Saturday, June 27, 2015

Tiada Lagi Mangga Cinta Di Paris


Pasangan yang melakukan lawatan ke Paris untuk meraikan percintaan mereka tidak lagi berpeluang meninggalkan mangga di jambatan di Sungai Seine.

Pont des Arts

Pihak berkuasa tempatan bandar raya berkenaan telah menanggalkan puluhan ribu mangga yang terdapat di jambatan itu.

Penduduk tempatan sudah sekian lama menyelar tindakan pelancong meninggalkan mangga di jambatan Pont des Arts itu.

Sejak beberapa tahun lalu, pasangan dari seluruh dunia menandatangani mangga yang mereka bawa bersama sebelum memangganya pada pagar besi jambatan itu dan mencampakkan kuncinya ke dalam sungai Seine.

Padlock

Jambatan Pont des Arts menghala ke Menara Eiffel dan satu daripada tarikan pelancong paling terkenal di Paris.

Sebelum itu, salah satu daripada pagar besi jambatan itu terjatuh ke sungai kerana tidak lagi mampu menanggung berat ribuan mangga.

Dan kini, pihak berkuasa tempatan untuk sementara waktu telah menggantikan pagar besi di jambatan itu dengan padlock-themed graffiti sebelum proses memasang panel kaca bagi menghalang perbuatan memangga.

Padlock-themed graffiti

Langkah itu diambil sebagai menyahut kempen ‘Tiada Mangga Cinta’ di Facebook yang dilancarkan penduduk tempatan.

Seperti kata Bruno Julliard, Timbalan Datuk Bandar Paris ketika memberitahu akhbar Le Parisien, “Memang benar Paris kota cinta. Kami berbangga dengannya.

“Tetapi ada cara lain yang lebih baik daripada meletak mangga di jambatan.” -Agensi

BACA INI JUGA: Siapa Sangka Jambatan Cinta Benar-benar Wujud Di Dunia

1 comment

  1. Silap2 boleh runtuh jambatan tu dibuatnya dek kerana berat mangga kat jambatan tu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon