Thursday, September 07, 2017

Rahsia Kenapa Tingkap Kapal Terbang Bentuk Bujur

Loading...

Pernah anda terfikir kenapa tingkap kapal terbang berbentuk bujur dan bukannya berbentuk petak atau mungkin bulat?

Tingkap Bujur

Pada tahun 1953, terdapat kes tiga buah kapal terbang yang terhempas, mengakibatkan lebih kurang 43 nyawa terkorban.

Persamaan punca nahas ketiga-tiga pesawat tersebut adalah disebabkan mempunyai bentuk tingkap yang sama iaitu petak.

Berikutan itu maka bermulalah penciptaan tingkap kapal terbang berbentuk bujur.

Sejarah penciptaan itu bermula apabila terdapat sebuah industri penerbangan pada ketika itu ingin menjimatkan penggunaan minyak.

Bagi menjimatkan penggunaan minyak kapal terbang, ia perlu terbang tinggi dengan altitud 30,000 kaki.

Ini kerana, pada ketinggian itu ketumpatan udara adalah lebih rendah dan boleh mengurangkan geseran pada kapal terbang.

Tingkap Bujur

Bagaimanapun, untuk melakukan penerbangan setinggi itu, tekanan dalam kapal terbang perlu dikekalkan bagi membolehkan para penumpang bernafas seperti biasa.

Ketika mencapai tahap altitud yang tinggi, tekanan pada bahagian badan kapal terbang akan semakin berkurang namun tekanan di dalam tidak akan berubah sama sekali.

Kesan perbezaan tekanan ini akan menyebabkan badan kapal terbang sedikit mengembang dan perubahan ini akan mengakibatkan ketegangan terhasil lalu mengalir dalam bahan tersebut.

Ketegangan yang semakin bertambah inilah yang menjadi faktor utama badan kapal terbang tersebut rosak dan lagi teruk, patah!

Selain itu, terdapat juga faktor lain yang menyumbang kepada perkara itu.

Tingkap Bujur

Salah satunya bentuk bahan itu sendiri di mana, dalam kapal terbang bentuk tingkap merupakan antara faktor yang boleh memberi impak tinggi kepada ketegangan yang terhasil.

Apabila ketegangan berlaku, secara tidak langsung ia perlu mengubah arah melalui tingkap yang dipasang pada kapal terbang tersebut.

Perubahan arah ini akan menghasilkan tekanan yang tinggi pada bahagian tertentu terutamanya pada bucu tingkap.

Keadaan ini akan mengakibatkan badan kapal terbang retak atau akan pecah lalu menyebabkan ia terhempas.

Tingkap Bujur

Kebanyakan pakar telah membuat kajian terhadap kes kapal terhempas itu dan menemui penyelesaiannya, iaitu dengan menghasilkan tingkap berbentuk bujur.

Mereka menemui teori di mana tingkap yang berbentuk bujur akan menghasilkan tekanan yang lebih rendah berbanding tingkap berbentuk petak.

Inilah sebabnya mengapa tingkap kapal terbang itu berbentuk bujur sehingga ke hari ini.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

1 comments so far

Fuh ada konsep fizik kat situ :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon