Thursday, September 07, 2017

'Volterman Smart Wallet' Dompet Paling Bijak Di Dunia!


Kehilangan beg duit atau dompet merupakan salah satu perkara yang boleh membuatkan kita berasa sudah hati dan tidak senang duduk.

Volterman Smart Wallet

Pernahkah anda berharap jika cara mencari dompet yang hilang boleh dipermudahkan? Tidak perlu berasa cemas dan tidak memenatkan?

Menurut portal berita Oddity Central (OC), sebuah syarikat di Armenia, Volterman telah mereka cipta cara yang mudah untuk mencari dompet yang hilang.

Mereka mencipta sebuah dompet bijak yang mempunyai 5 ciri istimewa dan sekali gus bakal menjadikan dompet tersebut sebagai paling selamat di dunia.

Lima ciri yang terdapat di dompet tersebut ialah:

1. Mempunyai GPS

Sistem pengesan GPS yang terdapat dalam dompet Volterman membolehkan anda mengenal pasti lokasi dompet anda tanpa perlu bersusah payah.

Jadi jika dompet anda tertinggal di suatu tempat dan anda tidak mengingatinya, anda hanya perlu memasuki app Volterman dan mengesan lokasi dompet anda.

2. Kamera

Ciri kedua yang terdapat pada dompet tersebut ialan, kamera. Apabila anda meletakkan status dompet anda sebagai hilang di app Volterman, kamera itu akan diaktifkan untuk mengambil gambar sejurus selepas dompet itu dibuka.

Gambar-gambar itu akan disimpan terus dalam app dan anda akan dapat mengesan siapa yang membuka dompet anda.

“Jika sesiapa yang berani membuka dompet anda tanpa anda mengetahui rahsia dompet anda, kamera kecil itu akan mula memetik dan mengirimkan kepada telefon bimbit anda melalui sambungan Internet,” kata pengasas Volterman, Azat Tovmasyan kepada OC.

“Kami mencipta dompet yang tidak akan hilang. Jika ia hilang, anda pasti mendapatkannya semula apabila gambar si pencuri itu dikirimkan kepada anda,” katanya lagi.

3. Pengecas mudah alih atau ‘power bank’

Dompet Volterman juga boleh digunakan sebagai power bank! Direka khas dengan kuasa antara 2,000mAh hingga 5,000mAh, ia cukup untuk anda mengecas penuh smartphone anda.

4. Sistem amaran

Jika anda sering tertinggal telefon bimbit atau dompet anda, ciri yang ini pasti merubah hidup anda. Jika anda memilih untuk memadankan (sync) dompet itu kepada telefon bimbit anda melalui app Volterman, ia akan dilengkapi dengan sistem amaran.

Maknanya, jika dompet anda berada jauh melebihi 10-15 meter dari telefon bimbit, sistem amaran akan diaktifkan dan dikirmkan kepada anda.

Yang menariknya, perkara yang sama boleh dilakukan jika telefon bimbit anda yang dipisahkan! Dompet anda akan diaktifkan untuk memberi amaran kepada anda.

5. Wi-Fi hotspot

Anda perlu menggunakan Internet tetapi tiada Wi-Fi atau tidak mahu menggunakan data internet sendiri?

Jangan risau, laporan OC menyatakan dompet Volterman itu juga dilengkapi dengan ciri Wi-Fi hotspot.

Ia menambah syarikat berkenaan mendakwa harga untuk menggunakan Wi-Fi itu dua kali lebih murah berbanding sebarang penyedia Internet di merata dunia!

Menurut Azat, idea mencipta dompet ini tercetus apabila anak perempuannya tidak sengaja meletakkan dompetnya di dapur dan dia mengambil lebih sebulan untuk membuat semula semua dokumen penting seperti kad pengenalan, kad ATM yang disimpan dalam dompetnya.

OC juga melaporkan bahawa prototaip Volterman mendapat sambutan dan akan mula dijual di pasaran pada Disember 2017 ini.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon