: 5 Filem Seram Terbaik Asia

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 September)

Tarikh 6 September merupakan hari ke 249 (hari ke 250 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 116 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Replika Victoria
Replika Victoria.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Swaziland (1968), Hari Pertahanan di Pakistan, Hari Kesatuan di Bulgaria dan Hari Pengingatan Lahir Mati di Amerika Syarikat dan Kanada.

Peristiwa

394 - Maharaja Rom Timur Theodosius I mengalahkan perampas Empayar Rom Barat Eugenius dalam Pertempuran Frigidus.

1522 - Kapal Victoria kembali ke Sanlúcar de Barrameda, Sepanyol, menjadikannya kapal pertama mengelilingi dunia.

1930 - Presiden Argentina Hipólito Irigoyen digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera oleh José Félix Uriburu.

1955 - Penduduk etnik Greek di Istanbul diserang oleh gerombolan orang Turki semasa Pogrom Istanbul.

1991 - Kesatuan Soviet mengiktiraf kemerdekaan negara-negara Baltik: Estonia, Latvia dan Lithuania.

1995 - Pemain Baltimore Oriole Cal Ripken, Jr. bermain dalam perlawanan Liga Major Besbolnya yang ke-2131, sekaligus memecahkan rekod 56 tahun milik pemain New York Yankees Lou Gehrig.

2000 - Sidang Kemuncak Milenium, satu mesyuarat antara pemimpin dunia untuk membincangkan fungsi PBB pada peralihan abad ke-21, bermula di Bandar Raya New York.

2008 - Kejohanan Sukan Paralimpik 2008 bermula dengan rasminya di Beijing, China.

2008 - Asif Ali Zardari daripada Parti Rakyat Pakistan terpilih menjadi Presiden Pakistan menggantikan Pervez Musharraf.

2011 - Kebakaran terburuk dalam sejarah Texas memusnahkan lebih 1,300 rumah di Kaunti Bastrop.

Kelahiran

2006 - Putera Hisahito dari Jepun.

Kematian

2007 - Luciano Pavarotti, pemain tenor Itali.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 September)

sumber: wikipedia

Tuesday, September 05, 2017

Hukuman White Room Kepada Banduan Tidak Sakit Tetapi Kejam!

Hukuman White Room Kepada Banduan Tidak Sakit Tetapi Kejam!

Dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis bentuk hukuman bagi pesalah. Dipenjara, digantung dan banyak lagi. Dan sudah menjadi lumarh, orang yang buat salah, sudah pasti akan dihukum.

White Room

Sungguhpun dilakukan untuk tujuan memberi pengajaran namun, terdapat juga hukuman kejam yang bertujuan untuk menyeksa banduan daripada segi mental mahupun fizikal.

Memetik sebuah portal online, kami ingin berkongsi sejenis hukuman yang dilihat pada dasarnya tidak menyakitkan namun boleh dianggap sangat kejam.

Hukuman tersebut ialah White Room. Bilik putih? Apa tu?

White Room atau bilik putih merupakan satu hukuman di mana pesalah akan ditempatkan dalam sebuah bilik yang serba putih dan kalis bunyi.

Bilik ini juga sangat sunyi!

White room adalah sebuah bilik yang begitu sarat dengan segala yang berwarna putih contohnya, dinding putih, katil putih, lantai putih dan sebagainya.

White Room

Jika dilihat dengan mata kasar, hukuman ini tidak menyakitkan dan tidak nampak kejam sama sekali.

Namun, sebenarnya hukuman ini memberi kesan yang buruk kepada psikologi seseorang untuk seumur hidup!

White Room akan membunuh deria penglihatan dan juga pendengaran seseorang.

Sesiapa yang berada di dalam bilik ini untuk masa yang begitu lama akan mengalami beberapa masalah deria dan apa yang paling teruk adalah kesukaran untuk mengingati orang.

Menurut sumber, salah seorang bekas banduan yang pernah menjalani hukuman ini berkata:

“Saya telah dipenjarakan selama 8 bulan dan selepas dilepaskan, saya tidak dapat mengenal pasti dan mengecam mak serta ayah saya.

“Bila mereka melepaskan saya daripada penjara tersebut, saya merasakan seolah saya bukan seorang manusia yang normal.”

White Room

Kebanyakan banduan yang telah menjalani hukuman seperti ini dilaporkan cuba membunuh diri akibat tertekan.

Untuk pengetahuan, hukuman ini selalunya digunakan bagi memaksa banduan mengakui kesalahan yang dilakukan tanpa menyeksa fizikal mereka.

Ngerikan? Nampak macam tiada apa-apa, tapi kesannya mendalam dan sungguh dahsyat!

BACA INI JUGA: Penjara Paling Mesra Dan Mewah Di Dunia

sumber: mynewshub