Aug 27, 2016

Keunikan Tarian Pemikat Wodaabe Ketika Pesta Gerewol

Apabila tiba bulan Jun hingga Oktober, kawasan tengah Nigeria mula mengalami kemarau. Kolam dan lopak air menjadi kering secara beransur-ansur.

Pesta Gerewol

Suasana itu menunjukkan padang rumput Savana seolah-olah bakal berdepan dengan bencana. Kawanan haiwan daripada pelbagai spesis juga sudah berebut-rebut mengerumuni lopak air baru.

Ada yang bergaduh sesama sendiri, namun disebalik suasana itu, gerombolan masyarakat Wodaabe kelihatan begitu bersemangat mengemas barang seolah-olah mereka akan berpindah ke satu tempat lain seperti kawanan haiwan yang berpindah dari sebuah lopak air ke satu lopak air yang lain.

Tidak lama selepas itu, angin kering gurun yang dikenali sebagai harmatan mula bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Kemunculan angin ini sebenarnya menjadi petanda kepada Wodaabe untuk menyiapkan diri ke gurun utara bagi meraikan pesta Gerewol.

Gerewol atau dikenali sebagai pesta percintaan adalah satu perayaan tradisi yang diraikan puak-puak dari suku kaum Taboo yang mendiami kawasan tengah Niger.

Gerewol - Wodaabe

Wodaabe merupakan salah satu upacara yang dilakukan sebagai usaha untuk mencari jodoh dan memulakan kehidupan sebagai suami isteri.

Namun begitu, ada pengkaji mengklasifikasikan pesta ini sebagai pesta mengekalkan bangsa kerana matlamat pesta ini adalah untuk mengekalkan zuriat bangsa tulin Wodaabe.

Justeru ramai pihak melihat pesta ini sebagai majlis mencari pasangan hidup. Soalnya kenapakah bangsa ini mahu mengekalkan ketulinan original kaumnya?

Mengikut beberapa sumber bacaan, pada tahun 1983, bilangan puak Wodaabe dianggarkan sekitar 45 ribu orang saja.

Puak ini sebenarnya terkenal dengan seni kecantikan diri. Baik lelaki mahupun perempuan, kecantikan dijadikan sebagai asas utama dalam kehidupan mereka seharian. Justeru berhias merupakan satu tatacara hidup yang wajib diamalkan oleh semua orang.

Gerewol - Wodaabe

Puak Wodaabe bercakap dalam bahasa Fula, salah satu bahasa yang dituturkan tanpa ada tulisan. Oleh itu, penutur bahasa ini cuma kenal bunyi dan ia tidak ada huruf untuk ditulis.

Dalam bahasa Fula, bunyi Wo bermaksud 'pantang'. Bunyi Aa atau E pula membawa maksud 'rakyat yang berpantang larang'.

Sebab itu ada sesetengah suku lain menterjemahkan Wodaabe sebagai orang-orang yang menghormati pantang larang.

Meskipun begitu, pada abad ke-17, semasa era pendudukan dan penjajahan bangsa Eropah dikawasan Afrika, Wodaabe diberi nama sebagai Bororo.

Istilah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai bermaksud 'Lembu Feluni' iaitu merujuk kepada maksud 'Orang-orang yang tinggal dalam kem lembu'.

Gerewol - Wodaabe

Sementara itu, apabila hujan mulai mencurah di kawasan selatan, kumpulan-kumpulan kecil Wodaabe sudah mula sampai kesebuah kawasan tanah rata untuk meraikan pesta Gerewol.

Lokasi yang dipilih untuk pesta ini telah ditentukan. Oleh itu, puak ini sudah jelas tentang pesta yang bakal mereka lakukan tidak lama lagi.

Kebiasaannya, dikawasan itu sudah ada pondok-pondok yang didirikan untuk menampung jumlah masyarakat ini. Selepas sebulan berkumpul, akhirnya pesta ini dimulakan.

Pada hari tersebut, semua lembu akan disimpan dikandang khas yang telah didirikan. Sesuatu yang agak pelik mengenai kaum ini ialah, mereka tidak perlu bimbang tentang penipuan kerana lembu setiap keluarga diajar untuk mengenali tuannya. Sistem itu menyebabkan tidak ada orang yang boleh mengambil lembu orang lain.

Apabila menjelang saja fajar hari Gerewol, para wanita Wodaabe akan menyanyikan sebuah lagu unik.

Lagu itu berbunyi seperti ini, ”Bintang pagi telah datang. Anda gadis cantik dan anda lelaki menawan, bangunlah. Hari gerewol telah bermula”.

Gerewol - Wodaabe

Nyanyian itu menandakan para lelaki dalam kaum ini akan mula menghiaskan diri mereka secantik Ewleh untuk memulakan pertandingan lelaki tampan dalam puak ini.

Pelbagai perkara pelik dapat dilihat ketika lelaki dalam puak ini menghias diri. Ada yang membuat tatu puak, mencukur kepala untuk memperlihatkan kepala yang lonjong dan panjang selain mengenakan palbagai perhiasan, rantai dan cincin.

Sesuatu yang pasti, semua orang akan mewarnakan muka mereka dan melukis garisan melintang di bahagian pipi.

Pada peringkat awal, pertandingan gigi cantik akan dimulakan dahulu sebelum pertandingan mata dengan disusuli tarian unik seorang pemikat.

Gaya dan persembahan setiap individu sebenarnya sedang diperhatikan oleh gadis-gadis yang sedang nnencari pasangan hidup.

Selepas beberapa ketika, si gadis yang menjadi penonton akan memilih siapakah lelaki yang menjadi juara mereka.

Lazimnya, pemilihan ini dibuat mengikut kriteria yang diingini si gadis itu terhadap le1aki yang mereka ingin kahwini.

Gerewol - Wodaabe

Keadaan itu mewujudkan suasana semua lelaki yang bertanding akan menjadi juara. Kadang kala ada sesetengah juara menjadi rebutan ramai gadis.

Mengikut tradisi puak ini, lelaki itu berhak untuk mengahwini semua gadis yang memilihnya dan perkara itu tidak menjadi masalah.

Bagaimanapun, jika lelaki itu tidak dipilih oleh mana—mana gadis, dia layak untuk bértanding lagi pada tahun depan.

BACA INI JUGA: Sejarah Dan Proses Pembuatan Kiswah, Kain Penutup Kaabah

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon