Thursday, September 07, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (7 September)


Tanggal 7 September merupakan hari ke 250 (hari ke 251 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 115 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Pengeboman London
Pengeboman London.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Brazil (1822).

Peristiwa

1191 - Perang Salib Ketiga: Richard I dari England mengalahkan Salahuddin al-Ayyubi dalam Pertempuran Arsuf.

1776 - Perang Revolusi Amerika: Di Pelabuhan New York, Turtle menjadi kapal selam yang pertama digunakan dalam serangan, dalam cubaan meletupkan HMS Eagle.

1821 - Republik Gran Colombia ditubuhkan, dengan Simón Bolívar sebagai presiden pengasas dan Francisco de Paula Santander sebagai naib presiden.

1859 - Jam besar di Menara Jam Besar Istana Westminster mula bergerak. Jam ini sering silap dipanggil Big Ben yang sebenarnya ialah nama untuk loceng besar yang menandakan waktu pada setiap jam.

1901 - Dengan Peking dikuasai tentera asing selepas Pemberontakan Boxer, China Qing dipaksa menandatangani Protokol Boxer, satu perjanjian tidak adil dengan Perikatan Lapan Negara.

1927 - Pencipta A.S. Philo Farnsworth menghantar imej pertama menggunakan sistem televisyen elektronik-sepenuhnya.

1936 - Harimau Tasmania yang terakhir mati dalam kurungan di Zoo Hobart di Australia.

1940 - Perang Dunia Kedua: Luftwaffe Jerman Nazi menukar strategi Pertempuran Britain dan mula mengebom (gambar) London dan bandar British lain selama 57 hari berturut-turut.

1982 - Lagu Cinta, yang merupakan album ketujuh oleh penyanyi tersohor iaitu Sudirman Haji Arshad telah dikeluarkan.

1986 - Desmond Tutu menjadi orang berkulit hitam pertama yang mengetuai Gereja Anglikan di Afrika Selatan.

1998 - Pelajar Universiti Stanford Larry Page dan Sergey Brin menubuhkan Google di Menlo Park, California, A.S.

2009 - Trafik bertukar ke sebelah kiri jalan di Samoa, yang pertama sejak hampir 40 tahun.

2010 - Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Julia Gillard membentuk kerajaan minoriti selepas pilihan raya persekutuan Australia berkeputusan parlimen tergantung.

2011 - Kemalangan pesawat berhampiran Yaroslavl, Rusia, mengorbankan 43 orang, termasuk sebahagian besar pasukan hoki ais KHL Lokomotiv Yaroslavl.

2011 - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam letupan bom berhampiran Mahkamah Tinggi Delhi, India.

2013 - Parti Campuran Liberal–National pimpinan Tony Abbott memenangi pilihan raya persekutuan Australia.

2013 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memilih Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2020.

2013 - NASA melancarkan Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer dengan roket Minotaur V pertama.

Kelahiran

1940 - Abdurrahman Wahid, Presiden Indonesia ke-4.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 September)

sumber: wikipedia

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon