Monday, June 29, 2015

Video Pemandu Samseng Tunjal Kepala Orang Tua


Hanya kerana tidak memberi laluan ketika ingin dipintas, seorang pemandu samseng bertindak biadab menarik rambut serta menolak muka seorang warga emas.

Buli

Kejadian ini menjadi bualan ramai selepas video yang dikatakan dirakam berlaku di kawasan Summit USJ, Petaling Jaya baru-baru ini tersebar.

Berdasarkan video berdurasi 3 minit 56 saat, insiden bermula setelah kedua-dua kenderaan berhenti di satu persimpangan. Seorang lelaki kemudian datang ke kereta mangsa dan mula menengkingnya.

Ia menjadi semakin buruk apabila pemandu terbabit bertindak menarik rambut mangsa sebelum menolak mukanya sebanyak dua kali.

Insiden yang disaksikan ramai pengguna jalan raya itu berlanjutan apabila seorang saksi menghampiri dan meminta penjelasan bagi membela warga emas berkenaan.

Ia hanya beransur reda setelah pemandu samseng berkenaan dan ahli keluarganya kembali masuk ke dalam kereta sebelum memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Walaupun video berkenaan tidak mempunyai audio, ramai beranggapan ia terjadi kerana si pelaku tidak berpuas hati terhadap mangsa yang enggan memberikannya kesempatan untuk memotong kenderaan.

Perkara sebenar yang berlaku bagaimanapun masih belum dapat disahkan.

BACA INI JUGA: Jenis Pemandu Paling Dibenci, Memandu Sambil Main Telefon


Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon