Dec 2, 2016

5 Anak Iblis Yang Ditugaskan Mengganggu Manusia

Ada beberapa nama Iblis yang mempunyai sumber yang sahih iaitu dalam hadis riwayat Abdullah bin Muhammad bin Ubaid daripada Mujahid.

Iblis

“Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A’war, Masuth, Dasim dan Zalambur. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah: A’war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri, manakala Zalambur, menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar”.

Dalam artikel Dr. Amran Kasimin, dalam kitab Raji Al-Asmar iaitu Al-Jin, ada menyebut nama Al-Ghaddar, Al-Khabil dan Al-Hajis iaitu nama-nama jin jahat yang mengganggu manusia.

Al-Khabil misalnya dirujuk sebagai jin yang merasuk manusia yang boleh menyebabkan gila, Al-Hajis ialah jin khas yang boleh menyebabkan manusia berasa waswas, dan juga yang membisikkan telinga manusia agar timbul waswas.

Nama jin lain yang disebut ialah At-Tabi’ ataupun Qarin, yang hidup bersama dengan manusia, ia terdiri daripada lelaki dan perempuan, manakala Al-Hatif ialah jin yang suaranya dapat didengar oleh manusia tetapi tidak dapat dilihat.

Jin yang dinamakan Al-Amir tinggal di tempat tertentu di tempat tinggi seperti di kemuncak gunung, di lembah-lembah, rumah yang ditinggalkan, di kubur atau di bumbung rumah.

Nama lain ialah Asy-Syaqq iaitu syaitan yang boleh menjelma separuh bentuk manusia yang kadang-kadang mengganggu manusia ketika musafir keseorangan.

Nama lain yang lebih dikenali ialah al-Wilha, iaitu golongan jin yang mengganggu manusia ketika mengambil air sembahyang, menyebabkan seseorang itu mengambil wuduk berulang kali.

Manakala Khanzab ialah syaitan yang mengganggu manusia ketika mendirikan sembahyang, menyebabkan seseorang itu berniat berulang kali, memesongkan ingatan manusia kepada peristiwa di luar sembahyang menyebabkan hilang rasa khusyuk.

Demikianlah beberapa info mengenai perihal Jin, Iblis dan Syaitan.

Sama-samalah kita renungkan bagi memperbaiki mutu amalan kita di samping mengurangkan sedikit demi sedikit amalan buruk kita selama ini. Insya-Allah.

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA: Misteri Kitab Iblis, Codex Gigas!

Sumber: FLI

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon