Tuesday, June 30, 2015

Saya Tahu Sebab Adira Putus Tunang Tapi..


Penyanyi Elizabeth Tan tetap bertegas bahawa kenyataan yang diberikannya sebelum ini berhubung isu putus tunang di antara Adira dan jejaka dikenali sebagai Shahrul Nasrun adalah benar belaka.

Elizabeth Tan

Menurutnya, dia tidak mendapat apa-apa kepentingan sekiranya bercakap bohong mengenai perkara tersebut kerana langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dalam hal mereka.

Elizabeth atau lebih senang dipanggil sebagai Lizzy mendedahkan, sebelum ini Shahrul pernah flirting dengan dirinya ketika masih lagi bergelar tunangan Adira.

“Kalau dia (Shahrul) nak nafikan, nafikanlah. Apa yang saya cakapkan sebelum ini adalah benar. Saya tak buat apa-apa pun,” katanya ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Menurut Lizzy, selepas mengeluarkan kenyataan kepada media mengatakan dia bukan punca masalah putusnya ikatan pertunangannya, Adira ada menghubunginya.

“Adira ada telefon, kami bercakap mengenai perkara itu dan dia langsung tidak menyalahkan saya.

“Adira juga ada menyatakan punca sebenar kenapa pertunangan mereka terputus tetapi saya tak boleh nyatakan di sini, rasanya lebih baik bertanya pada Adira sendiri,” katanya lagi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kehadiran Shahrul pada satu majlis pelancaran produk yang mana Lizzy menjadi dutanya di sebuah universiti di Cyberjaya, beberapa bulan lalu, penyanyi berketurunan Cina itu berkata dia langsung tidak mengetahui apa tujuan Shahrul hadir pada masa itu.

“Saya tak tahu peranan dia (pada majlis itu), saya tanya juga pada penganjur adakah dia terlibat dengan majlis tersebut tapi mereka mengatakan dia langsung tiada kena mengena,” ujarnya.

Selain itu, Lizzy turut menegaskan sebarang khabar angin sebelum ini yang mengatakan Shahrul menaja kos penerbitan muzik video Knock Knock adalah tidak benar sama sekali.

“Oh my gosh, cerita tu tak betul, dia tak menaja video muzik lagu saya. Cerita yang cakap saya pergi anugerah AJL pakai baju warna sedondon dengan dia pun tak betul, apatah lagi yang mengatakan saya berkunjung ke butik Rizalman dengannya. Seumur hidup, saya tak pernah lagi berjumpa dengan Rizalman,” jelas penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini.

Lizzy seterusnya mengatakan dia enggan memanjangkan lagi cerita sebaliknya mahu memberikan lebih fokus terhadap kerjaya seninya.

Selepas single Knock Knock berjaya mencuri perhatian peminat muzik tempatan, Syawal ini Lizzy bakal muncul dengan single kedua berjudul Mama yang sudah direkodkannya beberapa bulan lalu.

BACA INI JUGA: Tiada Lagi Mangga Cinta Di Paris

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon