Sunday, June 28, 2015

4 Bandar Paling Pelik Di Dunia


Setiap kali merancang percutian sudah pasti lokasi atau bandar yang paling menarik dan cantik di seluruh dunia yang menjadi pilihan utama.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sukakan kelainan di bawah ini disenaraikan bandar paling pelik di dunia yang boleh dilawati.

Bandar Kerdil
China

Bandar Kerdil

Bandar yang terletak di wilayah Kunming ini digelar Bandar Kerdil kerana semua penduduknya mempunyai ketinggian bawah 1.3 meter.

Komuniti yang ditubuhkan pada 2009 oleh sekumpulan orang kerdil ini lengkap dengan perkhidmatan bomba dan polis.

Penduduk di sini membina rumah mereka seperti taman tema termasuk berbentuk cendawan.

Mereka turut memakai kostum seperti yang terdapat dalam cerita dongeng untuk menarik kedatangan pelancong di sini.

“Orang kerdil sering menjadi bahan jenaka dan dieksploitasi oleh orang normal.

“Tetapi komuniti kami di sini semuanya orang kerdil dan apa yang kami lakukan adalah untuk diri sendiri,” kata jurucakap bandar itu, Fu Tien.

San Juan Chamula
Mexico

San Juan Chamula

San Juan Chamula adalah sebuah bandar terpencil di kawasan tanah tinggi di negeri Chiapas, Mexico.

Penduduk di sini tidak suka gambar mereka dirakamkan kerana percaya sebahagian jiwa mereka diambil bersama imej berkenaan.

Suasana di bandar ini sedikit menyeramkan dan pengunjung boleh melawat sebuah gereja di sini yang terkenal dengan amalan ilmu hitam.

Bayi di sini juga diberi minum air Coca Cola supaya mereka sendawa sekali gus membuang roh jahat daripada badan mereka.

Pulau Aoshima
Jepun

Pulau Aoshima

Pulau terpencil yang terletak di selatan Jepun ini turut dikenali sebagai Pulau Kucing kerana jumlah haiwan itu berlipat kali ganda lebih banyak berbanding penduduknya sendiri.

Pada asalnya kucing dibawa ke pulau itu untuk mengawal tikus yang sering merosakkan peralatan menangkap ikan di bot nelayan.

Bagaimanapun, apabila industri perikanan semakin hilang akibat ramai penduduk berhijrah ke bandar, populasi kucing mula meningkat.

Sehingga kini, lebih 120 kucing tinggal di Aoshima bersama hanya segelintir penduduk yang kebanyakannya warga emas yang tinggal di sini sejak Perang Dunia Kedua.

Coober Pedy
Australia

Coober Pedy

Seramai 3,500 penduduk tinggal di bandar perlombongan di selatan Australia ini tetapi apa yang luar biasa semua mereka tinggal di bawah tanah.

Semua penduduk membina kediaman mereka di bawah tanah atau gua lumpur malah bandar ini turut dilengkapi dengan gereja, muzium, galeri seni dan juga bar bawah tanah.

Pelancong yang datang ke bandar ini juga boleh tinggal di hotel bawah tanah bagi merasai pengalaman seperti penduduk tempatan.

Bandar ini adalah antara pengeluar batu opal dunia dan menjadi sumber utama pendapatan mereka.

Kawasan lapang yang tandus menjadikan suhu di bandar ini mencecah sehingga 50 darjah celsius dan lokasi yang paling sesuai untuk didiami adalah di bawah tanah.

BACA INI JUGA: Dunia Fantasi Ciptaan Manusia Paling Terkenal

Sumber: Hmetro.com.my

2 comments

  1. best tu kalau dapat duduk Pulau Aoshima..banyaknya kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lokasi menarik bagi peminat2 kucing..:)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon