Saturday, December 03, 2016

Liu Miaomiao Dinobat Pramugari Paling Cantik Di Dunia 2016

Liu Miaomiao Dinobat Pramugari Paling Cantik Di Dunia 2016

Wanita cantik berasal dari Xi'an, Liu Miaomiao, dinobat sebagai pramugari paling cantik di dunia dalam satu pertandingan yang dianjurkan World Air Stewardess Association (WASA).

Liu Miaomiao

Liu memulakan kerjaya sebagai atendan penerbangan di Shenzhen Airlines pada tahun 2010 selepas melalui pelbagai satu siri ujian yang ketat.

Liu Miaomiao

Dalam tempon latihan orientasi selama tiga bulan, Liu dan rakan-rakanya dikehendaki mengimbangi mangkuk di atas kepada untuk membentuk postur badan yang sempurna serta menggigit penyepit kayu untuk mengamalkan senyuman yang sempurna.

Liu Miaomiao

Memetik China Daily, wanita itu kemudian dinaikkan pangkat kepada ketua atendan pada tahun 2014.

Liu Miaomiao

Bercerita mengenai pengalamannya sepanjang bertugas, Liu berkata, ada satu ketika, dia menghadapi cabaran berdepan dengan penumpang yang hilang sabar selepas satu penerbangan dari Beijing terpaksa ditangguhkan, namun dia hanya menenangkan mereka dengan senyumannya.

Liu Miaomiao

Pada akhir penerbangan, beberapa penumpang tersebut membuat memohon maaf kepadanya di atas kelakuan buruk mereka.

Liu Miaomiao

Dalam pada itu, Liu berkata, kerjayanya membuatkan dia berasa bangga kerana dengan profesionalisme akan memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjadi atendan penerbangan apabila mereka besar nanti.

BACA INI JUGA: 10 Pramugari AirAsia Malaysia Paling Cantik

Sumber: SH

Tradisi 'Ala Kachuu' Kyrgyzstan, Budaya Culik Gadis Untuk Dikahwini Secara Paksa!

Tradisi 'Ala Kachuu' Kyrgyzstan, Budaya Culik Gadis Untuk Dikahwini Secara Paksa!

Di Kyrgyzstan, sehingga 40 peratus wanita di negara itu berkahwin selepas diculik lelaki yang mahu menjadi suami mereka dalam tradisi yang digelar ala kachuu atau ‘culik dan lari’.

Ala Kachuu

Dua pertiga daripada kes penculikan pengantin perempuan ini biasanya tanpa persetujuan mereka manakala dalam beberapa kes, ia adalah sebahagian daripada rancangan ‘kahwin lari’ di bawah perbuatan menyalahi undang-undang yang diamalkan sejak 1994.

Biasanya, bakal pengantin lelaki akan mengumpulkan rakannya dan mencari wanita yang mahu dikahwininya.

Wanita yang berjaya mencuri hatinya, kemudiannya diheret tanpa belas kasihan dan dibawa terus ke rumah lelaki tersebut yang mana ahli keluarga lelaki tersebut biasanya telah membuat persediaan untuk majlis perkahwinan mereka.

Jika membuat carian Kyrgyzstan bride kidnapping di YouTube, anda akan dapat lihat kekejaman amalan itu.

Ala Kachuu

Mangsa tradisi ala kachuu itu biasanya terdiri daripada wanita muda atau remaja perempuan yang berusia di bawah usia 18 tahun.

Ada pasangan menganggap amalan ini sebagai satu cara untuk mengelak daripada membayar hantaran kahwin atau berkahwin dengan pilihan mereka sendiri.

Akibat tindakan segelintir pasangan terbabit, beberapa pemerhati melihat ia sebagai bukan sesuatu isu yang serius.

Perkara yang menjadi persoalan adalah walaupun budaya yang dilihat seakan menindas golongan wanita itu adalah satu jenayah di Kyrgyzstan, pesalah yang melakukan kesalahan itu jarang didakwa.

Ala Kachuu

Laporan dikeluarkan Jawatankuasa Pembanterasan Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw) pada tahun lalu turut menzahirkan kebimbangan mereka terhadap amalan itu yang dibenarkan dalam masyarakat dan dilakukan sewenang-wenangnya.

Menurut Cedaw, masyarakat hanya mengambil pendekatan berdiam diri dan penculikan seumpama itu kurang dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana dianggap sebagai ‘isu peribadi’.

“Kerajaan sedang mengambil langkah untuk menangani isu ini, namun masih banyak perkara perlu dilakukan termasuk penguatkuasaan undang-undang sebenar, pendidikan awam dan memperkasakan wanita di Bishkek,” jelas laporan itu yang turut menyatakan statistik rasmi berhubung budaya ala kachuu tidak pernah wujud.

BACA INI JUGA: Keunikan Tarian Pemikat Wodaabe Ketika Pesta Gerewol

Sumber: SH

Friday, December 02, 2016

Pramugara Dedah Rahsia Terselamat Nahas Ngeri Pesawat CP-2933

Pramugara Dedah Rahsia Terselamat Nahas Ngeri Pesawat CP-2933

Seorang kru pesawat CP-2933 yang terhempas, Erwin Tumiri yang terselamat dalam nahas pesawat membawa pasukan bola sepak Chapecoense menceritakan detik-detik ngeri ketika pesawat mula menjunam.

Erwin Tumiri CP-2933

Erwin Tumiri, yang merupakan salah seorang daripada enam mangsa yang terselamat memberitahu, ketika kejadian suasana huru-hara sementara penumpang pula ketakutan.

Ini menyebabkan ramai yang meninggalkan tempat duduk masing-masing dan mereka menjerit semasa pesawat CP-2933 itu mula terhempas.

Erwin Tumiri CP-2933

Bercerita bagaimana dia masih hidup, Erwin mendedahkan di terselamat kerana membentukkan badannya seperti bayi dalam janin ketika pesawat mula menjunam.

Menurutnya, ketika nahas itu ‘dia mematuhi langkah keselamatan’ seperti yang disarankan.

Erwin Tumiri CP-2933

“Saya letakkan beg antara kaki saya dan membentuk kedudukan bayi dalam janin – sebagaimana yang disyorkan ketika berlaku insiden tidak diingini.

“Ketika kejadian, ramai yang berdiri dari tempat duduk mereka dan menjerit,” katanya kepada stesen Fox Sports Argentina.

Sementara itu, seorang lagi pramugari terselamat, Ximena Suarez, memberitahu ketika pesawat sedang menjunam, lampu tiba-tiba terpadam.

“Saya tidak ingat bagaimana ia berlaku,” katanya menurut laporan Deportes RCN.

Erwin Tumiri CP-2933
Ximena Suarez.

Seramai 71 penumpang maut dalam nahas pesawat berkenaan yang dilaporkan terhempas selepas dipercayai kehabisan minyak.

Pesawat sewaan khas LAMIA terhempas di kawasan pergunungan berdekatan bandar Medellin.

Chapocoense Real

Gambar diatas diambil pada 24 November 2016, menunjukkan pasukan bola sepak Chapocoense Real ketika beraksi dalam peringkat separuh akhir di Brazil.

Pesawat tersebut membawa 81 orang, termasuk ahli pasukan Chapocoense Real iaitu pasukan bola sepak Brazil yang sepatutnya beraksi dalam perlawanan akhir Copa Sudamericana.

BACA INI JUGA: 10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia

Sumber: Mynewshub

Penjelasan Rasmi Eco-Shop Isu Alas Kaki Ada Cebisan Al-Qur'an Yang Viral

Penjelasan Rasmi Eco-Shop Isu Alas Kaki Ada Cebisan Al-Qur'an Yang Viral

Berikutan isu alas kaki mengandungi cebisan Al-Qur'an yang viral di laman sosial, pihak Eco-Shop telah tampil membuat penjelasan menerusi laman Facebook.

Viral alas kaki

Merujuk kepada notis rasmi yang dikeluarkan pada 30 November 2016 mengenai kejadian alas kaki yang mengandungi ayat Al-Quran, pembekal alas kaki ECO Shop Sdn Bhd, Deluxeware Trading, telah membuat satu kenyataan rasmi.

Deluxeware Trading menjelaskan bahawa alas kaki yang mengandungi ayat Al-Qur'an berasal daripada pembekal di Indonesia, CV Putra Abadi.

ECO+SHOP

Jabatan Agama Islam Melaka juga sudah menjalankan siasatan yang teliti terhadap Deluxeware Trading dan tindakan undang-undang akan dikuatkuasakan.

Deluxeware Trading juga menegaskan bahawa sebarang soal siasat tidak akan melibatkan ECO Shop Sdn Bhd.

ECO+SHOP

Walau bagaimanapun, ECO Shop amat memahami kepentingan untuk bertanggungjawab dalam sektor sosial dan memainkan peranan penting untuk membawa barangan yang terbaik kepada semua pelanggan.

ECO Shop ingin mewakili semua anggota ECO Shop Sdn. Bhd. meminta maaf akan kelalaian terhadap kejadian ini. Sekali lagi, segala kesulitan amat dikesali.

ECO+SHOP

Untuk pelanggan yang telah membeli alas kaki daripada kedai kami, dengan sukarela kami membenarkan pertukaran kepada produk lain dalam tempoh tiga (3) hari, sehingga 3 Disember 2016 (resit pembelian perlu disertakan untuk membuat pertukaran).

Sekian, terima kasih.

BACA INI JUGA: Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

-SENTIASAPANAS.COM

6 Gunung Pelangi Warna-warni Paling Menakjubkan Di Dunia

6 Gunung Pelangi Warna-warni Paling Menakjubkan Di Dunia

Salah satu surah di dalam Al-Qur'an, tepatnya dalam Surah Al Fathir [35] ayat 27 di mana Allah SWT telah lama mengungkap rahasia adanya gunung pelangi yang berwarna-warni seperti yang diceritakan di dalam Al-Qur'an.

“Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.” [QS: Al Fathir [35]: 27]

Terlintas sahaja gunung berwarna-warni, sudah tentunya anda akan terbayangkan pergunungan Rainbow Mountains (Gunung Pelangi) yang terletak di Zhangye Danxia, di China bukan?

Ya, itu mungkin yang paling popular, tetapi tahukan anda ada juga negara lain yang mempunyai gunung berwarna-warni semulajadi?

Di sini kami senaraikan 6 lagi negara yang mempunyai gunung berwarna-warni.

Buat yang suka berkelana, destinasi ini mungkin boleh dimasukan dalam senarai impian anda nanti. Memang cantik sungguh!

Zhangye Danxia, China

Zhangye Danxia

Tidak asing lagi, gunung pelangi Zhangye Danxia yang terletak di daerah Gansu, China ini antara yang paling tersohor di dunia.

Warna-warni dipergununan ini adalah campuran pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak 24 juta tahun dahulu.

Gunung Zhangye Danxia merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan yang unik ada di China dan gunung ini juga turut disenaraikan dalam senarai warisan dunia UNESCO.

Brennisteinsalda, Iceland

Brennisteinsalda

Gunung pelangi Brennisteinsalda yang terletak Landmannalaugar ini dinobatkan sebagai gunung paling cantik yang ada di Iceland.

Jika anda datang ke sini, jangan lepaskan peluang melihat sendiri keindahan Brennisteinsalda.

Warna hitam dan biru yang terdapat pada gunung ini terhasil dari kesan abu dan lava, manakala warna merah pula berupa kandungan besi dan warna hijau adalah lapisan lumut yang meliputi kawasan berbatu.

Rainbow Mountain, Peru

Rainbow Mountain, Peru

Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan Gunung pelangi di Peru ini, namun kecantikan gunung ini tidak terkalah hebatnya.

Peru Rainbow Mountain atau dikenali dengan nama Vinicunca atau Yauricunca ini terletak di kawasan kawasan Pegunungan Andes.

Untuk sampai ke sini, anda terpaksa melalui trek yang mencabar dan mengambil masa selama beberapa hari.

Yang suka pengembaraan ekstrim bolehlah cuba menjejak gunung pelangi ini jika berkunjung ke Peru.

Painted Hills Oregon, Amerika Syarikat

Painted Hills Oregon

Dinamakan sebagai Painted Hill disebabkan warna gunungnya yang kelihatan seperti dicat.

Menurut Amusing Planet, kemungkinan besar Painted Hills terbentuk lebih dari 35 juta tahun yang lalu hasil dari lapisan abu vulkanik ketika daerah tersebut masih berupa dataran sungai.

Sekarang, tempat ini menjadi kebanggaan buat penduduk di Wheeler County, Oregon.

Cerro de los Siete Colores, Argentina

Cerro de los Siete Colores

Susah benar mahu menyebut nama gunung yang satu ini. Gunung Cerro de los Siete Colores atau dalam bahasa inggeris digelar The Hill of Seven Colors.

Terletak di daerah Quebrada de Purmamarca, Argentia, gunung ini mempunyai 7 lapisan warna yang berbeza.

Seven Coloured Earths of Chamarel, Mauritius

Seven Coloured Earths of Chamarel

Seven Coloured Earths atau dipanggil dengan nama Terres des Sept Couleurs ini terletak di daerah Chamarel, Distrik Rivire Noire, barat daya Mauritius.

Tidak hanya unik, pasir di sini juga sangat ajaib. Ia boleh dilihat apabila anda cuba mencampurkan pasir di Seven Coloured Earths.

Secara automatik, pasir ini akan perlahan-lahan mengasingkan diri sesuai mengikut warnanya.

BACA INI JUGA: 10 Gunung Paling Sukar Ditakluki Di Dunia

Sumber: Amenoworld

5 Anak Iblis Yang Ditugaskan Mengganggu Manusia

5 Anak Iblis Yang Ditugaskan Mengganggu Manusia

Ada beberapa nama Iblis yang mempunyai sumber yang sahih iaitu dalam hadis riwayat Abdullah bin Muhammad bin Ubaid daripada Mujahid.

Iblis

“Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A’war, Masuth, Dasim dan Zalambur. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah: A’war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri, manakala Zalambur, menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar”.

Dalam artikel Dr. Amran Kasimin, dalam kitab Raji Al-Asmar iaitu Al-Jin, ada menyebut nama Al-Ghaddar, Al-Khabil dan Al-Hajis iaitu nama-nama jin jahat yang mengganggu manusia.

Al-Khabil misalnya dirujuk sebagai jin yang merasuk manusia yang boleh menyebabkan gila, Al-Hajis ialah jin khas yang boleh menyebabkan manusia berasa waswas, dan juga yang membisikkan telinga manusia agar timbul waswas.

Nama jin lain yang disebut ialah At-Tabi’ ataupun Qarin, yang hidup bersama dengan manusia, ia terdiri daripada lelaki dan perempuan, manakala Al-Hatif ialah jin yang suaranya dapat didengar oleh manusia tetapi tidak dapat dilihat.

Jin yang dinamakan Al-Amir tinggal di tempat tertentu di tempat tinggi seperti di kemuncak gunung, di lembah-lembah, rumah yang ditinggalkan, di kubur atau di bumbung rumah.

Nama lain ialah Asy-Syaqq iaitu syaitan yang boleh menjelma separuh bentuk manusia yang kadang-kadang mengganggu manusia ketika musafir keseorangan.

Nama lain yang lebih dikenali ialah al-Wilha, iaitu golongan jin yang mengganggu manusia ketika mengambil air sembahyang, menyebabkan seseorang itu mengambil wuduk berulang kali.

Manakala Khanzab ialah syaitan yang mengganggu manusia ketika mendirikan sembahyang, menyebabkan seseorang itu berniat berulang kali, memesongkan ingatan manusia kepada peristiwa di luar sembahyang menyebabkan hilang rasa khusyuk.

Demikianlah beberapa info mengenai perihal Jin, Iblis dan Syaitan.

Sama-samalah kita renungkan bagi memperbaiki mutu amalan kita di samping mengurangkan sedikit demi sedikit amalan buruk kita selama ini. Insya-Allah.

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA: Misteri Kitab Iblis, Codex Gigas!

Sumber: FLI

Kisah Bertentang Mata Dengan Mona Fandey

Kisah Bertentang Mata Dengan Mona Fandey

Pada hari pertama Mona Fandey bersama dua orang lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub, Pahang, pada awal 1993, atas tuduhan membunuh, saya bergerak jam 6.30 pagi dari Kuala Lumpur, untuk membuat liputan kes itu.

Mona Fandey

Sepanjang jalan sejauh 107 kilometer itu, seribu satu soalan bermain dalam fikiran tentang kes paling ngeri yang pernah berlaku di negara ini.

Lega rasanya apabila saya dapati kerusi wartawan di galeri awam mahkamah masih kosong semasa saya tiba.

Jam 9 pagi lagi saya sudah mengambil tempat betul-betul di belakang kandang tertuduh, tempat paling strategik untuk tidak terlepas daripada apa sahaja yang akan disebut dalam perbicaraan.

Rupa-rupanya kes Mona Fandey berlangsung sebelah petang. Sebelah pagi mahkamah mendengar kes lain; kes pembunuhan juga. Mangsanya seorang penjual karpet warga asing yang didakwa ditanam selepas dibunuh akibat cemburu.

Apabila Mona Fandey, suaminya Mohd Nor Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka, Juraimi Hussein dibawa keluar dari kenderaan polis di depan mahkamah, petang itu, suasana jadi kecoh.

Orang ramai berkerumun di sekitar mahkamah. Ramai memandang mereka. Ada bercakap sesama sendiri, tetapi ada juga yang jerit marah-marah.

Peliknya, sama ada di luar mahkamah atau di kandang tertuduh, Mona Fandey tidak kelihatan seperti orang berhadapan dengan kes yang begitu berat hukumannya.

Sekejap-sekejap dia bercakap dengan suaminya, melihat orang sekelilingnya, bahkan mampu tersenyum.

Juraimi sahaja lebih banyak diam.

Saya tidak boleh lupa dengan reaksi saya sendiri berhadapan dengan keadaan di mahkamah petang itu.

Setiap kali Mona Fandey menoleh ke belakang, saya akan larikan pandangan atau turut toleh ke belakang.

Saya berada hanya sedepa di belakangnya dan saya kira setiap kali dia menoleh ke belakang, sayalah orang pertama yang mencuri pandangannya.

Barangkali saya tidak berani bertentang mata dengan wanita yang berhadapan dengan kes yang mengerikan itu hingga menggemparkan seluruh negara.

Ketika tuduhan dibaca, barulah kelihatan Mona Fandey berdiam diri. Seluruh ruang mahkamah turut senyap sunyi.

Itu adalah hari pertama kes itu dibawa ke Mahkamah Sesyen Raub. Perbicaraan ditangguhkan, selepas pihak mahkamah mencatat butir-butir berkaitan penahanan mereka yang dituduh, barang-barang bukti dan jadual untuk perbicaraan selanjutnya.

Sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari mahkamah, keadaan riuh-rendah bermula kembali, tetapi sikap mereka, terutama Mona Fandey, bersahaja.

Seperti ketika tiba dan berada di kandang tertuduh, Mona Fandey, walaupun dengan tangan bergari dan dikawal ketat anggota polis. masih mampu tersenyum dan seolah-olah bergaya di hadapan jurugambar.

Petang itu dia berpakaian baju hitam berbunga terang dan berseluar, pakaian yang nampak lebih sesuai untuk seorang artis.

Bahkan Mona Fandey, yang pada suatu masa pernah menjadi penyanyi, dikatakan pernah menyebut di luar mahkamah, “Macam ramai pula peminat”, setelah nampak ramai yang berkerumun.

Selesai sahaja perbicaraan itu, saya bergegas ke rumah rehat yang tidak jauh dari situ, menaip berita di komputer riba dan menghantar laporan ke ibu pejabat. Laporan dan gambar kes Mona Fandey itu disiarkan di muka depan hampir semua akhbar tempatan.

Kes pembunuhan kejam itu seterusnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh yang diliputi oleh wartawan mahkamah.

Bersama Mohd Nor Affandi, 45, dan Juraimi, 32, Mona Fandey, 46, dihukum gantung sampai mati pada pagi 2 November 2001 pada usia 45, di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi Temerloh, pada 1995, memutuskan mereka bersalah membunuh Adun Batu Talam, Raub, Pahang, Datuk Mazlan Idris, di sebuah rumah di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, pada 1993.

Kes itu merupakan satu daripada perbicaraan juri yang terakhir di Malaysia.

Sifat sensasi kes berkenaan menyumbang ke arah keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan sistem juri dan semua perbicaraan pihak juri telah dimansuhkan pada 1 Januari, 1995.

BACA INI JUGA: Pasangan Penjenayah Kejam Yang Sangat Terkenal

Sumber: SH

Mohammed Nama Bayi Kedua Paling Popular Di UK 2016

Mohammed Nama Bayi Kedua Paling Popular Di UK 2016

Senarai baru nama bayi telah dikeluarkan di Britain dengan nama Mohammed menjadi nama kedua paling popular untuk lelaki di negara berkenaan pada tahun 2016.

Mohammed-UK

Sementara nama `Oliver’ menduduki senarai paling popular dan menjadi pilihan ibu bapa di Britain.

Selain itu, nama-nama watak dalam filem turut dipilih untuk dinamakan kepada anak–anak mereka termasuk Kylo, Harley dan Leia.

Manakala nama-nama anak selebriti yang agak pelik juga menjadi pilihan dengan ramai ibu bapa memanggil anak mereka River, sama seperti yang dilakukan oleh Jamie Oliver.

Tidak kurang pula yang menggelar anak mereka Kai, iaitu nama anak bintang bola sepak Wayne Rooney.

Selain itu, nama-nama seperti Lily, Poppy, Daisy dan Holly turut berada dalam carta, menurut BabyCentre.

BACA INI JUGA: 6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!

Sumber: Mynewshub

Thursday, December 01, 2016

Michael “Jim” Delligatti, Pencipta Burger Big Mac Meninggal Dunia

Michael “Jim” Delligatti, Pencipta Burger Big Mac Meninggal Dunia

Pencipta burger `Big Mac’ iaitu salah satu hidangan makanan segera yang paling ikonik di McDonald, telah meninggal dunia pada usia 98 tahun.

Big_Mac_hamburger

Michael “Jim” Delligatti, yang disifatkan sebagai seorang lagenda, telah menghasilkan menu berkenaan pada 1967.

Beliau telah mencadangkan supaya bahan-bahan dalam burger itu ditambah, untuk menjadikan burger itu lebih besar.

Jim memiliki restoran makanan segera itu di Amerika Syarikat pada 1950-an ketika beliau mencipta menu Big Mac itu di restorannya di Uniontown di Pennsylvania.

Michael “Jim” Delligatti

Selepas mencipta burger berkenaan, Jim telah membuka 48 cawangan McDonald, menjadikan beliau sebagai salah seorang franchise terbesar dalam sejarah syarikat restoran segera tersebut.

BACA INI JUGA: Sebiji Burger Berharga RM704 Di Venezuela!

Sumber: Mynewshub

Cebisan Ayat Al-Qur'an Dalam Alas Kaki, Eco Shop Malaysia Mohon Maaf!

Cebisan Ayat Al-Qur'an Dalam Alas Kaki, Eco Shop Malaysia Mohon Maaf!

Masyarakat Islam di Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan berita penemuan cebisan ayat al-Qur'an dalam alas kaki.

Menghina Al-Qur'an

Berita yang tersebar di laman sosial khususnya WhatsApp, sebelumnya dilaporkan berlaku di Indonesia.

Seorang pengguna Facebook di Malaysia kemudiannya mendedahkan alas kaki yang dibeli, mengandungi ayat suci al-Qur'an selepas ia dikoyak dengan gunting.

Seorang guru, Kamariah Ali, tergerak hati untuk memeriksa alas kaki di rumah, susulan daripada penyebaran berita itu.

Kamariah+Ali

Hasilnya, dia amat terkejut apabila mendapati, memang terdapat cebisan ayat al-Qur'an dalam alas kaki yang digunakannya di rumah.

“Petang tadi (Khamis) ada sampai (mesej) WhatsApp pasal alas kaki ada ayat al-Qur'an.

“Apabila balik di rumah, (saya) periksa, rupa-rupanya (alas kaki saya) ada juga,” tulisnya lanjut.

Kamariah, dalam satu jawapan yang diberikan di ruangan komen, memaklumkan alas kaki itu dibeli di sebuah kedai harga murah di pinggir bandar.

Mohon Maaf Alas Kaki Ada Cebisan Al-Qur'an

ECO Shop Malaysia

Eco Shop Malaysia, kemudiannya telah menjalankan siasatan dan menghentikan penjualan alas kaki itu berkuat kuasa serta merta.

"Pihak kami meminta maaf kepada semua pelanggan dan ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah berniat untuk menghina mana-mana agama dan kepercayaan," kenyataan itu menyebut.

Mereka juga berharap semua pihak dapat bersabar dan memberi masa untuk siasatan dijalankan.

Alas Kaki Mengandungi Cebisan Al-Qur'an Di Indonesia

Sebelum kejadian di Malaysia, pengguna internet di Indonesia digemparkan dengan penemuan ayat-ayat al-Qur'an di dalam alas kaki yang terkoyak, lapor portal The Reporter.

Kertas yang mengandung ayat-ayat suci itu ditemui oleh lelaki di Indonesia ketika isterinya sedang mencuci alas kaki berkenaan 27 November 2016 lepas.

Menurut portal itu lagi, yang memetik Republika, dua alas kaki itu dibeli dari sebuah kedai di pasar Prambanan, Yogyakarta.

Pada Februari 2016 lalu, lapor Sinar Harian, tindakan telah diambil terhadap pemilik sebuah kedai serbaneka dan pemborong yang menjual ratusan alas kaki mengandungi ayat al-Quran.

Dua premis perniagaan itu beroperasi di Taman Teratai dan Johor Jaya, di Johor Baru.

Tindakan Tegas Kepada Pengilang

Menghina Al-Qur'an

Dalam pada itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dilaporkan telah membuka kertas siasatan selepas menerima aduan rasmi daripada pengguna.

JHEAT dilaporkan akan mengadakan operasi dan mengambil tindakan ke atas pihak terbabit.

Pengeluar dan penjual alas kaki tersebut boleh dikenakan hukuman menurut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu.

Jika sabit kesalahan, pihak terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 dan tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

BACA INI JUGA: Kenapa Islam Haramkan Melukis Gambar Wajah Nabi Muhammad?

Sumber: AA | TMM