Wednesday, September 06, 2017

'His Majesty' Dan 'Her Majesty' Gelaran Baru Kesultanan Johor


Bermula 5 September 2017, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan menggunakan gelaran penghormatan ‘His Majesty’ dalam semua penerbitan dan pengucapan bahasa Inggeris.

'His Majesty' Dan 'Her Majesty'

Gelaran bagi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah pula akan menggunakan 'Her Majesty'.

Gelaran ‘His Majesty’ akan menggantikan gelaran 'His Royal Highness' yang diguna pakai sebelum ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, dengan keistimewaan hak dan kuasa Tuanku di bawah Bahagian Kedua 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 telah suka berkenan menukar gelaran bahasa 'His Royal Highness' kepada 'His Majesty'.

Gelaran dalam bahasa Melayu 'Duli Yang Maha Mulia' bagi Tuanku dan Tuanku Permaisuri adalah dikekalkan.

Penukaran gelaran itu dilakukan dibawah Perkara 7 (2)(d)(f) dan (g) Bahagian Kedua Perlembagaan Negeri Johor 1895.

Ekoran itu, Sultan Ibrahim akan digelar sebagai “Your Majesty, Tuanku” atau “Sir" Dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah harus digelar sebagai "Your Majesty, Tuanku” atau “Madam".

BACA INI JUGA: Maksud Sebenar Gelaran Dato', Datuk, Tun, Tan Sri Dan Sebagainya

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon