Monday, June 29, 2015

Pasar Raya Nafi Jual Kuih Raya Dari China!


Satu mesej viral tersebar di laman sosial semenjak awal Ramadhan lalu berhubung bekalan kuih raya dipunggah keluar dari kontena China Express yang didakwa akan dihantar ke Muar, Johor.

Biskut-Raya-China

Menurut mesej itu, kuih raya itu dibuat di China dan status logo halalnya amat mencurigakan.

“Kuih Raya made in China. Status logo halal amat dicurigai. Harap semua jangan tersalah beli ye?

“Barang ini saya sendiri turunkan dari kontena China Express untuk penghantaran ke Muar, Johor," kata mesej berkenaan yang turut mengaku mengambil rakaman gambar itu tanpa pengetahuan kilang tersebut.

Menurutnya, kuih raya itu selalu dilihat di pasar raya seperti Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big pada harga di antara RM9.90 - RM12.90 seunit.

Individu tersebut juga menasihati orang ramai khususnya yang beragama Islam agar berhati-hati apabila membeli kuih raya yang dijual di pasaran.

FAKTA

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.

Pengurus Kanan hubungan kerajaan GCH, Mohd Shahrizal Ayub berkata, dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar.

"Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China.

"Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahun lalu," katanya.

BACA INI JUGA: Awas Beras Tiruan Dari China!

Sumber: Sinarharian.com.my

2 comments

  1. itulah bila penyebaran secara viral tanpa sumber rujukan yg sahih kan..bahaya sangat budaya sebegini.

    ReplyDelete
  2. harga kuihh rm9.90...apa yg tkda rujukan sahih lagi?harga kuih kat local biasa berapa agak2?aku jual kuih aku tau la harga dia..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon