Saturday, December 03, 2016

Tradisi 'Ala Kachuu' Kyrgyzstan, Budaya Culik Gadis Untuk Dikahwini Secara Paksa!

Loading...

Di Kyrgyzstan, sehingga 40 peratus wanita di negara itu berkahwin selepas diculik lelaki yang mahu menjadi suami mereka dalam tradisi yang digelar ala kachuu atau ‘culik dan lari’.

Ala Kachuu

Dua pertiga daripada kes penculikan pengantin perempuan ini biasanya tanpa persetujuan mereka manakala dalam beberapa kes, ia adalah sebahagian daripada rancangan ‘kahwin lari’ di bawah perbuatan menyalahi undang-undang yang diamalkan sejak 1994.

Biasanya, bakal pengantin lelaki akan mengumpulkan rakannya dan mencari wanita yang mahu dikahwininya.

Wanita yang berjaya mencuri hatinya, kemudiannya diheret tanpa belas kasihan dan dibawa terus ke rumah lelaki tersebut yang mana ahli keluarga lelaki tersebut biasanya telah membuat persediaan untuk majlis perkahwinan mereka.

Jika membuat carian Kyrgyzstan bride kidnapping di YouTube, anda akan dapat lihat kekejaman amalan itu.

Ala Kachuu

Mangsa tradisi ala kachuu itu biasanya terdiri daripada wanita muda atau remaja perempuan yang berusia di bawah usia 18 tahun.

Ada pasangan menganggap amalan ini sebagai satu cara untuk mengelak daripada membayar hantaran kahwin atau berkahwin dengan pilihan mereka sendiri.

Akibat tindakan segelintir pasangan terbabit, beberapa pemerhati melihat ia sebagai bukan sesuatu isu yang serius.

Perkara yang menjadi persoalan adalah walaupun budaya yang dilihat seakan menindas golongan wanita itu adalah satu jenayah di Kyrgyzstan, pesalah yang melakukan kesalahan itu jarang didakwa.

Ala Kachuu

Laporan dikeluarkan Jawatankuasa Pembanterasan Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw) pada tahun lalu turut menzahirkan kebimbangan mereka terhadap amalan itu yang dibenarkan dalam masyarakat dan dilakukan sewenang-wenangnya.

Menurut Cedaw, masyarakat hanya mengambil pendekatan berdiam diri dan penculikan seumpama itu kurang dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana dianggap sebagai ‘isu peribadi’.

“Kerajaan sedang mengambil langkah untuk menangani isu ini, namun masih banyak perkara perlu dilakukan termasuk penguatkuasaan undang-undang sebenar, pendidikan awam dan memperkasakan wanita di Bishkek,” jelas laporan itu yang turut menyatakan statistik rasmi berhubung budaya ala kachuu tidak pernah wujud.

BACA INI JUGA: Keunikan Tarian Pemikat Wodaabe Ketika Pesta Gerewol

Sumber: SH

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon