Wednesday, September 06, 2017

Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton September 2017

Berikut adalah senarai film terbaru yang anda wajib tonton di rumah mahupun pawagam bagi bulan September 2017 ini.

Filem-filem terbaru ini telah dan bakal ditayangkan di pawagam berhampiran sesuai anda tonton pada bila-bila masa bersama keluarga dan sahabat.

Bagi senarai filem terbaharu bulan September ini juga nampaknya didominasi banyak filem seram.

Dan jangan lupa tonton juga senarai filem terbaharu bulan Ogos 2017.

Renegades

Renegades

  • Tarikh Tayangan: 1 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Ngeri
  • Pelakon: Sullivan Stapleton, J.K. Simmons, Charlie Bewley

Filem arahan Steve Quale ini mengisahkan tentang sepasukan Navy SEALs telah menjumpai harta karun di dasar tasik Bosnia.

Logan Lucky

Logan Lucky

  • Tarikh Tayangan: 7 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Komedi
  • Pelakon: Daniel Craig, Channing Tatum, Adam Driver, Katherine Waterston

Dua beradik bernama Jimmy dan Clyde Logan berusaha mahu mengubah sumpahan keluarga mereka.

Mereka kemudian cuba melakukan rompakan ketika perlumbaan lagenda Coca-Cola 600 di Charlotte Motor Speedway di Concord, North Carolina ketika hujung minggu Memorial Day.

It

It

  • Tarikh Tayangan: 7 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram, Ngeri
  • Pelakon: Bill Skarsgård, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Wyatt Oleff

Apabila kanak-kanak penduduk tempatan mula hilang seorang demi seorang di pekan Derry in Maine, tujuh kanak-kanak yang dikenali sebagai The Losers Club bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu.

Mereka mendapati diri mereka perlu menentang badut jahat bernama Pennywise, yang mempunyai sejarah membunuh sejak berabad dahulu.

Selepas 27 tahun penemuan terakhir mereka dengan Pennywise, kanak-kanak mula hilang semula dan kumpulan ini kembali bergabung untuk menghentikan perkara buruk itu sekali lagi.

Hantu Gunung Kawi

Hantu Gunung Kawi

  • Tarikh Tayangan: 7 September 2017
  • Bahasa: Indonesia
  • Genre: Seram
  • Pelakon: Maxime Bouttier, Laras Syerinita, Jordi Onsu, Yova Gracia

Bapa Ryan, Drajat, mula berkelakuan pelik dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari.

Drajat sering memakan tanah dan kulit buah, dan bercakap dengan diri sendiri, seperti seseorang berada dalam keadaan gelisah.

Satu hari, Ryan secara tidak sengaja telah menjumpai gambar bapanya ketika muda yang diambil di Gunung Kawi.

Gambar ini klu penting bagi Ryan yang perlu merungkai masalah yang berlaku kepada bapanya sekaligus mencari penawar.

Behind The Walls

Behind The Walls

  • Tarikh Tayangan: 14 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram
  • Pelakon: Vanessa Angel, Hutch Dano, Reggie Lee, Lew Temple

Sebuah keluarga bermasalah terdesak untuk memulakan hidup baru di sebuah rumah baru.

Mereka tidak tahu yang rumah tersebut berpenunggu, ia berlindung di sebalik dinding dan mahu mereka tinggal di rumah itu buat selama-lamanya.

American Assassin

American Assassin

  • Tarikh Tayangan: 14 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Ngeri
  • Pelakon: Dylan O'Brien, Michael Keaton, Taylor Kitsch

Mitch Rapp seorang ejen CIA `black ops` yang telah kehilangan teman wanitanya dalam satu serangan pengganas.

Timbalan Pengarah CIA Irene Kennedy kemudian menugaskan Stan Hurley untuk melatih Mitch untuk memburu dalang di sebalik serangan itu.

Bersama mereka menyiasat serangan rambang terhadap ketenteraan dan orang awam.

Setelah mereka mendapati serangan itu tidak dilakukan secara rawak, mereka bekerjasama dengan seorang ejen Turki untuk menghentikan operasi misteri yang berniat untuk memulakan perang dunia di Timur Tengah.

Kolestrol Vs Cinta

Kolestrol Vs Cinta

  • Tarikh Tayangan: 14 September 2017
  • Bahasa: Melayu
  • Genre: Komedi, Romantik
  • Pelakon: Tiz Zaqyah, Kamal Adli, Ardell Aryana

Filem romantik komedi arahan Eyra Rahman ini berkisarkan tentang seorang wanita bernama Krisya yang telah jatuh cinta terhadap seorang jejaka bernama Irfan.

Bagaimanapun cintanya ditolak kerana Irfan lebih tertarik kepada wanita `berisi`.

Oleh itu, Krisya kini nekad untuk menaikkan badannya demi jejaka impiannya.

Ia dibintangi oleh pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah, Kamal Adli, Siti Elizad, Vicha Saywho, Ardell Aryana dan ramai lagi.

Nails

Nails

  • Tarikh Tayangan: 21 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Seram

Selepas terlibat dengan kemalangan langgar lari, Dana Milgrom lumpuh dan hanya bergantung kepada mesin untuk berkomunikasi dengan orang.

Ketika bersendirian di dalam bilik hospital, dia mendapati kehadiran menakutkan yang dipanggil Nails ada dengannya.

Dengan tiada sesiapa di sisinya, Dana terpaksa meyakinkan doktor dan keluarganya tentang kewujudan Nails yang berniat membunuhnya.

The Mimic

The Mimic

  • Tarikh Tayangan: 21 September 2017
  • Bahasa: Korean
  • Genre: Seram, Ngeri
  • Pelakon: Yum Jung-Ah, Park Hyuk-Kwon, Shin Rin-Ah

Ia berkisarkan tentang mitos di Korea Selatan mengenai Jangsan Tiger, makhluk misteri di sebuah gunung.

Makhluk ini boleh meniru suara manusia dan menggunakannya untuk mengumpan mereka ke dalam perangkapnya.

Sebuah keluarga malang iaitu Hee-yeon, yang mengalami tekanan selepas kehilangan anaknya, dan suaminya yang risaukannya, telah menjadi mangsa makhluk itu apabila dia meniru suara anak mereka yang hilang.

Kingsman: The Golden Circle

Kingsman - The Golden Circle

  • Tarikh Tayangan: 21 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Pengembaraan, Komedi
  • Pelakon: Taron Egerton, Mark Strong, Colin Firth, Julianne Moore, Halle Berry, Channing Tatum

Filem sekuel pengintip yang padat dengan aksi ini akan kembali menyaksikan pengintip muda Eggsy mengyelesaikan misi di luar United Kingdom.

Ia adalah kesinambungan kepada filem "Kingsman: The Secret Service" pada tahun 2014.

The Lego Ninjago Movie

The Lego Ninjago Movie

  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Animasi, Komedi

Diinspirasikan dari permainan Lego, ia mengisahkan tentang enam ninja muda yang ditugaskan untuk melindungi kepulauan rumah mereka yang digelar Ninjago.

Pada waktu malam, mereka adalah pahlawan yang hebat dengan skil yang menakjubkan menentang kejahatan dan raksasa.

Namun pada waktu siang, mereka adalah remaja biasa yang bergelut dengan musuh utama mereka iaitu sekolah tinggi.

Mother!

Mother!

  • Tarikh Tayangan: 28 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Drama, Misteri
  • Pelakon: Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Michelle Pfeiffer, Domhnall Gleeson, Ed Harris

Sepasang kekasih hidup dalam keadaan aman sebelum ia bertukar menjadi sebaliknya selepas beberapa tetamu tidak diundang tiba di rumah mereka.

Hubungan mereka mula diuji dengan kehadiran tetamu tidak dijemput itu.

The Foreigner

The Foreigner

  • Tarikh Tayangan: 28 September 2017
  • Bahasa: Inggeris
  • Genre: Aksi, Ngeri
  • Pelakon: Jackie Chan, Pierce Brosnan, Liu Tao, Katie Leung

Diarahkan oleh Martin Campbell, filem ini dibintangi oleh Jackie Chan, Pierce Brosnan, Liu Tao dan Katie Leung.

Ia mengisahkan tentang seorang pemilik restoran Cina di London yang mahu membalas dendam atas kematian anak perempuannya selepas restorannya dimusnahkan oleh pengganas Irish.

Selamat menonton.

BACA INI JUGA: 5 Filem Seram Terbaik Asia

-SENTIASAPANAS.COM

5 comments

September ni bnyk movie2 menarik.. thanks sharing SP

Dalam banyak2 tu, mungkin Kingsmen je la kot yang saya rasa menarik...

semua cerita bulan ni agak berat..nak cerita yang santai-santai je..cerita animasi ke hehe..pape pun tq share movie baru ni :-)

Berat ke hehe.. Animasi susah sikit. Dah lama saya tak beli kreko, tiada sumber nak cedok. Cerita ringan banyak, nanti saya pos ye ::

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon