Monday, June 29, 2015

Video Pemandu Samseng Tunjal Kepala Orang Tua

Video Pemandu Samseng Tunjal Kepala Orang Tua

Hanya kerana tidak memberi laluan ketika ingin dipintas, seorang pemandu samseng bertindak biadab menarik rambut serta menolak muka seorang warga emas.

Buli

Kejadian ini menjadi bualan ramai selepas video yang dikatakan dirakam berlaku di kawasan Summit USJ, Petaling Jaya baru-baru ini tersebar.

Berdasarkan video berdurasi 3 minit 56 saat, insiden bermula setelah kedua-dua kenderaan berhenti di satu persimpangan. Seorang lelaki kemudian datang ke kereta mangsa dan mula menengkingnya.

Ia menjadi semakin buruk apabila pemandu terbabit bertindak menarik rambut mangsa sebelum menolak mukanya sebanyak dua kali.

Insiden yang disaksikan ramai pengguna jalan raya itu berlanjutan apabila seorang saksi menghampiri dan meminta penjelasan bagi membela warga emas berkenaan.

Ia hanya beransur reda setelah pemandu samseng berkenaan dan ahli keluarganya kembali masuk ke dalam kereta sebelum memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Walaupun video berkenaan tidak mempunyai audio, ramai beranggapan ia terjadi kerana si pelaku tidak berpuas hati terhadap mangsa yang enggan memberikannya kesempatan untuk memotong kenderaan.

Perkara sebenar yang berlaku bagaimanapun masih belum dapat disahkan.

BACA INI JUGA: Jenis Pemandu Paling Dibenci, Memandu Sambil Main Telefon


Sumber: Mynewshub.cc

Video Pesawat Dinaiki Paris Hilton Hampir Terhempas!

Video Pesawat Dinaiki Paris Hilton Hampir Terhempas!

Baru-baru ini, sosialit terkenal Paris Hilton menangis tidak henti-henti apabila menyangkakan nyawanya sudah berada di hujung tanduk ketika menaiki sebuah pesawat di Dubai.

Pesawat Paris Hilton Terhempas

Inilah jadinya apabila program prank show sudah melampaui batas dalam mengenakan seseorang individu itu.

Paris berada di negara itu bagi menghadiri satu majlis pelancaran sebuah hotel baru dan kemudiannya dijemput menaiki sebuah kapal terbang untuk menikmati pemandangan bandar dari udara selama 15 minit penerbangan.

Tidak mengetahui ianya merupakan satu helah untuk mengenakannya, Paris mulai panik apabila pesawat itu dipandu secara sengaja dalam kedudukan seolah-olah hendak terhempas.

Membuatkan dirinya bertambah cemas apabila pintu kecemasan dibuka dan beberapa orang mulai terjun dari pesawat terbabit.

Sebaik pesawat selamat mendarat, Paris masih tidak dapat melupakan trauma yang dilaluinya dan apabila dikhabarkan ianya merupakan prank, figura berusia 34 tahun itu langsung kelihatan tidak teruja malah masih lagi terkejut dengan perkara itu.

BACA INI JUGA: Selebriti Yang Dibayar Jutaan Ringgit Hanya Untuk Tayang Muka


Sumber: Mynewshub.cc

Hati Ibu Mana Tak Sedih, Yaya Didera Sampai Patah Tulang

Hati Ibu Mana Tak Sedih, Yaya Didera Sampai Patah Tulang

“Siapa sangka anak saya yang masih belum mengerti apa-apa dan baharu menginjak ke usia lima tahun, tergamak dikasari sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk termasuk pinggul serta lebam-lebam di seluruh badannya dipercayai akibat didera ibu tirinya.

Yaya-dera

“Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang sebelum ini petah bercakap dan berperwatakan ceria bertukar jadi pendiam dan fizikalnya juga kurus kering sehingga menyebabkan saya sendiri tidak mengenalinya,” kata ibu kandung kepada anak malang itu.

Menurutnya, anak tunggalnya itu, dengan panggilan manjanya ‘Yaya’ diberikan hak penjagaan kepada bekas suaminya setelah dia bercerai dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu.

“Kali terakhir, saya jumpa suami ketika bulan puasa tahun lalu dan selepas itu saya hanya hubunginya melalui telefon bertanyakan khabar anak.

“Walaupun saya tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan sah dengan bekas suami, namun saya sering ambil berat soal anak tunggal saya itu, dan tidak pernah mengabaikannya,” katanya kepada pemberita.

Kata ibu yang berusia 28 tahun itu, sebelum ini bekas suaminya juga tidak pernah membenarkan dia melawat anaknya di rumah lelak itu dan sering memberi alasan bimbang akan bergaduh dengan isteri barunya itu.

“Dia juga turut memberi pelbagai alasan lagi,’Yaya’ tidak mahu ke rumah saya lagipun menurutnya anak saya dijaga dalam keadaan baik dan saya tidak perlu bimbang mengenai keadaannya,” katanya.

Namun minggu lalu, dia menerima panggilan telefon daripada isteri bekas suaminya minggu lalu dan berkata tidak mahu menjaga anaknya itu dan mahu menyerahkan penjagaan kepadanya.

“Saya tanpa banyak soal terus bersetuju dan ambil anak saya pada malam 24 Julai lalu lebih kurang 1 pagi di belakang Pasar raya Pantai Timur Rantau Panjang melalui orang tengah dan tidak langsung bertemu dengan bekas suami malah isterinya.

“Selepas mengambil anak saya itu, saya lihat keadaan anak saya itu lemah dan turut melihat badannya dipenuhi parut dan saya mula syaki ‘Yaya’ didera setelah memeriksa lebam-lebam di badannya itu dan buat laporan polis keesokannya di Balai Polis Pasir Mas,” katanya.

Menurutnya, keadaan anaknya setakat ini masih lemah, namun stabil serta belum dapat menceritakan apa-apa akibat trauma dengan kejadian terbabit dan menurut doktor, kesan patah bahagian tulang badan anaknya itu menyebabkan tulangnya bengkok dan mungkin memberi kesan kepada kanak-kanak itu.

“Apa pun hanya satu yang ‘Yaya’ mampu ungkapkan, dia tidak mahu bekas suami yang dipanggil ‘Papa’ dan ibu tirinya itu melawatnya, dan dia tidak mahu langsung mendengar nama kedua mereka.

“Harapan saya juga sebagai ibu dan demi menuntut keadilan terhadap anak saya ini, agar pelaku ini dikenakan tindakan setimpal dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam pada itu di Rantau Panjang, pihak polis cuba mengesan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan ini di Taman Rantau Mas.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, usaha mengesan bapa kandung yang bekerja sebagai peniaga dan ibu tiri mangsa dijalankan dengan segera.

Menurutnya, kanak-kanak malang itu dipercayai berada di bawah jagaan bapa kandung dan ibu tiri, selepas suspek berpisah dengan bekas isterinya pada 2013 lalu.

Beliau berkata, bekas isteri suspek mendakwa, isteri baharu suaminya itu menghubunginya kerana enggan menjaga anak mereka dan mahu menyerahkan hak penjagaan kepadanya.

“Selepas mengambil mangsa, pengadu mendapati tubuh badan anaknya kurus dan lemah, malah badan anaknya dipenuhi parut dipercayai didera.

“Bekas isteri suspek membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang dan bagi mendapatkan kepastian, pengadu membawa anaknya ke Hospital Golok kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, keesokan harinya.

“Kanak-kanak berada dalam keadaan stabil namun enggan bercerita mengenai peristiwa yang berlaku kerana masih dalam keadaan trauma,” katanya.

Kes ini katanya, disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Bapa, Ibu Tiri “Yaya” Ditahan

Bapa, Ibu Tiri “Yaya” Ditahan

Susulan kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Rantau Panjang, Kelantan baru-baru ini, sepasang suami isteri yang didakwa melakukan perbuatan kejam itu ditahan reman selama empat hari.

Bapa kandung dan ibu tiri kepada kanak-kanak tersebut yang masing-masing berusia 39 tahun dan 25 tahun telah ditahan oleh pihak berkuasa di hadapan restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu, kira-kira 9 malam semalam.

Kes tersebut mengejutkan banyak pihak setelah seorang budak didapati mengalami trauma fizikal yang teruk kerana didera sejak beberapa bulan lalu.

Melalui pemeriksaan pihak hospital, kanak-kanak malang dipanggil ‘Yaya’ itu patah 13 tulang, termasuk 10 tulang rusuk.

Sebaik sahaja kes ini sampai ke pengetahuan umum, ruangan media sosial, wajah didakwa ibu tiri mangsa bersama bapanya yang disyaki melakukan perbuatan tersebut tersebar.

Wajah Ibu Tiri Durjana?

Wajah Ibu Tiri Durjana

Melalui laman Facebook Sheila Khan, wanita tersebut memuat naik lima keping foto beserta kapsyen mendakwa wanita tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap derita yang ditanggung kanak-kanak dikenali sebagai ‘Yaya’.

BACA INI JUGA: 5 Ibu Mertua Paling Menakutkan Di Dunia

Sumber: Sinarharian.com.my

Video Solat Tarawih 20 Rakaat Cuma Dalam Masa 8 Minit!

Video Solat Tarawih 20 Rakaat Cuma Dalam Masa 8 Minit!

Bulan Ramadan penuh barakah ini kita digalakkan untuk melakukan amal ibadah sunat tanpa meninggalkan perkara yang wajib.

Solat-Tarawih

Antaranya kita dituntut untuk melakukan solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus Al-Quran dan bersedekah.

Solat Tarawih kebiasaannya dilakukan sebanyak 20 rakaat dan tiga rakaat lagi untuk Witir, namun kalau tidak larat untuk mengerjakan sehingga 20 rakaat, lapan rakaat pun sudah memadai.

Namun, yang jadi isu di sini ialah apabila sebuah video yang dipercayai dari Indonesia ini menunjukkan kepantasan mereka mengerjakan solat Tarawih 20 rakaat hanya dalam masa lapan minit sahaja!

Jika dicampur Witir sebanyak tiga rakaat, jumlah keseluruhan ibadah solat itu dipercayai cuma mengambil masa 10 minit.

Wow ekpress betul! Menerusi rakaman itu surau ini terletak pesantren Mambaul Hikam Mantenan, Desa Udanawu, Kabupaten Blitar di wilayah Jawa Timur.

Tapi, kalau tengok dari video ini macam agak kelam-kabut pergerakan mereka tanpa ada tumakninah atau rehat seketika antara setiap rukun solat.

Kita nak beribadat dalam keadaan tenang dan tertib pun bukan terburu-buru macam ni.

Tapi, mungkin mereka pun ada alasan tersendiri serta mengikut mana-mana mazhab selain Mazhab Syafie yang dipraktikkan umat Islam di Malaysia.

BACA INI JUGA: Hadis Palsu Kelebihan Solat Tarawih Sepanjang 30 Malam Ramadhan


Video ini juga boleh ditonton di YouTube

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, June 28, 2015

4 Bandar Paling Pelik Di Dunia

4 Bandar Paling Pelik Di Dunia

Setiap kali merancang percutian sudah pasti lokasi atau bandar yang paling menarik dan cantik di seluruh dunia yang menjadi pilihan utama.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sukakan kelainan di bawah ini disenaraikan bandar paling pelik di dunia yang boleh dilawati.

Bandar Kerdil
China

Bandar Kerdil

Bandar yang terletak di wilayah Kunming ini digelar Bandar Kerdil kerana semua penduduknya mempunyai ketinggian bawah 1.3 meter.

Komuniti yang ditubuhkan pada 2009 oleh sekumpulan orang kerdil ini lengkap dengan perkhidmatan bomba dan polis.

Penduduk di sini membina rumah mereka seperti taman tema termasuk berbentuk cendawan.

Mereka turut memakai kostum seperti yang terdapat dalam cerita dongeng untuk menarik kedatangan pelancong di sini.

“Orang kerdil sering menjadi bahan jenaka dan dieksploitasi oleh orang normal.

“Tetapi komuniti kami di sini semuanya orang kerdil dan apa yang kami lakukan adalah untuk diri sendiri,” kata jurucakap bandar itu, Fu Tien.

San Juan Chamula
Mexico

San Juan Chamula

San Juan Chamula adalah sebuah bandar terpencil di kawasan tanah tinggi di negeri Chiapas, Mexico.

Penduduk di sini tidak suka gambar mereka dirakamkan kerana percaya sebahagian jiwa mereka diambil bersama imej berkenaan.

Suasana di bandar ini sedikit menyeramkan dan pengunjung boleh melawat sebuah gereja di sini yang terkenal dengan amalan ilmu hitam.

Bayi di sini juga diberi minum air Coca Cola supaya mereka sendawa sekali gus membuang roh jahat daripada badan mereka.

Pulau Aoshima
Jepun

Pulau Aoshima

Pulau terpencil yang terletak di selatan Jepun ini turut dikenali sebagai Pulau Kucing kerana jumlah haiwan itu berlipat kali ganda lebih banyak berbanding penduduknya sendiri.

Pada asalnya kucing dibawa ke pulau itu untuk mengawal tikus yang sering merosakkan peralatan menangkap ikan di bot nelayan.

Bagaimanapun, apabila industri perikanan semakin hilang akibat ramai penduduk berhijrah ke bandar, populasi kucing mula meningkat.

Sehingga kini, lebih 120 kucing tinggal di Aoshima bersama hanya segelintir penduduk yang kebanyakannya warga emas yang tinggal di sini sejak Perang Dunia Kedua.

Coober Pedy
Australia

Coober Pedy

Seramai 3,500 penduduk tinggal di bandar perlombongan di selatan Australia ini tetapi apa yang luar biasa semua mereka tinggal di bawah tanah.

Semua penduduk membina kediaman mereka di bawah tanah atau gua lumpur malah bandar ini turut dilengkapi dengan gereja, muzium, galeri seni dan juga bar bawah tanah.

Pelancong yang datang ke bandar ini juga boleh tinggal di hotel bawah tanah bagi merasai pengalaman seperti penduduk tempatan.

Bandar ini adalah antara pengeluar batu opal dunia dan menjadi sumber utama pendapatan mereka.

Kawasan lapang yang tandus menjadikan suhu di bandar ini mencecah sehingga 50 darjah celsius dan lokasi yang paling sesuai untuk didiami adalah di bawah tanah.

BACA INI JUGA: Dunia Fantasi Ciptaan Manusia Paling Terkenal

Sumber: Hmetro.com.my

Misteri Rayuan Roh Pulau Poveglia

Misteri Rayuan Roh Pulau Poveglia

Pulau Poveglia merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di Venice, Itali. Berbeza dengan pulau-pulau lain yang menjadi daya tarikan pelancong ke negara ini, ia diselubungi misteri yang menyeramkan.

Pulau Poveglia
Pulau Poveglia.

Suara misteri menjerit meminta tolong, bayangan manusia yang dikatakan berlegar-legar di persekitaran kepulauan ini menjadi buah mulut masyarakat tempatan.

Sejarah hitam Pulau Poveglia bermula sewaktu era pemerintahan Rom. Menurut kisah, pada ketika itu, Pulau Poveglia digunakan sebagai tempat untuk mengasingkan mereka yang dijangkiti penyakit berbahaya bagi mengelakkan penularan wabak.

Sekitar tahun 1347-1351, benua Eropah diserang satu wabak pandemik, Black Death, wabak penyakit terburuk yang pernah menimpa manusia setakat ini. Black Death merupakan singkatan nama wabak penyakit radang paru-paru yang dibawa oleh tikus.

Wabak berbahaya ini dikatakan telah membunuh lebih 70 juta orang, yang mana lebih separuh daripada jumlah itu merupakan orang Eropah.

Penduduk Itali tidak terkecuali daripada terkena tempias wabak yang merebak dengan pantas itu. Mereka yang meninggal dunia kerana wabak Black Death semuanya ditempatkan di Pulau Poveglia. Mayat mereka dicampakkan ke dalam satu lubang besar dan kemudiannya dibakar.

Pada ketika itu, sesiapa saja yang menunjukkan simptom-simptom dijangkiti penyakit tersebut akan dihantar ke pulau berkenaan. Pesakit akan dicampakkan diatas timbunan mayat yang sedang mereput.

Lelaki, wanita dan kanak-kanak, semua mereka akan dibiarkan mati dalam kesakitan, sekalipun ada yang menangis dan merayu meminta diselamatkan. Soal perikemanusiaan seakan-akan sudah lenyap ketika itu. Dan dianggarkan lebih kurang 160,000 mayat telah dikebumikan di sana dalam tempoh berkenaan.

Keadaan tersebut menyebabkan Pulau Poveglia dicemari bau busuk yang sangat menyesakkan hidung. Tanah yang bercampur dengan mayat yang dibakar dan dibuang menghasilkan lapisan abu melekit yang sangat tebal. Reputasi pulau tersebut merundum selepas bencana pandemik yang melanda.

Pulau Poveglia dibiarkan sepi tanpa penghuni selama beberapa abad. Sehinggalah pada tahun 1922, sebuah hospital psikiatri telah dibina lengkap dengan menara loceng yang amat besar. Dan disinilah segala misteri bermula..

Pesakit yang dimasukkan ke hospital tersebut mula mengadu yang mereka sering terserempak dengan jelmaan dan hantu yang dipercayai roh-roh mangsa wabak dahulu.

Timbunan tulang Di Pulau Poveglia
Timbunan tulang di Pulau Poveglia.

Setiap malam, para pesakit diganggu bunyi jeritan dan esak tangis roh yang meminta bantuan.

Mereka yang sudah tidak tahan kerap kali mengadu kepada pengurusan hospital, tetapi atas alasan pesakit-pesakit ini sememangnya mempunyai masalah mental, aduan mereka langsung tidak diendahkan.

Tidak cukup dengan misteri yang sedang melanda, seorang doktor pula cuba untuk mencipta nama di Itali dengan mencari penawar bagi penyakit mental yang dialami pesakit-pesakit di hospital ini.

Dia mula menjalankan 'eksperimen' dengan menyeksa pesakit-pesakit. Saban malam suara pesakit yang diseksa kedengaran memecah kesunyian kepulauan itu.

Menurut sejarah, doktor 'gila' itu telah menggunakan pelbagai peralatan seperti pahat dan tukul. Cara itu didakwa dijalankan untuk mencari 'penawar' kepada penyakit mental yang dihidapi pesakit di sana.

Pesakit yang tidak mempunyai waris pula menerima nasib yang lebih parah. Mereka dibawa ke manara loteng dan akan menerima pelbagai jenis seksaan sehingga meninggal dunia. Kebanyakan pesakit mati dalam keadaan yang sangat mengerikan.

Selepas bertahun-tahun menjalankan kegiatannya, doktor tersebut dikatakan mula diganggu dengan bayangan-bayangan mangsanya yang datang menuntut keadilan terhadap kematian mereka.

Menurut kisah, doktor berkenaan telah menamatkan riwayatnya sendiri dengan terjun dari menara, tempat dia menyeksa semua pesakitnya.

Menurut seorang jururawat yang juga saksi kejadian itu, doktor tersebut tidak mati serta-merta selepas terjun dari menara. Dan ketika dia sedang terbaring di bawah, tiba-tiba muncul satu jelmaan kabus besar yang kemudian mencekik doktor itu sehingga mati.

Selepas kejadian itu, loceng besar dimenara tersebut berbunyi setiap hari. Hospital itu ditutup tidak lama kemudian. Kerajaan Itali mengambil-alih pengurusan Pulau Poveglia buat seketika sebelum dijual semula.

Tidak banyak bukti bertulis yang diketahu tentang pulau ini. Namun apa yang pasti, pemilik terakhir Pulau Poveglia meninggalkannya sekitar tahun 1960an.

Terdapat sebuah keluarga yang cuba untuk membeli pulau msiteri ini dan berhasrat untuk membangunkannya menjadi sebuah pusat peranginan. Mereka bermalam semalaman, namun tergesa-gesa meninggalkannya pada esok hari.

Keluarga itu enggan mengulas tentang apa yang berlaku sepanjang malam disitu. Namun apa yang pasti, anak perempuan mereka telah ditoreh dan mendapat 14 jahitan.

Tinggalan Pulau Poveglia
Antara kesan peninggalan hospital di Pulau Poveglia.

Beberapa orang yang dikatakan mempunyai kuasa psikik juga pernah melawat pulau ini. Namun bergegas meninggalkan pulau ini kerana bimbang dengan apa yang telah dikesan oleh deria keenam mereka.

Salah seorang daripada kumpulan itu mengatakan yang dia dapat merasakan kehadiran roh-roh yang berkeliaran. Mereka dalam keadaan yang tidak tenteram dan ingin menuntut keadilan terhadap kekejaman yang dialami mereka.

Hari ini, Pulau Poveglia bukan sahaja dibiarkan sepi tanpa penghuni, malah sebarang aktiviti pelancongan juga diharamkan oleh kerajaan Itali.

Nelayan juga mengelak daripada menghampiri pulau ini kerana bimbang ada tulang manusia yang tersangkut pada jaring.

Kalau anda ke Itali, jangan lupa singgah di kawasan perairan Pulau Poveglia. Jika bernasib baik, mungkin anda juga boleh mendengar rayuan 'penduduk' yang terperangkap di sana!

BACA INI JUGA: Tristan da Cunha, Pulau Berpenghuni Paling Terpencil Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

5 Makam Wanita Purba Paling Terkenal

5 Makam Wanita Purba Paling Terkenal

Biasanya sejarah purba didominasi oleh lelaki, maka tidak hairanlah jika kebanyakan tugu peringatan dibina untuk golongan ini termasuklah Piramid Giza atau Kuil Dionysius.

Hanya segelintir sahaja golongan wanita yang dianggap penting dalam perjalanan sejarah umat manusia dan mendapat pengakuan hingga dibuatkan monumen atau tugu peringatan untuk mengenang jasanya.

Berikut adalah 5 kubur wanita purba paling terkenal yang pernah direkodkan.

1. Kuil Persemadian Ratu Hatshepsut, Mesir

Makam Ratu Hatshepsut

Candi tempat persemadian mayat ini merupakan bangunan megah yang memiliki nilai sejarah yang didedikasikan untuk Ratu Hatshepsut.

Ratu ini adalah sebahagian daripada dinasti ke 18 Mesir purba yang berkuasa hampir 30 tahun dan berjaya menjadikan dirinya sebagai firaun wanita paling terkenal dalam sejarah tamadun Mesir.

2. Makam Ratu K'abel, Guatemala

Makam Ratu K'abel

Ratu K'abel adalah ratu paling terkenal dalam sejarah peradaban Bangsa Maya. Walaupun begitu, kubur ratu ini telah tersembunyi selama hampir 1,400 tahun sehinggalah penemuannya pada tahun 2012 yang lalu.

Meskipun memerintah bersama-sama suaminya, Ratu K'abel dianggap memiliki kuasa dan pengaruh yang lebih tinggi.

3. Makam Shert Nebti, Mesir

Makam Shert Nebti

Shert Nebti adalah puteri pada zaman Mesir purba yang dianggarkan hidup sekitar 4,500 tahun dahulu. Tidak banyak riwayat tentang ratu ini yang diketahui dan kemungkinan dia adalah puteri Raja Men Salbo.

Walaupun begitu, ratu ini dianggap wanita yang sangat berpengaruh dan terbukti melalui kuburnya yang dikelilingi makam para pegawai tertinggi kerajaan.

Makam Puteri Shert Nebti ditemui ditanah perkuburan berhampiran piramid Saqqara. Ahli arkeologi percaya terdapat beberapa lagi makam lain yang masih tersembunyi.

4. Makam Helena, Itali

Makam Helena

Makam Helena adalah sebuah makam purba yang terletak di kawasan Via Casilina, Rom, Itali. Menurut Wikipedia, makam ini dibina antara tahun 326 sehingga 330 masihi atas arahan Raja Konstantin I.

Pada mulanya, makam ini dibina untuk Konstantin sendiri tetapi kemudian dijadikan tempat persemadian ibunya, Helena, yang meninggal dunia pada tahun 328 masihi.

5. Makam Shangguan Wan'er, China

Makam Shangguan Wan'er

Wanita ini dianggap memiliki pengaruh besar dalam sejarah China, kerana dia adalah perdana menteri wanita pertama dalam kerajaan China purba. Shangguan Wan'er adalah cucu kepada seorang pegawai kerajaan yang menonjol semasa pemerintahan Maharaja Gao Zong. Dia kemudiannya menjadi gundik maharaja.

Kemudian, ketika ibu maharaja iaitu Maharani Wu Zetian memegang tampuk kuasa, maharani telah melantik menantunya yang terkenal dengan otak yang cerdas dan berbakat dalam bidang pentadbiran negara itu sebagai penasihat serta pembantunya.

Ketika Shangguan Wan'er meninggal dunia, sebuah makam dibina bagi menghormatinya. Makam itu tertimbus selama berabad lamanya dan hanya ditemui beberapa tahun lalu.

Sayangnya, keadaan makam itu tidak lagi sempurna kerana binaannya telah rosak teruk yang mungkin disebabkan oleh konflik politik yang berlaku ketika peralihan kuasa ketika itu.

BACA INI JUGA: Misteri Kewujudan Nefertiti Permaisuri Agung Firaun

-SENTIASAPANAS.COM

Apa Sebenarnya Kelebihan Buah Kurma Berbanding Buah-buahan Lain?

Apa Sebenarnya Kelebihan Buah Kurma Berbanding Buah-buahan Lain?

Nama saintifik buah kurma adalah Phonex Dactylifer dan boleh di makan masak atau mentah.

Khasiat buah kurma

Terdapat banyak khasiat boleh di dapati dalam buah kurma antara kelebihan-kelebihannya yang utama adalah:

1. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis

2. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran

3. Mencegah Serangan Strok

4. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan

5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran

6. Mudah Hadam dan Menambahkan Tenaga

7. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran

8. Menjadi makanan Kegemaran Rasulullah SAW

Sangat berkhasiat

Kurma mengandungi banyak zat dan vitamin yang di perlukan dalam tubuh. Rasanya yang sangat manis dan lazat membuatkan ianya unik.

Ada sesetengah kanak-kanak hairan dan menanyakan kepada ibu bapa mereka, “Mama, buah ni ada gula ke?”

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50% hingga 57% glukosa.

Serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan. Kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain.

Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa.

Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

Terdapat pelbagai jenis buah kurma yang wujud antaranya:

Jenis buah kurma
Sumber gambar: Mybaitullah

Anda sendiri tidak tahu jenis kurma apa yang anda selalu makan bukan? Lepas ini anda boleh rasa dan bezakan satu-satu kelainan kurma tersebut.

Ada jenis jumbo, kering, basah, tiada biji dan sebagainya. Kurma juga tahan lama dan tidak mudah rosak. Juga turut popular di jual di pasaran walaupun bukan di bulan Ramadhan.

Kerana rasanya yang sungguh enak, wujud kreativiti oleh manusia untuk di jadikan kuih raya, kek, bahan masakan dan di jadikan snek bagi kanak-kanak apabila dibuat seperti coklat.

BACA INI JUGA: Khasiat Buah Betik Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Nashata