Tuesday, May 19, 2015

Awas Beras Tiruan Dari China!


Jika sebelum ini kita ada mendengar kes telur tiruan yang dijual di pasaraya, nampaknya kali ini konsep ‘tiruan’ sudah menular kepada beras pula.

Beras tiruan [3]
Beras tiruan.

Dikatakan beras tiruan telah pun memasuki pasaran Singapura dan mula disebarkan ke negara jiran.

Beras tiruan ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin yang selalu digunakan industri lalu diproses agar sama bentuk dengan beras asli.

Menerusi sebuah video di saluran Youtube yang dikongsikan LiveLeak, dipaparkan cara-cara pembuatan beras palsu ini yang dikatakan berlaku di China.

Memetik laporan di portal The Star, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau ada mendengar tentang beras palsu dan kementeriannya tidak mengambil ringan perkara ini.

“Berita itu boleh jadi benar atau palsu, kita tidak tahu.

“Kami juga tidak tahu jika beras palsu telah memasuki negara tetapi kita tidak boleh ambil ringan dan akan jalankan siasatan di seluruh negara,” katanya.

Beras tiruan dilaporkan telah memasuki negara-negara yang mempunyai kepadatan penduduk di luar bandar g ramai seperti India, Indonesia, Vietnam dan akhir-akhir ini, Singapura.

Hasan berkata siasatan akan dijalankan dan tumpuan diberi kepada kedai-kedai runcit kecil di kawasan luar bandar terlebih dahalu.

“Kami akan menjalankan siasatan tetapi saya menggesa pengguna tampil melaporkan kepada kementerian jika mereka menemui beras tersebut.

“Semua laporan yang dibuat akan dirahsiakan,” tegasnya.

Dalam satu laporan di portal Very Vietnam, beras tiruan ini kebanyakannya dihasilkan di China, terutama di Taiyuan dalam wilayah Shaanxi.

Memakan tiga mangkuk beras tiruan ini dikatakan sama seperti memakan sekeping beg plastik.

Jadi buat pembaca semua, kami nasihatkan supaya berjaga-jaga ketika membeli beras di pasaran, pastikan beras yang dibeli adalah asli.

BACA INI JUGA: Panduan Dari NESTLE, Cara Membezakan Produk Milo Tulen Atau Tiruan



Sumber: Mynewshub.cc

1 comment

  1. Sekarang ni mcmw yg tiruan la huhu..nnt apalagi brg tiruan yg keluar..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon