Tuesday, June 30, 2015

16 Cara Buat Hati Suami Terpikat

16 Cara Buat Hati Suami Terpikat

Seorang isteri memang perlu selalu memikat hati dan jiwa suaminya, manakala lelaki biasanya menunjukkan kasih sayangnya dengan mengambil berat, risaukan anda, tetapi mereka amat sukar meluahkan kata-kata.

Rahsia suami terpikat

Bimbang cintanya kian pudar? Cuba cara ini untuk memikat suami dan keluarkan taman di hatinya.

1. “Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”

Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga. Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam.

Bawanya ke klinik, jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.

2. Lembut

Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji usahanya.

Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.

3. Comel

Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya.

Jika suka pakai seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak segar sentiasa.

4. Percaya

Pertanyaan awak kat mana, awak kat mana... memang comel didengar. Tetapi kalau berulang-ulang kali akan memeningkan juga.

Kadangkala suami tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama bos jadi kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah lapang nanti.

5. Ibumu, ibuku jua

Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik.

Sayanginya seperti ibu anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.

6. Masak

Orang kata pikat suami dengan perutnya kan? Memang betul. Cuba belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya.

Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi. Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus maknanya anda telah berjaya!

7. Sambut

Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah. Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan mesra sebaik anda bertemu.

Anda boleh siap sejukkan secawan jus oren untuknya juga. Dia memahami anda sedang sibuk tapi sangat menghargai sambutan kecil begini.

8. Dengar

Orang lelaki biasanya kurang bercakap daripada wanita. Jika dia selesa bercerita dengan anda, itu tandanya dia percayakan anda.

Dengar dengan teliti ceritanya. Angguk walaupun anda tidak faham cerita gajet atau konflik pasukan bolanya. Jangan punahkan impiannya hendak membeli superbike. Sokong minatnya.

9. Anak-anak

Membesarkan anak-anak adakalanya sangat meletihkan. Seorang ibu biasanya lebih teliti dan menggalas lebih banyak tanggungjawab. Menjaga anak kecil, ajar buat homework dan mengaji.

Lakukan semuanya dengan ikhlas dan tidak merungut. Suami anda pasti menghargai penat-lelah anda menjaga permata hatinya.

10. Terus-terang

Ada harinya, anda akan menjadi moody tanpa sebab. Anda hanya ingin makan coklat, aiskrim dan berehat sepanjang hari. Beritahu dia dengan jelas anda ok cuma perlu bersendirian sahaja.

Jangan paksa diri membuat semua kerja dalam keadaan terpaksa. Dia pasti lega mengetahuinya malah boleh tolong jagakan anak-anak juga.

11. Kemas

Walaupun sibuk, cuba kemas rumah anda secara berkala. Baju yang berlipat, lantai yang bersih membuatkan hati menjadi tenang. Sediakan bekas untuk kemas mainan anak dengan segera.

12. Hati perempuan memang mudah merajuk

Walaupun anda merajuk, jangan lupa salam dan cium tangannya sebelum berpisah. Dengan bersalam, ia melunturkan ego dan rasa marah. Ia membuatkan dia mengasihani anda juga.

Tidak salah beralah dan meminta maaf untuk meredakan suasana. Merajuk sekali-sekala memang comel, tapi jangan susah dipujuk pula.

13. Berdikari

Anda mungkin seorang yang sangat manja dengannya. Tetapi ketika dia tiada, anda memandu sendiri, pergi bekerja dan menguruskan anak-anak sendirian.

Wanita yang bijak membawa diri dan matang sangat istimewa di mata lelaki. Dia jatuh cinta kepada anda kerana anda tetap menjaga diri dan keluarga sewaktu dia tiada.

14. “Abang, ada lori hantar sofa baru dekat rumah sebelah tau!”

Melihat kehidupan orang lain kadang-kadang buat kita cemburu juga. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Sepertimana pintu rumah masing-masing berbeza, begitu juga rasa bahagia anda.

Ucap terima kasih untuk semua yang suami anda sediakan. Bersyukur dia setia temani dan menjaga anda selama ini.

15. Romantis

Sikap romantis biasanya memanjangkan usia perhubungan. Dia mungkin suka anda temaninya makan sambil merenung dia, atau tonton tv berdua.

Sekali-sekala, cuba buat sesuatu yang manjakan dia seperti potongkan kuku atau urut kakinya yang letih. Romantis bermakna ia mungkin perkara kecil, tetapi dia terharu dengannya.

16. Solehah

Menjadi isteri bermakna anda akan mengejutkannya untuk solat Subuh. Mendidik anak-anaknya, antara tiket dia ke syurga. Setia menjadi makmumnya.

Anda boleh berusaha mengurat dia, tapi jangan lupa berdoa juga. Anda doakan kesejahteraannya, dan semoga kedamaian juga yang anda perolehi dari ikatan ini.

Sebenarnya agak mudah juga untuk memikat hati seorang suami. Lelaki biasanya sukakan wanita yang manis, lembut dan memberi perhatian. Anda cuma perlu menjadi sedikit kreatif dan rajin mencuba.

Kadang-kadang, mengetahui dia akan kembali ke pangkuan anda setiap hari, membuatkan anda terlupakannya. Dia mungkin ada di sana, tetapi merasa terasing dan jauh. Anda rasa dia kuat, tetapi ingat superhero pun perlukan girlfriend juga.

Kembalikan saat anda bercinta dahulu. Jadi diri anda yang dahulu, yang sangat dirinduinya.

Jangan lupa pikat hatinya setiap hari!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saya Tahu Sebab Adira Putus Tunang Tapi..

Saya Tahu Sebab Adira Putus Tunang Tapi..

Penyanyi Elizabeth Tan tetap bertegas bahawa kenyataan yang diberikannya sebelum ini berhubung isu putus tunang di antara Adira dan jejaka dikenali sebagai Shahrul Nasrun adalah benar belaka.

Elizabeth Tan

Menurutnya, dia tidak mendapat apa-apa kepentingan sekiranya bercakap bohong mengenai perkara tersebut kerana langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dalam hal mereka.

Elizabeth atau lebih senang dipanggil sebagai Lizzy mendedahkan, sebelum ini Shahrul pernah flirting dengan dirinya ketika masih lagi bergelar tunangan Adira.

“Kalau dia (Shahrul) nak nafikan, nafikanlah. Apa yang saya cakapkan sebelum ini adalah benar. Saya tak buat apa-apa pun,” katanya ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Menurut Lizzy, selepas mengeluarkan kenyataan kepada media mengatakan dia bukan punca masalah putusnya ikatan pertunangannya, Adira ada menghubunginya.

“Adira ada telefon, kami bercakap mengenai perkara itu dan dia langsung tidak menyalahkan saya.

“Adira juga ada menyatakan punca sebenar kenapa pertunangan mereka terputus tetapi saya tak boleh nyatakan di sini, rasanya lebih baik bertanya pada Adira sendiri,” katanya lagi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kehadiran Shahrul pada satu majlis pelancaran produk yang mana Lizzy menjadi dutanya di sebuah universiti di Cyberjaya, beberapa bulan lalu, penyanyi berketurunan Cina itu berkata dia langsung tidak mengetahui apa tujuan Shahrul hadir pada masa itu.

“Saya tak tahu peranan dia (pada majlis itu), saya tanya juga pada penganjur adakah dia terlibat dengan majlis tersebut tapi mereka mengatakan dia langsung tiada kena mengena,” ujarnya.

Selain itu, Lizzy turut menegaskan sebarang khabar angin sebelum ini yang mengatakan Shahrul menaja kos penerbitan muzik video Knock Knock adalah tidak benar sama sekali.

“Oh my gosh, cerita tu tak betul, dia tak menaja video muzik lagu saya. Cerita yang cakap saya pergi anugerah AJL pakai baju warna sedondon dengan dia pun tak betul, apatah lagi yang mengatakan saya berkunjung ke butik Rizalman dengannya. Seumur hidup, saya tak pernah lagi berjumpa dengan Rizalman,” jelas penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini.

Lizzy seterusnya mengatakan dia enggan memanjangkan lagi cerita sebaliknya mahu memberikan lebih fokus terhadap kerjaya seninya.

Selepas single Knock Knock berjaya mencuri perhatian peminat muzik tempatan, Syawal ini Lizzy bakal muncul dengan single kedua berjudul Mama yang sudah direkodkannya beberapa bulan lalu.

BACA INI JUGA: Tiada Lagi Mangga Cinta Di Paris

Sumber: Mynewshub.cc

Curang Punca Adira Dan Shahrul Putus Tunang?!

Curang Punca Adira Dan Shahrul Putus Tunang?!

Tidak dinafikan penyanyi tinggi lampai yang semakin meningkat naik namanya ini memang cantik orangnya sampaikan sebelum ini pun, pernah keluar gosip mengatakan Elizabeth Tan dihimpit beberapa VIP yang mahu berkenalan lebih rapat dengannya.

Elizabeth Tan

Walaupun begitu, Elizabeth atau Lizzy tetap dengan pendiriannya yang enggan dikaitkan dengan mana-mana jejaka memandangkan dia mahu bakat seninya lebih ditonjolkan dalam persada seni.

Namun begitu, baru-baru ini nama si cantik manis ini terpalit dengan kontroversi yang tak diundang apabila dituduh sebagai individu yang menjadi dalang kepada putusnya ikatan pertunangan di antara penyanyi Adira dan tunangnya, Shahrul Nasrun yang merupakan Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.

Tak senang dengan tuduhan itu, Lizzy membalas kenyataannya menerusi sebuah portal mengatakan dia mempunyai bukti yang menunjukkan Shahrul yang mula mengoratnya sebelum ini.

Namun, Lizzy tidak pernah melayani sebarang agenda ‘flirting’ Shahrul memandangkan dia mengetahui jejaka itu merupakan tunang kepada Adira.

“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat.

"Jika ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back (saya tidak melayannya).

“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata penyanyi berusia 22 tahun itu lagi.

Sementara itu, Adira pula berharap semua pihak di luar sana tidak lagi menuding jari menyalahkan Lizzy sebagai punca pertunangannya terputus.

Sebaliknya, dia mengakui Elizabeth tidak bersalah langsung dalam hal tersebut.

“Kalau boleh saya tidak mahu nama Elizabeth Tan terus dikaitkan dengan punca sebenar perpisahan kami kerana dia tiada kaitan dalam hal ini.

"Bagi saya, perpisahan ini adalah ketentuan Ilahi dan tiada siapa mampu menghalangnya. Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Inilah ujian dan ketentuan yang perlu saya terima.

Adira juga enggan memberikan penjelasan lanjut hal apakah yang sebenarnya berlaku sehingga membawa kepada pengakhiran hubungan mereka.

“Kami sudah putus tunang secara rasmi sejak Mei lalu. Maaf. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Lagipun saya mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak.

"Saya tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan punca sebenar keretakan hubungan kami walaupun ramai yang sudah membaca berita ini di laman sosial.

"Biarlah mereka sahaja yang buktikan asalkan bukan daripada mulut saya,” ujar penyanyi kelahiran Sabah ini.

Bertabahlah Adira, mungkin sudah tertulis bukan jodoh Adira dengan Shahrul.

Mungkin semua perkara yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri.

Mana tahu dengan kisah perit putus tunang ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk Adira mencipta lagu yang boleh meletup seperti mana yang sering diaplikasikan Taylor Swift jika dia putus cinta?

Tak cuba tak tahu kan..

KEMASKINI!

Bekas Tunang Nafi Pernah Mengorat Elizabeth Tan

Bekas tunang penyanyi Adira Suhaimi, Shahrul Nasrun Kamarudin menafikan kenyataan Elizabeth Tan yang mendakwa dia cuba mengorat penyanyi yang terkenal dengan lagu Knock-Knock itu ketika dia masih lagi bergelar tunangan Adira.

Sebaliknya menurut Shahrul, tiada sebarang perkara peribadi melibatkan dirinya dan penyanyi berketurunan Cina itu sebaliknya dia hanya berhubung dengan Elizabeth atas urusan kerja dan tidak lebih daripada itu.

“Tidak ada hal personal mahupun ajak keluar atau sebagainya. Kalau nak dikatakan flirt (mengorat) tak mungkin. Sebab ramai lagi kaum wanita lain yang bekerjasama dalam apa saja program atau kempen saya,” katanya.

Walaupun Elizabeth mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyalahkannya, namun Shahrul tidak sesekali menyalahkan penyanyi berusia 22 tahun itu kerana memahami situasi dan menyifatkan mungkin Elizabeth panik dan tidak mahu ada kaitan.

“Sesiapa saja kalau dikaitkan dengan hubungan lain, akan cuba protect diri mereka. Saya tak salahkan dia. Mungkin ada salah faham. Saya mesra dengan semua orang tak kira lelaki atau perempuan bila soal kerja.

“Setakat ambil berat tanya makan dah atau sebagainya dalam perbualan kerja, saya rasa tak salah. Bahkan dengan staf saya yang lain saya layan mereka sama saja,” ulasnya memetik laporan portal Rotikaya.

Shahrul turut memohon izin agar dirinya dan Adira mencari kebahagiaan masing-masing berikutan ikatan pertunangan yang terjalin sudah pun terputus sejak bulan lalu.

Dalam pada itu, Shahrul enggan memberikan sebarang komen lanjut ketika dihubungi kerana dia telah dinasihatkan agar tidak lagi memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung isu ini.

BACA INI JUGA: 7 Sebab Mengapa Lelaki Curang

Sumber: mynewshub

PATRIOT 1 Nombor Plat Paling Mahal Di Malaysia, RM1.3 Juta!

PATRIOT 1 Nombor Plat Paling Mahal Di Malaysia, RM1.3 Juta!

Jualan nombor pendaftaran kenderaan khas, PATRIOT 1 setakat ini berjaya menarik bidaan tertinggi bernilai RM1.308 juta.

PATRIOT

Namun, angka itu tidak mustahil terus meningkat, memandangkan tempoh untuk orang ramai membuat bidaan berbaki 22 hari lagi.

Maklumat itu diperoleh menerusi lawan web www.plat.patriot.org.my yang menyediakan maklumat terkini berhubung urusan bidaan serta jual beli nombor pendaftaran PATRIOT yang ditawarkan, bermula angka 1 hingga 9999 pada harga pembukaan RM50,000 setiap satu.

PATRIOT dikatakan menjadi nombor plat kenderaan khas termahal di Malaysia, apabila ia dibida pada harga pembukaan RM1 juta, manakala lima nombor pertamanya memerlukan pembida membayar deposit sebanyak 20 peratus.

Menurut maklumat di laman web berkenaan, jualan nombor pendaftaran PATRIOT itu ditawarkan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), melalui kaedah bidaan terbuka.

Syaratnya, pembida wajib mendaftar sebagai ahli Briged Patriot dengan yuran RM20, selain perlu mendapatkan kelulusan untuk menggunakannya daripada Kementerian Pengangkutan, melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Setiap bidaan plat PATRIOT memerlukan deposit 20 peratus daripada nilai yang ditawarkan.

“YPNM telah diberi kelulusan oleh JPJ untuk menjual plat khas siri PATRIOT,” demikian menurut laman web berkenaan.

PATRIOT [2]
Antara nombor pendaftaran PATRIOT serta nilainya yang boleh dilihat di laman web YPNM.

YPNM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan menyemai serta meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

“Hasil daripada keuntungan penjualan plat ini, YPNM akan melaksanakan aktiviti dan program yang telah dirancang.

“YPNM akan menjalankan program dan aktiviti yang memupuk semangat patriotisme dan menyatupadukan masyarakat berbilang agama serta kaum di Malaysia.

“Kami yakin usaha ini akan mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia.

“Individu atau organisasi yang terlibat dalam penjualan atau pembelian plat PATRIOT, secara tidak langsung menyokong segala usaha YPNM dalam mencapai objektifnya,” kata kenyataan YPNM yang dipetik daripada laman web berkenaan.

BACA INI JUGA: Maharajas' Express, Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India

Sumber: Therakyatpost

Fenomena “Leap Second”, Dunia Terima Bonus Satu Saat

Fenomena “Leap Second”, Dunia Terima Bonus Satu Saat

Hari ini waktu harian di seluruh dunia akan bertambah satu saat berikutan fenomena dikenali sebagai “Saat Lompat” atau “Leap Second”.

1-Saat

Dan pada hari ini juga, International Earth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar.

Menurut Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, ini bermaksud waktu keseluruhan pada hari ini akan menjadi 24 jam satu saat.

Beliau menarik perhatian bonus satu saat ini adalah berikutan faktor kadar putaran bumi di atas paksinya yang semakin perlahan.

Kadar putaran bumi antara lain, beliau menjelaskan, dipengaruhi faktor pergerakan kutub, geseran pasang surut air laut, interaksi pusat bumi dengan lapisan tengah bumi dan cuaca.

“Faktor-faktor ini boleh menyebabkan putaran bumi sama ada semakin perlahan atau cepat, jadi fenomena Saat Lompat ini juga bukan sesuatu yang tetap, ia bergantung kepada putaran bumi,” katanya seperti yang dilaporkan agensi berita Bernama, di ibu negara pada Isnin.

Mohd Zamri berkata bonus satu saat itu akan diperoleh di penghujung hari ini.

Dalam hal ini, beliau berkata InternationalEarth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar.

“Walaupun bertambah cuma satu saat dan ramai yang terlepas pandang, namun pertambahan waktu ini memberi kesan kepada industri yang berorientasikan pemasaan kepersisan (berketepatan) tinggi,” katanya.

Setakat ini, menurut Zamri, UTC telah ditambah satu saat sebanyak 25 kali sejak tahun 1972 dengan kali terakhir pada Ahad, 1 Julai 2012.

Sementara itu, Pengetua Kanan Metrologi, Makmal Metrologi Kebangsaan, SIRIM Berhad, Dr Mohd Nasir Zainal Abidin, ketika ditanya sama ada masa pada peranti elektronik seperti di telefon bimbit perlu diselaraskan secara manual berkata, semua alat elektronik akan disegerakan secara automatik ke masa rangkaian pelayan protokol.

Begitu juga dengan komputer saling berkaitan atau rangkaian, katanya sambil menambah bahawa isu kemasukan Saat Lompat hanya kritikal pada pelayan (server).

Ditanya mengenai kemungkinan pelayan komputer gagal berfungsi dengan baik pada Selasa, beliau menceritakan apa yang berlaku pada fenomena yang sama pada 1 Julai 2012 yang jatuh pada hujung minggu.

“Walaupun begitu, 10 peratus masa protokol rangkaian pelayan di seluruh dunia melakukan kesilapan.

“Kebanyakan pelayan dapat ditetapkan dalam masa sejam tetapi beberapa pihak lain mengambil masa sehari,” katanya, sambil menambah di Australia, sistem daftar masuk penerbangan ekoran saat tambahan telah menjejaskan laman web popular.

Oleh itu, bagi hari kerja biasa hari ini, beliau menasihatkan langkah berjaga-jaga diambil terutama dalam perniagaan dalam talian, sistem rangkaian, pembekal perkhidmatan internet, perkhidmatan notari masa digital dan aplikasi seperti MySQL, Hadoop dan Cassandra.

“Beberapa pembekal perkhidmatan sedang mengambil langkah untuk menggantung atau menghentikan operasi untuk beberapa jam sebelum dan selepas perubahan masa.

“Adalah sukar untuk menyatakan dengan tepat kerana ini tidak banyak dilaporkan.

“Bagaimanapun masalah ini tidak boleh diabaikan kerana jumlah besar transaksi perniagaan boleh berlaku dalam masa sesaat. Tambahan pula, transaksi tidak terhad kepada zon masa tunggal,” katanya.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?

Sumber: Therakyatpost.com

Kisah Benar UFO Mendarat Di Sekolah!

Kisah Benar UFO Mendarat Di Sekolah!

Guru-guru dan kakitangan di Sekolah Ariel, Ruwa, Zimbabwe, terkejut apabila seramai 62 orang pelajar mendakwa melihat sebuah UFO mendarat di halaman sekolah. Mereka turut mendakwa sosok entiti pelik, makhluk yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini keluar dari objek terbang berkenaan dan datang menghampiri mereka.

Zimbabwe alien invasion
Lakaran yang dilukis para pelajar.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 10:15 pagi, pada 16 September 1994. Pada hari itu, sekumpulan murid berumur antara lima hingga 12 tahun sedang bermain di padang sekolah. Ketika bermain, beberapa orang pelajar tiba-tiba menunjuk ke atas dengan reaksi terkejut.

Kanak-kanak tersebut mendakwa melihat tiga buah objek bulat seperti 'bola' berwarna perak sedang terbang tinggi di udara sekitar sekolah.

Penampakan itu diiringi cahaya terang berwarna merah sebelum hilang dalam kepulan awan kemudian muncul semula tidak jauh dari tempat ia menghilang.

Menurut saksi, perkara itu berlaku sebanyak tiga kali. Selepas kali ketiga, salah satu diantaranya dilihat terbang lebih rendah dan perlahan-lahan mendarat dalam belukar, 100 meter dari tempat mereka bermain.

Dilaporkan, seramai 62 orang pelajar yang berada di padang ketika itu telah menyaksikan secara langsung pemandangan pelik itu.

Kanak-kanak itu menyatakan, sebaik sahaja objek itu mendarat, seorang lelaki kecil dengan ketinggian kira-kira satu meter muncul di atas objek tersebut. Sejurus kemudian, entiti itu turun dan berjalan dengan gaya pelik, mendekati para pelajar.

Daripada keterangan pelajar-pelajar itu, entiti tersebut memakai pakaian berwarna hitam ketat dan berkilat.

Memiliki leher panjang dan kurus, berwajah pucat, rambut hitam sepanjang paras bahu (ada yang mengatakan tidak berambut), bermata besar dan bulat). Ciri-ciri fizikal ini sangat ironi dengan manusia biasa.

Menyedari diperhatikan, makhluk tersebut serta-merta menyorok di belakang objek terbang sebelum hilang dari pandangan.

Kebetulan, dalam kepercayaan masyarakat Zimbabwe, ada lagenda tentang Tokoloshis, syaitan yang suka memakan kanak-kanak, juga bertubuh kecil sama seperti entiti yang baru mereka lihat tadi.

Penampakan ini menambahkan lagi rasa takut mereka. Kerana terlalu takut selepas menyaksikan kejadian itu, pelajar-pelajar diserang histeria, berteriakan dan menangis sekuat hati sambil menjerit-jerit meminta tolong.

Ketika kejadian, guru-guru sedang bermesyuarat. Satu-satunya orang dewasa yang ada ketika itu ialah seorang wanita penjual makanan ringan.

Bagaimanapun, dia tidak melarikan diri kerana risau barangannya di curi.

Keesokannya, seorang pengkaji UFO Afrika, Cynthia Hind, datang ke sekolah untuk menyiasat kesahihan cerita tersebut.

Cynthia meminta kanak-kanak itu untuk melukis apa yang telah mereka lihat. Mengejutkan, 35 lukisan adalah sama!

Namun, apabila mereka menyiasat lokasi pendaratan UFO bersama seorang pakar elektrik yang datang bersamanya, mereka mendapati tiada kesan radiasi ditemui ditempat kejadian.

Cynthia mula tertanya-tanya, adakah kanak-kanak ini sepakat untuk berbohong?

Salah seorang pelajar yang menjadi saksi menolak andaian itu dan sanggup bersumpah atas kejadian tersebut. Guru besar sekolah pula menegaskan yang dia percaya murid-muridnya tidak bercakap bohong.

Pelajar luar bandar pada masa itu kurang pendedahan kepada televisyen mahupun surat khabar, jadi tidak mungkin mereka sekadar mereka-reka cerita.

Seorang penyelidik dari Harvard Medical School, Dr. John Mack bersama rakannya, Dominique Callimanopulos kemudian dipanggil untuk turun ke lokasi menemui pelajar-pelajar berkenaan.

Dan sepanjang dua hari menyiasat, mereka telah menemubual dan memberikan kaunseling kepada seramai 12 orang saksi, termasuk ibu bapa mereka.

Daripada temubual yang dijalankan, didapati semua keterangan memberikan cerita yang konsisten.

Dr. Mack percaya kes itu bukanlah kejadian histeria beramai-ramai dan yakin ia merupakan pertemuan dengan makhluk asing yang benar-benar telah berlaku.

Walau bagaimanapun, keterangan kanak-kank ini masih diragui kerana tiada saksi daripada orang dewasa.

Umum hanya mengklasifikasikan kejadian ini sebagai satu gurauan yang dihasilkan oleh minda dan imaginasi seorang kanak-kanak.

Anda percaya?

BACA INI JUGA: Blue Beam, Projek Rahsia NASA, Freemason Dan Illuminiti Terbongkar!

-Sentiasapanas.com

Monday, June 29, 2015

10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa

10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah.

10-Keistimewaan-Berpuasa

Pertama. Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang dinamakan Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.

Kata Nabi SAW dalam satu hadisnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh ahli puasa Ramadhan, maka tidak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).

Kedua. Allah telah memfungsikan puasa umat Nabi Muhammad SAW sebagai benteng yang kukuh dari seksa api neraka, tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul SAW bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kukuh dari seksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi).

Ketiga. Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya lebih harum dari minyak misik (haruman kasturi). Sehingga Rasul bersabda, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau minyak misik.”

Keempat. Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa iaitu bahagia ketika berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak.

Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir.

Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya.

“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan iaitu berbahagia dikala berbuka dan dikala bertemu Allah.” Hadis riwayat Imam Muslim.

Kelima. Puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menjaga kesihatan dan sembuh dari pelbagai penyakit. “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).

Keenam. Keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada orang yang puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari seksa api neraka. Matanya tidak akan melihat api neraka.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh. Dalam Al-Qur'an Allah berfirman yang bermaksud, “(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).” (Qs. At Taubah: 112).

Firman Allah Ta’ala lagi, "Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”. (Az-Zumar: 10)

Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari zat Yang Maha Pemberi, Allah s.w.t.

Kelapan. Di saat puasa inilah Allah memberi keistimewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan bertujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya jugalah ibadah.

Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipat gandakan (pahalanya).”

Kesembilan. Di antara cara Allah dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa pahalanya sama dengan orang yang berpuasa itu sendiri meskipun hanya dengan sepotong roti atau seteguk air.

Dalam satu riwayat Nabi bersabda, "Seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan, meskipun hanya seteguk air. (Hadis riwayat Abu Ya`la).

Kesepuluh. Orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para Malaikat akan berselawat (memintakan ampunan) baginya.

Wallahu a'lam

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Yang Berlaku Di Bulan Ramadhan

Sumber: Hasnulhadiahmad

Pasar Raya Nafi Jual Kuih Raya Dari China!

Pasar Raya Nafi Jual Kuih Raya Dari China!

Satu mesej viral tersebar di laman sosial semenjak awal Ramadhan lalu berhubung bekalan kuih raya dipunggah keluar dari kontena China Express yang didakwa akan dihantar ke Muar, Johor.

Biskut-Raya-China

Menurut mesej itu, kuih raya itu dibuat di China dan status logo halalnya amat mencurigakan.

“Kuih Raya made in China. Status logo halal amat dicurigai. Harap semua jangan tersalah beli ye?

“Barang ini saya sendiri turunkan dari kontena China Express untuk penghantaran ke Muar, Johor," kata mesej berkenaan yang turut mengaku mengambil rakaman gambar itu tanpa pengetahuan kilang tersebut.

Menurutnya, kuih raya itu selalu dilihat di pasar raya seperti Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big pada harga di antara RM9.90 - RM12.90 seunit.

Individu tersebut juga menasihati orang ramai khususnya yang beragama Islam agar berhati-hati apabila membeli kuih raya yang dijual di pasaran.

FAKTA

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.

Pengurus Kanan hubungan kerajaan GCH, Mohd Shahrizal Ayub berkata, dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar.

"Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China.

"Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahun lalu," katanya.

BACA INI JUGA: Awas Beras Tiruan Dari China!

Sumber: Sinarharian.com.my