Friday, December 02, 2016

Penjelasan Rasmi Eco-Shop Isu Alas Kaki Ada Cebisan Al-Qur'an Yang Viral


Berikutan isu alas kaki mengandungi cebisan Al-Qur'an yang viral di laman sosial, pihak Eco-Shop telah tampil membuat penjelasan menerusi laman Facebook.

Viral alas kaki

Merujuk kepada notis rasmi yang dikeluarkan pada 30 November 2016 mengenai kejadian alas kaki yang mengandungi ayat Al-Quran, pembekal alas kaki ECO Shop Sdn Bhd, Deluxeware Trading, telah membuat satu kenyataan rasmi.

Deluxeware Trading menjelaskan bahawa alas kaki yang mengandungi ayat Al-Qur'an berasal daripada pembekal di Indonesia, CV Putra Abadi.

ECO+SHOP

Jabatan Agama Islam Melaka juga sudah menjalankan siasatan yang teliti terhadap Deluxeware Trading dan tindakan undang-undang akan dikuatkuasakan.

Deluxeware Trading juga menegaskan bahawa sebarang soal siasat tidak akan melibatkan ECO Shop Sdn Bhd.

ECO+SHOP

Walau bagaimanapun, ECO Shop amat memahami kepentingan untuk bertanggungjawab dalam sektor sosial dan memainkan peranan penting untuk membawa barangan yang terbaik kepada semua pelanggan.

ECO Shop ingin mewakili semua anggota ECO Shop Sdn. Bhd. meminta maaf akan kelalaian terhadap kejadian ini. Sekali lagi, segala kesulitan amat dikesali.

ECO+SHOP

Untuk pelanggan yang telah membeli alas kaki daripada kedai kami, dengan sukarela kami membenarkan pertukaran kepada produk lain dalam tempoh tiga (3) hari, sehingga 3 Disember 2016 (resit pembelian perlu disertakan untuk membuat pertukaran).

Sekian, terima kasih.

BACA INI JUGA: Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon